Anda di halaman 1dari 1

SIFAT HAMS DAN JAHR

Sifat Hams dan Jahr kedua sifat ini berkaitan dgn nafas atau udara atau angin.

SIFAT HAMS:
Sifat Hams adalah mengalirnya nafas atau udara atau angin dalam pengucapan huruf.

• HURUF - HURUF BERSIFAT HAMS:


Huruf-huruf Hams ada 10 seperti mana yang terdapat didalam Matan kitab Muqaddimah Al Jazariayyah.

Huruf - huruf yang memeiliki sifat hams ialah:

ْ‫ ﻓَﺣَﺛَﮫُ ﺷَﺧْصٌ ﺳَﻛَت‬iaitu ada 10 huruf ‫ف ح ث ه ش خ ص س ك ت‬


Inilah 10 huruf yg memiliki sifat hams yakni 10 huruf yang diucapkan dengan udara atau nafas
yang mengalir. Berikut contoh satu persatu:

Huruf ‫ ف‬disukunkan dan letakkan hamzah berharokat sebelumnya ْ‫ أَف‬apabila diucapkan akan
terasa anginnya,akan terasa udara yg mengalir saat pengucapan huruf ini. Demikian 9 huruf
seterusnya :

ْ‫أَفْ أَحْ أَثْ اَهْ أَشْ أَخْ أَصْ أَسْ أَكْ أَت‬
Pengucapan 10 huruf dengan udara atau angina yang mengalir dengan deras.

Lawan dari sifat Hams adalah sifat Jahr. Hams adalah mengalirnya nafas atau udara atau angin
dalam pengucapan huruf maka sifat Jahr adalah nafas tertahan tidak mengalir hurufnya
berjumlah 18 huruf iaitu sisa atau selain dari 10 huruf bersifat hams. Total huruf hijaiyah selain
alif ada 28 huruf , 10 huruf bersifat hams yakni diucapkan dengan mengalir udara dan sisanya 18
huruf diucapkan dengan nafas atau udara yang tertahan. Perlu diingatkan telah ditegaskan
sebelumnya bahawa tidak mungkin ada huruf yang memiliki dua sifat huruf yang berlawanan
sekali gus tidak mungkin ada huruf bersifat Hams akan tetapi juga ia Jahr ia pasti akan berada di
salah satu sifat sahaja.

SIFAT JAHR:
Sifat Jahr adalah nafas tertahan tidak mengalir

HURUF - HURUF BERSIFAT JAHR:


Huruf-huruf Jahr ada 18 satu cth huruf Jahr ialah : ْ‫ أَأ‬apabila diucapkan nafas akan tertahan atau
huruf ْ‫أَب‬ tanpa qolqah nafasnya akan tertahan tidak spt hams nafas mengalir.

KESIMPULAN
Huruf hijaiyyah 28 itu dari sisi nafas atau udara terbahagi 2 ada yg diucapkan dengan nafas atau
udara yang mengalir yg dinamakan sifat Hams hurufnya ada 10 ada yang diucapkan dengan nafas
atau udara yang tertahan hurufnya ada 18 yakni sisa dari sifat Hams iaitu sifat Jahr.

--MAIMUNAH ABD KADIR : NOTA MENGAJI USTAZAH HATIJAH TAHSIN ONLINE BERTARIKH 15
OGOS 2020 (SABTU).by.editing.m.i.k.h.a.z

Anda mungkin juga menyukai