Anda di halaman 1dari 22

FALSAFAH PENDIDIKAN

(KPF 6014)

TAJUK
FALSAFAH UMUM DARI ASPEK CABANG-CABANG FALSAFAH

PENSYARAH
PROFESOR DATO DR. ZAKARIA B. KASA

AHLI KUMPULAN :
NAMA NO. MATRIK
GOBIKRISHNA A/L MADHAALAGAN M20161000171
KRISHNA KUMAR A/L APPUKUTTY M20161000173
KALAH @ KALAHTHEVI A/P M20161000172
MUNIANDY
DAISSY A/P NESMUTHU M20162001921

MARYMMAL CHELLADURAI M20162001926

PENGAJIAN KURIKULUM
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1.0 Definisi Falsafah 1
2.0 Cabang-Cabang Falsafah 1
2.1 Metafizik
2.2 Epistemologi
2.3 Aksiologi
3.0 Idealisme 3
3.1 Pengenalan
3.2 Tokoh-Tokoh Penting Idealisme
3.3 Idealisme Berdasarkan Cabang Falsafah
3.4 Idealisme Dalam Falsafah Pendidikan
4.0 Realisme 9
4.1 Pengenalan
4.2 Tokoh-Tokoh Penting Realisme
4.3 Realisme Berdasarkan Cabang Falsafah
4.4 Realisme Dalam Falsafah Pendidikan
5.0 Pragmatisme 13
5.1 Pengenalan
5.2 Tokoh-Tokoh Penting Pragmatisme
5.3 Pragmatisme Berdasarkan Cabang Falsafah
5.4 Pragmatisme Dalam Falsafah Pendidikan
6.0 Eksistensialisme 15
5.1 Pengenalan
5.2 Tokoh-Tokoh Penting Eksistensialisme
5.3 Eksistensialisme Berdasarkan Cabang Falsafah
5.4 Eksistensialisme Dalam Falsafah Pendidikan
7.0 Kesimpulan 18
8.0 Bibliografi 19

2
1.0 Definisi Falsafah

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani iaitu Philosophy. Menurut bahasa falsafah
didefinisikan sebagai seorang yang cintakan kebijaksanaan yang mengandungi pelbagai ilmu bagi
tujuan dan kefahaman diri dengan makna yang jelas. Dari aspek sosial, falsafah didefinisikan
sebagai pandangan hidup. Pada zaman Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun dahulu, ahli-
ahli falsafah yang terkemuka seperti Socrates, Plato, Aristotle sentiasa berusaha dan berusaha
untuk berfikir, menilai, mentafsir kehidupan dan pengalaman manusia dengan tujuan mencari
kebenaran dan nilai kehidupan yang sempurna. Penemuan dan rumusan ahli falsafah adalah amat
berguna dan menjadi pedoman kepada manusia untuk mencari kehidupan yang sempurna untuk
menentukan hala tuju bagi pembangunan dan kemajuan negara.

Falsafah Umum dibahagikan kepada dua kategori iaitu falsafah tradisional dan falsafah
moden. Falsafah tradisional matlamat telah ditentukan dan manusia hanya menentukan cara unuk
mencapai matlamat tersebut. Manakala falsafah moden manusia berhak menentukan matlamat dan
cara yang hendak dicapai dalam kehidupan. Falsafah Tradisional terdiri daripada Falsafah
Idealisme dan Falsafah Realisme. Kedua dua falsafah ini berkembang di Barat dan amat
bertentangan antara satusama lain. Manakala falsafah moden pula terdiri daripada Falsafah
Pragmatisme dan Falsafah Eksistensialisme.

2.0 Cabang-Cabang falsafah

Pada dasarnya, falsafah diklasifikasikan kepada tiga cabang atau bidang kajian. Iaitu :

2.1 Metafizik

Metafizik ialah salah satu cabang falsafah yangberkaitan dengan kajian sifat dan asal usul
mengenai reality mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta Physica dalam karya
Aristotle iaitu Prinsip Utama. Oleh sebab itu, ia bermakna Selepas Fizik, maka pengertian
metafizik ialah berkaitan dengan perkara yang keluar daripada fizik. Mengikut Immanuel Kant
(1724-1804 s.m ), konsep meta fizik ialah satu persepsi terhadap kebenaran yang hasil daripada
struktur koginitif dalam minda manusia. Kini metafizik diertikan sebagai cabang falsafah
mengenai kajian reality yang muktamad yang mempersoalkan perkara seperti :

3
Apa itu alam semesta?
Apa itu kehidupan ?
Apa itu pemikiran ?
Apa itu demokrasi?

2.2 Epistemologi

Epistemologi ialah bidang falsafah yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan. Epistemologi
mempersoalkan perkara seperti :

Apa itu ilmu?


Bagaimana kita memperoleh ilmu?
Bagaimana kita membuktikan kesahihannya?
Apakah kaitan ilmu dengan pembelajaran?

2.3 Aksiologi

Cabang falsafah aksiologi merupakan kajian terhadap nilai. Ia mempersoalkan perkara seperti
apakah yang bernilai?. Cabang falsafah aksiologi ini dibahagikan kepada 2 iaitu etika dan estetika.
Etika dikenali sebagai cabang falsafah moral. Istilah etika diperolehi daripada perkataan Yunani
ethos yang bermaksud adat resam dan kelakuan. Secara umumnya etika mengkaji perkara nilai-
nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat murinya. Etika sebagai disiplin pula
dibahagikan kepada etika normative dan etika metaetika. Etika normaif mengkaji dan
mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan salah, baik dan jahat.

