Anda di halaman 1dari 14

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

*HUKUM-HUKUM SYARA*
Hukum Taklifi
Seruan Syarie (pembuat syariah) yang berkaitan dengan perbuatan manusia,samada
berupa tuntutan (iqtidha),pilihan (takhyir) ataupun wadhie.
Iqtidha [tuntutan]
Takhyir [pilihan]
Wadhie

Pembahasan : Iqtidha (tuntutan)


Thalab Al-Fiil (tuntutan melakukan)
Jazm (tegas)
Wajib
Ghair Jazm (tidak tegas)
Sunnah
Thalab At-Tark (tuntutan meninggalkan)
Jazm (tegas)
Haram
Ghair Jazm (tidak tegas)
Makruh

Perhatian:Ketegasan dan ketidaktegasan dalam kedua konteks tuntutan dapat dikenal pasti
melalui indikasi ada dan tidak adanya ancaman sanksi hokum di dunia dan azab di
neraka bagi pelanggarnya.
Wajib dan Sunnah dinilai Al-Hasan,sedangkan Haram dan Makruh dinilai Al-Qabih.

Pembahasan : Takhyir (pilihan)


Merupakan seruan untuk memilih antara melakukan atau
meninggalkan yang membawa kepada hukum Mubah.

Mubah : ((Buat dapat pahala,tinggal tak berdosa))

Di samping itu,ada juga yang menyebut mubah dengan [La Al-Hasan


La-Al-Qabih],kerana tidak ada implikasi apa pun terhadap seruan
tersebut,samada untuk dilakukan mahupun ditinggalkan.

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

Kesimpulan
Kedua-dua bentuk seruan tersebut [ iqtidha & takhyir ] adalah seruan yang
berkaitan dengan perbuatan manusia secara langsung,samada untuk
dilakukan,diinggalkan mahupun dipilih antara melakukan dan
meninggalkannya.Dengan sebab itulah,seruan tersebut disebut dengan seruan
pembebanan [ khitab taklifi ] iaitulah :1)
2)
3)
4)
5)

Wajib
Sunnah / Mandub
Mubah
Makruh
Haram

Hukum Wadhie
Seruan ini berkaitan keadaan atau situasi taklif yang dilaksanaka sehingga dapat
disebut sebagai hukumnya hukum.
Contohnya seperti Solat:Kewajipan mendirikan solat adalah hokum taklifi.Hukum ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna kecuali setelah dilengkap dan ditetapkan dengan
keadaannya yakni standard syarat,sah,batal,sebab,mani(halangan) dan
rukhsahnya.Keadaan inilah yang biasanya disebut dengan isitilah [ hukum alwadhie] atau hukum yang menghukumi hokum taklifi.

Perhatian:Berdassarkan aspek khitabnya,hokum syara dapat dibahagi menjadi 2:1) Taklifi


2) Wadhie
Pertama:Taklifi ada 5:1)
2)
3)
4)
5)

Wajib
Mandub / Sunnah
Mubah
Makruh
Haram

Kedua:Wadhie ada 8:1)


2)
3)
4)

Sebab
Syarat
Sah
Batal

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI


5)
6)
7)
8)

AHKAM ASY-SYARIE

Mani ( halangan )
Rosak
Azimah
Rukhsah

Perhatian:1). Iqtidha
2). Takhyir
Kedua-dua tersebut merupakan bentuk al-amr yakni perintah.Hakikatnya,keduadua perbuatan tersebut berkaitan dengan perbuatan manusia,sementara perbuatan
juga akan selalu terkait dengan benda.Maka ketentuan dasar mengenai perbuatan
dan benda tersebut juga mesti di jelaskan.

