Anda di halaman 1dari 78

Rina Farizq

Bab 1
KU berlari laju, sudah tidak endah andai larianku yang lintang-pukang itu menarik perhatian orang yang memandang dan aku pasti orang yang melihat akan tergelak. Aku tiada skil dalam larian pecut, masa di sekolah pun selalu sahaja kalah dan tidak pernah terpilih dalam apa-apa acara sukan. Tetapi di saat ini, nyawaku lebih penting, pedulilah apa orang nak kata. Selama ini pun sudah macam-macam orang mengata dan aku peduli apa! Aku terus sahaja berlari masuk ke dalam rumah. Pintu dapur yang memang sudah ternganga bagai menjemput kedatanganku itu, aku tutup sedikit. Semput aku dibuatnya, debaran di dada pula masih belum hilang. Ini semua angkara Si Jebon, entah apa angin Jebon hari ni, mengamuk tak fasalfasal. Nasib baik aku sempat lari, kalau tidak tentu aku sudah merempat kat ICU dek disondol Si Jebon. Samdol betul Si Jebon ni.... Angin tak, ribut tak, nak mengamuk pulak! Ada hati nak sondol aku. Sondolan aku kau tak tahu lagi! bebelku sendiri sambil menjengah di balik pintu. Manalah tahu kalau-kalau Jebon masih

Akukah Juwita?

mengejarku. Melihat tiada lagi kelibat Jebon, aku menghela nafas lega. Ketika itu barulah tapak kakiku terasa pedih lalu aku mengangkat sedikit kaki untuk melihat apa yang tidak kena pada tapak kakiku. Calar-balar tapak kakiku kerana selipar yang aku pakai sudah hilang entah ke mana. Aku tidak sedar langsung yang tadi aku berlari tanpa selipar. Nampaknya aku kena cuci kaki dulu sebelum luka-luka kecil itu diubati. Ketika aku berpaling, aku tersentak apabila ada makhluk asing yang sedang memandang ke arahku. Gaban! Macam mana dia boleh ada di sini? Bukan Gaban sahaja, emak Si Gaban, Mak Yam dan Embam, anak saudaranya itu pun ada juga? Tetapi bila pula Si Gaban ini pulang, tak dengar cerita pun! Tak riuh pula kampung ini fasal Si Gaban sudah pulang. Tetapi yang peliknya kenapa suasana di dalam rumah ini macam bukan suasana di rumahku? Aku tercengang seketika. Mungkinkah aku salah masuk rumah? Aku memandang sekeliling. Di hujung ruang, Pak Aban yang duduk di kerusi malas turut memandang padaku. Pendek kata mereka semua sekarang sedang memandangku kehairanan tanpa suara. Memang sah! Aku salah rumah. Kenapa dalam banyak-banyak rumah dalam kampung ni, rumah Si Gaban ni yang aku masuk? Errr kita balik dululah, kita dah salah rumah, ujarku sambil mengundur dan tidak tunggu lama, terus sahaja aku berpaling semula. Bersedia untuk lari sekali lagi. Alahai malunya aku! Minah! Panggilan Mak Yam buat langkahku segera mati. Perlahan-lahan aku menoleh, malu sebenarnya pada mereka semua lebih-lebih lagi pada Si Gaban. Sini!

Rina Farizq

Kenapa Mak Yam? soalku penuh gusar apabila wajah Mak Yam begitu serius sekali. Sememangnya sejak dari dulu aku takut dengan Mak Yam ini. Garang! Tidak peramah, cakap pun benda yang penting sahaja. Pendek kata, Mak Yam ini macam guru besar pencen. Sinilah, duduk dulu. Tegas Mak Yam memberi arahan, membuatkan aku tiada pilihan selain menurut. Perlahan-lahan kerusi di hadapan Gaban aku tarik. Si Gaban pula sedari tadi tidak sudah-sudah merenungku, macam tidak pernah tengok anak dara orang. Masakan di luar negara itu tidak ada anak dara yang cun macam aku ini? Ahaks, perasan! Nah minum, nampak penat sangat kamu ni. Kamu lari dari siapa? Yang tak pakai selipar tu kenapa? Pertanyaan Mak Yam buat aku tersengih, lalu aku sambut huluran gelas daripada Mak Yam. Air sirap limau yang membasahi tekakku terasa enak sekali. Malah hanya dengan sekali teguk sahaja, licin air di dalam gelas. Jebon mengamuk, tu yang kita lari sampai selipar pun tak tahu tercampak kat mana, ceritaku sambil memandang pada Gaban yang kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Melihat Gaban makan, terus buat aku terasa lapar, lebih-lebih lagi ada ikan kurau masak lemak cili api terhidang di atas meja. Macam aku hendak bedal sahaja lauk itu, tetapi orang tidak pelawa. Telan air liur sahajalah jawabnya. Nah, makan dulu... lepas ni Aqil boleh tolong ubatkan kaki kamu tu. Aku angkat kening, macam tidak percaya yang Mak Yam mempelawa aku makan sekali. Malah pinggan berisi nasi sudah pun diletakkan di hadapanku. Hai, langkah kanan aku nampaknya. Tidak sia-sia Jebon mengamuk!

Akukah Juwita?

Cepat-cepat aku cuci tangan, senduk ikan kurau, baca bismillah dan terus makan. Yang lain-lain aku sudah tidak peduli, malah pandangan Si Gaban pun aku tidak endahkan. Bukan aku tidak nampak mata Si Gaban terbeliak melihat kerakusan aku, tetapi aku buat tidak kisah. Lantaklah kalau hendak terjojol biji mata sekalipun, aku tidak peduli. Yang penting, kita makan dulu!

SESEKALI aku mengerang kesakitan. Tenyehan ubat luka memedihkan kulit tapak kakiku dan setiap kali itulah Gaban akan berhenti seketika, memandang padaku sebentar sebelum ditenyehkan lagi ubat luka. Sakitlah! Aku mengaduh. Tahan ajelah. Baru kali ini aku mendengar suara Gaban setelah bertahun tidak bertegur sapa. Pernah juga Gaban balik waktu cuti semester, tetapi aku yang selalu lari bila nampak dia. Bukan apa, aku rasa segan dan rendah diri bila hendak berdepan dengannya. Maklumlah Si Gaban belajar hingga ke luar negara sedangkan aku cuma insan biasa yang tiada apa. Ada diploma pun sampai sekarang masih menganggur. Bukan memilih kerja, tetapi aku selalu yang tidak dipilih selepas sesi temu duga. Hampeh! Tetapi aku tidak sangka Si Gaban yang dulu aku tengok macam orang tidak ada masa depan kini berubah macam seorang pahlawan. Tubuh Gaban yang tegap dan sasa itu buat kita rasa selamat di sampingnya. Bukan itu sahaja, malah Gaban semakin kacak, kulitnya pula nampak lebih cerah berbanding dulu. Agaknya dia pakai krim pemutih Fair & Lovely tak? Pendek kata Gaban kini memiliki ciri-ciri lelaki idaman. Ni kalau Naja ada, mesti best nak bercerita.

Rina Farizq

Kenapa Embam senyum? Aku terkejut apabila Gaban tiba-tiba bersuara. Aku segera mengalihkan pandangan ke arah Embam yang sedang tersengih memandang kami. Habis tu, pelik tengok Cik Minah pandang pak su sambil senyum sorang-sorang. Jawapan Embam buat aku terkedu. Kurang asam punya budak! Sejak bila Si Embam ini perhatikan aku? Bukankah tadi Si Embam ini sedang khusyuk membaca? Mana ada? Aku berdalih sambil buat muka. Gaban hanya memandangku sekilas sebelum mengemas semula kotak ubat. Aku menarik kakiku dan terus sahaja membelek tapak kaki yang telah biru sana sini. Ubat luka berwarna biru tentu payah nak hilang, mau makan sehari dua. Tetapi tidak mengapalah, warna biru itu cuma di tapak kaki, tidak ada siapa yang nampak. Mak Yam, kita balik dululah. Nak tambat Si Jebon tu, karang masuk pulak kebun orang, ujarku sebaik sahaja melihat kelibat Mak Yam. Dah siap ke? Aku hanya mengangguk, menjawab soalan Mak Yam. Aqil, temankan Minah. Mana tahu kalau Jebon mengamuk lagi. Eh, tak apalah Mak Yam. Tak payah susah-susah, kita boleh balik sendiri. Kalau Jebon mengamuk lagi, pandailah kita nak buat apa lepas ni. Jebon tu ingat dia aje yang pandai mengamuk? Mengamuk kita dia tak tau lagi. Karang kita sembelih baru tau nasib dia. Raya korban pun tak lama lagi ni, balasku sambil ketawa.

Akukah Juwita?

Mak Yam hanya tersenyum. Baru kali ini aku rasakan senyuman Mak Yam menawan. Kalau tidak mukanya memanjang masam. Bila kali terakhir aku lihat dia tersenyum pun aku tidak ingat. Hmmm... samalah macam anaknya, payah sangat hendak senyum, macam ada emas dalam mulut. Tak apa, aku temankan kau. Serentak itu aku memandang pada Gaban yang kelihatan bersahaja. Macam tidak percaya sahaja yang dia sudi temankan aku. Berat pula hati aku hendak membantah niat murninya itu. Eloklah tu, hati-hati. Pakai selipar Mak Yam tu. Aku sekadar mengangguk dan mengekori langkah Si Gaban. Bila kau balik? soalku setelah lama kami membisu. Hendak harapkan Si Gaban ini bersuara memang payah, sama spesies dengan mak dia. Tetapi kalau sudah bersuara menyakitkan hati pula. Sebab itulah dulu aku dan dia pantang bersua, pasti perang mulut akan meletus dan nama bapa jadi bahan ejekan. Tetapi itu dulu, sekarang aku tidak pasti adakah Si Gaban ini masih begitu atau tidak. Semalam. Tak tau pun? Kalau kau tahu pun, kau nak ke sambut kepulangan aku? Aku mengerling pada Gaban yang kelihatan bersahaja. Bukanlah macam tu, selalunya heboh kalau anak kampung ni baru pulang dari luar negara. Apa yang nak dihebohkan? Yalah mereka gembira dan bangga anak kampung kita ni sampai ke luar negara.

Rina Farizq

Apa yang nak dibanggakan sangat, aku pulang dari belajar bukan dari berperang. Kata-kata itu buat aku kurang senang. Kita bertanya nak meriahkan suasana, tapi tengoklah macam mana Si Gaban ni jawab. Buat aku malas hendak melanjutkan bicara. Akhirnya suasana sepi kembali sehingga kelibat Jebon kelihatan. Tu Jebon... kata Gaban perlahan dan aku sekadar memandang ke arah Jebon yang sedang memagut rumput di tepi jalan. Aku segera menghampiri Jebon tanpa mempedulikan Si Gaban lagi. Meh Jebon, kita balik! Aku menarik tali yang meliliti leher Jebon, namun Jebon tidak mahu bergerak. Geram pula aku dengan Jebon ini. Apa hal agaknya hari ini hendak meragam? Kalau bukan kerana abah demam, tak ingin aku nak temankan kau hari ni tau tak! Aku baik hati temankan kau, kau bolehlah pulak mengada-ada. Lalu kepala Jebon aku tepuk perlahan, hendak tepuk kuat-kuat tidak berani pula takut Jebon mengamuk lagi. Aku dengar kau masih menganggur, kenapa? soal Gaban mendatar. Aku menoleh memandang pada Gaban seketika. Entah mengapa soalan Gaban buat aku malu sendiri. Lalu aku hanya mendiamkan diri sambil berpura-pura mengajak Jebon pulang. Kenapa diam? Kau tak nak jawab soalan aku? Pertanyaan Gaban buat aku mula rimas. Memang aku tidak mahu jawab soalan itu kerana ada beberapa sebab, tetapi yang pasti Gaban tidak perlu mengetahuinya. Jebon, cepatlah balik. Janganlah degil! marahku pada Jebon yang enggan berganjak. Buat hal betul tau, Si Jebon ni! Kalau tak kerana kau tu berat, dah lama aku pikul.

Akukah Juwita?

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Jebon tu degil macam tuannya, selar Gaban. Aku segera memandangnya. Kata-kata itu benarbenar mengejutkan aku. Reaksi Gaban pula bersahaja, seolaholah ayat yang baru dituturkannya itu tidak langsung menyentuh perasaanku. Hai Gaban, kau nak mulakan perang ke? Perang Teluk sudah lama ditinggalkan sejak masingmasing sambung belajar. Maka sejak itu tiada lagi ejekmengejek dan perang mulut antara mereka. Heh Gaban! Kau ni memang tak sayang mulut, kan? herdikku sambil menahan geram. Jangan salahkan aku bila perkataan Gaban akhirnya meluncur laju daripada mulut. Kalau boleh aku tidak mahu sebut lagi panggilan itu tetapi memandangkan dia telah memaksa, aku sudah tidak boleh pendamkan lagi. Lantaklah andai dia ingin menyambung kembali perang yang pernah meletus dahulu. Gaban? Kau masih nak panggil aku macam tu? Okeylah kalau macam tu. Aku pun tak kisah, Timun! jawab Gaban sambil menekan nadanya pada perkataan timun. Dan dengan selamba pula Gaban boleh lagi tersenyum. Sakitnya hati aku! Aku segera menarik Jebon sekuat tenaga. Mahu cepat-cepat beredar dari situ, tidak mahu lagi menghadap muka Gaban. Jebon akhirnya maju beberapa tapak sebelum berhenti lagi. Buat aku semakin bengang, naknak melihat Si Gaban yang tidak putus tersenyum. Aku ingat bila dah lama tak jumpa kau, kau makin berisi, rupanya tak. Malah makin kedut macam timun kecut. Sekali lagi Gaban membakar perasaanku. Berani betul Si Gaban kutuk aku macam itu. Macamlah dia itu hebat sangat! Kedut ke, kecut ke, suka hati akulah! Yang kau tu macam Gaban pencen, tak sedar! Aku membalas geram.

