Anda di halaman 1dari 8

MULUT KE NERAKA

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan
orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda SAW menjawab:

‫ الَفُم َو الَفْر ُج‬: ‫ َفَقاَل‬، ‫ َو ُس ِئَل َع ْن َأْكَثِر َم ا ُيْد ِخ ُل الَّناَس الَّناَر‬،‫َتْقَو ى ِهَّللا َو ُح ْسُن الُخ ُلِق‬

Maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi
berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab:
“Mulut dan kemaluan.”

[Riwayat al-Tirmizi (2004)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Imam Ibn
Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya].

SYARAH HADITH

Hadith ini adalah berkenaan dengan bahayanya jika mulut tidak di jaga. Menerusi rakaman
kuliah Riyadhus Salihin, Kitab 17, Bab 254 Haramnya Ghibah & Perintah Jaga Lisan, Hadis ke
1511,

‫ «َم ْن َك اَن ُيْؤ ِم ُن ِباِهلل َو الَيْو ِم اآلِخ ِر َفْلَيُقْل َخْيًرا َأْو‬: ‫وعن َأبي هريرة – رضي هللا عنه – عن الَّنبِّي – صلى هللا عليه وسلم – َقاَل‬
‫ِلَيْص ُم ْت » متفق َع َلْيِه‬

‫ َفَال‬،‫ وَم َتى َشَّك في ُظُهوِر الَم ْص َلَح ِة‬،‫ َو ُهَو اَّلِذ ي َظَهَر ْت َم ْص َلَح ُتُه‬،‫وهذا َص ريٌح في أَّنُه َيْنَبغي َأْن ال َيَتَك َّلَم ِإَّال ِإَذ ا َك اَن الكالُم َخيًرا‬
‫َيَتَك َّلم‬

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda
bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia
berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Imam Al-Nawawi memberi komen: “Hadis ini jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang
hendaklah tidak berbicara kecuali apabila perbicaraan itu adalah baik, iaitu hal yang telah jelas
kemaslahatannya. Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak
berbicara.”

Maka apabila kita hendak bercakap, sentiasa hanya bercakap benda yang baik. Kalau tidak ada
benda yang baik, dituntut supaya kita diam. Ini bererti, hendaklah kita berfikir dulu sebelum kita
bercakap. Bukan bercakap dahulu baru fikir.

1
‘Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara’. Ia
membawa maksud bahawa dia fikir dulu sebelum dia mengucapkan sesuatu. Kalau ia jelas ada
kebaikan, baru dia bercakap. Kalau terlintas di fikirannya sama ada ucapan itu bermanfaat atau
tidak, maka hendaklah dia diam.

Jalan selamat adalah diam. Bukan seperti mana yang biasa orang kata, ‘Cakap je lah, mana tahu
baik’. Itu tidak ada istilahnya dalam syarak. Syarak mengatakan seperti mana dalam hadis tadi,
‘Hendaklah dia berkata baik, atau diam’. Kalau ragu-ragu, jalan selamat adalah diam.

Hadis ke-1512:

»‫ «َم ْن َسِلَم الُم ْس ِلُم وَن ِم ْن ِلَس اِنِه َوَيِدِه‬: ‫ َيا رسوَل ِهللا َأُّي الُم ْسلِم يَن أْفَض ُل؟ َقاَل‬: ‫ ُقْلُت‬: ‫وعن َأبي موسى – رضي هللا عنه – َقاَل‬
‫متفق َع َلْيِه‬

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah,
orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum
Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Orang Islam yang paling baik adalah orang Islam yang menjaga lidahnya dan juga tangannya
dari mengganggu orang lain. Menjaga tangan maknanya daripada perbuatan memukul,
mengambil harta orang, macam-macam lagi. Menjaga lisan maknanya
dari kata-kata/ucapan yang boleh menyakiti orang. Maka menjaganya dengan menggunakannya
dalam hal-hal yang sentiasa baik.

Hadis ke-1513:

»‫ «َم ْن َيْض َم ْن ِلي َم ا َبْيَن َلْح َيْيِه َو َم ا َبْيَن ِر ْج َلْيِه َأْض َم ْن َلُه الَج َّنَة‬:‫ َقاَل رُسوُل ِهللا – صلى هللا عليه وسلم‬: ‫ َقاَل‬،‫وعن سهل بن سعد‬
‫متفق َع َلْيِه‬

Daripada Sahl bin Sa’ad dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada
di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.” (Riwayat Al-Bukhari, dan tidak
ditemui dalam sahih Muslim)

Rasulullah memberi satu kiasan di dalam hendak mengingatkan umat Baginda supaya menjaga
lidah. Baginda mengatakan ‘Barangsiapa yang dapat menjaga apa yang berada di antara dua

2
rahangnya’ iaitu lidahnya, ‘dan apa yang berada di antara dua kakinya’ iaitu
kemaluannya, ‘maka aku menjamin untuknya Syurga’.

Persoalan, kenapa Rasulullah tidak terus kata ‘Barangsiapa yang menjamin untukku lidah dan
kemaluannya’? Kenapa Baginda berkias? Tujuannya adalah supaya kita ambil perhatian, supaya
kita berfikir. Sebab kalau ucapan itu dimudahkan, orang akan mengambil mudah. Kita bagi
contoh, kalau kita nak orang itu ambil perhatian apa yang kita pesan kepadanya, “Mat, kalau
engkau nak buat sesuatu, gunakan apa yang ada di antara dua telinga engkau.” Orang itu akan
fikir, di antara dua telinga ada apa?

Tujuannya untuk menarik perhatian, supaya kita ingat apa yang dikata. Seperti mana kadangkala
apabila Rasulullah ingin menjelaskan sesuatu, Baginda akan bertanya dahulu. Contoh, “Tahukah
kamu siapa yang muflis?” “Tahukah kamu apa itu ghibah?” “Tahukah kamu siapa yang datang
tadi?” (dalam hadis Jibril). Kenapa Rasulullah tanya sedangkan Baginda tahu sahabat memang
tidak ada jawapannya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian.

Hadis ke-1514:

‫ «إَّن الَع ْبَد َلَيَتَك َّلُم بالَك ِلَم ِة َم ا َيَتَبَّيُن ِفيَها َيِز ُّل ِبَها‬:‫ أَّنه سمع النبَّي – صلى هللا عليه وسلم – يقول‬:‫وعن َأبي هريرة – رضي هللا عنه‬
‫ِإَلى الَّناِر أْبَع َد ِمَّم ا َبْيَن الَم ْش ِرِق والَم ْغ ِر ِب» متفق َع َلْيِه‬.

‫ «َيَتَبَّيُن » ُيَفِّك ُر أَّنها َخْيٌر أم ال‬:‫ومعنى‬.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak
dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada
timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kandungan hadis:

1. Beratnya hasil buruk yang diperolehi oleh seseorang akibat tidak menjaga lidah, akibat
mengucapkan satu perkara yang tidak baik. Hanya satu perkataan menyebabkan dia
masuk ke dalam api Neraka yang jarak kedalamannya lebih jauh daripada timur dan
barat.

3
2. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Neraka ada peringkatnya. Seperti mana Syurga
berperingkat, Neraka juga berperingkat. Dalam bahasa Arab disebut darajat (peringkat ke
atas) bagi Syurga, manakala bagi Neraka disebut darakat (tingkatan-tingkatan ke bawah).

3. Darjat yang terbaik adalah yang teratas. Darjat tertinggi bererti kedudukan yang paling
baik. Adapun Neraka, yang paling buruk adalah yang paling bawah.

Hadis ke-1515:

‫ «إَّن الَع ْبَد َلَيَتَك َّلُم ِبالَك ِلَم ِة ِم ْن ِر ْض َو اِن هللا َتَع اَلى َم ا ُيْلِقي َلَها َبااًل َيْر َفُعُه ُهللا ِبَها‬: ‫ عن النبّي – صلى هللا عليه وسلم – َقاَل‬،‫وعنه‬
‫ رواه البخاري‬.» ‫ وإَّن الَع ْبَد َلَيَتَك َّلُم ِبالَك َلَم ِة ِم ْن َس َخ ِط ِهللا َتَع اَلى َال ُيْلِقي َلَها َبااًل َيْهِو ي ِبَها في َجَهَّنَم‬،‫َد َر جاٍت‬

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda
bersabda. “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu kata-kata yang diredhai Allah
tanpa dia menaruh perhatian padanya maka Allah mengangkatnya lantaran ucapannya itu
beberapa darjat. Dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang dimurkai
Allah tanpa memikirkannya maka ia menjerumuskannya ke dalam Neraka Jahannam.” (Riwayat
Al-Bukhari)

Hadis ke-1516:

‫ «إَّن الَّرُج َل‬: ‫ أَّن رسول هللا – صلى هللا عليه وسلم – َقاَل‬:‫وعن َأبي عبد الرحمان ِبالِل بن الحاِر ِث الُم َز ِنِّي – رضي هللا عنه‬
‫ وإَّن الَّرُج َل َلَيَتَك َّلُم‬،‫َلَيَتَك َّلُم ِبالَك ِلَم ِة ِم ْن ِر ْض َو اِن ِهللا َتَع اَلى َم ا َك اَن َيُظُّن َأْن َتْبُلَغ َم ا َبَلَغ ْت َيْكُتُب ُهللا َلُه ِبَها ِر ْض َو اَنُه ِإَلى َيوِم َيْلَقاُه‬
،‫ والترمذي‬،‫ رواه مالك في الُمَو َّطأ‬.»‫ِبالَك ِلَم ِة ِم ْن َس َخ ِط ِهللا َم ا َك اَن َيُظُّن َأْن َتْبُلَغ َم ا َبَلَغ ْت َيْكُتُب هللا َلُه ِبَها َس َخ َطُه ِإَلى َيْو ِم َيْلَقاُه‬
‫ حديث حسن صحيح‬:‫وقال‬

Daripada Abu Abdurrahman Bilal bin Al-Harits Al-Muzani radhiyallahu


‘anh, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya seseorang
berkata-kata dengan kalimah yang diredhai Allah sementara dia tidak mengira bahawa
ucapannya akan berakibat seperti itu, nescaya Allah akan mencatat untuknya keredhaanNya
kerana ucapannya itu sehingga pada hari dia akan menemuiNya. Dan sesungguhnya seseorang
berkata-kata dengan kalimah yang dimurkai Allah tanpa dia sangka bahawa ia akan berakibat
seperti itu nescaya Allah akan mencatatkan kemurkaanNya kerana ucapannya itu sehingga pada
hari dia menemuiNya.” (Riwayat Malik dalam Al-Muwattha’, Al-Tirmizi, dan dia berkata:
Hasan Sahih)

4
Kandungan hadis:

1. Wajib merenungi dan memikirkan semua perkataan dan perbuatan.

2. Sikap lalai terhadap murka Allah akan menjerumuskan ke dalam Neraka, itulah sejelek-
jelek tempat tinggal.

3. Meremehkan dosa dan perbuatan maksiat boleh menyebabkan pelakunya terjerumus


dalam kebinasaan.

Hadis ke-1517:

‫ َيا‬: ‫ َر ِّبَي ُهللا ُثَّم اْسَتِقْم » ُقْلُت‬: ‫ «قْل‬: ‫ َيا رسوَل هللا حِّدثني بَأْم ٍر َأْعَتِص ُم ِبِه َقاَل‬: ‫ ُقْلُت‬: ‫وعن سفيان بن عبد هللا – رضي هللا عنه – َقاَل‬
‫ حديث حسن صحيح‬:‫ وقال‬،‫ رواه الترمذي‬.»‫ «َهَذ ا‬: ‫ ُثَّم َقاَل‬،‫ َم ا أْخ َو ُف َم ا َتَخ اُف َع َلَّي ؟ َفَأَخ َذ ِبِلساِن َنْفِسِه‬،‫رسوَل ِهللا‬

Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku berkata: “Ya Rasulullah,
beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah:
Allah adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang
paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidahnya kemudian berkata:
“Ini.” (Riwayat Al-Tirmizi dan dia berkata: Hasan Sahih)

Kandungan hadis:

1. Menunjukkan kegigihan sahabat dalam mempelajari kebaikan.

2. Istiqamah adalah dengan ilmu dan amal, seperti mana yang terangkum dalam hadis
riwayat Al-Tirmizi yang menerangkan bahawa istiqamah adalah ilmu, manakala dalam
riwayat Muslim diterangkan bahawa istiqamah adalah amal.

3. Setelah Nabi memerintahkan untuk istiqamah, Baginda berpesan agar menjaga lidah. Ini
mengacu kepada sabda Nabi dalam riwayat lain, “Iman seorang hamba tidak dapat
istiqamah sampai hatinya mampu istiqamah, sedang hati tidak dapat istiqamah, sampai
lidahnya mampu istiqamah.” (Hasan, riwayat Ahmad)

PUNCA MULUT MEMBAWA KE NERAKA

Pada masa kini, medium komunikasi harian kita sebenarnya lebih banyak menerusi aplikasi
media sosial berbanding komunikasi interpersonal sesama manusia? Budaya baharu ini menjadi
semakin popular apabila perubahan gaya hidup secara terpaksa berlaku akibat krisis pandemik
5
Covid-19 yang mula menyerang masyarakat dunia pada sekitar tahun 2020 yang lalu.
Masyarakat berasa gusar kerana pelbagai aktiviti harian yang melibatkan pergerakan fizikal dan
pergaulan sesama individu secara langsung tidak dapat dilakukan terutamanya sewaktu Perintah
Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan. Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi kesan dan
mewujudkan norma baru kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Ledakan pelbagai aplikasi media sosial pada zaman teknologi ini, di samping perubahan norma
baharu yang memerlukan masyarakat berkomunikasi secara atas talian, ternyata telah banyak
mengubah corak kehidupan khususnya cara kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling.
Secara tidak langsung, sedarkah anda bahawa kita sebenarnya mempamerkan keperibadian kita
kepada umum tanpa disedari hanya dengan menggunakan medium media sosial?

Oleh yang demikian, kita hendaklah mempelajari dan memahami adab-adab ketika
menggunakan laman media sosial bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Dalam hal ini,
Islam telah menetapkan garis panduan yang jelas berkaitan tatacara berkomunikasi agar ia dapat
memberi kebaikan kepada semua. Dalam buku yang bertajuk Konsep Tutur Bicara dalam Islam,
pengkaji dapati bahawa buku ini membicarakan tentang peraturan dan panduan untuk bertutur
mengikut kehendak Islam. Dalam buku ini terdapat beberapa konsep tutur bicara yang
ditekankan oleh pengarang, selari dengan kehendak Islam berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-
Hadith. Buku ini juga menyentuh bagaimana cara komunikasi yang terbaik sebagaimana
komunikasi yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai contoh tauladan. Namun begitu,
konsep tutur bicara ini tidaklah dibincangkan secara terperinci dan keteranganya masih boleh
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi (Fauziah Mohamad, 1996).

Antara adab-adab yang perlu dijaga untuk menjadi seorang pengguna media sosial yang
bertanggungjawab adalah:

a) Menyampaikan Perkara yang baik

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia akan
mendapat pahala sebanyak mana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang
mengikutnya.” (Riwayat Muslim)

b) Pastikan sahih baru kongsi

6
Masalah utama yang sering berlaku di laman-laman media sosial ialah penyebaran maklumat
palsu dan tidak sahih secara berleluasa. Gejala ini dilakukan oleh sebahagian besar para
pengguna tanpa sedikit pun rasa bersalah. Tidak takutkah kita pada dosa yang perlu
ditanggung akibat memfitnah seseorang atau menyebarkan sesuatu yang tidak sahih? Justeru,
apabila terbaca sebarang maklumat di media sosial, selidikilah terlebih dahulu serta pastikan
ia benar-benar sahih sebelum menyebarkannya. Jika tidak pasti, janganlah menyebarkan
maklumat tersebut dan biarkan sahaja ia berlalu di newsfeed anda.

c) Menjaga aib

Pada hari ini, setiap orang seolaholahnya berlumba-lumba untuk memperlihatkan kehidupan
peribadi masing-masing di media sosial sehingga ada kalanya perkara yang dipertontonkan
itu mampu mengaibkan diri sendiri atau orang lain. Lebih malang, terdapat netizen yang
memuat naik video suami mereka yang sedang tidur tanpa memakai baju, isteri yang tidak
menutup aurat dengan sempurna ataupun memuat naik gambar anak kecil yang sedang mandi
berbogel. Sebagai seorang individu muslim yang beriman, jagalah aib dengan tidak
mempertontonkan perkara-perkara tidak manis untuk dilihat oleh orang ramai yang boleh
menjadi dosa. Begitu juga dengan maruah anak-anak kecil yang masih belum dapat
memahami apa-apa. Selain itu, hentikanlah juga tabiat suka mengaibkan orang lain dengan
menjaja cerita buruk mengenai seseorang di media sosial atau memuat naik gambar orang
lain yang pada ketika itu berada dalam keadaan yang kurang sopan. Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesiapa yang menutupi (aib) seseorang muslim, maka Allah akan menutup
aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat al- Bukhari)

d) Jangan berkata yang buruk mengenai orang lain

Jangan sesekali menjadi seorang yang negatif dengan sering menulis perkara-perkara buruk
mengenai orang lain. Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing, malah diri kita
sendiri pun mempunyai banyak kelemahan. Jadi, siapalah kita untuk memperkatakan perkara
buruk mengenai orang lain jika diri kita sendiri pun setiap hari melakukan dosa? Janganlah
terlalu ghairah menjaja keburukan orang lain di media sosial dan memburuk-burukkan orang
lain seolah-olah hanya kita sahaja manusia yang baik, betul dan sempurna di dunia ini tanpa
sebarang cacat cela. Menurut Drs. H. Mod. Rifa’i (2002) yang memetik kata-kata

7
Muhammad al-Ghazali dalam Akhlak Seorang Muslim menyatakan bahawa kejujuran adalah
nilai yang amat dihargai sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa kejujuran itu
pintu gerbang syurga (dapat membawa seseorang ke jalan syurga) manakala kedustaan pula
adalah pintu gerbang ke neraka. Bahkan orang yang tidak jujur tidaklah beragama dan salah
satu dari tanda-tanda hari kiamat ialah hilangnya kejujuran dari masyarakat manusia.

KESIMPULAN

Terdapat pepatah menyatakan bahawa, lidah lebih tajam daripada pedang. Ianya benar. Ini
kerana dengan kata-kata, boleh mengubah sesuatu perkara menjadi lebih baik ataupun buruk.
Dengan kata lain, percakapan kita seharian sangat berbahaya jika tidak di jaga dengan baik.
Sebagai contoh, fitnah. Fitnah boleh menyebabkan kehidupan orang lain binasa. Manakala
percakapan yang penuh dan sarat dengan pesanan baik pula akan membentuk sikap dan
perbuatan yang baik. Oleh kerana itu, banyak hadith yang menyentuh tentang pentingnya
menjaga lisan sesama manusia.

RUJUKAN

Abdul Mua’ti Haji Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdullah Muhammad Zin. (1997). Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan
Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Drs. H. Mod. Rifa’i. (2002). Akhlak seorang Muslim. Selangor:Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

Fauziah Mohamad. (1996). Konsep Tutur Bicara dalam Islam. Johor Bahru:Jahabersa.

Anda mungkin juga menyukai