Anda di halaman 1dari 12

Konsep insan yang bermoral

Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai sifat – sifat moral.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah pendapat beberapa tokoh tentang insan

yang bermoral.

Komponen yang perlu ada dalam diri seseorang insan yang bermoral
dikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu perlu
digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong
kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam hal
ini, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan
persekitarannya, berupaya untuk berinteraksi dengan orang disekelilingnya, dan
bertindak mengikut keputusan yang telah dibuat. ( John Wilson, 1973).

Mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan, dan melakukan kebaikan adalah


sifat – sifat yang dimiliki oleh insan yang bermoral. (Lickona, 1991).

Insan moral hanya menerima nilai – nilai murni, dan peraturan masyarakat yang
diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. (Abdul Rahman
Aroff, 1986).

Individu yang mempunyai perasaan moral akan bersifat altruistik, bertimbang rasa,
belas kasihan, murah hati, dan juga mempunyai sifat – sifat yang berkaitan
dengan sifat kepedulian. (Ewing, 1990).

Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai tingkah laku yang baik dan
dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Dalam hal ini, seseorang insan yang
bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang
dengan nilai normal dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. (
http://www.scribd.com/lanita7471/d/40004462-Insan-bermoral)
Melalui pendapat tokoh – tokoh di atas, kita boleh mendapat tahu bahawa

model insan bermoral menekanan perwatakan positif dalam diri seseorang individu.

Sehubungan dengan itu, perwatakan positif yang dimiliki oleh seseorang insan yang

bermoral perlu terdiri daripada tiga dimensi moral, iaitu:

PEMIKIRAN MORAL

PERASAAN MORAL

TINDAKAN MORAL

Ketiga – tiga dimensi ini adalah penting untuk membolehkan seseorang

individu mencapai tahap kematangan moral. Berikut adalah penerangan secara

ringkas bagi ketiga – tiga dimensi tersebut.

Pertamanya adalah pemikiran moral. Pemikiran moral ini juga boleh dikatakan

sebagai penaakulan moral. Mengikut dimensi pemikiran moral ini, seseorang

individu itu dapat mengenali diri sendiri serta sedar tentang baik dan buruk akan
dirinya. Sehubungan dengan itu, secara ringkasnya, dimensi pemikiran moral ini

melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas. Ini bermaksud

seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral ini dapat membuat

pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai – nilai moral yang diterima oleh

masyarakat setempat. Dengan adanya pemikiran moral, maka seseorang itu tidak

akan bertindak secara membuta – tuli.

Keduanya adalah dimensi perasaan moral. Perasaan moral juga dikatakan

sebagai emosi moral. Dimensi perasaan moral ini mengandungi sentimen, simpati,

empati, murah hati, dan juga motivasi. Selain itu, dimensi perasaan moral ini juga

berupaya menjadikan diri seseorang itu bertindak secara positif. Secara ringkasnya,

dimensi perasaan moral inilah akan membawa kepada tindakan yang bermoral.

Dimensi moral yang akhirnya adalah dimensi tindakan moral. Dimensi ini juga

dikenali sebagai dimensi tingkah laku moral serta dimensi perlakuan moral. Dimensi

ini pula menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan

buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan

emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, membantu orang yang

ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada dimensi perasaan moral.

Konklusinya, ketiga – tiga dimensi moral yang dikatakan tadi penting kepada

seseorang individu untuk menampilkan ciri – ciri insan yang bermoral. Pendek kata,

perkembangan moral yang meliputi ketiga – tiga dimensi ini akan menyubur serta

merangsang lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan individu berkenaan

untuk membuat apa yang patut dan betul.


Sifat – sifat insan yang bermoral

Insan yang bermoral harus memiliki sifat – sifat moral yang positif serta yang

boleh dicontohi oleh orang lain. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak sifat – sifat

yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Berikut adalah sifat – sifat

moral yang perlu dimiliki oleh insan yang bermoral.

