Anda di halaman 1dari 4

KUMPULAN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH

TAJUK KAJIAN:
TEKNIK 5W1H DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
(WHERE, WHY, WHEN, WHO, WHAT DAN HOW)
BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

Nama Sekolah Dan Guru Pengkaji


Kertas cadangan ini dikemukakan oleh Puan Nora binti Muhamad dari SMK
Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor Bahru.

MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN INGATAN PELAJAR DALAM


MENGHAFAL FAKTA SEJARAH YANG DIBACA

Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Yang Lalu

Pelajar-pelajar di dalam kelas 3 Bijak terdiri daripada pelajar-pelajar yang


sederhana dan cemerlang. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mengajar
mata pelajaran Sejarah, didapati ramai pelajar yang tidak minat Sejarah, sukar
mengingati fakta Sejarah, rasa tertekan untuk belajar Sejarah, rasa bosan
mempelajari Sejarah, tidak membawa buku teks dan bosan dengan teknik guru
berceramah. Oleh itu, mereka gagal menjawab soalan kerana gagal memahami
soalan, baca soalan sekali sahaja, tidak memahami istilah atau makna perkataan
yang sukar dan gagal mengingat fakta sejarah.

Kegagalan pelajar memahami soalan kerana sikap sambil lewa pelajar,


sekadar membaca dan tidak cuba memahami soalan disebabkan kurang
pembacaan, kurang latihan dan gagal mengingat fakta. Pelajar juga tidak
memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dalam soalan yang dibaca.
Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap
kefahaman pelajar. Mereka langsung tidak bertanya dan mempunyai sebarang
masalah kerana daripada modul nota berpandu dan latihan, bagi saya mereka
tiada sebarang masalah. Saya sangka dengan penggunaan modul isi tempat
kosong yang mudah dapat memudahkan pelajar untuk mengingat fakta dengan
baik tetapi sangkaan saya meleset. Prestasi mereka dalam ujian bulanan
langsung tidak memberangsangkan.

Sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan memandangkan pelajar-pelajar saya akan menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei nanti. Saya telah cuba
membantu pelajar dalam mengatasi masalah di atas dengan cara meminta
setiap pelajar memberikan jawapan dalam modul dan menjawab soalan latihan
dengan berpandukan halaman buku teks Sejarah tingkatan 3. Saya telah
membimbing mereka dengan memberikan setiap halaman buku teks bagi setiap

1
soalan supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat berdasarkan
ayat-ayat dalam buku teks.

Bagi membantu menyelesaikan masalah memahami istilah dan makna


perkataan yang terdapat dalam soalan yang dibaca, saya juga memberikan
makna istilah tersebut semasa perbincangan bersama pelajar serta memberikan
halaman buku teks yang mengandungi makna tersebut.

Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas, didapati pelajar tidak dapat menjawab soalan


objektif adalah kerana

a. Pelajar tidak cuba membaca soalan lebih daripada sekali untuk


memahami kehendak soalan yang dikehendaki.
b. Pelajar tidak memahami makna istilah Sejarah yang terdapat dalam
soalan.
c. Pelajar gagal mengingat fakta sejarah dalam buku teks.

Masalah ini berlaku di kalangan pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang


tidak membawa buku teks, malas membaca, hendak cepat siap lalu menyalin
nota atau jawapan daripada rakannya sahaja, tidak minat Sejarah, sukar
mengingati fakta Sejarah, rasa tertekan untuk belajar Sejarah dan rasa bosan
mempelajari Sejarah.

Pelajar tidak pernah bertanya kepada saya tentang masalah yang


dihadapi dan dapat mencari jawapan dalam buku teks serta dapat menjawab
latihan objektif dan subjektif dengan baik. Pelajar menjadi lemah dalam
mengingat fakta sejarah kerana pelajar bergantung buku teks Sejarah dengan
sepenuhnya semasa pembelajaran berlaku.

Kesan masalah jika tidak ditangani, pelajar akan terus mengamalkan


sikap sambil lewa kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah kerana
sentiasa menggunakan buku teks sebagai panduan untuk mencari jawapan. Jika
penggunaan buku teks diberikan secara berterusan maka pelajar akan malas
untuk menghafal fakta sejarah.

Saya akan cuba mengatasi masalah pelajar tersebut dengan


menggunakan teknik yang baru.

2
Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah TEKNIK 5W1H DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH.

Objektif Khusus:
1. Pelajar seronok, memahami dan dapat mengingat istilah sejarah yang
diberi.
2. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.
3. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan pelajar.

Kumpulan Sasaran:
Pelajar yang terlibat adalah 20 orang pelajar 3 Bijak. Kelas ini terdiri daripada 11
pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan.

Pelaksanaan Tindakan

Tinjauan awal masalah:

Laporkan dapatan Ujian Bulanan/latihan/aktiviti yang berkaitan di mana


masalah/isu dikesan/timbul
- Seorang sahaja mendapat gred A, 3 orang B dan 16 orang
mendapat C.
- ETR (11 orang A dan 9 orang B)

Saya telah berbincang dan bertemu bual dengan pelajar


untuk mengetahui kenapa mereka bermasalah dan telah meminta cadangan
daripada mereka untuk meningkatkan mutu pembelajaran dalam kelas.

3
Tindakan Yang Telah/Akan Dijalankan:

Langkah 1 : Pelajar ditunjukkan satu video pembelajaran yang


menggunakan teknik 5W1H sebagai pengenalan tajuk.
Langkah 2 : Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.
Langkah 3 : Setiap kumpulan diberikan satu tajuk berdasarkan buku teks
sejarah.
Langkah 4 : Pelajar membaca teks petikan, mengenal pasti isi-isi penting dan
mengumpul data mengikut teknik 5W1H (what, where, when, why,
who dan how).
Langkah 5 : Pelajar berbincang secara aktif dan mencatat maklumat pada
kertas manila untuk tujuan pembentangan.
Langkah 6 : Setiap kumpulan juga menyediakan sekurang-kurangnya 3 soalan
untuk disoal kepada pelajar lain.
Langkah 7 : Pembentang menyoal ahli kumpulan lain untuk menguji
kefahaman mereka.
Langkah 8 : Pelajar yang disoal memberikan respons tentang soalan yang
ditanya.
Langkah 9 : Pembentang membuat kesimpulan.
Langkah 10 : Guru membuat kesimpulan untuk tajuk hari ini.

Pemerhatian/Penilaian:

Daripada pemerhatian dan penilaian saya, pelajar-pelajar aktif berbincang dalam


kumpulan dan seronok untuk belajar menggunakan teknik 5W1H.

Anda mungkin juga menyukai