Anda di halaman 1dari 10

MEMBINA SAFF KEPIMPINAN (Sinf Qiadi)

KRISIS KEPIMPINAN
Untuk melahirkan pemimpin dalam suasana hari ini adalah suatu usaha yang besar dan
berat; zaman yang terbatas dari suasana yang dapat membangunkan jiwa kepimpinan,
zaman kerapuhan jiwa dan kerendahan motivasi diri dengan berbagai permasalahan
kejiwaan yang menghalang kejayaan.

Kecintaan kepada kebendaan menyebabkan umat ini begitu takutkan kegagalan, kerana
kebendaan menggambarkan kejayaan dalam bentuk yang zahir (benda wujud) dan
segera seperti kekayaan, hartabenda, rumah besar, kedudukan tinggi, keseronokan dan
lain-lain.

Sememangnya kegagalan adalah suatu yang memedihkan kerana luka-lukanya akan


terus ternganga dan merebak hingga bertahun-tahun bahkan mungkin berpuluh tahun
kecuali apabila ianya benar-benar dirawat dan dipulihkan, malangnya kaedah perawatan
dan pemulihannya tidak sama bagi semua kes dan dosnya juga berbeza mengikut
individu. Kegagalan dalam mencari penawar yang mujarab ini akan menyebabkan
manusia terus berada di dalam penderitaan dan kesempitan serta kegelapan jiwa.

KEHILANGAN MASA LALU


Kecederaaan umat yang paling parah ialah kehilangan masa lalu Islam yang perlu
dibanggakan. Musuh-musuh Islam telah mencuba sebaik mungkin untuk memadamkan
kisah-kisah bicara singa zaman silam yang menyebabkan kita kehilangan tempat
berpijaknya ummat ini hingga lahir daripada ummat ini kijang-kijang yang pengecut
yang akan lari menyembunyikan diri hanya kerana terbaukan musuh bukan berdepan
dengan musuhnya.

Kehilangan masa lalu menjadikan seseorang atau suatu ummat itu seperti tumbuhan air
yang tidak memiliki akar yang menancap. Juga seperti tumbuhan yang tidak
membuahkan hasil. Umat yang kehilangan kebanggaan masa lalu ini, pasti akan
kehilangan identiti. Pada saat ini suatu ummah akan hidup dengan konsep-konsep
instant yang menjadikan mereka sekadar meneruskan kehidupan dengan makan,
minum dan keperluan syahwat. Hidup tanpa kesedaran dan tujuan.

Umat Islam hari ini benar-benar berada di persimpangan jalan. Cara hidup jahiliyyah
dengan berbagai perisa dan pewarna Islam telah menyelubungi kehidupan mereka
hingga mereka menjadi keliru dalam memilih jalan hidup yang lurus; mereka gagal
memilih watak-watak atau keperibadian (syakhsiyah) sebagaimana yang dikehendaki
Allah SWT. Umat Islam kini tidak lagi memiliki syakhsiyahnya sendiri bahkan menumpang
syakhsiyah-syakhsiyah lain yang tidak ada hubungannya dengan Allah SWT dan hari
Akhirat. Yang ada hari ini hanyalah syakhsiyah ghutsaiyyah (keperibadian buih), pemuda-
pemudanya yang mudah terikut-ikut dengan apa saja trend semasa yang direka oleh
musuh-musuh yang berniat jahat.

PEMBENTUKAN KEPIMPINAN (QIADAH)


1|Abu Umar
Keterbelakangan kita sudah terlalu lama dan lebih daripada cukup. Malam dan tidur kita
sudah begitu panjang hingga kita hampir melupakan datangnya pagi. Kitasudah lupa
kedatangan fajar subuh kerana terlalu lamanya kita hidup dalam kegelapan malam. Kita
hampir tidak mampu berdiri kerana lamanya tubuh kita berbaring.

Kita perlu bangun dan melakukan perubahan dan pengislahan. Kita perlu bangunkan
semula kepimpinan Islam di muka bumi ini.

Kepimpinan merupakan salah satu persoalan yang mendesak (urgent) yang menghilang
dari ummat ini. Krisis dalam berbagai bidang telah menimpa kita disebabkan oleh tidak
adanya tujuan yang dapat menyatukan gerakan dan hala tuju ummat ini.