Estetika pula mengkaji nilai nilai mengenai kecantikan dan seni. Istilah estetika pula
diperolehi daripada perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria. Estetika
mempersoalkan perkara seperti Apakah kecantikan?.Plato dan Aristotle memandang seni
sebagai peniruan dan kecantikan yang mengungkapkan kualiti sosial. Mengikut pandangan Yunani
konsep seni merangkumi kraf tangan, bentuk simetri, keseimbangan, dan perpaduan dalam
tenunan, seni tembikar, dan seni pahat.

4
3.0 Falsafah Idealisme

3.1 Pengenalan

Falsafah Idealisme berasal dariapda perkataan Yunani yang bermaksud fahaman tentang idea. Ia
merupakan falsafah yang tertua sekali dalam kebudayaan Barat. Falsafah ini mengkaji tentang
perkara yang berkait dengan idea, roh, akal, keadaan dunia yangnyata dan yang tidak nyata iaitu
the spiritual of man and universe. Falsafah Idealisme mempercayai bahawa semua perkara yang
dialami oleh fikiran adalah hasil pemikiran mutlak ( Darley, 1996 ). Seorang ahli falsafah yang
bernama Johnson dalam bukunya mengatakan bahawa fungsi akal manusia ialah fikiran mengenai
sesuatu perkara dan ia merupakan proses konseptual daripada pecahan akal mutakhir dalam usaha
mencari kewujudan pengetahuan dan nilai. Ahli-ahli falsafah Idealisme bersetuju bahawa jiwa
dan kerohanian sangat penting dalam kehidupan manusia.

3.1 Tokoh Tokoh Penting Idealisme

Plato ( 427-347 s.m )

Plato ialah bapa fahaman idealisme. Mengikut beliau, manusia mempunyai pengetahuan yang
sifatnya harus dibezakan iaitu pengetahuan yang berlaku khas dan pengetahuan yang berlaku
umum. Manusia mengetahui pengetahuan khas melalui dunia kebendaan yang disebut dunia
pegamatan. Oleh kerana manusia mempunyai pengetahuan umum, maka haruslah ada dunia
tersendiri bagi yang umum itu. Dunia yang umum itu tidak ada di dunia pengamatan ini.

Dunia umum ini disebut oleh Plato eidos yang kemudian terkenal sebagai idea. Dunia
tempat idea itu disebutnya dunia idea. Bagi Plato, memang ada dunia iaitu dunia idea dan dunia
pengamatan. Dunia idea itu sempurna dengan idea-ideanya. Di dunia idea ini ada misalnya,
segitiga yang sempurna dengan segala sifat-sifat kesegitigaan. Di sana juga idea-idea yang lain
seperti kemuliaan, kerajinan, keindahan dan kebaikan, dan sebagainya yang semuanya sempurna.
Dunia pengamatan itu pula hanya merupakan bayang-bayang daripada yang sempurna iaitu dari
dunia idea, sebab itulah sifat-sifatnya tidak sempurna.

G.W.F. Hegel (1770-1831)

Beliau terkenalsebagai penganut idealisme dan dalam sejarah falsafah. Pandangan Hegel boleh
dianggap sebagai puncak idealism. Hegel cuba menerangkan seluruh dunia ini melalui yang

5
mutlak. Perkara yang mutlak itu mengikut pendapat Hegel ialah roh. Roh ialah idea dan fungsinya
sama dengan berfikir. Manusia mengikut pandangan Hegel adalah sedar akan dirinya dan fikiran
manusia itu merupakan pancaindera mutlak.

George Berkerly (1685-1753)

Beliau ialah seorang ahli falsafah Iris yang bijak dalam abad ke 18. Mengikut beliau, perbbuatan
dosa datangnya daripada falsafah yang salah iaitu daripada materialisme. Ia mengatakan, benda
yang dipanggil material adalah objek daripada pengalaman dan objek daripada pengalaman ini
iaitu seperti pokok, rumah, awan, dan bukan benda-benda material tetapi ia hanya satu
penanggapan.

Ia wujud pada dasarnya, tetapi ia tidak mempunyai kewujudan kerana akal tidak
merasakanya. Kitaharus katakanbahawa suatu objek seperti pokok adalah cuma sehimpunan
perasaan dan ia adalah subjektif keseluruhannya. Berkeley mengatakan hanya akal atau jiwa sahaja
yang benar. Objek adalah nyata tetapi ia hanya bebas daripada pemerasan akal. Beliau mengatakan
bahawa tidak ada suatu pun di alam ini kecuali infinite spirit. Idealisme Berkerley disebut sebagai
Idealisme Subjektif.

Leibinz

Beliau ialah seorang ahli falsafah Jerman. Mengikut pandangan beliau semua manusia berbeza
dari aspek fizikal dan metal. Pelajaran sains mempunyai objektif yang nyata dan kewujudannya
adalah bebas dan penerimaan akal. Kita hanya dapat menentukan manusia itu mempunyai mental
atau spiritual apabila kita memeriksanya. Bagi memahamkan Idealisme ini, kita boleh merujuk
kembali mengenal teori atom. Fahaman ini menegaskan semua objek yang dirasa adalah terdiri
daripada unit-unit kecil yang dipanggil atom. Sebagai unit fizikal dan nyawa yang kecil, ia
mempunyai kuasa penanggapan dan perkembangan. Leibinz tidak memanggilnya sebagai atom,
tetapi ia dipanggil monad. Ia memikirkan Physical body terdiri daripada kumpulan - kumpulan
monad dan jiwa manusia menguasai monad.