Pembahasan Makna al-amr [ perintah ]


Ulama Ushul Fiqh telah berbeza pendapat:Ada yang mengatakan wajib,sunnah dan mubah.Masing-masing kemudian
mendukung pandangannya dengan dalil-dalil tertentu.
Namun yang jelas,makna asal perintah al-amr mesti dikembalikan kepada
ketentuan bahasa,sebab syariat tidak pernah memberikan batasan dan deskripsi
kepadanya sehingga untuk memahami maknanya mesti terikat dengan apa yang
dikemuka oleh bahsa.
Perintah al-amr sebagaimana yang digunakan dalam bahasa arab,makna dasarnya
adalah tuntutan [ at-thalab ],indicator [ qarinah ]lah yang menjelaskan ragam
perintah al-amr tersebut,samada tegas [jazm],tidak tegas [ghair jazm] atau pilihan
[takhyir].

Pembahasan Hukum Perbuatan


Sementara hukum asal perbuatan manusia adalah terikat dengan hukum syara.
Sebab bagi kamu muslimin standard perbuatannya adalah perintah dan larangan
Allah azza wa jalla.
Allah mewajibkan setiap muslim untuk mengkaji setiap amal yang dilakukannya
dan mengetahui hokum syara tentang perbuatan yang hendak dilakukannya,sebab
Allah akan meminta pertanggungjawabannya.[TMQ. Al-Hijr(15):92-93] ,
[TMQ. Yunus(10):61]~Lafaz kunna alaykum syuhudan adalahAllah akan
menghitung dan meminta pertanggujawaban seluruh perbuatan mereka~
Rasul Saw bersabda : Siapa sahaja yang mengada-adakan dalam urusan
[agama] kami ini sesuatu yang tidak ada [tuntutan] darinya,maka pasti tertolak.
[HR. Bukhari dan Muslim]

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

Di samping itu,Rasul Saw sering ditanya tentang hokum perbuatan


tertentu,baginda Saw selalu menunggu datangnya wahyu dan tidak pernah
langsung menjelaskan apa yang belum dijelaskan oleh wahyu.
Kerana itu,dapat disimpulkan bahawa hokum asal perbuatan manusia adalah
terikat dengan hukum syara dan kerananya setiap muslim wajib mengetahui
hukum syara mengenai setiap perbuatannya sebelum melakukannya,samada
wajib,mandub,mubah,makruh mahupun haram.

Pembahasan Hukum Benda


Hukum asal benda berbeza dengan hukum perbuatan.
Benda [al-asyya] adalah sesuatu yang digunakn oleh manusia untuk melakukan
perbuatan,sedangkan perbuatan [al-afaal] adalah apa yang dilakukan oleh
manusia.
Beda juga mempunyai hukum sebagaimana perbuatan.
Cuma nash syara yang menjelaskan hukum benda berbeza dengan hukum
perbuatan.
Hukum benda hanya halal atau haram.
Hukum perbuatan adalah wajib,mandub/sunnah,mubah,makruh dan haram.
Kesimpulannya bahawa hukum asal benda adalah mubah yakni halal,selama
tidak ada dalil yang mengharamkannya.
Aspek khitab yang berkaitan dengan tuntutan [ iqtidha ] dan pilihan [ takhyir ] atau
disebut dengan seruan taklif,maka hukum syara dapat dibahagikan menjadi 5 bahagian:-

HUKUM TALIFI:Pertama : WAJIB


Wajib atau Fardhu adalah apa yang dituntut oleh Allah azza wa jalla secara
tegas,samada ditetapkan berdasarkan dalil qathie mahupun zhanni.
Menurut Jumhur Ulama,wajib atau fardhu adalah apa yang dituntut oleh Allah
azza wa jalla untuk dilaksanakan dengan tuntutan yang tegas.Pelakunya diberi
ganjaran dan dipuji dan demikian sebaliknya.
Contohnya;kewajipa jihad.Dalilnya adalah firman Allah azza wa jalla :
Perangilah orang-orang Yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman
kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa Yang telah
diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama Dengan ugama Yang
benar, Iaitu dari orang-orang Yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani),
sehingga mereka membayar "Jizyah" Dengan keadaan taat dan merendah diri.
[TMQ. At-Taubah(9):29]~ayat ini memerintahkan jihad dengan afaz :
Qaatilu(perangilah).Perintah tersebut hukumnya wajib,kerana ada qarinah yang
memastikan kewajipanya iaitu: illa tanfiru yuazzibkum azaaban aliman(jika
tidak berangkat,maka kamu akan diazab dengan azab yang sangat
pedih*[TMQ. At-Taubah(9):39]*)~
Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

