Anda di halaman 1dari 6

Modul 4 : Perakaunan Untuk Perkongsian

4.1 Pengenalan Perkongsian


- Organisasi dibentuk secara gabungan sekurang-kurangnya 2 hingga 20 orang pekongsi. Jika
perkongsian profesional bilangan 2 hingga 50 orang.

- Akta Perkongsian 1961 – Perhubungan yang wujud antara orang
yang menjalankan urusanbersama dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan
 - Pemilik berkongsi modal, kepakaran, pengalaman dan risiko
         -  Tujuan untuk memperolehi keuntungan
         -  Contoh – Klinik Dr Azlan & Rakan-rakan, Khalid, Lim & Associates, Tuminah, Habibah Agro
Chips
Perbandingan antara Perkongsian dan Milikan Tunggal

 
      Kelebihan Perniagaan Perkongsian
      1. Modal – lagi ramai pekongsi, lagi banyak modal diperolehi
      2. Kepakaran – pelbagai kepakaran dikongsi bersama
      3. Risiko – ditanggung bersama antara rakan kongsi
      4. Pengalaman – Pekongsi mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan
      Kandungan Akta Perkongsian 1961

      Ikatan Perkongsian yang biasa dilakukan oleh pekongsi 

 Faedah atas pinjaman


 Kongsi untung atau kongsi rugi
 Faedah atas modal
 Faedah atas ambilan
 Gaji/elaun/bonus pekongsi
 Modal yang disumbangkan oleh pekongsi 

4.2 Akaun Pengasingan Untung Rugi


Akaun Pengasingan Untung Rugi (PUR) adalah sambungan daripada Akaun Perdagangan dan
Untung Rugi. Akaun PUR ini bermula daripada untung bersih. Ia bertujuan untuk memperolehi
kongsi untung atau kongsi rugi selepas mengambil kira beberapa butiran. Contoh format seperti
dibawah
4.3 Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian
Ekuiti Pemilik perkongsian diperolehi daripada Penyata Kedudukan Kewangan. Semua format
sama seperti milikan tunggal, cuma hanya di bahagian Ekuiti Pemilik sahaja yang menunjukkan
perbezaan. Format adalah seperti dibawah
4.4 Pembubaran Perkongsian
Pembubaran bermaksud perniagaan perkongsian ditamatkan atas sebab-sebab tertentu. Apabila
perkongsian ditamatkan, segala aset, liabiliti akan dikira semula dan diagihkan kepada pekongsi
jika dipersetujui bersama. Jika berlaku kerugian, maka pekongsi akan menanggungnya bersama-
sama.

Terdapat 6 sebab berlaku pembubaran

1. Kematian, muflis atau pekongsi tidak siuman


2. Tempot tamat
3. Tujuan penubuhan tercapai
4. Perintah mahkamah untuk menutup perkongsian
5. Pertukaran entiti perniagaan kepada syarikat
6. Persetujuan oleh semua pekongsi

Tatacara Pembubaran Perkongsian


Terdapat 4 langkah perlu dibuat apabila berlaku pembubaran

1. Menutup semua Akaun Aset kecuali Akaun Bank dan Akaun Tunai (aset perlu dijual atau
diambil alih oleh pekongsi)
2. Menjelaskan/membayar semua liabiliti perniagaan (Akaun Belum Bayar, Pinjaman dan
lain-lain)
3. Perkongsian membayar kepada pekongsi atau pekongsi membayar kepada perkongsian
mengikut baki dalam Akaun Modal dan Akaun Semasa)
4. Membatalkan nama perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Penyediaan Jurnal Am dalam proses pembubaran

Dalam penyediaan Lejar atau akaun, kebiasaannya Akaun Realisasi, Akaun Modal pekongsi dan
Akaun Bank akan dibuka secara serentak. Berikut merupakan format Akaun Realisasi, Akaun
Modal dan Akaun Bank

Anda mungkin juga menyukai