Anda di halaman 1dari 2

Semasa membuat tugasan kit ini, terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi.

Antaranya, untuk menggabungkan ketiga-tiga eleman seni dalam pendidikan iaitu muzik,
seni dan pergerakan, saya memerlukan perancangan startegi yang teratur serta idea yang
ernas untuk menghasilkan satu kit yang menarik dan berdasarkan subjek yang telah
diberikan. Saya memilih untuk mebuat kit pembelajaran matematik kerana saya mempunyai
banyak idea dan kosep permainan yang berkaitan dengan subjek matematik. Semasa
membeli barangan untuk membuat kit di pusat membeli belah, saya melihat banyak pilihan
barang yang menarik untuk saya membuat kit matematik. Dalam pada itu, saya juga telah
mendapat idea baru bagaimana untuk menjadikan kit pembelajaran matematik saya menjadi
satu aktiviti pembelajaran yang menarik.

Kit matematik yang saya buat ini ialah berkonsepkan permainan “dam” yang
melibatkan elemen pergerakan dimana murid akan membaling dadu dan akan bergerak
mengikut jumlah yang terdpat pada dadu yang dibaling. Seterusnya, mereka akan bergerak
ke stesen mengikut warna dimana mereka berhenti. Mereka akan ke stesen tersebut dan
dikehendaki untuk menjawab soalan yang telah disediakan di stesen tersebut. Jika mereka
tidak dapat menjawab soalan yang diberikan, mereka akan dikenakan denda. Elemen
pergerakan juga dapat dilihat pada stesen lima kit matematik ini dimana murid dikehendaki
untuk menyusun kayu stik mengikut warna.

Kit ini juga melibatkan elemen seni dimana saya akan menggunakan elemen muzik
sebagai dendaan sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan di
setiap stesen kit tersebut. Contohnya, jika murid tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan, sebagai dendaannya, murid diminta untuk menyanyikan lagu kanak-kanak yang
telah ditetapkan tajuknya. Kit metematik ini juga menekankan unsur seni di mana saya
membuat kit ini dengan menggunakan barangan yang bewarna-warni untuk menceriakan
lagi kit ini. Kit ini juga dibuat dengan menggunakan pelbagai teknik seni untuk mencantikkan
lagi kit. Saya menggunakan warna yang ceria supaya murid akan tertarik dengan kit
matematik ini dan sekaligus dapat menarik minat mereka untuk menyukai subjek matematik.

Kit matematik ini juga dibuat mengikut konsep latihan ansur maju dimana saya
memilih lima stesen yang menempatkan pelbagai aktiviti daripada mudah kemudian kepada
sedikit susah. Pemilihan aktiviti di dalam setiap stesen kit ini juga menitikberatkan
keupayaan kanak-kanak dengan keperluan khas supaya mereka seronok untuk belajar
melalui kit permainan yang tidak membebankan mereka dengan aktiviti susah.
Ketika membuat kit pembelajaran matematik ini, terdapat pelbagai kekangan yang
saya harus hadapi untuk menghasilkan satu kit matematik yang betul-betul menarik.
Antaranya, barangan yang saya beli tidak mencukupi dan saya perlu membelinya semula
kerana terdapat pertambahan permainan dalam kit tersebut. Selain itu, pada mulanya, saya
juga menghadapi masalah bagaimana hendak memasukkan unsur muzik dalam kit
pembelajaran matematik ini. Jadi, sebagai jalan penyelesaian, saya telah mendapat idea
dimana saya memasukkan unsur muzik dalam aspek dendaan iaitu dalam bentuk nyanyian.

Dalam pembuatan kit ini, saya juga merancang aktiviti pemulihan bagi murid yang
lemah dan aktiviti pengayaan bagi murid yang boleh mengikuti pembelajaran dengan baik.
Aktiviti pengayaan perlu dirancang supaya murid dapat mengukuhkan lagi pengetahuan
yang telah mereka perolehi. Sementara pemulihan dijalankan para aras yang lebih rendah
agar murid dapat menguasai kemahiran dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Sebagai
contoh, di stesen yang pertama saya menyediakan aktiviti menyusun nombor mengikut
urutan yang betul. Aktiviti ini dapat mengukuhkan pengetahuan asas murid berkeperluan
khas dalam subjek matematik. Manakala pada stesen yang terakhir, saya menyediakan
aktiviti menambah nombor yang terdapat dalam sampul surat yang disediakan. Aktiviti sekali
gus dapat meningkatkan daya pemikiran murid berkeperluan khas dimana mereka perlu
berfikir untuk mendapatkan hasil tambahan nombor-nombor tersebut.

Di samping itu, pengalaman yang saya peroleh semasa menyediakan kit matematik
ini ialah saya mengetahui bagaimana cara hendak mengaplikasikan permainan seperti
Sudoku supaya menjadi satu aktiviti pembelajaran. Contohnya, pada stesen satu kit
pembelajaran ini, saya telah membuat kotak permainan yang berkonsepkan permainan
Sudoku dan mengkehendaki murid untuk menyusun nombor ke dalam setiap kotak kosong
dengan mengikut turutan nombor yang betul. Seterusnya, saya memilih konsep ‘dam’ dalam
kit pembelajaran matematik ini kerana permainan dam ini merupakan sesuatu permainan
yang mudah untuk diikuti oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Saya juga menamakan
setiap stesen mengikut warna untuk memudahkan murid untuk memahami cara permainan
ini.

Konklusinya, kit pembelajaran matematik ini amat membantu dalam pembelajaran


murid berkeperluan khas kerana kit ini menggunakan konsep yang senang dan soalan yang
disediakan mudah. Kit pembelajaran penting untuk membantu murid bagi memudahkan
mereka untuk memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah. Saya juga belajar
bagaimana hendak mengembangkan idea dan berfikir dengan lebih kreatif hasil daripada
tugasan pembuatan kit pembelajaran matematik ini.

Anda mungkin juga menyukai