Kita perlu membentuk sebuah sistem, metode, melaksanakan pendidikan,


merencanakan sasaran dan tujuan bagi terbinanya suatu barisan kepimpinan yang
berwibawa.

Penyelesaian permasalahan umat hari ini perlu diawali dengan sistem atau manhaj
tarbiyyah yang akan membangunkan suatu peribadi yang dilihat sebagai tokoh yang
soleh dan musleh di kalangan masyarakat yang lalai dengan kebendaan dan sibuk
dengan kepentingan diri sendiri. Umat memerlukan pemimpin masyarakat yang
mengutamakan dakwahnya lebih dari dirinya sendiri yang sanggup memberi segalanya
untuk sesuatu natijah yang lambat dan tidak pasti bila.

Kita perlu melalui latihan dan menjalankan latihan (kaderisasi) supaya kekosongan yang
sudah begitu lama ini kembali terisi.

TIADA PILIHAN
Dalam hal ini, kita tidak ada pilihan kerana gerakan ataupun harakah untuk
mengembalikan Islam pada kedudukannya bukanlah termasuk persoalan amal sunnah,
dimana kaum Muslimin boleh memilih (antara melakukannya ataupun tidak) tapi
merupakan persoalan wajib. Barangsiapa yang mati sedangkan ia belum berperang (di
jalan Allah) serta belum pernah meniatkannya dalam dirinya, maka ia mati dengan
memiliki sifat munafiq pada dirinya (Maksud Hadith Riwayat Muslim).

SIAPAKAH PEMIMPIN?
1. Pemimpin adalah seseorang yang memiliki kemahiran untuk mengerakkan manusia
melakukan sesuatu yang mereka rasa tidak mampu untuk lakukannya.
2. Pemimpin dengan izin Allah, mampu menyatukan hati-hati manusia untuk tunduk dan
patuh kepada kehendak Allah, menegakkan risalahNya dan membangunkan semula
ummah yang menepati ciri-ciri yang ditentukan oleh Allah SWT.
3. Kepimpinan dinilai daripada tingkahlaku dan perbuatannya, bukan kata-katanya.
4. Tidak semua orang layak menjadi pemimpin

MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BAIK.

2|Abu Umar
Pemimpin yang baik lahir dari proses pembinaan yang betul. Mungkin ada daripada kita
yang lahir dengan ciri-ciri kepimpinan namun ianya tidak lebih dari bahan mentah yang
tidak diproses. Untuk melahirkan pemimpin yang baik memerlukan proses yang
berterusan yang melibatkan pembelajaran kendiri, latihan, bimbingan dan rentetan
pengalaman hidup yang mematangkan dan mempertajamkan akal fikiran.

BAGAIMANA MELAHIRKAN KEPIMPINAN YANG BAIK


Kejayaan atau kegagalan suatu harakah bergantung kuat kepada barisan kepimpinan ini
kerana elemen utama kepada suatu harakah ialah jundiyah dan Qiyadah. Dan kedudukan
qiadah lebih penting dan perlu dititikberatkan. Kebaikan, kesolehan dan kejayaan barisan
pimpinan atau qiadah lebih memberi kesan kepada suatu harakah.

Barisan pemimpin yang baik seharusnya memiliki kemahiran-kemahiran tertentu di


samping memiliki karakter-karakter atau ciri-ciri khusus sebagai pemimpin.

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Antara sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah kemahirannya dalam
memberikan satu penyelesaian atau jawapan dengan cepat dan tepat. Sesuatu
keputusan yang lahir dari seorang pemimpin walaupun secara spontan adalah
merupakan hasil renungan atau pemikiran yang tenang dan rapi. Hasil pemikiran yang
tajam yang melihat suatu permasalahan dari segenap aspek samada negatif atau
positifnya. Berbagai persoalan cuba ditimbulkan, kemudian dicarinya penyelesaian-
penyelesaian bagi permasalahan yang timbul berdasarkan pengalam dan prinsip-prinsip
yang sudah terbina di dalam dirinya.

