Anda di halaman 1dari 2

Setiap kali menggoreng ikan keli pasti kita akan berjaga-jaga.

Mana taknya, jenis ikan yang satu ini


kalau di goreng pasti meletup-letup ketika digoreng. Nak elakkan meletup dan terkena minyak yang
panas, ramai daripada kita yang menggunakan tudung periuk sebagai perisai utama.

Anda sebenarnya boleh mencuba tiga petua nenek-nenek kita ni. Insyaallah ikan yang digoreng akan
‘diam’ sahaja hingga garing. Tak perlulah guna perisai lagi kala nak berperang di dapur. Jom cuba
cara ni.

1. Tepung gandum

Sama ada lumurkan tepung gandum bersama dengan garam dan kunyit sebelum digoreng atau
taburkan tepung gandum ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Kedua-dua cara ini berkesan
untuk menghentikan ‘letupan’ ikan keli yang digoreng.

Selain daripada itu, dikatakan mencuci ikan dengan tepung gandum juga dapat menghilangkan rasa
hanyir dan memberi rasa isi ikan yang lebih enak ketika
dimakan.

2. Halia
Gorengkan beberapa hiris halia terlebih dahulu di dalam minyak yang sama, sebelum menggoreng
ikan. Kemudian gorenglah ikan keli seperti biasa.

3. Kulit Bawang
Kulit bawang dikatakan dapat membuatkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Malah juga dapat
mengelakkan minyak daripada meletup ketika digoreng. Ketika goreng ikan keli, masukkan kulit
bawang ke dalamnya dan biarkan sahaja hingga ikan garing.

4. Asam keping

Penggunaan asam keping juga dikatakan mampu menghentikan kesan ikan keli yang digoreng
daripada meletup. Caranya semasa ikan digoreng, masukkan dua atau
tiga keping asam ke dalam kuali.
Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan sehingga masak. Kaedah ini bukan sahaja
selamat malah ikan yang dimasak lebih garing dan enak rasan

Penggunaan asam keping juga dikatakan mampu menghentikan kesan ikan keli yang digoreng
daripada meletup. Caranya semasa ikan digoreng, masukkan dua atau
tiga keping asam ke dalam kuali.

Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan sehingga masak. Kaedah ini bukan sahaja
selamat malah ikan yang dimasak lebih garing dan enak rasanya.

5. Garam kasar

Orang tua-tua ada juga berpesan untuk gunakan garam kasar untuk tujuan ini. Caranya cukup
mudah, hanya masukkan beberapa biji garam kasar ke dalam minyak yang panas sebelum
menggoreng ikan. Elok juga untuk dicuba mungkin helah ini berjaya mengatasi kesukaran saat
menggoreng ikan keli.

Anda mungkin juga menyukai