Anda di halaman 1dari 36

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 2)

Hari Khamis.

Tarikh 11 Februari 2016.

Masa 10.00 pagi - 10.30 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 3 orang.

Tema Deria.

Tajuk Mari Meramas.

Bidang Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah dapat menggenggam.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Merenyukkan kertas warna menggunakan tangan dengan baik.


2. Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar.

Senarai Bahan/Alat Kertas warna dan bakul.

Ruang Aktiviti Kawasan ruang tamu rumah.

Langkah-langkah 1. Pendidik memberi sehelai kertas warna kepada semua kanak-


Perlaksanaan kanak.
2. Pendidik meminta kanak-kanak merenyukkan dan meramas
kertas hingga menjadi bulatan yang membentuk bola.
3. Pendidik meletakkan bakul pada jarak yang sedikit jauh dari
kanak-kanak dan meminta kanak-kanak membaling dalam bakul
tersebut.
4. Kanak-kanak membaling kertas warna yang direnyukkan ke
dalam bakul.
5. Aktiviti membaling dilakukan secara berulang kali.

Perhatian 1. Kesihatan kanak-kanak baik sebelum memulakan aktiviti.


2. Ruang yang digunakan sesuai dan selamat untuk pergerakan
kanak-kanak.
3. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan
tidak berbahaya dan selamat.

Refleksi

LAMPIRAN

BBM yang digunakan iaitu kertas warna dan bakul.


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 5)

Hari Selasa.

Tarikh 1 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Besar dan Kecil?

Bidang Perkembangan Fizikal dan Psikomotor.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah dapat memegang objek dengan baik.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Menarik jaring bola menjadi besar dengan baik melalui


bimbingan guru.
2. Menolak jaring bola menjadi kecil dengan baik melalui
bimbingan guru.
3. Meningkatkan kemahiran motor halus (jari) apabila menarik dan
menolak jaring bola.

Senarai Bahan/Alat Bola berjaring (boleh jadi besar dan kecil).

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.

Langkah-langkah 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.


Perlaksanaan 2. Pendidik berbual dan bermesra dengan kanak-kanak.
3. Setelah kanak-kanak selesa dan gembira, pendidik mengeluarkan
bola berjaring dan menunjukkannya kepada kanak-kanak.
4. Pendidik menunjukkan cara-cara menarik jaring bola untuk
menjadi besar dan menolak jaring bola untuk menjadi kecil
menggunakan jari kepada kanak-kanak.
5. Pendidik memberi kepada kanak-kanak dan meminta mereka
mencubanya.
6. Pendidik memastikan kanak-kanak bergilir-gilir dan tidak
berebut apabila menggunakan bola berjaring.
7. Pendidik membimbing kanak-kanak menarik dan menolak
dengan betul.
8. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami kecederaan
apabila melakukan aktiviti tersebut.
9. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak


dalam keadaan baik sebelum memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti ialah selamat dan sesuai dengan kanak-
kanak.
3. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
4. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, selesa dan
selamat untuk pergerakan kanak-kanak.

Refleksi
LAMPIRAN

Contoh bola berjaring yang boleh jadi besar dan boleh juga jadi kecil.
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 5)

Hari Rabu.

Tarikh 2 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Mari Dapatkan Span.

Bidang Perkembangan Fizikal dan Psikomotor.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah dapat berjalan.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Berjalan mengikuti lorong yang disediakan dengan baik dan


seimbang melalui bimbingan guru.
2. Menggunakan motor kasar seperti berjalan atau berlari dalam
keadaan yang seimbang.

Senarai Bahan/Alat 1. Masking tape.


2. Span mainan.

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.

Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan tempat untuk aktiviti seperti lorong


Perlaksanaan berjalan dan meletakkan span mainan pada akhir lorong.
2. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
3. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami kecederaan
fizikal dan bersedia melakukan aktiviti.
4. Pendidik menunjukkan cara-cara berjalan dan pada akhir lorong
mengambil span mainan.
5. Pendidik meminta kanak-kanak melakukan seperti apa yang
dilihat.
6. Pendidik membimbing kanak-kanak agar berjalan tidak melebihi
garisan.
7. Pendidik memastikan pergerakan kanak-kanak dalam keadaan
selamat dan tidak terjatuh.
8. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak


dalam keadaan baik sebelum memulakan aktiviti.
2. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, selesa dan
selamat untuk pergerakan kanak-kanak.
4. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti ialah selamat dan sesuai dengan kanak-
kanak.

Refleksi
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 5)

Hari Khamis.

Tarikh 3 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Main dan Kemas.

Bidang Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah boleh memegang objek dengan baik.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Menyimpan mainan lego di dalam bekas yang disediakan selepas


bermain.
2. Bermain mainan lego yang sama dalam kumpulan secara
berkongsi dan tidak berebut.

Senarai Bahan/Alat 1. Mainan lego.


2. Bekas simpan mainan lego.

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.

Langkah-langkah 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.


Perlaksanaan 2. Pendidik berbual dan bermesra dengan kanak-kanak.
3. Pendidik membawa mainan lego dan memberi kanak-kanak
bermain.
4. Pendidik memantau dan membimbing kanak-kanak sepanjang
mereka bermain mainan lego supaya tidak berebut dan
berkongsi.
5. Setelah hampir waktu rutin makan tengah hari, pendidik
meminta kanak-kanak mengemas mainan lego dengan meminta
mereka meletakkan semua lego ke dalam bekas yang disediakan.
6. Pendidik meminta kanak-kanak bersama-sama mengangkat dan
menghantar bekas tersebut ke tempat asal.
7. Pendidik memastikan pergerakan kanak-kanak dalam keadaan
selamat.
8. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum


memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti ialah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
4. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, selesa dan
selamat semasa menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak.

Refleksi
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 5)

Hari Jumaat.

Tarikh 4 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Menjaga Kasut Saya.

Bidang Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah dapat mengenal kasut masing-masing.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Meletakkan kasut sendiri di rak kasut yang telah disediakan.


2. Memakai dan membuka kasut sendiri dengan bimbingan guru.

Senarai Bahan/Alat 1. Kasut kanak-kanak.


2. Rak kasut.
3. Buaian mini.
4. Gelongsor mini.
5. Jongkang-jongkit mini.

Ruang Aktiviti Halaman luar taska.

Langkah-langkah 1. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami sebarang


Perlaksanaan kecederaan fizikal dan bersedia melakukan aktiviti.
2. Pendidik membawa kanak-kanak ke halaman luar taska.
3. Pendidik menyusun kasut kanak-kanak dan meminta kanak-
kanak mengambil kasut masing-masing.
4. Setelah kanak-kanak mengambil kasut masing-masing, pendidik
meminta kanak-kanak memakainya.
5. Pendidik membimbing kanak-kanak jika mereka tidak mahir
atau tidak tahu memakai kasut sendiri.
6. Pendidik membiarkan kanak-kanak bermain gelongsor, buaian
dan jongkang-jongkit mini yang telah disediakan.
7. Pendidik sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak sepanjang
mereka bermain agar tidak berlaku sebarang kecederaan.
8. Apabila hampir waktu makan tengah hari, pendidik meminta
mereka membuka kasut dan meletakkan kasut masing-masing di
rak kasut yang telah disediakan.
9. Pendidik memberi peluang kepada kanak-kanak membuka kasut
sendiri.
10. Pendidik membimbing kanak-kanak yang tidak mahir atau tidak
tahu membuka kasut.
11. Pendidik memastikan kanak-kanak meletakkan kasut masing-
masing di rak kasut yang telah disediakan.
12. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah berjaya meletakkan kasut di rak kasut yang
disediakan.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak


dalam keadaan baik sebelum memulakan aktiviti.
2. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, selesa dan
selamat untuk pergerakan kanak-kanak.
4. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti ialah selamat dan sesuai dengan kanak-
kanak.
Refleksi
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 6)

Hari Isnin.