Rina Farizq

Baru balik tetapi sudah menyakitkan hati aku. Patutnya bila sudah lama tidak berjumpa, boleh berbual mesra... tetapi ini tidak. Perangai dia memang tidak berubah, ada sahaja modalnya hendak kenakan aku. Menyampah betul! Agaknya sudah ditakdirkan yang aku dengan dia tidak boleh berbaik sampai bila-bila. Gaban menghampiri aku dengan senyuman nakal, lalu menarik tali yang aku pegang. Aku memandang pelik, apa yang dia hendak buat dengan Jebon? Tengok ni, macam mana hebatnya Gaban pencen tarik Jebon. Allahuakbar! Berlagak betul Si Gaban ni! Tetapi benar kata Gaban. Jebon telah pun bergerak, malah tidak perlu dipaksa. Wah Jebon, melampau betul kau ni! Dengan aku bukan main liat lagi tapi dengan Si Gaban ni, sekali tarik saja kau dah bergerak. Buat malu aku saja. Lain kali jangan garang sangat, binatang pun tahu takut apatah lagi kalau manusia. Aku mencebik, mengekori sahaja langkah Gaban dan Jebon di hadapanku. Namun jauh di sudut hatiku, ada terselit rasa senang melihat Gaban hari ini. Entah kenapa aku rasa begitu. Pelik betul aku ini. Satu lagi, lepas ni makan banyak sikit, biar berisi. Kalau dah macam timun kecut, macam mana nak tarik Jebon. Amboi! Makin menjadi pulak Si Gaban ni. Tak boleh jadi ni. Gaban, kau tahukan kat mana nak tambat Si Jebon ni? Kau pergilah tambat dia. Aku sengaja mahu kenakan Gaban dengan meninggalkannya dengan Jebon. Banyak sangat mulut, hah, pergilah kau dengan Jebon. Kau nak ke mana tu?

Akukah Juwita?

Aku sakit perut, kau tambatlah dia, jawabku sambil mengulum senyum. Rasakan! Tapi. Terima kasih! jeritku sambil melambaikan tangan dan segera mengorak langkah dengan lebih pantas tanpa mempedulikan lagi Si Gaban bersama Jebon. Nasib kaulah Gaban, siapa suruh sakitkan hati aku. Aku jalan melenggang macam itik pulang petang. Senang hati aku dapat kenakan Gaban. Hai, senang hati nampak? Pergi temankan Jebon atau pergi merayap? soal emak sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah. Aku tidak segera menjawab sebaliknya terus mencapai gelas dan membuka peti sejuk. Air kosong yang sejuk aku tuang ke dalam gelas dan terus minum sehingga habis. Jebon tu buat hal. Mengamuk pulak, sembelih baru tau! bebelku sambil melabuhkan punggung. Hai, baru sehari abah mintak tolong kau dah merungut? Tiba-tiba abah bersuara. Abah yang berselubung dengan selimut, jalan perlahan-lahan macam orang baru lepas beranak. Yalah, Jebon tu buat malu kita aje. Kita lari macam tak cukup tanah, selipar pun terbang entah ke mana. Kalau orang nampak gerentilah kita ni tak berlaki, ceritaku sambil memandang pada emak dan abah yang tersenyum panjang. Abah tu manjakan sangat Si Jebon tu. Sayang Jebon lebih dari anak, sebab tu Jebon tu naik lemak. Mengada-ada nak main pujuk segala. Anak abah ni pun abah tak manjakan macam Si Jebon tu, luahku perlahan, ada nada

10

Rina Farizq

rajuk yang sengaja aku buat. Namun ianya tidak meraih simpati abah langsung, malah abah boleh ketawa lagi. Nak tahu kenapa abah sayangkan sangat dengan Jebon? Tiba-tiba emak menyampuk. Aku menoleh dan memandang pada emak yang tersenyum panjang. Sebab, cukup masa Jebon tu mendatangkan hasil, sedangkan kau yang diberi cukup makan, pakai dan pelajaran, masih melanguk tak ada kerja. Menghabiskan beras adalah! Sambung emak sambil disambut pula dengan tawa abah. Aku mengetap bibir. Geram bukan kepalang. Segera aku bingkas dan berlalu. Hah, merajuklah tu. Tak nak makan ke? Emak melaung. Dah kenyang! Aku sekadar menjawab dalam hati. Nasib baik sudah makan di rumah Gaban, kalau tidak... tidak jadi aku hendak merajuk, takut kelaparan pula nanti.

11

Akukah Juwita?

Bab 2
ERDEBAR pula dada sebaik tiba di halaman rumah berwarna merah bata. Debarnya semakin kuat aku rasakan ketika kaki melangkah setapak demi setapak. Namun kerana sepasang selipar yang telah menjadi pengalas kakiku semalam, aku gagahkan juga kaki yang semakin berat. Masakan mahu dibuat harta sendiri selipar yang aku pinjam semalam, nanti orang kata kemaruk pula. Selipar jepun pun nak buat harta! Hah, lantak! Aku datang bukan hendak jumpa dia, aku datang hanya hendak memulangkan selipar. Kuih bakar turut kubawa untuk mereka sebagai membalas jasa. Terjenguk-jenguk ni kenapa? Oh, nak pastikan tak salah rumah lagi ke? Tiba-tiba suara itu mengejutkan aku. Aku segera menoleh. Gaban yang berdiri di belakang aku memerhati dengan muka selamba. Entah dari manalah dia datang, sedangkan tadi di ruang laman tidak ada orang. Nak pulangkan selipar, ujarku laju macam robot sambil menghulurkan selipar yang telah aku masukkan ke dalam beg plastik.

12

Rina Farizq

Gaban mengerutkan dahi sebelum menyambutnya. Yang dalam bekas tu apa? Bau macam kuih bakar? Aik? Tahu sahaja Gaban ni yang aku bawa kuih bakar. Tetapi aku bawa untuk tuan rumah, bukan untuk dia. Ini untuk tuan rumah, kataku pendek. Akulah tuan rumah. Pembetulan, kau membetulkan ayat Gaban. Alah, samalah tu! Aku mencebik. Ceh! Tidak malu betul dia ini. Semalam bukan main eksyen, hari ini dengan tidak malunya hendak merasa juga kuih buatanku. Melihatkan reaksi Gaban yang macam tidak sabar hendak merasa kuih bakar aku, bekas berwarna jernih yang menampakkan isi dalamnya aku berikan kepadanya. Bersinar-sinar wajah Si Gaban, macam dapat Ferrari pula! Kirim salam Mak Yam, pesanku pada Gaban namun tiada sambutan. Gaban terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan aku lagi. Samdol kau, Gaban! Dapat kuih terus lupa orang, bukan nak cakap terima kasih ke apa. Hampeh betul! Timun! Langkahku segera mati. Darahku tiba-tiba menyerbu terus naik ke kepala. Pantas aku menoleh, memandang Gaban yang sedang tersengih. Terima kasih! Esok kalau buat lagi hantar sini. Dengan riangnya Gaban berteriak dan aku hanya mampu menahan rasa kerana tidak sempat aku menjawab, Gaban telah masuk semula ke dalam rumah. His! Apa punya anak tuan rumah. Aku

13

Akukah Juwita?

manusia, orang bagi rezeki dia balas dengan menyakitkan hati. Timun! Benci betul dengan panggilan itu. Hah, Minah. Dari rumah Mak Yam ke? Aku menoleh pada Mak Yam yang berdiri di sisi. Aku tidak perasan langsung bila dia ada di situ. Ini semua kerana Gaban yang menyakitkan hati, sampai orang lalu di sebelah pun aku tidak sedar. Haah, kita pulangkan selipar semalam dan ada sikit kuih bakar untuk Mak Yam, balasku sambil memaniskan wajah. Nanti kalau anak dara muka masam, kata mak bapak tidak tahu ajar anak berakhlak sopan. Oh, ya ke? Haaa, baguslah tu. Aqil tu dari semalam suruh Mak Yam buat kuih bakar, katanya rindu dah lama tak makan. Ni kamu dah bawakan, senanglah Mak Yam. Alah Mak Yam, dia nak makan hasil tangan Mak Yam. Mana boleh sama dengan yang kita buat. Yang kita buat tak berapa sedap. Sengaja aku merendah diri, sedangkan sudah ramai juga orang kampung kata kuih bakar aku sedap. Bukan hendak puji diri sendiri atau angkat bakul, tetapi sudah itu kenyataannya. Sama aja. Ni, Mak Yam nak bagi tau, esok lepas maghrib Mak Yam buat kenduri. Doa selamat untuk Aqil. Kamu datanglah ya. Tadi Mak Yam dah bagi tau mak kamu, tapi takut dia lupa. Ingatkan dia, tau! Jangan tak datang pulak. Baru hari ini aku lihat Mak Yam ini mesra orangnya, bercakap sambil menyentuh bahuku macam sudah berkenan sahaja hendak buat aku jadi menantu. Tapi siapa pulak yang nak kahwin dengan anaknya yang perangai macam hantu tu? Eee selisih! Yalah, Mak Yam. Mak Yam tumbang lembu ke?

14

Rina Farizq

Usikanku disambut tawa mesra Mak Yam. Tak adalah sampai begitu, lainlah kalau dapat menantu nanti, balas Mak Yam sambil ketawa. Gembira benar aku tengok Mak Yam sejak kepulangan anak kesayangannya itu. Mukanya berseri-seri sungguh macam baru kena pinang sahaja lagaknya. Suka hati kaulah Mak Yam, asalkan bahagia. Aku sahaja yang makan hati dengan kepulangan anaknya. Ingatkan tidak ada lagi panggilan Timun, rupa-rupanya sengketa lama memang tidak boleh dipadamkan. Kalau aku tahu Gaban itu mengidam sangat hendak makan kuih bakar, mahu aku letak racun tikus. Biar dia rasa, baru puas hati aku! Kenapa muka berkerut seribu tu, sayang? Aku menoleh. Sekali lagi aku tidak sedar ada orang yang lalu di sebelah, hingga boleh pula memerhatikan reaksi aku. Tak ada apalah, jawabku acuh tak acuh. Si Halim ini satu lagi, mana aku pergi asyik nampak muka dia sahaja. Bosan betul aku. Lepas itu tidak sah kalau tidak panggil aku sayang. Geli betul aku mendengarnya. Tetapi bila difikirfikirkan, sayang itu lebih manis didengar daripada timun. Namun kedua-dua lelaki itu buat aku menyampah walaupun Si Gaban itu sebenarnya tampan dan menarik perhatian. Sayang ni, kalau tak marah tak boleh ke? tanya Halim lembut tetapi buat aku meluat. Miang betul lagaknya, macam orang kemaruk hendak berbini sahaja. Suruh kahwin dengan Katipah anak Pak Agus tak mahu, kata Katipah tak cun macam aku. Memilih betul, macamlah dia itu handsome sangat. Apek jual sayur pun lagi handsome daripada dia. Eee, menyampahlah kau ni. Sayang, sayang! Berapa kali aku nak cakap, aku tak sukalah kau panggil aku macam tu.

15

Akukah Juwita?

Tak faham bahasa ke? Ketuk dengan terompah baru tau! marahku untuk ke berapa kali pun aku tidak tahu. Setiap kali dia panggil aku sayang, setiap kali itulah aku marah padanya. Tetapi dia tidak pernah serik. Hendak kata bodoh, SPM lulus juga. Entah spesies apa Si Halim ini pun aku tidak tau. Tak reti orang tak suka. Jangan ketuk dengan terompah, nanti benjol. Ketuklah pintu hati, barulah best. Wak lu! balasku sambil mengorak langkah. Tidak kuasa aku hendak layan mamat tiga suku ini. Sayang, mimpikan aku dalam mimpimu! Laung Halim. Aku sekadar mencebik. Tak ingin malah tak sudi langsung nak mimpikan kau. Jangan kata mimpi, bayangan kau pun aku tak nak lihat.

AKU hanya memerhatikan telefon bimbit yang berdering sejak tadi. Nombor yang aku tidak kenali terpamer di skrin telefon buat aku berbelah bahagi hendak menjawab panggilan itu. Tidak ada sebab aku takut hendak menjawab panggilan itu, lagipun aku bukannya orang yang lari daripada pemungut hutang, tetapi sudah serik diganggu dengan panggilan yang tidak dikenali. Bukan sekali dua aku terima panggilan sebegitu, sampai aku rasa macam hendak tukar sahaja nombor telefon. Tetapi mengenangkan ramai yang sudah tahu nombor telefonku, tidak jadilah aku meneruskan niatku itu. Deringan telefon sudah tidak kedengaran lagi tetapi beberapa saat selepas itu, satu pesanan ringkas aku terima. Sapalah hamba Allah ni? Aku membuka pesanan itu dan

16

Rina Farizq

secara automatiknya, terus terbeliak mataku melihat pesanan yang aku terima itu. Timun! Knp x jwb? Lah, mana Gaban tahu nombor telefonku? Ah, kacau! Tidak cukup-cukup dengan siang, sampai malam begini pun masih hendak ganggu hidup aku. Aku tidak tunggu lama, segera aku balas pesanannya. Ko nk apa Gaban? Menyibuk ganggu orang sj. Tak lama kemudian Gaban dan aku berbalas pesanan. Gaban : Ko dh tidur ke? Baru pukul 9. Patut le smpi skrg x de org nak pinang ko. Aku : Sapa kata aku tido? Aku tgh baca yasin, x mcm ko, jd antu asyik nk kacau org. Gaban : Sbb tu ler aku kacau ko, x kan nk kacau antu jugak. X de dlm sejarah antu kacau antu. Aku : Ko nak apa? Ko x leh tido sbb teringat kn aku ke? Aku terus sahaja ketawa mengekek. Rasa lucu pula bila mengusik Si Gaban yang konon macam bagus itu.

17

Akukah Juwita?

Gaban : Perasan! Aku bukan nk ngurat ko tp nk smpikn pesanan. Mak aku nk kuih bakar utk kenduri esok. Pantas aku mencebik, padahal bukan aku tidak tahu yang sejak dari dulu dia taruh perasaan pada aku. Aku sahaja yang malas melayan. Tak mainlah cintan cintun orang sekampung! Zuriat tidak berkembang, pusing-pusing muka yang sama. Tidak lama selepas itu aku membalas lagi pesanannya. Aku : suh lah org lain buat, asal aku lak? Mak @ ko yg nk kuih aku? Gaban : perasan lg. Mak aku ler yg nk. Ko ingat kuih ko sedap sgt ke? Aku : x sedap org tak mintak! Gaban : lg2 nk perasan! Suka ati ko. Jgn lupa apa yg mak aku pesan. Aku : tengoklah klau aku senang.