Wajib dan Fardhu ini dapat dikategorikan berdasarkan beberapa aspek yang
berbeza;ada
yang
berkaitan
dengan
pelaksanaannya,ukuran
dan
ketentuannya,ketertentuan dan tidakketertentuannya serta berkaitan dengan apa
yang dibebankannya,sebagai berikut:
1)

Dari aspek pelaksanaannya,hukum WAJIB dan FARDHU tersebut


dapat dibezakan menjadi 2:

a)

Muthlaq (tidak terikat) iaitu apa yang dituntut oleh pembuat


syariat agar dilakukan dengan tuntutan yang tegas tanpa terikat dengan waktu
tertentu;seperti:mengganti puasa ramadhan bagi orang yang uzur yang
dibenarkan oleh syariat,samda kerana sakit atau musafir.Orang tersebut boleh
mengganti bila-bila masa saja tanpa terikat dengan waktu atau tahun tertentu.

b)

Muqayyad (tidak terikat) iaitu apa yang dituntut oleh pembuat


syariat agar dikerjakan dengan tuntutan yang tegas,sementara waktunya
dtentukan.Misalnya,solat 5 waktu sehari semalam,puasa ramadhan dan ibadah
haji.Perlaksanaan ibadah tersebut masing-masing terikat dengan waktu,sehingga
seorang mukallaf yang terkena kewajipan tersebut akan berdosa jika mengerjakannya
di luar waktunya.

Pembahagian muqayyad ini terbahagi kepada 2:


i.

Muwassa [longgar] iaitu kewajipan yang waktu


pelaksanaannya longgar.Contohnya,solat isya,boleh dilakukan diawal mahupun
di pertengahan malam.
ii.
Mudhayyaq [sempit] iaitu kewajipan yang waktu
pelaksanaannya
sempit,tidak
boleh
dipilih
antara
awal
ataupun
pertengahan.Misalnya,puasa Ramadhan,waktunya ialah mulai terbit fajar hingga
terbenamnya matahari.
2)

Dari aspek keterukurannya,WAJIB dan FARDHU tersebut dapat


dikategorikan menjadi 2:

a)

Muhaddad Al-Miqdar (dengan ukuran tertentu) iaitu apa yang


dituntut oleh pembuat syariat agar dilakukan dengan tuntutan yang tegas dan disertai
dengan kadar tertentu,seperti membayar zakat,diyat dan jumlah rakaat solat
fardhu.Maka seorang mukallaf tidak akan terbebas dari kewajipan tersebut kecuali
dengan menunaikannya berdasarkan bentuk dan ukuran yang telah ditetapkan oleh
pembuat syariat.

b)

Ghair Muhaddad Al-Miqdar (dengan tanpa ukuran tertentu)


iaitu apa yang dituntut oleh pembuat syariat agar dilakukan dengan tuntutan yang
tegas tanpa disertai kadar tertentu,seperti;membelanjakan harta di jalan Allah
azza wa jalla,nafkah wajib kepada isteri dan anak.Dalam hal ini,syariat telah

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

menyerahkan ukurannya kepada kemampuan seorang mukallaf dan sesuai dengan


ukuran kelayakan di tengah masyarakat.
3)

Dari apek zatnya (ainiyyah-nya),WAJIB dan FARDHU tersebut


boleh dikategorikan menjadi 2:

a)

Muayyan iaitu apa yang dituntut oleh pembuat syariat agar


ain(zat-nya) dilakukan dengan tuntutan yang tegas tanpa disertai pilihan yang boleh
dipilih oleh seorang mukallaf,seperti;solat solat tidak akan gugur dari seorang
mukallaf,kecuali zatnya dilaksanakan.Maka,membaca Al-Quran atau berpuasa
tidak akan menggugurkan kewajipan tersebut.

b)

Ghair Muayyan iaitu apa yang dituntut oleh pembuat syariat


agar dikerjakan dengan tuntutan yang tegas disertai pilihan bagi seorang mukallaf
untuk menentukan mana zat / ain kewajipan yang dikerjakannya.Misalnya,kafarat
untuk sumpah,bagi orang yang wajib membayar kafarat,boleh memilih antara
memberi makan 10 orang miskin atau pakaian mereka atau memerdekakan
budak.Ini bagi yang mampu,sedangkan bagi yang tidak mampu,boleh berpuasa
3 hari.