Sehubungan dengan itu, sifat mempercayai tuhan merupakan sifat yang

harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dengan adanya sifat ini, maka

seseorang itu akan yakin dan percaya bahawa wujudnya tuhan sebagai pencipta

alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing –

masing. Dalam aspek ini, seseorang individu yang bermoral itu akan menyanjung

agamanya di samping menghormati agama – agama lain.


Sifat yang seterusnya pula adalah sifat menjaga kebersihan. Sifat ini juga

perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu, melalui

pengamalan sifat ini seseorang itu bukan sahaja akan menjaga kebersihan

fizikalnya, maka akan juga menjaga kebersihan mentalnya. Dalam aspek ini, kita

boleh mendefinisikan kebersihan fizikal sebagai kebersihan diri dan kebersihan

persekitaran. Manakala, kebersihan mental pula didefinisikan sebagai kebersihan

pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Sebagai contohnya, dalam aspek

kebersihan diri, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menjaga

kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Manakala, dalam aspek kebersihan

mental pula, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa bertutur tanpa

melanggar norma masyarakat.

Selain itu, sifat amanah juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan

yang bermoral itu. Sifat amanah boleh dikatakan sebagai sifat bertanggungjawab

yang menimbulkan kepercayaan serta keyakinan orang lain. Melalui sifat ini

seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menyelesaikan sesuatu tugas

yang diamanahkan itu dengan penuh bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas.

Sebagai contohnya, jika bendahari dalam sesuatu agensi sosial itu adalah seorang

insan yang mempunyai sifat amanah, maka dia tidak akan menyalahgunakan wang

yang dikutip melalui agensi tersebut untuk kegunaan sendiri malah akan sentiasa

menggunakan wang tersebut untuk kegunaan aktiviti – aktiviti sosial.

Seterusnya adalah sifat harga diri. Sifat ini juga perlu dimiliki oleh seseorang

insan yang bermoral itu. Sifat harga diri merupakan sifat yang menjaga maruah diri

di samping menjaga maruah orang di sekeliling. Sebagai contohnya, seseorang

insan yang mempunyai sifat harga diri ini, sama sekali tidak akan melakukan

perbuatan – perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri serta maruah


keluarga. Perbuatan – perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri adalah

seperti perbuatan tidak beramanah dalam sesuatu tugas yang diberikan. Manakala,

perbuatan – perbuatan yang boleh mencemarkan nama keluarga adalah seperti

perbuatan melakukan hubungan sulit sebelum bernikah.

Bukan itu sahaja, rajin berusaha juga salah satu sifat yang seharusnya dimiliki

oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini, seseorang insan yang

bermoral itu akan sentiasa berusaha secara berterusan dengan penuh bersemangat,

cekal, gigih, dedikasi serta berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Sehubungan dengan itu, mereka yang memiliki sifat ini sama sekali tidak akan

berputus asa jika mereka gagal daripada melakukan sesuatu. Sebagai contohnya,

insan yang memiliki sifat ini akan berusaha sedaya – upaya untuk berjaya dalam

hidup. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral juga akan menunjukkan

sikap berdedikasi.

Seterusnya, seseorang insan yang bermoral juga harus memiliki sifat

bersopan-santun. Seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa beradab sopan

dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Dalam aspek ini, seseorang itu

bukan sahaja akan beradab sopan ketika bergaul dengan orang lain, maka akan

juga beradab sopan dari segi cara pakaiannya. Sebagai contohnya, insan yang

beradab sopan ketika pergaulan akan sentiasa bertutur dengan sopan – santun dan

sama sekali tidak akan menggunakan perkataan – perkataan yang kotor. Manakala,

insan yang beradab sopan dalam cara pemakaian pula akan sentiasa memakai

pakaian yang menutup aurat mereka di samping tidak memakai pakaian yang

mencolok mata.
Selain itu, kasih sayang juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan

yang bermoral. Dalam konteks moral, kasih sayang didefinisikan sebagai kepekaan

dan perasaan cinta yang mendalam serta yang berkekalan yang lahir daripada hati

yang ikhlas. Ini bermakna, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa

menunjukkan kasih sayang yang ikhlas serta yang berkekalan. Dalam aspek ini,

seseorang insan yang bermoral itu bukan sahaja akan menyayangi manusia, maka

akan juga menyayangi binatang. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki

sifat kasih sayang ini akan sentiasa menyayangi manusia di samping menyayangi

semua haiwan ciptaan Tuhan.

