Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2020/2021

Kod Kursus : QSU 3103 (A201)


Nama Kursus : PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI

Nama Pensyarah : PROF DR AHMAD BIN HASHIM

Nama Pelajar : MOHAMAD HARIS BIN AB RAHIM


No. Matrik : D20181084487
Semester Semasa : SEMESTER 5
Fakulti : FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

2
BAHAGIAN A (40 Markah)

Arahan: Jawab semua soalan

Soalan 1

Akauntabiliti seorang guru, jurulatih dan pengamal bidang Sains Sukan dan Pendidikan
Jasmani adalah bergantung kepada sejauhmanakah tahap kefahaman mereka terhadap
prinsip-prinsip pengujian, pengukuran dan penilaian.

a) Berikan definisi kesahan ujian mengikut fahaman anda sendiri dan jelaskan
lima faktor (5) yang dapat mempengaruhi kesahan ujian.

Menurut kefahaman saya, definisi kesahan ujian adalah mengukur apa yang
sepatutnya diukur. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian pertama
adalah pemilihan ujian yang tepat untuk dijadikan sebagai ukuran kriteria.
Kedua ciri-ciri pelajar yang diuji, contohnya, sesuatu ujian yang sah untuk
digunakan oleh pelajar berumur 13 tahun adalah tidak sah jika diguna ke atas
pelajar yang berumur 17 tahun. Ketiga adalah sesuatu ujian yang sah
mestilah mempunyai keboleh percayaan. Oleh itu, pekali kesahan mempunyai
kaitan secara terus dengan kebolehpercayaan ujian dan ukuran kriteria.
Keempat adalah objektiviti ialah persetujuan dua atau lebih pakar juri atau
skor mengenai nilai sesuatu ukuran. Jika dua atau lebih juri yang tidak
bersetuju terhadap skor ujian bagi pelajar yang sama, maka ujian tersebut
dikatakan kurang objektiviti. Skor yang diberi oleh pakar juri mungkin dapat
menjejaskan kesahan ujian. Kelima kesahan ujian umumnya dipengaruhi oleh
kebolehpercayaan, lebih banyak bilangan ukuran yang dilakukan ke atas
setiap pelajar lebih tinggi nilai kebolehpecayaan. Contohnya, ujian
mengelecek, menanduk, menjaring gol, mengawal dan menendang bola
adalah lebih baik mengukur kemahiran dalam permainan bola sepak
berbanding hanya satu atau dua ujian sahaja. Oleh kerana kebolehpercayaan
mempunyai perkaitan yang kuat dengan kesahan maka pertambahan
bilangan ujian tidak hanya meningkatkan kebolehpercayaan tetapi juga
kesahan ujian.

3
b) Berikan definisi kebolehpercayaan ujian mengikut fahaman anda sendiri dan
jelaskan lima faktor (5) yang dapat mempengaruhi kebolehpercayaan ujian.

Mengikut pendapat saya definisi kebolehpercayaan adalah sesuatu ujian yang


mampu memberi keputusan yang baik dan konsisten setelah diuji berulang
kali adalah mempunyai kebolehpercayaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi
kebolehpercayaan ujian adalah pertama sifat-sifat sedia ada pada diri pelajar
yang diuji. setiap pelajar mempunyai tahap kecergasan fizikal yang berbeza
,bermotivasi cepat mengalami kelesuan dan mempunyai tahap kemampuan
bebeza untuk mengingat semula lakuan. Kedua pelaksanaan ujian yang
mengambil masa terlalu panjang dan mengadakan ujian yang sukar dilakukan
oleh pelajar. ketiga suasana menjalankan ujian, guru perlu memberi
pertimbangan terhadap persekitaran tempat mengadakan ujian, sentiasa
konsisten semasa memberi arahan kerana arahan yang kurang tepat akan
menjelaskan skor ujian, keupayaan menguruskan organisasi kelas dan
kumpulan, memberi peluang semua pelajar memanaskan badan dan
melakukan percubaan. Keempat, prosedur pentadbiran ujian, Arahan mestilah
jelas, semua pelajar seharusnya bersedia untuk diuji, ketepatan mengira skor,
unit yang betul digunakan bagi mengira skor, menetapkan bilangan
percubaan bagi setiap ujian. Kelima ciri-ciri yang sepatutnya dipunyai oleh
seseorang guru. guru mestilah mempunyai kecekapan menjalankan ujian,
mempunyai keyakinan melakukan ujian dan membiasakan diri dengan ujian.

