Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah
sekalian.

Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah yang
dipetik daripada Al-Quranul Karim yang bertajuk Kisah Nabi Musa dengan
Firaun.

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita


Kisah Nabi Musa dengan firaun yang zalim
Pahit getir Musa..melawan sang raja
Nabi Allah tetap dalam pembelaan.

1.Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Nabi Musa dilahirkan ketika Mesir diperintahkan oleh Raja Firaun yang sangat zalim.
Pada zaman tersebut, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan dibunuh. Firaun
mempercayai ramalan ahli nujum yang kononnya, akan lahir seorang kanak-kanak
lelaki yang bakal menghancurkan kerajaannya. Kisah ini dijelaskan dalam al-Quran.
__________________________________________________________________
Maksudnya:
Mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan
mereka.
Surah al-Qasas ayat 4.

Daripada peristiwa tersebut, kita sebagai manusia janganlah membeza-bezakan


antara anak lelaki dan perempuan. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan ibarat
sehelai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya.
Baji bukan sebarang baji,
Baji besi Puan Dahlia,
Bayi bukan sebarang bayi,
Bakal menjadi Rasul yang mulia.

2.Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Ibu Nabi Musa bernama Yukabad manakala ayahnya, Imran daripada keturunan
Nabi Yaakob. Dalam keadaan bersembunyi, Nabi Musa dilahirkan. Alangkah
terkejutnya Yukabad, melihat bayi yang dilahirkannya seorang lelaki. Ketika usia
Nabi Musa mencecah 3 bulan, Allah mengilhamkan Yukabad untuk menghanyutkan

1
Nabi Musa di sungai Nil setelah dimasukkan ke dalam sebuah peti besi demi
keselamatan Nabi Musa dengan iringan doa,
Ya Allah, aku serahkan keselamatan anakku ini di bawah perlindungan-Mu
Akhirnya, peti besi itu dijumpai tersangkut di celah sepohon pokok oleh dayang-
dayang Asiah, isteri Firaun. Lalu mereka membuka peti besi tersebut. Tatkala Asiah
melihat bayi kecil yang sangat comel itu, timbul rasa kasih dalam hatinya. Lalu anak
itu diambil dan digendongnya. Bayi kecil itu diberi nama Musa yang bermaksud
pohon dan air.
Begitulah kawan-kawan kasih seorang ibu kepada anaknya, walau apa saja
rintangan, kita jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah demi keselamatan
anak yang dikasihi.

3.Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Membesarlah Nabi Musa alaihissalam di dalam istana Raja Firaun sebagai seorang
anak yang dimanja dan ditimang umpama menatang minyak yang penuh. Allah
SWT kurniakan padanya kesempurnaan fizikal dan rohani sebagai perisai bagi
meneruskan hidup dalam keluarga musuh agama.
Bahang persengketaan mereka bermula dengan suatu peristiwa pergaduhan dua
lelaki dari kaum Raja Firaun dan Nabi Musa. Kemunculan Nabi Musa sebagai pelerai
pergaduhan mengundang padah. Satu hayunan tumbukan Nabi Musa
menyebabkan Fatun jatuh ke tanah, tidak bernyawa. Apabila kisah ini terbongkar,
Raja Firaun sangat murka dan lalu bertitah,
Tutup semua pintu laluan Musa dan hadapkan kepada Beta

4.Hadirin Hadirat yang dikasihi,


Silat pangkah, jari dipaku,
Silap langkah, diri diburu.
Bermulalah episod baru dalam kehidupan Nabi Musa daripada anak kesayangan
yang ditatang, kepada penjenayah yang diburu. Nabi Musa terpaksa mejadi
pelarian, keluar dari Negara Mesir sambil berdoa seperti yang termaktub dalam
surah al-Qasas ayat 21, Allah SWT berfirman,
____________________________________________________________________
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada orang-orang yang Zalim

2
Dalam kesempatan bercakap secara langsung dengan Allah di Bukit Tursina, Allah
memerintahkan Nabi Musa berdakwah kepada Raja Firaun yang semakin sesat dan
mengakui dirinya sebagai Tuhan. Dengan bertemankan Harun, seorang sahabat
yang petah berkata-kata dan pembakar semangat, maka berdialoglah Nabi Musa
dengan Firaun tanpa gentar.
- Bertanyalah Raja Firaun kepada Nabi Musa,
Siapakah Tuahn sekalian alam?
- Nabi Musa menjawab,
Tuhan langit dan bumi dan segala Tuhan yang ada di dalamnya.
- Mendengar jawapan Nabi Musa, bertitahlah Firaun kepada pembesarnya,
Sesungguhnya, rasul yang diutuskan kepada kamu seorang yang gila.
- Bagai mencurah air ke daun keladi. Mujadalah nabi Musa dengan Firaun
langsung tidak mendatangkan kesedaran seperti yang diharapkan, malah
Firaun menjadi semakin takbur lalu bertitah,
Tunjukkan bukti, bukti kebenaran kata-katamu.

Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melempar tongkatnya ke lantai lalu
menjelma seekor ular yang besar menghala ke arah Raja Firaun hingga terpaksa
melarikan diri daripada singgahsana. Di dalam Surah Assyuaara ayat 32, Allah
berfirman:

_____________________________________________________________________________________

Maksudnya:
Maka Musa melempar tongkatnya, tiba-tiba tongkat menjadi ular. Setelah
takutnya reda, Raja Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan bukti yang lain. Nabi
Musa menyeluk sakunya, apabila dikeluarkan, bercahayalah tanggannya hingga
menyilau pandangan mata para hadirin. Raja Firaun tetap tidak berpuas hati,
dengan berketuakan Haman yang merupakan ahli sihirnya yang terbaik, satu
pertandingan sihir dianjurkan di negeri Mesir. Seluruh ahli sihir diundang untuk
menewaskan mukjizat Nabi Musa. Masing-masing membawa peralatan seperti
tongkat dan tali. Hari yang dinantikan pun tiba. Pertandingan dimulakan oleh ahli
sihir Raja Firaun dengan melemparkan tongkat dan tali mereka kelantai lalu
menjelmalah ular-ular kecil merayap di atas lantai. Nabi Musa mula cemas. Allah
mententeramkan hatinya dengan berfirman:

Jatuhilah tongkatmu, Wahai Musa

Dengan izin Allah muncullah seekor ular besar menelan ualar-ular kecil
tersebut. Melihat mukjizat tersebut, berimanlah ahli sihir tersebut.

Ya kawan-kawan, sebagaimana yang kita tahu, mukjizat hanyalah diberi


kepada para Nabi dan Rasul sahaja. Jangan disamakan mukjizat para nabi dengan
ahli silat mata atau sihir yang ditunjukkan kepada kita pada zaman sekarang ini.

3
5. Hadirin hadirat yang dikasihi,
Berjam-jam merebus keladi,
Terlalu mengantuk mata terpejam
Kezaliman Firaun makin menjadi-jadi
Rakyat diperintah dengan kejam.

Raja Firaun makin menindas kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel kerana mereka
menerima dakwah Nabi Musa. Mereka mendesak Nabi Musa memohon pada Tuhan.
Lalu berdoalah Nabi Musa, katanya:

Ya Allah, Engkau telah memberi Firaun dan kaumnya kemewahan hidup dan
harta kekayaan tetapi mereka menyesatkan manusia dari jalan yang Kau
redhai. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta- harta mereka dan kuncikanlah
hati mereka. Mereka tidak akan menerima dan kembali ke jalan benar
sebelum seksaan-Mu.

Apabila doa Nabi Musa diperkenankan, maka turunlah bala dari langit.
Kerajaan Firaun dilanda krisis kewangan dan makanan. Setelah itu, berlaku pula
banjir besar memusnahkan harta benda mereka. Bak kata pepatah, sudah jatuh
ditimpa tangga. Belum pun tenang, suasana menular pula wabak penyakit, kutu-
kutu dan katak-katak mengganggu kententeraman dan kenikmatan hidup mereka.
Tanpa segan silu lagi, mereka berjumpa Nabi Musa untuk memohon pertolongan.
Apabila Nabi Musa memohon pertolongan Allah, keadaan pulih seperti sedia kala.
Tetapi kesedaran mereka tidak lama akhirnya mereka kembali kufur kepada Allah.

6. Hadirin hadirat yang dikasihi,


Penderitaan yang dialami oleh kaum bani Israel semakin teruk. Mereka memohon
agar Nabi Musa bawa mereka keluar dari bumi Mesir. Atas persetujuan Nabi Musa,
bertolaklah mereka ke Baitulmaqdis di Palestin. Mereka berjalan beramai-ramai
takut dikesan oleh tentera Raja Firaun. Menjelang fajar menyinsing, sampailah
mereka dipersisiran laut merah.
Bersuaralah Sahabat Nabi Musa, Yusha bin Nun,

dibelakang musuh yang mengejar, di depan laut terbentang..

4
Bagaimana harus kita melepasinya?.

Nabi Musa menjawab:

Jangan khuatir, Allah akan membantu kita member jalan keluar dari
cengkaman mereka.
Dalam saat genting, tatkala Raja Firaun dan bala tentera semakin hamper, Allah
berfirman:

Wahai Musa, pukullah tongkatmu..

Dengan izin Allah, terbelahlah laut merah lalu menyeberanglah mereka


dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyangka laluan itu selamat
untuk mereka. Dengan angkuhnya, raja Firaun dan bala tenteranya menyeberangi
lautan yang terbelah itu. Ketika berada ditengah-tengah, Allah kembalikan laut
seperti sediakala, lalu lemaslah mereka diperut laut. Maka, berakhirnya riwayat raja
yang kononya abadi, hidup tidak akan mati- mati lagi. Di dalam surah Al-Mukmin,
ayat 39, Allah berfirman:

Maksudnya, barang siapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan
dibalas melainkan standing dengan kejahatannya.

Daripada kisah tadi, dapat saya petik 5 pengajaran:


1. Kekuasaan Allah tidak dapat ditandingi.
2. Hanya Allah tempat memohon pertolongan.
3. Kehidupan manusia, di bawah urusan tadbir Allah.
4. Iman adalah penyelamat manusia
5. Kesabaran itu kunci setiap perjuangan hidup

Sebelum mengundur diri, dengarkanlah alunan saya,


Iman laksana mutiara
Berkilau, bersinar di dalam jiwa
Yang menyakini hanya Allah
Tuhan yang Esa lagi berkuasa.

Wabillahitaufiq, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakath.

5
6

Anda mungkin juga menyukai