Anda di halaman 1dari 41

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

WPK 713
Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling

Minggu 1

Pensyarah:
Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri
PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)
PhD – Fiqh & Sains Teknologi (UTM)
Sinopsis : Kursus ini merupakan pengenalan kepada bidang bimbingan
dan kaunseling, keperluan perkhidmatan kaunseling pada masyarakat
kini, teori dan pendekatan utama di dalam kaunseling dan psikoterapi
dan ia juga akan memperkenalkan beberapa jenis perkhidmatan
kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok, keluarga, kerjaya
dan perundingan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


OBJEKTIF

i. Menghuraikan definisi bimbingan & kaunseling

ii. Menjelaskan perkaitan, persamaan dan perbezaan di


antara bimbingan, kaunseling & psikoterapi

iii. Menjelaskan falsafah, prinsip & matlamat bimbingan dan


kaunseling.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


APAKAH MAKNA PRINSIP DAN PROSES ?

Prinsip merupakan pegangan atau kepercayaan


seseorang mengenai sesuatu.

Prinsip lazimnya dipengaruhi oleh aspek budaya, &


agama ‘penganut’ prinsip.

Manakala Proses bermaksud sesuatu tindakan


yang dilakukan secara berperingkat ke arah satu
matlamat

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


APAKAH PRINSIP BIMBINGAN DAN
KAUNSELING ?

1. Cara Menjalankan B & K


2. Persepsi Terhadap Klien
3. Persepsi Terhadap Tugas & Peranan Kaunselor
4. Persepsi Terhadap Pakej Latihan Kaunselor

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


BIMBINGAN

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DEFINISI BIMBINGAN

Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan bimbingan


adalah salah satu perbuatan membimbing, memberi petunjuk,
huraian, dll.

Ini bererti terdapat pihak yang mempunyai kemahiran


untuk memberi pentunjuk dan panduan yang boleh
dimanfaatkan oleh seseorang.

Kaedah membimbing ini boleh jadi dalam bentuk menghurai


kepada sesuatu permasalahan sehinggalah orang yang
dibimbing memperolehi jalan penyelesaian.

Nasihat juga merupakan elemen yang ada dalam proses


tersebut.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DEFINISI BIMBINGAN

Shertzer & Stone (1992) pula menyatakan bahawa


bimbingan merupakan suatu proses yang membantu
individu memahami diri mereka dan dunia mereka.

Ini bererti individu akan diberi bimbingan untuk


mengenali diri individu dalam pelbagai aspek.

Individu yang memahami kekuatan dan kelemahan diri


akan menjadikan individu lebih menerima dirinya
sendiri. Ini akan menghindarkan individu tersebut
mengalami konflik diri.

Ia juga akan membantu individu untuk berinteraksi


dengan persekitaran dengan lebih harmoni.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DEFINISI BIMBINGAN

Bimbingan juga merupakan suatu proses untuk membantu


individu membuat keputusan penting dalam kehidupan klien.

Bimbingan melibatkan proses yang melibatkan tindakan-tindakan


atau langkah-langkah untuk mencapai matlamat klien.

Kaunselor akan memainkan peranan seperti yang sepatutnya


dimulai dengan langkah pembentukan atau penjelasan matlamat
klien.

Klien juga dibantu untuk mencari jalan bagaimana menentukan


tindakan yang sepatutnya diambilnya pada masa sekarang dan
masa hadapan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KONSEP BIMBINGAN

Konsep bimbingan dengan kaunseling seakan sama namun


terdapat perbezaan di antara ke duanya.

Bimbingan merupakan satu proses untuk membantu individu


memahami diri dan persekitarannya.

Proses yang dilalui adalah berperingkat peringkat untuk


mencapai matlamat yang ditentukan.

Matlamat akhir ialah untuk mengubah pemikiran, emosi dan


tingkahlaku yang lebih positif agar individu berkenaan
memperolehi kesejahteraan di dalam kehidupan mereka.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


Prinsip Bimbingan
(menurut Shertzer & Stone, 1992)

1. Fokus kpd perkembangan personal


2. Satu proses sistematik bantu individu fahami diri (soal
selidik, kaunseling)
3. Tiada paksaan, secara sukarela
4. Berasaskan kepercayaan bahwa manusia berupaya
bangunkan diri
5. Menghormati maruah dan hak individu
6. Proses pendidikan yang berurutan dan berterusan

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KAUNSELING

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DEFINISI KAUNSELING

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,


kaunseling didefinisikan sebagai suatu proses teratur
yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah
yang dihadapi oleh seseorang dan segala usaha
mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan
dan nasihat.