4)

Dari aspek subjek yang terkena tanggungjawab,WAJIB dan


FARDHU tersebut boleh dikategorikan menjadi 2:

a)

Ayn (individu) iaitu apa yang dituntut oleh pembuat syariat agar
dilakukan oleh setiap mukallaf dengan tuntutan yang tegas.Kerana itu,apa yang
dilakukan oleh seseorang tidak dapat menggugurkan kewajipan orang lain.Contohnya
seperti,solat,zakat dsb.

b)

Kifayah (kolektif) iaitu apa yang dituntut oleh pembuat syariat


agar dilakukan oleh sejumlagorang ukallaf dengan tuntutan yang tegas.Jika telah
dilakukan oleh sebahagian orang,maka kewajipan tersebut gugur dari tanggungan
yang lain.Dan mereka sudah tidak berdosa.Kecuali jika kewajipan tersebut belum
berhasil
dilaksanakan,maka
dosanya
akan
menimpa
semua
orang
mukallaf.Contohnya,jihad,mengembang dakwah Islam untuk mendirikan
khilafah Islam,mendirikan industri berat dan sains yang diperlukan oleh ummat
serta menyiapkan kekuatan yang diperlukan untuk menggentarka musuh.

5)

Daria aspek zat-nya,WAJIB dan FARDHU tersebut juga dapat


dikategorika menjadi 2:

a)

Wajib Lizatihi (zat-nya) iaitu apa yang dituntut untuk dikerjakan


dengan tuntutan yang tegas kerana zat-nya.Misalnya,solat,zakat,puasa,haji dll.

b)

Wajib lighairihi (selain zat-nya) iaitu apa yang dituntut untuk


dikerjakan dengan tuntutan yang tegas,bukan kerana zat-nya.Namun kerana factor

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

luaran ketika ia menjadi sarana yang dapat menyempurnakan kewajipan zatnya.Misalnya,kedah syara : Ma La Yatimmul Wajib Illa Bihi Fa Huwa Wajib.
KEDUA:MANDUB / SUNNAH
Mandub secara bahasa berasala dari lafaz an-nadb yang bermaksud ad-dua ila amr
muhim [ajakan pada urusan yang penting].Menurut istilah syara,mandub adalah apa
yang dituntut oleh pembuat syariat untuk dilakukan dengan tuntutan yang tidak
tegas.Ulama Ushul Fiqh memberi makna hukum mandub sebagai pelakunya akan diberi
ganjaran pahala jika melakukannya,dan tidak disiksa jika meninggalkannya.
Sabda Nabi Saw : Jika seandainya saya tidak akan memberatkan ummatku.nescaya
akan saya perintahkan mereka untuk bersiwak(gosok gig) setiap kali menunaikan solat.
[HR. Bukhari dari Abu Hurairah]
Pernyataan Nabi Saw yag menyatakan : Laula An Asyuqqa Ala iaitu (jika
seandainya saya tidak akan memberatkan) merupakan qarinah yang menunjukkan
bahawa hukum siwak(gosok gigi) ketika hendak menunaikan solat adalah sunnah
(mandub).Sekiranya perintah tersebut wajib,Rasulullah Saw tidak akan
mengatakan : Laula An Asyuqqa Ala (jika seandainya saya tidak akan
memberatkan),kerana berat atau tidak mesti dilaksanakan.Sebagaimana firman
Allah azza wa jalla ketika mewajibkan perang : Berangkatlah kamu baik dalam
keadaan merasa ringan ataupun merasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu
di jalan Allah. [TMQ. At-Taubah(9):41].



