Anda di halaman 1dari 8

Kari Daging

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 kg daging
2 biji ubi kentang
4-5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Rempah penumis - kayu manis,
bunga lawang, buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping - atau air asam jawa
Sedikit kerisik
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang bawang, halia
yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau.

Masukkan rempah kari serbuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak
hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan
pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan
kering.

Setelah itu, dimasukkan daging. Terus masak sehingga daging empuk.


Jika perlu, boleh masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang
masak.

Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air secukupnya dan ubi
kentang. Biarkan ianya masak dan daging empuk dan kuah benar benar
terbit minyak.

Akhir sekali masukkan asam keping, garam, kerisik dan serbuk perasa
secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Kari Ayam Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama
bawang putih, bawang merah dan halia sehingga
kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika
sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak
dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau
sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.
Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam
kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan.
Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan
garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan
kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah
air panas dan masak lagi.
Daging Bakar Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam

Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar
kering.

Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk


menggerakkan blender.

Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas


dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak.
Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan
dengan nasi kerabu.

Boleh dicicah dengan sos lada hitam.

Anda mungkin juga menyukai