Cormier & Hackney 1987 menyatakan bahawa


kaunseling merupakan satu perhubungan menolong di
antara seseorang yang terlatih dan mahir dalam teknik
menolong secara pertuturan dan mempunyai
pengetahuan mengenai perlakuan manusia, dengan
seseorang yang meminta bantuan sama ada secara
sukarela ataupun paksa.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling adalah suatu proses pertolongan yang lebih


menumpukan perhatian kepada membantu individu mengatasi
kebuntuan, kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan yang
lebih tenteram.

Kaunseling memberi manfaat dalam semua bidang


kehidupan seperti dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,
kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan kekeluargaan.

Ini adalah kerana kaunseling itu sendiri mampu merentasi


bidang-bidang yang mencakup segala aspek kehidupan manusia.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling adalah satu proses pertolongan yang


dibimbing oleh kaunselor.

Bimbingan ini akan memberikan celik akal kepada klien


untuk membuat keputusan sendiri.

Keputusan tersebut adalah bermatlamat agar klien


dapat memperbaiki diri dari aspek yang lemah ke arah
perubahan yang lebih positif.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP KAUNSELING
(Menurut Mizan & Halimatun, 2006; Gladding, 2009

1. Setiap manusia unik


2. Setiap manusia punyai harga diri
3. Manusia melalui proses sosialisasi
4. Hubungan teraputik bersifat sukarela, kerjasama
5. Proses pendidikan berterusan

6. Perhubungan menolong antara seorang pro dengan yang perlu


bantuan psikologi.
7. Beretika
8. Proses sistematik
9. Manusia menuju kesejahteraan diri
10. Untuk individu normal

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PSIKOTERAPI

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


Psikoterapi

Psikoterapi merupakan satu proses yang lebih memberi


penekanan kepada proses pemulihan yang lebih kronik.

Kaunselor memerlukan ilmu dan kemahiran yang lebih tinggi


dibanding dengan kaunseling. Malahan psikoterapi ini jarang
dikendalikan oleh guru kaunseling kerana ia memerlukan
seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini seperti
seorang pakar psikiatris.

Menurut Gladding (2004) psikoterapi adalah merupakan satu


proses membantu individu bermasalah psikologi yang lebih
serius dalam jangka panjang. Contoh kes yang menggunakan
psikoterapi ialah merawat ‘kekeliruan dalam pemikiran’

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


APAKAH PERSAMAAN ANTARA KONSEP ASAS?

Bimbingan, kaunseling dan psikoterapi adalah proses


menolong secara psikologi (merawat emosi, pemikiran &
perlakuan)
(Maznah, Rumaya dan Zainal, 2002 )

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


MATLAMAT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan


mempunyai matlamat yang pelbagai bergantung kepada bidang
atau disiplin kaunseling.

Perkhidmatan ini bergantung juga kepada kategori perkhidmatan


seperti perkhidmatan pencegahan atau menangani krisis.

Namun secara umumnya matlamat Bimbingan dan Kaunseling


dapat diringkaskan kepada lima matlamat iaitu:

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


MATLAMAT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Menjana tingkah laku positif.


Kaunselor dijangka dapat mengenalpasti tingkahlaku klien yang
negatif.

Sekiranya ini berlaku, kaunselor dapat mencari alternatif penyelesaian


agar tingkahlaku negatif klien dapat ditukar kepada tingkahlaku yang
positif.

Kaunselor akan berbincang dan sama-sama mencari alternatif yang


sesuai dan dipersetujui oleh klien untuk melakukan perubahan
tersebut.

Klien akan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut walaupun


dipersetujui bersama-sama
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MATLAMAT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Menjana hubungan yang positif.


Melalui proses kaunseling, klien diharap menguasai
kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membina
hubungan yang positif dengan persekitaran.

Halangan komunikasi biasanya mendatangkan masalah


yang besar kepada klien apabila berinteraksi dengan orang
lain.

Justeru itu, halangan-halangan ini akan diminimakan agar


klien dapat membina hubungan yang lebih baik dan
berkesan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


MATLAMAT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Menjana kendiri efektif.


Konsep kendiri yang tinggi akan membuatkan individu lebih
berfungsi dengan positif di dalam masyarakat.

