Anda di halaman 1dari 3

Beberapa Amalan Bid’ah Pada Hari Jumaat

oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Hari Juma’at adalah hari yang utama kerana ia mempunyai mempunyai kaitan dengan peristiwa yang
penting dalam sejarah manusia. Selain itu, istimewanya hari Jumaat kerana umat Islam dapat berkumpul di
masjid untuk mendengar khutbah yang mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran daripada al-Qur`an
dan al-Sunnah. Hari yang mulia seharusnya diisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. Tetapi malangnya, beberapa perkara rekaan telah diamalkan dengan dianggap sebagai ibadat.
Akibatnya wajah sebenar amalan agama telah dilitupi dengan amalan-amalan bid’ah.

Antara perkara yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh para bilal di tempat kita ialah
berselawat kepada Rasulullah s.a.w. dengan suara yang nyaring sebelum azan yang kedua. Biasanya
dibacakan sebelum itu ayat 56, surah al-Ahzab sebagai galakan supaya berselawat kemudian barulah azan
kedua dilakukan.

Berselawat pada asasnya amat dituntut tetapi dengan beriltizam berselawat pada waktu sebelum khatib
berkhutbah dengan suara yang nyaring menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak ditemui dalam kitab-
kitab hadis bahawa Baginda pernah memerintahkan supaya berbuat demikian. Begitu juga para sahabat
sesudah baginda khusus para muazin tidak pernah melakukan dan tidak pernah memerintahkan supaya
berbuat demikian. Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa lafaz azan itu telah ditentukan oleh syara’ dengan
lafaz yang khusus pada waktu-waktu yang tertentu. Jika dianggap secara mutlak setiap yang keluar dari
mulut muazin sebagai azan tentu perkara-perkara yang diada-adakan seperti tasbih sebelum azan subuh,
sebelum sembahyang Jumaat dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. akan termasuk dalam azan, pada hal
bukan begitu, baik pada bahasa atau syara’. (Fath al-Bari, jil. 2 hal. 297)

Ibn al-Haj menyebutkan pemerintah sepatutnya menegah para muazin daripada mengadakan perkara baru
yakni apabila imam keluar untuk berkhutbah, para muazin berdiri dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
serta mengulang-ulangkannya sehingga imam sampai ke mimbar, walaupun selawat itu sebesar-besar
ibadat. (al-Madkhal, jil. 2, hal. 424)

Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa perbuatan muazin menyaringkan suara ketika berselawat kepada
Rasulullah s.a.w. semasa khatib menaiki mimbar atau berdoa dengan suara yang tinggi dan sebagainya
tidak pernah ada di zaman Rasulullah s.a.w., para khalifah dan tidak ada seorang pun para imam yang
menganggapnya sunnat. (al-Fatawa al-Kubra, jil. 1, hal. 129)
‫ُول هَّللا ِ بَ ْع َدهُ َولَ ْم ن ََر أَ ْيضًا‬
ِ ‫ َواَل إلَى ُم َح َّم ٍد َرس‬، ‫صاَل ِة َعلَ ْي ِه قَب َْل اأْل َ َذا ِن‬ َ ُّ‫َولَ ْم نَ َر فِي َش ْي ٍء ِم ْنهَا التَّ َعر‬
َّ ‫ض لِل‬
lِ ‫ذ ُك‬l
، ‫ ِه‬l‫ور فِي‬ ْ l‫نَّ ٍة فِي َم َحلِّ ِه ْال َم‬l‫ْس بِ ُس‬
َ ‫ َذي ِْن لَي‬lَ‫ ٍد ِم ْن ه‬l‫لُّ َوا ِح‬ll‫ فَ ِحينَئِ ٍذ ُك‬، ‫ لِ َذلِكَ أَ ْيضًا‬l‫ضا‬
ً ُّ‫فِي كَاَل ِم أَئِ َّمتِنَا تَ َعر‬
ُ‫هُ ؛ أِل َنَّه‬l‫ َع ِم ْن‬l ِ‫هُ َو ُمن‬l‫وص نُ ِه َي َع ْن‬
ِ l‫ص‬ُ ‫ك ْال َم َح ِّل ْال َم ْخ‬ ِ ‫فَ َم ْن أَتَى بِ َو‬
َ ِ‫اح ٍد ِم ْنهُ َما فِي َذلِكَ ُم ْعتَقِدًا ُسنِّيَّتَهُ فِي َذل‬
. ُ‫ك َويُ ْنهَى َع ْنه‬ َ ِ‫تَ ْش ِري ٌع بِ َغي ِْر َدلِي ٍل ؛ َو َم ْن َش َّر َع بِاَل َدلِي ٍل ي ُْز َج ُر ع َْن َذل‬

Ibn Hajar al-Makki pernah ditanya tentang selawat sebelum azan. Beliau memberikan jawapan bahawa
tidak ada hadis yang menyentuh tentang masalah itu dan tidak ada juga dalam perbincangan para imam.
Oleh itu, selawat dan salam sebelum azan bukan merupakan sunnah pada tempatnya. Sesiapa yang
melakukannya dengan menganggap sebagai sunnah sebelum azan maka dia hendaklah dilarang dan ditegah
kerana itu adalah mengadakan hukum syara’ tanpa berdasarkan dalil. Sesiapa yang mengadakan hukum
syara’ tanpa ada sebarang dalil hendaklah ditegah da dilarang. (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, jil. 1.
hal. 131)

Berdasar kepada penegasan tokoh-tokoh di atas, berselawat pada tempat yang tidak diperintah dengan cara
mengkhususkan tempat dan waktu tertentu membawa kepada berlakunya bid’ah yang menyesatkan
walaupun pada asasnya setiap orang dituntut supaya berselawat. Oleh itu, berselawat sebelum daripada
azan itu tidak menjadi sunnah walaupun pada asalnya amat dituntut. Kesimpulannya, berselawat dilarang
sebelum azan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan seolah-olah selawat dan salam kepada Rasulullah
termasuk dalam lafaz azan. Lafaz-lafaz azan adalah sesuatu yang bersifat tawqifi (tidak boleh difikrkan
sendiri) yang diterima melalui Rasulullah s.a.w. tidak dibolehkan membuat sebarang penambahan dan
penukaran.

Perkara kedua: Muazin membaca hadis Rasulullah yang melarang bercakap semasa khutbah dengan suara
yang nyaring.

Hadis tersebut ialah yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dan Muslim melalui Abu Hurairah: “Apabila
anda mengucapkan kepada saudara anda diamlah pada hari Jumaat sedangkan imam sedang berkhutbah
maka ada telahpun lagha.” Hadis ini walaupun sahih tetapi membacanya dengan mengeraskan suara pada
ketika imam hendak berkhutbah bukanlah sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Ini merupakan
bid’ah, tidak ada sebarang dalil yang menyatakan baginda menyuruh mana-mana juru azan membacanya
sebelum baginda berkhutbah.

Perbuatan muazin ini hendaklah ditegah kerana mengelirukan mereka yang tidak mengetahui hukum syara’
lalu memahaminya sebagai sebahagian daripada tuntutan khutbah Jumaat dan syiarnya. Oleh kerana para
muazin membaca hadis ini secara iltizam dan berterusan pada setiap minggu mereka yang jahil menyakini
bahawa membaca hadis itu merupakan tuntutan syara’ pada ketika itu sedangkan tidak ada riwayatpun yang
menyuruh berbuat demikian. Dalam konteks menghalang perbuatan bercakap-cakap ketika imam
berkhutbah, imam sendiri yang seharusnya menegah dan memberi peringatan kepada mereka.

Perkara ketiga: Muazin berdoa dengan menyaringkan suara ketika khatib duduk di antara dua khutbah.

Syaikh Jamaluddin al-Qasimi menyebutkan di antara perkara yang dilakukan apabila khatib menaiki
mimbar ialah tidak boleh mengangkat suara dengan berdoa. Ini sebagai persediaan untuk mendengar
khutbah. Para ulama sepakat melarang daripada berdoa, beristighfar dan berzikir dengan suara yang
nyaring pada ketika itu. Waktu tersebut ialah waktu diam atau bertafakkur untuk mengambil pengajaran
dan iktibar. Mengangkat suara pada masa tersebut walaupun untuk berzikir menyebabkan tumpuan para
jemaah terganggu.(Islah al-Masajid ‘An al-Bida’ Wa al-‘Awaid, hal. 70)

Perkara keempat: Berdoa dengan mengangkat tangkat ketika khutbah

Abu Syamah al-Maqdisi berkata: Adapun mengangkat tangan yang dilakukan oleh mereka ketika berdoa
(semasa khutbah) maka itu adalah bid’ah sejak dahulu lagi. (al-Ba’th ‘Ala Inkar al-Bida’, hal. 84) Al-
Suyuti berkata: mengangkat tangan yang dilakukan oleh mereka ketika berdoa (semasa khutbah) maka itu
adalah bid’ah yang jelek.(al-Amr Bi al-Ittiba’ Wa al-Nahy ‘An al-Ibtida’, hal. 54)

‫والله أعلم‬
Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1141

Anda mungkin juga menyukai