Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

_____________________________________________________________________

HBML2203 : PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEMESTER: JANUARI 2010 TUTOR ENCIK ROSLI BIN AB.GHANI Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu DISEDIAKAN AHMAD ZAWAWI BIN IBRAHIM @ MUDA NO. MATRIK 720211115031002

NO. TELEFON 013-9833827 TARIKH


6 MAC 2010

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AHMAD ZAWAWI B. IBRAHIM @ MUDA

NO. FAIL JPN : ( D 38509 ) NO. KP : (BARU)720211-11-5031 (LAMA) A 2101582

NO. MATRIK : 720211115031002 AMBILAN MAJOR MINOR SEKOLAH : SEPTEMBER 2008 : BAHASA MELAYU : 1. BAHASA INGGERIS 2. PENDIDIKAN KESIHATAN

: SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN

ALAMAT RUMAH : LOT 2730, DESA REBANA, 18500 MACHANG, KELANTAN NO. TELEFON : 013-9833827

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor, En. Rosli b. Ab.Ghani di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan seperjuangan yang turut sama menyumbang idea bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

ISI KANDUNGAN -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Halaman BIODATA PELAJAR PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENDAHULUAN 1.0.1 Konsep Sekolah Bestari 3 i 1

CIRI-CIRI PEDAGOGI BESTARI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIRANCANG 2.1 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mediatif 2.1.1 Peranan Guru dan Murid 2.1.2 Pendekatan Pencapaian Konsep LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI MEDIATIF 3.1 - Langkah Pengajaran Mediatif dalam P&P Bahasa Melayu PERKAITAN INTERAKTIF DENGAN PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI 4.1 Contoh Perisian Kursus Interaktif PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN

3.0

4.0

14

i 1.0 1.0.1 PENDAHULUAN Konsep Sekolah Bestari Kamus Oxford mendefinisikan Bestari sebagai cerdik, pintar, tajam akal, kesihatan segar, bersinar, bergaya serta menonjol dalam masyarakat (clever, ingenious, quickwitted, bright and fresh in appearance, neat fashionable, stylish and conspicuous in society). Kamus Dewan Edisi ke-4 pula mentakrifkan Bestari sebagai segak, pintar, bijak, pantas serta berkelas tinggi. Manakala Kamus Digital Oxford Besta, Bestari bermaksud berpendidikan, berpengetahuan luas, berbudi pekerti baik, cekap, cerdas, pandai, pintar serta bergaya (smart, bright and new looking, showing intelligent, clever and ingenious).Ringkasnya maksud konsep Bestari ialah bijak, pintar, luas pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bersopan santun, berhemah serta tinggi budi pekerti. Sekolah Bestari di Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh (systematically) dari proses pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Mulai tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Penggunaan teknologi sebagai pengupaya atau pemboleh menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila projek ini diwujudkan sebagai satu daripada aplikasi perdana MSC. Menurut Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Sekolah Bestari merupakan: An exciting development of our education system is the creation of Smart Schools. Smart schools are being planned in stages nationally, not only to meet the requirements of the Multimedia Super Corridor, but also to create a new generation of Malaysians Malaysians who are more creative and innovative in their thinking, adopt with new technologies, access and manage completely the information explosion. (Blueprint Projek Rintis Sekolah Bestari, 1998) and able to

Berlandaskan pernyataan di atas, Sekolah Bestari menurut Mashitoh Yaacob dan Maharam Mamat (2001) adalah bermatlamatkan memberi penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberikan fokus kepada bukan pada domain intelektual semata-mata tetapi juga domain afektif. Teknologi digunakan untuk memperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah, mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah dan mengikut kadar pembelajaran individu. Dengan lain perkataan. melalui program ini akan lahirlah individu yang berilmu, berakhlak mulia, cekap teknologi, bersifat global dan mampu beroperasi di persada antarabangsa.

2.0

CIRI-CIRI PEDAGOGI BESTARI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEDIATIF Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Tegasnya strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan kepandaian guru memilih, menyusun serta mengurus sesuatu rancangan pengajaran dengan tujuan mencapaikan hasil yang optimum. Dalam Pedagogi Bestari, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah banyak ditumpukan kepada strategi pemudahcaraan, berpusatkan murid dan bahan khasnya penggunaan komputer dan internet serta strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif, pembelajaran masteri, kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri. Mengikut Pelan Induk Sekolah Bestari (1997), beberapa strategi P & P dalam pedagogi Bestari telah diperkenalkan.

