Anda di halaman 1dari 21

Tafsir Ibnu Katsir : Al-Quran Al Azim Jilid 1 oleh Al Hafiz ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il

bin Umar bin Katsir al-Qurasyi ad-Dimasyqi. Dar Al-Kitab Musriyyah.

AMIRUL HAFIZ BIN MOHD AMIN (A178084)


Program Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia 43600 UKM Bangi, Malaysia. A178034@siswa.ukm.ukm.edu.my

ABSTRAK

Kitab Tafsir Ibnu Kathir Jilid Satu ini mempunyai empat bab dimana bab pertama
membincangkan mengenai pengenalan Tafsir Ibnu Kathir, penafsiran al-Quran merangkumi
metode-metodenya. Bab kedua membincangkan mengenai surah al-Fatihah, fadilat surah al-
Fatihah, dan bacaan Fatihah dalam solat. Bab ketiga merangkumi penafsiran surah al-Fatihah dan
bab keempat pula merangkumi penafsiran surah al-Baqarah. Dalam membincangkan dan
menghurai isi kandungan tersebut satu persatu, penulis membawakan penafsiran tanpa mengubah
sebarang maksud dari penafsiran al-Quran, maklumat ilmiah melalui persembahan dan gaya
bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap lapisan pembaca.

PENGENALAN

Pengajian tafsir al-Quran telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w di mana baginda sendiri
adalah pentafsir ayat-ayat al-Quran yang diturunkan bagi tujuan penerangan dan pemahaman isi
kandungan al-Quran di kalangan para sahabat dan umat Islam pada ketika itu. Baginda sendiri
telah menggariskan metode-metode tafsir alQuran yang betul dengan menggunakan sumber-
sumber ma’thur agar generasi seterusnya menjadikan ia sebagai disiplin ilmu dan menghindari
berlakunya penyelewengan terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Quran dari makna sebenar.

Sebagai karya yang bersejarah Tafsir al-Quránnul Azim, karya ibn katsir ini merupakan salah
satu kitab yang menjadi rujukan dari sebahagian banyak kitab tafsir, tidak asing ditelinga ketika
seorang mubaliqh, ulama, mahasiswa menyebutkan rujukannya terhadap tafsir ibn katsir.
Sebagai seorang ulama besar pada zamannya, ibn katsir bukan saja dikenal sebagai seorang
musfasir, tapi juga seorang muhaddis (ahli hadist), muarikh (sejarahwan), fiqh (Ahli Fiqh), yang
di akui akan kedalaman ilmunya. Banyak ulama yang memuji ibn Katsir terutama akan

1
keutamaan kitab tafsir al-Quránnul Azimnya yang banyak mempunyai keistimewaanya, menurut
Muhammad Husain Al-Zahabi, ia berkata:”Imam ibn Katsir adalah seorang pakar fiqih yang
sangat ahli, seorang ahli hadis dan mufasir yang sangat sempurna, dan juga Mualif (pengaranga)
dari banya buku” yang tafsir ibn Katsir ini tetap berpedoman kepada masodir tafsir, yaitu al-
Qurán bil Qurán, al-Qurán bissunnah, al- Qurán bi qauli sahabat, dan bi kaidah loqhotil arabiyah.

LATAR BELAKANG IBNU KATSIR

Nama penuh Ibnu Katsir adalah Ímad al-Din Ismail ibn Umar ibn Katsir al-Quraisy al-Dimsyqi.
Yang lebih terkenal dengan sebutan Abu Al-Fida’. Beliau dilahirkan di Basrah Iraq pada tahun
700 H/1300 M. Pada awalnya Ibn Katsir lebih dikenal dengan kedalaman Ilmu Hadisnya, kerana
ia banyak belajar ilmu-ilmu hadis kepada ulama-ulama terkemuka di Hijaz. Dan Ibn Katsir
mendapatkan ijazah hadis dari al-Wani, dan juga ibn Katsir menimba ilmu kepada seorang pakar
hadis terkenal dari Suriah yakni Jamal Ad-Din al-Mizzi( w. 742H/1342M), yang pada akhirnya
ibn Katsir bernikah dengan anak perempuan gurunya sendiri. Sebelum ia dikenal dikalangan para
ulama, ibn Katsir tidak lebih dari seorang yang senderhana rakyat biasa di Suriah, namanya
menjadi terkenal ketika beliau terlibat dalam penelitian kes untuk menentukan hukuman bagi
seorang zindiq yang dituduh menganut paham hulul (inkarnasi) yang mana penelitian ini di
tangani oleh Gabenor Suriah, Altunbuga al-Nasiri di akhir tahun 741 H/1341 M). Dan bermula
ketika itu nama Ibn Katsir banyak dikenaldikalangan para pencari ilmu hadis, dan setelah
menangani kes tersebut Ibn Katsir menduduki jabatan sesuai dengan ilmu yang ia kuasai. Dalam
bidang ilmu hadis, pada tahun 748H/1348 M ia menggantikan posisi gurunya Muhammad ibn
Muhammad alZahabi(1284-13348 M), sebagai guru Di Turba Umm Salih, iaitu sebuah lembaga
pendidikan, pada tahun 756H/1355 M, stelah meninggalnya Hakim Taqiuddin al-Subki(683-756
H/1284-1355M) ibn Katsir di angkat menjadi ketua dalam sebuah lembaga pendidikan bernama
“Dar al-Hadis al-Asyrafiyah” lalu pada tahun 768H/1366 M ibn Katsir di angkat menjadi guru
besar oleh Gabenor Mankali Buga disebuah Masjid Umayah Damaskus.

2
ISI KANDUNGAN TAFSIR

Dalam bab pertama, penulis terlebih dahulu memperkenalkan Kitab al-Quran al-Azim kepada
pembaca dan metod-metod penafsirannya. Tafsiirul Qura-aanil ‘Aziim atau yang lebih dikenali
dengan Tafsir Ibnu Kathir adalah kitab tafsir yang paling tersohor di dunia Islam.
Ketersohorannya itu merangkumi beberapa faktor iaitu pertama kepakaran penulisnya. Iaitu al
Hafiz ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il bin Umar bin Kathir al-Qurasyi ad-Dimasyqi, salah
seorang ulama yang mahir dalam berbagai bidang ilmu agama juga merupakan seorang ulama
Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mengikuti manhaj Salafussoleh dalam beragama, baik dalam
masalah akidah, ibadah mahupun akhlak. Antara bidang yang ditekuni adalah tafsir al-Quran.
Beliau juga bergelar al-Hafiz iaitu seorang ahli hadis yang telah menghafal beribu-ribu teks hadis
Nabi. Antara metode penulisan tafsir ialah dengan mengambil metode penulisan tafsir bil
ma’tsur, sebuah metode yang diakui kesohihannya, tepat dan lurus kerana menyandarkan
penafsiran ayat-ayat al-Quran kepada landasan yang kuat iaitu mentafsirkan al-Quran dengan al-
Quran, penafsiran al-Quran dan hadis, serta penafsiran al-Quran dengan pendapat para ulama
tafsir Salafussoleh dari kalangan para sahabat dan tabiin. Selain itu, tafsir ini juga menggunakan
ilmu-ilmu bahasa Arab dan kaedah-kaedahnya yang lazim digunakan dalam penafsiran al-Quran
al-Karim. Tafsir ini juga murni kerana kitab tafsir ini hanya menjelaskan maksud firman Allah
dan bersifat umum, tidak menitikberatkan pada salah satu bidang penafsiran sahaja.

