Anda di halaman 1dari 9

BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan
Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu
diambil oleh semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum di
anugerahkan sijil atau diploma. Latihan industri ini dilakukan selama lima bulan di
firma atau organisasi yang telah dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah di
tetapkan.

Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan
yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang
akademik

mahupun

bukan

akademik

dengan

semangat

dan

penampilan

profesionalisme yang tinggi. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar situasi
sebenar dunia pekerjaan disamping membantu meningkatkan kemahiran sosial
pelajar.

Pelajar telah menjalani latihan industri di Computer IT Care Centre Sdn. Bhd
W.P Labuan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti1

aktiviti dalam bidang tugas, walaupun bidang tugas tidak dilakukan dengan
sepenuhnya oleh pelajar kerana atas tujuan keselamatan, pelajar tetap diberi
penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai pengetahuan am,
selain itu, pelajar dapat mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan, selain
didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari
kemahiran sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial.

Di akhir latihan industri, pelajar di harap dapat mencapai objektif dan


memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi
dunia hari ini yang semakin mencabar.

1.1.1

Objektif Latihan Industri


Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, akan

menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu
semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah di ambil
oleh pelajar tersebut di Politeknik berkenaan.

Diantara objektif latihan industri, adalah seperti berikut :

Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,


amanah, berkeyakinan, dan bertanggungjawab.

Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja


didalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka.

Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran


pelajar.

Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

Memahami budaya kerja ( corporate culture )sebagai persediaan


menghadapi alam pekerjaan.

Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang


telah dipelajari di Politeknik.

Membentuk

sahsiah,

sikap

dan

kemahiran

berhubung

atau

berkomunikasi sesame manusia.

Merangsang pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik


setelah melalui pengalaman kerja sendiri.

1.1.2

Menghasilkan laporan latihan industri.

Objektif Laporan Latihan Industri


Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri dibekalkan dengan buku

laporan harian yang berkaitan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai
menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas
latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa
menjalani latihan industri selama satu semester.
Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut :

Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja


yang dilakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma
tersebut.

Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumatdan data yang


diperolehi semasa menjalani latihan industri,

Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasrkan buku


laporan harian pelajar.

Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan


menjalani latihan industri.

Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat untuk penambah baikkan


kepada syarikat di masa akan datang.

Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma politeknik


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

1.1.3

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu
semester, bagi pelajar yang mengambil Diploma, akan menjalani latihan industri
pada semester ke empat, manakala bagi pelajar Sijil akan menjalani latihan industri
pada semester ke tiga, latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum
melayakkan mereka untuk di anugerahkan Sijil atau Diploma.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada


pelajar suasan kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan
yang sebenarnya, pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat
memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk
meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma.

Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui
pesekitaran kerja yang sebenar,ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa
yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah atau di bengkel pada kehidupan yang
sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar
itu sendiri.

1.2

Latar Belakang Organisasi

Nama Organisasi

: Computer IT Care Centre Sdn. Bhd WP. Labuan

Lokasi Organisasi : Terletak kira-kira kilometer dari kawasan Pusat Bandar


Labuan.
Alamat

: Blok E, Lot 35, Ground Floor,


Jati Commercial Centre,
87011, WP. Labuan.

Email

1.2.1

: support@picotec.com.my

Sejarah Penubuhan Computer IT Care Centre


Computer IT Care Centre (CICC) yang telah didaftar berlesen pada tahun

Julai 2002 yang merupakan anak syarikat Picotec Sdn. Bhd yang telah membuat
keputusan dan bersetuju penubuhannya kerana keupayaan syarikat ini dalam
memberikan penyelenggaran yang terbaik dan berkualiti, disamping bayaran
servis yang berpatutan untuk pelanggan.

CICC juga merupakan syarikat kontrak IT, menjaga peralatan komputer,


membekalkan perkakasan IT termasuk teknologi system, servis produk pengguna
termasuk perisian computer, peralatan computer , servis dan penyelenggaran.
Antara perkhidmatan yang terdapat di CICC:
1. Penyelenggaran sistem rangkaian

Kepakaran yang kami miliki dan pengetahuan yang meluas dalam


sistem perkakasan dan perisian menawarkan kos yang berpatutan
bagi menyelesaikan masalah rangkaian yang dihadapi pelanggan.

2. Panggilan kerosakan

Jika menerima panggilan kerosakan daripada pelanggan yang


berada di rumah atau pejabat, CICC akan menghantar juruteknik
untuk

menservis

computer

ditempat

pelanggan.

Dengan

perkhidmatan sebegini, CICC dapat membantu pelanggan


terutamanya dalam perniagaan agar perniagaan mereka dapat terus
berjalan dengan servis yang cepat dan berkualiti.

CICC juga menawarkan kontrak penyelenggaran pemulihan (PM)


yang mana penyelenggaran ini di lakukan secara berjadual untuk
komputer pejabat, kamera litar tertutup (CCTV) dan printer.

3. Lain-lain perkhidmatan

Servis lain termasuklah kerosakan printer dan peralatan yang


berkaitan system komputer termasuk UBS (accounting business
system)

1.2.2

Logo Computer IT Care Centre

1.2.3

Halatuju CICC

1.2.3.1 Visi dan Misi CICC


`
VISI
Memberikan penyelenggaran yang berkualiti tinggi setanding dengan
cas servis yang berpatutan.
Memberikan penyelenggaran yang terbaik untuk semua pelanggan
Memberikan penyelenggaran yang membuatkan kepuasan hati
pelanggan
MISI
CICC akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan
mendapat kepercayaan akan kemahiran yang dimiliki dapat membantu
pelanggan dengan kos yang berpatutan.

1.2.4

Objektif Bersama
Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran Dalam Bidang Computer
dan IT.
Tingkatkan kepuasan pelanggan
Tingkatkan kualiti penyelenggaraan
Tingkatkan pengetahuan dalam bidang komunikasi dan sosial

1.2.5

Kakitangan CICC
Pengurus Operasi ;

En. Max Goh

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan:

En. Mathew Wong

Penyelia:

Pn. Sharon Tan

Kerani Pentadbiran:

Cik Chin

Projek Bumi IT:

En. Cyril

Juruteknik:

En. Zikrie Arifin

1.2.6

Carta Organisasi CICC

Anda mungkin juga menyukai