Pergilah

kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan
keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu
pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui.
Frasa Infiru khifafan wa tsiqalan (berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa
ringan ataupun berat) adalah qarinah bahawa perintah tersebut hukumnya wajib.
Mandub kadangkala disebut Nafilah,seperti solat tahajjud sebagaimana yang telah
dinyatakan dalam Al-Quran [TMQ. Al-Isra(17):79].



Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang
tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.
Kadangkala juga disebut Sunnah,Tathawwu dan Mustahab.

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

Mandub kerana pembuat syariat telah menyeru orangorang mukallaf untuk


melakukannya.
Nafilah kerana aktiviti tersebut merupakan tambahan dari Fardhu atau kewajipan
yang dibebankan kepada ummat.
Mustahab kerana pembuat syariat menyukai dan mengutamakannya.
Tathawwu kerana pelakunya melaksanakannya sebagai tabarru yakni secara sukarela tanpa paksaan.
Namun demikian,keempat-empatnya sama.
KETIGA:HARAM
Secara bahasa,haram diambil dari al-hurmah,yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh
dilanggar.Haram dan Mahzur adalah dua istilah yang mempunyai maksud yang
sama.Menurut syara adalah apa yang dituntut untuk ditinggalkan dengan tuntutan yang
tegas,dimana pelakunya akan dikecam,dikenai hukuman ketika didunia dan azab ketika di
akhirat.Menurut Mazhab Hanafi,istilah haram hanya digunakan untuk larangan yang
tegas disertai dalil qathie.Namu jika tidak disertai dengan dalil qathie,mereka sebut
dengan Makruh Tahrim.Meskipun sebenarnya,dua-duanya maksud sama.Cotohnya
seperti firman Allah azza wa jalla: Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
[TMQ. Al-Isra(17):32]
Juga,firmannya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,maka sebatlah tiaptiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan,dan janganlah belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah,jika kamu beriman kepada
Allah dan hari Akhirat. [TMQ. An-Nuur(24):2]
Larangan Allah azza wa jalla : Wala Taqrabu Zina [janganlah kamu mendekati
zina] adalah tuntutan untuk meninggalkan zina dengan tuntutan yang tegas atau
haram.Sebab,ada qarinah yang berupa celaan [zamm] iaitu lafaz : faahisyah (keji) dan
saa sabila (jalan yang buruk).[TMQ. Al-Israa(17):32].Kemudian disertai dengan
hukuman di dunia bagi pelakunya : Fajlidu Kulla Wahidin Minhuma Miata Jaldah
(sebatlah masing-masing di antara mereka seratus kali) [TMQ. An-Nuur(24):2].
Haram,Hazar atau Makruh Tahrim ini dapat dikategorikan menjadi 2 iaitu haram
zatnya (lizatihi) dan haram selain zatnya (lighairihi) :
a) Haram Lizatihi [zatnya] adalah apa yang dituntut untuk ditinggalkan dengan
tuntutan yang tegas kerana zatnya.Misalnya,zina,riba,membunuh dan rasuah.
b) Haram Lighairihi [selain zatnya] adalah apa yang dituntut untuk ditinggalkan
dengan tuntutan yang tegas.Bukan kerana zatnya.Namun kerana factor
luaran.Mislanya,menghina tuhan-tuhan para penganut agama lain,hukum
asalnya dibolehkan,bahkan boleh jadi wajib.Namun,Allah azza wa jalla

Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

melarangnya kerana boleh menyebabkan


itulah,Allah azza wa jalla berfirman :