Dan selepas itu tiada lagi pesanan daripada Gaban. Mungkin Gaban bosan atau sakit hati hendak membalas pesanan aku. Tetapi aku puas, dalam pada dia asyik kenakan aku, dia terkena juga. Lebih-lebih lagi kini aku tahu yang dia kemaruk dengan kuih bakar aku. Baru dia tahu, kuih yang aku buat tu sedap. Itu baru kuih bakar, belum yang lain-lain lagi. Mau hari-hari dia tempah, tak pun kalau dah tak tahan sangat, dipinangnya aku jadi isteri kerana terpaut dengan masakanku. Kata orang, kunci tawan hati suami, melalui masakan. Masakan isteri kalau sedap, tentu suami tidak mahu

18

Rina Farizq

makan luar. Haha haha! Aku ketawa sendiri. Berangan sebelum bermimpi. Kenapa pulak kau gelak macam tu? tanya emak yang berdiri di muka pintu bilik. Aku segera menoleh dan menggeleng. Jangan kau buat lagi macam tu, meremang bulu roma mak ni. Macam puntianak! Kata emak sebelum berlalu. Aku sekadar tersenyum dan melihat lagi pesananpesanan yang aku terima daripada Gaban tadi.

19

Akukah Juwita?

Bab 3
KUTKAN hati memang aku tidak mahu buatkan kuih bakar yang Gaban minta tetapi mengenangkan Mak Yam, aku buatkan juga. Ketika tiba di rumah Gaban selepas maghrib, sudah ramai tetamu membanjiri kediaman itu. Malah siap ada balai, macam orang buat kerja kahwin pula. Tetapi apa nak dihairankan kerana keluarga Gaban antara orang yang senang di kampung ini. Malah adikberadik Gaban semua berjaya, kakak sulungnya berjawatan besar di sebuah institusi kewangan. Abangnya pula seorang pensyarah dan kakaknya yang seorang lagi berkahwin pula dengan seorang arkitek, anak orang berada. Dengarnya tokoh korporat, sebab itu tidak hairan kalau punya firma sendiri. Gaban pula seorang arkitek landskap, jadi tidak hairanlah keluarga Gaban dilimpahi kesenangan. Anak-anak berjaya, ibu bapa bahagia. Sedangkan keluarga aku, hanya keluarga biasa sahaja. Abang aku hanya seorang penyelia di sebuah kilang proses minyak masak, aku pula masih menganggur dan adikku Juriah, masih belajar di kolej swasta. Untung saja abah seorang

20

Rina Farizq

guru pencen, ada juga duit pencen untuk dibuat belanja. Tetapi abangku, Rosman ada juga membantu. Walau tidak banyak, tetapi cukuplah untuk kami sekeluarga. Malah belanja Juriah, dia juga yang tanggung. Aku mengeluh, melepaskan sesak di dada. Bila agaknya aku boleh membahagiakan keluargaku sepertimana bahagianya keluarga Si Gaban? Assalamualaikum. Aku segera mendongak. Gaban yang segak berbaju Melayu memandangku tidak berkedip. Buat aku panar seketika, mentafsirkan pandangan Gaban yang redup lagi memikat itu. Entah mengapa pandangan Gaban kali ini tidak sama dengan semalam atau kelmarin. Kali ini pandangan itu mengusik hati dan meruntun jiwa, lemas aku jadinya. Segera aku membuka langkah, hendak masuk ke dalam rumah namun tanganku ditarik lembut oleh Gaban. Grrr, macam kena karan! Ya Allah, perasaan apa yang melanda diriku tika ini hingga seluruh tubuhku bergetar tatkala Gaban menyentuhku begitu? Nak satu, takut nanti tak sempat rasa dah habis pulak, kata Gaban perlahan. Aku pula segera membuka bekas makanan dan kuhulur padanya. Apalah kuasa Si Gaban ini sampai boleh aku menurut dengan mudah kehendaknya padahal tadi aku bercita-cita tidak mahu berikan padanya walau secubit. Gaban mengambil sepotong, bukan sepotong tetapi tangan kirinya mengambil lagi sepotong. Macam budakbudak saja. Dan ketika Gaban melepaskan sebaris senyuman yang manis, aku jadi nanar. Buat aku lupa siapa dia dan diriku, lupa pada perang mulut dan ejekan nakal sebelum ini. Semuanya kerana tingkah Gaban yang berlainan malam ini. Nanti kalau ada lebih, tinggalkan sikit ya? Lembut

21

Akukah Juwita?

sekali suara Gaban hingga dalam tidak sedar aku mengangguk setuju. Gaban tersenyum lagi, kemudian melangkah meninggalkan aku yang termangu sendirian. Heh, kenapa tak masuk lagi? Tiba-tiba aku dikejutkan. Terpinga-pinga aku seketika. Apa sudah jadi dengan diriku, bagaikan baru tersedar daripada pukau. Kenapa ni? soal emak yang merenung kehairanan padaku. Aku sekadar menggeleng, kemudian cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Di ruang dapur, ramai betul kaum Hawa sedang berbual mesra sambil tangan ligat membuat kerja. Aku yang baru masuk menjadi tatapan seketika mak cik-mak cik yang menyedari kehadiranku. Aku sekadar memberi salam dan terus mendapatkan Mak Yam. Mak Yam, panggilku sambil menyentuh lembut bahunya yang sedang melayan tetamu. Mak Yam menoleh kemudian tersenyum lebar. Kenapa lambat? Maaflah, hari ni kuih bakar buat hal pulak. Tapi bolehlah dimakan cuma tak sesedap selalu. Tak apalah, Aqil tu bukan kisah sangat yang penting ada kuih bakar. Dia yang nak sangat kuih Minah ni. Aku mengulum senyum. Hah, kan benar tekaanku. Si Gaban itu yang mengidam sangat kuih bakarku. Eleh, Si Gaban ni... kata mak dia yang nak konon! Padahal dia yang dah angau dengan kuih bakar aku. Nanti tolong simpankan sikit untuk dia sebelum hidang, ya. Takut nanti dia tak sempat merasa pulak, pinta Mak Yam.

22

Rina Farizq

Aku sekadar mengangguk lalu segera mengasingkan sedikit kuih bakar untuk Gaban. Aku tersenyum sendiri, tidak sangka Gaban boleh minat kuih aku. Agaknya kerana itu Gaban bersikap baik padaku tadi, siap beri salam lagi. Kalau tidak jangan kata hendak berlembut, hendak tersenyum pun payah sekali. Mungkin sudah lama Gaban menanti kedatanganku, mungkin juga hatinya resah melihat aku tidak muncul-muncul. Gaban, Gaban... dah jauh kau merantau, kuih bakar aku jugak yang kau tunggu.

TETAMU makin beransur, suasana yang tadi meriah mula surut riuhnya. Aku masih lagi membantu Mak Yam mengemas, malah pinggan mangkuk banyak juga tidak berbasuh. Mengenangkan pesanan emak sebelum ke mari, aku gagahkan hati membasuh pinggan mangkuk seorang diri. Mak cik-mak cik dan anak dara yang manis bergaya tadi hanya datang menunjukkan fesyen terkini. Tidak pula mereka suruh anak dara mereka membantu apa yang patut, malah boleh pula mereka berkumpul, asyik bercerita tentang Gaban. Masing-masing asyik dan teruja dengan Gaban. Aku seorang sahaja yang buat tak endah tetapi dalam masa yang sama aku turut mendengar perbualan mereka. Ada yang kata, Gaban makin tampan, makin segak, berkarisma, lelaki Melayu yang diidamkan dan bermacam-macam lagi. Ada pula yang sudah jatuh hati padanya. Alahai, memang malam ini malam Gabanlah. Semuanya memuja dan teruja. Aku hanya tenang dan sibuk membantu apa yang patut. Emak pula tidak habis-habis mengerahkan itu dan ini, macamlah kenduri malam ini kenduri di rumahnya. Aku pula macam orang gaji sahaja.

23

Akukah Juwita?

Tetapi dalam sibuk-sibuk itu sesekali pandangan aku dan Gaban bersatu. Gaban kerap memandangku dan aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan cuma tidak pasti apakah itu. Kemudian kami buat-buat tidak nampak sedangkan kami sudah pun terserempak. Ah, kenapalah malam ini lain benar perasaanku? Hampir hilang rasa geram dan marahku terhadapnya. Adakah aku yang perasan atau sebenarnya dia yang cuba menarik perhatianku dalam diam? Buang sebentar sifat nakal dan egonya untuk buat aku tenggelam seketika. Gaban, kenapa dengan engkau? Tak apa, biar aku angkat. Lagipun berat ni, kata Gaban sambil mengangkat sebekas besen berisi pinggan yang telah siap dicuci. Aku sekadar memerhati dan ketika Gaban berpaling, cepat-cepat aku mengangkat besen kecil berisi cawan pula. Sini, biar aku yang buat, pinta Gaban. Aku jadi serba salah tetapi aku biarkan sahaja besen dari tanganku disambutnya. Kau dah makan? soal Gaban. Aku sekadar menggeleng. Macam mana aku hendak makan? Baru sahaja hendak melabuhkan punggung, aku macam artis popular dipanggil ke sana ke mari untuk membantu apa yang patut. Hilang rasa lapar dek kesibukan membuat kerja. Marilah makan sekali, lagipun dari tadi kau tak duduk langsung, ujar Gaban. Apa sudah jadi dengan kau, Gaban? Kenapa layan aku begini baik kerana aku takut sekali dengan kebaikan yang kau berikan walaupun memang itulah yang aku hajatkan selama ini. Aku bimbang andai kebaikan yang dihulurkan akan membeli jiwa.

24

Rina Farizq

Hah, mari makan Minah. Kesian, dari tadi tak berhenti buat kerja, pelawa Mak Yam yang telah menyediakan sedulang makanan. Naik segan pula aku bila aku disuruh makan dengan Gaban, berdua sahaja pula tu! Ahli keluarga Gaban, emak dan abah aku hanya jadi penonton walau dalam masa yang sama mereka sedang berbual mesra. Makanlah, pelawa Gaban setelah menghulurkan pinggan kepadaku. Aku pula malu-malu macam pengantin baru. Bila makan berdua dengan Gaban begini buat selera hilang entah ke mana. Masakan yang sedap dan enak pun jadi biasa di mataku. Sudahnya aku hanya makan sedikit, tidak mahu tuan rumah terasa dengan tingkahku. Tetapi Gaban lain pula, berselera sungguh dia makan. Hampir habis lauk dalam pinggan dia sental. Kalau aku ikut sekali rentaknya, tentu tidak cukup makanan yang ada itu. Mau berebut pula. Sikit saja kau makan? Tak sedap ke? tanya Gaban sebaik sahaja selesai makan. Huh, hampeh punya Gaban. Dah licin lauk kau bedal baru nak tanya aku. Kenyanglah, jawabku pendek sambil mengemas pinggan kami. Kenyang? Makan apa? Makan nasilah. Makan nasi apanya? Tak tercuit pun, patutlah kudut. Nanti kecut siapa yang susah? Gaban mula kembali pada kejadian asalnya. Ingatkan malam yang indah ini akan berpanjangan, rupanya tidak. Gaban tetap Gaban!

25

Akukah Juwita?

Apa yang kau nak susah... yang kecut aku, bukan kau, balasku sambil menjeling padanya. Aku ni berjiwa penyayang, tak sampai hati tengok orang yang tak cukup makan. Kalau kau kudut macam ni, aku takut, angin tiup kau terus melayang. Aku mengetap bibir. Mahu sahaja aku membalas kata-katanya itu namun disebabkan Kak Anis memanggilku, aku pendamkan sahaja ayat di dalam hati. Minah nak kerja dengan kami? tanya Kak Anis. Aku pula ternganga seketika sambil memandang tidak percaya. Lagipun kami memang perlukan assistant. Alah kerjanya bukannya susah, kerja-kerja admin, buat pesanan barang sambil tu assist team bila ada projek. Macam mana? Cadangan Kak Anis benar-benar menarik minatku, bukan soal apa yang perlu aku buat, tetapi bayaran gajinya juga. Boleh tahan lumayan, kira rugi juga kalau ditolak. Aqil pun kerja dengan kami sekali. Kata-kata Kak Anis tuturkan itu yang melemahkan semangatku. Serentak itu aku membuang pandangan pada Gaban yang duduk tidak jauh dari kami. Kenapa mesti ada Gaban? Apakah aku sudah ditakdirkan akan serumpun dengannya? Tetapi hendak salahkan Gaban memang tidak wajar, syarikat itu kepunyaan abang iparnya dan Kak Anis, tentulah adiknya Si Gaban itu diberi peluang terlebih dahulu. Nantilah kak, kita fikirkan, balasku perlahan. Nak fikirkan apa lagi? Akak dengar Minah dah lama menganggur, takkan tak puas lagi berehat? Bukan macam tu, tapi.... Kata-kataku mati apabila dipotong oleh Mak Yam.

26

Rina Farizq

Tak payah bertapi-tapi, Minah. Bukan senang Kak Anis kau ni nak offer macam ni. Padahal anak Maimunah, Rohaya tu dah lama risik-risik kalau Kak Anis kau ni mahukan pekerja. Aku semakin serba salah, lebih-lebih lagi bila terpandangkan wajah emak yang seperti mengharap aku akan terima tawaran itu. Dan saat pandanganku singgah pada Gaban, dia menunjukkan kegelisahan. Apa hal pula Gaban yang gelisah? Dia takut aku terima tawaran itu kerana tidak senang dengan kehadirankukah? Nanti Minah boleh duduk dengan akak, senang sikit. Eh, tak apalah kak. Kalau betul pun kita nak kerja nanti, kita akan duduk dengan Naja. Cukuplah dengan tawaran kerja itu, tidak mahulah aku menumpang dengan mereka. Lagipun tentu aku tidak betah kerana Si Gaban pasti tinggal sebumbung dengan kakaknya. Mau nanti aku jadi kuli batak Gaban. Nanti harihari dia suruh aku buat kuih bakar pula. Naja mana pulak? soal Mak Yam. Alah, anak arwah Abang Semanlah. Kan kawannya Minah sejak kecil. Emak tiba-tiba bersuara. Mak Yam mengangguk perlahan, mungkin sudah mula mengingati teman baikku itu. Jangan tak jadi tau! Kalau boleh akak nak Minah cepat masuk kerja. Aku sekadar tersenyum bila Kak Anis terus menunjukkan kesungguhannya. Akan kufikirkan semasakmasaknya malam ini. Aku tidak mahu tersalah langkah, tidak mahu terlalu mudah menerima pelawaan orang tanpa

27

Akukah Juwita?

memikirkan baik buruknya. Lagipun kalau sudah banyak sangat makan jasa orang, susah nanti hendak membalasnya.