Bukan itu sahaja, sifat kesederhanaan juga salah satu sifat yang harus dimiliki

oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini pula, seseorang insan yang

bermoral itu akan sentiasa bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan

dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan. Sebagai

contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa berkelakuan tanpa

mengabaikan kepentingan diri dan juga orang lain. Selain itu, insan yang memiliki

sifat kesederhanaan ini juga akan sentiasa mempunyai pengetahuan dan

pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi.

Seterusnya adalah sifat jujur. Seseorang insan yang bermoral juga harus

memiliki sifat jujur. Sifat jujur boleh dikatakan sebagai sifat yang ikhlas. Selain itu,

sifat kejujuran juga boleh dikatakan sebagai sifat yang menjadikan seseorang itu

untuk bercakap benar dan tidak menipu. Dalam hal ini, bercakap benar ialah

menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan

berselindung. Manakala, ikhlas adalah kesucian hati tanpa mengharapkan sebarang

balasan apabila melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, melalui pengamalan sifat

ini seseorang insan yang bermoral itu sentiasa tidak akan melakukan sebarang
perbuatan yang mampu mengkhianati orang lain. Dalam aspek ini, seseorang itu

berupaya untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain terhadap

dirinya.

Bukan itu sahaja, sifat baik hati juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang

insan yang bermoral. Dalam konteks moral, baik hati didefinisikan sebagai kepekaan

terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri serta orang lain dengan memberi

bantuan dan sokongan moral secara tulus dan ikhlas. Dalam aspek ini, insan yang

memiliki sifat baik hati akan sentiasa membuat perbuatan baik tanpa mengharapkan

sebarang ganjaran. Sebagai contohnya, insan yang mempunyai sifat ini akan

sentiasa menolong orang dalam kesusahan secara sukarela tanpa mengharapkan

sebarang ganjaran daripada mereka ataupun tanpa sebarang niat di sebalik

pertolongan tersebut.

Seterusnya adalah sifat bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab

merupakan sifat yang menjadikan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu tugas

yang diberikan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, seseorang insan

bermoral juga harus memiliki sifat bertanggungjawab ini. Sebagai contohnya, insan

bermoral yang memiliki sifat ini akan sentiasa memikul dan melaksanakan

tanggungjawab yang diberikan kepadanya secara penuh bersemangat.

Bukan itu sahaja, sifat toleransi juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral itu. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa

bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisihan

faham antara satu sama lain. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan

sentiasa dapat mengawal perasaan marahnya. Selain itu, insan yang memiliki sifat

ini juga akan sentiasa dapat bertolak ansur dengan semua kaum yang terdapat di
negara kita, Malaysia. Sebagai contohnya, seorang rakan kelas yang memiliki sifat

ini akan sentiasa bertolak ansur dengan karenah rakannya yang satu lagi.

Berdasarkan contoh di atas, rakan yang bertolak-ansur merupakan rakan yang

tergolong dalam insan bermoral.

Seterusnya, sifat berdikari juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral. Sifat berdikari pula didefinisikan sebagai keupayaan

atau kebolehan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa

bergantung kepada orang lain. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan

segala – galanya tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Sebagai contohnya,

seorang anak yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan kerja – kerja

sekolahnya seperti membasuh kasut dan pakaian sekolah tanpa mengharapkan

bantuan ibunya. Di sini, anak yang berdikari juga dikategorikan sebagai insan yang

bermoral.

Selain itu, sifat keadilan juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan

yang bermoral. Dalam konteks moral, sifat keadilan didefinisikan sebagai sifat yang

mementingkan tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Sebagai contohnya, seseorang insan moral yang memiliki sifat ini akan bersikap adil

dalam segala perbuatannya; dia sama sekali tidak akan bersikap pilih kasih dalam

perlakunya. Sehubungan dengan itu, dalam aspek sikap tidak berpilih kasih ini,

seseorang guru yang memiliki ciri – ciri insan bermoral juga akan menghukum

pelajar yang tidak membuat kerja rumah walaupun pelajar tersebut merupakan

pelajar harapan sekolah.