menghina

Allah.Denga

sebab




Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah,
kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan
pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan
amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu
ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan. [TMQ. AlAnaam(6):108].
Dari nash inilah,hukum syara kulli berikut ini digali : Al-Wasilatu Ila Al-Haram
Muharramatun. [Sesuatu yang membawa kepada keharaman,maka hukumnya haram]
Contoh lain adalah berperang melawan orang kafir adalah wajib,tetapi jika peperangan
tersebut di bawah seorang pemimpin yang fasik.Dan peperangan tersebut merupakan
scenario atau konspirasi untuk menghancurkan Islam,Ummat dan harta-benda
mereka,maka hukumnya menjadi haram.
KEEMPAT : MAKRUH
Secara bahasa Makruh bermaksud sesuatu yang dibenci.Menurut syara,Makruh adalah
apa yang dituntut untuk ditinggalkan dengan tuntutan yang tidak tegas,dimana pelakunya
tidak akn disisksa,sementara meninggalkannya lebih baik,terpuji dan akan diganjar oleh
Allah azza wa jalla.
Contoh sabda baginda Saw : Naha Rasulullahi Saw An At-Tabattul. [Rasulullah
Saw telah melarang tindakan membujang]. [HR. Ad-Daarimi dari Aisyah].
(Namun,larangan tersebut tidak tegas,kerana ketika mengetahui sebahagian sahabat
yang mamu menikah [al-musir] tetapi tidak melakukannya,baginda Saw diam.Maka
diamnya Nabi Saw terhadap para sahabat yang melanggar larangannya ini
membuktikan,bahawa larangan tersebut tidak tegas atau haram,melainkan makruh.)
Mengenai istilah Makruh Tahrim atau Tanzih istilah yang mula-mula dikembangkan di
kalangan Mazhab Hanafi,merujuk pada pernyataan Abu Hanifah.
Yang pertama,sebagaimana yang dijelaskan diatas,identik dengan Haram.Sedangkan
yang kedua adalah Makruh,sebagaimana umumnya.Namun,menurut Mazhab
Hanafi,yang pertama berlaku dalam kes larangan yang jika dilakukan,pelakunya akan
dikenai hukuman di dunia atau azab di akhirat,sedangkan yang kedua tidak.
KELIMA : MUBAH
Secara bahasa Mubah bermaksud menampilkan sesuatu,melepaskan dan izin.Sedangkan
menurut syara,Mubah adalah khitab pembuat syariat yang ditujukan oleh dalil samie
Zulfaqar An-Nahrawani

Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

yang di dalamnya mengandungi pilihan antara melaksanakan dan meninggalakan tanpa


disertai badal (imbalan).
Contohnya seperti firman Allah azza wa jalla :




Dan

(ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka
Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu
terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di
antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami
berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. [TMQ. Al-Baqarah(2):60].
Perintah makan dan minum dalam ayat tersebut boleh dipilih antara melakukan
dan meninggalkan,tanpa ada imbalan pahala,dosa atau hukuman bagi yang
meninggalkanya.

HUKUM WADHIE:Seruan pembuat syariat (khitab asy-syarie) yang menjelaskan berbagai perkara yang
dituntut oleh hukum perbuatan manusia itulah yang disebut dengan Khitab AlWadhie,dimana hukum yang lahir dari seruan ini disebut hukum wadhie atau juga
boleh disebut hukum bagi hukum perbuatan (hukm al-hukm lil-fili).Hukum tersebut
terbahagi kepada 5 bahagian:PERTAMA : SEBAB
As-Sabab adalah setiap sifat zahir yang mengikat (mundhabit),yang ditunjukkan oleh
dalil samie bahawa ia merupakan pemberi informasi mengenai kewujudan hukum bukan
mengenai pensyariatan hukum.Contoh;tergelincirnya matahari adalah hukum Sabab
yang menjelaskan adanya hukum solat Zuhur.Ertinya,jika waktu tersebut ada,maka
hukum wajib solat Zuhur tersebut berlaku.Hakikatnya,hukum wajib solat telah dijelaskan
dengan nas yang lain seperti dalam Surah An-Nuur(24):56 atau Surah AnNisaa(4):103.Manakala hukum wajibnya Zuhur telah dijelaskan oleh Allah azza wa
jalla di dalam firmannya :



Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam,
dan (dirikanlah) sembahyang subuh Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah
disaksikan (keistimewaannya). [TMQ. Al-Isra(17):78]
Perhatian:- Perbezaan Sabab Dan Illat

Zulfaqar An-Nahrawani

10 Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

1)

