Anda di halaman 1dari 27

GPS (Global Positioning System) 1.

0 Pengenalan

GPS (Global Positioning System) merupakan satu sistem dan peralatan navigasi yang berpaksikan satelit
untuk mengenal pasti kedudukan di permukaan bumi. Penentuan kedudukan di permukaan bumi adalah
berdasarkan bacaan

garis lintang dan garis bujur. Ini bermakna penentuan kedudukan ini berasaskan garisan Khatulistiwa
(Equator) dan Greenwich. Disebabkan kedudukan Malaysia berada ke utara garisan Khatulistiwa dan ke
timur garisan Greenwich maka bacaan kedudukan adalah berdasarkan darjah utara dan darjah timur.
Pada

peringkat permulaan, koordinat yang digunakan ialah dalam bentuk darjah, minit dan saat (latitude dan
longitude). Walau bagaimanapun sistem yang sedia ada ini ditukar kepada sistem yang lain mengikut
kesesuaian sesuatu negara. GPS berfungsi dalam semua keadaan cuaca, di mana jua di dunia ini, 24 jam
sehari. Tiada sebarang yuran atau bayaran pemasangan dikenakan kepada pengguna peralatan GPS.

2.0

Fakta mengenai GPS

GPS merupakan sistem navigasi berasaskan satelit yang diletakkan di orbit oleh Jabatan Pertahanan
Amerika Syarikat yang menyediakan ketepatan nanosaat. Sistem ini dikenali dengan nama lengkapnya
NAVSTAR GPS. Terdapat
24 buah satelit di angkasa mengelilingi bumi melalui 6 laluan yang berlainan dan mengorbit dalam
jangkamasa 12 jam pada ketinggian 20200 km. Ia juga

dilengkapi dengan jam rubidium dan ceasium. Satelit GPS beratnya dianggarkan 2000 paun dan
ukurannya lebih kurang 17 kaki melintang dengan kedudukan panel solarnya di luar manakala kuasa
penghantaran isyarat hanya sebanyak 50 watt atau kurang daripada itu. Satelit GPS pertama dilancarkan
pada tahun 1978 dan konstelasi penuh 24 satelit dicapai pada tahun 1995. Setiap satelit dibina untuk
bertahan selama 10 tahun dan diganti apabila sampai masanya. Sistem GPS ini mengandungi tiga
segmen iaitu segmen angkasa terdiri dari satelit-satelit GPS, segmen kawalan kepada satelit-satelit oleh
Jabatan

Pertahanan Amerika Syarikat dan segmen pengguna.

3.0

Bagaimana GPS Berfungsi

GPS tidak menghantar isyarat kepada satelit tetapi ia hanya menerima isyarat dan memprosesnya. Pada
asasnya, penerima GPS membandingkan masa isyarat yang dikeluarkan oleh satelit dan masa semasa ia
diterima. Penerima GPS mesti dapat menerima isyarat sekurang-kurangnya dari 3 satelit untuk mengira
posisi 2 dimensi (garis lintang dan garis bujur). Dengan penerimaan isyarat dari 4 atau lebih satelit,
penerima boleh menentukan posisi 3 dimensi (garis lintang, garis bujur dan ketinggian). Apabila posisi
pengguna telah dapat ditentukan, unit GPS
ini boleh mengira maklumat lain, seperti kelajuan, bearing, susur, jarak perjalanan, jarak ke destinasi dan
lain-lain lagi. Terdapat sistem navigasi yang serupa dengan GPS iaitu GLONASS, Galileo. GLONASS
merupakan satu sistem yang ditadbir urus oleh Rusia. Secara amnya sistem GLONASS sama seperti GPS
yang mana ia mempunyai 24 satelit. Walau bagaimanapun sistem ini kurang popular. Galileo pula
merupakan satu sistem yang ditadbir oleh Kesatuan Eropah. Sistem navigasi yang sedang dibangunkan
ini akan mengandungi konstelasi 30 satelit apabila siap kelak.