SEBAIK pulang, aku terus merebahkan diri di atas tilam yang tidak berapa empuk. Seluruh tubuh terasa sengal dan sangat letih. Jam di dinding pun sudah menunjukkan ke angka dua belas. Malam yang kukira sangat panjang. Aku cuba melelapkan mata, namun otakku ligat berputar memikirkan tentang tawaran Kak Anis. Separuh hati, sangat teruja kerana aku pun sudah lama menganggur tetapi separuh hati lagi terasa amat berat hendak terima. Semuanya kerana Gaban. Aku meraba-raba di dalam saku baju kurung apabila telefon bimbitku bergetar menandakan aku menerima pesanan ringkas. Entah daripada siapa malammalam buta begini. Kadang-kadang tu geram juga kerana acap kali menerima pesanan ringkas daripada ejen pemberi pinjaman wang segera along. Dalam bahasa Cina pula tu! Namun berkerut dahiku seketika kerana pesanan itu bukan daripada along, tetapi daripada Gaban. Apa dia mahu malammalam begini? Mana kau letak kuih bakar? Aku tersenyum sendiri, lucu kerana Gaban boleh teringat kuih bakar pada malam-malam begini. Nampaknya dia mesti pekena kuihku baru boleh tidur barangkali. Aku segera membalas pesanannya. Dalam gerobok ler.

28

Rina Farizq

Namun selepas itu, telefon bimbitku sepi. Mungkin saat ini Gaban tengah melantak dengan lahapnya. Timbul pula niatku hendak mengusiknya lalu satu pesanan aku kirimkan padanya. Sedapkn kuih yg aku buat smpi kau tercari2. Dan sesaat selepas itu pesananku berbalas, aku membacanya dengan tergelak-gelak. Sedap agaknya sbb Comot dh bedal dulu. Aku x dpt makan. Ada ke patut Comot boleh makan kuih bakar? Pertama kali aku dengar seekor kucing makan kuih. Apa punya jenis kucinglah tu? Yang peliknya macam mana Comot boleh dapat kuih bakar itu sedangkan ianya di dalam bekas yang bertutup? Hmmm, kesian Gaban. Mesti tidak boleh tidur malam, terkenang kuih bakarku. Nasib baik Gaban sempat merasa sepotong dua tadi, kalau tidak pasti ngences! Klau nak, kat umah ada sikit. Kasihan pula aku pada Gaban. Lagipun aku memang ada simpan sedikit kuih itu. Ingat hendak buat sarapan esok, tetapi tidak mengapalah kalau aku berikan kepada Gaban. Esok kalau aku mahu, aku boleh buat lagi. Jap lg aku dtg!

29

Akukah Juwita?

Wah, memang betul-betul kemaruk Si Gaban ni! Sanggup malam-malam begini datang ke rumahku gara-gara mahukan kuih bakar. Aku segera keluar dari bilik dan ketika melewati bilik emak, aku secara tidak sengaja mendengar perbualan emak dan abah. Macam padan je Aqil dengan Minah, kan? Abah bersuara perlahan tetapi masih dapat aku dengar dengan jelas. Hatiku tiba-tiba berdebar pula. Mau taknya, tidak dapat aku bayangkan kalau Gaban jadi suamiku. Gamat jadinya, hari-hari terjerit pekik, sorang sebut Gaban sorang lagi panggil Timun! Kak Yam tu pulak nampak berkenan aje dengan Minah, bang. Emak pula mencelah. Agaknya mereka memang suka dengan anak kita tak? duga abah. Aku pula kecut perut. Padanlah Mak Yam bukan main ramah, malah layan aku macam ahli keluarga pula sedangkan dulu mukanya asyik mencuka. Aku terus ke dapur, tidak mahu mendengar perbualan mereka lagi. Takut nanti aku yang pengsan pula. Kuih bakar yang aku simpan, aku masukkan ke dalam bekas. Bekalan untuk Si Gaban. Jahat-jahat aku, tidak sampai hati pula hendak biarkan orang meleleh air liur kerana kuih bakarku. Lagipun berkongsi rezeki akan diberkati. Telefonku berdering dan aku segera menjawabnya kerana aku sudah pasti siapa pemanggilnya. Ikut pintu dapur, arahku sebelum mematikan talian telefon. Lalu pintu dapur aku buka dan Gaban telah berdiri tegak macam penunggu di muka pintu. Terkejut aku dibuatnya. Yang Si Gaban boleh sengih sahaja. Agaknya dia lucu melihat reaksiku.

30

Rina Farizq

Buat terkejut orang aje! marahku padanya namun Gaban sekadar mengulum senyum. Macam mana Comot boleh makan kuih tu? soalku sambil berpaling, menuju ke meja untuk mendapatkan kuih bakar. Si Embam yang bagi, balas Gaban pendek. Pandai pulak Comot makan kuih, kataku sambil mendekati Gaban. Bukan setakat kuih, semua benda ditelan. Tolak batu dan kayu je. Mesra Gaban melayan pertanyaanku. Mungkin juga kerana mahukan kuihku. Nah, nasib baik aku ada simpan sikit. Aku hulurkan kepadanya kuih bakar dan Gaban tersenyum dengan riangnya. Oh ya, ini untuk kau. Ingat nak bagi tadi, tapi lupa. Oleh-oleh dari Australia. Gaban menghulurkan padaku beg kertas yang sederhana kecil. Aku terkejut kerana Gaban sudi membelikan aku oleh-oleh dari sana. Tetapi kenapa Gaban belikan oleh-oleh? Aku ini istimewakah pada dirinya hingga dia masih ingat padaku walau berada di sana? Terima kasih, ucapku, malu-malu kucing dan untuk bertentang mata dengannya saat ini, aku tidak mampu. Entah mengapa aku tidak kuat, mungkin kerana rasa terharu atas ingatannya terhadapku. Aku balik dulu, pamit Gaban. Aku mengangguk dan pantas menutup daun pintu. Semuanya kerana tersangat malu untuk memandangnya lagi. Berbunga-bunga hatiku seolah-olah ada taman yang indah di hadapan mata.

31

Akukah Juwita?

Aku segera melangkah dan masuk ke dalam bilik. Dengan pantas tanganku memuntahkan isi yang ada di dalam beg kertas itu. Sehelai skarf berwarna ungu sangat indah dan lembut sekali. Aku tidak pasti apa jenis material skarf itu tetapi aku boleh samakan ia dengan sehelai sutera. Bau skarf itu juga sangat wangi, seolah-olah bau lavender melekat pada skarf itu. Cantik sungguh hingga aku terus berdiri di hadapan cermin dan cuba melilitkannya di leher jenjangku. Memang sangat cantik dan makin terserlah keayuanku. Kalau Gaban nampak aku ketika ini pasti dia cair. Pasti dia tidak lena tidur dek teringatkan aku yang cun. Aku senyum sendiri, lalu membuka lilitan skarf. Aku berbaring sambil meletakkan skarf di atas muka, merasai kelembutan dan keharumannya. Sangat indah perasaan ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dan entah jam berapa aku terlena aku tidak tahu kerana asyik melayan perasaan.

32

Rina Farizq

Bab 4
KU melopong sebaik emak memberitahu hasrat rombongan yang baru datang sebentar tadi. Tidak sangka Halim bersungguh mahukan aku, hingga sanggup menyuruh orang tuanya meminang aku. Kalaulah aku tahu rombongan tadi itu rombongan meminang, sudah lama aku letak garam dalam minuman mereka. Biar terencat hendak jadikan aku menantu. Lagipun siapa yang mahu kahwin dengan orang yang tidak ada pedoman itu? Kerja tidak ada, ada hati hendak pinang anak dara orang. Ingat pinang anak dara orang macam petik bunga di tepi jalankah? Habis tu esok lusa, siapa pula hendak bagi makan? Harapkan mak bapak dia yang kaya tidak seberapa itukah? Isy, kita tak naklah mak. Kalau mak nak, mak sajalah yang kahwin dengan dia, ujarku sambil buat muka. Eh, mak pulak! Abah kau nak campak mana? Lagipun kalau mak ni masih anak dara pun, mak memang tak nak jugak. Setakat muka lawa tapi pemalas nak buat apa?

33

Akukah Juwita?

Eh, lawa ke dia tu mak? Muka macam orang pecah rumah. Bolehlah, daripada bangla yang ada kat pekan tu. Tak apalah, pandailah nanti saya berikan jawapannya. Saya pun tak mahu bermenantukan hantu macam dia tu. Kerjanya tak ada, asyik-asyik pusing-pusing dengan motor yang bunyinya macam bot nak karam. Esokesok bukan dia tanggung anak kita, kita pulak yang kena tanggung dia. Abah buat aku semakin lega. Lalu dengan pantas aku memeluk abah dan mengucapkan terima kasih. Tapi kalaulah Aqil yang masuk meminang, memang abah tak tolak. Hari ni jugak abah nikahkan. Emak ketawa dan abah tersenyum panjang. Aku pula terus mencebik. Kenapa semua orang dalam kampung ini suka sangat hendak jadikan Gaban sebagai calon menantu mereka? Aku tahulah Gaban itu baik, tetapi hebat sangatkah sampai abah dan emak pun berkenan juga? Alah, macam dah tak orang lain je dalam dunia ni, selarku perlahan. Memanglah ramai orang dalam dunia ni, tapi lelaki yang baik dan berkualiti kurang. Kira Aqil tu satu dalam seribu, lelaki yang boleh dijadikan sebagai pelindung dan pembimbing, kata emak dengan yakinnya. Entah-entah dia tu dah ada buah hati, tak payahlah nak berangan. Kat luar negara tu minah saleh yang seksi berlambak, takkan dia tak tergoda? Mesti ada satu yang melekat kat hati, kan? tukasku.

34

Rina Farizq

Takkanlah Aqil macam tu.... Mak tengok orangnya masih pegang adat dan budaya kita. Pilihannya tentulah gadis Melayu jugak. Alah, setakat nak gadis yang seksi, orang Melayu kita pun seksi jugak, kan bang? Apalah mak aku ni...! Beria-ia dia pertahankan Si Gaban. Agaknya ilmu apa yang Gaban pakai sampai emak boleh meletakkan kepercayaannya terhadap Gaban? Eh, nak ke mana pulak tu? soal emak sebaik sahaja aku bingkas dan bersedia untuk melangkah. Jumpa Jebon, nak suruh dia ngurat Aqil supaya mak dan abah tak kempunan bermenantukan dia. Sahutku seraya meninggalkan mereka. Sebenarnya perasaanku saat ini bercampur baur. Orang kampung pasti heboh dengan rombongan yang datang ke rumahku, dan aku pula tidak pasti macam mana hendak berdepan dengan mereka semua. Lebih-lebih lagi macam mana hendak berdepan dengan Gaban. Macam mana agaknya penerimaan Gaban tentang perkara ini? Isy yang aku fikirkan sangat tentang Gaban kenapa? Gaban bukan siapa-siapa, jadi kenapa aku perlu fikirkan bagaimana penerimaannya? Lagipun kenapa hanya selepas menerima pemberian daripadanya aku perlu perasan? Mungkin Gaban hanya memberi hadiah kepadaku sebagai tanda persahabatan, tetapi aku pula yang perasan lebih-lebih. Ah, serabut!

HEH, Jebon! Apesal kau sombong sangat dengan aku, hah? tanyaku kepada Jebon yang langsung tak endahkan kehadiranku. Malah boleh pula Jebon bergerak dan kini

35

Akukah Juwita?

membuntutkan aku. Hi, geram betul aku dengan kau, Jebon! Niat hendak meluahkan perasaan, tetapi Jebon tidak mahu layan. Kau jangan main-main, Jebon... kang esok lusa kalau aku kahwin, aku suruh abah sembelih kau kang! ugutku sambil melibas punggung Jebon dengan ranting halus. Mengeboh juga Jebon, agaknya rasa sakit aku buat begitu. Sorrylah Jebon, aku tak sengaja. Habis dah kau tu buat bodoh aje! Cuba kalau abah yang datang, bukan main manja kau ya! Jadi kau terimalah pinangan Si Halim tu? Aku segera menoleh, Gaban sudah duduk di atas batu besar tidak jauh dariku. Aku mengalihkan pandangan, kembali melihat Jebon yang masih membuntutkan aku. Aku terkejut dengan kehadiran Gaban dan dalam masa yang sama perasaanku kembali gelisah. Kau bercinta dengan Halim ke? Pertanyaan itu hampir sahaja buat aku pitam. Gila ke apa? Ingat aku ini kemaruk hendak bercinta sampai tidak tengok siapa orangnya? Aku masih punya cita rasalah. Takkan hendak sapu sahaja jantan yang ada! Lagipun apa kelas hendak bercinta dengan anak penghulu itu? Lainlah kalau anak menteri atau raja, boleh juga aku pertimbangkan! Itu sebabnya kau berat hati nak terima tawaran Kak Anis, kan? Takut berjauhan dengan buah hati? Tidak habis-habis Gaban dengan andaiannya. Tetapi aku tidak mahu bersuara dulu, sengaja hendak lihat sejauh mana tahap cemburunya itu. Aku yakin Gaban cemburu, kerana itu dia boleh berfikiran begitu. Tak terlalu awal ke nak berumah tangga? Bukankah kita muda lagi, kata orang perjalanan masih jauh. Banyak benda yang boleh kita terokai.

36

Rina Farizq

Aku mengulum senyum, membiarkan sahaja dia berkata-kata. Biarkan dia bermain dengan perasaannya sedangkan aku hanya mahu menduga. Tapi kalau dah suka, nak kata apa? Cuma tak sangka, Si Timun Kecut ni ada yang suka. Haaa itu aku tak boleh tahan. Memang pantang aku kalau dia sebut Timun Kecut. Aku memandangnya dengan sebal. Kecut, kecut pun laku jugak! Akhirnya aku bersuara, buat Gaban tersenyum pula. Yalah, yang kecut mestilah si kecut jugak yang suka. Aku tengok Si Halim pun sejenis dengan kau. Kurus melidi, tinggal rangka. Eh, yang kau sibuk sangat kenapa? Kau ingat kau tu handsome sangat ke? Nak kata sendiri handsome takut nanti orang kata kita riak, tapi itulah hakikatnya. Setakat Fahrin Ahmad, Brad Pitt atau Salman Khan, rasanya aku jauh lebih kacak. Allahuakbar! Cukup-cukuplah tu... tak pasal-pasal hujan pulak nanti. Akukan, paling malas tau nak layan orang kuat perasan macam kau ni, Gaban. Baik aku balik tidur lagi bagus! Akhirnya aku angkat bendera putih, tidak mahu lagi berbicara dengannya. Sepatutnya dia datang ubatkan perasaanku, bukan makin menambah kegelisahan yang ada. Kehadirannya saat ini tidak membantu langsung! Eh, takkan dah nak balik? Tidur yang berlebihan tak elok untuk kesihatanlah. Suka hati akulah Gaban! Daripada dengar kau membebel dan telinga boleh jadi pekak, baik aku tidur.

