Anda di halaman 1dari 34

BAB 12

DASAR EKONOMI

bachelor
DASAR EKONOMI BARU

DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL

DASAR PERINDUSTRIAN
DASAR-DASAR NEGARA

EKONOMI
DASAR PERTANIAN
NEGARA

DASAR PENSWASTAAN
NEGARA

DASAR PERSYARIKATAN
MALAYSIA
bachelor
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (EKONOMI)
Dasar Pembangunan :
 Asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat
tertentu) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar
tersebut.
Pembangunan
 Merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat atau negara
daripada keadaan mundur kepada maju.
 Pada peringkat awal, pembangunan lebih berkaitan dengan
pembangunan ekonomi di mana pertambahan dalam KDNK dan
pendapatan perkapita dijadikan indicator pembangunan.
 Perubahan ini merangkumi aspek social, ekonomi, politik,
kebudayaan dll termasuk aspek kebendaan dan bukan kebendaan,
sumber fizikal dan manusia.
 Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia
memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat
memperolehi keperluan-keperluan asas, pekerjaan dan
kesamarataan

bachelor
Kepentingan Dasar Pembangunan
 Membawa negara kearah pembangunan yang dicapai
oleh barat iaitu pembangunan industri. Malaysia sedang
menuju kearah menjadi sebuah Negara industri baru.
 Malaysia tidak mengunakan kaedah Barat dalam usaha
menjadi sebuah negara industri tetapi Malaysia
mempunyai perancangan dan dasar-dasar
pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman
sejarah dan keperluan rakyatnya.
 Merancang program-program pembangunan secara
teratur. Kesemua program yang dirancang dan
dilaksanakan dengan teratur dan bukannya secara
mendadak. Ini kerana program pembangunan
mempunyai kaedah, tujuan dan matlamat khusus
tertentu untuk dicapai.
 Dasar-dasar pembangunan ini tercatat dalam dokumen-
dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam buku-buku
Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.
bachelor
Penekanan Dasar-Dasar Pembangunan
 RM 1 (1956-1960) produktiviti pertanian
 RM 2 (1961-1695) kepelbagaian tanaman
 RML1 (1966 – 1970) Pembangunan Luar Bandar
- Infrastruktur
- Khidmat Sosial
 RRJP 1 dan DEB Pembangunan dan Kesaksamaan DEB
--Pembasmian kemiskinan
penyusunan semula masyarakat
 RML 2 (1971-1975)Pertumbuhan dan pengagihan semula
 RML 3 (1976-1980)Pembasmian kemiskinan
 RML 4 (1981-1985)Penyusunan semula masyarakat
 RML 5 (1986-1990)Pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat

bachelor
RRJP 2 dan DPN : Pembangunan seimbang
- Ekonomi – sosial
- negeri- negeri
- bandar – Luar Bandar
- Pengagihan
RML 6 (1991 -1995)
RML 7 (1995 -2000)
RML 8 (2001 -2005)
RML 9 (2005 -2009)
 Setiap rancangan pembangunan mempunyai strategi-strategi
tertentu untuk mencapai matlamat pembangunan

bachelor
Dasar Ekonomi Baru
 Kesan dari “Dasar Pecah dan Perintah” Inggeris, wujud jurang
ekonomi antara kaum, wujud politik perkauman, wujud prasangka
antara kaum.
 Diperkenalkan pada tahun 1970.
Matlamat
 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum;
 Menyusun semula masyarakat
Strategi
 Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan miskin desa
melalui pembukaan tanah baru dan penempatan petani;
 Mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor
perkilangan;
 Memperbaiki infrastruktur (jalanraya, pengairan)
 Membaiki kemudahan awam (kesihatan, telefon dll)
 Meluaskan peluang-peluang pekerjaan kepada semua kaum;
 Mengalakkan penglibatan semua kaum dalam semua jenis aktiviti
ekonomi, sosial dan politik dan
 Memodenkan suasana hidup luar bandar.
 DEB merupakan satu strategi negara dalam menghadapi realiti
‘perbezaan etnik’ kearah mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai
aspek kehidupan. bachelor
Kejayaan DEB
 KDNK - RM21,548 juta (1970)
RM59,155 juta (1990)
 Pendapatan Berkapita - RM1,109 (1970)
RM6,180 (1990)
 Kadar kemiskinan bagi - 42.4% (1976)
keseluruhan isi rumah 17.1% (1990)
 Kadar kemiskinan - 50.9% (1976)
luar bandar 17.1% (1990)
 Hak milik modal - 2.4% (1976)
saham bumiputera 20.3% (1990)

bachelor
Dasar Pembangunan Nasional
 Dasar kesinambungan DEB dalam bentuk baru, iaitu ia telah
digubal dengan iktibar DEB.
 DPN Dilaksanakan dalam tempoh RRJP 2 iaitu dalam masa 10
tahun sahaja.
 Merupakan satu pertiga daripada Wawasan 2020 (1991-2020 = RM
6 – RM 11).
Falsafah DPN
 Langkah awal ke arah mencapai taraf negara maju (dari segi
ekonomi, politik, kerohanian, psikologi dan kebudayaan).
Tumpuan DPN adalah kepada :
 Strategi membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin,
iaitu dengan menurunkan kadar kemiskinan relatif.
 Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah
“Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera” (MPPB).
 Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses
penyusunan semula masyarakat
 Pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam
mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang
saksama.
bachelor
Strategi DPN
Membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup
 Mengemaskan dan perlaksanaan dan pendekatan
program membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
 Keluarga termiskin – Program Pembangunan Rakyat Termiskin
(PPRT)
 Program NGO
 Menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi isi
rumah bandar dan desa, termasuk ladang dan kampong
baru.
 Mengurangkan masalah kemiskinan relatif (perbezaan
pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin)
dengan mengadakan peluang-peluang ekonomi kepada
yang berpendapatan rendah terutamanya di kawasan
mundur dan negeri-negeri yang kurang maju.

bachelor
Menyusun semula masyarakat – pengagihan melalui
pertumbuhan
 Guna tenaga dalam ekonomi Negara disusun semula
dengan tumpuan meramaikan golongan bumiputera
dalam bidang-bidang professional, pengurusan dan
teknikal.
 Sumber manusia dibangunkan dengan latihan dan
pendidikan
 Sektor swasta dilibatkan secara aktif dalam memberikan
peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan MPPB
 Mempelbagaikan asas ekonomi negeri-negeri yang
kurang maju dan memperluaskan infrastruktur fizikal,
ekonomi dan sosial negara.

bachelor
Dasar-Dasar Khusus Pembangunan
Dasar Perindustrian Negara
Matlamat :
 Mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor
pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.
 Sektor perindustrian diharapkan dapat menambahkan eksport,
membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta latihan teknikal dan
kemahiran.
 Untuk mencapai matlamat, Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
(KPDM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) diwujudkan untuk
menyemak dan mengubahsuai dasar yang sedia ada dan mengkaji
semula galakan pelaburan dan dasar peningkatan eksport.
 PIP bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian
secara am dalam mengenal pasti strategi-strategi untuk sektor-sektor
kecil yang berpotensi untuk bertumbuh pesat.
Objektif PIP:
 Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
perindustrian Negara;
 Mengalakkan pengunaan sepenuhnya sumber asli negara;
 Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi
tempatan.
bachelor
 Untuk mencapai matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12
sektor industri yg patut diberi penekanan Antara sektor tersebut ialah
:
a) getah e) kimia
b) kelapa sawit f) mineral bukan logam
c) kayu-kayan g) logam bukan ferus
d) makanan
 Lima sektor merupakan industri bukan berasaskan sumber:
elektronik dan elektronik,peralatan pengangkutan, mesin dan
kejuruteraan, logam ferus serta tekstil dan pakaian.
 Strategi PIP
a) melaksanakan dasar perindustrian berpandangan luar.
b) memajukan insentif industri berasaskan sumber untuk dieksport
dan pelbagai industri bukan berasaskan sumber untuk dieksport.
c) memajukan industri berat terpilih utk mernyokong industri eksport.
d) memoden dan menyusu semula struktur perindustrian dgn
pertingkatkan pembangunan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)

bachelor
Dasar Pertanian Negara
 Pelaksanaan DPN 1 mulai tahun 1984 dan DPN2 mulai
tahun 1992, sektor pertanian telah mencatatkan kadar
pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%.
 Diwujudkan kerana sumbangan sektor pertanian kepada
ekonomi negara semakin merosot
 Sebagai langkah meningkat sumbangan sektor pertanian
dalam perkembangan ekonomi negara.
 Keperluan meningkatkan taraf hidup sebahagian besar
golongan miskin yang kebanyakkannya terlibat dalam
sektor pertanian.

bachelor
Objektif Dasar Pertanian
 Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian
 Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui
peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat
dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki
 Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi-komoditi yang
mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import
Strategi
 Pembukaan tanah-tanah baru yang melibatkan agensi-agensi
seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELCRA
dan RISDA dan agensi pembangunan wilayah.
 Pembangunan masyarakat luar bandar melalui pembangunan in
situ,
 Pemulihan kawasan-kawasan mundur dan sistem
pengurusan tanaman yang tidak menguntungkan
 Projek pembangunan diletakkan di bawah pembangunan
pertanian bersepadu seperti MADA dan KADA.

bachelor
 Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian yang melibatkan
agensi-agensi kerajaan seperti PORIM, RRI, MARDI, RISDA dan
FAMA
 Pembangunan sifat-sifat kemanusiaan, sosial dan institusi desa
bagi menanamkan nilai-nilai yang positif seperti berdikari, berdaya
maju dan saling bantu membantu di kalangan masyarakat desa.

Dasar Pertanian Negara 3 (1998-2010)


Objektif utama – memaksimunkan pendapatan melalui
penggunaan sumber secara optimun dalam sektor ini.
 Objektif lain :
a) meningkatkan sekuriti makanan (food sekurity)
b) meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
c) mengukuhkan hubungan dgn sektor2 lain
d) mewujudkan sumber baru untuk pertanian
e) memulihara dan menggunakan sumber asli secara tetap

bachelor
Dasar Penswastaan
Konsep
 Dilancarkan pada tahun 1983
 Pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu
kepada sektor swasta
Rasional utama :
 Pengurusan sesebuah perusahaan oleh kerajaan biasanya tidak
cekap berbanding pengurusan yang dikendalikan oleh pihak swasta
Objektif Dasar :
 Mengurangkan beban kerajaan;
 Meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja;
 Mengalakkan pertumbuhan ekonomi;
 Mengagihkan sumber secara cekap
 Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB
Penswastaan diharap akan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan
perkhidmatan sesebuah perusahaan agar kadar pertumbuhan ekonomi
negara dapat dipertingkatkan.

bachelor
Dasar Penswastaan

Sebahagian
sebahagian hak milik Kontrak
kerajaan Perkhidmatan tertentu
pindah kpd swasta. Oleh pihak swasta
Syarikat Airod Contoh Alam Flora

Terpilih Perniagaan
Perkhidmatan terpilih sahaja Sebahagian hak milik dikuasai
diswastakan oleh kerajaan
Contoh Dermaga Kontena Cth – TNB dan TM
Pelabuhan Klang

bachelor
Dasar Pensyarikatan Malaysia
 Berlandaskan kepada kesedaran bahawa kedua-dua sektor awam
dan swasta harus memupuk kerjasama erat dan saling tolong
menolong di antara satu sama lain.
 Kerjasama antara awam dan swasta diharapkan akan dapat
membantu pertumbuhan ekonomi Negara
Objektif
 Kurangkan persaingan dan pertentangan khasnya berkaitan dengan
matlamat organisasi, peraturan dan perhubungan.
 Wujudkan kerjasama erat dan berkesan demi pembangunan negara
 Hapuskan sifat ‘permusuhan’ dengan mengalakkan perkongsian
maklumat dan saling memahami akan prosedur dan matlamat
kedua belah pihak, dan tingkatkan hasil negara
Strategi utama
 Mengalakkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempereratkan
kerjasama antara kedua sektor.

bachelor
Hala Cara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
 Pembangunan luar Bandar telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak
tahun 1950-an.
 Sebagai kesinambungan, kerajaan telah memperkenalkan dasar ini
terutamanya untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang masih
tinggi di kalangan penduduk desa dan seterusnya menghapuskan
kemiskinan desa
 Diperkenalkan dengan alasan bahawa cara lama adalah kurang
berjaya membawa perubahan yang diharapkan.
Matlamat :
 Mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar untuk meninggikan
pendapatan petani dan pekebun kecil
Strategi dicadangkan :
 Pengelompokkan kampung-kampung;
 Penyatuan tanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara
komersial
 Pembangunan industri kampung.

bachelor
Dasar Pandang ke Timur
Pengenalan
 Diumumkan oleh Tun Mahathir pada 8 Februari 1982
 Dasar ini mengkaji , meneliti dan memilih contoh dan teladan terbaik
dari Jepun dan Korea dan menyesuaikan dgn situasi di Malaysia
Rasional
 Jepun dan Korea dua negara pesat membangun di Asia Timur
 Dua negara dijadikan contoh dan untuk mencapai matlamat
pembangunan negara dalam pengurusan dan pembangunan sektor
awam dan swasta
Objektif
 Menigkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara dan
wujud nilai dan etika kerja yang positif
 Tumpuan kpd kerajinan dan disiplin bekerja, keutamaan kumpulan,
produktiviti dan kualiti, dan peningkatan kecekapan
 Memperluaskan hubungan dagangan dgn rakan bukan tradisi

bachelor
Strategi dan Program DPT

1 Perubahan Stuktur Kad perakam waktu kerja (punch card)


Penggunaan name tag
Pejabat terbuka
Fail meja dan manual prosedur kerja

2 Perubahan Sikap Perkhidmatan cemerlang


Konsep bersih, cekap dan Amanah (BCA)
Kepimpinan melalui teladan

3 Latihan dan kursus Latihan Perindustrian dan Teknikal


tujuan program bagi melatih pekerja bidang
teknikal untuk tinggikan kecekapan dan nilai
kerja positif.
Program pengajian Akademik
Beri peluang pelajar tuntut ilmu sains dan
teknikal di Jepun dan Korea
bachelor
Latihan dan kursus Program pengajian teknikal
Peluang latihan teknikal lanjutan di
Jepun dan Korea kpd pelajar lepasan
SPVM dan Politeknik
Program Kemajuan eksekutif
Latihan kpd eksekutif dalam bidang
pengurusan Sogoshosha,
perjawatan.

bachelor
WAWASAN 2020
 Pengenalan
 Wawasan 2020 terkandung dalam ucapan dasar PM, Dr. Mahathir,
di majlis pelancaran penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada
28 Februari 1991.
 Di dalam kertas kerjanya “Malaysia melangkah ke hadapan” PM
telah mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah
pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang
benar-benar maju menjelang tahun 2020.
 Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek ekonomi, tetapi juga
aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian.
 Bukan tiruan tetapi kemajuan menurut acuan negara sendiri.
 Wawasan 2020 ada kaitan rapat dengan empat dokumen lain yang
membicarakan pembangunan negara, iaitu
 Rangka Rancangan Jangka Panjang II (1990 – 2020)
 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1990 – 2000)
 Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995)
 Rancangan Malaysia ke-7 (1996 – 2000)

bachelor
 Wawasan 2020 tidak boleh dibincangkan sebagai satu dokumen
yang terpisah daripada RRPJ II, DPN, Rancangan Malaysia ke-6
dan ke-7 kerana kelima-lima dokumen ini bertidan lapis dan saling
menyokong antara satu sama lain.
 Kelima-lima dokumen tersebut, w/pun berbeza dari segi jangka
masa dan skop, tetapi masih berkongsi objektif yang sama iaitu
‘untuk membangunkan sebuah negara yang progresif, maju dan
bersatu padu’.
 Menurut Perdana Menteri, matlamat menjadikan Malaysia negara
maju dan industri tidak akan tercapai sehingga rakyat dan negara
mengatasi sembilan cabaran asasi yang strategis. Wawasan 2020
bolehlah dianggap sebagai memberi kerangka atau formula untuk
mencapai sasaran sosioekonomi yang tertentu dalam masa tiga
puluh tahun.
 Cabaran-cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk
mencapai tahap negara yang maju dan progresif :

bachelor
Cabaran 1 : Membentuk sebuah negara bangsa yang
bersatu padu
 Cabaran asas dan paling utama
 Perpaduan yang dimaksudkan di sini bukan sekadar
mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan
wilayah, tetapi lebih dari itu. Mestilah dicirikan oleh
kesejahteraan – rakyatnya menikmati bersama suasana
kehidupan yang sejahtera dan persamaan hak serta
keadilan.
 Untuk mencapai perpaduan negara dan satu identiti
Malaysia, rakyat Malaysia harus menyedari dan berazam
menerima negara Malaysia sebagai negara kita.
 Sebuah negara bangsa yang bersatu padu hanya boleh
dicapai apabila rakyatnya semua hidup sejahtera dan
berkongsi persamaan hak dan keadilan.
 Pembentukan bangsa Malaysia – satu identiti Malaysia

bachelor
Cabaran 2 : Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia
yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri
 Prasyarat penting dalam usaha menjadikan Malaysia
sebuah negara maju.
 Untuk memenuhi cabaran kedua ini, anggota
masyarakat mestilah dididik dan dilatih dengan baik.
Melalui latihan dan didikan, keyakinan diri dapat
diperteguhkan dan ini dapat membantu mewujudkan
negara yang dinamik serta mampu menghadapi segala
cabaran dan halangan.

bachelor
Cabaran 3 : Membangunkan masyarakat demokratis
yang matang
 Untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar maju
masyarakat Malaysia perlu dibentuk untuk menjadi sebuah
masyarakat demokratis yang matang.
Cabaran 4 : Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral
dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya.
 Budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral,etika, keagamaan dan
kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah
negara bangsa yang bersatu padu.
 Pembentukan masyarakat yang diidamkan tidak akan tercapai jika
nilai-nilai ini tidak ditanam di dalam jiwa rakyat secara berterusan
tanpa mengira latar belakang budaya atau agama.
 Pembangunan yang seimbang pula mengambil kira soal moral dan
etika anggota masyarakatnya.

bachelor
Cabaran 5 : Mewujudkan masyarakat yang
matang dan bersifat toleran
 Dalam masyarakat yang berbilang kaum dan
budaya seperti Malaysia, sifat toleran
merupakan prasyarat utama untuk mengekalkan
perpaduan di kalangan kelompok etnik.
 Yang paling penting adalah rakyat dari berbilang
kaum itu sendiri mesti dengan ikhlas dan penuh
toleran menerima dan melindungi hak mereka
yang bukan seagama dan sebudaya
dengannya mengamalkan kebudayaan serta
kepercayaan masing-masing.
bachelor
Cabaran 6 : Membentuk masyarakat yang bersifat
sains serta progresif
 Dalam arus perkembangan dunia yang semakin canggih,
sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam
membawa kemajuan ekonomi dan material ke dalam
sesuatu masyarakat.
 Malaysia juga dalam usaha untuk menjadi sebuah
negara industri yang benar-benar maju mesti
membentuk sebuah 'masyarakat sains' yang progresif.
 Apabila Malaysia berjaya menjadi negara pengguna
teknologi dan pencipta teknologi baru akan terbentuk
satu masyarakat yang bersifat sains yang progresif
seperti yang dicitakan oleh Perdana Menteri

bachelor
Cabaran 7 : Mewujudkan masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang
 Perdana Menteri dalam membicarakan cabaran ini ingin
menyuburkan kembali peranan komuniti dan masyarakat
dalam menjaga kebajikan rakyat.
 Ini bermakna sebuah sistem sosial yang lebih
mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti
dibentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah
masyarakat yang berbudi dan penyayang.

bachelor
Cabaran 8 : Menjamin pembentukan sebuah
masyarakat yang adil ekonominya.
 Pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama bukanlah ciri
negara yang benar-benar maju.
 Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama
dikalangan rakyat perlu diteruskan.
 Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil
ekonominya, rakyat juga perlu di beri dan sedia
menerima latihan yang cukup.
 Masyarakat yang adil ekonominya tidak akan terbentuk
selagi terdapat unsur-unsur penentuan fungsi ekonomi
berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran
ekonomi kepada kelompok-kelompok etnik yang tertentu.

bachelor
Cabaran 9 : Mewujudkan masyarakat yang makmur.
 Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara lain
yang sedang berlumba-lumba mencapai kemakmuran
untuk rakyatnya. Untuk berjaya dalam persaingan ini dan
mencapai kemakmuran untuk rakyat adalah wajar bagi
Malaysia mewujudkan suatu ekonomi yang bersifat
dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
Untuk memenuhi sifat-sifat ini, ekonomi negara mestilah
melalui transformasi struktural.
 Ini semua memerlukan pengorbanan dan iltizam bukan
sahaja daripada negara tetapi juga daripada sektor
swasta. Pengkorporatan Malaysia (Malaysian
Onccorporation) adalah satu usaha untuk mencapai
matlamat ini, iaitu untuk mewujudkan ekonomi yang
berdaya saing, dinamik, tangkas dan berdaya tahan
sebagai satu prasyarat kepada pembentukan
masyarakat yang makmur.

bachelor
Penutup
 Perdana Menteri memang sedar bahawa kemajuan
ekonomi semata-mata tidak boleh mencapai
wawasannya untuk membentuk sebuah negara yang
benar-benar maju. Malah beliau telah menegaskan
dalam kertas kerjanya "....bahawa wawasan tentang
pembangunan yang menyeluruh ke arah terbentuknya
masyarakat maju yang kita hasratkan itu tidaklah harus
bermakna kemajuan kebendaan dan ekonomi semata-
mata. Sekali-kali tidak. Pembangunan ekonomi tidaklah
harus dijadikan matlamat tunggal lagi mutlak cita-cita
kebangsaan kita.

bachelor

Anda mungkin juga menyukai