Kant (1724-1804)

Kant banyak mengemukakan masalah berkenan dengan ilmu pengetahuan iaitu apakah sifat sifat
ilmu pengetahuan dan apakah yang boleh diketahui oleh manusia. Kant menunjukkan bahawa akal

6
mempunyai struktur yang tersendiri dan ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada
strukturnya. Ilmu pengetahuan boleh didapati oleh seseorang melalui pengalaman dan hasil
tindakan akal ke atas pemikiran. Falsafah Kant ini kadang kala disebut sebagai Fenomenalisme,
dimana ia adalah suatu doktria yang memegang bahawa ilmu pengetahuan adalah terhad kepada
fenomena.

3.2 Idealisme Berdasarkan Cabang Falsafah

Metafizik

Aspek ini mengatakan, sebarang teori mestilah menegaskan bahawa universe ini pada
keseluruhanya adalah tugas, kerja atau work serta kandungan penyebab-penyebab dan akal. Jadi
ini bermakna the nature of reality adalah nyawa atau akal, sebarang benda yang wujud, sama ada
wujud umum atau mutlak pada dasarnya adalah mental dan akal sahaja, bukan fizikal. Ia
bermaksud berdasrkan falsafah Idealisme asas kewujudan sesuatu benda ialah dalam bentuk rohani
atau pemikiran. Dari sudut metafizik konsep kebebasan dan rasionaliti ditekankan dalam falsafah
Idealisme. Konsep kebebasan menyatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan dan
mengamalkannya dalam membuat sebarang keputusan sendiri. Konsep rasionaliti pula
menekankan proses mencari dan mengeluarkan idea daripada seorang individu. Rumusanya
meurut cabang falsafah metafizik manusia yang bertanggungjawab terhadap akibat bagi setiap
tindakan yang mereka lakukan.

Epistemologi

Fahaman Idealisme menurut aspek epistemologi menerangkan bahawa entiti, selain daripada
egos atau subjek-subjek pengalaman adalah tidak wujud selain daripada kaitanya dengan
penerimaan atau fikiran. Idealis percaya bahawa seseorang itu boleh memperolehi pengetahuan
selain daripada aspek kaedah santifik. Manakala kaedah keimanan, taakulan dan intuisi akan
digunakan untuk mendapatkan pengetahuan.

Aksiologi

Dalam falsafah Idealisme teori moral dianggap sebagai Idealisme Etika. Antara ciri-ciri Idealisme
Etika ialah sesuatu kemahiran nilai-nilai,prinsip-prinsip moral atau peraturan-peraturan tindakan.

7
Keutamaan aksiologi diberikan kepada jiwa atau akal daripada pancaindera atau kebendaan. Etika
juga memberi kebebasan moral selain daripada keperluan psikologi atau semula jadi.

Sebarang sistem atau program daripada kesenian yang menitikberatkan ideal adalah
Idealisme estetika. Estetika dapat memberikan pandangan yang mengatakan matlamat kesenian
adalah kandungan atau pembalikan daripada segala kelengkapan atau kesungguhan idea idea
utama atau zatnya. Estetika juga memberikan penekanan kepada perasaan, sentimendan idealisasi.
Pandangan estetika dari aspek kesenian menekankan kandungan kognitif.

3.3 Idealisme Dalam Falsafah Pendidikan

Plato menghubungkaitkan falsafah idealisme dengan pendidikan dalam 3 aspek. Iaitu tujuan
pendidikan, metod pendidikan dan kurikulum.

a) Tujuan Pendidikan

Menurut Idealisme Plato, tujuan pendidikan harus mencapai dua objektif yang
disasarkan. Iaitu mencari kebenaran sejati ( true Knowledge ) dan mengembangkan watak
( Character deveploment ).

Dalam usaha mencari kebenaran sejati pelajar didorong untuk mencari konsep-
konsep tentang Idea daripada dunia materialistic yang sentiasa berubah. Menurutnya, dunia
yang bersifat meteralistik ini bukan suatu yang hakiki tetapi hanyalah sebuah bayang-
bayang seperti ilusi yang dilihat oleh manusia dalam gua. Menurut Plato konsep tentang
idea yang hakiki merupakan kebenaran tertinggi yang harus dijadikan tujuan pendidikan.

Berdasarkan fahaman Idealisme pelajar sebagai seorang yang sangat berpotensi


untuk berkembang dari aspek moral dan intelektual. Oleh sebab itu, tanggungjawab utama
sekolah ialah mengembangkan potensi pelajar. Dalam hal ini, guru memainkan peranan
penting dalam memdorong pelajar yang berani mengemukakan pendapat dan persoalan.
Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan lingkungan yang
kondusif untuk pelajar belajar.