4.0

Jenis-Jenis GPS

GPS dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu GPS yang digunakan untuk pemetaan dan GPS yang
digunakan untuk navigasi. Pada kebiasaannya, bagi seorang juru ukur berlesen akan menggunakan GPS
pemetaan disebabkan kejituan yang lebih tepat. Sementara itu, di dalam bidang pertanian, GPS jenis
navigasi digunakan dalam membuat perancangan pembangunan dan kerja-kerja yang tidak memerlukan
kejituan yang tinggi. Di Malaysia banyak jenama GPS di pasaran, antaranya ialah Garmin, Lowrance,
Magellan, Trimble dan Topcon. Sesetengah GPS boleh menerima cerapan satelit lebih daripada satu
sistem navigasi dan ia di namakan Global Navigation Satellite System (GNSS).
5.0

Teknologi GPS di Malaysia

Teknologi GPS di Malaysia semakin berkembang dan penggunaan teknologi ini dalam kerja-kerja
mengukur dan pemetaan telah bermula sejak

tahun 1989. Sehingga kini, pelbagai kaedah dan teknik pengukuran GPS telah digunakan sesuai dengan
kehendak dan tujuan sesuatu pengukuran itu dijalankan. Perkembangan dan kemajuan teknologi GPS
seterusnya pula telah membolehkan pengukuran dilaksana dengan lebih tepat, cepat dan efisien.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan jabatan yang dipertanggungjawab dalam
pembangunan teknologi GPS di Malaysia. Sejak

tahun 1997 sehingga tahun 2000, JUPEM telah mendirikan sebanyak 18 buah stesen Malaysia Active
GPS System (MASS). Stesen ini diwujudkan bagi membekal maklumat pembetulan data dan menambah
ketepatan bacaan GPS. Seterusnya, pihak JUPEM telah mewujudkan MyRTKnet. MyRTKnet merupakan
satu sistem prasarana yang dibentuk oleh jaringan stesen-stesen rujukan GPS dengan Pusat Kawalan
yang diselenggara oleh JUPEM dan sistem telekomunikasi bagi membekal data-data GPS yang diperlukan
terutama untuk menghasilkan maklumat kedudukan di lapangan dalam masa hakiki. Jaringan ini terdiri
daripada 27 stesen kekal GPS yang berjarak di antara 30 hingga 150 km (kecuali bagi Sabah dan Sarawak
yang berjarak lebih kurang 150 km). Stesen-stesen ini dibina khusus untuk mengutip data GPS secara
berterusan yang kemudiannya disalurkan kepada Pusat Kawalan di Seksyen Geodesi JUPEM melalui
talian telekomunikasi jalur lebar. Pusat Kawalan MyRTKnet pula bertanggungjawab menerbit dan
menyebar data pembetulan GPS kepada pengguna bergerak dalam
masa hakiki. Dalam hubungan ini, maklumat kasar kedudukan pengguna yang dihantar ke Pusat Kawalan
melalui penggunaan telefon selular akan terlebih dahulu dirujuk kepada beberapa stesen rujukan kekal
GPS di dalam jaringan di mana pengguna itu berada. Segala pembetulan efemeris satelit dan kesan
atmosfera bagi kawasan jaringan akan dimodelkan dan maklumat pembetulan data GPS disalur kepada
pengguna berkenaan bagi membolehkan penentuan kedudukan tempat cerapan.

Dengan adanya MyRTKnet, pengguna akan perolehi ketepatan GPS bagi pemetaan kurang dari 3 cm
mendatar dan kurang dari 6 cm menegak masa hakiki. Manakala GPS bagi navigasi (Differential Global
Positioning System (DGPS)) ketepatannya adalah di antara 20-50 cm setelah pembetulan dilakukan.