Untuk memahami ruanglingkup atau skop berkaitan kemahiran membuat keputusan ini
cuba kita selesaikan permasalahan ini;

3|Abu Umar
Kebanyakan orang akan membuat keputusan untuk mengorbankan seorang kanak-kanak
demi menyelamatkan sekumpulan kanak-kanak. Ini adalah keputusan yang dikira paling
wajar diambil, paling rasional, emotional dan bermoral. Ini adalah perkara yang sering
berlaku, masyarakat akan lebih cenderung kepada nilai majoriti berbanding nilai minoriti,
walaupun kadang-kadang pendapat minoriti mungkin lebih menghampiri kebenaran.

Oleh itu untuk membuat keputusan yang tepat beberapa perkara perlu diberi
pertimbangan;

1. Kanak-kanak yang bermain bersendirian telah mengambil keputusan yang betul


iaitu bermain di landasan yang tidak lagi digunakan kerana disitu dia akan lebih
selamat. Jadi kenapa dia yang telah membuat keputusan yang betul perlu
dikorbankan kerana kecuaian pihak yang lain.
2. Sekumpulan kanak-kanak yang bermain dilandasan yang masih beroperasi
menyedari hakikat bahaya yang mungkin terjadi. Oleh itu mereka akan lebih
berwaspada dan peka dengan bunyi atau kehadiran keretapi. Mereka akan lari
ketempat lain jika mereka mendengar bunyi keretapi yang begitu hampir.
3. Kan
ak-
Ketika anda sedang melintasi ladasan keretapi kita
dapati ada sekumpulan kanak-kanak (mungkin 8-10
tahun) sedang bermain agak jauh dari tempat anda
berada. Salah seorang dari mereka sedang leka bermain
di satu landasan yang sudah lama tidak digunakan
manakala yang lain bermain di landasan yang masih
aktif. Tiba-tiba sebuah keretapi penumpang bergerak
laju menuju kearah anda yang seterusnya akan melalui
kawasan kanak-kanak yang sedang asyik bermain. Anda
pada masa itu berada berhampiran Interchanger (gear
untuk mengubah laluan keretapi). Mustahil bagi anda
untuk menghentikan keretapi tersebut. Mungkin yang
mampu anda lakukan ialah menukar laluan keretapi
kelandasan yang lain dimana terdapat seorang kanak-
kanak yang sedang leka bermain. Apakah tindakan yang
paling wajar yang perlu anda ambil dalam situasi
tersebut? Membiarkan keretapi penumpang tersebut
merempuh sekumpulan kanak-kanak yang sedang
bermain di landasan aktif atau mengubah laluannya
kelandasan di mana hanya terdapat seorang budak

kanak yang bermain sendirian di landasan yang tidak lagi berfungsi tidak
akan pernah menyangka bahawa keretapi akan melalui landasan tempat dia
bermain. Oleh itu walaupun bunyi keretapi sudah begitu hampir dia tidak akan
mengambil apa-apa tindakan menyelamatkan diri.

4|Abu Umar
4. Landasan yang tidak lagi beroperasi dan sudah lam tidak digunakan lagi itu
mungkin terlalu uzur untuk menanggung berat keretapi yang bakal lalu di atasnya.
Kesannya kemungkinan keretapi yang penuh dengan penumpang itu akan terbalik
dan menyebabkan korban yang lebih ramai.

Kenyataannya, tidak semua yang boleh membuat keputusan dengan tepat. Oleh itu ada
beberapa kriteria yang perlu ada untuk seseorang itu membuat keputusan dengan tepat;