4
Soalan 2

Baumgartner & Jackson (1999) telah mengariskan beberapa kriteria yang patut dikuti dalam
pemilihan ujian. Huraikan ciri-ciri ujian yang perlu diberikan pertimbangan oleh seseorang
guru, jurulatih dan pengamal bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani semasa memilih
ujian.

Ciri-ciri ujian yang perlu diberikan pertimbangan oleh seseorang guru, jurulatih dan
pengamal bidang sains sukan dan pendidikan jasmani semasa memilih ujian adalah ujian
yang dipilih mestilah praktikal iaitu tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal dan
mengambil masa yang minimun untuk mentadbirkan ujian. Adalah dicadangkan kurang
daripada 10 peratus waktu kelas pendidikan jasmani dan sains sukan digunakan untuk ujian.
Hanya kemahiran dan keupayaan yang lebih penting sahaja diukur dan pastikan komponen-
komponen tersebut adalah mustahak dalam program pendidikan jasmani dan sains sukan
dan disenaraikan dalam objektif pembelajaran.

Ciri seterusnya, Ujian sepatutnya dapat membezakan antara pelajar di kalangan kumpulan
yang mempunyai keupayaan berbeza. pilih ujian yang mungkin tidak ada pelajar yang akan
mendapat skor sifar atau tepat.

Seterusnya, Ujian yang dipilih terutamanya ujian yang melibatkan kemahiran sukan
seharusnya sama dengan situasi permainan sebenar dan mengikut peraturan aktiviti
tersebut. Pelajar dikehendaki melakukan sebaik mungkin dengan mempamerkan ciri-ciri
lakuan yang betul. Ujian hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan jantina pelajar yang
hendak diuji, ujian yang dipilih atau dibina biarlah mudah dilakukan, kerana kesukaran
melakukan ujian akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Ciri seterusnya, Ujian yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri pengukuran yang spesifik
iaitu mengukur satu pemboleh ubah sahaja kerana ujian yang digunakan bagi mengukur
satu antribut lebih mudah menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. Ujian yang
digunakan bagi mengukur lebih daripada satu atribut, adalah sukar bagi guru untuk
menentukan adalah ia bagus atau lemah bagi sesuatu kemahiran.

Ciri seterusnya adalah ujian yang dipilih perlu mengambil kira kesesuain dan kebolehan
pelajar. Prestasi lakuan motor adalah dipengaruhi oleh kematangan, jantina dan pengalaman
pelajar itu sendiri. Sesuatu ujian yang dikatakan sah dan boleh dipercayai untuk digunakan
ke atas pelajar umur 15 tahun adalah tidak sah dan tidak boleh dipercayai untuk digunakan
bagi menguji pelajar berumur 18 tahun.

5
Ciri yang seterusnya adalah pengiraan skor ujian. Pengiraan skor ujian sepatutnya tidak
dipengaruhi oleh individu lain kerana ia mungkin akan menjejaskan prestasi pelajar. Contoh
ujian menyangga bola tampar melepasi jaring, pelaku menerima umpanan daripada rakan.
Jika umpanan lemah atau lamabat (tidak konsisten) ia akan menjejaskan prestasi pelajar
yang membuat ujian.