Interaksi dengan ahli masyarakat dengan boleh menjadikan


individu ahli masyarakat yang positif.

Penyelesaian masalah peribadi dan menyesuaikan diri dengan


keperluan persekitaran adalah matlamat dalam perkhidmatan
kaunseling kepada kliennya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


MATLAMAT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Membuat keputusan rasional.


Individu terdedah untuk membuat keputusan pada setiap masa.
Setiap keputusan akan mendedahkan dengan risiko.

Justeru itu, proses bimbingan dan kaunseling dijangka akan


dapat membantu seseorang itu dalam membuat keputusan yang
rasional dan bermakna.

Keputusan tersebut dijangka akan memberi manfaat dan


kelebihan yang lebih baik kepada individu tersebut.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


MATLAMAT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Pencapaian potensi diri.


Melalui proses kaunseling, klien dijangkakan akan mendapat
menyedari kekuatan, kebolehan, bakat dan minat diri yang
boleh diperkembangkan untuk membina potensi diri ke tahap
optima.

Kesedaran ini dijangkakan akan diperolehi oleh klien hasil


daripada temubual dan perkongsian maklumat oleh klien
bersama kaunselor.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

Terdapat prinsip dan falsafah yang menjadikan


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebagai satu
perkhidmatan yang baik dan tersusun.

Prinsip ini akan menjadi dasar dan garis panduan


kepada pemikiran atau tindakan para pengamal
kaunseling.

Banyak prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling


mengikut pandangan dan pendapat pakar-pakar
kaunseling.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

McDaniel dan Shaftel (1956), mengemukakan prinsip-prinsip utama


kaunseling iaitu setiap klien hendaklah diterima sebagai individu dan
dilayan dengan baik.

Layanan yang baik membawa maksud individu tersebut perlu


memperolehi layanan seperti orang lain yang memerlukan
pengiktirafan dan layanan selaras dengan keperluan seorang manusia.
Ini juga membawa maksud bahawa klien tidak boleh dilabel atau
didiskriminasikan walaupun klien datang datang keadaan apa sekali
pun.

Perbezaan bangsa, agama taraf sosio-ekonomi tidak menjadikan klien


dapat kategori yang beberza-beza. Kaunselor haruslah menerima klien
seperti yang apa yang sedang dihadapinya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

Mc Daniel juga menegaskan perlunya satu perhubungan yang


permisif di atara kaunselor dan klien.

Hubungan ini memberI hak kepada klien untuk menamatkan


hubungan sekiranya wujud sebab-sebab klien tidak lagi merasa
selesa atau tidak memerlukan perhidmatan kaunseling lagi.

Di samping itu, kaunselor tidak boleh menerapkan nilai dan ideanya


kepada klien. Beliau juga menegaskan perlunya
kewujudan pemikiran bersama di antara kaunselor dengan klien.

Prinsip dan falsafah kaunseling juga harus berlandaskan prinsip-


prinsip demokrasi

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

Patterson (1967) pula mengemukakan prinsip-prinsip


kaunseling seperti kaunseling ialah proses yang bertujuan
untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara
sukarela.

Ini membawa erti bahawa perubahan tingkahlaku adalah


matlamat yang diberi fokus utama oleh kaunselor. Klien
seharusnya merubah daripada aspek tingkahlaku. Perubahan
yang diharapkan harus berlaku secara sukarela.

Walau pun klien adalah klien yang dirujuk namun dengan


proses yang dilalui akan memungkinkan klien akan mengubah
tingkahlaku secara sukarela

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

Menurut beliau kaunselor harus menjadi seorang pendengar yang


baik. Semua yang diucapkan oleh klien akan didengar oleh
kaunselor. Mendengar adalah eleman penting dalam proses
kaunseling. Walau bagaimanapun aktiviti mendengar tidak
membawa makna proses kaunseling telah berlaku.

Prinsip lain yang dikemukakan ialah mengiktiraf bahawa kaunselor


ialah seseorang yang sememangnya mempunyai ilmu dan
kemahiran. Dengan ini kaunselor adalah seorang yang mampu
untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kaunselor akan senantiasa mendengar dan memahami klien
sedaya upaya untuk memudahkan proses membantu ini berlaku
dengan berkesan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

Biasco, F. (1966) mengemukakan prinsip-prinsip bahawa kaunseling bukan


hanya untuk mereka yang mempunyai masalah sahaja. Kaunseling terbuka
kepada semua orang yang memerlukannya.

1. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk membantu klien memperolehi


pengetahuan dan fahaman diri. Melalui bimbingan dan kaunseling, klien
akan mudah memahami mengenal dan memahami diri sendiri.

Proses kaunseling itu sendiri akan membawa klien kepada realiti


kehidupan sehingga klie mendapat celik akal untuk lebih mengerti dan
memahaminya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

2. Kaunseling adalah paling berkesan apabila dirancangkan


secara sistematik dan teratur.

Kaunseling adalah satu bidang yang profesional dan


dikendalikan oleh kaunselor yanng berkelayakan dan
bertauliah.

Langkah dan proses yang dijalani adalah bersistematik dan


teratur. Ini akan memungkinkan keberkesanan proses
kaunseling yang dijalankan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

3. Program kaunseling akan lebih berkesan sekiranya


terdapat kerjasamaa di antara murid-murid, guru-guru, ibu
bapa, pihak pentadbir dan kaunselor sekolah.

Memandangkan permasalahan yang dialami oleh klien


sering berkaitan dengan orang-orang yang berada di
sekeliling kehidupannya, terdapat keperluan yang kuat
untuk membina kerjasama di kalangan mereka

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

4. Bimbingan dan kauseling menitikberatkan perkembangan


individu dari segi masa dan bidang.

Kaunseling bukan hanya terhad kepada penyelesaian masalah


klien malahan ia dijangkakan akan memperkembangkan
banyak aspek dalam diri klien.

Perkembangan yang diharapkan ini akan menentukan masa


untuk dicapai. Begitu juga aspek dan bidang-bidang tertentu
yang klien itu sendiri setuju untuk memperkembangkannya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING

Prinsip yang paling penting sewaktu menjalankan aktiviti kaunseling


ialah mengiktiraf bahawa semua manusia mempunyai hargai diri.

Pengiktirafan ini dilakukan kepada semua peringkat manusia


daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Batasan juga
tidak terhad kepada pangkat, kedudukan, bangsa dan kepercayaan
dalam agama.

Semua manusia ini perlu dihormati sebagai seorang individu yang


mempunyai harga diri.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KESIMPULAN

Manusia juga mempunyai keunikan yang tersendiri dan perlu


diiktiraf.

Menurut Plato ‘tiada duanya manusia yang sama’. Ini bererti


tidak ada manusia yang sama dan masing-masing mempunyai
indentiti, personaliti, kebolehan, keupayaan dan fahaman yang
berbeza. Dengan perbezaan inilah menjadi keunikan kepada
kejadian manusia itu sendiri.

Justeru di dalam kaunseling, keunikan ini mendapat


pengiktirafan iaitu kaunselor akan menerima klien itu mengikut
keunikan masing-masing.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KESIMPULAN

Pengiktirafan juga berlaku di dalam kaunseling iaitu tanpa ada kecuali,


bahawa semua manusia sebenarnya cenderung ke arah
kesempurnaan kendiri.

Semua manusia ingin meraih kejayaan dan kecemerlangan dalam


kehidupan mereka. Kecemerlangan ini bertujuan untuk mendapatkan
kepuasan diri mengikuti kebolehan, bakat dan kemampuan masing-
masing.

Oleh itu tidak ada manusia yang ingin gagal, kecewa atau menderita
dalam kehidupan. Sekiranya terdapat manusia yang tidak berjaya,
susah atau menderita adalah disebabkan faktor-faktor penyebab
luaran yang telah menganggu perjalanan kehidupan manusia menuju
ke arah kesempurnaan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KEPERLUAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi


semua aspek perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan
dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman
yang sejajardengan kemampuan dan potensi murid.

Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan


murid-murid dari terlibat dalam masalah disiplin tingkah laku
yang tidak sopan, penyalah gunaan dadah dan sebagainya.

Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis.

Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu


murid-murid mengatasi masalah dari segi akademik,
sosioemosi dan kerjaya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


RUJUKAN

1. Asmah Ismail (2012) Bimbingan & Kaunseling. Kajang: FAR


Publishers.
2. Gladding, S. (2009) Counseling: A comprehensive profession. (6th
ed.) New Jersey:Pearson Education International.
3. Mizan Adiliah A.A. & Halimatun Halaliah M (2006) Kaunseling
Individu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
4. Nystul, M.S. (2011) Introduction to Counseling. New
Jersey:Pearson Education.
SESI PERBINCANGAN KELOMPOK

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Anda mungkin juga menyukai