37

Akukah Juwita?

Jadi confirmlah yang kau terima pinangan Halim tu? Apa kau kisah? Memang aku tak kisah pun, lantak kaulah nak kahwin dengan siapa pun! Dah tu? Tak adalah, aku cuma Cuma apa? Gaban diam tidak bersuara, mungkin tidak berani hendak menyatakan hal yang sebenarnya. Ah, Gaban! Kau ni memang kelakarlah. Dalam kau suka cari pasal dengan aku, sebenarnya ada terselit suatu perasaan. Jika tidak, takkan kau nampak gelabah bila aku dipinang orang! Tapi Gaban, aku sendiri tak pasti apakah aku suka dengan kau ataupun tidak. Sebabnya masih ada rasa geram dan marah di sudut hatiku. Jangan kau terjun bangunan pulak masa aku bersanding nanti. Sempat aku mengenakan Gaban sebelum meninggalkannya sendirian. Namun tiada balasan daripada Gaban. Mungkin dia sudah bisu dan tidak dapat menerima hakikat aku akan terima pinangan Halim. Hei Gaban, aku belum kemaruk nak berlakilah! jeritku dalam hati namun tidak mungkin Gaban mendengarnya.

38

Rina Farizq

Bab 5
URIAH tersengih-sengih dan buat aku sakit mata sahaja. Hatiku juga jadi sakit bila Juriah asyik sebut fasal Halim biul itu. Samdol betul Juriah ni, baik tak payah balik kalau kepulangannya itu hanya untuk mengutuk dan mengejekku. Memang Ju tak nak balik, tapi bila dapat tahu akak kena pinang, uiii... rasa tak sabar je nak sampai rumah, balas Juriah bila aku persoalkan kepulangannya. Merimaskan betul adik aku yang seorang ini. Macam mana aku boleh ada adik yang sama biul macam Si Halim tu? Kenapa akak tolak pinangan dia? Apesal? Suka kalau dia jadi abang ipar? Suka aje, at least kita ada peluang nak ngurat Abang Aqil. Dengarnya dia makin handsome. Jawapan Juriah buat hatiku rasa sakit. Entah kenapa Juriah harus ingatkan aku lagi pada Si Gaban. Selepas pertemuan dengan Gaban tempoh hari, langsung Gaban sepi tanpa berita. Buat aku terasa, seolah-olah aku mula kehilangan sesuatu yang berharga.

39

Akukah Juwita?

Betul ke dia makin handsome? Aku hanya mencebik, walau jauh di sudut hatiku tidak dapat menafikan hal itu. Handsome lagi Si Jebon, balasku sambil menggoreng karipap yang kubuat untuk minum petang. Itulah sahaja kerjaku setiap hari. Memasak, buat kuih. Agaknya kalau buka warung pasti laku. Kenapalah aku tidak fikirkan idea yang bernas ini sejak dulu? Dapat juga duit belanja. Apalah akak ni, Jebon tu dia kata handsome? Akak ni tak betul ke? Tak tahu nak membezakan antara manusia dengan seekor lembu? Entah, sama je akak tengok. Sengaja aku balas begitu. Mahu Juriah sakit hati dan tidak akan bertanyakan lagi hal Gaban. Isy, akak ni! Sejak kena pinang terus jadi tak betul. Aku sekadar mendiamkan diri, sengaja memfokuskan perhatianku kepada karipap di dalam kuali. Tidak mahu karipap yang kugoreng, hangus. Kan bagus kalau akak cepat-cepat kahwin, luah Juriah perlahan, seolah-olah kesal sangat aku menolak pinangan Halim. Kenapa dengan kau ni? Yalah, mak cakap selagi akak tak kahwin, kita tak boleh kahwin. Tak boleh langkah bendul. Belajar pun belum habis, sibuk pasal kahwin. Kau ni dah ada boyfriend ke? Boyfriend tu mungkin tak lama lagi. Langkah pertama, akak kenalah ketepikan sikit karipap tu.

40

Rina Farizq

Apa kena-mengena pulak? Nak buat apa ni? soalku pelik. Juriah mendekatiku sambil tersenyum. Tentu dia ada idea nakal. Nak bawak ke rumah Abang Aqil. Sambil bagi karipap, sambil tengok dia. Sambil-sambil tu mana tau boleh jadi boyfriend kita.... Gatalnya kau ni. Kalau mak tahu, tak payah tunggu akak kahwin, mak tentu kahwinkan kau cepat-cepat! balasku sambil menjeling kepada Juriah yang sudah ketawa mengekek. Bagus jugak tu, akak cakaplah dengan mak yang kita nak kahwin dengan Abang Aqil. Rengek Juriah macam anak kecil. Buat aku meluat sahaja. Hiii, nyampahlah kau ni! Dah, pergi sana! Karang karipap akak hangus! Aku sengaja mengusir Juriah agar tidak menggangguku lagi. Rimas dan lemas kalau dia ada. Goreng cantik-cantik, jangan sampai hangus nanti tak lalu Abang Aqil nak jamah. Kata Juriah sebelum berlalu. Aku mencebik lagi. Lagi-lagi Si Gaban itu juga yang Juriah ingatkan. Kalau aku tahu Juriah mahu ke rumahnya, aku buat kuih bakar. Biar Juriah tidak boleh kelentong yang kuih dia bawa adalah buatannya. Aku tahu, sah-sah Juriah akan katakan pada Gaban karipap ini dia yang buat. Tentu Juriah akan menarik perhatian Gaban, akan buat perangai gediknya untuk buat Gaban terpikat. Hesy, tolonglah! Geli aku bila terbayangkan hal itu.

RESAHNYA aku bila Juriah masih belum pulang. Lama betul dia ke rumah Gaban, dari petang bawa ke malam. Apa

41

Akukah Juwita?

agaknya dia buat di rumah Gaban? Betul-betulkah dia hendak menawan hati Si Gaban itu? His, teruknya budak ni! Yang macam polis pencen ni kenapa? Ke hulu ke hilir dari tadi. Dah solat? soal emak yang baru selesai bersolat maghrib. Kita tak boleh. Bendera merah, beritahuku sambil melabuhkan punggung. Sekejap-sekejap aku menjengah ke tingkap, melihat kalau-kalau Juriah sudah pulang, tetapi haram. Kerana mahu buang kebosanan menunggu Juriah, aku membelek majalah. Hanya menyelak helaian demi helaian tanpa membacanya. Dalam keadaan sekarang, makin serabut bila aku mula membaca. Aku hanya memandang gambar-gambar yang ada. Minah, dah siapkan makan malam? laung emak entah dari mana. Mungkin dari dalam bilik. Aku segera bingkas dan berlalu masuk ke dapur. Lauk yang sudah aku masak sebelum maghrib tadi aku panaskan. Pinggan, cawan, semuanya siap aku atur di atas meja. Sayur kangkung goreng belacan, sambal sotong sudah siap aku panaskan dan masukkan ke dalam mangkuk lalu diletakkan di atas meja. Hanya tinggal ikan pari masak asam pedas sahaja yang belum aku panaskan. Kak, tambahkan satu lagi pinggan tau! teriak Juriah. Aku segera menoleh dan melihat Juriah tersenyum panjang. Hantu punya budak, bila time makan baru nampak muka. Kenapa pulak? soalku sambil menutup api dapur. Ada tetamu istimewalah balas Juriah sebelum berlari ke depan semula.

42

Rina Farizq

Aku mencapai senduk dan mencedok lauk masuk ke dalam mangkuk. Assalamualaikum.... Suara yang memberi salam itu sangat aku kenali. Dengan pantas aku menoleh dan sah, Gaban sedang berdiri di meja makan sambil tersenyum. Diakah tetamu istimewa yang Juriah maksudkan? Apa mimpi dia ke mari? Sekadar makan malam? Duduklah bang, pelawa Juriah dengan mesranya. Emak dan abah hanya tersenyum dan turut menjemput Gaban makan bersama. Gaban hanya tersenyum dan mengerling padaku yang masih terpinga-pinga. Akak, bawaklah sini lauk tu. Juriah mengejutkan aku. Lantas aku bawa lauk dan letakkan di atas meja. Juriah bukan main lagi, cepat-cepat sendukkan lauk untuk Gaban macamlah Gaban tidak ada tangan, tidak boleh ambil sendiri. Aku mengambil lagi sebiji pinggan dan cawan untuk diriku sendiri. Kasihan betul aku. Tidak ada orang hendak layan aku. Sudahlah hari-hari kena masak. Langkah kanan saya malam ni. Ingatkan hanya nak temankan Ju balik, tak sangka dapat makan pulak, kata Gaban dengan ramah. Juriah tersengih panjang sambil mengenyitkan mata padaku. Aku membalas kenyitannya itu dengan jelingan. Alah, kalau nak datang makan sini selalu pun pak cik tak kisah. Lagi ramai lagi seronok, balas abah dengan senang hati.

43

Akukah Juwita?

Aku pula terkulat-kulat hendak makan kerana panahan mata Gaban yang tajam. Gaban ini sejak tadi tersenyum-senyum. Entah apa yang menggembirakannya. Makan sajalah, tak payah senyum menampakkan gigi! Macam hendak buat iklan Colgate pula. Sedap masakan mak cik. Gaban memuji tetapi matanya menghala ke arahku. Mungkin dia sengaja hendak menduga siapa yang masak makanan malam ini. Eh, bukan mak ciklah. Minah yang masak. Kerjanya kat rumah ni jadi chef tak bertauliah, balas emak sambil tersengih. Ya ke? Untung Halim, kan! Bakal isteri pandai masak. Buat kuih pun sedap. Aku hampir tersedak mendengar Gaban kata begitu. Kenapa Gaban sengaja menyebut nama itu ketika ini? Buat aku hilang selera sahaja! Untung kalau jadi, masalahnya sekarang tak jadi pun. Kira melepaslah Si Halim tu, sampuk abah sambil ketawa. Jadi betullah yang pinangan tu dah ditolak? soal Gaban beria benar. Macam tu la, dah tuan punya badan tak mahu, jawab abah perlahan. Ketika Gaban memandangku dengan senyuman melintang panjang, aku hanya buat tidak tahu. Tidak mahu tahu apa makna senyuman itu. Nanti kalau aku tersalah tafsir, aku sendiri yang malu dan makan hati. Akak tu tolak tuahlah. Tiba-tiba Juriah mencelah, buat aku dan yang lain terperanjat sama. Kalau akak kahwin dengan Halim, senang hidup

44

Rina Farizq

kita. Tuk ketua tu banyak harta, tak payah susah-susah kerja. Makan tidur sajalah jawabnya. Sekarang ni pun akak bukannya kerja, baik terus kahwin saja. Juriah menambah. Sakitnya hati aku dengan mulut Juriah. Macam hendak robekkan sahaja mulutnya yang lancang itu. Depan orang lain sanggup dia kata aku begitu, macamlah selama ini aku kemaruk sangat dengan harta. Harta banyak mana pun kalau dikorek hari-hari habis jugak. Buat apa kita nak harapkan harta orang, kita ada maruah, ada harga diri. Kalau akak ni kemaruk sangat nak harta, akak tak nak anak tuk ketua tu. Baik kahwin saja dengan bapak dia. Balasku sambil bingkas dan mengangkat pinggan yang masih berbaki isinya. Aku bukan sahaja malu malah bagai jatuh maruahku di hadapan Gaban. Aku tidak tahu mana hendak letak mukaku yang lebih tebal daripada batu konkrit. Dan ketika aku meninggalkan mereka semua, aku langsung tidak pandang wajah Gaban kerana tersangat malu. Aku tidak tahulah apa yang Gaban akan fikirkan tentang diriku selepas ini. Agaknya masa Juriah di rumah Gaban, entah apa yang dia ceritakan. Aku menutup daun pintu rapat-rapat. Di situ tidak semena-mena air mata tumpah bagaikan hujan. Entah kenapa hiba benar perasaanku saat itu. Harga diriku sudah hilang dalam sekelip mata. Tidak kusangka Juriah sanggup buat aku begini. Hanya kerana dia sukakan Gaban, dia sanggup menjatuhkan maruah dan harga diriku. Aku tidak kisah kalau dia mahukan Gaban, ambillah kerana Gaban pun bukan hak aku. Tetapi layakkah aku menerima penghinaan sebegini?

45

Akukah Juwita?

Bab 6
KU nekad. Kain baju yang telah aku kemas malam tadi sudah tersumbat di dalam beg dan ketika aku keluar dari bilik pagi ini, emak dan abah tercengang melihat aku. Tertanya-tanya agaknya mereka, ke mana geranganku pagi buta begini. Kita nak ke rumah menyalami emak dan abah. Naja, ujarku sambil

Janganlah ambil hati sangat dengan kata-kata Ju malam tadi. Abah bagai memujuk. Aku pula hanya tersenyum tawar, tak termakan dengan pujukan abah itu. Tak apalah, mungkin inilah masanya kita harus berdikari. Sampai bila nak duduk bawah ketiak mak dan abah... balasku dengan hati yang sangat hiba. Aku pun tidak menyangka rajukku hingga ke tahap itu. Tetapi yang pasti, aku bagai tidak sanggup hendak duduk lagi di kampung ini apatah lagi kalau nanti terpandangkan wajah Si Gaban.

