Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM

PENGSISWAZAHAN GURU
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
MALAYSIA

PROPOSAL KAJIAN

TAJUK KAJIAN:
IMPAKS PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
DI LUAR BANDAR

NORZAMAN BIN ABU HASSAN


1121525
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 2
Abstrak 3
Pengenalan 4
Objektif Kajian 7
Kepentingan kajian 8
Persoalan Kajian 8
Limitasi kajian 9
Metodologi Kajian 9
Tinjauan literasi 9
Kesimpulan 15
Rujukan 16
ABSTRAK

Penggunaan internet yang semakin meluas bukan sahaja menguntungkan pelbagai pihak sebaliknya
mendatangkan kesan negatif yang melibatkan pelbagai lapisan dari awal remaja hinggalah ke
golongan dewasa. Pelbagai kajian yang dilakukan untuk melihat tahap ketagihan, punca dan kesan
dilakukan untuk mengenal pasti apakah wujud ketagihan internet yang digembar-gemburkan oleh
pelbagai pihak. Kajian ditumpukan kepada ketagihan media social yang kini menjadi kegilaan
pelbagai lapisan masyarakat sehingga mewujudkan impaks negative seperti penyebaran maklumat-
maklumat yang tidak mempunyai kesahihan, penyebaran soalan-soalan UPSR yang mendatangkan
kesan negatif bukan sahaja kepada pelajar-pelajar sebaliknya kepada kewangan dan kredibiliti guru
dan juga lembaga peperiksaan. Ketagihan ini juga akhirnya membawa kepada perlakuan jenayah,
pelecehan terhadap kaum, pelecehan terhadap maruah dan keperibadian seseorang, penyebaran
maklumat yang kurang tepat malah hingga perlecehan terhadap institusi beraja dan juga
pemerintahan kerajaan. Secara keseluruhannya, biarpun tahap ketagihan media social amat rendah di
kalangan pelajar sekolah namun ianya wujud dan bakal mencetuskan fenomena di luar jangkaan
suatu masa kelak. Pelajar dewasa ini berada dalam era teknologi canggih dan mereka terdedah
dengan ini pelbagai impaks negatif yang bakal mencernakan satu keperibadian buruk dan tidak
terkawal. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana keterlibatan pelajar awal remaja terutama
sekolah rendah dalam ketagihan media sosial

Kata kunci: ketagihan, internet, media social, remaja, impaks

1.0 PENGENALAN

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung
tanpa sempadan dan batasan. Dasar langit terbuka membawa dunia ke dalam diri individu
dengan ketukan hujung jari pada peranti yang digunakan. Ledakan teknologi maklumat kini
membawa perubahan besar dalam diri individu serta membawa impaks yang besar kepada
masyarakat dan negara. Penggunaan telefon pintar kini memudahkan internet diakses di mana
sahaja selagi isyarat telekomunikasi boleh dicapai berbanding dahulu menggunakan computer
sebagai peranti. Ini menjadi penyumbang kepada penggunaan internet yang lebih meluas.
Peluasan perkhidmatan internet tanpa wayar juga menyumbang kepada penggunaan.

Seperti yang kita maklum, antara yang menjadi kegilaan dalam melayari internet adalah media
social dan antara yang menjadi pilihan adalah Facebook, Tweeter, Whatapps, WChat dan
pelbagai lagi. Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada golongan belia berumur 20 hingga 29
tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia
internet dan bilangan mereka terus meningkat setiap hari.

Kadar penggunaan harga internet yang semakin menurun dari tahun ke tahun membawa kepada
peningkatan pengguna yang drastic. Internet boleh dilanggan serendah RM3.00 sehari dan para
pelajar sanggup menabung untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Berdasarkan statistik Majlis
Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di
Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling
popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan
Salian, 2010).

Pelajar sekolah lebih tertarik kepada permainan, chatting, memuat turun klip video lagu dan
sebagainya. Cyber café, kawasan internet tanpa wayar menjadi pusat untuk mereka melepak sambil
mendapatkan perkhidmatan internet. Dan fenomena terbaru yang dapat dikesan adalah berlaku
kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan. Ini jelas kita lihat sekali lalu di restoran-restoran. Ahli
keluarga terlau terlibat dengan aktiviti melayari internet dari berbual dengan ahli keluarga pada
waktu makan. Dan tidak dinafikan berlakunya kemalangan maut yang berpunca dari penggunaan
telefon bimbit dan melayari internet sewaktu memandu.