Sabab : Keterangan mengenai kewujudan hukum perbuatan yang telah


ada,yang telah dinyatakan oleh nas lain bahawa hukum tersebut berlaku
sebagaimana keterangan tersebut.
2)
Illat : Keterangan mengenai pensyariatan hukum perbuatan yang belum ada.
KEDUA : SYARAT
Asy-Syarthu adalah perkara yang ditunjukkan oleh dalil samie sebagai sifat pelengkap
masyruth(objek yang disyaratkan) dalam hal yang dituntut oleh hukum terhadap objek
tersebut atau apa yang dituntut oleh objekitu sendiri.Sebagai contoh yang pertama,solat
sebagai objek yang dikenai syarat (masyruth) menuntut untuk dikerjakan,dan agar ia
boleh dikerjakan dengan sempurna,masyruth(solat) tersebut menuntut adanya perkara
yang menjadi sifat komplementer (asy-syarthu) iaitu thaharah dan wudhu.Dengan
demikian,tuntutan dikerjakannya wudhu ini kembali kepada perintah solat dan tidak
berdiri sendiri.Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran :









Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan
basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas
besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau
kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),
maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah
muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu
menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak
membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada
kamu, supaya kamu bersyukur. [TMQ. Al-Maidah(5):6]
Sedangkan yang kedua,syarat tersebut kembali kepada khitab al-wadhie,kerana yang
memerluka sifat pelengkap dalam hal ini adalah objek yang syarat (masyruth) itu
sendiri.Misalnya,nishab zakat (masyruth) memerlukan sifat pelengkap iaitu
haul(tahun).Dalam hal ini,haul adalah syarat nishab dan bukan syarat pembayaran
zakat.Kerana hukum haul ini kembali kepada nihab,sedangkan nishabadalah syarat
tersebut kembali kepada khitab al-wadhie.
KETIGA : MANI

Zulfaqar An-Nahrawani

11 Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

Mani adalah setiap sifat yang mengikat (mundhabit) yang ditunjukkan oleh dalil samie
bahawa kewujudannya akan memastikan adanya illat (alasan) yang menafikan illat
sesuatu.Contoh;hubungan kerabat merupakan sebab diperolehnya warisan,sedangkan
pembunuhan secara sengaja merupakan mani (penghalang) diperolehnya
warisan.Dalam kes ini,hubungan kerabat merupakan illat diperolehnya warisan,amun
kemudian dinafika oleh pembunuhan,yang merupakan illat yang menafikan illat
sebelumnya.Jadi,Mani boleh dikatakan sebagai antitesis dari sebuah hukum.
Dalam hal ini,dari aspek tuntutan da perlaksanaannya,hukum Mani tersebut dapat
dibahagikan menjadi 2 :1)
Mani yang tidak mungkin ada bersamaan dengan tuntutan.Ertinya,ia telah
menghalangi tuntutan dan perlaksanaanya sekaligus.Misalnya,hilangnya akal kerana
tertidur atau gila,telah menghalangi tuntutan (kewajipan) solat dan perlaksanaannya
sekaligus.Sama seperti haid dan nifas bagi wanita.Mani yang meghalangi tuntuta
(kewajipan) puasa dan perlaksanaannya.
2)
Mani yang mungkin ada bersamaan dengan tuntutan.Ertinya,hukum tersebut
telah menghalangi tuntutan tetapi tidak menghalangi perlaksanaannya.Misalnya,prabaligh adalah mani yang menghalangi tuntutan (kewajipan) solat dan puasa tetapi
jika solat dan puasa tersebut dikerjakan oleh anak usia pra-baligh tetap sah.Kerana
mani tersebut tidak meghalangi perlaksanaannya tetapi hanya menghalangi tuntutan
(kewajipan)nya.
KEEMPAT : SAH,BATAL & FASAD
Sah adalah kesesuaian dengan perintah pembuat syariat.Sah juga mempunyai konotasi
diperolehnya hasil perbuatan di dunia atau di akhirat.Misalnya,dengan dipenuhinya
seluruh syarat dan rukun solat,akan menyebabkan solat tersebut sah,dalam erti kata
pelakunya telah terbebas dari dosa dan gugur dari kewajipan mengganti(qadha).ini dari
segi diperolehnya hasil di dunia,sedangkan di akhirat dega keabsahannya diharapkan
akan mendapat pahala disisi Allah azza wa jalla.
Batal adalah ketidaksesuaian dengan perintah pembuat syariat.Batal juga mempunyai
konotasi tidak diperolehnya hasil perbuatan di dunia dan dijatuhkanya seksa di
akhirat.Misalnya,ketika solat dikerjakan dengan meninggalkan salah satu rukunnya,aka
menyebabkan solat tersebut batal,dalam erti kata pelakunya belum terbebas dari dosa dan
belum gugur dari kewajipan mengganti(qadha).Sedangkan di akhirat,dengan
ketidakabsahannya,ia akan mendapat seksa Allah azza wa jalla.
Fasad berbeza dengan batal,kerana batal sejak asal memang tidak sesuai dengan perintah
pembuat syariat,sedangkan fasad asalnya sesuai dengan perintah pembuat
syariat,namun ada sebab yang mengakibatnya menyimpang dari perintah pembuat
syariat.Jika sebab tersebut hilang,maka hukum fasadnya juga hilang.Contoh,transaksi
jual-beli antara orang kota(al-hadhir) dengan orang kampong(al-badi) boleh disebut
fasid,jika orang kampung tersebut tidak mengetahui harga pasaran.Namun jika
ketidaktahuan tersebut tidak ada lagi,maka transaksi tersebut menjadi sah.Ini berbeza
dengan transaksi jual-beli yang dilakukan terhadap ikan hasil tangkapan nelayan,kerana
transaksi tersebut dilakukan terhadap hasil yang belum jelas(gharar),dimana hukum