8
b) Metod Pendidikan
Fahaman Idealisme turut memberi penekanan terhadap aspek metod pendidikan
atau lebih dikenali sebagai kaedah pendidikan. Plato tidak hanya menerangkan apa yang
harus di ajar tetapi beliau juga membincangkan secara mendalam tentang bagaimana
menyampaikan pengajaran tersebut secara terbaik bagi memcapai tahap objektif yang
maksimum.
Kaedah pendidikan yang disarankan oleh beliau ialah kaedah permainan (game),
permainan peranan (role playing) atau simulasi dan permainan (simulation and game).Ia
dapat dibuktikan melalui ungkapan Plato . di dalam mendidik anak-anak, didiklah
mereka dengan semacam permainan. Ia menggambarkan bahawa dalam pendidikan
Plato tidak hanya berfikir secara idealis malah beliau berfikir juga secara praktis.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaedah yang disarankan oleh falsafah
Idealisme seperti Plato ini sehingga sekarang digunakan oleh para pendidik dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Secara tidak langsung kaedah ini merangsang
kreativiti pelajar dengan potensi yang dimiliki untuk mengembangkan watak dan
pengetahuan mereka.
Kaedah pendidikan aras tinggi yang disarankan oleh Plato dalam falsafah Idealisme
adalahdialektika. Melalui berfikir secara kritis sesorang individu dapat melihat sesuatu
secara menyeluruh. Karya Plato yang bertajuk Republik merupakan hasil dialektika yang
berusaha untuk mengintegrasikan batasan pendidikan yang luas ke dalam suatu pengertian
yang menyeluruh. Plato percaya bahawa kaedah aras tinggi ini berupaya mengembangkan
idea untuk membentuk sintesis dan konsep yang universal. Beliau turut menegaskan
bahawa kaedah ini merupakan puncak untuk mendapatkan pengetahuan.
Menurut Plato pendidikan merupakan proses untuk mencari kebenaran sejati. Oleh
itu, para pendidik harus mempunyai ciri-ciri berikut :
Guru adalah teladan kepada murid
Guru harus menjadi pakar dalam bidang ilmu pengetahun yang diajar
Guru harus menguasai teknik mengajar yang berkesan
Guru harus mempunyai peribadi terbaik dan disegani oleh pelajar
Guru harus mempunyai peribadi yang merangsang pelajar untuk belajar
Guru harus mempunyai kemahiran berkomunikasi

9
c) Kurikulum
Walaupun pada zaman tersebut belum muncul istilah kurikulum seperti pendidikan moden
kini, Plato telah membuat rencana dan program pendidikan yang dapat kita kategorikan
sebagai kurikulum. Rencana dan program pendidikan yang dirancangkan oleh idealis Plato
dibahagikan kepada 3 tahap tanpa membezakan jantina.
a) Tahap 1
Pada tahap ini pendidikan diberikan kepada kanak-kanak hingga umur 20 tahun.
Pendidikan dibahagikan kepada 2 bahagian. Iaitu muzik dan gimnastik. Hasil pembelajaran
yang diharapkan oleh Plato pada tahap pertama ini ialah dapat membentuk manusia yang
bermoral tinggi dan bersedia untuk menerima pengetahuan yang luas.
b) Tahap 2
Pada tahap ini pendidikan diberikan dari individu yang berumur dua puluh tahun
hingga tiga puluh tahun. Individu yang dipilih untuk tahap ini ialah individu yang lulus
dalam tahap pendidikan pertama melalui syarat pemilihan yang ketat. Pelajaran yang diajar
ialah matematik, astronomi, geometrid an sebagainya. Hasil pembelajaran yang diharapkan
pada tahap ini ialah mencapai tahap profesional dan keintelektualan.
c) Tahap 3
Tahap ketiga ini diperuntukkan kepada individu yang berjaya dengan gemilang
pada tahap kedua. Matapelajaran yang diajarkan pada tahap ini ialah falsafah dengan
menggunakan kaedah dialektika. Tahap ini merupakan puncak kepada semua pelajaran.
Mereka akan mendapat bimbingan selama lima belas tahun dibawah pimpinan pemimpin
yang berpengalaman. Semasa berusia lima puluh tahun mereka akan diiktirafkan sebagai
pemimpin Negara yang benar-benar memiliki sifat kepimpinan, watak yang terpuji dan
memiliki moral yang tertinggi.
Persamaan yang terdapat daripada ketiga-tiga tahap pendidikan ini ialah
mengajarkan pelajar atau individu tentang cara berfikir. Plato memberi kepentingan kepada
penggunaan akal untuk berfikir. Penggunaan akal yang maksimum yang menjadikan
seseorang itu mencapai dunia idea yang dikenal sebagai kebenaran sejati.

10
4.0 Realisme

4.1 Pengenalan

Fahaman Realisme ini telah diasaskan oleh Aristotle (384-322 SM). Realisme adalah
perkataan Perancis yang berasal daripada bahasa Latin. Realia bermaksud barang atau perkara-
perkara yang sebenarnya. Realisme dimaksudkan sebagai pelajaran atau fahaman berkenaan
keadaan yang sebenar-benarnya, cara berfikir dan kesenian yang berpegang betul-betul pada
kebenaran yang nyata dan pada penyaksian pancaindera. Dengan kata lain, realisme ialah falsafah
yang mengkaji berkenaan objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya
antara satu sama lain. Fahaman ini percaya kepada wujud umum, iaitu benda-benda yang dapat
kita perhatikan dan buktikan berkenaan wujudnya. Ini bererti fahaman ini lebih mementingkan
wujud umum daripada wujud mutlak.

