Anda di halaman 1dari 16

“IMPILMENTASI PENTADBIRAN BRITISH TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN

VERNAKULAR DI MELAKA PADA 1880-1957”

BAB SATU

1.1 PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan bagi meneliti kesan pelaksanaan dasar British terhadap Sistem

Pendidikan Vernakular di Melaka sebagai lokasi penyelidikan yang dijalankan. Sistem

pendidikan vernakular yang wujud semasa era kolonial British di Melaka adalah Sekolah

Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Inggeris.

Kajian ini lebih menumpukan tempoh masa sebelum era kemerdekaan iaitu pada 1880 sehingga

1957. Selain itu, metadologi yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dikategorikan dalam

kajian kuantitatif. Kaedah ini adalah teoritikal dan praktikal serta diskripsitif analisis. Metadologi

ini sememangnya akan menunjukkan hubungan yang wujud iaitu dalam bentuk kesan terhadap

sistem pendidikan vernakular. Kaedah yang saya fokuskan dalam penyelidikan ini adalah kaedah

penyelidikan kepustakaan dan Kajian Lapangan. Kajian ini juga sememangnya akan memberi

gambaran yang jelas mengenai proses kolonial yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu

khususnya dalam bidang pendidikan vernakular di Melaka. Kesan yang akan dianalisis dalam

kajian ini terbahagi kepada beberapa sudut penelitian. Di samping itu, hasil kajian ini juga akan

mengisi ruang yang tidak disentuh secara menyeluruh oleh sarjana Sejarah Pendidikan sebelum

ini khususnya dalam penyelidikan sistem pendidikan vernakular pada era penjajahan British.

Penetapan dasar yang diolah oleh British di setiap negeri jajahannya khususnya di Melaka

sebagai negeri-negeri Selat pada ketika itu bukan sahaja memberi kesan kepada silibus

pendidikan yang sedia ada malah mempengaruhi jumlah murid yang menikmati kemudahan ini.

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Implimentasi penjajahan yang dilaksanakan oleh kuasa kolonial British di Tanah Melayu

merupakan tempias kuasa imperial yang dibawa oleh mereka. Tidak hanya berfokus kepada

mengaut kepentingan ekonomi yang ada di Tanah Melayu malah merampas kuasa pemerintahan

daripada penduduk tempatan sehingga kesemua negeri yang wujud pada ketika itu

dikelompokkan mengikut bidang kuasa presiden yang dilantik. Penjajahan British di Melaka

sebagai Negeri-Negeri Selat telah memberi kesan kepada pembangunan bidang pendidikan

Vernakular. Rekod rasmi yang diperolehi oleh pengkaji mengenai bidang pendidikan yang

disusun atur oleh pihak British di Melaka dapat dilihat dari 4 sudut yang berbeza misalnya

Sekolah Pendidikan Vernakular Melayu, Sekolah Pendidikan Vernakular Inggeris, Sekolah

Vernakular India dan Sekolah Vernakular Cina. Walaupun jika dilihat dari sudut yang nyata,

kepelbagaian kemudahan pendidikan sewaktu kuasa kolonial British bertapak di Tanah Melayu

khususnya di Melaka jelas menunjukkan betapa baiknya penjajah ini, namun pengkaji melihat

perkara ini dari perspektif yang berbeza. Pengkaji dapati bahawa Dasar Pecah dan Perintah,

Kanun Buruh, Rancangan Cheesmen, Laporan Bernie's, Laporan Gwen Wu dan Ordinan

Pelajaran sememangnya memberi kesan kepada sistem pendidikan vernakular di Melaka sebelum

masyarakat berusaha menuntut kemerdekaan daripada kolonial British pada 1957. Pengkaji juga

menafsir dan meneliti dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu merupakan

bukti dan indikator kepada perubahan silibus, peruntukan jumlah murid yang ditetapkan oleh

pihak penjajah serta tenaga pengajar yang disediakan di setiap sekolah vernakular yang berdaftar

dengan kerajaan British pada ketika itu. Walaupun, penyelidikan dalam sejarah pendidikan di

Malaysia sentiasa berlaku perbezaan pendapat dan pandangan mengenai kesan yang dirasai oleh

Negeri-Negeri di bawah kuasa kolonial British sentiasa dibahaskan bukanlah menjadi

penghalang kepada pengkaji untuk melaksanakan penyelidikan dalam bidang Sejarah

Pendidikan. Kepelbagaian pandangan dan intipati kritikan yang dilakukan oleh sarjana dari

pelbagai bidang kepakaran masing-masing menjadi tumpuan utama kepada pengkaji.