Tarikh 7 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Perah dan Ramas.

Bidang Perkembangan Fizikal dan Psikomotor.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat memegang objek dengan baik.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Memerah span yang basah melalui bimbingan.


2. Meramas span yang telah kering dengan baik.
3. Meningkatkan kemahiran motor halus dengan memerah dan
meramas.

Senarai Bahan/Alat 1. Span.


2. 2 mangkuk plastik :
 Berisi sedikit air.
 Tiada air.

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.


Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan-bahan dan tempat untuk
Perlaksanaan melakukan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami kecederaan
fizikal, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik memastikan kanak-kanak duduk di tempat yang kering
dan tidak berair.
5. Pendidik menunjukkan bekas plastik yang berisi sedikit air
kepada kanak-kanak dan mencelupnya menggunakan span
kering.
6. Kemudian, pendidik memerah span tersebut ke mangkuk lain
yang tiada air.
7. Pendidik memberikan setiap seorang kanak-kanak span kering
dan meminta mereka berbuat demikian.
8. Pendidik memastikan pergerakan kanak-kanak dalam keadaan
terkawal dan aktiviti memerah dilakukan secara bergilir-gilir.
9. Pendidik membimbing kanak-kanak yang tidak tahu memerah
span.
10. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak memasukkan span ke
dalam mulut, minum air perahan dan menumpahkan air perahan.
11. Setelah kanak-kanak memerah span menjadi tidak basah, kanak-
kanak diberi bermain dengan meramas span masing-masing.
12. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak.

Perhatian 1. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-


kanak.
2. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum
memulakan aktiviti.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, tidak basah,
tidak licin dan selamat semasa menjalankan aktiviti dengan
kanak-kanak.
4. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.

Refleksi
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 8)

Hari Isnin.

Tarikh 21 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 3 tahun.

Bil Kanak-kanak 6 orang.

Tema -

Tajuk Warnaiku!

Bidang Perkembangan Kreativiti dan Estetika.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat memegang objek menggunakan jari (moto halus)
Ada dengan baik.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Mewarnakan templet kartun kanak-kanak lelaki mengikut


kreativiti masing-masing.
2. Memegang pensil warna dengan pengangan yang betul melalui
bimbingan.

Senarai Bahan/Alat 1. Gambar kartun kanak-kanak lelaki.


2. Templet kartun kanak-kanak lelaki.
3. Pensil warna.
Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.

Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan


Perlaksanaan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami masalah
kesihatan, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan.
5. Pendidik memastikan setiap kanak-kanak mempunyai ruang
sebelum memulakan aktiviti.
6. Pendidik menunjukkan gambar kartun kanak-kanak lelaki
kepada kanak-kanak.
7. Pendidik bersoal-jawab dengan kanak-kanak mengenai gambar
kartun tersebut.
8. Pendidik menyediakan pensil warna dan templet kartun kanak-
kanak lelaki kepada kanak-kanak.
9. Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan templet kartun
tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
10. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mencederakan rakan
seperti mencucuk menggunakan pensil sepanjang aktiviti
mewarna.
11. Pendidik membimbing kanak-kanak yang tidak tahu memegang
pensil warna.
12. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum


memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
4. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.

Refleksi
LAMPIRAN

Gambar kartun kanak-kanak lelaki yang digunakan sebagai


salah satu cara meningkatkan minat kanak-kanak mengikuti aktiviti.

Templet kartun kanak-kanak lelaki yang disediakan.


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 8)

Hari Rabu.

Tarikh 23 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 3 tahun.

Bil Kanak-kanak 6 orang.

Tema -

Tajuk Mengenal Bentuk.

Bidang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat memegang objek menggunakan jari (moto halus)
Ada dengan baik.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Mengenal bentuk segi empat, segi tiga, bulat, bintang dan love
dengan baik.
2. Mencantum puzzle bentuk dengan bimbingan.

