Anda di halaman 1dari 5

‫كسن صلة دالم كهيدوفن مؤمن‬

(06 Julai 2007M / 21 Jamadilakhir 1428H)

ِ‫لةَ َطرِْي َقةَ اْل ُمّت ِقيْنَ وَ َج َعلَ ِف ْيهَا ُق ّرةَ َعيْنِ َسيّد‬
َ ّ‫حمْدُ ِلِ الّذِي َج َعلَ الص‬
َ ْ‫َال‬
َ‫حّبيْن‬
ِ ُ‫اْل ُمرْسَ ِليْنَ َورُ ْكنًا مِنْ َأ ْركَانِ الدّيْنِ َو َج َعلَ ِف ْيهَا َجّنةً عَاجِ َلةً لِ ْلم‬
ِ‫ َأ ْشهَدُ َأنْ لّ إَِلهَ ِإلّ الُ رَبّ ال َعرْشِ ال َع ِظيْم‬.َ‫وَاْلعَارِ ِفيْنَ ِلأَ ْسرَارِ اْلعَا ِش ِقيْن‬
ْ‫حِبهِ وَالتّاِب ِعيْنَ َلهُم‬
ْ َ‫حمّدًا َع ْب ُدهُ َورَ ُسوُْلهُ ا َل ِميْنُ َوعَلَى آِلهِ وَص‬
َ ُ‫وََأ ْشهَدُ َأنّ م‬
.ِ‫ِبإِ ْحسَانٍ ِإلَى َي ْومِ الدّْين‬

َ‫ـيْكُمْ وَاِيــَايَ ِبَت ْقوَى ال َف َقدْ فَاز‬


ِ ‫ ِإّت ُقوْا ال ُأوْص‬،‫ فَيَـا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاـ َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya sama-sama kita bertakwa
kepada Allah dengan meningkatkan lagi amal soleh dan berusaha menjauhi
larangannya. Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang dan diberkati Allah di
dunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,


Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam.
Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat
Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam
al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat " َ‫" َاقَا م‬ yang merujuk kepada makna
perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan
" ‫ " الصلة‬atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman
Allah SWT:

Yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan


sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa
kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu
telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah
1
sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya
sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang
beriman, yang tertentu waktunya."
(Surah an-Nisa' : 103)

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Sebagai umat Islam, samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun
perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya
perintah solat ini. Sebab itu, Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam
sejak 1400 tahun lalu supai ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang
ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan
sembahyang ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak
dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah:

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah keampunan kepada ku dan kepada


kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa
berlakunya hisab dan pembalasan."
(Surah Ibrahim : 40)

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti
Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang berbunyi:

Maksudnya: "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan


sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan
(ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

SIDANG JUMAAT SEKALIAN,


Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-
orang Islam yang beriman, di antaranya:

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati


Allah.

Firman Allah SWT:

2
Yang bermaksud: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku,
oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati
daku."
(Surah Toha ayat : 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana


untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sekaligus sembahyang juga
merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT.
Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

2. Solat dapat menghapus dosa.

Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari
semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

ُ‫ اَل صّلَة‬:َ‫"عَ نْ أَبِ يْ ُهرَْيرَةَ رَضِ يَ الُ عَنْ هُ أَنّ رَ سُوْلَ الِ صَلّى ال عَلَيْ هِ وَ سَ ّلمَ قَال‬
".َ‫ج ُم َعةِ َكفّا َرةٌ ِلمَا بَيَْن ُهنّ مَا َلمْ َت ْغشِ الْكَبَاِئر‬
ُ ‫ج ُم َعةُ إِلَى اْل‬
ُ ‫خ ْمسُ وَاْل‬
َ ‫اْل‬
Bermaksud: "Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya
adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama
dijauhinya dosa-dosa besar."
(Hadis riwayat Muslim)

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya


boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan
kemungkaran. Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: "…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari


perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan
apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Ankabut : 45)

3
4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang
meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat
kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana
Firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya berbahagia \ berjayalah orang-orang beriman.


(Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
(Surah al-Mukminun : 1-2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi
SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT
di “Sidratul Muntaha” dalam peristiwa Isra’ Mikraj adalah berbeza dengan ibadah
lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu
dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan
bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dari segi perubatan dan kesihatan solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa,
mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta
cergas. Begitu juga, Rasulullah SAW ketika berhadapan masalah, akan
memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.
Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat.
Dalam surah Maryam ayat 59, Allah berfirman :

Maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-
siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan
menemui kesesatan."

Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan


solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. Imam Said Ibni al-Musayyib
berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar
di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu Isyak dan solat Isyak
ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan
selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia
akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama "Ghaiy" di dalam
neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa
dalam kitab "ِ‫التَفْ سِ ْير‬ ‫س فِى‬
ُ ‫"الَ سَا‬. Jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini
4
hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat
fardhu sama sekali.

Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan


sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW:

َ‫سعُ ْودٍ رَضِ يَ الُ عَنْ هُ سَأَلْتُ رَ سُوْل‬


ْ َ‫ قَالَ عَبْدُ الِ بْ نُ م‬،َ‫"عَ نْ أَبِ ْي َعمْرٍو الشّيْبَانِ يْ قَال‬
‫صلَ ُة عَلَى‬
ّ ‫ اَل‬:َ‫الِ صَلّى الُ عَلَيْ هِ وَ سَ ّلمَ قُلْ تُ يَارَ ُسوْلَ الِ أَيّ اْل َعمَلِ أَ ْفضَلُ؟ قَال‬
".ِ‫جهَادُ فِيْ سَبِيْلِ ال‬
ِ ‫ ُقلْتُ ُثمّ َأيّ؟ قَالَ اَْل‬.ِ‫ قُلْتُ ُثمّ أَيّ؟ قَالَ ِبرّ الْوَاِلدَيْن‬.‫مِ ْيقَاِتهَا‬
Maksudnya: "Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah
bertanya kepada nabi SAW apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi
menjawab: Solat tepat pada waktunya. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda
menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia bertanya lagi
kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT."

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

     

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai


Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu,
kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang
terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."

(Surah al-Kausar ayat : 1-3)

ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْءا نِ اْلعَ ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬
ْ‫ َأ ُقوْلُ َقوْلِي‬.ُ‫سمِيعُ اْلعَ ِليْم‬
ّ ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْمِ وََت َقّبلَ ِمنّي َو ِمنْكُمْ تِلوََتهُ إِّنهُ ُهوَ ال‬
ِ‫ُسـِلمَات‬
ْ ‫ُسـِل ِميْنَ وَاْلم‬
ْ ‫ُمـ وَلِسـَاِئرِ اْلم‬
ْ ‫ِيـ وََلك‬
ْ ‫ْمـ ل‬
َ ‫َسـَت ْغ ِفرُ ال َ اْلعَ ِظي‬
ْ ‫هَذَا وَأ‬
ُ‫ّهـ ُهوَ اْل َغ ُفوْر‬
ُ ‫َاسـَت ْغ ِفرُ ْوهُ إِن‬
ْ ‫ُمـ وَا َل ْموَات ف‬
ْ ‫َاتـ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنه‬
ِ ‫ْنـ وَاْل ُم ْؤ ِمن‬
َ ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِني‬
.ُ‫الرّ ِحيْم‬

Anda mungkin juga menyukai