Perkembangan pada peringkat awal iaitu semenjak zaman Aristotle, pengikut-pengikutnya


sedikit sebanyak ada percanggahan berkenaan kepercayaan wujud umum itu. Akhirnya fahaman
ini berpecah kepada dua kumpulan iaitu realisme rational dan realisme natural atau sains.
Fahaman realisme rational ini terpecah kepada dua kumpulan iaitu realisme klasik dan
realisme agama. Pengaruh agama pada amnya masih terdapat dalam realisme rational dan antara
tokoh-tokoh terpenting yang mengikut fahaman ini ialah Robert Hutchins dan Mortimer Adler.

Fahaman realisme natural atau realisme sains ini mula berkembang semenjak kemajuan
sains di Eropah dalam kurun ke 15 dan 16. Fahaman ini membawa pengikutnya ke arah pendidikan
sekular. Kebenaran wahyu mula disingkirkan dan berkenaan adanya para nabi yang
menyampaikan wahyu mula diragukan.

4.1 Tokoh Tokoh Penting Realisme

Radelais (1495-1553)

Beliau adalah seorang doctor dan sarjana yang berasal dari Perancis yang mengarang sebuah buku
yang bertajuk Gargantua yang memaparkan beberapa keburukan dan kepincangan yang berlaku
dalam masyarakat Paris pada masa itu. Berkenaan kaedah mengajar, beliau telah mengecam
Verbalism iaitu aliran pengajaran yang mengutamakan banyak kata-kata dan istilah yang diajar

11
dalam bahasa Latin dengan tiada memahami maksud dan pengertiannya yang sebenar daripada
tiap-tiap kata dan istilah itu.

Ini bererti, bagi menerangkan sesuatu idea itu atau pendapat hanya menggunakan
penerangan melalui kata-kata sahaja tanpa memberikan contoh-contoh yang konkrit. Beliau
menghendaki apabila seseorang itu belajar, dia hendaklah menggunakan pengamatannya dan
mengerjakannya sendiri. Seseorang tidak perlu mempelajari tumbuh-tumbuhan daripada buku
yang tebal sahaja, tetapi hendaklah memerhati dan menyelidiki alam tumbuh-tumbuhan itu.

Begitu juga apabila seseorang itu mempelajari Ilmu Falak, dia hendaklah keluar pada
waktu malam memerhatikan perjalanan bintang. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat sesuatu
pengetahuan dengan lebih tepat. Beliau juga tidak menyetujui hukuman-hukuman yang diberikan
kepada kanak-kanak sekolah.

Francis Bacon (1561-1626)

Beliau adalah seorang ahli falsafah Inggeris yang terkenal yang telah berusaha mengubah jalan
fikiran orang-orang Inggeris dan mendorong seseorang itu berfikir bertentangan dengan cara
skholastik. Beliau berpendapat, kita perlu mempelajari alam dengan menggunakan pancaindera
kerana menurut beliau cara tersebutlah yang dapat membawa kita kepada keadaan realiti dan kita
hendaklah belajar membandingka-bandingkan dan memerhati atau menyelidiki kenyataan.

Melalui penelitian kenyataan-kenyataanitu, kita dapat membuat kesimpulan am berkenaan


sifat-sifat dan undang-undang alam. Mulanya kita mengamati dengan pancaindera kemudiannya
barulah diperkatakan dengan akal. Jadi mempelajari sesuatu itu hendaklah dengan cara induktif,
bukan dengan cara deduktif. Jadi teranglah bahawa dasar pendidikan Bacon itu adalah berdasarkan
pengalaman-pengalaman dan induksi.

John Amos Comenius (1592-1670)

Beliau mengarang buku yang bertajuk Didactia Magna di mana beliau telah mengemukakan
dasar pendidikan dan pengajarannya iaitu:-

(i) Menarik perhatian kanak-kanak supaya minat dan suka pada pelajaran yang
diberikan.
(ii) Aktiviti murid-murid hendaklah menyelidiki dan mengalami dengan sendiri.

12
(iii) Merasakan atau mengamalkan apa yang telah dipelajari.

Selain daripada itu, beliau juga seorang ahli pendidik yang menganjurkan supaya
pengajaran itu dijalankan secara klasikal. Murid-murid membaca berganti-ganti dan yang lain
menyemak. Jika ada kesilapan, penyemak-penyemak bolehlah membetulkan kesilapan itu. Beliau
menghendaki supaya kelas itu berbentuk demonstrasi di mana ada seorang ketua yang dipilih oleh
ahli-ahli dalam kelas itu. Selain daripada itu, beliau berpendapat tatatertib yang baik akan wujud
dengan memberikan pengajaran yang menyenangkan, iaitu pelajaran yang dapat menarik minat
kanak-kanak dalam kelas itu dan disampaikan kepada murid dengan bersungguh-sungguh. Guru
hendaklah selalu memberi pujian kepada murid dan jangan dipukul atau dimarahi mereka yang
kurang pandai kerana semuanya itu tidak berguna.

4.2 Realisme dalam Falsafah Pendidikan

Mengikut Aristotle, pendidikan am hendaklah dapat membentuk hubungan antara manusia


terpelajar dengan rakyat terpelajar. Pendidikan adalah alat menghasilkan kehendak asasi manusia,
Mengikut Aristotle lagi, pendidikan adalah suatu cara menolong manusia dalam usahanya
mendapatkan kebahagiaan. Pendidikan menolong manusia supaya berkebolehan dan
berpenaakulan yang tepat.