2
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Penyelidikan yang difokuskan oleh pengkaji sememangnya menjadi satu permasalahan utama

jika tidak dikemukakan pada bahagian permasalahan kajian. Kajian yang dilaksanakan

sebenarnya berfokuskan kepada sejarah kolonial British yang memberi kesan kepada sistem

pendidikan vernakular di Negeri-negeri Selat khususnya Melaka sebagai lokasi penyelidikan

pengkaji. Permasalahan kajian yang ingin diketengahkan oleh pengkaji ada pentadbiran British

terhadap sistem pendidikan vernakular di melaka membawa kepada 2 sudut penafsiran yang

berbeza. Hal ini menyebabkan pengkaji memberi fokus utama sepanjang menulis hasil

penyelidikan ke arah mengetengahkan dua sisi perspektif yang berbeza iaitu kesan positif yang

dinikmati oleh masyarakat di Melaka sebelum merasai era kemerdekaan dan kesan negatif seperti

merencatkan proses meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat melalui

indikator kemudahan pendidikan.

Buktinya, Darmia Sharif Adam dalam penyelidikan nya berpendapat bahawa

Kepelbagaian sistem pendidikan atau lebih dikenali sebagai Pendidikan Vernakular membawa

kepada wujudnya kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka kesan daripada pelaksanaan

pembangunan pendidikan yang dimonopoli oleh pihak British di Melaka. Dari sudut tafsiran lain

yang menyatakan bahawa kesan pentadbiran dan penjajahan British di Tanah Melayu sebenarnya

merencatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat merupakan tujuan dan kesan

utama pentadbiran kuasa kolonial ini. Buktinya, Parameswari Krishnan (Tahun Artikelnya)

dalam tajuk penyelidikan (tajuk artikel) berpendapat bahawa Dasar British dan Jepun sebelum

era kemerdekaan yang datang ke Tanah Melayu memberi kesan yang ketara terhadap

kemuafakatan diantara kaum di Tanah Melayu sehingga Jurang Masyarakat pada ketika itu

semakin kritikal demi memastikan manfaat ekonomi di Tanah Melayu dikaut secara rakus oleh

kuasa penjajah ini.

3
Sehinggakan dasar yang diperkenalkan tidak memberi kesan kepada kemajuan

masyarakat malah masyarakat yang menjadi mangsa kepada dasar ini seperti Melayu, Cina dan

India sukar untuk membentuk satu semangat penentangan terhadap kuasa kolonial British. Di

samping itu, pengkaji juga ingin merungkai isu dasar yang di olah oleh kerajaan British di Tanah

Melayu sehingga berpotensi memberi implementasi terhadap sistem pendidikan vernakular di

Melaka sebagai lokasi kajian pengkaji. Misalnya, rekod data berautoriti yang diperolehi oleh

pengkaji menunjukkan bahawa Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh, Rancangan Cheesmen,

Laporan Fee Wui, Laporan Bernie's dan Ordinan Pelajaran membawa perubahan yang ketara

terhadap silibus yang terkandung dalam buku teks sekolah vernakular, kuantiti murid yang perlu

dipatuhi oleh setiap sekolah vernakular serta tenaga pengajar yang ditempatkan oleh pihak

pemerintah pada ketika itu.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh pengkaji merupakan satu usaha dalam membawa sejarah

pendidikan di Tanah Melayu semasa era penjajahan British sebelum merdeka ke arah

memartabatkan keunikan sistem pendidikan yang pelbagai walhal ianya disebabkan oleh kuasa

British itu sendiri. Meneliti setiap isu dan perkara yang diketengahkan oleh pengkaji, boleh

disimpulkan bahawa:

i. Mengkaji dasar British yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan

British di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat.

ii. Mengenalpasti implimentasi British melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan

terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

iii. Menganalisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran British, kuantiti murid yang

diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang dipraktikkan di dalam bilik

darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan di Melaka pada 1880 sehingga 1956.