Ciri yang seterusnya adalah ujian yang dipilih dapat menarik minat pelajar dan sentiasa
merasa gembira untuk melakukan ujian kerana mereka faham mengapa harus mengambil
ujian. pelajar diberi motivasi untuk melakukan ujian yang terbaik supaya skor yang dihasilkan
adalah berdasarkan kemampuan mereka yang maksimum. Wujudkan suasana ujian yang
selesa, bermakna dan mencabar serta elakkan ujian yang boleh menyakitkan. pelajar akan
merasa seronok jika skor yang diperoleh dapat digunakan bagi mengetahui prestasi mereka
dan dapat dibandingkan dengan rakan dalam kumpulan.

Ciri yang seterusnya adalah semak setiap prosedur ujian supaya penguji lebih mahir dan
benar-benar faham kaedah melaksanakan ujian. Periksa kawasan ujian supaya sentiasa
berada dalam keadaan terkawal dan selamat digunakan.

Ciri yang terakhir adalah guru perlu memberikan perhatian kepada pelajar yang kurang
menunjukkan kesungguhan melakukan ujian. Kebiasaanya, pelajar tidak mahu orang lain
tahu kelemahan atau kekuatan mereka sendiri dalam sesuatu ujian. perasaan malu, takut
dan gelisah wujud bagi sesetengah pelajar jika skor yang diperoleh adalah rendah
berbanding dengan rakan mereka yang lain. Oleh itu guru perlulah lebih sensitif menangani
isu sebegini.

6
Soalan 3

seseorang guru, jurulatih dan pengamal bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani perlu
memperkenalkan prosedur ujian yang betul untuk pentadbiran ujian. Sebarang arahan ujian
dan pemberian skor mestilah jelas dan tepat. Berdasarkan kenyataan tersebut, anda
dikehendaki menghuraikan prosedur ujian yang berkesan bagi menjayakan pentadbiran
ujian.

Prosedur yang pertama bagi menjayakan pentadbiran ujian adalah guru perlu memahami
ujian. Guru pendidikan jasmani dan sains sukan dikehendaki membaca arahan atau manual
prosedur ujian beberapa kali sehingga benar-benar faham akan pelaksanaan ujian tersebut.
Perkara-perkara penting dalam prosedur ujian supaya tidak terlepas pandang. Contoh,
dimensi kawasan ujian dan ukuran yang tepat.

Seterusnya, guru pendidikan jasmani dan sains sukan perlu membina prosedur ujian. Guru
pendidikan jasmani dan sains sukan dikehendaki memilih prosedur ujian yang difikirkan lebih
berkesan dan membuat keputusan sama ada hendak memuji semua pelajar sekali gus atau
sebaliknya. Tentukan sama ada seorang pelajar sahaja yang akan melakukan semua ujian
atau secara berpasangan dalam suatu masa. Jika guru merancang untuk mentadbirkan
beberapa ujian pada hari yang sama, maka faktor kelesuan perlu dipertimbangkan. Elakkan
memberi ujian yang melibatkan penggunaan kumpulan ototyang sama secara berturut-turut.
Perancangan perlu dibuat lebih awal dengan meletakkan ujian yang akan memberi kesan
yang sangat meletihkan di akhir ujian (contoh, ujian berlari atau berjalan 2.4km). Guru
pendidikan jasmani dan sains sukan perlu mengenal pasti keperluan pengiraan skor ujian
yang tepat dan tetapkan unit ukuran yang hendak digunakan dalam sistem pemberian skor
ujian. Biasanya hanya satu unit ukuran digunakan dalam pengiraan skor. Dalam sistem
pengiraan skor ujian, guru perlu memutuskan apakah yang sepatutnya dilakukan jika pelajar
melakukan kesalahan semasa ujian. Semua keputusan yang dibuat mengenai sistem
pemberian skor mesti cekap dan mengikut dasar yang sama untuk semua pelajar yang diuji.
Prosedur keselamatan berkaitan kawasan tidak pernah mentadbirkan ujian adalah
dicadangkan supaya guru tersebut membuat beberapa kali latihan percubaan sebelum
menjalankan ujian sebenar.