Bila penaakulan manusia terbentuk dengan baik dan tepat, ia dianggap manusia yang
sempurna. Tujuan utama pendidikan adalah menjadikan manusia seorang yang sempurna. Tujuan
pendidikan adalah menjadikan individu tolerant and well-adjusted person dan keharmonian rohani
dan jasmani. John Wild menegaskan pendidikan ialah komunikasi kebenaran yang seni.
Pendidikan tidak dianggap sempurna sehingga seseorang individu itu memiliki kebenaran pada
akal dan hati. Beliau menegaskan empat perkara penting faham realisme ke atas pendidikan iaitu:-

i. melihat dengan jelas kebenaran benda-benda yang sebenar dan meluas serta
mengintergrasikan apa yang diketahui.
ii. mendapatkan pengetahuan kehidupan yang praktikal pada amnya dan fungsi-
fungsi profesion khasnya.
iii. mengetahui baik/buruk sesuatu.
iv. dapat melaksanakannya kepada individu tua dan muda melalui
humancommunity.

13
Kurikulum

Mengikut Aristotle, kurikulum hendaklah mengikut perkembangkan kanak-kanak. Kanak-kanak


hendaklah diberi peluang untuk bermain dan membuat aktiviti-aktiviti jasmani. Sebelum sampai
peringkat remajanya, kanak-kanak hendaklah ditanamkan nilai-nilai yang sempurna. Pelajaran
asas misalnya, menulis dan membaca hendaklah diutamakan daripada pelajaran yang bercorak
kognitif kerana kanak-kanak belum lagi bersedia menerima pelajaran yang bercorak kognitif.
Aristotle menekankan kurikulum yang berikut:

i Kanak-kanak membaca, menulis

ii Remaja hisab, geometri, astronomi, muzik, nahu, sastera dan

lain-lain.

iii Umur 24 + berilah mata pelajaran yang bercorak sophisticated

intellectual disciplines seperti fizik, kosmologi, biologi,

psikologi, logik, metafizik dan sebagainya.

Subject-matter kurikulum mengandungi dua bahagian:

i. the body of knowledge which is the structure of a discipline.


ii. the appropriate pedagogical ordering of the subject matter so that it fits the
readiness and maturation of the learner.

Guru hendaklah mahir kedua-dua bahagian asas ini. Disiplin yang terdapat dalam sejarah,
ilmu alam, bahasa, hisab, dan lain-lain lagi mengandungi kumpulan konsep yang berkaitan. Tiap-
tiap satu disiplin mengandungi satu sistem konsep yang ada sesuatu struktur.

Sekolah dan Guru

Sekolah adalah pengkhususan alan sekitar yang dapat menyemaikan ilmu pengetahuan
kepada kanak-kanak.
Sekolah ialah institusi formal yang dilengkapkan dengan guru yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dan yang dapat mengajar kanak-kanak ke arah kehidupan yang
matang.

14
Sekolah bertanggungjawab untuk pertumbuhan sosial yang berfungsi baik dan kreatif.
Guru ialah seseorang yang mempunyai pengetahuan yang teruji dan berkebolehan
memberikan ilmu itu kepada muridnya.
Hubungan pembelajaran dan pengajaran selalu melibatkan pengajaran ilmu pengetahuan
dan kemahiran kepada seseorang.

Seperti yang dinyatakan, fahaman realisme ini hanya yakin kepada wujud umum dan tidak
pada wujud mutlak. Jadi, ianya lebih mementingkan pada soal-soal keduniaan iaitu dalam hal-hal
yang konkrit dan tidak yakin pada soal-soal yang abstrak seperti soal-soal akhirat. Namun
demikian, kebanyakan daripada fahaman ini masih digunakan sehingga sekarang kerana
sumbangannya terutama dalam bidang pendidikan, pengetahuan dan akademik.

5.0 Pragmatisme

5.1 Pengenalan

Istilah Pragmatisme adalah berasal dari bahasa Yunani. pragmabererti perbuatan (action) atau
tindakan, manakala isme adalah ajaran atau faham. Manakala definisi bahasa pula merupakan
kaedah menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek.

Pragmatisme dibentuk pada lewat kurun 1880-an oleh ahli-ahli falsafah Amerika Syarikat.Ahli-
ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti. Segala yang wujud
sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Jadi, sesuatu idea harus dipraktikkan dahulu secara
objektif untuk mengesahkan kebenaran sesuatu idea.

Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi daripada
manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat mengalaminya.
Maka, dalam pragmatisme, manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat dengan cara saintifik
(kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan dengan teliti).

Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk mendapat
kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali yang benar
atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar. Dalam
falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik timbul
daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.

15
Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan
sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks
pengalaman manusia. Tindakan tersebut akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap
tindakan tersebut berguna.

5.1 Tokoh-Tokoh Penting Pragmatisme

Kil Patrick

Kil Patrick pula mengatakan manusia sentiasa mencari apa yang diharapkan dalam hidup-mengkaji
secara amali mengenai pengalaman.

William James
William James menyatakan individu berpendidikan berhak untuk membentuk reality masing-
masing.