Seiring dengan lambakan pelbagai gajet canggih dalam pasaran seperti telefon pintar, iphone,
ipad, laptop, tablet, tab serta kemampuan kuasa beli orang ramai, bilangan pengguna internet
juga dijangka terus meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18.6 juta pada
2012.
LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini akan menumpukan kepada 3 bahagian iaitu punca remaja tertarik dengan kecanggihan
permainan dari internet, media social dan pelbagai perkara yang ditawarkan di internet. Kajian
terhadap media social yang diminati dari aspek sebab, keistemewaan serta peringkat ketiga pula
adalah untuk melihat impaks terhadap penggunaan yang terlampau oleh golongan remaja.

Berdasarkan kajian terdahulu yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Mulmedia dan Komunikasi
Malaysia menyatakan bahawa 41.7 peratus daripada golongan belia adalah mereka yang terlalu
taksub dengan penggunaan internet. Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar khuatir kecenderungan
itu boleh menjadi suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, yang antaranya
tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.

Dalam dunia tanpa sempadan, peranan media dalam menyebar dan menyampaikan
maklumat dan pendidikan kepada masyarakat menjadi semakin penting. Boleh dikatakan bahawa
setiap rumah dari berbagai lapisan masyarakat boleh mempunyai kemudahan audio-video seperti
radio, televisyen, vcd/dvd dan komputer. Kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Telekom
Malaysia, Jaring, TMNet dan pelbagai penyedia rangkaian komunikasi telah menambahkan
peranan media, khususnya media elektronik, di dalam masyarakat. Internet kini telah menjadi
salah satu sumber utama maklumat dan jumlah penggunanya juga semakin meningkat dengan
adanya pelbagai kemudahan internet yang ditawarkan seperti cyber café dan pre-paid internet,
serta didokong oleh harga komputer yang agak murah dan mudah diperolehi di negara kita.

Kini dengan harga serendah RM 100.00, pelajar-pelajar mampu memiliki telefon yang
mampu digunakan untuk melayari internet dan menjadi penagih kepada pelbagai program social
seperti What Apps, We Chat, Telegram dan sebagainya. Dunia semakin sempit dengan wujudnya
pelbagai laman social ini. Namun begitu, kemudahan internet ini pada masa masih tidak dapat
lagi mengantikan peranan media massa yang telah lama bertapak dan terus ampuh wujud iaitu
televisyen, radio dan media cetak. Malah jika perhatikan jumlah siaran televisyen, radio dan juga
jenis majalah-majalah semakin bertambah jika dibanding dengan kedudukannya dalam tempoh
sepuluh tahun lalu.

Dalam membincangkan pengaruh media terhadap perkembangan akhlak pelajar, kita


perlu melihat beberapa kajian dan juga perbincangan yang telah dijalankan oleh ramai tokoh
pendidikan di luar dan dalam negara tentang isu ini. Kebanjiran VCD, DVD, satelit tv dan
pelbagai program dan rancangan televisyen dalam pasaran di serata negara-negara Islam telah
menimbulkan pelbagai masalah di kalangan generasi muda Islam mereka. Larking (1996) telah
membincangkan bagaimana media massa, khususunya televisyen, telah mempengaruhi
perkembangan kehidupan seorang pelajar. Pada padangan beliau:
Along with the home video, television can lull the viewer into a passive reception on ideas under
the guise of being entertained.

Malah, fungsi semulajadi dan matlamat televisyen untuk memberi hiburan menyebabkan
program-program yang dijalankan perlu berbentuk hiburan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Larking (1996): “Television’s task is to entertain and even when it is seeking to inform, it must
be done in an entertaining manner…”. Selain itu, menurut beliau, televisyen boleh menjadi
modern day idolatry di dalam rumah dan menjadi ancaman kepada pegangan agama jika
penggunaan secara melampau dan tidak dikawal. Larking juga menegaskan bahawa
penyalahgunaan televisyen boleh memberi kesan negatif kepada generasi muda kerana ia boleh
menyimpangkan mereka daripada realiti kehidupan yang sebenar dan dan menjadi “hamba”
kepada televisyen. Menurut beliau:

“… television image promises to insulate our lives from reality by entertaining us. … The
television image can rob young people of their time, and bring them into bondage to itself”.