4
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bukan sahaja menjadi salah satu syarat untuk lulus di peringkat sarjana bagi pengkaji,

ianya juga dapat dirungkaikan mengikut beberapa aspek dominan sepanjang proses penyelidikan

di jalankan. Antaranya ialah:

i. Memberi gambaran yang jelas mengenai proses kolonial yang dimonopoli oleh empayar

British di Tanah Melayu khususnya di Melaka yang dikelompokkan dalam Negeri-negeri

Selat. Kajian ini akan menyediakan pelbagai sudut pandangan yang bersifat fleksibel

kepada pengkaji-pengkaji yang berminat mendalami sejarah pendidikan di Tanah

Melayu.

ii. Proses penafsiran data primer dan sekunder yang dilakukan oleh pengkaji mengenai dasar

yang diwujudkan oleh British semasa era kolonial di Tanah Melayu akan memberi satu

sudut penafsiran yang sedikit berbeza dengan kajian sejarah pendidikan sebelum ini.

Walaupun kajian yang difokuskan oleh pengkaji bukanlah berada di peringkat yang

tinggi, namun ianya mampu menjadi satu medium yang berkesan bagi membawa

pengkaji-pengkaji yang berminat dalam bidang Sejarah Pendidikan melihat dasar yang

diolah sebenarnya memberi kesan positif dan negatif kepada masyarakat di Melaka.

iii. Kajian ini juga turut menjelaskan secara kritis dan adil mengikut ilmu disiplin sejarah

(kritikan dalaman dan luaran) mengenai implimentasi yang dirasai dalam sektor

pembangunan pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

iv. Berdasarkan lontaran penjelasan di atas mengenai kepentingan kajian mengenai

Implimentasi British terhadap Sistem Pendidikan Vernakular di Melaka pada 1880-1956

inilah penyelidik merasakan bahawa kajian ini amat penting untuk dijalankan tanpa hanya

berfokus kepada proses dan membelakangkan kesan yang dirasai sepanjang empayar

British berkuasa di Tanah Melayu (Pembangunan Pendidikan)

5
1.6 SKOP KAJIAN

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji mengenai implimentasi British kepada Sistem Pendidikan

Vernakular di Melaka pada 1880-1956 merupakan satu kajian sejarah pendidikan yang berkaitan

dengan penelitian pembangunan pendidikan di bawah urus tadbir kuasa kolonial British. Selain

itu, lokasi atau tempat kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah Melaka. Hal ini demikian kerana,

kuasa penjelajahan British yang dominan pada awal pemerintahan mereka lebih berfokuskan

kepada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum merdeka.

Sistem pentadbiran yang banyak diubah mengikut selera British sememangnya memberi

kesan kepada masyarakat Melaka. Seterusnya, skop masa bagi penyelidikan ini merungkai

implimentasi pentadbiran British pada era Kolonial British iaitu pada 1880 sehingga 1957

sebelum era kemerdekaan Tanah Melayu. Walhal, kuasa kolonial Jepun juga yang turut

bersarang di Tanah Melayu pada 1941 sehingga 1945 sehingga memberi kesan yang amat ketara

dalam sistem pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Namun, pengkaji berpendapat bahawa tingkat keberkesanan isu mengenai implimentasi

ke sistem pendidikan vernakular di Melaka lebih tinggi jika difokuskan kepada satu kuasa

imperial sahaja iaitu kuasa kolonial British. Seterusnya, pengkaji juga akan menghadkan lokasi

sekolah vernakular yang akan merungkai Implimentasi yang diketengahkan. Sekolah Vernakular

Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India dan Sekolah Vernakular Inggeris

yang wujud dan amat terkesan dengan dasar yang diperkenalkan oleh British akan dihadkan

hanya 3 atau 4 buah sekolah terawal sahaja. Justeru, skop lokasi dan masa yang diketengahkan

oleh pengkaji melalui tajuk penyelidikan yang akan dilaksanakan adalah jelas dan jitu

untuk dihadamkan.