5.2 Pragmatisme Berdasarkan Cabang Falsafah

Metafizik

Pandangan Pragmatisme dari sudut metafizik menyatakan bahawa reality adalah interaksi antara
manusia dengan alam sekeliling dan manusia adalah pengukur kepada semua benda

Epistemologi

Ahli falsafah pragtisme percaya bahawa manusia dapa mengetahui hanya melalui pengalaman
(Daley, 1966) oleh itu pengetahuan adalah hasil daripada interaksi manusia dengan alam sekeliling
dan segala kebenaran yang diperolehi hasil interaksi tersebut merupakan sumber pengetahuan.

Aksiologi

Menurut pandangan ahli falsafah mazhab ini mempercayai bahawa nilai-nilai adalah relative dan
berubah apabila kebudayaan dan masyarakat berubah. Disamping itu,nilai yang diamalkan oleh
masyarakat adalah berbeza dari satu masyarakat dengan masyarakat lain

5.3 Pragmatisme Dalam Falsafah Pendidikan

Pendidikan

16
John Dewey menganggap Pragmatisme yang dimaksudkan itu adalah lebih banyak
penggunaannya dalam sosial kita contohnya dalam bidang pendidikan.

Tujuan Pendidikan

Berdasarkan falsafah ini tujuan sesuatu pendidikan ialah kanak kanak mestilah belajar daripada
sifat ingin tahu yang ada pada dirinya manakal guru pula mestilah menggalakkan sifat ingin tahu
di kalangan para pelajarnya tentang perkara-perkara yang mendatangkan faedah sepenuhnya
kepada mereka.

Kurikulum

Ahli falsafah Pragmatisme mencadangkan suatu system pendidikan berusaha membentuk suatu
kaedah menyelesaikan masalah. Apabila murid diajar cara menyelesaikan masalah , maka mereka
boleh menyelesaikan segala masalah hidup dengan baik.

Proses Belajar Mengajar

Guru perlu mengadakan situasi pengajaran yang berkaitan dengan masalah tertentu dan
menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana akhirnya
pelajar dan guru dapat mengenalpasti pengetahuan bagi menyelesaikan masalah.

Peranan Guru

Guru turut berpootensi member galakan kepada pelajar dengan member peluang kepada mereka
untuk belajar perkara-perkara yang mereka ingin ketahui dan membuat mereka berperasaan ingin
tahu tentang perkara yang dianggap penting..

6.0 Eksistensialisme

6.1 Pengenalan

Aliran pemikiran falsafah Eksistensialisme muncul pada akhir abad ke-19. Pada awalnya ia
diperkembangkan oleh seorang ahli falsafah yang berasal dari Negara Jerman yang bernama
Martin Heidegger ( 1889-1976). Sebenarnya falsafah Ekistensialisme merupakan kesinambungan
daripada metodologi falsafah Fenomenologi yang diperkenalkan oleh Hussel(1859-1938).

Sebagai pandangan baru, falsafah Ekistensialisme merupakan falsafah khusus yang


menerangkan eksintesial dan pengalaman manusia dengan menggunakan metodologi
17
Fenomenologi atau cara manusia berada. Ekstensialisme juga dianggap satu reaksi terhadap
Materialisme dan Idealisme. Secara umumnya, falsafah ini ialah gerakan falsafah moden yang
menegaskan pentingnya pengalaman dan tanggungjawab seseorang individu dan tekanan-tekanan
yang terbit daripada ke atas individu berkenaan yang dianggap dapat bertindak dengan bebas.
Pemikir Ekstensialisme menyatakan bahawa manusia adalah bebas, bertanggungjawab
membentuk kehidupan serta nilainya sendiri dan mesti mengalami kehidupan sepenuhnya pada
setiap waktu. Ia serupa dengan pandangan falsafah Individualistik iaitu kepercayaan seseorang
individu di dunia adalah bersendirian dan mesti mencari makna tentang kehidupan dengan diri
sendiri. Ianya menggambarkan bahawa sesorang individu itu bebas untuk membuat pilihan setiap
atas keputusan sendiri tanpa dipaksa dari luar.

6.1 Tokoh-Tokoh Penting Eksistensialisme

Martin Heidegger

Beliau ialah ahli falsafah yang memperkenalkan konsep kebebasan. Kewujudan konsep ini
merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak
membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat
pilihan dan keputusan moral dalam hidup.

Soren Aabye Kierkegaard

Falsafah Eksistensialisme diperkembangkan oleh Soren Aabye Kierkegaard pada abad ke 19.
Beliau mengemukakan soalan terhadap diri sendiri bahawa bagaimanakah aku menjadi seorang
diri?. Dasar soalan tersebut menyatakan bahawa kebenaran itu tidak berada pada satu aspek yang
luar daripada dirinya malah ia berada dalam eksistensi individu yang konkrit.

6.2 Eksistensialisme Berdasarkan Cabang Falsafah

Metafizik

Pandangan Eksistensialisme dari sudut metafizik menyatakan bahawa manusia bebas melakukan
apa yang mereka inginkan tanpa dipengaruhi oleh undang-undang, etika dan tradisi. Ia menu
jukkan seolah-olah kebebasan manusia itu tiada batasan dan tiada tindak tanduk kepada sesuatu.
Manusia yang menciptakan kehidupannya sendiri dan oleh sebab itu manusia yang
bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan-pilihan yang dibuat.