Jika melihat kenyataan Larking secara sambil lalu memang tidak dapat dinafikan bahawa
rangkaian social tidak dapat menandingi kehebatan televisyen dan radio. Tetapi fenomena yang
berlaku sejak akhir-akhir ini amat meragukan kenyataan Larking. Remaja kini lebih menyukai
rangkaian social yang lebih menjurus ke arah penglibatan individu berbanding televiyen yang
lebih memperlihatkan rekayasa penulis mahu penerbit.

Satu kajian dijalankan di England dan Wales yang melibatkan 20,968 pelajar tahun
sembilan dan sepuluh menunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara menonton
televisyen dengan perkembangan sosio-psikologi remaja (Francis 1997). Pelajar yang
dikategorikan sebagai ketagih menonton televisyen menghadapi berbagai masalah sosio-
psikologi yang lebih seperti kesedaran diri yang rendah, kerisauan dalam hubungan, kurang
menerima perhatian dari keluarga, kurang berminat terhadap kerja sekolah, kurang mantap
keyakinan agama dan lebih percaya kepada perkata tahyul dan masalah dalam gejala sex dan
keganasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen. Ini
menunjukkan media khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau tidak
langsung dalam perkembangan diri dan akhlak remaja. Selain itu soft pornography juga telah
dipromosikan secara meluas tidak langsung melalui program-program hiburan, tarian, nyanyian
mengasyikkan yang ditayangkan dalam beberapa saluran televisyen seperti RTM2,, TV8, TV9,
Mega TV dan MTV.

Kehadiran media social menambah keparahan kepada keruntuhan akhlak remaja dan
menambah perangkaan kepada pelbagai kejadian jenayah dan sebagainya. Penyebaran pelbagai
bentuk bahan berbaur lucah kini seolah-olah menjadi satu “trend”. Kebanggaan golongan remaja
untuk memperlihatkan kehebatan mereka membuatkan mereka lupa bahawa perbuatan yang
dilakukan itu menjuruskan mereka ke kancah jenayah siber dan criminal.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti pengaruh media elektronik
terhadap keruntuhan akhlak pelajar. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah
seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti permasalahan akhlak yang membabitkan pelajar impaks dari
penggunaan media social/internet
2. Untuk melihat sejauh mana hubungan media sosial dalam menyumbang kepada keruntuhan
akhlak serta merosotnya hubungan social secara semula jadi iaitu hubungan secara insaniah
antara pelajar dengan ahli keluarga dan rakan sebaya.
3. Untuk mengenal pasti impaks dan pengaruh media elektronik terhadap masalah akhlak di
kalangan pelajar.

KEPENTINGAN KAJIAN

Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh
seluruh umat Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa
kepentingan iaitu :
1. Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan, Kementerian
Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian lain menetapkan spesifikasi
rancangan yang akan di tayangan melalui media elektronik agar bersesuaian terutama
bagi golongan remaja.
2. Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan yang hendak
Ditonton, perisian yang perlu dan tidak perlu dilayari oleh anak-anak mereka agar bersesuaian
dan memberi manfaat kepada anak mereka.
3. Kajian ini juga diharap dapat membantu pihak bertanggung jawab mencari cara mengatasi
impaks negatif hasil dari ketagihan penggunaan internet yang semakin melampaui batasnya..

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menumpukan sejauh mana keterlibatan pelajar sekolah dengan penggunaan
media social dan meninjau impaks yang terhasil dari keterlibatan ini. Selain itu, juga turut
mengenal pasti sejauh manakah seriusnya kesan penggunaan media social di kalangan pelajar
sekolah luar Bandar dan hubung kaitnya dengan kemerosotan pencapaian akademik secara
menyeluruh. Tumpuan akan diberikan kepada jenis media social yang diminati ramai, jumlah
masa yang dihabiskan sehari, impaks terhadap hubungan pelajar dengan ibubapa atau rakan
sebaya serta meninjau sejauh manakah media social memainkan peranan terhadap pembentukan
cara kehidupan seseorang pelajar.
LIMITASI KAJIAN
Kajian ini akan menumpukan kepada sekelompok pelajar yang berumur antara 15 hingga 17
tahun dan berada di luar bandar dan meninjau pengaruh media social terhadap kumpulan pelajar
ini yang baru diperkenalkan dengan teknologi jalur lebar atau internet. Memandangkan pelajar
luar bandar baharu sahaja terdedah dengan pelbagai media social hasila dari pemberian percuma
pelbagai bentuk peranti yang membolehkan mereka mengakses internet dengan lebih mudah
serta kemudahan internet percuma seperti “ Kampung Tanpa wayar” (KTW), mungkin
mendatangkan dua kesan iaitu positif dan negative. Kajian ini lebih menumpukan kepada aspek
negative yang dijangka dapat membantu pihak-pihak yang berkeperluan untuk merangka
tindakan bagi mengatasi masalah yang berlaku impaks dari penggunaan media social.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitif. Kajian kualitatif bermaksud penekanan
yang diberikan pada makna,penalaran atau satu definisi tertentu(dalam konteks tertentu),lebih
banyak meneliti hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.Kajian kualitatif juga
mementingkan pada proses perbandingan dengan hasil akhir. Oleh itu,urutan kegiatan boleh
berubah-ubah bergantung pada keadaan dan banyaknya gejala-gejala yang ditemukan.Tujuan
penyelidikan biasanya berkaitan dengan hal-hal yang bersifat praktis.