6
1.7 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Tinjauan kajian lepas melibatkan beberapa bahan rujukan sekunder yang berkaitan dengan kajian

ini. Berikutan itu, tiga aspek utama yang diberi perhatian ialah kajian yang melibatkan dasar

kolonial kuasa luar (Jepun dan British) dalam perkembangan pendidikan di Tanah Melayu,

implimentasi umum yang dirasai oleh masyarakat di negeri jajahan British (Negeri-negeri Selat,

Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) serta sekolah

vernakular yang wujud, jumlah murid yang diperuntukkan serta tenaga pengajar yang

ditempatkan di Sekolah Vernakular yang wujud pada era kolonial.

Misalnya, isu mengenai dasar kuasa luar yang pernah bertapak melaksanakan imperial di

Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan pernah diketengahkan oleh Parameswari Krishnan.

Beliau membahasakan isu ini dalam artikel beliau yang bertajuk “Dasar British Dan Jepun

Terhadap Sekolah Melayu Dan Tamil Sebelum Tahun 1957”. Secara keseluruhannya beliau

berpendapat melalui journal ini bahawa dasar pecah dan pemerintahan British di Tanah Melayu

tertumpu kepada aspek ekonomi rantau ini. Sebenarnya, dasar Jepun bukan sahaja bertujuan

untuk ekonomi, tetapi mahu menjadikan semua rakyat Tanah Melayu sebagai warganegara Jepun

dan menghapuskan identiti setiap kaum di Tanah Melayu. Namun, tujuan utama kedua-dua

penjajah itu adalah untuk mengumpul segala hasil bumi tanpa memajukan masyarakat setempat.

Jelaslah bahawa "Beban Orang Putih," iaitu meletakkan segala beban di atas bahu rakyat

tempatan dan "Niponisasi," iaitu menjadikan seluruh negara menjadi gaya Jepun, adalah salah

satu taktik British dan Jepun di Tanah Melayu, sekali gus menjejaskan pendidikan seluruh rakyat

untuk kepentingan masing-masing ketika itu. Oleh itu, adalah wajar dan penting untuk melihat

dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British dan Jepun dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu

bagi memahami sejarah pendidikan masyarakat ketika itu dan corak kehidupan.

Walaubagaimanapun, artikel ini penting bagi pengkaji melihat niat sebenar kedua-dua pihak

7
British dan Jepun dalam memperkenalkan pendidikan vernakular (British) dan pendidikan ala

Jepun (Jepun). Namun, secara analitikalnya pengkaji melihat perbincangan dalam artikel ini

bersifat umum dan hanya menyentuh beberapa negeri di bawah pentadbiran kuasa imperial luar

sebelum era kemerdekaan.

Selain itu, journal yang bertajuk “Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan

Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia” yang dikarang oleh Nur Atiqah Tang Abdullah dan

Ong Puay Liu membincangkan latar belakang sejarah pendidikan di negara ini adalah

berdasarkan pendekatan sosiologi yang melihat kepada dokumen seperti Laporan Barnes 1950,

Laporan Fenn Wu 1952, Laporan Pendidikan Razak 1956, dan Laporan Pendidikan Rahman

Talib 1960. Dokumen ini mengkaji aspek komuniti majoriti dan minoriti dalam ruang

pendidikan, menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lengkap.

Sistem pendidikan vernakular di Malaysia adalah hasil daripada dasar "laissez-faire" British dan

sistem pendidikan berasaskan etnik yang diamalkan oleh pendatang Cina dan India yang datang

ke Tanah Melayu. Sistem ini telah menghasilkan empat aliran bahasa iaitu Melayu, Inggeris,

Cina dan Tamil yang berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Sistem ini juga telah

menyebabkan berlakunya transformasi masyarakat homogen kepada masyarakat heterogen yang

merangkumi pelbagai etnik dan budaya. Walau bagaimanpun, artikel ini penting bagi pengkaji

merungkai secara terperinci mengenai dokumen rasmi yang menyimpan rekod ruang pendidikan

terutamanya pada landasan dasar British yang mempengaruhi pembangunan sistem pendidikan

vernakular.