Seterusnya adalah sifat rasional. Sifat ini juga merupakan sifat yang perlu

dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu, seseorang
yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan sesuatu perbuatan yang berasaskan

kepada alasan yang munasabah serta bukti yang nyata. Dalam aspek ini, seseorang

insan yang bermoral akan mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan

sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.

Sifat yang seterusnya adalah sifat keterbukaan. Sifat ini juga harus dimiliki

oleh seseorang insan yang bermoral. Seseorang insan yang memiliki sifat ini akan

sanggup dan sedia memberi serta menerima pandangan dan kritikan orang lain.

Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini tidak akan berasa marah apabila

menerima kritikan orang lain terhadap kelemahan dirinya tetapi seseorang itu akan

menerimanya dengan hati yang terbuka dan akan berusaha untuk memperbaiki

kelemahan dirinya. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral juga akan

mengakui kesilapannya.

Bukan itu sahaja, sifat memaafkan orang juga salah satu sifat yang perlu

dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini, seseorang insan yang

bermoral akan sedar bahawa sifat pemaaf ini mendatangkan banyak kebaikan

kepada diri sendiri dan juga orang lain. Sehubungan dengan itu, insan yang memiliki

sifat ini akan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain demi kehidupan yang aman

dan damai. Sebagai contohnya, seorang sahabat yang memiliki sifat ini akan

sanggup memaafkan sahabatnya yang satu lagi walaupun sahabatnya telah

mengkhianatinya.

Selain itu, sifat hormat – menghormati juga sifat yang perlu dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral. Sifat hormat – menghormati boleh dikatakan

sebagai sifat menghargai dan memuliakan seseorang dalam sesuatu institusi sosial.

Sehubungan dengan itu, melalui pengamalan sifat ini, seseorang insan yang
bermoral akan sentiasa menghormati ibu bapanya, orang yang lebih tua

daripadanya, serta guru, pemimpin dan budaya kaum lain.

Selain itu, sifat murah hati juga salah satu sifat yang harus dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral. Melalui pengamalan sifat murah hati, seseorang itu

akan sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan samaada

dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral. Sehubungan dengan itu, insan

bermoral yang memiliki sifat ini akan berasa bersalah jika mereka tidak dapat

membantu orang yang memerlukan. Dalam konteks moral, jika seseorang ditimpa

masalah atau musibah dan memerlukan pertolongan, maka ia akan menjadi

tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, seorang rakan

mempunyai sifat murah hati ini perlu menawarkan bantuan kewangan kepada rakan

yang menghadapi masalah kewangan. Berdasarkan contoh di atas, rakan yang

menawarkan bantuan kewangan tergolong dalam insan yang bermoral.

Dan sifat yang akhir sekali adalah sifat mematuhi peraturan. Sifat ini juga sifat

yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Melalui pengamalan sifat ini,

seseorang insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak

bermoral serta yang bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam

sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, boleh dikatakan bahawa insan yang

memiliki sifat ini akan sentiasa mematuhi undang – undang dan peraturan –

peraturan yang dirangka. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki sifat

mematuhi peraturan ini akan sentiasa mematuhi peraturan lalu – lintas bagi

mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jalan raya. Dalam aspek ini, ereka

sama sekali tidak akan melanggar peraturan atau undang – undang yang telah

digubal oleh kerajaan atau pihak – pihak tertentu.


Sebagai kesimpulannya, sifat – sifat positif seperti sifat mempercayai tuhan,

menjaga kebersihan, amanah, harga diri, gigih berusaha, sopan-santun, kasih-

sayang, kesederhanaan, jujur, baik hati, bertanggungjawab, bertolak-ansur,

berdikari, adil, rasional, sifat keterbukaan, pemaaf, hormat – menghormati, murah

hati dan mematuhi peraturan merupakan sifat – sifat yang harus dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral.

Anda mungkin juga menyukai