Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN INSAN

Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan
geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada
globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang
sains dan teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian
dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur
global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal.
Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang
masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan
dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai
dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu
dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan
pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia yang
diharapkan.
Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding
sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa
ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain pendidikan
mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan
sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang
lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik
kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan adalah
satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan
negara.Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau Universiti adalah menjurus ke arah
pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang
tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju
menjelang

tahun

2020.Pendidikan

yang

bermula

di

peringkat

asas

sekolah

rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses yang


berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat
mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi
melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan
insan

yang

pembangunan

sempurna

merupakan

petunjuk
yang

bahawa

negara

bakal

mencapai
mapan.

Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan


sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan
yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina
akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga
dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk
pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui
pendidikan seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu
seterusnya membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat ini adalah selari
dengan matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu; Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran
keluarga,

masyarakat

dan

negara.

Sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan


di atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk perkembangan
secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan
akan membangun insan yang berketrampilan. Dalam usaha mencapai matlamat ini
perkembangan unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara terasing
atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan ini perlu berlaku serta
bersepadu dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Penekanan yang dilakukan terhadap mana-mana satu unsur sahaja akan melahirkan
individu yang tidak seimbang. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk
individu dan negara. Kedua-dua tujuan adalah sselaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan citacita

negara.

Salah

satu

elemen

yang

terkandung

dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada
Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri

manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia
terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan
akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang
terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam
pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan
yang berperanan bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia
akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk
diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan
merupakan satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada
dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang
ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga
mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu
itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan
sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk
pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula
dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.Berdasarkan FPK, jelas
bahawa tujuan pendidikan dalam konteks pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia

secara

menyeluruh

dan

seimbang

supaya

menjadi

seorang

yang

bertanggungjawab. Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara


perkara yang penting. Usaha ini bagi membetuk generasi masa hadapan dengan
sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang
terbentuk dalam diri setiap individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras
kepada pembangunan negara. Pada usia muda remaja pelajar mudah terpengaruh
dengan hedonism yang boleh membawa kepda aktiviti sosial yang kurang berfaedah
seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit,
melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkahlangkah perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak danmejadi semakin
berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap
dapat

membendung

gejala

soosial

daripada

terus

menular.

Oleh kerana pendidikan akan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani maka potensi intelek perlu diperkembangkan kerana

seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional,
membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanya secara
bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara
ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan
secara

kritis

akan

kesan-kesannya.

Matlamat Pendidikan ialah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki
serta

menghayati

1.

Percaya

2.

Berilmu

3.

Bertanggungjawab

4.

Memiliki

ciri-ciri
dan

patuh

pengetahuan
kepada
sahsiah

berikut

diri,

kepada

dan

Tuhan

berakhlak

masyarakat,

yang

agama

seimbang

mulia
dan

dan

.Memupuk

negara
sepadu
perpaduan

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,


adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :
1. Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya.
2. Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan
sumbangan
terhadap
3.

Melahirkan

kemajuan
insan

yang

dan
taat

setia

dan

pembangunan.
cinta

kepada

negara

4. Melahirkan insan yang memahami dan bersikap toleransi, demi mewujudkan


perpaduan.
Tujuan Pendidikan juga ialah untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan
mengembangkan potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap
Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan
ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang
mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan
kebangsaan.Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara.
Pencapaian yang dijana melaui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara
pada masa depan.Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat
berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda jiwa dan rohani ke arah
mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Daripada perspektif yang berbeza bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa
pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia

iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan
kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun dan korea Selatan adalah dua
buah negara yang aset materialnya yang sedikit, berjaya membuktikan bahawa
pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara
mereka standing dengan negara-negara maju yang lain.Perkembangan pembangunan
pendidikan di nagara ini dengan pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam
dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan insan kerana rakyat yang
terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti.
Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah
meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada
pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua elemen yang
penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan itu ialah pendidikan dan
latihan. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran
kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai
modal

insan

ke

arah

meningkatkan

kualiti

insan

itu

sendiri.

Kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan
dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak
lagi, menjadikan sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan
sama-sama membina negara maju. Modal insan ialah suatu punca kekuatan yang boleh
menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan dan peningkatan tamadun negara.
Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan
berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara
mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan
tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar
persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi
benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan
negara. Justeru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan
merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf
dunia.
Teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa
bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama
dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan
sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung

kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,


kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut
perubahan dinamik dalam sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang
bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan
tempatan.
Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai
ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai
jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi
berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Bidang pendidikan bukan
sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik
minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul
amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda
dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu
bersaing

untuk

berjaya.

Pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang


dikehendaki untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru
dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan modal insan
yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana kemajuan negara dalam
semua aspek. Pewujudan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang
kepakaran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian
menjadi tunjang yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana
kekayaan negara.

Anda mungkin juga menyukai