18
Epistemologi

Ahli falsafah berpendapat bahawa manusia mengetahui setiap perkara disekelilinya melalui
pengalaman hidup. Tidak ada kriteria atau objektif yang boleh menentukan samada pemahaman
seseorang itu betul atau salah. Kebenaran adalah sentiasa relative mengikut pertimbangan
seseorang.

Aksiologi

Menurut pandangan ahli falsafah Eksistensialisme nilai adalah perkara peribadi setiap individu.
Manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadap system nilainya sendiri. Ia ditegaskan oleh Daley
(1966) bahawa manusia bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang dilakukanya.
Pertumbuhan dan perkembangan antara manusia selalu membawa kepada kegembiraan dan
tragedy, pengharapan dan kekecewaan.

6.4 Ekistensialisme Dalam Falsafah Pendidikan

Pendidikan

Eksistensialisme sebagai falsafah yang menekankan individualistik dan penemuhan diri secara
peribadi. Setiap individu dipandang sebagai makhluk yang unik, dan secara unik pula ia
bertanggungjawab terhadap nasibnya. Dalam hubungan dengan pendidikan, Sikun Pribadi (1971)
menyatakan bahwa Eksistensialisme berhubung erat dengan pendidikan kerana kedua-duanya
berhubungkait antara satu sama lain pada masalah-masalah yang sama iaitu manusia, hidup,
hubungan antara manusia, hakikat keperibadian, dan kebebasan. Eksistensialisme dalam
pendidikan lebih berfokus kepada keberadaan seorang pelajar dalam menerima pendidikan
tersebut. Sistem sekolah tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidiakn ke atas
murid.

Tujuan Pendidikan

Berdasarkan falsafah ini tujuan sesuatu pendidikan ialah mengembangkan potensi individu untuk
menyumbang kesejahteraan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

19
Kurikulum

Menurut pandangan ahli falsafah Eksistensialisme, tidak terdapat kurikulum atau mata pelajaran
tertentu yang lebih penting daripada yang lain. Mata pelajaran merupakan material dimana pelajar
akan dapat menemukan dirinya dan kesedaran akan dunianya. Walau bagaimanapun, mata
pelajaran yang bersifat estetik seperti sejarah, sastera, seni, drama dan sebagainya dianggap
relevan. Melalui mata pelajaran tersebut pelajar akan dapat berkenalan dengan pandangandan
wawasan para penulis, memahami hakikat manusia di dunia, memahamikebenaran dan kesalahan,
kekuasaan, konflik, penderitaan dan mati. Secara ringkasnya, mata pelajaran yang disyorkan oleh
falsafah ini ialah mata pelajarn yang memberikan pengalaman kepada dirinya untuk mengatasi
cabaran hidup serta membuat keputusan hidup bedasarkan pengalaman tersebut.

Proses Belajar Mengajar

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar konsep yang ditekankan ialah dialog. Melalui
sesi dialog antara guru dengan pelajar dapat berkongsi pengalaman hidup serta pelajar akan
menjadi hasil daripada pengalaman yang diterima. Pengetahuan yang ditawarkan oleh guru kepada
pelajar harus dikuasai oleh guru itu sendiri dan sebahagian daripada pengalamannya.

Peranan Guru

Peranan utama guru berdasarkan fahaman falsafah ini ialah memberi kebebasan kepada pelajar
untuk memilih dan memberi mereka pengalaman-pengalaman yang akan membantu mereka
menemukan makna dari kehidupan mereka. Guru harus menjadi pembimbing dan mampu
membuatkan pelajar untuk mengadakan perbincangan melalui pertanyaan-pertanyaan yang
dilontarkan oleh guru. Perbincagan atau diskusi merupakan teknik pengajaran yang disyorkan oleh
Falsasah Eksistensialisme dalam proses belajar dan belajar di sekolah. Seterusnya peranan guru
adalah menjadi pakar motivasi dan fasilitator kepada murid dalam usaha melindungi dan
memelihara kebebasan akademik.

7.0 Kesimpulan

Dalam perbincangan di atas, mengenai falsafah-falsafah umum tadi, kita telah membincangkan
falsafah-falsafah tersebut mengikut cabang atau mazhab masing-masing. Tujuannya ialah untuk
memudahkan kita memahami dengan jelas lagi falsafah falsafah tersebut. Walau bagaimanapun,

20
pada hakikatnya terdapat pertindihan pandangan antara falsafah-falsafah tersebut. Selain itu,
falsafah umum juga amat mempengaruhi sistem pendidikan dalam usaha melahirkan manusia yang
sempurna.

21
BIBLIOGRAFI

Abdul Fatah Hassan ( 2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pts Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdul Rahman Md Aroff & Zakaria Kasa. (1987). Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya
: Penerbit Fajar Bakti.
Cleo H.Cherryholmes ( 1999). Reading Pramagtism. New York And London : Teachers College
Press.
Geoff Barton (2015). Teach Now! The Essential Of Teaching: What You Need To Know To Be A
Great Teacher. London and NewYork : Routledge Taylor & Francis Group.
Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum. Edisi Pertama. Puchong. Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.
Santhosh Vallikkat (2012). Philosophy Of Education. New Delhi : APH Publishing Corporation.
Wan Zulkhairi Zakaria. (2011). Kritikan Dan Perbandingan Falsafah Pendidikan Di Dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) . Universiti Teknologi Malaysia.

22

Anda mungkin juga menyukai