Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN TATABAHASA

1. Encik Ahmad menggunakan Bahasa Melayu apabila berbual dengan pelancong dari luar negara ( X )
2. Semua Pengetua dijemput hadir ke Majlis Perpisahan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban ( X )
3. Nyawa Di Hujung Pedang merupakan novel sejarah yang mengisahkan kehidupan masyarakat pada zaman
pemerintahan Jepun.( X )
4. Cerpen yang kau tulis itu sungguh menarik. ( X )
5. “Kita sedang menyediakan projek untuk mata pelajaran Geografi, encik,” kata Hasnida dan Ramli kepada pelawat
yang mengunjungi tapak pameran itu.( )
6. Semua pinggan itu telah mereka basuh.( X )
7. “Hamba akan menghadap sultan esok sebaik-baik sahaja beliau pulang ke istana,” kata laksamana. ( X )
8. Sejak kucing itu sakit, ia tidak berupaya menangkap tikus lagi.( X )
9. Kau patut menziarahi pesakit tersebut.( X )
10. Kita berserah kepadaNya, Tuhan yang Maha Berkuasa.( X )
11. Apa yang diperkatakan oleh pemuda itu tidak benar.( X )
12. Siapa yang menjual barang tiruan akan didakwa dimahkamah.( X )
13. Setiap ekor anak ayam peliharaannya disuntik untuk menjauhi penyakit hawar.( X )
14. Setengah-setengah ibu bapa tidak menghiraukan pendidikan anak-anak mereka.( / )
15. Perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa selama dua setengah jam.( X )
16. Dunia pengubatan kini telah menunjukkan kemajuan yang pesat.( X )
17. Pemimpin pengganas itu enggan keluar dari tempat persembunyiannya kerana khuatir dibicarakan.( / )
18. Penolong Kanan-Penolong Kanan Akademik akan mengadakan perjumpaan pada hujung minggu ini.( / )
19. Orang itu sering bolak-balik dari Seremban ke Kuala Lumpur dengan menaiki komuter.( / )
20. Juru-juruterbang pasukan TUDM itu akan menjalani latihan di ruang udara Laut Cina Selatan.( X )
21. Dia ialah anak emas kepada guru yang mengajarkan Matapelajaran Matematik itu.( X )
22. Sedap sungguh rasa buah tembikai itu, namun harganya mahal betul.( / )
23. Ahli gusti yang menjuarai pertandingan itu sungguh kuat betul.( X )
24. Adik saya pergi sekolah dengan kawannya.( X )
25. Musafir itu tidur beralaskan pada sehelai surat khabar.( X )
26. Ayah menghadiahkan ibu sebentuk cincin berlian kelmarin.( X )
27. Anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat dua bangunan itu untuk memadamkan api.( X )
28. Anggota bomba menaiki tangga itu untuk memadamkan api di bahagian bumbung bangunan itu.( / )
29. Pengetua menasihatkan pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.( X )
30. Sampah sarap itu mengotori halaman rumahnya.( / )
31. Semua murid dikehendaki menggariskan perkataan sukar yang terdapat dalam teks tersebut.( X )
32. Kasih sayang di dalam keluarga adalah penting untuk menjalinkan kebahagiaan.( X )
33. Baik lelaki mahupun perempuan diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.( / )
34. Abang saya akan pulang dari Singapura pada bulan ini atau bulan depan.( X )
35. Dr. Ahmad Radzi dari Hospital Universiti berjaya menjalani pemindahan jantung ke atas pesakit itu.( X )
36. Gadis berbaju kebaya yang bersulamkan dengan benang emas itu ialah sepupu saya.( X )
37. Selain daripada Malaysia, lain-lain negara di Asia turut mengalami kegawatan ekonomi.( X )
38. Peserta pertandingan akhir Bintang Asli itu sedang memperdengar nyanyiannya yang sungguh merdu.( X )
39. Dia tidak boleh melelapkan mata kerana kedua-dua anaknya masih belum datang dari pekan.( X )
40. Pemain badminton negara mampu menyaingi dengan pemain dari luar negeri apabila diberi peluang.( X )
41. Encik Hamdan mendapat galakkan dari keluarganya untuk menjalankan projek ternakan telur ayam.( X )
42. Keputusan panel temu duga itu pada pandangan beberapa orang peserta adalah tidak adil.( / )
43. Ibu dijahitkan dua pasang baju kurung oleh kakak untuk dipakai pada hari raya yang akan datang.( / )
44. Pengumuman tentang pemergian baginda sultan ke daerah pedalaman itu telah dibuat.( X ).
45. Biarpun kelulusan akademiknya baik, pemuda itu bertekad untuk melibatkan diri di bidang perniagaan.( X )
46. Perasaan resah saya cuba selindungkan dengan tersenyum ketika menghadiri temu duga itu.( X )
47. Atas perhatian daripada pihak tuan, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.( / )
48. Mak Cik Minah sekeluarga pulang ke kampung sejak dari seminggu yang lalu.( X )
49. Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.( / )
50. Mak Som memasakkan asam pedas untuk kawan-kawan anaknya yang baru tiba dari Miri.( X )

Anda mungkin juga menyukai