8
Di samping itu, artikel “Pengaruh Pendidikan Dalam Kepelbagaian Etnik Sebelum Dan

Selepas Merdeka Di Malaysia” yang diterbitkan oleh International Journal Of Law, Government

And Communication (IJLGC) turut membincangkan pengaruh bidang pendidikan terhadap

penyatuan masyarakat di Malaysia dan kenal pasti cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan

sistem pendidikan yang berfungsi sebagai agen penyatuan masyarakat. Malah dalam artikel ini

juga turut merungkai fungsi pendidikan iaitu salah satu daripada banyak alat yang digunakan

oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup semua kumpulan etnik yang unik kerana ia

mengekalkan dua sistem pendidikan yang berasingan, satu di mana kurikulum kebangsaan diajar

dan satu lagi di mana bahasa tempatan digunakan. Ini membolehkan pelbagai pilihan pendidikan

yang dapat memenuhi keperluan setiap individu. Namun, artikel ini akan menjadi satu rujukan

terpenting bagi pengkaji melihat implimentasi dasar yang dilaksanakan oleh British dalam

bidang pendidikan.

Artikel “Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan

Pendidikan di Melaka” yang dikarang oleh Siti Maisarah Othman dan Suffian Mansor turut

merungkai masalah dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari

tahun 1826 hingga 1940-an melibatkan pertembungan pandangan dan perspektif antara semua

kaum di Melaka termasuk Melayu, Cina, India dan Inggeris. Pertembungan stereotaip ini timbul

kerana dasar polarisasi British terhadap semua kaum di Melaka, yang memberi kesan kepada

perkembangan sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi sistem pendidikan ini

menyebabkan setiap kaum ingin mengamalkan sistem pendidikan swasta yang secara tidak

langsung menyebabkan British menghadapi masalah dan cabaran tertentu. Walaupun skop

perbincangan dalama artikel ini terlalu luas, ianya juga penting kepada pengkaji bagi merintis

idea yang berkisarkan tentang pembangunan pendidikan vernakular di Melaka.

9
Maka berdasarkan sorotan penulisan awal di atas, didapati bahawa masih ada beberapa

kekosongan yang dapat diisi dalam kajian ini iaitu:

i. Ulasan yang terperinci mengenai dasar British yang berfokuskan kepada pembangunan

bidang pendidikan.

ii. Penjelasan dan analisis implimentasi pentadbiran British melalui dasar yang

diperkenalkan terhadap system pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Bagi menghasilkan sistem penulisan yang sistematik dan tersusun, penulis telah menggunakan

metodologi relevan yang berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Metodologi ini telah membantu

penulis menghasilkan satu sistem yang cekap dan berkesan iaitu:

i. Metode Pengumpulan Data

ii. Metode Analisis Data

1.8.1 Metode Pengumpulan Data

Pada fasa awal kajian ini, metode perpustakaan digunakan untuk mencari bahan-bahan

berkaitan dasar pentadbiran British yang diwujudkan untuk pembangunan pendidikan di Melaka

yang akan dibincangkan dalam Bab II. Ini termasuk melihat buku, artikel, makalah daripada

sarjana, dan juga kajian saintifik dan tesis. Beberapa perpustakaan yang terlibat dalam pencarian

itu ialah Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaya, Universiti

Sains Malaysia Pulau Pinang, Arkib Negara, Arkib Negeri Melaka, Perpustakaan Awam Melaka

dan Muzium Negeri Melaka.

10
Begitu juga dengan kajian-kajian lain yang melibatkan perbahasan mengenai

implimentasi pentadbiran British terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka yang

dibincangkan pada sorotan kajian sebelum ini.

1.8.2 Metode Analisis Data

Selepas mengumpul semua data yang diperlukan melalui kaedah yang dinyatakan di atas,

pemprosesan dan analisis data dilakukan mengikut kaedah berikut:

i. Metode Induktif

Pendekatan induktif-generatif ini digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul

maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji dan seterusnya

menyesuaikannya untuk mencari perkaitan antara fakta atau maklumat terkumpul untuk

membentuk idea. Bagi pengaplikasian kaedah dalam kajian ini, beberapa perkara yang

membahaskan dasar British yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan

British di Tanah Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat telah

menyebakan berlakunya implimentasi melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan

terhadap sistem pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956 yang dibahaskan

dalam Bab Dua. Selain itu, hasil analisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran British,

kuantiti murid yang diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang

dipraktikkan di dalam bilik darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan di Melaka

pada 1880 sehingga 1956 jelas membuktikan bahawa pengkaji mengaplikasikan metode

ini.