Satu set soalan akan diberikan kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah berkaitan laman
media social dan laman-laman yang dilayari dan seterusnya membuat penilaian tentang impaks
yang terhasil dari perbuatan mereka.

TINJAUAN LITERASI

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Ab. Halim bin Tamuri , Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu Pengaruh Media Massa Terhad Pegangan
Nilai Akhlak Remaja: kajian ke atas Fakir Miskin di Kawasan Luar Bandar memperbincangkan
tentang pengaruh media elektronik di kalangan remaja luar bandar.

Pada hakikatnya, media massa yang bercorak konvensional seperti radio dan televisyen membawa
pengaruh yang kurang sihat terhadap proses pembesaran dan perkembangan remaja.
“Dalam membincangkan pengaruh media terhadap perkembangan akhlak pelajar, kita perlu melihat
beberapa kajian dan juga perbincangan yang telah dijalankan oleh ramai tokoh pendidikan di luar dan
dalam negara tentang isu ini. Kebanjiran VCD, DVD, satelit tv dan pelbagai program dan rancangan
televisyen dalam pasaran di serata negara-negara Islam telah menimbulkan pelbagai masalah di
kalangan generasi muda Islam mereka. Larking (1996) telah membincangkan bagaimana media massa,
khususunya televisyen, telah mempengaruhi perkembangan kehidupan seorang pelajar. Pada padangan
beliau:
Along with the home video, television can lull the viewer into a passive reception on ideas under the
guise of being entertained.
Malah, fungsi semulajadi dan matlamat televisyen untuk memberi hiburan menyebabkan program-
program yang dijalankan perlu berbentuk hiburan sebagaimana yang dinyatakan oleh Larking (1996):
“Television’s task is to entertain and even when it is seeking to inform, it must be done in an
entertaining manner…”.

Selain itu, menurut beliau, televisyen boleh menjadi modern day idolatry di dalam rumah dan menjadi
ancaman kepada pegangan agama jika penggunaan secara melampau dan tidak dikawal. Larking juga
menegaskan bahawa penyalahgunaan televisyen boleh memberi kesan negatif kepada generasi muda
kerana ia boleh menyimpangkan mereka daripada realiti kehidupan yang sebenar dan dan menjadi
“hamba” kepada televisyen. Menurut beliau:

“… television image promises to insulate our lives from reality by entertaining us. … The television
image can rob young people of their time, and bring them into bondage to itself”.

Manaka kajian yang dilakukan oleh Mohd Dahlan A. Malek, PhD, Sekolah Psikologi & Kerja
Sosial Universiti Malaysia Sabah dan Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA, Sekolah Perniagaan
& Ekonomi Universiti Malaysia Sabah pula menumpukan kepada Jenayah dan Masalah Sosial
Di Kalangan Remaja: Cabaran dan Realiti Dunia Siber menyatakan bahawa:

“Jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa
dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan
perlanggaran undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer
atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di ruangan siber. Istilah dunia
siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains
fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer 4 (1984), yang mana beliau gambarkan
sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak
bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini, istilah
ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk
menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet
dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu
suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding
suatu galaksi lain”

Walau bagaimanapun, pelbagai cara dilakukan untuk memastikan impaks penggunaan


internet dan siber tidak mengancam keharmonian kehidupan tetatpi kedua-dua pengkaji
mendapati

“Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi masyarakat terutama ahli
muda masyarakat seperti para remaja daripada gejala sosial dan juga jenayah berkaitan dunia
siber, seperti Akta Jenayah Komputer 1997, AktaTandatangan Digital 1997, Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 serta undang-undang sedia ada yang memperuntukkan kesalahan jenayah
biasa serta hukuman baginya seperti Kanun Kesiksaan, undang-undang yang memperuntukkan
perlindungan kepada pengguna, Akta Perlindungan Pengguna 1998, Akta Perlindungan Data
Peribadi (masih dalam penggubalan), serta Akta Telekomunikasi dan Akta Hakcipta. Dengan
penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia 2008,
dapat memperuntukkan perlindungan yang secukupnya kepada kanak-kanak serta remaja
daripada pemerdagangan kanak-kanak, pornografi, lucah, hubungan sumbang, dan eksploitasi
seks. Dalam mengatasi lambakan bahan-bahan lucah, bahaya dan tidak bermoral yang terdapat
dalam internet, suatu undang-undang yang tegas perlu digubal untuk mengenakan hukuman yang
lebih berat kepada pembekal perkhidmatan internet misalnya supaya lebih bertanggungjawab
dengan apa yang dipaparkan dalam laman-laman web”

Meneliti hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat permasalahan dalam penggunaan media
social yang tidak terkawal mendatangkan impaks yang lebih besar lagi. Dalam satu kajian yang
dilakukan oleh Shamsudin A Rahim bertajuk Media dan Kinstruks Sosial: Implikasi Terhadap
Isu Sosial Remaja menyatakan bahawa

Ada pendapat mengatakan bahawa jumlah remaja yang terbabit dengan isu sosial ini adalah
kecil bilangannya. Justeru itu, kita tidak perlu gawat kerana ia lebih merupakan satu tahap yang
dilalui dalam alam keremajaan. Namun begitu kerajaan menganggap isu sosial remaja adalah
serius kerana remaja adalah aset penting negara yang akan menentukan kesinambungan
kepimpinan dan kesejahteraan kualiti hidup negara ini.

Satu peruntukan sejumlah RM 160 juta telah diperuntukkan untuk projek Rakan Muda
bagi menangani isu remaja ini. Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada jumlah sebanyak
RM 2.7 billion yang diperuntukkan kepada pembangunan golongan muda dalam Rancangan
Malaysia Ke Tujuh.

Dalam usaha menangani isu sosial remaja ini banyak usaha telah dicadang dan dilaksanakan.
Usaha terakhir adalah mengambil tindakan ke atas pengusaha pusat hiburan dengan
menetapkan waktu perniagaan sehingga jam satu malam. Begitu juga ada pihak yang cuba
menyalahkan institusi sekolah, keluarga, dan juga individu itu sendiri. Tidak kurang pula yang
menyalahkan media yang sering memaparkan gaya hidup barat yang bertentangan dengan nilai
hidup tradisi kita”

Berdasarkan kajian yang dilakukan ternyata impaks yang terjadi akibat penggunaan tidak
terkawal terhadap media social bukanlah perkara yang terpencil sebalik merupakan suatu
permasalahan baru. Ini yang menjadikan pihak kerajaan terpaksa memikirkan satu jalan keluar
dan penyelesaian awalnya bermula dengan program Rakan Muda yang sedang rancak berjalan
sekarang ini. Tidak hairanlah jika kita melihat jumlah wang yang banyak dibelanjakan oleh
pihak kerajaan bagi menyedia pelbagai aktiviti, prasrana dan sebagainya untuk meletakkan
remaja pada landasan yang betul dan lebih bermanafaat lagi.

Shamsudin A Rahim juga menyatakan bahawa remaja masa kini lebih dikenali dengan
“Remaja hari ini lebih dikenali dari segi gaya hidupnya. Perkara ini sebenarnya telah bermula di
Amerika Syarikat pada tahun 1960-an di mana gaya hidup remaja berpusat kepada fenomena baru
seperti rentak muzik, gaya tarian, dan juga fesyen remaja. Menurut Fornas dan Bolin (1995), idea
tentang nilai baru dan gaya hidup baru adalah perkara utama dalam kehidupan remaja terutamanya
dalam masyarakat pasca moden. Gaya hidup ini jika diamati lebih tertumpu kepada orientasi hiburan
atau entertainment orientation. Menurut Foenis dan Bolin lagi, ‘Interest in pleasure is stronger for
the majority of youth than interest in more serious activities, and pleasure is more important for
youth than it is for adults. This orientation unites youth: it exists almost independent of socio-
economic background’”

Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
yang turut mengkaji mengenai permasalahan ini dalam kajian mereka iaitu Pengaruh Media
Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar mempunyai dapatan tersendiri.

“Tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini
kerana,media berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan
keseluruhannya. Di peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting
bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia
menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa
sempadan.
Oleh itu, pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui televisyen, VCD,
majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada.
Media massa bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi hiburan dan
pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, perkembangan
sebaliknya. Justeru, pengaruh negatif media massa yang terdiri daripada media cetak dan
media
elekronik ini sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat.
Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh media massa seperti media cetak
dan media elektronik dilihat sebagai punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak.
Hal ini disebabkan, belia kini lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio,
berinteraksi dengan komputer sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet
daripada bersemuka dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Secara tidak langsung, keasyikan ini
menyebabkan pelajaran, kerja rutin harian dan tanggungjawab lain diabaikan.”

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia
mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para remaja menghabiskan masa 16 jam
seminggu melayari internet. Manakala,kajian yang dilakukan oleh Grunwald Associates LLC
mendapati golongan ini menghabiskan hampir sembilan jam seminggu melakukan aktiviti dalam
jaringan sosial ini

KESIMPULAN

Pada dasarnya, pelajar perlu didedahkan dengan penggunaan internet selari dengan gaya
pembelajaran abad ke 21 ini. Namun menyerahkan peluang terus kepada pelajar untuk
mengakses internet tanpa kawalan adalah sesuatu yang dirasakan bahaya dari aspek sosial
terutama dengan meningkatnya pelbagai kes jenayah siber dan kes-kes jenayah yang berpunca
dari penggunaan laman media dan media sosial. Pihak Polis Di Raja Malaysia juga mengakui
peningkatan mendadak kes yang bermula dari laman media sosial ini dan keterlibatan remaja
seawal umur 15 tahun adalah sesuatu yang membimbangkan. Walaupun pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengadakan pemantauan secara menyeluruh tetapi sukar
untuk kita nafikan kes-kes tersebut kian bertambah.

Setakat hari ini, penipuan siber yang dikesan melibatkan golongan dewasa atau remaja berusia
20 tahun dan ke atas. Antaranya penipuan ke atas kewangan, keldai dadah dan pelbagai bentuk
lagi. Tetapi kini kes-kes yang melibatkan penyebaran video lucah oleh pelajar telah mula
membimbangkan. Ditambah pula oleh meningkatnya kes gengsterisme, pembuangan bayi dan
juga jenayah-jenayah kecil. Laman-laman tidak bertanggung jawab terus merekrut belia-belia
sebagai pejuang IS dan sehingga kini hampir sertus orang dikenal pasti menjadi anggota mereka.

Justru itu, dengan melakukan kajian ini dapat dilakukan penilaian terhadap minat dan corak
pelajar sewaktu melayari laman-laman media sosial dan seterusnya melihat impaks di kalangan
mereka yang terlibat dengan gejala ini.
SUMBER RUJUKAN

Mohamad Najib Ghafar. 2001. Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor

Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Zarin bin Ismail ,Jabatan Asas Pendidikan,Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor

Larking, Lewis. 1997. “Televisyen, popular culture and humiliation of written word”. Muslim
Education Quarterly, Vol. 15, No. 1, ms. 38-44.

Syed Ali Ashraf, 1997. “Mass Media Communications, Religion and Education”. Muslim
Education Quarterly, Vol. 15, No. 1, ms.1-3.

Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail (2006). Rakan Internet. Panduan Penggunaan Internet.
(1st ed.). Selangor: Venton Publishing.

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber (1st ed.). Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mazlina Abdul Majid. (2010, Julai 21). Melayu Paling Ramai Tengok Porno. Kosmo, ms 3.

Mohd Azis Ngah (2010). Risiko Internet. Berita Harian Online, diakses pada April 20, 2011,
sumber dari : http://www.rahsiasiber.com/berita-siber/risikointernet. html

Mohd Effendi (2010). Facebook : Fenomena Yang Membawa Ketagihan?. MOHE, Malaysia,
diakses pada April 2, 2011, sumber dari: http://www.kuis.edu.my/ictconf/index.php/index.php?
option=com_jumi&filei d=6&id=101

Shahrizan Salian (2010, Mac 11). Teknologi: Remaja Guna Laman Web Sosial Pamer Populariti
Diri. Berita Harian Online, diakses pada November 11, 2010, sumber dari:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Teknologi_Remajagunalamanweb
sosialpamerpopularitidiri/Article/

Anda mungkin juga menyukai