46

Rina Farizq

Mana aku hendak lari atau sorokkan wajahku ini? Kita pergi dulu mak, abah. Aku meminta diri dan segera berlalu. Ketika melewati bilik Juriah, Juriah membuka pintu. Sekilas pandang, aku terus berlalu. Tidak sanggup aku hendak pandang wajah Juriah. Masih berbekas rasa marah dan sakit hati padanya. Eh, nak ke mana tu? soal Juriah. Aku diam sahaja, cepat-cepat menyarungkan kasut dan terus melangkah. Akak! Panggilan Juriah tidak aku endahkan. Bagiku Juriah sangat mengecewakan aku. Juriah buat aku fikir panjang malam tadi. Puas aku menimbang keputusanku hingga sakit kepala. Ini pun kepala masih bengal tetapi aku gagahkan diri. Selama hari ini aku sanggup pekakkan telinga bila emak membebel kerana aku masih menganggur. Cuma malam tadi aku sudah tidak dapat bertahan, tidak kuat lagi dan sudah rapuh semangatku untuk terus tinggal di sini. Biarlah aku pergi membawa hati yang lara. Air mataku mengalir laju, mengiringi setiap langkah yang aku susun. Aku membiarkan sahaja telefon bimbitku berdering bertalu-talu. Malas aku hendak menjawab panggilan itu kerana tanpa melihat nombor yang terpamer aku sudah dapat mengagak siapa pemanggilnya. Untuk berbicara dengan Juriah di saat ini, aku tidak punya kekuatan malah lebih baik aku begini daripada nanti aku akan marah dan terhambur keluar ayat yang tidak sepatutnya. Bukan aku membenci Juriah, busuk-busuk pun dia tetap darah dagingku juga cuma aku masih belum dapat memaafkannya. Minah!

47

Akukah Juwita?

Panggilan itu mengejutkan aku. Terus terhenti langkah yang sedang diayun. Halim yang sudah mendekati aku, memandang dengan penuh curiga. Nak ke mana ni? soal Halim. Aku hanya mendiamkan diri, serba salah hendak memandang wajahnya. Mungkin kerana aku telah mengecewakan hatinya lalu aku jadi serba tidak kena. Takkan kerana pinangan aku, kau nak tinggalkan kampung? Sepatutnya aku yang bertindak macam ni, bukannya kau... kata Halim perlahan. Aku sekadar tersenyum kemudian menggeleng. Bukan sebab itulah, balasku menidakkan katakatanya itu. Habis tu? Dah tiba masanya aku keluar dari sini, mulakan hidup baharu. Yalah... tapi kenapa sekarang, kenapa tak dari dulu? Selepas aku masuk meminang, baru kau nak keluar dari sini, nak mulakan hidup baharu? Kau ni banyak tanyalah! Aku mula rimas bila Halim menyoal aku begitu. Aku tak suka kau pergi. Kenapa pulak? Curiga aku jadinya bila Halim kata begitu. Dia suka atau tidak, apa kena-mengena denganku? Suka hati akulah hendak pergi atau tidak. Aku sayangkan kau, aku tak mahu kau pergi. Kau tak tahu macam mana dalamnya perasaan aku pada kau. Selama ni mungkin kau anggap aku main-main, tak bersungguh-sungguh. Tapi hakikat sebenarnya aku sangat sayangkan kau. Kalau kau tak sudi terima pinangan aku tak

48

Rina Farizq

apa, aku tak marah... tapi jangan tinggalkan kampung ni sebab tanpa kau, aku rasa hidup aku tak bererti. Aku membesarkan mataku, memandang wajah Halim, tepat. Tidak sangka Halim akan berterus terang denganku tentang perasaannya. Walaupun selama ini Halim kerap kali mengatakan sayang padaku, tetapi kali ini aku dapat rasakan keseriusannya terhadapku. Belum pernah Halim berbicara dengan wajah yang serius dan tegas seperti itu. Terkesima juga aku untuk seketika. Jangan pergi, pinta Halim perlahan. Ada nada lirih di atas permintaannya itu, buat aku jadi kalut seketika. Tak boleh, aku kena pergi, balasku sambil memulakan langkah untuk pergi. Aku tidak mahu melayan permintaannya itu. Lagipun aku sudah bertekad akan pergi. Minah, tolonglah! Aku mengerutkan dahi. Tanpa berpaling padanya aku teruskan juga langkah walaupun kaki mula terasa berat. Ah, tak kira! Kali ini aku mesti nekad dan tekad dengan pendirianku. Kini aku sudah berada di dalam bas, dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Maka secara rasminya aku meninggalkan negeri kelahiranku, Johor Darul Takzim. Tempat aku menjadi dewasa dan mengenal erti hidup. Aku membelek telefon bimbitku setelah bosan berada di dalam perjalanan yang panjang. Sebanyak tiga puluh sembilan kali panggilan daripada Juriah yang tidak berjawab dan dua belas kali daripada Gaban. Hatiku terusik melihat nama Gaban, namun aku tidak mahu memikirkan tentangnya lagi saat ini. Aku membuka pesanan ringkas yang begitu banyak kuterima. Ada daripada Juriah dan juga Gaban. Meskipun

49

Akukah Juwita?

Juriah memohon maaf, hatiku begitu keras untuk tidak menerimanya. Malah aku semakin tegar daripada jatuh dalam pujukan Gaban agar aku menjawab panggilan dan jangan pergi. Inilah kali pertama Gaban memujukku dengan katakata dan ayat yang sangat menyentuh jiwa. Pesanannya seolah-olah dia amat sayang padaku dan tidak mahu aku meninggalkannya namun semuanya telah terlambat. Aku sudah jauh melangkah dan tidak mungkin boleh berpatah kembali.

NAJA panar melihat aku berdiri di hadapannya sebaik sahaja pintu terbuka. Aku pula sekadar tersenyum, namun air mata tiba-tiba meluncur laju. Aku terus mendakap tubuh yang langsing itu erat. Aku tahu Naja terkejut dengan kehadiranku secara tiba-tiba kerana aku sendiri tidak memberitahunya yang aku akan datang ke mari. Jangan sedih dan susah hati. Selagi aku ada, kau tinggallah di sini. Buatlah macam rumah sendiri. Pasal kerja, dari dulu aku dah beritahu kau, kita boleh cari dan usahakan sama-sama. Ini Kuala Lumpurlah, lubuk duit. Kalau rajin dan tak putus asa, insya-Allah. Kata-kata Naja aku sambut dengan senyuman. Meskipun hatiku sudah terubat sedikit namun kepedihan masih tertinggal lagi di suatu sudut yang paling dalam. Kalau tak kerana Ju, tentu kau takkan sampai ke mari, kan? Aku memang berterima kasih pada Ju, kata Naja sambil ketawa. Aku menepuk pahanya kerana aku tahu itulah yang Naja mahukan sebenarnya. Entahlah kenapa sejak dulu aku tidak terbuka hati untuk menerima pelawaan Naja agar

50

Rina Farizq

tinggal bersamanya. Berat betul kaki dan hatiku hendak meninggalkan kampung halaman. Kalau boleh aku ingin mencari pekerjaan yang berdekatan sahaja dengan kampung tetapi sekarang aku sendiri tidak sangka yang aku kini sudah berjauhan dengan keluarga. Haruskah aku berterima kasih kepada Juriah yang menyebabkan langkahku semakin jauh kini?

51

Akukah Juwita?

Bab 7
UKAN senang hendak mencari kerja di kota besar ini. Walaupun banyak peluang pekerjaan, tetapi hendak mencari yang halal dan bersesuaian dengan kelayakan, memang payah. Sudahnya aku masih bergelar penganggur terhormat di rumah Naja ini. Sebulan di sini, banyak temu duga yang telah aku hadiri. Semuanya mahukan yang berpengalaman. Orang yang baru habis belajar macam aku ini, hanya disenaraikan sebagai simpanan dan jika mereka tiada pilihan lain barulah aku dipanggil bekerja. Ah, memang susah! Kalau orang baru tidak diberi peluang bekerja, sampai bila boleh dapat pengalaman? Kadang-kadang naik bosan aku, kan senang kalau awal-awal lagi mereka letakkan sahaja syarat kelayakan; mesti ada pengalaman kerja. Tidaklah orang baru sepertiku ini membuang masa. Sebenarnya aku masih terasa sepi dan bosan walaupun aku tinggal di apartmen yang cantik dan moden. Tidak seperti di kampung, aku bebas hendak bergerak ke mana sahaja dan kalau bosan pun aku boleh berjumpa Jebon.

52

Rina Farizq

Agaknya bagaimana Jebon sekarang? Aku tersenyum. Kenapa Jebon yang terlintas di fikiranku saat ini? Wah, sedapnya! Kalau macam ni aku sanggup biarkan kau terus tak ada kerja. Suara Naja mengejutkanku. Pantas aku menoleh kepadanya yang baru pulang dari pejabat. Belum apa-apa, dia sudah ke dapur melihat apa yang aku masak hari ini. Susah-susah kau jadi tukang masak aku ajelah. Tak payah aku makan luar. Bukannya sedap pun makanan kat luar tu! omel Naja, terus mencapai pinggan, menyenduk nasi dan lauk. Dah tahu makan luar tak sedap, masaklah sendiri, ujarku sambil mendekati Naja. Naja mencebik dan segera duduk di ruang makan. Aku tak pandai masak, lagipun makan masakan sendiri tak sama sedapnya dengan makan masakan kau. Alah, kau tak payah kerjalah. Setakat makan pakai kau, aku boleh tanggung. Banyaklah kau! Sampai hati kau nak jadikan aku bibik ya? usikku sambil menuangkan air ke dalam gelas untuk Naja. Bukan bibik, tapi pembantu peribadi aku, boleh? Aku tersenyum dan hanya duduk di hadapan Naja, memerhatikan dia makan. Bukan main berselera Naja makan, sampai licin pinggan. Naja bingkas dan berlalu ke ruang dapur. Ingatkan dia ke dapur untuk cuci tangan, rupanya dia tambah lagi makanan dalam pinggan. Isy, isy, isy... apa nak jadi dengan dia ni. Serupa macam Jebon, asyik makan sahaja kerjanya. Tetapi Jebon gemuk, Naja pula langsing dan tinggi orangnya.

53

Akukah Juwita?

Sepatutnya model macam Naja, takut hendak makan banyak. Ini tidak, selagi apa ada di hadapan mata, semuanya dia sapu. Pelik betul aku, kuat makan tetapi badannya tetap kurus juga. Aku nak bagi tau kau ni, kawan aku punya kawan, nak pakai pekerja. Tak payah interview, kau pergi terus masuk kerja. Lagipun dia orang cuma nakkan kerani. Itu pun kalau kau nak la... ujar Naja. Aku tersenyum dan terus mengangguk. Naklah, apa pulak tak nak. Kerani pun tak apa, aku tau sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. Kerani pun dah cukup baik. Esok aku hantar kau. Kalau dulu aku belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi, tentu aku dah berjaya... keluhku perlahan. Aku ni lebih teruk daripada kau, cuma ada SPM je. Boleh jugak berjaya. Yang penting kita kena berusaha dan rajin, celah Naja, tidak setuju dengan pendapatku. Kau lainlah... kau cantik, tinggi, tentulah berebut orang mahukan kau jadi model mereka. Aku ni dahlah tak cantik, ada diploma pun tak boleh cari makan. Apalah kau ni, janganlah macam tu. Ini semua takdirlah. Kalau ada rezeki, suatu hari nanti pun kau boleh berjaya jugak. Kau ingat orang yang ada ijazah, PhD semuanya berjaya ke? Kau tengok Siti Nurhaliza dan Mawi tu, berjaya juga walaupun hanya ada SPM. Malah sekarang kaya-raya lagi. Aku ketawa mendengarkan bicara Naja. Dia orang tu lain, ada bakat menyanyi. Aku ini pula menyanyi dalam bilik air bolehlah, itu pun kalau cicak dengar mahu jatuh dari dinding.

54

Rina Farizq

Tapi esok kalau kau dah bekerja, kau kena masak jugak tau. Masakan kau sedap, enak.... Kalau aku tak dapat makan masakan kau, tak lengkap hidup tau! Aku mencebik, tidak termakan dengan pujian Naja itu. Macamlah selama ini Naja membesar dengan masakanku. Lengkap juga hidupnya, ada rumah cantik, kereta besar, boyfriend handsome. Kira cukuplah tu...! Kalau aku jadi dia, alahai bahagianya. Belajarlah masak, esok kalau dah kahwinkan senang... ajuku. Naja menggeleng. Lambat sikit! Apa guna aku cari boyfriend yang kerjanya memasak? Balas Naja pantas. Hmmm lupa aku yang teman lelaki Naja seorang chef di hotel terkemuka di Kuala Lumpur ini. Sebab itulah Naja tidak kisah langsung hendak belajar memasak. Untungnya Naja! Untung aku bilalah agaknya? Masih adakah jejaka yang masih solo, handsome, baik hati dan berkerjaya di Kuala Lumpur ini? Kalau ada, kan seronok. Hihihihi, menggatal pulak aku. Minah, fokus! Tujuan ke mari nak cari kerja, bukan cari jantanlah!

55

Akukah Juwita?

Bab 8
KU sudah beberapa kali bangun dan duduk. Orang kata, di Kuala Lumpur tidak susah untuk mendapatkan pengangkutan awam, tetapi sampai sekarang pun aku masih di perhentian bas ini. Pagi ini Naja sepatutnya menghantar aku ke tempat kerja yang diberitahunya semalam. Tetapi disebabkan tiba-tiba dia ada photo shoot pada awal pagi, maka aku harus pergi sendiri. Mana teksi ni? Ah, jangan kata teksi, bas pun tak lalu. Malah satu kenderaan pun tidak ada langsung. Mogokkah semua orang hari ini? Aku mengeluh lantas berjalan mendekati jalan raya yang lengang. Sambil menantikan teksi, aku memerhatikan sekali lagi jalan yang kosong. Ketika itu terbit di hati untuk memiliki sebuah kereta. Nanti aku hendak kumpul duit beli kereta. Kecil pun tidak mengapa asalkan senang hendak membawa aku ke sana ke mari. Sekali lagi aku melepaskan keluhan dan belum sempat aku hendak berpatah semula untuk melabuhkan punggung di perhentian bas, aku terperanjat apabila disimbah lopak air yang bertakung di hadapanku.

56

Rina Farizq

Mangkuk! Aku memekik dan segera mendongak memandang kereta yang baru melepasiku. Kurang ajar betul orang KL ni! Spontan aku mencabut kasut yang tersarung di kaki. Kasut itu aku lontar pada kereta tadi yang belum jauh melepasiku. Hah, rasakan! Sure kena punyalah! Maklum, balingan daripada bekas pemain bola jaring yang handal semasa di sekolah dulu! Aku tersengih sendiri. Bangga! Aku kembali melihat pakaianku yang basah. Aku menyapu dan menepis-nepis air lopak yang melekat. Mentang-mentang pakai kereta besar, dah tak nampak orang kat tepi jalan! Eee, busuknya! Macam mana ni, takkan nak pergi kerja macam ni? Balik rumah tukar baju? Sempat ke? Hiii geramnya aku, samdol betullah! Aku membebel dan menyumpah-nyumpah sendirian. Kalau ada orang lain di saat itu, pasti fikir aku sewel. Apa taknya, sambil bercakap sendiri dengan sebelah kaki yang tidak berkasut. Cantik kasut awak nikan? Satu suara menyapa. Aku mendongak, memandang tepat pada seorang lelaki yang sedang memegang kasut tumit tinggi berwarna merah hati yang aku pinjam daripada Naja. Dan kasut yang cantik ni jugalah yang telah mencalarkan kereta saya. Aku menjenguk pada kereta BMW 3 Series berwarna hitam yang telah berlabuh di bahu jalan. Oh, ya ke? Jadi marahlah ni? soalku sekadar mahu membuatkan lelaki itu sakit hati. Eh, tak. Tak marah pun, balas lelaki itu bersahaja, memang tidak menunjukkan tanda marah langsung.