Zulfaqar An-Nahrawani

12 Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

AHKAM ASY-SYARIE

transaksi tersebut dilakukan terhadap perkara gharar,maka transaksi tersebut disebut


bathil.Sebab,hukum asal transaksi berlaku untuk perkara gharar,yang memang asalnya
sudah haram.Lain halnya denga transaksi jual-beli orang kota dengan orang
kampong,hukum asalnya sah,jika tidak ada sebab ketidaktahuan harga.
KELIMA : AZIMAH & RUKHSAH
Azimah adalah hukum yang disyariatkan secara umum,yang wajib dikerjakan oleh
manusia.Sedangkan rukhsah adalah hukum yang disyariatkan sebagai keringanan bagi
azimah kerana uzur tertentu,sementara hukum azimahnya tetap tidak berubah,namun
tidak wajib dikerjakan oleh manusia.Agar rukhsah tersebut disebut rukhsah syarie,perlu
dinyatakan oleh dalil syara,bahawa ia merupakan hukum yang disyariatkan oleh Allah
azza wa jalla kerana uzur tertentu.Conto,puasa adalah hukum azimah sedangkan
pembatalan puasa bagi orang sakit atau bepergian merupakan ukum rukhsah,dimana
masing-masing dinyatakan oleh dalil syatie.
Firman Allah azza wa jalla :






Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara
kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas
orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah
Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan
(bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui. [TMQ. Al-Baqarah(2):183-184]
Frasa : Kutiba Alaykum As-Shiyam (diwajibka atas kamu berpuasa) adalah hukum
azimah,sementara frasa : Faman Kana Minkum Maridhan Au Ala Safarin
(Maka,barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan,lalu ia berbuka)
merupaka uzur yang dinyatakan oleh pembuat syariat sebagai rukhsah untuk
melaksanakan hukum azimahpada waktu itu,sekalipun tetap wajib dikerjakan
pada waktu lai sebagai gantinya.

Zulfaqar An-Nahrawani

13 Pembahasan Hukum-Hukum Syara

USHUL FIQH ISLAMI

Zulfaqar An-Nahrawani

AHKAM ASY-SYARIE

14 Pembahasan Hukum-Hukum Syara

Anda mungkin juga menyukai