1. Mempunyai prinsip
Prinsip-prinsip ini terbina melalui pemahaman dan pengalaman seseorang dalam
suatu bidang. Di dalam amal Islami contohnya terdapat banyak qaedah-qaeadh
yang perlu difahami dan di pegang, contohnya Matlamat tidak Menghalalkan
Cara, Kerja-kerja jemaah mesti dilaksanakan oleh jemaah yang munazzamah dan
sebagainya.
2. Berilmu dan bijak
Ilmu ialah alat untuk mengukur kebenaran. Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat
membuat pertimbangan apakah tidakan yang benar dan tepat. Dalam kes tadi
contohnya; seseorang yang tidak ada ilmu langsung mengenai proses pereputan
atau keusangan mungkin tidak terfikir bahawa landasan yang sudah lama tidak
digunakan akan reput dan lemah. Bahkan landasan yang selalu digunakan akan
lebih tahan dan kuat.
Al Quran telah merakamkan kisah kebijaksaan antara Nabi Daud AS dan Nabi
Sulaiman AS dalam firman Allah yang bermaksud Dan (ingatlah kisah) Daud dan
Sulaiman, diwaktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman. Kerana
tanaman itu dirosakkan oleh kambing-kambing kepunyaankaumnya. Dan adalah
Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah
memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan
kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah
Kami tundukkan gunung ganang dan burung-burung, semua bertasbih bersama
Daud. Dan Kamilah yang melakukannya (Al Anbiya:78-79)
Ibnu Masud RA berkata tentang tafsir ayat ini: Tanaman anggur telah tumbuh
tandannya, kemudian dirosakkan oleh kambing; maka Nabi Daud AS memutuskan
bahawa kambing tersebut menjadi milik pemilik tanaman (sebagai gantirugi);
maka Nabi Sulaiman AS berkata Tanaman diserahkan kepada pemilik kambing
untuk dirawat sampai kembali seperti semula; dan kambing diserahkan kepada
pemilik tanaman untuk diambil manfaatnya sehinggalah tanaman telah kembali
seperti semula, ia dikembalikan kepada pemiliknya dan kambing diserahkan
kepada pemiliknya. Itulah maksud firman Allah SWT Maka kami telah berikan
pengertian kepada Sulaiman tentang hukum yang lebih tepat.
3. Memahami keutamaan dan kesegeraan
Setiap keputusan mesti dibuat mengikut keutamaan dan kesegeraan. Perkara yang
utama memang penting tetapi kadang-kadang ada juga perkara yang kurang
utama tetapi lebih segera (perlu dilakukan segera) sdangkan perkara yang utama
tadi masih boleh ditangguhkan ke masa yang lebih sesuai.
4. Bertanggungjawab

5|Abu Umar
Seseorang yang bertanggungjawab akan lebih menghampiri kebenaran kerana
tanggungjawab yang dirasainya akan mendesak untuk dia membuat tindakan yang
betul. Sufyan as Tsauri berkata Sungguh saya melihat sesuatu yang wajib bagiku
untuk memerintahkannya atau melarangnya sehingga saya kencing berdarah
5. Pemikiran yang tajam dan berpandangan jauh
Seorang pemimpin perlu berpandangan jauh. Jangkauan pemikirannya mungkin 10
tahun atau mungkin lebih jauh lagi. Kita telah melihat bagaimana pandangan-
pandangan sahabat seperti Saidina Umar RA yang melepasi sempadan zamannya.
Saidina Umar pernah mengadukan halnya dengan kaum Quraisy kepada Allah SWT
tentang kejemuannya menghalangi wujudnya kaum elit dan mewah dari kaum
Quraisy kerana bimbangkan bahaya yang mungkin timbul dari kemewahan dan Elit
itu; hari ini kita meyaksikan kejatuhan umat Islam kerana dua faktor utama itu.
Di dalam kes tadi, orang biasa mungkan hanya akan fikirkan 3 perkara Children,
Train & Track, tetapi seorang pemimpin akan fikirkan lebih daripada itu termasuk
penumpang keretapi dan usia landasan tersebut.
Seseorang berkata kepada Hassan Al Basri; Ada seseorang meninggal tiba-tiba
Maka ia berkata Sekiranya ia tidak meninggal tiba-tiba, maka ia akan sakit
dengan tiba-tiba kemudian meninggal
6. Kerapian berfikir dan tenang
Kekalutan fikiran akan menjauhkan kita dari kebenaran dan ketelitian bahkan
menjadikan tindakan kita terdedah pada kesilapan dan kecuaian. Manusia tidak
dapat lari dari kesilapan namun tidak seharusnya seorang pemimpin terperangkap
dengan kelemahan diri hingga melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
7. Logika yang tinggi
Seorang pemimpin perlu mempunyai daya fikir yang tinggi serta mampu
memikirkan penyelesaian yang tidak mampu dicapai oleh orang lain. (kisah Nabi
Daud dan Nabi Sulaiman). Tidak seharusnya pemimpin dipilih dari dolongan orang-
orang dungu atau dangkal (cetek) pemikirannya
8. Berani dan teguh pendirian
Jiwa yang penakut akan sentiasa lari dari kebenaran dan kejujuran walaupun dia
mengetahuinya. Dengan ketakutan, seorang sanggup mengadai maruah diri
apatah lagi amanah dan tanggungjawab.
9. Sabar
Menegakkan dan mempertahankan kebenaran tindak sanggup dilakukan
melainkan oleh orang-orang yang sabar serta mengharap pertolongan dan redha
Allah SWT.