57

Akukah Juwita?

Baguslah, mungkin dia sendiri sudah tahu apa kesalahan yang telah dia lakukan terhadapku. Habis tu nak complaintlah ni? Saya bukan complaint, cuma beritahu saja. Lelaki itu masih tenang dan aku sudah malas hendak melayan lelaki itu. Padaku sudah seri, lelaki itu dapat habuannya selepas aku jadi begini. Bak sini kasut kita! Aku merampas kasar kasutku dari tangan lelaki itu. Aku mengenakan semula kasutku itu dan mula berpaling. Mahu meninggalkan lelaki itu. Buat apa aku menghadap mukanya lagi? Bukan tak handsome, malah kalah Jared Padalecki, hero yang aku minati dalam siri Supernatural. Tetapi aku geram teramat ketika ini dan sebelum kepala lelaki itu jadi habuan kasut aku berlabuh, baik aku pergi. Balik rumah dan tukar baju. Hai, lambatlah aku pergi kerja. Takkan nak pergi begitu saja? Macam mana dengan kereta saya tu? Pertanyaan itu membuatkan aku terbakar. Setelah pakaianku kotor dan busuk, lelaki itu masih mahu berkira soal keretanya? Aku menoleh semula dan kini mula mencekak pinggang. Habis tu baju kita yang basah, kotor dan busuk ni macam mana pulak? balasku sambil merenung tajam pada lelaki di hadapanku itu. Lelaki yang berkaca mata hitam itu sekadar memandang tanpa rasa bersalah. Awak tahu tak, kerana awak kita dah jadi macam ni, basah, kotor dan busuk. Sekarang kita terpaksa balik rumah dan tukar baju pulak. Sudahlah hari ni, hari pertama kita masuk kerja! Hari pertama datang lewat, imej kita dah

58

Rina Farizq

tercemar. Majikan kita tentu anggap yang kita seorang pekerja yang tak berdisiplin. Awak tahu tak semua tu tak ternilai dengan ringgit? Aku bersuara dengan tegas. Lelaki itu hanya diam dan memandangku sambil menanggalkan cermin mata gelapnya. Alamak, mata dia yang seksi tu mengancam betul! Namun aku tidak mudah tergoda. Sekarang tak payah nak cakap soal kerugian. Fikirlah sendiri ya, kita nak balik! Sambungku sambil berlalu dengan selamba meninggalkan lelaki itu sendirian. Namun jauh di sudut hati kecilku, cuak juga. Yang aku berani sangat baling kasut pada kereta lelaki itu kenapa? Nasib kau memang baiklah, Minah! Tak ke haru kalau yang keluar dari kereta tadi tu samseng, perogol atau pembunuh ke? Isy, aku ni sejak berpindah ke Kuala Lumpur semakin aktif dan berani bertindak drastik. Kalau emak dan abah tahu anak dara dia berperangai macam ni, mau aku dihantar ke pusat pemulihan akhlak!

AKU panar. Tidak tahu bagaimana hendak bereaksi ketika ini. Kalaulah aku tahu aku akan bekerja di syarikat ini, sumpah aku takkan datang. Namun untuk berundur, sudah terlambat. Sudah separuh hari aku bekerja, baru aku tahu siapa pemilik syarikat. Itu pun setelah aku terpandangkan Gaban dan Kak Anis masuk ke pejabat selepas tengah hari. Mereka berdua bukan main gembira lagi dengan kedatanganku tetapi mereka tidak tahu yang aku sangat hampa. Hampa kerana seakan terpedaya oleh Naja, teman baikku sendiri. Aku tidak sangka dalam diam, Naja dan Gaban berhubung di antara satu sama lain. Jangan salahkan Naja ya, kesian dia. Kita orang

59

Akukah Juwita?

yang pujuk dia supaya suruh Minah datang. Akak harap Minah tak berkecil hati dan dapat bekerja di sini secara profesional. Kalau boleh kita jangan campur adukkan masalah peribadi dengan kerja. Entahlah... aku tidak pasti adakah selepas ini aku dapat bertindak secara rasional atau tidak? Aku rasa macam tertipu dan betul-betul kecewa kerana Naja tidak berterus terang. Ketika Kak Anis meninggalkan aku dengan Gaban, aku segera memandang tajam padanya. Gaban hanya memandangku dengan wajah yang minta dikasihani, mungkin tahu aku sedang marah. Aku tidak bersuara malah hanya itulah sekali aku memandang wajah Gaban. Selebihnya aku hanya membatukan diri. Tidak mahu bersuara sedangkan dalam hati ini, tunggu masa hendak meletup sahaja. Apa kata kalau kita keluar dan bincang tentang perkara ni? Gaban bersuara perlahan. Keluar? Sekarang waktu bekerja, lagipun waktu rehat dah lepas. Bukankah tadi Kak Anis pesan supaya bekerja di sini secara profesional? Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan kerja? balasku, sinis. Lantaklah andai Gaban terasa, lagipun aku memang betul-betul tengah geram, marah dan kecewa. Okey, kalau macam tu kita bincang petang ni, lepas habis kerja. Aku segera menggeleng, kemudian bingkas. Wajah Gaban aku tatap seketika. Maaflah, petang ni aku ada hal. Lagipun dah tak ada apa yang nak dibincangkan. Aku segera berlalu, meninggalkan Gaban. Ya Allah, berkecamuk sungguh perasaanku

60

Rina Farizq

sekarang ini. Untuk meneruskan tugas, aku sudah tidak mampu lalu aku terus sahaja ke bilik solat. Setelah menunaikan solat zuhur, barulah perasaanku kembali tenang. Namun cepat-cepat aku bersiap, tidak mahu mengambil masa yang terlalu lama ketika bersolat. Nanti apa pula kata orang. Walaupun aku kenal baik dengan pemilik syarikat, tetapi aku tidak mahu mengambil kesempatan. Tidak mahu membuatkan staf yang lain terasa atau memandang serong padaku.

61

Akukah Juwita?

Bab 9
EKERJA di Deco Astana, sebuah firma seni bina yang menyediakan khidmat rekaan dalaman dan hiasan laman membuatkan aku sedikit bosan. Apa tidaknya, aku mempunyai masa yang lapang dan panjang. Di sini kerja tidak banyak, pekerja pun tidak ramai. Setakat kerja-kerja pentadbiran, itu pun aku selalu membantu rakan sekerja yang lain dalam menguruskan tempahan material atau bahan yang diperlukan untuk dekorasi. Minah, mari masuk sekali. Aku terpinga-pinga ketika Kak Anis memanggil aku masuk ke bilik mesyuarat. Yang aku tahu, mesyuarat yang sedang berlangsung adalah mengenai projek terbaharu dan ianya tidak ada kena-mengena denganku. Kami kekurangan orang untuk team landskap. Why not you assist them. Aku tercengang untuk seketika. Selama aku bekerja, belum pernah aku turut serta dalam projek landskap yang biasanya diketuai oleh Gaban. Tapi kita...

62

Rina Farizq

Bukan senang nak dapat ilmu, lebih-lebih lagi dari orang yang bijak macam Encik Aqil tu, sampuk Nelly, seorang lagi pengurus projek. Serentak itu aku memandang pada Gaban yang nampak bersahaja, tiada sebarang reaksi daripadanya. Aku memandang semula pada Nelly, gadis yang hanya tua dua atau tiga tahun daripadaku itu memang selalu cantik dan bergaya. Nelly memang rajin bekerja malah sangat baik. Dengan Nelly aku banyak belajar dan dia seorang guru yang sangat baik. Tidak lokek ilmu dan suka mengajak aku menemaninya keluar bertemu dengan pelanggan. Seronok juga bertemu pelanggan yang sentiasa penuh dengan permintaan mengenai minat dan kehendak mereka tentang dekorasi yang diinginkan. Bukan senang hendak menyatukan selera pelanggan dengan konsep pereka dan arkitek sebenar. Kebanyakan pelanggan mahu selera dipenuhi tanpa memikirkan material atau bahan yang dipilih bersesuaian atau tidak. Aku tersentak apabila Gaban mengetuk pen di atas meja untuk menyedarkan aku daripada lamunan. Aku malu sendiri dan tidak sedar apabila bilik mesyuarat itu sudah kosong. Yang tinggal hanya aku dan dia sahaja di situ. Mata kami bersatu tetapi tidak lama apabila aku segera melarikan pandangan. Takut untuk menatapnya lama-lama, takut marah yang tersisa akan terpadam. Aku segera bingkas dan bersedia untuk pergi. Nanti! Tidak jadi aku hendak mengayunkan langkah apabila Gaban segera menegah. Mungkin dia mahu gunakan kesempatan ini untuk berbicara denganku setelah sering kali aku mengelak dan tidak mengendahkan Gaban. Bila dia bertanya, sepatah sahaja jawapanku. Tentu dia merasa sukar

63

Akukah Juwita?

untuk mendekati aku apabila aku sering menghindarinya. Namun dia masih tidak mahu mengalah, masih cuba mendekati aku biarpun aku terus bertahan dengan sikap acuh tak acuh. Kalau difikir-fikirkan, apalah dosa Si Gaban padaku. Kesalahannya hanya sedikit, tetapi aku sahaja yang membesar-besarkan perkara ini. Keras sungguh hatiku, tapi sudah nasib kau, Gaban! Aku mintak maaf kalau pendapat aku ni salah tapi bukankah komunikasi yang berkesan itu apabila kita memberi tumpuan kepada orang yang hendak berkata-kata? Pantas aku menoleh kepada Gaban. So? Apa aku kisah? Aku hanya memandang Gaban yang semakin galak membalas renunganku. Renungannya yang tajam itu menggoncang kalbu dan kini bagaikan terhunus tepat ke jantungku. Aku tidak mampu bernafas dengan baik. Macam mahu pengsan! Sudah terlalu lama Gaban tidak merenungku begitu. Namun aku segera menarik nafas dalam-dalam, tidak mahu pengsan depan Gaban. Buat malu sahaja tidak fasalfasal hendak pengsan depan dia pula. Ada aku suruh kau bercakap dengan aku? Jadi aku peduli apa komunikasi itu berkesan atau tidak. Dengan kasar aku membalas. Aku tahu Gaban terasa tetapi nampaknya dia seakan tidak mahu mengambil kira sangat. Dia boleh tersenyum, manis pula tu! Aku pernah terbaca, jika kita tersenyum ketika berhadapan dengan musuh, senyuman adalah senjata paling berkesan untuk meruntuhkan tembok peperangan. Dengan senyumanlah musuh akan tersungkur daripada keegoan. Benar belaka, kini aku sedikit goyah lalu aku mengalihkan pandangan. Tak tahanlah tengok senyumannya yang manis tu. Saja nak buat aku malu! Cik Minah, kita sekarang ni satu kumpulan. Peduli atau tidak, kita tetap akan berkomunikasi. Tapi Cik Minah

64

Rina Farizq

janganlah perasan sangat ya, aku bercakap dengan Cik Minah pun tentang hal kerja saja, sahut Gaban perlahan. Masih tersenyum dan merenungku. Aku pula hanya memandang sekilas padanya sebelum berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu. Padan muka aku, terkena juga akhirnya! Huh, geramnya aku. Dan selepas itu Gaban mula berubah laku, mungkin kerana sudah bosan hendak memujuk atau berbaik denganku. Timbul juga sedikit kekesalan di hati kerana meleret-leretkan permasalahan yang remeh sedangkan dengan Naja, mudah sahaja aku memaafkannya. Entahlah, aku sendiri tidak faham dengan diriku sendiri. Kenapa aku jadi marah pada Gaban? Tetapi apa hendak dihairankan? Memang sebelum ini pun aku dan dia begitu. Perhubungan kami tidak pernah akrab namun aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan ketika Gaban mula menunjukkan kemesraannya sebaik dia makan kuih bakarku. Dan kini hubungan kami kembali dingin kerana perangaiku yang degil. Ah, lantaklah! Malas aku hendak memikirkannya. Hei, Minah! Aku segera menoleh. Dengan lantang Gaban melaung namaku, macamlah aku pekak! Mendidih juga perasaanku, tetapi memandangkan aku berada di dalam pejabat, aku terpaksa bersabar. Nantilah, tunggu masa yang sesuai tahulah aku nak ajar dia! Kenapa panggil macam tu? Tak baiklah. Berubah seketika riak wajah Gaban apabila seorang wanita yang berada di sebelahnya menegur. Walaupun teguran itu perlahan, lebih kepada berbisik, tetapi aku dapat mendengarnya dengan jelas. Kenapa pula Puan Ros? soal Gaban perlahan. Setiap orang ada nama, kan elok dan manis

65

Akukah Juwita?

didengar kalau panggil nama dia. Lagipun panggilan macam tu tak baik untuk orang yang baik macam dialah, jawab wanita itu seakan kesal, seolah-olah Gaban bersikap biadab sebentar tadi. Betullah Puan Ros, memang pun saya panggil nama dia. Sahutan Gaban buat wanita itu tersentak lantas memandangku dengan penuh curiga. Aku pula yang saspens. Ada masalahkah dengan namaku? Nama dia Minah Binti Temon, takkan saya nak tukar jadi Isabella atau Aspalaila? terang Gaban. Yang Gaban ni pulak satu, siap bagi tahu nama penuh aku. Serentak itu Puan Ros tergelak-gelak. Hui, bengang betul aku! Kalau salah sebut, mau tersasul jadi timun, ujar Puan Ros dan secara spontan Gaban pun tergelak sama. Buat hatiku panas sahaja, ada juga yang makan meja! Kerana nama jugalah aku dan Gaban berperang. Oleh kerana dia kata nama abah aku macam timun, aku pulak kata nama bapak dia macam Gaban. Sebabnya nama sebenar Gaban ialah Muhammad Aqil Bin Sangaiban. Last-last nama bapak jadi mainan sampai sekarang. Tetapi yang aku tidak puas hati tu, macam mana Puan Ros boleh sependapat dengan Gaban tentang nama abahku itu? Maaf kalau Minah berkecil hati. Cepat-cepat Puan Ros memohon maaf setelah melihat reaksiku. Nak tak nak terpaksa juga aku maniskan muka. Kalau Si Gaban yang kata begitu, siaplah dia! Orang Jawa, ya? Ya, samalah macam Encik Aqil. Malah kami ni