6.0

Sistem Unjuran GPS

Penentuan unjuran GPS mestilah selaras dengan unjuran peta rujukan yang digunakan. Penggunaan GPS
di dalam pembangunan projek-projek pertanian di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan sistem
unjuran Rectified Skew Orthomorphic (RSO) dan Malaysian Revised Triangulation (MRT) 1994. Datum
(titik rujukan) yang digunakan ialah Kertau manakala unit yang digunakan ialah unit meter sebagaimana
yang digunakan oleh pihak JUPEM dalam peta rujukan yang dibekal kepada DOA.
Oleh yang demikian, koordinat peta lot kadestra tidak boleh ditentukan dengan mengguna GPS
disebabkan koordinat yang berbeza dan datum yang berlainan. Data dari lot kadesrtra boleh dirujuk
menggunakan GPS dengan syarat data tersebut perlu diproses terlebih dahulu menggunakan perisian
sistem maklumat geografi (GIS) dengan membuat unjuran yang sama dengan GPS. Di masa hadapan
kesemua unjuran peta topo dan lot kadestra akan menggunakan satu unjuran iaitu Geodetic Datum
Malaysia (GDM 2000). Unjuran ini

membolehkan maklumat koordinat daripada peta lot kadestra dirujuk terus menggunakan GPS. 7.0
Kegunaan GPS Dalam Jabatan Pertanian

Di Malaysia, perkembangan teknologi GPS dan kemajuan perisian sistem maklumat geografi (GIS) telah
mencetus suatu arus revolusi baru dalam bidang pertanian. Penggunaan GPS terbukti dapat membantu
dari segi membuat perancangan dan pembangunan projek-projek pertanian. Penggunaan GPS oleh
Jabatan Pertanian telah dimulakan pada awal tahun 90an. Ketika itu, penggunaan GPS hanya sebagai
alat untuk menentukan lokasi sesuatu tempat berpandukan peta yang dibekalkan. Ini kerana teknologi
penerimaan isyarat oleh peralatan GPS sangat lemah dan memerlukan masa yang lama untuk
menentukan lokasi sesuatu tempat. Keadaan ini menyebabkan ia tidak begitu popular dan praktikal di
kalangan pengguna. Seiring dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan sistem maklumat
geografi yang begitu pesat, fungsi GPS telah ditambah baik di mana
penggunaannya dapat diperluas dalam aktiviti-aktiviti pertanian lain. Tidak terhad kepada penentuan
lokasi, kini GPS berupaya mengukur jarak dan keluasan sesuatu kawasan.

7.1

Menandakan lokasi atau kawasan Keupayaan GPS menandakan satu titik lokasi dengan mudah dan

tepat adalah dengan adanya tiga perkara iaitu satelit yang mengorbit bumi (Satelit GPS mengelilingi
bumi 2x sehari), stesen pengendali dan pemantau di bumi dan alat penerima GPS (GPS receiver). Namun
tahap ketepatan sesuatu koordinat lokasi bergantung kepada jenis alat penerima GPS. Dalam DOA,
Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah merupakan perintis kepada penggunaan GPS.
Justeru faedah-faedah yang diperolehi banyak melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan tanah. Pembangunan
sesuatu kawasan baru untuk projek pertanian perlu dijalankan siasatan tanah terlebih dahulu. Tujuan
siasatan tanah adalah untuk mengetahui kesesuaian tanah untuk tanaman. Pada tahun sebelum 90an
aktiviti siasatan tanah hanya dilakukan berdasarkan rujukan peta topo sahaja. Segala siasatan dan
aktiviti siasatan tanah di lapangan pula adalah berdasarkan kompas dan petunjuk sedia ada seperti
sungai-sungai, jalan dan sebagainya. Penandaan maklumat lokasi adalah berdasarkan kepada peta topo.
Dengan adanya teknologi GPS, kerja-kerja siasatan tanah