2.1

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Mediatif Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens serta hipotesis. Strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk menentukan secara sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan serta membuat kategori. Melalui strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid. Biasanya guru menggalakkan murid untuk memberikan pendapat masing-masing melalui pendekatan yang berikut : Perbincangan terbuka (open-ended discussion) Pencapaian konsep (concept attainment) Pembinaan konsep (concept formation) Inkuiri

2.1.1. Peranan Guru dan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif biasanya digunakan untuk membantu murid menilai atau mengupas isu-isu kontroversial daripada sudut yang berlainan, memahami serta menghormati pandangan orang lain dan menggunakan alternatif yang lain dalam menyelesaikan masalah. Walaupun guru mempunyai pandangan yang tersendiri dan memberikan maklumat yang berguna semasa sesi dialog, adalah penting untuk guru mengelakkan daripada membuat penilaian (judgment) tentang idea yang disampaikan oleh murid.

Rajah 2.1 : Peranan guru dan murid dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif

2.1.2

Pendekatan Pencapaian Konsep atau Concept Attainment (CA) Antara empat pendekatan CA, pendekatan Concept Attainment yang diasaskan oleh Jerome Bruner selalu dipraktikkan oleh guru. Pendekatan CA perlu melalui tiga peringkat iaitu: 1. 2. Memperkenalkan Konsep Guru menunjukkan contoh-contoh tanpa label misalnya perkataan kereta, baju, bola, kasut, rumah, berenang, berjoging, berbual serta belajar. Murid diminta memberi contoh-contoh lain. Guru meletakkan contoh dalam senarai. Menguji Capaian Konsep Murid menjana dan menguji hipotesis, misalnya nama benda seperti kasut dan kereta tergolong dalam kata nama dan perbuatan seperti berenang dan belajar tergolong dalam kata kerja. Murid mengenalpasti contoh-contoh lain seperti komputer, buku, membaca,melukis dan lain-lain. Guru membantu mengesahkan hipotesis, nama konsep dan menyatakan semula definisi berdasarkan ciri-ciri misalnya kata nama ialah kata yang terdiri daripada nama benda dan kata kerja yang terdiri daripada kata yang menunjukkan perbuatan atau melakukan sesuatu. 3. Menganalisis Strategi Berfikir Murid menghuraikan pemikirannya. Murid berbincang peranan hipotesis dan ciri-ciri, misalnya ciri-ciri kata nama dan ciri-ciri kata kerja. Murid berbincang tentang jenis dan hipotesis, misalnya kata nama terbahagi lepada dua, iaitu kata nama am dan kata nama khas dan kata kerja terbahagi kepada dua juga, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

3.0

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI MEDIATIF Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens serta hipotesis. Strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk menentukan secara sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan dan membuat kategori. Melalui strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid. Biasanya guru menggalakkan murid untuk memberikan pendapat masing-masing melalui pendekatan-pendekatan berikut: Perbincangan terbuka (open-ended discussion) Contoh topik yang sesuai untuk perbincangan: (i) Pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Perlu kajian terperinci. (ii) Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) wajar dihapuskan untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. (iii) Peranan sekolah dalam membentuk remaja yang berketrampilan.

3.1

Langkah Pengajaran Mediatif dalam P&P Bahasa Melayu a) Kemahiran Lisan (Mendengar dan Bertutur) Langkah 1 Guru menayangkan slaid pencemaran Guru bersoal jawab tentang slaid yang ditayangkan, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Apa yang dapat anda saksikan melalui tayangan slaid? Mengapa keadaan itu berlaku? Siapa yang bertanggungjawab berlakunya fenomena pencemaran alam? Bagaimana kita mengatasi masalah ini? Di mana biasanya pencemaran berlaku?

Langkah 2 Murid dibahagikan kepada lima orang satu kumpulan dan menerima kad tugasan. Murid berbincang berdasarkan kad arahan yang diberi. Wakil kumpulan akan menerangkan berdasarkan soalan yang diberi.

