Anda di halaman 1dari 1

5 ALAT PERMAINAN UNTUK ANAK SPEECH DELAY. JOM KITA TENGOK SAMA-SAMA.

Anak yang mempunyai speech delay ni mempunyai masalah kemahiran bercakap seiring usianya.
Sepatutnya, pada mereka berumur 1 tahun hingga 1 setengah tahun dah boleh menyebut perkataan
mudah seperti mama, ibu, abah atau ayah.
Kalau di usia 2 tahu pula, sepatutnya mereka dah boleh gabungkan 2 patah perkataan seperti ‘nak
makan’ atau ‘dah habis’ dan pada usia 3 tahun, anak dah boleh menggabungkan 3 hingga 4 patah
perkataan seperti “Ibu, ada burung di atas pokok.”
Jadi, bagi anak yang mempunyai masalah speech delay, jom kita tengok cadangan pemilihan
mainan untuk anak-anak yang ada masalah ini.
1. Knob Puzzle
Untuk anak yang mempunyai speech delay ni, sebaiknya jangan bagi main puzzle ABC, atau
nombor atau Aliff Ba Ta dulu. Puzzle jenis itu sebaiknya beri untuk anak speech delay pada 4 tahun
ke atas saje. Untuk permulaan ni, bagi mereka main knob puzzle yang ada latar belakang yang
kosong atau tak berserabut. Dengan cara ini, anak anda dapat belajar meningkatkan mereka punya
motor halus iaitu jika anak anda boleh masukkan objek dalam puzzle, melatih untuk kenal gambar,
melatih anak untuk tiru bunyi dan sebagainya.
2. Bermain Masak-masak
Bila anak-anak speech delay ni bermain permainan masak-masak, mereka boleh tingkatkan lagi
percakapan mereka iaitu paling mudah, minta anak anda tanya kepada anda nak makan apa? Nak
order air apa dan sebagainya. Dari situ, minta anak untuk sebut pesanan anda untuk memudahkan
dan melancarkan proses percakapan mereka.
3. Mainan Wood Cutting Fruit and Vegetable
Mainan ini sangat membantu anak anda yang ada masalah speech delay ni terutama bila mereka
main wood cutting fruit and vegetable ni. Mainan ini membolehkan anak untuk menyamakan objek,
mengenal objek dan warna dan juga untuk tingkatkan kemahiran motor mereka. Ibu bapa jangan
lupa untuk cuba di rumah tau.
4. Lacing Bead
Lacing bead ni membolehkan anak anda untuk belajar meminta, kenal objek atau warna. Permainan
ni jugak dapat tingkatkan motor halus anak anda tau seperti memasukkan tali dalam lubang objek.
Permainan ini sangat membantu mereka untuk belajar sambil bermain.
5. Genius Button Art/Mushroom Nail
Permainan jenis ini pula dapat membantu anak anak untuk latih mereka punya tumpuan iaitu untuk
tIngkatkan fokus mereka dan juga untuk kenal warna. Sebagai contoh, anda letakkan dahulu bead,
kemudian dikuti oleh anak ambil bead yang lain. Kemudian, kalau anak cabut bead yang lain,
maksudnya mereka belum capai tahap untuk tunggu giliran. Jadi, teruskan untuk ajar mereka
sehingga mereka boleh ikut giliran.

Anda mungkin juga menyukai