Senarai Bahan/Alat 1. Puzzle bentuk:


 segi empat
 segi tiga
 bulat
 bintang
 love

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.


Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan
Perlaksanaan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami sebarang
masalah kesihatan, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan.
5. Pendidik menunjukkan puzzle bentuk segi empat kepada kanak-
kanak.
6. Pendidik mengajar kanak-kanak yang tidak mengetahui bentuk
segi empat.
7. Pendidik memberi kanak-kanak memegang dan merasai keratan
puzzle bentuk segi empat secara bergilir-gilir.
8. Pendidik mengulang langkah 5 hingga 7 dengan puzzle bentuk
lain seperti segi tiga, bulat, bintang dan love.
9. Setelah selesai, pendidik memberi kanak-kanak setiap seorang
satu puzzle bentuk.
10. Pendidik meminta kanak-kanak mencantumkan puzzle bentuk
yang diberi.
11. Pendidik membimbing kanak-kanak yang tidak dapat
mencantumkan puzzle bentuk yang diberi.
12. Pendidik menukar puzzle bentuk lain setelah kanak-kanak dapat
mencantumkan puzzle bentuk yang diberi.
13. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum


memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.
4. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
Refleksi

LAMPIRAN

Lima puzzle bentuk iaitu segi empat, segi tiga, bulat, bintang dan love yang digunakan.
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 8)

Hari Khamis.

Tarikh 24 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 3 tahun.

Bil Kanak-kanak 6 orang.

Tema -

Tajuk Mengecam Bunyi Haiwan.

Bidang Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat menggunakan deria penglihatan dan


Ada pendengaran dengan baik.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Mengenal haiwan ayam, itik, lembu, kambing dan kucing dengan


baik.
2. Mengecam bunyi haiwan ayam, itik, lembu, kambing dan kucing
dengan bimbingan.
3. Membunyikan bunyi haiwan ayam, itik, lembu, kambing dan
kucing dengan betul.

Senarai Bahan/Alat 1. Gambar haiwan (ayam, itik, lembu, kambing, kucing).


2. Audio bunyi haiwan (ayam, itik, lembu, kambing, kucing).
3. Bakul.
4. Potongan kadbod.
5. Bola ping-pong.
Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.

Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan


Perlaksanaan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami sebarang
masalah kesihatan, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan.
5. Pendidik menunjukkan bakul yang terdapat gambar ayam, itik,
lembu, kambing dan kucing.
6. Pendidik menunding jari pada gambar ayam.
7. Pendidik mengajarkan kanak-kanak yang tidak mengenal ayam.
8. Pendidik memasang dan memperdengarkan audio bunyi ayam
kepada kanak-kanak.
9. Pendidik mengajar dan membimbing kanak-kanak yang tidak
mengenal dan tidak tahu membunyikan bunyi ayam.
10. Pendidik mengulang langkah 6 hingga 9 pada gambar itik,
lembu, kambing dan kucing.
11. Pendidik memberikan bola ping-pong dan meminta kanak-kanak
membalingnya ke dalam bakul.
12. Pendidik meminta kanak-kanak memberitahu haiwan
berdasarkan bola ping-pong yang dibaling terkena pada mana-
mana gambar haiwan. Kemudian, membunyikan haiwan
tersebut. (Misalnya, bola ping-pong yang dibaling kena pada
gambar kucing, kanak-kanak perlu memberitahu haiwan apa dan
membunyikannya seperti meow! meow!)
13. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak berebut, tidak bergaduh
dan bergilir-gilir semasa membaling bola ping-pong.
14. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.
Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum
memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.
4. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.

Refleksi

LAMPIRAN

Gambar-gambar haiwan yang terdapat di dalam bakul.


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 9)

Hari Selasa.

Tarikh 29 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Adab Makan.

Bidang Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat menggunakan tangan untuk mengambil dan


Ada menyuap makanan pada mulut dengan baik.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Menadah tangan ketika membaca doa sebelum makan dengan


bimbingan.
2. Makan menggunakan tangan kanan.
3. Makan dalam keadaan duduk bersila.