Di dalam bab kedua ini pula, penulis memberi pendedahan awal mengenai surah al-Fatihah yang
merupakan ummul kitab bagi al-Quran. Surah al-Fatihah diturunkan sebelum Hijrah, di Mekah.
Surah al-Fatihah mengandungi 7 ayat, 29 kalimat, 131 huruf dan ada juga yang mengatakan 7
ayat, 25 kalimat dan 125 huruf. Bernama al-Fatihah kerana ianya menjadi pembukaan bacaan
dalam solat juga dinamakan sebagai Ummul Quran, Ummul Kitab, Assab’ul Matsani dan al-
Quranul Azim. Imam Bukhari berkata bahawa yang bernama Ummul Quran itu adalah
merupakan satu induk dari al-Quran kerana ia mangandungi semua isi al-Quran dan pertama
yang ditulis di dalam mushaf, juga pertama dibaca di dalam Ummul Kitab. Manakala Ummul
Kitab merupakan induk dari semua kitab Allah yang telah diturunkan kepada Nabi-Nabi.
Assab’ul Matsani pula merupakan tujuh ayat pujian yang selalu diulang-ulang oleh setiap
Muslim sekurang-kurangnya 17 kali dalam sehari semalam dalam satu solat fardhu. Al-Fatihah
adalah pembuka al-Kitab yang diturunkan dari perbendaharaan di bawah arasy dan ianya

3
merupakan doa yang paling mustajab. Surah ini dinamakan Al-Fatihah yakni Fatihatul Kitab
hanya secara tulisan, dengan surah ini bacaan dalam solat dimulai. Surah al-Fatihah dinamakan
pula Alhamdu, juga disebut Ash-solat. Surah al-Fatihah disebut pula solat, kerana ia merupakan
syarat di dalam solat. Surah Al-Fatihah dinamakan pula Syifa, seperti yang disebutkan di dalam
riwayat Ad-Darimi melalui Abu Sa'id secara marfu iaitu, Fatihatul kitab (surah Al-Fatihah)
merupakan ubat penawar bagi segala jenis racun. Surah al-Fatihah dikenal pula dengan nama
ruqyah seperti yang disebutkan di dalam hadis Abu Sa'id yang sohih iaitu di saat dia
membacakannya untuk mengubati seorang lelaki sihat (yang tersengat kalajengking).Selain itu,
menurut Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad harus membaca al-Fatihah dan tidak sah
jika diganti dengan surah yang lain. Mereka berdalil dengan hadis nabi mafhumnya, “Siapa yang
solat tidak membaca al-Fatihah maka solatnya itu kurang sempurna dan tidak sempurna”, dan
Imam Syafie mewajibkan membaca al-Fatihah pada tiap rakaat (ms. 1-15).

Bab ketiga ini pula penulis membawakan penafsiran Ibnu Kathir dalam surah al-Fatihah ayat 1
hingga 7 mengandungi pujian dan syukur kepada Allah dengan menyebut nama Allah dan sifat-
sifatNya yang mulia, menyebutkan hal hari kemudian, pembalasan dan tuntutan kemudian
menganjurkan kepada hamba supaya meminta kepada Allah dan merendah diri pada Allah serta
lepas bebas dari daya kekuatan diri menuju kepada tulus ikhlas dalam melakukan ibadat dan
tauhid pada Allah. Selain itu, menganjurkan kepada hamba sahaya untuk selalu meminta hidayat
taufik dan pimpinan Allah untuk dapat mengikuti sirat mustaqim supaya dapat tergolong dari
golongan hamba-hamba Allah yang telah mendapat nikmat dari golongan Nabi, Siddiqin,
Syuhada’ dan Solihin. Juga mengandungi anjuran supaya tulus dalam mengerjakan amal soleh
dan mengelakkan dari tergolong dalam golongan orang yang dimurkai atau tersesat dari jalan
Allah (ms.16-30).

Bab keempat pula penulis membawakan penafsiran Ibnu Kathir dalam surah al-Baqarah dari ayat
1 sehingga 287. Surah al-Baqarah diturunkan sesusah Hijrah disebut Madaniyah, mengandungi
287 ayat, 6121 kata (kalimat) 25 500 huruf termasuk muka surat pertama yang diturunkan di
Madinah. Pertama penulis membawakan penafsiran kalimah awal di dalam surah al-Baqarah
iaitu Alif Laam Miim. Para ulama’ tafsir berselisih pendapat tentang huruf huruf yang
mengawali dibanyak surah al-Quran. Di antaranya ada yang mengatakan bahwa hal ini
merupakan sesuatu yang hanya di fahami oleh Allah s.w.t sahaja, maka mereka pun

4
mengembalikan pengertian ini kepada Allah dan tidak berani mentafsirkannya. Hal diatas
menurut riwayat Al Qurtubi melalui kitab tafsirnya melalui Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, dan
Ibnu Mas’ud. Ada juga yang mengatakan bahwa alif lam mim, ha mim, alif lam mim sad, dan
sad merupakan pembuka pembuka surah yang diperlakukan oleh Nya dalam al-Quran. Hal ini
dari Sofyan As Sauri meriwayatkan dari Ibnu Abu Nujaih, dari Mujahid. As sya’bi mengatakan,
fawatihus suwar merupakan asma asma Allah. Ada juga dikatakan oleh Salim Ibnu Abdullah dan
Ismail Ibnu Abdur Rahman As Syaddiyyul Kabir Syu’bah mengatakan dari As Saddi, telah
sampai kepadanya suatu berita yang mengatakan bahwa Ibnu Abbas pernah berkata: “alif lam
mim merupakan asma Allah yang teragung”. Manakala ayat 2 hingga 5 menceritakan mengenai
sifat orang muttaqin iaitu beriman pada segala berita dan ajaran ghaib, mendirikan solat dan
berzakat serta percaya pada apa yang diturunkan, diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan apa yang
diajarkan oleh Nabi-Nabi sebelumnya serta yakin terhadap akhirat (m.s 31-36).

Manakala ayat 6 hingga 7 surah al-Baqarah menyebutkan tentang sifat orang kafir iaitu tidak
mentaati ajaran Allah dan Rasulullah, kesombongan mereka sehingga mengabaikan hak dan
enggan mendengarkan ajaran tuntutan yang baik. Di dalam ayat 8 hingga 20 pula menerangkan
mengenai sifat orang munafiq iaitu golongan yang berusaha menunjukkan iman dan
menyembunyikan kafir. Mereka telah mendustakan segala berita ghaib, ajaran yang dibawa oleh
Nabi, meragukan ajaran tuntutan Islam seperti mengetahui halal haram, baik dan buruk namun
meraguinya dan kembali kepada kegelapan. Maka kesimpulan dari semua ayat-ayat ini bahawa
kaum mukminin terbahagi kepada dua iaitu, muqarrabin dan abrar. Manakala orang kafir juga
terbahagi kepada dua iaitu pimpinan dan pengikut. Ayat 21 hingga 24 pula menerangkan
mengenai panggilan Allah kepada semua manusia iaitu menujukkan sifat Tuhan yang mencipta
dan menjadikan semua makhluk. Dalam ayat ini Allah s.w.tmenjelaskan keesaan Uluhiyyah-
Nya, bahawa Dia-lah yang menganugerahkan nikmat kepada hamba-hambaNya dengan
menciptakan mereka dari tidak ada menjadi ada, serta menyempurnakan bagi mereka nikmat
lahir mahupun batin. Ayat ke 25 pula menerangkan mengenai penghibur bagi orang beriman
iaitu Allah telah menyebutkan berbagai macam seksaan dan ancaman bagi orang kafir dan kini
giliran Allah menyebutkan keadaan orang yang berbahagia diberi kenikmatan di syurga Allah.
Ayat 26 hingga 28 menerangkan mengenai kekafiran itu menyalahi jalan akal yang sihat serta
contoh orang dalam menanggapi perumpamaan (m.s 44-77).

5
Seterusnya ayat ke 29 menerangkan bahawa semua yang di bumi dijadikan Allah untuk
kepentingan manusia. Setelah Allah s.w.t menyebutkan bukti keberadaan dan kekuasaan-Nya
kepada makhluk-Nya melalui apa yang mereka saksikan sendiri pada diri mereka, lalu Dia
menyebutkan bukti lain melalui apa yang mereka saksikan, iaitu penciptaan langit dan bumi. Di
dalam ayat ini terkandung dalil yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t memulakan penciptaan
dengan menciptakan bumi, kemudian menciptakan tujuh lapis langit. Memang demikianlah cara
membangun sesuatu, iaitu dimulai dari bahagian bawah, setelah itu baru bahagian
atasnya. Penafsiran seterusnya iaitu ayat ke 30 adalah mengenai pemberitahuan Allah kepada
malaikat akan menjadi khalifah. Dalam ayat ini Allah memberitakan karunia-Nya yang besar
kepada anak Adam dan menyebut keadaan mereka sebelum diciptanya di hadapan para malaikat.
Ayat ke 31 hingga 34 pula menerangkan mengenai Nabi Adam diajar semua nama oleh Allah
s.w.t untuk menunjukkan kelebihan Adam untuk menjadi khalifah. Di sini Allah menyebutkan
kemuliaan kedudukan Nabi Adam a.s kerana Allah memberinya ilmu nama dari segala benda
dan hal itu terjadi setelah sujudnya para Malaikat kepada Adam, dan didahului dengan
pertanyaan para malaikat tentang hikmat pengangkatan khalifah di bumi yang langsung bahawa
Allah mengetahui apa yang tidak mereka ketahui. Juga untuk menerangkan kelebihan Adam
dengan ilmunya itu. Ayat seterusnya pada ayat ke 35 hingga 39 menerangkan mengenai Nabi
Adam yang bertempat di syurga, kemudian turun untuk menjalankan tugasnya sebagai khalifah.
Kemudian pada ayat 40 hingga 46 menerangkan mengenai panggilan Allah kepada Bani Israil
supaya menepati janji, tugas perintah Allah dan perintah percaya kepada al-Quran. Selain itu,
pada ayat ini menerangkan tentang tuntutan berpegang kepada kesabaran dan solat dalam
menghadapi segala persoalan hidup dan kehidupan (ms. 78-105).

Dalam ayat 47 hingga 66 menceritakan mengenai dakwah kepada Bani Israil dalam pelbagai
sifat-sifat dan sikap mereka dalam agama. Oleh itu, dalam ayat tersebut Allah SWT
mengingatkan Bani Israil akan nikmat yang telah diberikan pada nenek moyang mereka
terdahulu, malah umat nabi Muhammad lebih afdhal dari mereka. Di samping itu, surah al-
Baqarah yang membawa maksud sapi betina (lembu betina) kerana di dalamnya telah disebutkan
kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah s.w.t kepada Bani Israel. Kisah ini
bermula daripada ayat 67 sehingga ayat 74. Muhammad ‘Ali al-Sabuniy dalam kitab tafsirnya
yang terkenal iaitu ‘Safwah al-Tafasir’ telah menjelaskan bahawa tujuan surah ini dinamakan

6
sebagai al- Baqarah (sapi betina) adalah bertujuan untuk mengingatkan kembali mukjizat yang
telah berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.

Pada zaman Nabi Musa as, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel yang telah
dibunuh, tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Apabila mereka mengadu tentang pembunuhan ini
kepada Nabi Musa a.s., Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Baginda supaya menyuruh mereka
(Bani Israel) untuk menyembelih seekor sapi betina, kemudian memukul mayat dengan
sebahagian anggota sapi tersebut. Dengan izin Allah, mayat yang mati dibunuh itu dapat hidup
semula dan memberitahu mereka siapakah pembunuhnya. Mukjizat ini membuktikan betapa
Allah s.w.t berkuasa menghidupkan semula makhluk walaupun sesudah mati. Ketika Bani Israel
diperintahkan untuk menyembelih sapi betina itu, al-Quran telah merakamkan bagaimana
kedegilan golongan Bani Israel yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah tersebut dengan
mencari pelbagai alasan dan hujah. Namun, akhirnya mereka terpaksa juga melakukannya kerana
tiada lagi hujah dan tipu daya yang dapat mereka bentangkan kepada nabi Musa. Inilah sikap
Bani Israel (Yahudi) sehingga ke hari ini. Mereka secara terang dan jelas menceroboh wilayah
Palestin, namun dalam masa yang sama mereka membuat tipu helah dengan membunuh umat
Islam Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri (ms. 109-135).

Justeru itu, dalam ayat 75 hingga 80 pula, Allah SWT mencela orang-orang yang mengaku
beriman kepada Allah dan kitab-Nya,tetapi tidak mengetahui isi kitab Allah SWT, kecuali dikira
hanya berisi cerita dongeng atau membaca tanpa memahami maksudnya. Manakala dalam ayat
83, Allah SWT menerangkan tugas yang diwajibkan-Nya kepada semua umat manusia dengan
perantaraan para nabi dan Rasul yang di utus-Nya, adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah
SWT, takut dang berharap hanya pada-Nya, berbakti kepada ibu bapa dan berbuat baik terhadap
sesame manusia. Dalam ayat 87, di mana Allah SWT menerangkan kesombongan dan tentangan
Bani Israil terhadap para nabi dan Rasul, bahawa mereka hanya menurut hawa nafsu seperti kitab
Taurat diturunkan pada nabi Musa, tetapi orang Yahudi telah mengubah dan menyalahi hukum
serta menakwil dengan menggunakan hawa nafsu (ms. 136-151).

Selain itu, dalam ayat 103 hingga 105 ini, Allah SWT telah melarang hamba-Nya yang beriman,
supaya tidak meniru orang kafir dalam percakapan dan perbuatan mereka. Dalam ayat 106 ini
Allah SWT menutupnya dengan kalimat yang memperkenalkan bahawa kekuasaan Allah SWT
itu mutlak, kuasa atas segala-galanya dan ayat 107 menegaskan bahawa tidakkah anda

7
mengetahui bahawa Allah itulah yang memiliki langit dan bumi dan bagimu selain Allah tidak
ada pelindung, pembantu dan penolong. Ini suatu penolakan jitu terhadap kaum Yahudi yang
mengatakan tidak mungkin terjadinya nasikh dan mansukh dalam agama Allah SWT. Manakala
dalam ayat 110, Allah mengungkapkan kepada hamba yang beriman bahawa golongan ahli kitab
mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana Allah mengurniakan nabi Muhammad
SAW. Justeri itu, orang mukmin perlu banyak berlapang dada dengan mereka dan menjaga
tugasan sendiri seperti solat, membayar zakat, dan amal kebaikan (ms. 170-188).

Seterusnya, dalam ayat 111 hingga 113, Allah SWT menyatakan terpedayanya kaum Yahudi dan
Nasrani oleh perasaan hawa nafsunya sehingga menyatakan bahawa tidak akan dapat masuk
syurga kecuali orang Yahudi atau Nasrani, tetapi didustakan oleh Allah pernyataan mereka,
dengan tuntutan Allah supaya menanyakan mereka apakah buktinya bahawa mereka
memonopoli syurga. Kemudian Allah menyatakan bahawa syurga itu adalah bagi sesiapa sahaja
orang Islam yang taat, patuh dan memenuhi tuntutan dalam semua urusan kehidupannya apa
yang telah diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Dalam ayat 120 hingga
121, Allah mengingatkan bahawa golongan Yahudi dan Nasara tidak berpuas hati kepadamu
sebelum kamu mengikuti agama dan kehendak mereka. Oleh itu, sebagai muslim hendaklah
mencapai redha Allah maka itulah merupakan satu-satunya jalan yang selamat di dunia dan di
akhirat. Selain itu, dalam ayat 125 hingga 128 ini untuk menolak pengakuan yahudi dan Nasara
yang mengakui bahawa mereka yang membina Ka’abah untuk haji dan umrah serta solat, tetapi
tidak mengerjakan semua itu, malah nabi Musa telah melakukan haji, demikian pula nabi-nabi
selepas nabi Ibrahim (ms. 193-216).

Ayat 129 menerangkan tentang doa Nabi Ibrahim kepada penduduk Makkah untuk memohon
kepada Allah supaya diutuskan utusan Rasul. Ayat 130 hingga 132, Allah menunjukkan
kesalahan, kebodohan, kesesatan orang kafir yang mengabaikan ajaran Nabi Ibrahim untuk
bertauhid kepada Allah dan meninggalkan semua berhala. Dalam ayat 133 dan 134, penulis
menerangkan tentang menjelangnya kematian Nabi Yaakub a.s, beliau berwasiat kepada anak-
anaknya agar menyembah Allah semata-mata, tidak menyukutukanNya. Maka, anak-anaknya
mengikut wasiat Nabi Yaakub dengan menyembah Tuhan dan patuh kepadaNya sepertimana
dilakukan oleh Nabi Yaakub dan orang-orang terdahulu sebelumnya (ms. 221- 243),

8
Penulis mengatakan bahawa dalam ayat 135, Allah menyuruh Nabi Muhammad SAW
menyatakan kepada orang Yahudi bahawa agama yang dibawa oleh Ibrahim itu lurus benar dan
bukan sebagai orang yang musyrik. Ayat 136 membahaskan tentang Allah SWT memberikan
petunjuk kepada hamba-hambaNya yang Mukmin untuk beriman kepada Rasulullah SAW secara
terperinci dalam segala halnya dan beriman kepada semua kitab yang pernah diturunkan kepada
Rasul dan para nabi yang terdahulu secara ijmal (ms. 244-246).

Dalam ayat 137 dan 138, penulis mengatakan tentang orang kafir dan ahli kitab yang mahu
beriman kepada semua kitab dan rasul Allah, serta tidak membezakan seorang pun diantara
mereka maka iman dan petunjuk mereka adalah tepat. Dan jika mereka berpaling daripada jalan
yang benar (agama Allah), maka Allah akan memelihara umatNya daripada ancaman mereka.
Penulis menghuraikan ayat 139 hingga 141 bahawa dalam ayat ini Allah SAW memberikan
petunjuk kepada NabiNya bagaimana cara menangkis hujah orang-orang musyrik yang
mendakwa bahawa Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain beragama Yahudi atau Nasrani (ms. 247-
250)

Seterusnya, penulis menekankan tentang kiblat dalam ayat 142 hingga 144. Nabi SAW pada
mulanya diperintah untuk menghadap ke Baitul Maqdis, dan ketika di Makkah Nabi SAW solat
diantara dua rukum sehingga ke Baitul Maqdis di depan Kaabah. Kemudian, setelah berhijrah ke
Madinah tidak dapat menghimpunkan kedua kiblat sebab masing-masing berlawanan maka Allah
SWT memansukhkan kiblat Baitul Maqdis dan menyuruh Nabi SAW menghadap Kaabah.
Setelah itu, orang-orang munafik dan kaum Yahudi yang meragukan kejadian itu merebut
peluang dengan menimbulkan persoalan-persoalan yang meragukan tetapi Allah SWT telah
menjawab pertanyaan sepertimana dalam ayat diatas. Sesungguhnya terserah kepada Allah untuk
menetapkan kiblat timur atau barat sebab keduanya hak milik Allah, hukum perintah dan
ketentuan hanya di tangan Allah (ms. 250-263).

Dalam ayat 145, penulis mengatakan dalam ayat ini Allah menerangkan kepada umat Islam akan
kedegilan orang Yahudi dan penyelewengan mereka dari ajaran kitab Allah yang ada pada
mereka, terutama mengenai sifat-sifat Rasulullah SAW yang disebut dalam kitab mereka. Allah
juga mengatakan bahawa mereka tidak akan menurut kiblat umat Islam dan tetap pada kebatilan
dan penyelewengan mereka walaupun umat Islam dapat membawa kebenaran tentang Islam.
Dalam ayat 146 dan 147, Allah menerangkan bahawa ulama ahlul kitab mengetahui kebenaran

9
apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan mengenal peribadi Rasulullah SAW sebagaimana
mereka mengenal anak kandung mereka sendiri. Dalam ayat 148, penulis mengatakan tiap suku
dan agama mempunyai arah tujuan sendiri, sedangkan arah yang diredhai Allah ialah yang
diperintahkan kepada kaum Mukminin (ms. 263-266).

Penulis menghuraikan bahawa ayat 149 menjelaskan perubahan kiblat ke Kaabah itu hak dan
benar-benar dari perintah Allah yang sesuai dengan keinginan Rasulullah SAW. Dalam ayat 150
pula penulis menghuraikan bahawa Allah menerangkan kepada umat Islam untuk mengikut
kiblat ke Kaabah untuk mematahkan dan menghentikan alasan orang Yahudi. Dalam ayat 151
dan 152, Allah mengingatkan hambaNya nikmat yang telah diberikan dan dikurniakan kepada
mereka. Selepas itu, Allah turut mengingatkan hambaNya untuk bersabar dan sembahyang dalam
ayat 153. Dalam ayat 154, Allah menerangkan bahawa orang mati syahid fi sabilillah tetap hidup
di syurga dan tidak mati (ms. 266-275)

Penulis mengatakan dalam ayat 155 hingga 157 Allah memberitahu bahawa Allah akan menguji
hambaNya dan pahala keatas mereka yang bersabar dalam musibah dan ujian. Dalam ayat 158,
Allah menerangkan bahawa sa’I diantara Shafa dan Marwah termasuk dalam syiar agama Allah,
sepertimana yang disyariatkan pada Nabi Ibrahim dalam manasik haji. Penulis menekankan
tentang ancaman Allah dalam ayat 159 hingga 162 terhadap orang yang berani atau dengan
sengaja menyembunyikan apa yang diajarkan oleh para Rasul. Dalam ayat 163, Allah
menyatakan keEsaanNya, Tunggal yang dihajatkan oleh semua makhlukNya (ms. 275-284)

Dalam ayat 164 Allah menunjukkan kejadian langit yang tinggi dan luas disamping bintang,
bulan dan matahari, kemudian bumi dan semua yang ada diatasnya serta silih gantinya malam
dengan siang. Penulis mengatakan Allah menerangkan tentang keadaan kaum musyrikin di dunia
dan apa yang menimpa pada mereka di akhirat dalam ayat 165 hingga 167. Seterusnya, dalam
ayat 168 dan 169, Allah menyatakan bahawa semua makanan di bumi adalah halal dan baik serta
turut melarang manusia mengikuti jejak bisikkan syaitan yang sengaja menyesatkan manusia
daripada tuntunan Allah. Dalam ayat 170 dan 171, Allah menerangkan adanya orang-orang yang
degil dan buta dengan mengikuti apa yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu yang tidak
mengetahui apapun tentang agama dan tidak mahu mengikuti apa yang diturunkan Allah kepada
RasulNya (ms. 284-292)

10
Allah menyuruh hambaNya supaya makan dari rezeki yang halal dan baik serta bersyukur
kepada Allah atas nikmat yang diberi olehNya dalam ayat 172 dan 173. Dalam ayat 174 hingga
176, Allah menerangkan kejahatan orang Yahudi menyembunyikan sifat-sifat Nabi SAW yang
disebut dalam kitab Allah yang ada di tangan mereka. Kemudian dalam ayat 177, penulis
menyatakan bahawa tuntutan iman dan takwa yang sesungguhnya dalam berbagai kepercayaan
dan amal perbuatan yang tidak dapat dipisahkan. Allah menetapkan hukum qishash (balasan
yang sepadan, adil) dalam ayat 178 dan 179. Dalam ayat 180 hingga 182, terdapat perintah Allah
yang mewajiban berwasiat untuk kedua ayah ibu dan keluarga atau kerabat yang terdekat (ms.
292-311)

Penulis menyatakan dalam ayat 183 dan 184, Allah memanggil umat yang beriman untuk
menyuruh mereka berpuasa, yakni menahan diri daripada hawa nafsu terutamanya nafsu makan
sepertimana yang telah diwajibkan kepada umat-umat yang terdahulu. Dalam ayat 185, Allah
memuji bulan Ramadhan yang terpilih untuk turunnya al-Quran, bahkan kitab-kitab Allah yang
diturunkan pada Nabi-nabi juga diturunkan di bulan Ramadhan. Ayat 186, Allah menerangkan
bahawa Allah tidak akan mengecewakan doa orang yang berdoa dan tidak akan
mengabaikannya, bahkan selalu mendengar doa dan menerimanya (ms. 312-324).

Ayat 187 merupakan izin dari Allah dan keringinan bagi umatNya dari segi hukum puasa yang
tidak seperti yang terjadi pada permulaan Islam. Dalam ayat 188, penulis menceritakan tentang
ayat ini mengenai larangan menyuap hakim sebagai cara mendapatkan harta yang bukan hak
sendiri dan keputusan hakim tidak akan mengubah hakikat yang haram untuk menjadi halal atau
sebaliknya (ms. 324-334).

Ayat 189 menjelaskan bahawa maksud bulan sabit adalah petunjuk kepada waktu seperti puasa.
seterusnya, ayat tersebut menjelaskan lagi bahawa adab seseorang kepada pemerintah
bergantung bagaimana ia memberi kesetiaan bukannya adab peraturan yang telah ditetapkan
pada suatu bangsa (ms. 334-335).

Ayat 190-193 menjelaskan tentang suruhan nabi berperang dengan orang kafir yang memerangi
mereka sahaja dan membiarkan mereka yang tidak memerangi umat Islam. Namun ayat
seterusnya (ayat 191) menyatakan untuk memerangi orang kafir dimana sahaja mereka dijumpai.
Sebab turun ayat ini adalah ketika orang kafir melanggar perjanjian mereka yang isinya kaum
muslimin boleh membuat umrah pada tahun akan datang. Ketika mereka melangar perjanjian

11
mereka maka turunlah ayat tersebut. Ayat 194 menyatakan bahawa dibolehkan berperang ketika
itu walaupun berada di bulan haram berperang. Seterusnya ayat 195 menjelaskan bahawa Allah
menyuruh tiap kaum muslimin untuk berperang demi menegakkan agama Allah (ms. 336-342).

Ayat 196 menerangkan tentang manasik haji. Hendaklah seseorang berniat hanya satu antara niat
haji mahupun umrah. Seandainya dia berniat umrah, hendaklah ketika mana berada di rumahnya
bukan ketika sedang beliau melakukan perdagangan dan di situ ia pun berniat. Hal ini kerana
pengertian kesempurnaan itu ketika sejar dari rumahnya lagi. Begitu juga orang yang melakukan
umrah, tiba-tiba ingin menyambung umrahnya kepada haji, maka dia hendaklah dikenakan dam
(ms. 334-349).

Ayat 197-199 menjelaskan tentang niat haji dan melakukan haji pada bulan-bulan tertentu
sahaja. Dan apabila seseorang sedang melaksanakan haji, hendaklah menjauhi daripada sifat keji
dan fasid. Ayat seterusnya pula menjelaskan tentang orang yang sedang melakukan haji, tidak
mengapa jika dia membawa barang dagangannya sekali dan dia tetap melakukan perkara-perkara
yang dilakukan ketika orang berhaji namun ia turut melakukan perdagangan. Ia masih dianggap
sebagai berhaji. Menerusi ayat 199 Allah mengangap semua manusia adalah sama dan apa yang
membezkan antara manusia ialah ketakwaan dan ketaatanya terhadap Allah dan menjauhi
perkara yang dilarang (ms. 349-357).

Ayat 200-202 menganjurkan seseorang untuk memperbanyakkan berzikir kepada Allah setelah
selesai menunaikan manasik haji, sebagaimana dahulu di masa jahiliyah mereka iaitu orang kafir
sebelum memeluk Islam membanggakan ayah-ayah mereka iaitu patung yang mereka sembah.
Ayat 203 pula menjelaskan tentang zikir yang diperintahkan dalam ayat ini ialah takbir pada
setiap solat fardhu pada hari tasyriq (ms. 357-362).

Dalam ayat 204-206, menjelaskan manusia yang munafik iaitu mereka yang membenarkan
perkataan Rasulullah namun sebenarnya mereka adalah manusia yang keras kepala. Apabila
golongan ini berpaling, mereka akan melakukan kerosakan seperti merosakkan pertanian,
pertenakan dan kebinasaan semata-mata. Apabila diberi nasihat supaya menghentikan perbuatan
tersebut, namun keegoan dan kesombongan mereka bertambah-tambah. Setelah Allah menyebut
sifat orang munafik, maka dalam ayat 207, Allah pula menyebut sifat orang mukmin yang baik
disebabkan terpimpin melalui tuntutan Allah dan ajaran rasulullah. Seterusnya ayat 208-209
menyuruh hambanya yang beriman supaya melaksanakan semua tuntutan syariat Islam dan

12
meninggalkan semua larangannya. Ayat 210 tentang ancaman Allah terhadap orang kafir yang
menentang nabi Muhammad (ms. 362-368).

Seterusnya, ayat 211-212 menjelaskan sifat bani israil yang berpaling dengan Allah sedangkan
mereka menyaksikan bukti yang datang daripada nabi musa. Maka, Allah mengancam bagi
mereka yang menukarkan nikmat Allah dengan tentangan kekafiran dengan siksaan yang amat
berat. Penentangan orang kafir ini disebabkan kelalaian mereka kepada dunia semata-mata. Ayat
213 menjelaskan bahawa agama yang dibawa para rasul adalah berpaksikan hanya satu, dan
apabila berlaku penyelewengan maka Allah akan utuskan nabi untuk membetulkannya (ms. 368-
374).

Ayat 214 pula menjelaskan bahawa setiap manusia akan diuji hati mereka untuk membuktikan
adakah mereka ini benar-benar beriman kepada Allah dan rasulnya. Ayat 215 menjelaskan
bahawa, bersedekah hendaklah berpadah iaitu bersedekah kepada keluarga dahulu seperti ibu
bapa, saudara lelaki dan perempuan, sanak saudara dan kerabat yang terdekat. Sedekah yang
tidak mengenai sasaran umpama perbuatan yang sia-sia belaka. Melalui aya 216, menjelaskan
mengapa jihad diwajibkan kerana untuk menghentikan bahaya musuh yang akan melanggar
kehormatan Islam (ms. 374-376).

Ayat 216-217 menjelaskan tentang peristiwa rasulullah mengutuskan pasukan tujuh orang yang
dipimpin oleh Abdullah bin Jahsya untuk pergi ke Bathnu Nakhlah dengan membawa surat,
tetapi tidak boleh membaca surat tersebut sehingga sampai ke destinasinya. Ayat seterusnya
menjelaskan kaum muslimin menahan ghanimah kerana orang kafir ketika itu juga menahan
sahabat mereka. Ayat 218 menjelaskan bahawa para sahabat nabi yang berjuang mendapat
pahala disisi Allah dengan pahala jihad mereka (ms. 376-381).

Ayat 219 menjelaskan tentang bahayanya arak dan judi. Manakala ayat 220 menjelaskan baiknya
apbila memperbaiki urusan mereka, tidak menyakiti mereka. Ayat 221 menyatakan tentang lebih
baik mengahwini perempuan dan lelaki muslimin daripada mengahwini lelaki dan perempuan
musyrikin sekalipun lelaki musyrikin mengagumimu. Ayat 222-223 menjelaskan tentang
larangan menyetubuhi isteri ketika berada dalam haid. Menyetubuhi isteri ketika selain haid dan
pada tempat yang dibolehkan (ms. 382-395).

13
Ayat 224-225 menjelaskan tentang larangan bersumpah dengan nama Allah untuk tidak berbuat
baik dengan keluarga dan kaum kerabat. Jika bersumpah, maka hendaklah ia membayar kafarah.
Allah akan nilai sumpah tersebut berdasarkan niat sebenarnya. Ayat 226-227 pula menjelaskan
tentang sekiranya bersumpah tidak melakukan jimak dengan isteri selama tidak lebih dari 4
bulan, maka isteri tersebut hendaklah bersabar. Jika melebihi 4 bulan maka isteri berhak
menuntut pada suami untuk berjimak atau meminta cerai (ms. 395-401).

Ayat 228 menyatakan tentang wanita yang telah haid apabila ia diceraikan hendaklah beridah
selama 3 kali suci dan jika suami inginkan perdamaian, dia boleh meruju’ isteri yang diceraikan
itu selama tempoh ia beridah. Ayat 229-230 menjelaskan bahawa suami hanya boleh ruju’ 2 kali
sahaja. Kali yang ke tiga suami talak isterinya maka tidak sah untuk diruju’ sehingga bekas
isterinya itu berkahwin dengan orang lain dan suami baru terhadap isteri itu mentalakkannya.
Ayat 231-232 menjelaskan seorang suami sekiranya telah menceraikan iserinya, hendaklah
berbuat baik kepada bekas isterinya selepas tempoh iddah habis dan tidak mendendami mereka.
Sekiranya ia meruju’ kembali, hendaklah dengan niat yang baik. Dilarang menyekat isteri atau
suami yang ingin ruju’ kembali untuk bersama kerana Allah lebih mengetahui berbanding
manusia (ms. 401-421).

Ayat 233 adalah tentang tuntutan Allah kepada ibu untuk menyusukan bayi mereka 2 bulan
sebagai lengkapnya penyusuan seorang anak. Seterusnya, ayat 234 berupa perintah Allah kepada
para janda yang ditinggalkan mati oleh suami untuk beriddah selama 4 bulan 10 hari. Termasuk
mereka ini wanita yang sudah di setubuhi atau belum disetubuhi. Mengenai ayat 235, Allah
melarang seorang lelaki masuk meminang secara terang ketika wanita tersebut masi dalam iddah
(ms. 241-430).

Ayat 236 menjelaskan, Allah mengizinkan talak sesudah akad namun sebelum jima atau sebelum
ditetapkan maharnya. Berdasarkan ayat 237, sekiranya telah ditentukan maharnya sebelum di
jima, maka mahar hendaklah dikembalikan setengah daripadanya kecuali jika pihak lelaki
berlapang dada tidak menerima mahar tersebut (ms. 430-434).

Mengenai ayat 238-239, perintah Allah supaya orang menjaga waktu solat serta syarat dan
rukunnya. Maksud solat yang hendak dijaga ialah ketika waktu solat subuh. Jika tidak dapat solat
dengan sebaiknya, contoh takut disebabkan perang, maka solatlah dengan seadanya. Manakala
ayat 240-242 merupakan tuntutan supaya wajib wasiat terhadap isterinya jika mati suaminya

14
akan belanja dan tempat tinggal selama setahun. Ayat ini mansuh kepada ayat 234 yang
menetapkan iddah 4 bulan 10 hari. Ayat 243-245 menjelaskan adanya orang yang akan berusaha
untuk menghindarkan diri dari ketentuan takdir Allah namun akhirnya akan masuk dalam
perangkap juga (ms. 434-439).

Seterusnya penulis meneruskan lagi tafsiran surah Al-Baqarah ayat 243 hingga ayat 245 yang
membincangkan tajuk menghindarkan diri dari takdir sama sekali tidak bermanfaat, demikian
pula menghindarkan diri dari jihad, tidak mendekatkan atau menjauhkan ajal. Penulis telah
mendatangkan pengajaran dan dalil yang menunjukkan bahawa tindakan menghindarkan diri dari
takdir itu sama sekali tidak berguna. Dan bahawasanya tidak ada tempat berlindung dari
ketentuan Allah kecuali kepada-Nya. Hal ini kerana mereka pergi dengan tujuan menghindarkan
diri dari wabak penyakit untuk meraih kehidupan yang panjang, tetapi mereka mendapatkan
kebalikan dari apa yang mereka tuju. Kematian mendatangi mereka dengan cepat dan dalam satu
waktu (ms. 442-444).

Penulis meneruskan lagi dengan menafsirkan surah Al-Baqarah ayat 246 sehingga ayat 247 di
bawah tajuk kisah pengangkatan Thalut sebagai raja Bani Israil untuk memimpin perang. Penulis
menyimpulkan dengan mengatakan bahawa sesungguhnya Allah Taala itu Maha luas kurnia-
Nya, dan Allah telah mengkhususkan rahmat-Nya bagi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan
Maha mengetahui siapa yang berhak memegang pemerintahan dan siapa yang tidak berhak (m.s
445).

Kemudian penulis menyambung lagi tafsiran kepada ayat yang ke 248 di bawah tajuk bukti
keberkahan kerajaan Thalut bagi bani Israil yang merupakan sambungan daripada ayat yang
sebelum ini. Seterusnya disambung lagi pada ayat 249, iaitu ujian bagi pasukan Thalut dan pada
ayat 250 hingga ayat 252 di bawah perbahasan tentang peperangan antara pasukan Thalut dan
Jalut. Dan seterusnya perbahasan tentang kemenangan orang-orang Mukmin walaupun mereka
lebih sedikit (ms. 447).

Seterusnya penulis menyambung lagi pentafsiran pada ayat 253 iaitu Allah SWT melebihkan
sebahgian Rasul atas sebhagian yang lain. Penulis menyatakan bahawa Allah SWT memberitahu
bahawa Dia telah melebihkan sebahgian Rasul ke atas sebahgian yang lain berasaskan firman-
Nya dan juga hadis daripada Rasulullah S.A.W (ms. 449).

15
Pada ayat 254 pula pentafsiran tentang dorongan untuk berinfak yang mana penulis mengatakan
bahawa Allah SWT telah memerintahkan hamba-hambaNya supaya menginfakkkan sebahagian
dari apa yang telah Dia kurniakan kepada mereka di jalan-Nya, iaitu jalan kebaikan. Manakala
ayat ke 255 ialah perbahasan tentang ayat kursi. Penulis mengatakan bahawa jalan terbaik dalam
memahami ayat-ayat kursi tersebut yang terkandung maknanya dalam beberapa hadis sohih
adalah dengan menggunakan metode yang digunakan para ulama Salafus Soleh. Penulis
menambah lagi dengan mengatakan bahawa ulama Salafus Soleh ini memahami makna ayat-ayat
tersebut tanpa takyif (menanyakan kaifiat/ hakikat) dan tanpa tasybih (menyerupakan dengan
makhluk) (ms. 456).

Seterusnya pada ayat yang ke 256 pula adalah merupakan tafsiran tentang tiada paksaan untuk
masuk Islam (ms. 460). Dan seterusnya disambung pada ayat yang ke 257 di bawah
perbincangan tentang Allah SWT adalah wali orang-orang yang beriman, sedangkan syaitan
adalah wali-wali bagi orang kafir (ms. 463). Manakala pada ayat ke 258 pula adalah merupakan
tafsiran yang menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Raja Namrud (ms. 467).
Disambung pula pada ayat yang ke 259 yang menceritakan kisah ‘Uzair a.s (ms. 470-472).

Manakala pada ayat yang ke 260 ialah tafsiran tentang bukti kekuasaan Allah SWT bagi Ibrahim
(ms. 473). Seterusnya disambung ayat yang ke 261 iaitu perumpamaan dilipat kali gandakan
pahala infak. Pada hal ini penulis mengatakan bahawa perumpamaan ini lebih menyentuh jiwa
daripada penyebutan bilangan 700 kali lipat, hal ini kerana menurut penulis perumpamaan
tersebut mengandungi isyarat bahawa pahala amal soleh itu dikembangkan oleh Allah SWT bagi
para pelakunya, sebagaimana tumbuh-tumbuhan, tumbuh subur bagi orang yang menanamnya di
tanah yang subur. Dan menurut penulis lagi terdapat jua hadis yang menyebutkan tentang
gandaan kebaikan sehingga 700 kali ganda (ms. 474-475).

Penulis menyambung lagi dengan tafsiran ayat yang ke 262 sehingga 264 iaitu tentang larangan
menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima infak. Penulis mengatakan bahawa Allah
SWT memuji orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan-Nya, dan tidak menyertai
kebaikan dan sedekah yang diinfakkannya itu dengan mengungkit-ungkitnya di hadapan si
penerima dan tidak juga di hadapan orang lain, baik melalui ucapan mahupun perbuatan (ms.
476-480).

16
Pada ayat yang ke 265 pula menerangkan tentang perumpamaan orang Mukmin yang berinfak
dengan ikhlas. Penulis menegaskan bahawa perumpamaan orang-orang beriman yang
meneginfakkan hartanya untuk mencari keredhaan Allah. Yang bermaksud, mereka yang benar-
benar yakin dan teguh bahawa Allah akan memberikan pahala atas amal perbuatan mereka
tersebut dengan pahala yang lebih banyak (ms. 481).

Manakala pada ayat yang ke 266 pula ialah merupakan perumpamaan orang mengganti amal
ketaatan dengan kemaksiatan. Selenjutnya disambung lagi dengan pentafsiran pada ayat yang ke
267 sehingga ayat 269 iaitu dorongan untuk berinfak dengan harta yang baik dan juga penjelasan
mengenai hikmah (482-488).

Tafsiran pada ayat yang ke 270 hingga ayat 271 pula adalah merupakan tafsiran tentang bahawa
Allah SWT Maha mengetahui dan akan membalas amal hamba-Nya dan juga mengenai asal dari
infak adalah lebih baik dilakukan secara sembunyi-sembunyi, namun boleh juga dilakukan
secara terang-terangan. Penulis mengatakan bahawa Allah SWT memberitahukan bahawa Dia
mengetahui segala perbuatan hamba-hamba-Nya. Di antaranya berupa kebaikan, yang terdiri dari
infak dan nazar. Allah Ta’ala menjamin bahawa Dia akan memberikan balasan yang lebih
banyak atas semua itu bagi mereka yang mengerjakannya untuk mencari keredhaan Allah serta
mengharapkan janji-Nya (ms. 491).

Seterusnya di sambung lagi dengan ayat yang ke 272 sehingga 274 iaitu bimbingan Allah dalam
berinfak. Manakala pada ayat 275 pula membincangkan tentang larangan memakan riba.
Menurut penulis, setelah Allah menceritakan tentang orang-orang yang berbuat kebajikan,
mengeluarkan infak, membayar zakat, serta mengutamakan kebajikan dan sedekah, didatangkan
pula ayat yang mana Allah mulai menceritakan tentang orang-orang yang memakan riba dari
harta kekayaan orang lain. Yakni dengan cara yang tidak dibenarkan, serta berbagai macam
syubhat (ms. 492-496).

Di sambung lagi pada ayat 276 sehingga ayat 277 tentang dihapuskan manfaat dan keberkatan
daripada riba. Dalam hal ini, penulis menafsirkan dengan mengatakan bahawa allah
memberitahukan bahawa Dia menghapuskan riba, baik menghilangkannya secara keseluruhan
dari tangan pelakunya mahupun mengharamkan keberkatan hartanya, sehingga ia tidak dapat
mengambil manfaat darinya. Bahkan Allah Taala akan melenyapkan hasil riba itu di dunia dan
memberikan hukuman kelak pada hari Kiamat (ms. 497-500).

17
Pada ayat yang ke 282 pula adalah pentafsiran tentang perintah untuk meninggalkan riba. Penulis
mentafsirkan lagi dengan mengatakan bahawa Allah Taala berfirman seraya memerintahkan
hamba-hamba-Nya yang beriman untuk bertakwa kepada-Nya sekaligus melarang mereka
mengerjakan hal-hal yang mendekatkan kepada kemurkaan-Nya dan menjauhkan dari
keredhaan-Nya (ms. 513).

Manakala pada ayat yang ke 282 sehingga ayat yang ke 283 pula membicarakan tentang hutang.
Pada ayat ini diberikan penerangan tentang perintah mencatat hutang, barang jaminan dalam
hutang, perintah menunaikan amanat (hutang) dan juga larangan menyembunyikan persaksian.
Seterusnya pada ayat yang ke 284 pula ialah tentang ilmu Allah yang meliputi segala sesuatu dan
juga Allah Taala akan menghisab amal hamba-Nya. Pada ayat ini penulis menafsirkan dengan
mengatakan bahawa Allah Taala telah memberitahu bahawa Dia bukan sahaja mengetahui
malahan menghisab semua itu. Oleh kerana itu, turunnya ayat ini terasa sangat memberatkan
para Sahabat. Hal ini kerana kedalaman iman dan keyakinan mereka (ms. 522). Di akhir kitab
ini penulis mengakhirinya dengan memberi pentafsiran pada ayat yang ke 285 sehingga ayat 286
di dalam surah Al-Baqarah yang memebicarakan tentang pujian Allah terhadap iman orang-
orang Mukmin dan juga doa mereka (ms. 527).

GURU-GURU

Guru utama Ibnu katsir adalah Burhan al-Din al-Fazari (660-729 H.), seorang ulama terkemuka
dan menganut mazhab Syafi’i, dan kamal al-Din ibnu Qadhi Syuhbah. Kedua guru ini dia
belajar Fiqh, dengan mengkaji kitab al-Tanbih karya al-Syirazi, sebuah kitab furu’ syafi`iyah,
dan kitab Mukhtashar Ibn Hajib dalam bidang Ushul al-Fiqh. Disebabkan ilmu kedua orang guru
ini, Ibnu katsir menjadi ahli Fiqh sehingga menjadi tempat rujukan penguatkuasa dalam
persoalan-persoalan hukum. Dalam bidang hadis, ia belajar hadis dari ulama Hijaz dan mendapat
dari Alwani, serta meriwayatkannya terus daripada huffazh terkemuka pada ketika itu, seperti
Syeikh al-Din ibn al-Asqalani dan Syihab al-Din al-Hajjar (w. 730 H.) yang lebih terkenal
dengan sebutan Ibnu al-Syahnah.

Dalam bidang Sejarah, peranan al-Hafizh al-Birzali (w. 739 H.), sejarahwan dari kota Syam,
cukup besar. Dalam mengupas peristiwa-peristiwa, Ibnu katsir memfokuskan pada kitab Tarikh
karya gurunya tersebut. Berkat al- Birzali dan tarikhnya, Ibnu katsir menjadi sejarahwann yang
besar dan karyanya sering dijadikan rujukan ulama dalam penulisan sejarah Islam. Pada usia 11

18
tahun dia menyelesaikan hafalan al-Qur’an, selanjutnya mendalami ilmu qira’at, dari studi tafsir
dan ilmu tafsir, dari Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah (661-728 H.)

HASIL KARYA

Berikut ini adalah bagian karya-karya Ibnu katsir iaitu:

1. Al-Tafsir, sebuah kitab Tafsir bi al-Riwāyah yang terbaik, dimana Ibnu katsir menafsirkan al-
Qur’an dengan al-Qur’an, kemudian dengan hadis- hadis masyhur yang terdapat dalam kitab-
kitab para ahli hadis, disertai dengan sanadnya masing-masing.

2. Al-Bidāyah wa al-Nihāyah, sebuah kitab sejarah yang berharga dan terkenal, dicetak di Mesir
di percetakan al-Sa`adah tahun 1358 H. Dalam 14 Jilid. Dalam buku ini Ibnu katsir mencatat
kejadian-kejadian penting sejak awal penciptakaan sampai peristiwa-peristiwa yang menjadi
pada tahun 768 H, yakni lebih kurang dari 6 tahun sebelum wafatnya.

3. Al-Sirah (ringkasan sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.). Kitab ini telah dicetak di Mesir
tahun 1538 H, dengan judul, al-Fushul fi Ikhtishari Sirat Rasul.

4. Al-Sirah al-Nabawiyah (kelengkapan sejarah hidup Nabi SAW.).

5. Ikhtishar ‘Ulumul al-Hadist, Ibnu katsir meringkaskan kitab Muqaddimah Ibn Shalah, yang
berisi ilmu Musthalah al-Hadist. Kitab ini telah di cetak di Makkah dan di Mesir, dengan
penelitian yang dilakukan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir pada tahun 1370 H.

6. Jami al-Masanid wa Al-Sunan, kitab ini disebut oleh Syaikh Muhammad Abdur Razzaq
Hamzah dengan judul, al-Huda wa al-Sunnah fi Ahadis al- Masanid wa al-Sunan, dimana Ibnu
katsir telah menghimpun antara Musnad Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la dan Ibnu Abi
Syaibah dengan al-Kutub al-Sittah menjadi satu.

7. Al-Takmil fi Ma`rifah al-Tsiqaaat wa al-Dhu’afa’i wa al-Majahil, dimana Ibnu katsir


menghimpun karya-karya gurunya, al-Mizzi dan al-Dzahabi menjadi satu, yaitu Tahzib al-Kamal
dan Mizan al-I`tidal, disamping ada tambahan mengenai al-Jarh wa al-Ta`dil.

8. Musnad al-Syaikhain, Abi Bkr wa Umar, musnad ini terdapat di Darul Kutub al-Mishriyah.
19
9. Risalah al-Jihad, di cetak di Mesir.

10. Thabaqat al-Syafi`iyah, bersama dengan Manaqib al-Syafi`i.

11. Iktishar, ringkasan dari kitab al-Madkhal ila Kitab al-Sunan karangan al- Baihaqi.

12. Al-Muqaddimat, isinya tentang Musthalah al-Hadis.

13. Takhrij Ahadist Adillatit Tanbih, isinya membahas tentang furu’ dalam madzab al-Syafi`i.

14. Takhrij Ahadistsi Mukhtashar Ibn Hajib, berisi tentang usul fiqh.

15. Syarah Shahih Al-Bukhari, merupakan kitab penjelasan tentang hadis- hadis Bukhari. Kitab
ini tidak selesai, tetapi dilanjutkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani (952 H./ 1449 M. )

16. Al-Ahkam,kitab fiqh yang didasarkan pada al-Qur’an dan hadist.

17. Fadillah al-Qur’an, berisi tentang sejarah ringkasan al-Qur’an. Kitab ini ditempatkan pada
halaman akhir Tafsir Ibnu Katsir.

18. Tafsir al-Qur’an al-Azhim, lebih dikenal dengan nama Tafsir Ibnu Katsir. Diterbitkan
pertama kali dalam 10 Jilid, pada tahun 1342 H./ 1923 M. Di Kairo

PENUTUP

Demikianlah sekilas tentang ibn Katsir dan tafsir Ibn Katsir semoga dapat kita jadikan semangat
untuk terus menimba ilmu sebagaimana beliau yang dikenal sebagai ulama yang menguasi
berbagai bidang ilmu pengetahun. Sebagai seorang muhaddis maka ketika ia menafsikan ayat al-
Qur’an sebagian besar ia menggunakan hadis. Begitupun dengan bidang-bidang ilmu
pengetahuan yang beliau kuasi terlihat jelas ketika ia menafsirkan ayat-ayat alQur’an.

RUJUKAN

al-Farmawi, al-Bidayah fi Tafsir alMaudu’’(1976). Cairo: Dar al-Kutub alArabiyyah

al-Ghazali. Muhammad. Berdialog dengan al-Qur’an: Memahami pesan Kitab Suci dalam
Kehidupan Masa Kini (1997). Bandung : Terj. Masykur Hakim dan Ubaidilah

Al-Qattan. Manna’ (1973). Mabahis fi Ulum AlQur’an, Beirut: Mansurat al-Asr alHadis.

As-Sidqi. Hasbi (1980). Sejarah dan Pengantar Ilmu al-Qurán atau Tafsir. Jakarta

20
As-Sabuni. Ali Muhammad (1981). Muktasar Tafsir ibn Katsir, Beirut: Dar alQur’an al-
Karim,1402H/1981M.

21

Anda mungkin juga menyukai