dalam menentukan lokasi di lapangan dapat dilaksana dengan lebih tepat. GPS juga banyak membantu
dalam menandakan titik koordinat siasatan
tanah separa lengkap, siasatan tanah lengkap, siasatan tanah Ad-hoc dan koordinat kajian tanah
(pedon). Selain itu, GPS turut membantu penyiasatan guna tanah dalam penjejakan lokasi ketika
verifikasi di lapangan. Hasilnya, tugasan verifikasi dapat dilaksana dengan cepat dan data yang
diperolehi daripada lapangan untuk dikemaskini dalam peta guna tanah juga adalah tepat. Ini
membuktikan tahap integriti segala data berkaitan tanah yang dikeluarkan oleh DOA sebagai custodian
kepada maklumat tanah dan guna tanah negara adalah tinggi. GPS juga digunakan untuk menanda titik
koordinat sampel tanah, baja dan daun, petak pemerhatian untuk kajian larian hakisan dan analisis
sampel air bagi pensijilan SALM /SOM. Kesemua data akan disimpan dalam bentuk data spatial untuk
rujukan pada masa hadapan. Melihat kepada senario kemajuan teknologi GPS dewasa ini,
penggunaannya dalam DOA tidak harus terhad kepada aktiviti berkaitan tanah sahaja sebaliknya ia juga
boleh digunakan untuk menanda kawasan wabak penyakit. Data-data serangan penyakit yang diperolehi
akan disimpan di dalam satu pangkalan data. Daripada pangkalan data ini, trend atau corak sesuatu
wabak penyakit boleh dilihat menggunakan perisian GIS untuk program pemantauan. Selain itu ia juga
dapat menanda lokasi kawasan projek-projek kelompok di bawah DOA termasuk salah satu projek
berimpak tinggi iaitu Taman Kekal pengeluaran Makanan (TKPM). Di dalam projek seumpama
ini, GPS digunakan dalam pembahagian kawasan, menanda kedudukan tempat atau bangunan, melakar
jalan-jalan ladang, mengukur jarak kawasan, menentukan keluasan kawasan dan seterusnya pemetaan
peta kawasan yang lengkap, Bagi melancarkan kerja-kerja pengurusan dan pemetaan ladang, GPS dapat
membantu dalam menentukan koordinat infrastruktur di dalam kawasan ladang seperti bangunan,
tangki air, sistem saliran dan pengairan dan sebagainya.

7.2

Mengukur Jarak

Dengan adanya kemudahan tracking di GPS ia berkemampuan melakar jalan-jalan ladang bagi tujuan
pemetaan. Kemudahan ini boleh digunakan sebagai alat menganggar kemajuan sesuatu projek sebagai
contoh projek pembinaan jalan ladang atau projek membuat parit. Kita boleh mengganggarkan jarak
untuk membuat pembayaran berdasarkan kemajuan sesuatu projek.
7.3

Mengukur keluasan

Peralatan GPS juga boleh digunakan dalam pengukuran keluasan sesuatu kawasan secara terus di
lapangan. Data-data yang diambil disimpan dan diproses untuk kerja pemetaan kawasan tersebut.
Sebagai contoh, GPS boleh dimanipulasi bagi mendapatkan keluasan kawasan bertanam, kawasan
diserang penyakit atau keluasan tanaman yang musnah akibat banjir. Data–data ini sangat penting bagi
tujuan

perancangan dan penilaian. Himpunan data yang disimpan oleh GPS seterusnya diproses di pejabat
menggunakan perisian GIS. Tujuan pemprosesan data tersebut adalah untuk visualisasi dalam bentuk
peta bagi memudahkan strategi perancangan selanjutnya. Sila lihat rajah 1

7.4

Perancangan Pembangunan Tanah untuk Pertanian

Di dalam pembangunan kawasan untuk pertanian, contohnya Taman Kekal Pengeluaran Makanan
(TKPM), GPS telah digunakan sebagai alat untuk memudahkan kerja pemecahan lot kawasan kepada lot
yang lebih kecil. Bagi tujuan perancangan, kawasan TKPM yang telah dikenalpasti akan dipecahkan
kepada lot-lot yang lebih kecil mengikut keluasan yang ditentukan. Sebelum menjalankan aktiviti
pemecahan lot kepada kawasan lot yang lebih kecil, sempadan lot kadestra TKPM perlulah dikenalpasti
terlebih dahulu oleh juru ukur yang bertauliah. Penggunaan GPS hanyalah
sebagai alat untuk menganggar kawasan dan untuk memudahkan kerja. Setelah kerja–kerja lot
sempadan dikenal pasti, GPS diguna untuk menanda atau memplot segala infrastruktur yang sedia di
kawasan tersebut seperti jalan ladang, bangunan, kolam tadahan dan sebagainya. Kemudian data yang
diperolehi akan diproses menggunakan perisian sistem maklumat geografi (GIS) seperti ArcView.
Perancangan yang teliti perlu dibuat di pejabat sebelum verifikasi di lapangan dilakukan sekali lagi. Di
lapangan GPS membantu mencari lokasi berdasarkan pecahan lot mengikut perancangan. Kegunaan GPS
hanyalah sebagai alat untuk memudahkan perancangan dan ia tidak boleh digunakan sebagai lot
kadestra. Sila Lihat rajah 2