PEMIMPIN DAN ORGANISASI

Manusia adalah makhluk sosial. Sebagai manusia kita tidak mungkin dapat hidup
seorang diri tanpa sebarang interaksi atau pergaulan dengan orang lain. Hakikat ini
mendesak manusia untuk merancang kehidupan bersama, menggubal undang-undang
dan peraturan dan yang paling diperlukan ialah adanya segolongan manusia yang
dikenali sebagai PEMIMPIN.

6|Abu Umar
Kepimpinan seharusnya menjadikan kehidupan manusia lebih terurus, terancang dan
maju kehadapan. Dari satu sudut, kedudukan pemimpin dalam arus kehidupan
masyarakat umpama Komandan di dalam perbarisan tentera; ia menyatukan gerakan
secara terancang dan harmoni. Dari sudut yang lain, pemimpin umpama seorang ayah
yang sentiasa peka kepada keperluan, kecenderungan dan perkembangan jiwa anak-
anaknya.

Kepimpinan adalah proses membentuk, mencorak dan mengarah manusia kearah


objektif yang ditentukan. Ianya adalah bagaimana kita mempengaruhi orang lain
sehingga ia melakukan sesuatu secara sukarela, mengikut piawaian dan kualiti yang
melebihi kebiasaan yang mereka lakukan.

Pemimpin yang baik adalah kunci kejayaan bagi suatu organisasi

Kepimpinan seringkali dihubungkan dengan kesatuan, teamwork atau kerjasama dalam


kumpulan. Tanpa kepimpinan yang baik suatu organisasi, kelab atau persatuan itu lemah
dan terpecah-pecah walaupun anggotanya nampak ceria dan bersatu hati; Ingat!
Senyum boleh dibuat-buat dan sikap hipokrit boleh menyembunyikan segala masalah
yang ada.

Pemimpin mengetahui bagaimana memanfaatkan fungsi dan kelebihan setiap


anggotanya dan tahu pula bagaimana untuk memberi motivasi agar mereka
memberikan khidmat dan komitmen yang terbaik. Pemimpin juga mahir dalam
mengimbangkan keperluan individu dan keperluan team atau kumpulan, seorang
pemimpin yang baik begitu pasti ketika mana kepentingan individu diberi keutamaan
dan ketika mana sebaliknya; sehingga setiap anggota merasakan dirinya sebagai
kumpulan dan kumpulan itu sebagai dirinya.

Pemimpin cemerlang akan memastikan keupayaan dan kemahiran setiap anggota


kumpulannya meningkat dan semakin baik. Kesibukannya tidak menjadikannya lalai
untuk duduk berkongsi pandangan dan kemahiran serta memberikan semangat kepada
anggotanya untuk membangunkan diri dan keazaman untuk mencapai yang terbaik
dalam kehidupan, samada sebagai individu ataupun kumpulan.

Pemimpin cemerlang adalah GURU yang akan melahirkan lebih ramai pemimpin dan
AYAH yang sentiasa peka kepada cita dan harapan anggotanya serta PENGARAH yang
memahami dengan pasti setiap peranan dan watak anggotanya bagi mencapai
matlamat yang dicitakan BERSAMA.