66

Rina Farizq

sekampung. Sengaja aku kata begitu, mahu Puan Ros tahu yang lelaki di sisinya itu pun dari suku kaum yang sama denganku. Sebenarnya saya ada hal yang hendak diuruskan sekejap. Tak lama, lima minit saja. Apa kata Puan Ros duduk dulu dan minum air, sekejap lagi saya jumpa Puan Ros. Gaban kembali bersuara dan Puan Ros hanya mengangguk. Tidak kisah dengan permintaan itu. Pandai betul Gaban mengelak, takut kena gelaklah tu. Minah, tolong bawa Puan Ros ke guest room dan sediakan minuman ya. Arahan Gaban aku patuhi. Puan Ros aku bawa ke bilik tetamu. Sambil aku menyediakan minuman untuknya, Puan Ros rancak bercerita. Dia memang ramah, ada sahaja ceritanya hingga aku pula yang rasa semacam. Sedap air yang Minah buat ni, tentu kalau masak pun sedap, kan? Eh, tak adalah Puan Ros, biasa-biasa aja. Malu pula aku bila Puan Ros memuji. Kembang aku dibuatnya. Tidak cukup dengan itu, boleh pula dia kata aku cantik dan manis sangat bila tersenyum. Suka dia tengok aku, kalau boleh hendak jadikan aku menantu. Dia masih ada anak bujang, yang bongsu. Hiii, kelakarnya! Macam nak tergelak badak aku kat sini. Tapi terpaksalah aku kawal, takut Puan Ros pengsan pulak sebab terkejut tengok perangai sebenar aku. Puan Ros nak buat apa di laman rumah? soalku pula, saja mahu mengalihkan topik perbualan. Tak payah panggil puan, panggil auntie saja. Nak panggil mummy pun boleh. Sebenarnya auntie tak tahu lagi, dalam kepala ni cuma mahu ruang laman tu nampak cantik

67

Akukah Juwita?

dan berseri saja. Tapi auntie bukan tinggal di kediaman ni pun, kediaman ni auntie bagi pada anak. Oh ya ke? Untung anak puan. Auntie, bukan puan. Puan Ros membetulkan dan aku sekadar tersenyum. Alah anak lelaki, bujang. Biasalah orang bujang, selalu tak ada di rumah. Tak hirau pun ruang laman berseri ke tidak. Kita yang datang sesekali ni rasa tak seronok pulak, sambung Puan Ros. Maaf, saya terlambat sikit. Kami semua menoleh, Gaban berdiri tenang sambil melemparkan senyuman manis. Its okay, seronok dapat kenal dengan Minah ni, sahut Puan Ros. Ketika aku hendak meninggalkan mereka, Puan Ros mendesak agar aku turut serta dalam perbincangan pengubahsuaian laman. Jadi terpaksalah aku bertepek bersama mereka. Namun Gaban nampak bengang bila kerap kali Puan Ros asyik bertanya hal yang tidak berkaitan. Minah dah ada boyfriend ke? Aku terkedu, tidak sangka soalan itu yang ditanyanya. Puan Ros sudah hilang kisah hendak berbincang tentang ubah suai lamannya. Gaban pula semakin bengang, sempat dia berdeham beberapa kali sambil memandangku dengan tajam. Hendak buat macam mana? Customer is always right, terpaksalah aku layan. Errr susahlah nak jawab soalan tu. Aku tersengih, segan sendiri. Pandangan tajam Gaban aku biarkan. Nampaknya Puan Ros sudah berkenan betul dengan aku.

68

Rina Farizq

Yalah, orang cantik macam Minah ni mustahil tak ada boyfriend, kan? Tapi tak salah, kan kalau nak berkenalan dengan anak auntie. Saja, kenal-kenal. Puan Ros buat aku macam hendak lari dari situ. Biar betul! Hesy, hesy, payah macam ni. Aku cuma tersenyum, sudah tidak berani bersuara apabila pandangan Gaban semakin menggerunkan. Cemburukah dia? Selesai perbincangan yang lebih berkisarkan kehidupan peribadi, aku menghantar Puan Ros sampai ke muka pintu. Setelah itu Gaban memanggil aku masuk ke biliknya. Di dalam biliknya, Gaban sudah duduk di tempatnya sambil memerhatikan aku dari atas ke bawah. Aku mengerutkan dahi, pelik dengan sikapnya itu. Macam sedang menilai peserta ratu cantik pula. Cantikkah aku? Ahaks! Lain kali tolong jangan campur aduk personal life dalam perbincangan projek. Kata-kata Gaban itu buat aku terkejut. Bukan aku yang sibuk hendak bercerita tentang hal peribadi aku, tetapi Puan Ros yang asyik bertanya. Salahkah kalau aku sekadar menjawab pertanyaannya? Buang masa saja, keluh Gaban. Aku sudah mula panas, nampaknya Gaban sengaja mahu melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadapku. Tapi bukan aku yang Kita berjumpa dengan client atas urusan kerja, membincangkan apa yang client mahukan dalam pengubahsuaian, bukan adakan sesi temu ramah atau cari jodoh, potong Gaban. Itu aku faham, tapi kalau dia yang Kau tahu tak, masa itu amat penting? Kalau

69

Akukah Juwita?

perjumpaan tadi tu sekadar berbual kosong, bila kerja nak siap? Bila projek boleh dijalankan? Sekali lagi Gaban memintas. Seolah-olah tidak membenarkan aku menjawab atau membela diri. Geram sungguh aku. Apa hal yang Si Gaban ini tiba-tiba hendak naik angin? Aku tidak nampak di mana rasionalnya dia hendak menuduh aku begitu. Tapi bukan salah aku. Bukan aku yang mulakan. Akhirnya aku menjawab dengan laju. Tidak mahu Gaban memintas lagi kata-kataku. Jadi salah aku? soal Gaban dengan serius dan aku mula kebingungan. Langsung tidak faham! Gaban ni betul ke tidak? Tapi Enough! Lepas ni kalau kau berada dalam perbincangan projek, sila beri tumpuan dan serius. Kata-kata itu buat aku benar-benar terasa. Tidak adil dia buat aku begini. Salah akukah? Sekarang tolong keluar, aku ada banyak kerja nak dibuat. Tolong tutup pintu sekali. Keras Gaban bersuara dan langsung tidak lagi memandang padaku sebaliknya sibuk memandang kertas yang bersepah di atas mejanya. Dengan sebal aku terus berlalu dan pintu biliknya aku tutup dengan agak kuat. Sengaja mahu tunjuk perasaan pada dia. Ingat dia sahaja yang boleh marah?

70

Rina Farizq

Bab 10
AK NAKLAH! Aku memang sengaja mengelak mengikuti Gaban ke kediaman Puan Ros untuk meninjau tapak projek. Lagipun setelah aku disembur oleh Gaban kelmarin, serik rasanya untuk bertemu dengan Puan Ros. Nanti entah apa lagi yang Gaban akan kenakan padaku setelah bertemu dengan Puan Ros. Bukan aku yang mulakan pun, aku terkena juga. Kau kena pergi jugak. Lagipun bukan aku yang nak sangat bawak kau, tapi Puan Ros mintak kau datang sekali. Aku mencebik. Lantak kaulah! Hari tu bukan main lagi marah orang, hari ni sibuk suruh ikut dia. Aku tak beranilah. Nanti dibuatnya Puan Ros merapu lagi, aku jugak yang kena, kataku sejujurnya, biar Gaban tahu perasaanku. Sehingga ke hari ini pun aku masih belum melupakan apa yang sudah Gaban katakan kepadaku. Jangan mengada-ada, nanti tak pasal-pasal aku pulak yang kena. Cepat siap, aku tunggu kat kereta.

71

Akukah Juwita?

Arahan Gaban itu buat aku geram sungguh. Dah aku kata tak nak, tak nak la! Nak main paksa-paksa pulak. Hiii nyampah betul! Nak tak nak terpaksa aku menurut. Nanti kalau aku ingkar, aku juga yang kena. Ah, senang kata, aku sahajalah yang kena. Mentang-mentanglah syarikat ini abang ipar dia yang punya. Ketika tiba di kediaman milik Puan Ros, aku panar. Keindahan kediamannya membuatkan aku kehilangan katakata. Kediaman ini bukan rumah biasa, tetapi banglo lama yang masih cantik, terletak di atas bukit. Lamannya luas dan lapang, memang sesuai sangat kalau diindahkan lagi dengan seni landskap. Kedatangan kami disambut oleh Puan Ros yang sudah tiba lebih awal daripada kami. Puan Ros seperti biasa, ramah dan mesra sekali. Malah dipautnya bahuku ketika kami berjalan beriringan masuk ke kediamannya. Minumlah dulu, lepas ni auntie akan tunjukkan lagi sekitar kawasan rumah ni, ujar Puan Ros sambil menghulurkan secawan air kepadaku. Besar juga kawasan di sini, kata Gaban sambil menghirup air teh dengan perlahan. Puan Ros tersenyum kemudian mengangguk sebelum bersuara. Hmmm... ini peninggalan turuntemurun. Dah lama banglo ni, tengoklah dah buruk pun. Tapi masih cantik, celahku. Walaupun banglo ini sudah lama, tetapi masih cantik seolah-olah dijaga dengan rapi. Kalau aku pun, aku akan jaga macam jaga emas. Sayang kalau banglo yang cantik begini hendak dibiarkan begitu sahaja. Cantik tapi tak berseri. Maklumlah penghuninya bujang, jadi suram sajalah. Tapi kalau si bujang ni dapat isteri barulah seronok, tambah Puan Ros sambil ketawa.

72

Rina Farizq

Dah mula dah! Aku sekadar tersenyum dan mengerling pada Gaban yang kelihatan bersahaja. Apa kata kalau Puan Ros tunjukkan pada saya, ruang laman yang hendak diubah suai. Gaban mengubah topik perbualan, mungkin tidak mahu Puan Ros melalut lagi. Nanti kalau biarkan Puan Ros terus bercerita, satu kerja pun tak jalan. Lalu kami dibawa oleh Puan Ros ke ruang laman yang hendak diubah suai. Ruang laman yang bermula dari hadapan hingga ke sisi banglo itu, memang luas. Elok sangat kalau diindahkan lagi agar tidak nampak kosong. Gaban dan Puan Ros sedang rancak berbicara. Puan Ros pula berkali-kali menekankan agar ruang laman yang mahu diubah suai itu haruslah cantik, tenang dan sesuai untuk dijadikan tempat bersantai. Aku yang tidak tahu tentang landskap hanya mendengar sahaja. Ketika Gaban bertanyakan tentang konsep yang dikehendaki, Puan Ros memandang padaku pula. Seolah-olah bertanyakan pendapatku pula, walhal bukan aku yang hendak ubah suai laman. Errr... kita tak tahulah, jawabku mula bingung. Dia yang hendak ubah suai, tanya aku pula. Lainlah kalau kediaman ini aku yang punya, tahulah aku macam mana nak adjust! Tentu Minah ada idea, kata Puan Ros. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Serentak itu aku memandang pada Gaban, minta dia membantuku. Hendak cantikkan laman seluas ini tentu memerlukan idea yang baik, tetapi aku tidak tahu apa-apa. Fikiranku kosong.

73

Akukah Juwita?

Puan Ros, apa kata kalau kita bina satu kolam ikan di sini dengan menggunakan material daripada kayu. Kayu bukan saja membangkitkan kemewahan tapi cantik juga dipandang mata. Kemudian kita boleh buat ruang bersantai, hmmm... maybe berdekatan dengan kolam? Hmmm... okey juga tapi kalau boleh saya mahukan kelainan. Alah, kalau mahukan kelainan buat aje reban ayam atau kambing. Memang lain daripada yang lain sebab di bandar mana hendak jumpa benda itu semua. Minah, berilah idea pada auntie. Agak-agak apa yang menarik? Sudah dia ni! Asyik-asyik tanya aku, karang aku suruh buat Taj Mahal kat sini baru tau. Apa ya, kita ni bukan pandai sangat pun. Errr kalau buat gazebo? Secara spontan aku berikan idea itu dan tidak tahulah kalau boleh dipakai atau tidak. Alah, gazebo dengan reban ayam lebih kurang sama, cuma gazebo besar dan cantik. Gazebo? Yeah, why not? Okey, Aqil... saya mahukan gazebo di sini, boleh? Soal Puan Ros kepada Gaban. Gaban sempat memandang padaku seketika sebelum mengangguk perlahan. Mungkin dia tidak sangka yang aku tahu tentang gazebo. Apa? Ingat orang kampung tidak tahu fasal gazebo? Depan rumah aku pun ada gazebo, tetapi main pacak-pacak sahaja, tidaklah cantik dan indah macam dalam cerita orang putih tu. Abah yang buat sendiri untuk kita orang melepak, itu pun sebab ada lebihan kayu dan buluh. Akhirnya aku terpaksa menunggu lagi hampir satu jam apabila Gaban meneliti dan mengambil ukuran sebenar sekitar laman banglo lama yang terletak di atas bukit itu.

74

Rina Farizq

Terpaksalah aku layan Puan Ros berbual. Walaupun senang dengan Puan Ros, ada ketikanya aku jadi seram. Mau taknya, Puan Ros asyik bercerita perihal anak bujangnya yang masih belum berpunya dan daripada caranya, dia macam hendak kenenkan aku dengan anaknya. Aku lega, perbualan kami terhenti sebaik sahaja Gaban menghampiri. Setelah berbincang dan berjanji akan membentangkan konsep yang hendak diaplikasikan seterusnya pada minggu hadapan, aku dan Gaban akhirnya meninggalkan banglo itu. Kami terus pulang ke pejabat kerana Gaban mahu menyediakan kertas kerja.

75

No. ISBN:- 978-967-5067-90-7 Jumlah muka surat:- 664 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki. Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya. Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.

Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala. Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budak jahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya? Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan AKUKAH JUWITA? di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai