Anda di halaman 1dari 2

5.

14 Penyesuaian Fisiologi Terhadap Senaman


Takrifan Fisiologi

1. Takrifan Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia,
seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot.
2. Latihan akan menyebabkan peningkatan dalam sistem kardiovaskular.
3. Oksigen dalam otot akan meningkat dengan cepat dalam sistem kardiovaskular.
4. Proses metabolik akan menjadi lebih cepat dan banyak bahan buangan akan dihasilkan.
5. Kebanyakan nutrien akan digunakan dan suhu badan akan meningkat.

Penyesuaian Fisiologi Terhadap Kompenen Kardiovaskular


Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah, darah dan saluran pernafasan.

1. Sistem ini berfungsi untuk mengangkut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh
sel-sel tubuh.
2. Antara bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem
penghadaman) dan hormon dari kelenjar- kelenjar tertentu.
3. Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari sel- sel
tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.

Penurunan Kadar Denyutan Nadi Rehat Kadar

1. Penurunan Kadar Denyutan Nadi Rehat Kadar nadi adalah antara indikator terhadap tahap
kecergasan seseorang.
2. Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas berbanding
seseorang yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi.
3. Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan selepas atlet menjalankan latihan selama
beberapa minggu dan tahun.
4. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlet bertambah baik apabila
menjalankan latihan fizikal.
5. Kadar degupan jantung pada waktu rehat adalah purata 60 ke 80 degupan/minit bagi
golongan dewasa yang sihat.
6. Individu yang dewasa mungkin mempunyai kadar degupan jantung 90 hingga 100
degupan/minit.
7. Bagi atlet elit dan aktif, kadar degupan jantung rehat yang pernah direkodkan adalah
serendah 28 ke 40 degupan/minit.

Penurunan Kadar Nadi Kerja

1. Kadar degupan jantung akan meningkat sebelum sesuatu latihan dimulakan. Ini dikatakan
sebagai tindak balas jangkaan.
2. Ini berlaku kerana pengeluaran neurotransmiter yang dipanggil epinefrin dan norepinefrin
yang juga dikenali sebagai adrenalin dan noradrenalin.
3. Selepas pemulaan tindak balas jangkaan, kadar degupan jantung akan meningkat
berdasarkan kepada perkadaran langsung tahap latihan sehingga kadar degupan jantung
yang maksimum dicapai.
4. Kadar degupan jantung maksima dapat dianggarkan menggunakan formula 220 - umur
(Formula Karvonen).
5. Tetapi ini adalah hanya anggaran sahaja, dan tidak semestinya tepat.
6. Satu-satunya kaedah untuk menentukan kadar maksimum degupan jantung adalah
melakukan latihan dengan intensiti yang meningkat sehingga tahap mendatar pada kadar
degupan jantung diperolehi walaupun kadar latihan meningkat.

Penyesuaian Fisiologi Terhadap Otot

1. Sewaktu latihan yang melibatkan otot-otot tertentu, mematuhi prinsip lebihan bebanan
progresif (progressive overload principle) adalah sangat penting.
2. Prinsip latihan ini bertujuan agar bahagian otot yang hendak dipertingkatkan harus diberi
beban kerja di atas beban kerja yang biasa dilakukan oleh otot tersebut;
3. Dalam suatu latihan otot, beban kerja diberikan dalam bentuk masa yang harus dilawan atau
dipindahkan oleh gaya kontraksi otot.
4. (peningkatan kapasiti kerja) Dengan memperhatikan intensiti beban (resistance intensity)
dan ulangan kontraksi otot (repetitions), pembebanan terhadap otot dapat diatur.
5. Seterusnya setelah otot tersebut menjadi lebih kuat maka beban yang diberikan harus lebih
tinggi lagi untuk menghasilkan kemampuan yang lebih mencabar.
6. Dengan menerapkan program latihan yang menekankan prinsip ini, maka otot sentiasa akan
memperoleh rangsangan yang memungkinkannya berubah, atau dengan kata lain
mengalami kesan atau adaptasi latihan(peningkatan saiz/jisim otot, peningkatan kekuatan
dan daya tahan otot).
7. Secara umum, peningkatan kekuatan otot dapat dicapai dengan latihan beban besar untuk
kurang daripada enam kontraksi otot (higher resistances (high intensity) and lower
repetitions);
8. Sedangkan daya tahan otot meningkat pada latihan beban ringan untuk kontraksi otot lebih
daripada 20 kali (lower resistances and higher repetitions).

Anda mungkin juga menyukai