Seterusnya, guru pendidikan jasmani dan sains sukan perlu membina arahan ujian yang
jelas selepas menentukan prosedur ujian. Arahan tersebut mesilah tepat dan jelas serta

7
mudah difahami oleh semua pelajar yang mengambil ujian. Di antara arahan yang perlu
disediakan ialah prosedur pentadbiran ujian, arahan melakukan ujian, prosedur pemberian
skor ujian dan kesalahan-kesalahan semasa melakukan ujian. Guru digalakkan memberi
bayangan teknik meningkatkan skor ujian secara konsisten kepada semua pelajar.

Seterusnya adalah semua ujian yang hendak dijalankan sepatutnya diumumkan terlebih
awal kepada pelajar supaya mereka mempunyai peluang untuk membuat latihan dan berada
dalam keadaan bersedia dari segi psikolgi dan fisiologi. Bagi kumpulan pelajar yang belum
biasa dengan ujian yang hendak dijalankan, ruangkan sedikit masa sebelum hari ujian bagi
menerangkan teknik lakuan yang dapat meningkatkan skor ujian. perlu diingatkan bahawa
pelajar yang telah biasa dengan ujian tersebut juga memerlukan masa untuk belajar semula
teknik diperlukan.

Seterusnya, Guru pendidikan jasmani dan sains sukan perlu melakukan aktiviti memanaskan
badan dan ujian percubaan. aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan ujian dapat
meningkatkan kebolehpercayaan ujian. Guru perlu memastikan bahawa semua pelajar yang
diuji menerima jumlah ujian percubaan yang sama dan mengambil kira beberapa percubaan
awal sebagai aktiviti memanaskan badan. Skor ujian tidak diambil kira semasa ujian
percubaan.

Seterusnya, Guru pendidikan jasmani dan sains sukan perlu menyediakan peralatan dan
kemudahan ujian yang selamat. Semua peralatan dan kemudahan ujian sepatutnya
disediakan lebih awal atau sehari sebelum ujian dijalankan. Elakkan pelajar menunggu di
kawasan ujian sedangakan guru sibuk menyediakan peralatan dan kemudahan ujian.
Pastikan semua peralatan dan kawasan ujian adalah selamat digunakan.

Seterusnya, guru pendidikan jasmani dan sains sukan perlu menyediakan borang skor ujian.
Penggunaan borang skor ujian bergantung kepada pelajar yang ingin menggunakan secara
individu atau secara berpasangan. Guru perlu memikirkan borang skor ujian yang
bersesuaian dengan cara pelaksanaan ujian.

Seterusnya, Guru pendidikan jasmani dan sains sukan perlu memikirkan jangka masa untuk
menamatkan sesuatu ujian dengan jumlah bilangan pelajar tertentu. Di sini guru perlu
memikirkan sama ada hendak mengadakan ujian secara berpasangan, perseorangan atau
pun secara berkumpulan. Semua kaedah yang hendak digunakan bergantung kepada
kesesuaian ujian dan jumlah masa yang ditentukan.

8
Prosedur semasa melaksanakan ujian adalah prosedur yang berkesan bagi menjayakan
sesuatu ujian. Pelajar sepatutnya telah sedia mengetahui apa yang hendak diuji ke atas
mereka dan mengapa mereka harus diuji. Guru perlu memastikan bahawa semua pelajar
telah melakukan aktiviti memanaskan badan dan bersedia untuk menjalankan ujian. semua
prosedur dan arahan bagi setiap ujian yang hendak dijalankan perlu diterangkan kepada
pelajar dengan lebih jelas serta mudah difahami oleh pelajar. Guru digalakkan memberi
keputusan serta merta sebaik sahaja pelajar menamatkan ujian percubaan, cara ini boleh
meningkatkan motivasi pelajar untuk melakukan percubaan seterusnya dengan lebih baik.
Guru perlu berhati-hati supaya laporan keputusan skor ujian tidak akan memalukan pelajar.
Guru perlu memberi perhatian kepada gaya lakuan yang tidak selamat bagi pelajar yang
tidak mengikut arahan ujian.

Anda mungkin juga menyukai