Dengan ini pemimpin adalah;

1. Seorang yang memiliki wawasan yang jauh serta mampu membangunkan dan
menjana serta memotivasikan semangat dan komitment anggota untuk bergerak
menuju wawasan tersebut.
2. Kerja-kerjanya sentiasa terfokus kepada isu-isu utama dan menyelesaikan setiap
masalah secara strategik; iaitu melihat kepada keutamaan dan urgensi, melihat
pokok pangkal masalah untuk membezakan antara punca dan simptom atau gejala
penyakit, melihat setiap permasalahan secara menyeluruh agar setiap masalah

7|Abu Umar
yang diselesaikan tidak membuahkan masalah baru serta tidak sibuk dengan isu-
isu yang tidak mendekatkan organisasi yang dipimpinnya kepada matlamat awal
yang ditentukan.
3. Pemimpin melihat organisasi atau persatuan secara konseptual (big picture) atau
melihat secara keseluruhan dan seterusnya menggerakkan organisasi secara
sistematik dan strategik. Pemimpin tidak sibuk dengan perkara-perkara yang
terlalu mendetail atau teknikal sebaliknya ia memberi dorongan, ransangan dan
bimbingan kepada orang bawahannya untuk melakukan yang terbaik.
4. Pemimpin sentiasa berfikiran terbuka. Boleh mendengar dan menerima pandangan
yang betul dan bermanfaat untuk organisasinya disetiap masa dan dimana sahaja
serta dari sesiapa sahaja. Ia tidak emotional ketika berdepan dengan kritikan dan
pujian serta mampu menilai setiap kritikan, komen dan pandangan secara rasional.
Sikap begini menjadikan anggotanya sentiasa bersedia dan selesa untuk memberi
komen dan pandangan.
5. Seorang pemimpin sentiasa bersedia untuk berdepan dengan realiti bukan cuba
lari daripadanya. Ia melihat ujian dan tekanan sebagai cabaran serta halangan
sebagai peluang. Ia tidak mengenal erti putus asa dan kecewa. Ia adalah obor
pembakar semangat anggotanya dan contoh kepada keazaman dan perjuangan.
6. Seorang pemimpin akan menjadikan dirinya sebagai contoh kepada setiap
pandangan dan arahannya, penterjemah kepada wawasan dan prinsipnya serta
teladan kepada setiap saranan dan nasihatnya.
7. Seorang pemimpin mampu berkomunikasi dengan baik sehingga wawasan, idea
dan perancangannya dapat dikemukakan dan diterima dengan baik.
8. Disebalik semua itu, pemimpin adalah seorang disegani kerana akhlaqnya,
dihormati kerana ilmunya, disanjung kerana kewibawaannya, disayangi kerana
keperihatinannya dan dikasihi kerana kesolehannya.

MEMBANGUN SEMULA UMMAH

Akhir sekali kita mengharapkan akan lahirnya pemimpin yang mampu dan sanggup
menjadikan dirinya sebagai batu bata untuk pembinaan semula ummah ini. Semoga
dengan ini akan terpadamnya episod demi episod yang menjadikan Islam begitu hina
pada pandangan mata dunia.

Membangun dan membina semula ummah setelah melalui fasa-fasa keruntuhan adalah
suatu kerja yang besar dan berat. Kerja-kerja ini sekurang-kurangnya memerlukan satu
kelompok yang mempunyai beberapa syarat khusus seperti memiliki kekuatan jiwa yang
besar yang dijelmakan di dalam keinginan yang kuat tanpa diresapi oleh sebarang
kelemahan, kesetiaan yang tetap berkekalan tanpa dijangkiti oleh sebarang warna
tipudaya, pengorbanan suci yang tidak dapat dihalang oleh sifat tamak dan bakhil serta
mengetahui prinsip, mengimaninya dan memberikannya nilai kedudukan yang sesuai
hingga dapat mengawal diri dari sebarang kesalahan, penyelewengan atau tertipu oleh
perkara-perkara yang kurang utama.

8|Abu Umar
Kerja-kerja ini juga memerlukan permulaan atau titik tolak yang betul. Titik tolak yang
menggariskan objektif dan menentukan ciri-ciri keperibadian pendokongnya serta tidak
mengabaikan aspek sebab dan musabab di dalam perancangannya.

Jika dalam pembinaan sebuah bangunan besar mencakar langit memerlukan suatu pelan
yang terperinci dan khusus maka pembinaan semula ummat ini menuntut perkara yang
lebih lagi. Kita memerlukan pelan-pelan terperinci berkaitan pembinaan individunya,
keluarganya, masyarakatnya, daulah serta pelan untuk mengatur alam ini supaya benar-
benar terpimpin dengan kebenaran.