8.0

Kesimpulan

GPS merupakan peralatan yang sedikit-sebanyak mempermudahkan kerja justeru itu ianya dapat
membantu didalam membuat perancangan, penilaian dan pembangunan projek-projek pertanian.
Perkembangan teknologi GPS yang pesat pada masa hadapan, dijangka akan memberi ketepatan yang
lebih jitu. Gabungan diantara GPS dan perisian GIS merupakan satu langkah yang terbaik didalam
menyimpan data-data spatial untuk pembangunan pertanian di negara ini.
Rujukan

Ahmed El-Rabbany (2006) Introduction to GPS. The Global Positioning System. second edition. Mc
Namara (2008) GPS for dummies . Wiley Publising Teunissen, P.J.G and Klensberg .A (1996). GPS for
Geodesy Workshop. Surveying With a Single GPS receiver in My RTK net Environment 2008. Holiday Villa
Hotel, Subang, Selangor
Rajah 1: Peta Kawasan Stesen Pertanian Lojing Gua Musang, Kelantan
Rajah 2: Pelan Kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Telong Daerah Bachok, Kelantan
GPSMAP 60CSX

Pengenalan GPSMAP 60CSX merupakan salah satu model gps GARMIN yang mempunyai keupayaan
menyimpan data titik (waypoint) sebanyak 1000 data, 20 data garisan (line). Selain dari itu ianya
mengandungi aplikasi magnetik kompas yang dapat membantu pengguna menetukan bearing dan
dilengkapi antena yang sensitif tersedia didalam serta slot kad untuk muat turun peta. Mempunyai
cerapan satelit sebanyak 24 buah serta berupaya memberi ketepatan sehingga kurang daripada 3 meter
sekiranya aplikasi waas(Wide Area Augmentation System) diaktifkan. GPS ini juga dilengkapi dengan
jam,berbagai posisi format dan DATUM. GPS ini merupakan anatara GPS yang mudah dikendalikan serta
harganya yang berpatutan. Rajah 1 menunjukkan fungsi setiap butang GPS.

Rajah 1 : Fungsi-fungsi butang GPSMAP 60CSX


Kaedah Penggunaannya Untuk menggunakan GPSMAP 60CSX serta mendapatkan bacaan satelit yang
lebih tepat beberapa aspek perlulah di tentukan terlebih dahulu iaitu:1. Paparan utama 2. Sistem 3.
Konfugurasi unit 4. Konfugurasi heading 5. Konfugurasi masa 6. Kalibrasi kompas 7. Kalibrasi ketinggian
8. Paparan utama Paparan utama merupakan paparan yang disediakan untuk kemudahan pengguna.
Paparan utama ini boleh diubah-ubah sama ada ditambah atau dikurangkan berdasarkan kerja yang
dilakukan. Untuk melihat paparan utama kita haruslah mengaktifkan GPS terlebih dahulu. Untuk
mengaktifkan dengan menekan butang yang terdapat diatas GPS seperti rajah 2. Rajah 2: Kaedah
menghidupkan GPS GPS adalah

Tekan butang selama bebeberapa saat


Paparan yang akan muncul apabila GPS dihidupkan atau diaktifkan adalah seperti rajah 3.Terdapat enam
paparan utama dan boleh ditukarkan dengan menggunakan butang “page” dan butang “quit”.

Pertukan paparan berdasakan butang “PAGE”

Rajah 3:Paparan utama GPSMAP 60CSX

Paparan satelit merupakan paparan yang menunjukkan bacaan lokasi, ketepatan, kekuatan bacaan
satelit serta kedudukan satelit . Rajah 4 menunjukkan kedudukkan satelit sebaris dan ini mengurangkan
ketepatan. Biasanya ketepatan lokasi adalah kurang dari 5 meter.

Rajah 4: Paparan satelit


Sistem Perkara asas didalam konfugurasi gps ialah sistem dan ianya menentukan ketepatan bacaan GPS .
kaedahnya seperti rajah 5:1. Tekan butang menu 2x dan enter

2. Pilih ikon sistem dan enter

Rajah 5:Konfigurasi sistem

3. Konfigurasi seperti rajah dibawah. Letakkan “Normal” pada ruangan GPS

untuk mendapatkan bacaan yang lebih baik dan “battery saver” apabila kekuatan bateri berkurangan.
Walaubagaimanapun mode “battery saver” akan mengurangkan ketepatan cerapan lokasi.
Konfugurasi unit Unit adalah membawa maksud formasi sesuatu sistem dan Datum yang akan
digunakan. Kedua-dua ini adalah berdasarkan rujukan peta yang dibekalkan ataupun berdasarkan lokasi
kerja. Di Semenanjung Malaysia formasi sistem yang biasa digunakan ialah Malaysia RSO dan datumnya
adalah kertau. Kedua-dua ini adalah sangat penting didalam menentukan lokasi di muka bumi ini. Rajah
dibawah menunjukkan kaedah menentukan unit yang betul di Semenanjung Malaysia.
Konfugurasi heading Heading ada hubung kait dengan kompas dan biasanya konfigurasi heading adalah
berdasarkan rajah dibawah.
Konfugurasi masa Masa adalah sangat penting untuk menentukan waktu data dicerap. Ia ditentukan
berdasarkan dinegara mana kita berada. Biasanyan di Semenanjung Malaysia penentuan masa adalah
dicampur 8.00 jam. Rajah dibawah menunjukkan kaedah menentukan masa di Semenanjung malaysia
Kalibrasi kompas Kompas digunakan untuk menentukan “bearing”. Kompas hendaklah selalu dikaliberasi
untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Semasa kalibrasi kompas jauhkan dari peralatan yang
berasaskan besi. Biasanya kalibrasi kompas dibuat setiap kali hendak memulakan kerja-kerja lapangan.
Rajah dibawah menunjukkkan kaedah kalibrasi kompas
Kalibrasi ketinggian Ketinggian menggambarkan kedudukan lokasi berdasarkan permukaan bumi. Oleh
yang demikian ketinggian yang diberikan oleh bacaan GPS adalah sebagai panduan sahaja. Untuk
mendapatkan ketinggian yang lebih tepat adalah dengan

mengkalibrasi altimeter. Titik rujukan hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum memulakan
kalibrasi. Rajah dibawah menunjukkan kaedah kalibrasi altimeter
Kegunaan Asas GPS Terdapat 3 kegunaan asas GPS iaitu 1. Menanda lokasi (Waypoint) 2. Mengukur luas
atau jarak 3. Mencari lokasi

Menanda lokasi (Waypoint) Untuk menandakan lokasi adalah dengan menekan butang “mark”. Pastikan
bacaan satelit dan konfigurasi aplikasi lain dalam keadaan yang betul. Rajah dibawah menunjukkkan
kaedah menandakan lokasi
Mengukur luas atau jarak Untuk mengukur luas atau jarak konfigurasi “tracks” adalah sangat mustahak.
Biasanya cerapan vertis adalah berdasarkan masa. Masa yang terbaik adalah 2 saat. Rajah diwah
menunjukkan kaedah konfigurasitracks
Setelah konfigurasi “tracks” dibuat untukmengukur keluasan atau jarak pastikan langkah-langkah
dibawah di ikuti seperti rajah dibawah:1 . Pastikan clear memory 2. On kan trak log 3. Apabila selesai off
trak dan save 4. Save entire trak 5. Penuhkan data (Data “name” dan “colour”) dan ok
Mencari lokasi Mencari sesuatu lokasi adalah berdasarkan butang kekunci “find”. Setelah itu pilih
waypoint yang dikehendaki dan tekan “GO TO” seperti rajah dibawah

Anda mungkin juga menyukai