Senarai Bahan/Alat 1. Mangkuk pinggan plastik.


2. Makanan “Honey Star”.
Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.

Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan makanan dan tempat untuk


Perlaksanaan melakukan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami masalah
kesihatan, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak duduk sebaris dalam keadaan
bersila.
5. Pendidik menunjukkan cara berdoa kepada kanak-kanak seperti
menadah tangan seterusnya meminta kanak-kanak berbuat
demikian.
6. Kemudian, pendidik membacakan doa makan.
7. Pendidik menyediakan makanan “Honey Star” diletakkan dalam
mangkuk pinggan plastik kepada kanak-kanak.
8. Pendidik mengajar kanak-kanak cara makan seperti
menggunakan tangan kanan dan duduk bersila.
9. Pendidik memastikan kanak-kanak makan seperti yang diajar
dan dalam keadaan yang sopan serta tidak bersepah sehingga
habis.
10. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.

Perhatian 1. Pendidik memastikan bahan makanan semasa menjalankan


aktiviti adalah suci, bersih, selamat dan sesuai dengan kanak-
kanak.
2. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum
memulakan aktiviti.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.
4. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.

Refleksi
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 9)

Hari Rabu.

Tarikh 30 Mac 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 2 tahun.

Bil Kanak-kanak 5 orang.

Tema -

Tajuk Keretaku Bergerak Vrom!

Bidang Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat memegang objek dengan baik.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Mengenal kereta dengan bimbingan.


2. Membuat bunyi “vrom” sambil bermain kereta mainan.
3. Membuat pergerakan dengan mendengar lagu “Papaku Pulang
Dari Kota versi Didi and Friends.”

Senarai Bahan/Alat 1. Kereta mainan.


2. Masking tape.
3. Lagu “Papaku Pulang Dari Kota versi Didi and Friends.”

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.


Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan
Pelaksanaan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami kecederaan
fizikal, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak duduk sepanjang litar.
5. Pendidik menunjukkan sebuah kereta mainan kepada kanak-
kanak.
6. Pendidik memberitahu kanak-kanak bahawa yang dipegang ialah
kereta dan bunyinya “vrom, vrom”.
7. Pendidik memberi kereta mainan kepada setiap seorang kanak-
kanak.
8. Pendidik memastikan setiap seorang kanak-kanak hanya
memiliki sebuah kereta mainan iaitu tidak mengambil kereta
mainan rakan lain.
9. Pendidik menunjukkan cara bermain kereta mainan kepada
kanak-kanak iaitu menolaknya mengikuti litar sambil
membunyikan “vrom”.
10. Pendidik membiarkan kanak-kanak bermain kereta mainan di
bawah pengawasan.
11. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak memasukkan kereta
mainan ke dalam mulut.
12. Setelah lama kanak-kanak bermain, pendidik memasang lagu
“Papaku Pulang Dari Kota versi Didi and Friends” kepada
kanak-kanak.
13. Pendidik meminta kanak-kanak menunjukkan kereta mainan dan
membuat pergerakan.
14. Pendidik memastikan pergerakan kanak-kanak dalam keadaan
terkawal.
15. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.
Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum
memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.
4. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.

Refleksi

LAMPIRAN

Litar mudah dibuat menggunakan masking tape.


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 12)

Hari Isnin.

Tarikh 18 April 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 3 tahun.

Bil Kanak-kanak 7 orang.

Tema -

Tajuk Sisik Ikan Berwarna.

Bidang Perkembangan Kreativiti dan Estetika.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak dapat memegang objek menggunakan jari (moto halus)
Ada dengan baik.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Mewarnakan sisik ikan kertas mengikut kreativiti masing-


masing.
2. Memegang pensil warna dengan pengangan yang betul melalui
bimbingan.

Senarai Bahan/Alat 1. 7 ikan kertas.