Jika dalam pembinaan bangunan memerlukan engineer yang pakar tentang segala
signifikan di dalam pelaksanaan kerja-kerjanya maka kita juga memerlukannya bahkan
kita memerlukan satu barisan engineer yang bukan sekadar memahami tetapi juga
menjiwai masuliyyahnya di dalam setiap tahap pembinaan. Kita memerlukan tenaga
pakar di dalam pembinaan individunya, keluarganya, masyarakat dan seterusnya hingga
benar-benar terbinanya ummah yang menepati kehendak Allah SWT.

Setiap fasa pembinaan mestilah di beri pemantauan yang sebenarnya hingga kerja-kerja
yang terlaksana tidak menyimpang dari matlamat dan objektif asalnya.

Jika untuk membina bangunan besar dan mencakar langit memerlukan institusi tertentu
untuk melahirkan tenaga-tenaga pakar yang menguasai bidang masing-masing maka
kita juga memerlukan terdirinya institusi kita sendiri yang mengeluarkan graduan-
graduan yang masing-masing memiliki kepakaran-kepakaran yang diperlukan.

Sering saja suatu harakah itu diancam dengan keguguran dan kekeringan sumber
tenaga untuk menyambung kerja-kerja yang telah dimulakan hingga matlamat sucinya
terkubur bersama harapan yang menyala-nyala. Oleh itu kita memerlukan sebuah
institusi yang melakukan kerja-kerja kaderisasi yang akan membekalkan tenaga kerja
secara berterusan.

Institusi ini seharusnya mampu menyediakan tenaga-tenaga pakar yang akan


menyambung dan melengkapkan kerja-kerja pembinaan ummah ini. Institusi ini perlu
melahirkan graduan yang terdidik dengan fikrah atau pemikiran pembinaan (aqliatul
banna) yang sesuai dengan kerja-kerja yang bakal dilaksanakannya.

Inilah tanggungjawab yang paling penting dari kepimpinan; membentuk dan melahirkan
genarasi yang akan mewarisi kerja-kerja mereka nanti. Pemimpin harus memikirkan,
merancang dan melaksanakan semua proses diatas hingga akan lahirnya graduan-
graduan Islam dengan ciri-cirinya yang khas setelah mereka (barisan pimpinan)
memilikinya terlebih dahulu.

Graduan ini seharusnya memenuhi kriteria pembina seperti:

1. Memiliki pandangan luas dan jauh (ruyatul waadhih) sehingga mampu merancang
dan merangka kerja-kerja sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka
panjang serta mengetahui pula halangan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

9|Abu Umar
2. Memiliki aqal fikiran yang tajam dan kritis hingga dapat melihat segala permasalahan
dari setiap sudut serta menentukan penyelesaian yang menyeluruh tanpa
mengabaikan atau terlepas pandang segala perkara yang berkaitan.
3. Memiliki kehalusan jiwa sehingga melahirkan kepekaan terhadap tanggungjawab
serta peka dengan kesan serta akibat dari setiap tindakan.
4. Memiliki himmah yang tinggi atau jiwa yang besar hingga tidak mengenal erti
kelemahan jiwa dan putus asa.
5. Memiliki prinsip yang betul dan keyakinan diri untuk membuat keputusan serta
mengambil tindakan dengan tepat dan bijaksana.
6. Memiliki keimanan yang mendalam sehingga mampu patuh kepada keputusan
pimpinan walaupun bertentangan dengan pendapatnya sendiri.
7. Memiliki daya fokus (tajarrud) yang tinggi hingga tidak mudah tertarik dengan tarikan
duniawi dan menyimpang dari matlamat.
8. Memiliki keluasan ilmu hingga mampu membuat pertimbangan secara menyeluruh di
dalam menentukan kepentingan dan keutamaan.
9. Menguasai kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip di dalam membuat keputusan yang
betul dan berkesan.
10. Menguasai dan memahami pergolakan jiwa dan perasaannya hingga dapat istiqomah
dengan kerja-kerja yang besar dan menuntut kesabaran serta pengorbanan yang
tinggi.

10 | A b u U m a r

Anda mungkin juga menyukai