11
ii. Metode Deduktif

Metode deduktif pula merupakan kaedah menganalisis dan mengolah penulisan

berdasarkan kepada pola berfikir yang mencari pembuktian berasaskan kepada bukti-

bukti umum kepada perkara-perkara khusus. Justeru berdasarkan kepada dasar British

yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan British di Tanah Melayu

khususnya di Melaka sebagai Negeri-negeri Selat telah menyebakan berlakunya

implimentasi melalui pentadbiran dan dasar yang diperkenalkan terhadap sistem

pendidikan vernakular di Melaka pada 1880-1956 yang telah dibentuk pada Bab II, ia

kemudiannya menjadi panduan bagi menganalisis jumlah sekolah dibawah pentadbiran

British, kuantiti murid yang diperuntukkan dalam setiap sekolah vernakular, silibus yang

dipraktikkan di dalam bilik darjah serta tenaga pengajar yang diperuntukkan yang

dikhususkan pada Bab III. Di sinilah metode deduktif ini diaplikasikan yang mana

dengannya, akan memudahkan lagi proses menganalisis, menghurai dan membuat

kesimpulan dengan lebih berhikmah berdasarkan data-data yang berbentuk umum

tersebut. Ini termasuklah dengan kemampuan akal dalam menghuraikan implimentasi

British kepada sistem pendidikan vernakular supaya dapat dinyatakan dengan lebih baik

dan tersusun.

iii. Metode Komparatif

Metode Komparatif ini pula digunakan bagi membuat perbandingan antara

sumber-sumber yang diperolehi dan melihat kesinambungan yang mungkin ada di antara

sumber-sumber tersebut. Perbandingan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti

perbezaan dan persamaan, serta mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada

maklumat-maklumat yang ada. Begitu juga ia digunakan dalam mengenalpasti sekolah

vernakular yang mendapat kesan yang lebih dominan dari institusi vernakular yang lain

semasa era penjajahan British di Melaka.

12
1.9 PEMBAHAGIAN BAB

Kajian ini telah dibahagikan kepada empat bab. Bab pertama adalah membincangkan

tentang pengenalan kajian yang merangkumi latar belakang masalah dan persoalannya, objektif,

kepentingan, metodologi yang digunakan dalam mengumpul serta menganalisis data, kajian

terdahulu, skop dan pembahagian bab. Perkara-perkara ini penting untuk diketahui sebagai

penerangan awal mengenai kajian yang ingin dilaksanakan oleh penulis.

Bab kedua pula akan memberi penekanan kepada pembahasan mengenai dasar

pendidikan yang diperkenalkan dan dilaksanakan semasa era penjajahan British di Tanah

Melayu khususnya di Melaka sebagai Negeri-Negeri Selat . Dalam bab II pengkaji akan

merungkai secara menyeluruh mengenai dasar pentadbiran British dalam pembangunan sistem

pendidikan seperti Dasar Pecah dan Perintah, Kanun Buruh, Rancangan Cheesmen, Laporan

Bernie’s, Laporan Gwen Wu dan Ordinan Pelajaran. Dalam bab ini, pengkaji akan membahas

intipati dasar dan pelaksanaanya di Tanah Melayu khususnya di Melaka.

Selain itu, dalam bab ketiga pengkaji akan menganalisis implimentasi British dalam

bentuk dasar yang diwujudkan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British di Tanah

Melayu merupakan bukti dan indikator kepada perubahan silibus, peruntukan jumlah murid

yang ditetapkan oleh pihak penjajah serta tenaga pengajar yang disediakan di setiap sekolah

vernakular yang berdaftar dengan kerajaan British pada ketika itu. Hal ini akan menjadi salah

satu bahagian terpenting bagi melihat bagaimana dasar yang dilihat baik untuk masyarakat

sebenar jika dilihat dari sudut tafsiran yang lain sebenarnya mendatangkan kesan negatif kepada

masyarakat pada ketika itu.

13
Akhir sekali, bab keempat iaitu kesimpulan akan menilai dan merumuskan keseluruhan

kajian berdasarkan empat objektif utama kajian ini. Selain daripada menjawab persoalan-

persoalan yang terdapat dalam objektif kajian, beberapa usul atau cadangan juga akan

dikemukakan bagi menampung sebarang kekurangan khususnya dalam pembelajaran mahupun

penyelidikan sejarah tempatan sekarang.

14
RUMUSAN

15
RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

16

Anda mungkin juga menyukai