2. 1 ikan kertas bertali.
3. Pensil warna.

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.


Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan
Perlaksanaan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami masalah
kesihatan, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan.
5. Pendidik meminta kanak-kanak menadah tangan dan membaca
doa sebelum belajar bersama-sama guru.
6. Pendidik memastikan setiap kanak-kanak mempunyai ruang
sebelum memulakan aktiviti.
7. Pendidik menunjukkan ikan kertas bertali kepada kanak-kanak.
8. Pendidik bersoal-jawab dengan kanak-kanak mengenai ikan
kertas tersebut.
9. Pendidik menyediakan pensil warna dan ikan kertas kepada
kanak-kanak.
10. Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan sisik ikan kertas
yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing.
11. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mencederakan rakan
seperti mencucuk menggunakan pensil sepanjang aktiviti
mewarna.
12. Pendidik membimbing kanak-kanak yang salah memegang
pensil warna.
13. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.

Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum


memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.
4. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.

Refleksi

LAMPIRAN

Ikan kertas bertali yang digunakan bagi


menarik perhatian kanak-kanak mengikuti aktiviti.
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (MINGGU 12)

Hari Selasa.

Tarikh 19 April 2016.

Masa 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur 3 tahun.

Bil Kanak-kanak 7 orang.

Tema -

Tajuk Jom Pandu Kereta!

Bidang Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran.


Pembelajaran
Fokus

Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah mengenali kereta.


Ada

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Menggerakkan kereta mainan mengikut lorong yang disediakan


dengan bimbingan.
2. Menarik tali kereta dengan lakuan betul (kemahiran motor kasar,
motor halus dan koordinasi mata tangan).

Senarai Bahan/Alat 1. Kereta mainan bertali: 7 buah


2. Gambar kartun kereta.
3. Masking tape: garisan membentuk lorong.

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti yang telah disediakan.


Langkah-langkah 1. Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan
Perlaksanaan aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami kecederaan
fizikal, selesa dan bersedia melakukan aktiviti.
3. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
4. Pendidik meminta kanak-kanak duduk sebaris menghadap ke
hadapan.
5. Pendidik menunjukkan gambar kartun kereta kepada kanak-
kanak.
6. Pendidik meminta kanak-kanak meneka gambar tersebut.
7. Pendidik menyanyikan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” dan
meminta kanak-kanak menyanyi bersama.
8. Setelah kanak-kanak berasa gembira dan seronok, pendidik
mengeluarkan kereta mainan bertali dan menunjukkannya
kepada kanak-kanak.
9. Pendidik kemudiannya menunjukkan cara bermain kereta
mainan bertali kepada kanak-kanak. (bermula dari MULA
hingga TAMAT).
10. Pendidik memanggil kanak-kanak secara bergilir-gilir bermain
seperti yang ditunjukkan oleh pendidik.
11. Setelah semua kanak-kanak selesai, pendidik memberi kereta
mainan bertali kepada setiap seorang kanak-kanak.
12. Pendidik memastikan setiap seorang kanak-kanak hanya
memiliki sebuah kereta mainan iaitu tidak mengambil kereta
mainan rakan lain.
13. Pendidik membiarkan kanak-kanak bermain kereta mainan
bertali dibawah pengawasan.
14. Pendidik menyanyikan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” ketika
kanak-kanak sedang bermain kereta mainan bertali.
15. Pendidik memastikan pergerakan kanak-kanak dalam keadaan
terkawal.
16. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak
kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.
Perhatian 1. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum
memulakan aktiviti.
2. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.
3. Pendidik memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
4. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-
kanak.

Refleksi

LAMPIRAN

Gambar kartun kereta ditunjukkan kepada kanak-kanak


sambil dinyanyikan lagu “Bapaku Pulang Dari Kota”.
Lorong yang dibuat menggunakan masking tape sebagai laluan
menarik kereta mainan bertali bermula garisan MULA hingga TAMAT.

Kereta mainan bertali diberikan kepada setiap seorang kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai