Anda di halaman 1dari 4

HIJRAH KEPADA ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW

Setiap tahun masyarakat kita di Malaysia, dan juga di negara-negara yang lain meraikan kedatangan tahun Hijrah. Di sana sini majlis ceramah yang menjelaskan pengajaran yang boleh kita perolehi dari hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Yathrib (kemudian dinamakan semula oleh Rasulullah SAW sebagai Madinah). Bertahun-tahun ceramah yang serupa kita dengari, mungkin dari penceramah yang berbeza tetapi isinya sama saja. Fakta hijrah telah terpahat dalam ingatan kita tetapi keadaan kita tidak berubah. Dengan meminjam kata-kata Khurram Murad: ...Yet eyes remain dry, hearts remain unmoved, minds remain

untouched, lives remain unchanged


Ceramah dan kuliah ini kadang kala tidak memberikan bekas dan bekalan kepada kita untuk menjalani kehidupan kita sebagai Allah SWT. Justeru, mari kita meneliti hijrah dari satu sudut yang jarang dibincangkan, iaitu hijrah hati. Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya Ar-RisalatutTabukiyyah, terdapat dua jenis hijrah: (a) Hijrah fizikal atau hijrah jasadi, dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Terdapat banyak perbincangan dalam aspek hijrah begini. (b) Hijrah yang kedua adalah HIJRAH HATI KEPADA ALLAH SWT. Inilah yang sebenarnya, dan hijrah hati ini menjadi dasar hijrah yang pertama.Hijrah badani ini adalah natijah (outcome) hijrah hati Hijrah hati seorang muhajir menuntut penghijrahan atau perpindahan dari SATU REALITI kepada realiti yang lain. HATI MESTI HIJRAH DARI MENCINTAI PELBAGAI BENDA DAN PERKARA KEPADA MENGKHUSUSKAN CINTA HANYA UNTUK ALLAH SEMATA-MATA

HIJRAH DARI PERHAMBAAN KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA ALLAH SEMATA-MATA HIJRAH DARI TAKUT KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA TAKUT HANYASANYA KEPADA ALLAH SWT HIJRAH DARI BERGANTUNG HARAP KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA BERGANTUNG HARAP HANYASANYA KEPADA ALLAH SWT HIJRAH DARI MEMOHON KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA MENGKHUSUKAN MEMOHON HANYASANYA KEPADA ALLAH SWT HIJRAH KEPADA MENYERAH DIRI KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA PENYERAHAN DIRI HANYASANYA KEPADA KEHENDAK AALLAH SWT SAHAJA Inilah pengertian yang menyeluruh lari menuju Allah fafirru ilallah (QS Adzariyat (51: 50)

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata

KETERIKATAN HATI
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ya Allah! Aku menyerahkan diriku kepada-Mu, menghadapkan wajahku kepada-Mu, melepaskan segala urusanku kepada-Mu, mengukuhkan belakangku (memperolehi kekuatan) daripada-Mu, ..." Rasulullah SAW juga bersabda: "Muhajir yang benar adalah yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT" (HR Al-Bukhari) Allah SWT menghubungkan IMAN dan HIJRAH dalam beberapa ayat di dalam Al Qur'an. Antaranya adalah: QS Al-Baqarah (2), ayat 218 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

QS Al-Anfal (8) ayat 72; 74; 75 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi ..." Dalam Surah At-Taubah (9), ayat 20 "Orang-orang yang beiman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan"

HIJRAH DIDORONG OLEH CINTA


Hijrah kepada Allah merangkumi apa jua yang dibenci oleh Allah SWT dan melakukan apa jua yang dicintai oleh Allah SWT. Justeru, hijrah tumbuh dari cinta dan benci. Mereka yang berhijrah secara badani mestilah mencintai tempat yang dituju oleh hijrah tersebut lebih dari tempat yang ditinggalkan. Nafsu kita yang sentiasa menerima bisikan dan pujukan syaitan, mengajak kita kepada yang bertentangan dengan apa yang dicintai Allah SWT. Di masa yang sama kita juga menerima bisikan dari iman kita yang sentiasa mengajak kita melakukan apa yang disukai oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa berhijrah kepada Allah dan tidak meninggalkan hijrah ini sehingga kita mati. Hijrah ini akan menguat atau melemah bergantung kepada tahap kecintaan kita kepada Allah SWT. Semakin kuat rasa cinta kita kepada Allah maka semakin sempurna hijrahnya kepada Allah SWT. Apabila rasa cinta ini semakin lemah dan pudar, maka keinginan untuk berhijrah kepada Allah juga akan lemah sehingga dia tidak lagi memiliki keinginan untuk berhijrah kepada Allah SWT. HIJRAH HATI yang merupakan satu tuntutan yang diwajibkan atas setiap muslim selagi dia masih bernafas, tetapi dia masih lagi tidak berusaha untuk memperolehi ilmu berkaitan dengan perkara ini; atau tidak membangunkan hajat atau niat untuk melakukan hijrah ini maka Ibnu Qayyim mengatakan mereka adalah BUTA dan tiada apa yang

boleh menyelamatkan dirinya di akhirat nanti kecuali dia menyedari kebutaan hatinya dan berusaha untuk melakukan hijrah.

HIJRAH KEPADA RASULULLAH SAW


Hijrah kepada Rasulullah SAW adalah sangat penting dalam kehidupan muslim. Hijrah ini adalah sukar kecuali bagi mereka yang sangat berhajat untuk melakukan hijrah ini. Hijrah kepada Rasulullah SAW bererti: "Perjalanan jiwa dalam setiap aspek kehidupannya, merangkumi rukun imana, urusan kehidupan hariannya, melalui bimbingan sunnah Rasulullah, tanpa mengikuti bimbingan sunnah Rasulullah SAW, maka dia berada dalam keadaan keraguan dan jatuh ke dalam kegelapan tanpa petunjuk" Berhijrah kepada Rasulullah SAW diwajibkan atas setiap muslim dan merupakan bahagian kedua syahadatain kita.

Marilah kita tingkatkan usaha menyiapkan diri dan berhijrah kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, agar setiap hari yang kita lalui semakin bertambah bekalan kita untuk kehidupan di Akhirat kelak. Semakin dekat pula dengan cinta dan redha Allah SWT

Anda mungkin juga menyukai