Tajuk tugasan 1. Bincangkan jenis-jenis pencemaran dan kesannya terhadap hidupan alam. 2. Bincangkan sebab-sebab berlakunya pencemaran alam sekitar 3. Bincangkan bagaimana masyarakat memainkan peranan untuk menjayakan program kitar semula. 4. Bincangkan sebab-sebab berlakunya pencemaran. 5. Bincangkan kesan pencemaran sungai terhadap masyarakat. Langkah 3 Seorang pencatat dilantik dalam kumpulan untuk mencatat isi perbincangan. Hasil perbincangan dicatat ataskertas sebak dan dipamerkan di dinding kelas dengan diberi nama Galeri Bencana Alam Wakil kumpulan akan menerangkan lepada kelas hasil perbincangan yang dicatat. Langkah 4 Murid dibimbing untuk mengemukakan soalan semasa sesi pembentangan dilakukan Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan b) Kemahiran membaca dan menulis Langkah 1 Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru dengan sebutan dan intonasi betul. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan. Langkah 2 Murid menyenaraikan golongan frasa nama yang terdapat dalam petikan angin ribut, air laut, banjir, kilat, sinar matahari, banjir lumpur, saliran karbon dioksida. Murid diminta menulis rumusan kesan pencemaran alam sekitar. contohnya air serta udara yang

4.0

Perkaitan Interaktif dengan Pembelajaran Sekolah Bestari Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari yang dilaksanakan pada tahun 1996 merupakan satu

daripada tujuh aplikasi flagship dalam projek Koridor Raya Multimedia. Secara amnya, pelaksanaannya adalah bertujuan melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis untuk menghadapi pelbagai cabaran zaman mereka di masa muka dalam era teknologi maklumat dan perkembangan global. Walau bagaimanapun, dua asas penting dalam sistem pendidikan di Malaysia yang sedia ada iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai moral tidak diketepikan. Bahagian Pendidikan Guru yang dipertanggungjawabkan mengendali kursus Sekolah Bestari telah mencadangkan empat pendekatan pengurusan pembelajaran bestari iaitu (a) pembelajaran berpusatkan pelajar, (b) pembelajaran bersifat individu, (c) pembelajaran berfikrah, dan (d) pembelajaran berbantukan teknologi. Berdasarkan komitmen dan pelaburan yang telah dibuat, pembelajaran berbantukan teknologi maklumat adalah kaedah terkini yang sesuai dilaksanakan. Kaedah tersebut juga dianggap sesuai kerana pelaksanaannya akan dengan sendirinya dapat melengkapi ketiga-tiga kaedah lain. 4.1 Contoh Perisian Kursus Interaktif 4.1.1 Mata Pelajaran Bahasa Melayu ( 1 jam ) 9.00 pagi 10.00 pagi 4.1.2 Tajuk Pencemaran Alam Sekitar 4.1.3 Kumpulan Sasaran Tahun 6 ( 40 orang murid ) 4.1.4 Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: a) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. b) Mengenalpasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan. c) Membina ayat tunggal daripada kata 4.1.6 Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis 4.1.7 Sistem Bahasa : Morfologi golongan kata nama Sintaksis Ayat tunggal 4.1.8 Ilmu Nilai : Sains, Kajian Tempatan : Menghargai, keyakinan diri, menghormati.

4.1.9 Kemahiran Generik

: Kemahiran berfikir Kemahiran belajar Kemahiran fasilitator Kemahiran mentaksir dan menilai Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Prosedur Pelaksanaan Set induksi / 5 minit 1. Guru menayangkan slaid bergambar pencemaran alam 2. Guru bersoaljawab dengan murid Apakah jenis pencemaran alam yang dipaparkan di skrin? Di mana kejadian berlaku? Apakah punca-punca yang menyebabkan pencemaran alam? 3. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran Langkah 1 / 15 minit 1. Murid dibahagikan kepada lima orang satu kumpulan dan diedarkan petikan bertajuk Pencemaran Alam Sekitar. Murid diminta membaca senyap. 2. Murid berbincang berdasarkan petikan. 3. Murid mengisi borang KWLH 4. Guru meminta murid mengisi ruang K iaitu apa yang anda ketahui. 5. Guru berbincang dengan murid-murid tentang isi ruangan K.

Kemahiran Generik Kemahiran belajar: Menyoal Kemahiran berfikir: Menghubung kait

Catatan/Nilai Menghargai

Kemahiran belajar: a. Membaca dan mencatat b. Menyoal Kemahiran berfikir: Pengurusan grafik Kemahiran fasilitator: Membimbing dan memerhati Kemahiran berfikir: Banding beza

Kerjasama Hormatmenghormati

6. Guru meminta murid-murid melengkapkan ruangan W 7. Guru berbincang dengan murid-murid tentang isi ruangan W. 8. Murid diminta mengisi ruangan L iaitu apa yang anda pelajari berdasarkan petikan. 9. Guru berbincang dengan murid-murid mengenalpasti perkara-perkara dalam ruangan W dan bandingkan dengan ruangan H. 10. Guru meminta murid-murid melengkapkan ruangan H iaitu apa yang pelajar ingin tahu.

Langkah 2 / 15 minit Ketua kumpulan akan mengagihkan tugas kepada setiap ahli untuk mengisi borang KWLH dalam laptop mengikut giliran. 2. Wakil kumpulan akan membentangkan hasik perbincangan mengisi ruangan KWLH 3. Semasa sesi pembentangan dijalankan, kumpulan lain akan membuat penilaian di dalam borang penilaian yang disediakan guru. Penilaian dibuat berdasarkan; Isi 20 m Bahasa 20m Kelancaran - 20 m Kualiti/kesesuaian soalan 20m Kolaborasi kumpulan 20m 4. Guru membuat pemantauan 1.

Kemahiran ICT MS word Kemahiran belajar: Pembentangan hasil tugasan Kemahiran mentaksir dan menilai Mengisi borang penilaian Kemahiran fasilitator: Pemantauan

Keyakinan diri adil teliti

10

Langkah 3 / 15 minit

Kemahiran belajar: Membaca

1. Guru meminta beberapa murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul 2. Murid-murid dikehendaki menggaris kata nama yang terdapat dalam petikan 3. Murid diminta mengumpul dan Kemahiran berfikir: mengkelaskan kata nama yang Mengkelaskan terdapat dalam petikan dalam borang grafik 4. Murid diminta membina ayat tunggal daripada kata nama dalam petikan.

Langkah 4 / 10 minit 1. Murid diedarkan kad tugasan 2. Ketua kumpulan mengagihkan tugas, setiap ahli mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan. 3. Setiap kumpulan diminta mengumpul maklumat tambahan yang terdapat dalam laman web ke dalam program MS publisher. 4. Guru akan membuat penilaian terhadap brosur yang dihasilkan. 5. Penilaian rubrik berdasarkan kriteria: Isi Bahasa Persembahan grafik 6. Brosur akan dipamerkan di sudut bacaan dan di pusat sumber

Kemahiran berfikir: a) Membuat rumusan b) Memilih maklumat mengikut keutamaan c) Pengurusan grafik Kemahiran ICT: a) Meneroka internet/laman web b) Membina brosur Kemahiran belajar a) Mengumpul maklumat b) Memproses maklumat c) Menyusun maklumat Kemahiran fasilitator: Membimbing dan memerhati Kemahiran menilai dan

sekolah.

mentaksir: a) Bahasa b) Persembahan grafik

12

Penutup / 5 minit 1. Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru. 2. Guru membuat rumusan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari Murid digalakkan mengumpul maklumat tambahan yang terdapat dalam laman web dalam program publisher.

13

PENUTUP Kesimpulannya, Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa depan negara. Perkembangan Sekolah Bestari juga telah menjadi satu aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah yang dapat melahirkan pelajarpelajar yang cerdik dan berpengetahuan Bestari ini sebagai serta dijangka kepada dapat negara bersaing Malaysia dunia. apabila seiring itu, menghadapi wawasan 2020. Pelaksanaan Sekolah serta menjadikan Malaysia penting dengan hasrat menjayakan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) pusat pendidikan bertaraf Selain pelaksanaan Sekolah Bestari ini diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat perhubungan dan telekomunikasi antarabangsa dan model kecemerlangan pendidikan serantau. Kejayaan dalam melaksanakan Sekolah Bestari ini sebenarnya bergantung kepada beberapa polisi perkara dasar, seperti norma komitmen dan sekolah dalam membuat bagi anjakan menyokong paradigma sekolah. dalam budaya dan proses kerja kini, sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa pelajar, atau panduan yang sesuai Amalan-amalan pentadbiran yang cekap dan berkesan di setiap sekolah, agihan teknologi maklumat (IT) yang mencukupi juga membolehkan Sekolah Bestari berfungsi dengan baik.

14

RUJUKAN Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir: Kuala Lumpur: Utusan Publication. Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003). Kementerian Pelajaran Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka, (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Modul Latihan Guru Bestari: Kursus Latihan dalam Perkhidmatan (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru. Shahabudin Hashim, et. al. (2003), Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Publication & Distributors. Tuan Jah Tuan Yusof. (2009). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu: Open University Malaysia: Meteor Doc Sdn. Bhd. The Malaysian Smart School. (1997). An BSC Flagship Aplication: A conceptual blueprint. Ministry of Education: Malaysia. Yahya Othman, (2008). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu: PTS Profesional.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai