Anda di halaman 1dari 95

PEMERENGGANAN dan

teknik menstruktur
idea
PERENGGAN
 Inti karangan yang merupakan satu unit idea atau
satu isi perbincangan yang dikembangkan secara
tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling
berhubungan
 Perenggan memandu penulis & pembaca melihat
hubungan unit-unit idea dalam karangan dengan
lebih lancar dan jelas
 Menggambarkan satu kesatuan fikiran/idea

 Jalinan ayat yang baik - jumlah perkataan 50 - 80


sahaja
 Mengandungi isi, huraian, contoh
 PERENGGAN PENGENALAN
 PERENGGAN ISI
 PERENGGAN TRANSISI
 PERENGGAN DAILOG
 PERENGGAN PENUTUP
 Ayat tesis
 Ayat topik
 Ayat huraian utama
 Ayat huraian kecil
 Ayat kesimpulan
 Tujuan sesebuah karangan dinyatakan oleh
ayat tesis; tujuan sebuah perenggan
dinyatakan oleh ayat topik
 Ayat topik - isi atau gagasan utama yang
menjadi tema seluruh perenggan serta
memandu satu unit buah fikiran dalam satu
perenggan bagi menyokong tesis karangan
 Ayat huraian utama/ penyangga utama - ayat yang
mengembangkan gagasan dalam ayat topik dan
merujuk ayat topik secara langsung
 Ayat huraian kecil/penyangga kecil - ayat yang
menyediakan keterangan lanjut tentang ayat topik
dan merujuk penyangga utama secara langsung
 Ayat kesimpulan - ayat terakhir yang menutup
perenggan sebelum beralih kepada perenggan
yang seterusnya
Menurut Jomo K.S. dan Toh Kun Woon perancangan pembangunan Malaysia
menggunakan pendekatan dualis yang wujud dalam dua strategi perancangan
yang berbeza, tetapi berkait (AYAT TOPIK). Dalam strategi pertama, sektor
tradisional diintegrasikan dengan sektor moden (PENYANGGA UTAMA).
Strategi ini terlaksana apabila kerajaan dapat memindahkan teknologi moden,
modal dan nilai utama ke dalam sektor tradisional (PENYANGGA KECIL).
Dengan cara ini, kini kita dapati jentera-jentera moden digunakan, petani-
petani diberi pinjaman oleh bank-bank perdagangan untuk mengeluarkan hasil
yang maksimum dan ekonomis (PENYANGGA KECIL). Strategi kedua, Malaysia
bergantung pada negara-negara kapitalis maju (PENYANGGA
UTAMA).Pergantungan ini perlu ada supaya pemindahan sumber-sumber
penting dari negara-negara kapitalis maju ke Malaysia dapat dilakukan
(PENYANGGA KECIL). Sumber-sumber itu seperti modal, teknologi,
kepakaran, nilai-nilai dan institusi moden dipindahkan dengan menggunakan
mekanisme perdagangan asing, pelaburan swasta, bantuan dan nasihat
perancangan (PENYANGGA KECIL). Memandangkan perancangan yang
demikian, maka tidak menghairankan bahawa rancangan pembangunan Malaysia
menitikberatkan faktor asing, seperti aliran masuk modal asing dan teknologi,
untuk memastikan pertumbuhan dan pembangunan berjalan dengan lancar.
(AYAT KESIMPULAN)
 Ayat Topik boleh diletakkan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam
perenggan.
 Kedudukan ayat topik dalam perenggan
boleh didasarkan pada corak:

i. perenggan deduktif
ii. perenggan induktif
iii. perenggan deduktif kompleks
 Bermula dengan ayat topik.
 Ayat topik dikemukakan pada bahagian awal
perenggan; ayat huraian / penyangga
dikemukakan kemudian.
 Perenggan ini bermula dengan penyataan umum
dan menuju kepada penyataan khusus atau sering
juga dikenali sebagai perenggan piramid terbalik
DEDUKTIF
Dimulakan dengan hujah
umum

Disusuli dengan hujah


khusus
Kosa kata memainkan peranan dan merupakan unsur
dasar yang paling penting dalam kemampuan
berbahasa, khususnya dalam karang-mengarang.
Jumlah kosa kata yang dimiliki oleh seseorang akan
menjadi petunjuk tentang pengetahuan seseorang.
Di samping itu jumlah kosa kata yang dikuasai
seseorang juga akan menjadi indikator bahawa
seseorang itu mengetahui sekian banyak konsep.
Semakin banyak kosa kata yang dikuasai, semakin
tinggi pula pengetahuan seseorang. Dengan
demikian, seseorang penulis akan mudah memilih
kata-kata yang tepat atau cocok untuk
mengungkapkan idea yang ada dalam fikirannya.
 Perenggan ini bermula dengan idea-idea
sokongan,iaitu hal-hal yang khusus, kemudian
diakhiri dengan generalisasi atau penyataan umum.
 Ayat topik terletak pada bahagian akhir perenggan.
INDUKTIF
Dimulakan dengan hujah khusus

Diakhiri dengan hujah umum


Industri sampingan tumbuh dengan banyaknya sebagai
hasil pembabitan Malaysia dalam projek-projek industri
berat. Contohnya, projek industri kereta Proton Saga
memerlukan beratus-ratus ribu liter cat sebagai asas
lapisan atas kereta. Keperluan terhadap cat ini
memberikan peluang berkembangnya industri cat. Di
samping itu berkembang juga industri pembuatan alat-
alat ganti kereta. Wujudnya industri berat di Malaysia
ini memberikan faedah yang besar kepada penduduk
negara ini dari segi peluang pekerjaan.
 Perenggan ini juga dikenali sebagai perenggan
gabungan deduktif - induktif.
 Perenggan ini mengemukakan ayat topik pada
awal perenggan dan pada akhir perenggan,
manakala di tengahnya dikemukakan idea-idea
penyangga.
Peningkatan tahap pendidikan para petani dianggap
sama pentingnya dengan usaha peningkatan taraf
hidup mereka. Petani yang berpendidikan dapat
mengubah sistem pertanian tradisional menjadi
pertanian moden yang produktif. Petani yang
berpendidikan mampu menerima perubahan dan
pembangunan secara positif. Mereka dapat
memberikan maklum balas yang setimpal terhadap
segala rancangan yang digubal oleh para perancang
pembangunan, sama ada peringkat pusat, negeri
ataupun daerah. Itulah sebabnya peningkatan taraf
pendidikan para petani dianggap sangat mustahak.
 Untuk menghasilkan perenggan yang baik
dan sistematik, penulis mesti tahu cara
meletakkan ayat topik dan ayat huraian
/penyangga atau maklumat umum dan
khusus dalam perenggan
 pendahuluan, pembukaan atau mukadimah
 penting sebagai daya penarik & menimbulkan minat
kepada pembaca supaya membaca hingga ke akhir
ayat
 perkenalkan isu/tema/gagasan utama karangan/
isi/ fakta/ pendapat penyataan idea / harapan
terhadap sesuatu perkara
 perkenalkan tajuk penulisan kepada pembaca
 bermula dengan ayat pengenalan (satu ayat)
 ayat huraian (3-4 ayat)
 menyokong atau menghuraikan kenyataan
 mengandungi ayat tesis
 persoalan yang perlu dibincangkan &
menentukan hala tuju karangan.
Menggunakan Kontras Keadaan
Anda takut ular? Atau anda geli-geleman
terhadapnya? Ramai orang tidak berani
memegang ular kerana bisa gigitannya dan
kerana badannya yang panjang, licin dan
menggerutu. “Eeee.” Tapi, bagi Awang Sintok
yang baru berusia 10 tahun, ular adalah sahabat
karibnya dan juga teman permainannya.
Menggunakan Kontras Masa
Dalam dunia yang semakin maju ini, pelbagai
teknologi moden telah wujud. Contohnya
penggunaan internet yang semakin menular
pada zaman ini. Sebelum wujudnya internet,
masyarakat menghadapi masalah dalam
mencari maklumat, tetapi sejak penggunaan
internet diperkenalkan, hanya ‘klik’ sahaja di
komputer, terus terpampang maklumat yang
dikehendaki.
Menggunakan Analogi
Membaca akhbar setiap hari seperti minum pagi
iaitu kegiatan yang tidak dapat diketepikan oleh
kebanyakan orang dewasa kini. Kita
memerlukan maklumat tentang perkembangan
yang berlaku di sekeliling kita. Kita memerlukan
maklumat tentang bahan-bahan untuk
menghiburkan kita. Akhbar, sejak zaman
berzaman telah memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan manusia dan
tanggungjawab itu bukan sahaja berterusan
tetapi semakin berat untuk dipikul.
Menggunakan Anekdot
Adalah penting bagi kita untuk melihat sesuatu
perkara dengan menggunakan perspektif yang betul
berdasarkan konteksnya. Jika kita melihatnya dengan
menggunakan bahagian-bahagian yang terasing
maka akan terhasillah satu fikiran yang tidak tepat.
Kita tentu teringat pada cerita tentang tujuh orang
buta yang menemui gajah. Yang memegang perutnya
menyatakan bahawa gajah itu bentuknya seperti
dinding. Seorang yang memegang kakinya
beranggapan bahawa gajah itu seperti pokok. Yang
memegang ekornya berasa yakin bahawa gajah itu
seperti tali dan seterusnya. Bagi membuat gambaran
yang tepat tentang sesuatu, kita tidak boleh
melihatnya berdasarkan fragmen-fragmennya.
Menggunakan Kenyataan Luar
Dugaan
Berdasarkan satu hipotesis, jika seseorang kanak-kanak
di Amerika yang belum bersekolah menonton televisyen
selama 3 jam sehari, apabila usianya menjangkau 5
tahun, masa menontonnya bersamaan 5 000 jam. Ini
menyamai tempoh empat tahun seorang dewasa
mendapatkan segulung ijazah. Apabila kanak-kanak
tersebut memasuki tahun satu pula, masa yang
dihabiskan untuk menonton televisyen akan menyamai
tiga tahun persekolahannya. Sementara itu, apabila
kanak-kanak tersebut mencapai usia 70 tahun, masa
menontonnya akan menjadi tujuh tahun.
Menggunakan Penceritaan
Seperti yang dijadualkan, tepat jam 11.15 pagi
rombongan kami sampai di destinasinya. Belum
sempat bas berhenti, bas kami sudah
dikerumuni. Bergendong-gendong dan
berbondong-bondong mereka menghampiri.
Selaju langkah, mulut mereka juga becok
menawarkan itu dan ini di pintu tangga bas
kami. Itulah rupa penjaja di Candi Borobudur.
Menggunakan Penglibatan Pembaca
Kita semua tahu mengenainya atau kita rasa bahawa
kita tahu. AIDS! Sudah terlalu banyak orang berkata
tentang wabak Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit
ini. Tetapi adakah cukup bagi kita untuk mengetahui
sahaja penyakit ini dan kesan-kesan yang dibawa
bersamanya sedangkan kita terus berpura-pura
bahawa sebenarnya ia tidak wujud atau hanya wujud
pada orang lain; bukan pada diri kita juga?
Menggunakan Ungkapan dan
Falsafah
Sebaik sahaja seseorang lahir ke dunia ini, umur, jodoh,
rezeki, ajal, untung, baik dan buruknya telah ditetapkan
Allah sejak dari azali. Sebagai manusia yang beriman,
kita mestilah berusaha melakukan yang terbaik dan
berdoa agar apa yang dilakukan membuahkan hasil yang
diidamkan. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi selepas
itu kecuali bertawakal kepada Allah. Justeru, manusia
yang mempunyai anggota yang sempurna pada akal dan
badan haruslah rasa bersyukur dan berazam untuk
menjadi hamba yang taat dan patuh kepada segala
larangan-Nya.
 turut dikenali sebagai perenggan penghubung
 mengisi tubuh karangan
 kemuka idea utama & perkembangan idea; jumlah
perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama
 satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan
supaya karangan lebih kemas
 penyusunan isi mengikut kepentingan
 panjang perenggan bergantung pada isi &
huraian
 mula dengan ayat topik  idea utama
 sokong dengan ayat huraian.
 Bahagian akhir atau kesimpulan sesebuah karangan
 merumuskan keseluruhan gagasan utama karangan
 mengungkapkan pendirian penulis atau harapan
penulis terhadap sesuatu perkara ataupun penegasan
kembali hal-hal penting dalam karangan
 tidak seharusnya mengulang kembali apa-apa yang
dituliskan dalam perenggan pendahuluan
 guna teknik:-
 menyatakan semula
 membuat ramalan
 membuat syor
 perlu sesuai dengan jenis wacana
 deskriptif  gambaran keseluruhan
 penghujahan  perlukan bukti-bukti
 ‘titian’ antara perenggan-perenggan
 fungsinya mewujudkan kesinambungan idea antara
satu perenggan dengan perenggan yang lain
 diperlukan dalam karangan yang panjang
 ringkas, pendek, mengandungi satu hingga dua
ayat sahaja
Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau
kompaun. Coklat tulin hendaklah mengandungi tidak
kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat
yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut,
konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah
mengandungi tidak kurang daripada 12% likur
koko.Produk-produk koko atau coklat yang tidak
memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat
kompaun dan ianya kurang berkhasiat jika dibandingkan
dengan coklat tulin.
Apakah jenis-jenis coklat yang terdapat di pasaran?
(perenggan transisi)
Terdapat banyak jenis produk yang boleh
didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri
selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila
bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis
coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.
 ditulis dalam petikan langsung dan disusun dalam
perenggan yang tersendiri
 mengalihkan rentak bacaan & menunjukkan
komunikasi
langsung antara watak dengan watak dalam
karangan atau antara penulis dengan pembaca
Susu pada asasnya adalah makanan berkhasiat yang
lengkap serta penting. Susu perlu diambil bukan sahaja
pada peringkat kanak-kanak sebaliknya sepanjang hayat
kerana setiap peringkat usia, pelbagai zat tambahan
diperlukan seperti ketika zaman kanak-kanak, ketika
mengandung, selepas mengandung dan ketika melewati
usia 30-an dan pada usia tua.
Menyedari hakikat ini, Fernleaf menerusi Kempen
“Fernleaf Pilihan Ibu Bapa Yang Teliti”, tampil menerangkan
khasiat susu dalam pemakanan harian selain menjelaskan
penciptaan susu yang 100 peratus sempurna.
(perenggan transisi)
“Menampilkan Penciptaan Susu 100 Peratus Sempurna,
kami berharap semoga ibu bapa akan merebut kesempatan
ini bagi mempelajari mengenai manfaat susu serta peranan
mereka dalam pendidikan anak-anak,” katanya pada majlis
pelancaran kempen itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(perenggan dialog)
 Idea inti dalam karangan & menjadi asas
pengembangan seluruh karangan.
 Boleh dinyatakan secara eksplisit melalui ayat tesis
dan biasanya dikemukakan dalam perenggan
pengenalan.
 Tesis yang implisit hanya dapat dikesan setelah
dibaca seluruh perenggan pengenalan atau seluruh
karangan tersebut.
 Tesis yang dinyatakan secara langsung oleh ayat
tesis dibina oleh dua unsur: Subjek & fokus perkara
utama yang menjadi perbincangan hal-hal yang
menceritakan subjek.
 Ayat tesis yang baik dan berkesan perlu terbatas;
tidak terlalu luas atau terlalu umum dan dinyatakan
dengan bahasa yang jelas.
Contoh:
Tesis terlalu umum(TTU):
Pendidikan memainkan peranan yang amat penting.
Tesis terbatas(TT):
Pendidikan prasekolah(S) / memainkan peranan yang
amat penting dalam pembentukan sahsiah anak-
anak(F)
TTU:
Proses urbanisasi mempengaruhi pola hubungan
kekeluargaan.
TT:
Projek urbanisasi(S) / mengubah pola hubungan
kekeluargaan dalam masyarakat Melayu.(F)
TTU:
Bidang pertanian telah berkembang pesat.
TT:
Penanaman padi di negara kita (S)/ telah mengalami
perkembangan pesat sebagai akibat kemajuan
teknologi.(F)
Idea inti yang menjadi asas karangan dapat
diungkapkan melalui penyataan maksud.
Contoh:
 Rencana ini akan membincangkan perbezaan sistem ekonomi
pada dunia orde lama dengan sistem ekonomi pada dunia
orde baru.
 Penulis ingin mengemukakan bukti-bukti sejarah dan
arkeologi yang menyokong pendapat bahawa telah wujud
tamadun manusia yang tinggi di Wilayah Nusantara sejak abad
ke-3 sebelum Masehi.
 Apakah yang menjadi sebab terlibatnya para belia dengan
dadah? Penulis akan mengemukakan beberapa perkara yang
mempunyai kaitan dengan pendidikan keluarga serta
perhatian ibu bapa.
 Makalah ini akan menghuraikan beberapa proses membuat
keputusan dalam organisasi.
 Penyataan maksud jelas menunjukkan tujuan
penulisan dan menunjukkan arah pengembangan
penulisan seterusnya.
 KESATUAN
 KEPAUTAN
 KEJELASAN
 KESEMPURNAAN
 KEBOLEHBACAAN
 KERAPIAN
 KEPELBAGAIAN
 Setiap perenggan hanya satu idea pokok sahaja
 Ayat yang terkeluar daripada topik atau idea pokok
menyebabkan pembacaan terganggu & menyulitkan
pembaca mengikuti aliran fikiran
 Perenggan mempunyai kesatuan - ayat-ayat dalam
perenggan terfokus & tidak dimasuki hal-hal yang
tidak relevan.
 Ciri-ciri linguistik - membantu menghubungkan
urutan ayat hingga lahir ayat yang padu /
memperlihatkan urutan
 Pentakrifan, pengertian, maksud judul dengan
jelas - tidak menyimpang
 fikirkan isi-isi yang ada kaitan dengan judul -
diperkukuhkan dengan bukti & contoh
 isi-isi yang bukan isi utama didominasikan ke
dalam isi utama; kukuhkan isi utama
 ayat yang terbina dalam perenggan bergerak
lancar dan dapat dibaca dengan mudah
 Tiada ruang kosong atau idea yang terputus
serta tidak dikemukakan
 Urutan ayat atau fikiran yang teratur
memperlihatkan kepautan
 Guna penanda wacana yang bersesuaian
 Hubungan lojik fikiran - sebab & akibat, bukti &
kesimpulan, fakta & ulasan
Penanda wacana :
oleh yang demikian, walau bagaimanapun,
namun begitu, berhubung dengan itu,
selain itu
 Ruang - Urutan yang memperlihatkan pertalian
kedudukan sesuatu berdasarkan ruang
Penanda wacana:
di dalam, di atas, di belakang, di kiri,
di samping, ke sana, di bawah
 Waktu - Kesinambungan antara peristiwa dengan
peristiwa lain dari segi masa
Penanda wacana: pada zaman dahulu, sebelum itu,
kini, selepas itu
 Emosi - hubungan perasaan terhadap sesuatu
peristiwa yang dialami.
Penanda wacana: amat sedih, dengan marah,
begitu gembira, dengan perasaan terharu
 Kepautan ditunjukkan dengan cara perulangan
 Hubungan yang menyatakan tambahan kepada sesuatu
yg telah disebut sebelumnya.
Lebih-lebih lagi, tambahan pula, sebagai tambahan,
malah, malahan, selanjutnya, seterusnya, di samping
itu, begitu juga, demikian juga, seperti halnya, juga,
lagi pula, berikutnya, pertama, kedua, ketiga, akhirnya
sebagai tambahan, selain itu/ini

 Hubungan yang menyatakan pertentangan dengan


sesuatu yg telah disebut sebelumnya
tetapi, namun begitu, bagaimanapun, walau
bagaimanapun, walau demikian, akan tetapi, sekalipun,
sama sekali tidak, meskipun, biarpun, namun begitu,
namun demikian, sungguhpun begitu
 Hubungan yang menyatakan perbandingan
lain halnya, seperti, dalam hal yang sama, atau, ataupun,
dalam hal yang demikian, sebagaimana

 Hubungan yang menyatakan akibat atau hasil


oleh sebab itu, sebab itu, kerana itu, jadi, maka, sebagai
akibat, akibatnya, lantaran itu, justeru itu, dengan itu,
dengan demikian, oleh yang demikian, hasilnya, sebagai
hasilnya

 Hubungan yang menyatakan tujuan, maksud & harapan


supaya, agar, untuk maksud itu, untuk maksud tersebut, …
ini bermakna/bererti/bermaksug, … ini/itu membawa
pengertian, untuk tujuan ini/itu, semoga, moga-moga,
maksudnya
 Hubungan yang menyatakan singkatan atau
generalisasi
ringkasnya, pendeknya, pendek kata, secara ringkas,
secara singkat, pada umumnya, pada amnya, seperti
yang sudah dikatakan

 Hubungan yang menyatakan waktu


sebelum itu/sebelum ini, sekarang, kini, pada waktu
ini, sementara itu, selepas itu, setelah itu, sesudah itu,
beberapa saat kemudian, kemudian, pada waktu yang
sama, tatkala itu

 Hubungan yang menyatakan tempat


di sini, di sana, di seberang, berdekatan, berhampiran,
berdampingan dengan, di samping
 Hubungan yang menyatakan penekanan atau
penegasan
sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya, tegasnya

 Hubungan yang menyatakan perkaitan atau pertalian


sehubungan dengan itu/ini, berhubung dengan
itu/ini, dalam hubungan itu/ini, dari
segi/sudut/aspek/perspektif, dengan itu/ini,
berkaitan itu/ini, seiring dengan, sejajar dengan
itu/ini, selaras dengan, dalam/dengan kata lain,
dalam/dengan perkataan lain, dengan pengertian
lain, dalam erti kata, yakni, iaitu, berbalik kepada,
merujuk

 Hubungan yang menyatakan percontohan


misalnya, contohnya, sebagai contoh
 Hubungan yang menyatakan pendahuluan atau
kesimpulan
sebagai pendahuluan, sebagai permulaan,
mulanya, pada mulanya, pertama, pertamanya,
yang pertama, kesimpulannya, sebagai
kesimpulan, sebagai penutup, sebagai
rumusan, secara keseluruhan, pada akhirnya,
akhirnya, akhir kata, hasilnya, sebagai hasilnya,
akibatnya, sebagai akibatnya, dengan demikian,
oleh yang demikian, oleh itu
 Penulisan yang terang, nyata, dapat difahami
dengan mudah
 Terhasil daripada penggunaan ayat-ayat yang tidak
meleret-leret, ayat tepat, istilah-istilah konkrit,
tidak kabur & tidak terlalu umum
 Elakkan pemilihan kata yang tidak jelas, tulisan yang
kabur, sukar difahami
 idea gagal disampaikan
Semua anggapan tentang kandungan simbolik
literal adalah antagonistik terhadap inti sari
kesenian Islam dan terhadap nilai-nilai mujarad.
Kesenian Islam telah lahir dan berkembang dalam
suasana Semitik yang menolak dan mengecam
semua lambang terhadap kerajaan transenden. Ia
adalah seni yang berdasarkan ideologi - tauhid-
yang tidak boleh dinyatakan secara estetika melalui
kaitan-kaitan yang sebenar atau yang dibayangkan
antara alam dan Tuhan. Perkaitan seperti itu
merupakan jenis “penyamaan” kewujudan atau
objek lain dengan Allah; dan ini dianggap sebagai
amalan yang paling keji dalam Islam.
 Unit fikiran yang lengkap
 kesempurnaan ditentukan oleh pembaca
 pembaca berpuas hati & faham isi yang cuba
disampaikan oleh penulis
 Pembaca yang berpuas hati; bukan penulis
 Butiran sokongan, percontohan,
perbandingan dan sebagainya memberi
kesempurnaan kepada penulisan
 Dikaitkan dengan kefahaman, kefasihan &
minat
 faham makna kata & ayat
 ada unsur tarikan & minat terhadap bahan
yang dibaca
 sekiranya bahan subjek itu asing kepada
pembaca, teks sukar dibaca
 bergantung kepada pemilihan perkataan dan
struktur ayat
Urutan yang jelas dan rapi; antaranya
 Urutan masa/kronologi  penulisan cereka
atau penulisan penceritaan. Kaedah ini biasa
terdapat dalam karangan yang menerangkan
langkah-langkah dalam sesuatu proses
 Urutan ruang  menerangkan perkara,
suasana yang dilihat oleh penulis
 Penerangan bergerak  aliran logikal dari
satu butiran deskriptif  satu butiran
deskriptif yang lain
 Urutan Induktif  ayat khusus  ayat
umum/kenyataan khusus  kenyataan
umum

 Urutan Deduktif  ayat umum  ayat


khusus/kenyataan umum  kenyataan
khusus

 Soalan dan jawapan kemukakan soalan-


soalan tertentu dengan menyatakan akibat-
akibat serta kesan-kesan sesuatu peristiwa
◦ Perenggan seperti ini tidak mempunyai ayat topik
nyata tetapi mengandungi soalan- masalah atau
dilema yang dikemukakan pada bahagian awal.
 Kelainan yang dipergunakan untuk
menghilangkan rasa jemu dengan tidak
mengubah maksudnya
 variasi sinonim, variasi ayat panjang pendek,
variasi ayat aktif dan pasif
 bergantung kepada topik yang diperkatakan;
mungkin 3 -8 ayat
 perenggan dibina sebagai tanda berehat pembaca
 Perenggan dalam majalah dan akhbar berbeza
 Berita  perenggan pendek untuk memudahkan
pembaca membaca cepat tajuk-tajuk berita.
 Definisi
 Contoh dan
 Klasifikasi Ilustrasi
 Analisis  Penerangan

 Perbandingan  Penceritaan

 Proses  Petikan

 Sebab dan  Analogi


akibat
 Suatu pernyataan tentang maksud suatu hal/benda
 Memberikan maksud kata, frasa, konsep
 Mesti ada had sempadan-skop
 Definisi istilah abstrak memerlukan penjelasan
yang lebih luas
Ringkas

Kelas
Senama
pembahagian

Perenggan
definisi Contoh
Asal-usul

Perbandingan
Fungsi
/analogi
 Perenggan definisi ringkas
ditulis menggunakan definisi
yang diperoleh dari sumber
kamus
Oxford Dictionary of Computing (1996),
menjelaskan bahawa hamparan elektronik
merupakan aplikasi komputer yang dapat
memanipulasikan jadual yang terdiri daripada lajur
dan baris yang membentuk sel-sel. Jadual ini
kemudiannya dipersembahkan di atas skrin. Sel-
sel tersebut mengandungi maklumat numerikal dan
rumus atau teks.
Ramai yang tahu mengenai ayurveda dan mungkin
juga pernah atau sedang menjalani rawatan
perubatan tradisional dari India itu. Perkataan ayur
bermaksud kehidupan, manakala veda pula bererti
ingin pengetahuan. Justeru, ayurveda membawa
makna kehidupan sains dan merupakan amalan
perubatan herba yang mula dipraktikkan oleh
masyarakat lampau, terutama di India, Sri Lanka
dan Nepal.
 Definisi dijelaskan
berdasarkan kata seerti atau
sinonim
 Contoh:
jelas – terang, hurai
emak – ibu, mama
Hepatitis A atau penyakit kuning ialah penyakit
berjangkit disebabkan oleh virus yang boleh
menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira umur,
usia dan jantina. Penyakit ini senang berlaku di
kawasan yang kotor terutamanya apabila para
penduduknya tidak mengamalkan kebersihan diri,
makanan, tempat tinggal dan persekitaran.
 Menjelaskan konsep yang
abstrak seperti budaya,
keagamaan, sistem
cakerawala dan sebagainya.
“ Erti kebahagiaan itu berbeza-beza kepada
seseorang. Contohnya, ada orang percaya bahawa
dia akan bahagia sekiranya dia kaya dan
mempunyai banyak wang. Orang lain pula
mengatakan bahawa wang bukanlah segalanya.
Mereka percaya bahawa, mereka akan bahagia
sekiranya mereka sihat. Bagi saya, saya akan
bahagia jika sekiranya keluarga saya hidup dalam
harmoni,” kata Pn.Rozita.
 Makna diterangkan dengan
mewujudkan perbandingan
atau analogi.
Dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa tidak
pernah ada istilah bahasa rojak. Istilah ini
ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat
adanya fenomena bahasa yang bercampur baur
antara bahasa Melayu dengan bahasa asing,
khususnya bahasa Inggeris, daripada sudut
pandangan orang awam. Masyarakat mengaitkan
sesuatu yang bercampur-campur itu sebagai rojak,
kerana rojak merupakan makanan daripada bahan-
bahan yang bercampur-campur. Dalam hal ini,
bahasa yang bercampur-campur itu telah dikaitkan
dengan rojak, lalu timbullah istilah bahasa rojak.
(Dipetik dan diubah suai dari Awang Sariyan, 2004)
 Definisi dibuat berdasarkan
fungsi atau peranannya.
Tetikus merupakan peranti kemasukan yang
mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada
skrin paparan. Peranti kecil ini akan bergerak di
atas permukaan keras dan rata mengikut
pergerakan bebola di bahagian bawahnya. Dengan
setiap pergerakan, penunjuk pada skrin akan
bergerak dalam arah yang sama. Untuk memilih
sesuatu arahan pada skrin, kursor tetikus akan
ditempatkan pada arahan berkenaan dan butang
pada tetikus perlu ditekan.
 Definisi sesuatu konsep atau
perkataan dijelaskan
mengikut etimologi atau
sejarah semantik sesuatu kata
Kata tabu (taboo) berasal daripada bahasa
Polinesia berdasarkan kepercayaan
penduduk terhadap kekuatan kuasa ghaib.
Jika ‘taboo’ dilanggar, dikhuatiri seseorang
atau semua anggota masyarakat ditimpa
kecelakaan. Antara fungsi tabu adalah
sebagai pengongkong kehidupan sesuatu
masyarakat agar tidak melakukan sesuatu
perkara dengan sewenang-wenangnya.
Tabu memainkan peranan sebagai peraturan
yang perlu dipatuhi oleh generasi muda
supaya lebih berbudi bahasa, berkelakuan
baik, dan bersopan santun dalam pergaulan
seharian.
 Menjelaskan maksud dengan
memberi pengkelasan atau
berdasarkan kategori.
Teori mitopoik tergolong ke dalam teori
tradisional, sekelompok dengan teori
sejarah dan teori sosio-budaya. Dalam
kesusasteraan Melayu teori ini kurang
mendapat perhatian, malah namanya juga
kurang dikenali. Para pengkaji dan
pengkritik di Malaysia lebih mengenali
tipainduk daripada mitopoik.
 Menggelompokkan sesuatu perkara yang dianggap
mempunyai persamaan-persamaan tertentu
 Menyusun atur/menyaring/menyisih sesuatu
hal/perkara mengikut kualitinya yang berbeza
 Mengambil dua/lebih barang dan mengkategori
mengikut jenis
 Contoh:
hujan - hujan renyai, hujan lebat, hujan batu, banjir,
banjir kilat
Di asrama saya terdapat tiga kategori pelajar.
Kategori pertama dikenali sebagai “ulat buku.”
Kumpulan pelajar ini rajin ke kuliah dan jarang kali
melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Kategori kedua
pula ialah “anggota Badar.” Kumpulan pelajar ini
agak ekstrim dari segi keagamaan. Sesiapa saja
yang dianggap melanggar ketentuan agama Islam,
misalnya pelajar Islam wanita yang tidak menutup
aurat akan dianggap murtad. Kategori ketiga pula
dikenali sebagai “kupu-kupu malam.” Pelajar dalam
kumpulan ini biasanya mempunyai aktiviti
tersendiri di waktu malam seperti berlatih
pementasan drama, tarian atau dikir barat. Rata-
rata ahli kategori ini gemar ponteng kelas.
 Melihat ciri-ciri, fungsi, tindak balas, proses
ataupun komponen sesuatu perkara yang
diperhatikan secara terasing atau terpisah tetapi
mempunyai hubungan dalam membentuk satuan
yang lebih besar
 Penerangan lojik; langkah demi langkah
 Disusun dengan membahagikan perkara-perkara
kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih
kecil
Di dalam novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan,’ penulisnya
Shahnon Ahmad menggunakan teknik pengulangan
mengenai peristiwa iaitu sesuatu yang terjalin rapi ke dalam
pengulangan watak yang membawa kepada rasa pergerakan
ritma yang menyeluruh. Pada dasarnya, semua peristiwa
dalam novel ini adalah berbeza tetapi peristiwa tersebut
membawa kesan buruk yang sama. Lahuma, watak bapa
dalam keluarga ini meninggal akibat terpijak duri nibung.
Kematian Lahuma diikuti kematian isterinya, Jeha
disebabkan hilang semangat kerana diserang ular tedung
dan meratapi pemergian suaminya. Apabila Sanah, anak
mereka megambil alih tanggung jawab keluarganya, dia
berdepan pula dengan banjir yang mengancam tanaman
padi mereka. Ini diikuti pula dengan serangan burung-
burung yang memusnahkan padi mereka. Peristiwa-
peristiwa ini diulang oleh Shahnon Ahmad untuk
membangkit dan mengekalkan emosi pembaca (Md. Salleh
Yaapar, 1977)
-[Disesuaikan daripada Keindahan bahasa dalam Novel RSJ:
Antara peranan dan realiti, Norzian Abdullah]
 Untuk menunjukkan persamaan/perbezaan
antara dua orang/benda/gagasan
 Perkara yang baru sebaik-baiknya
dibandingkan dengan perkara yang telah
diketahui
Menyentuh tentang guru yang kurang mendapat
penghormatan masyarakat sehingga terdapat ibu
bapa yang sanggup membawa guru ke makhamah,
Profesor Atan Long menjelaskan, peranan guru
sekarang adalah terhad. Katanya, jika dibandingkan
dengan tahun 50-an dan 60-an, golongan
profesional amat sedikit bilangannya dalam
masyarakat dan ini menyebabkan masyarakat
memandang status guru itu tinggi. Kini, terdapat
ramai ahli politik, ahli ekonomi, doktor, peguam
serta akauntan dan ini secara tidak langsung
mengurangkan status guru. (Disesuaikan daripada
Mastika, Januari, 1988
 Satu urutan daripada tindakan/perbuatan untuk
mencipta/menghasilkan sesuatu
 Urutan daripada sesuatu kejadian/peristiwa
 Penulis mesti tahu perincian secara menyeluruh;
tahu tahap kejadian/kronologi
peristiwa/proses/terangkan setiap tahap dengan
jelas
Sebelum anda mengisar cili, seeloknya rebus cili
tersebut terlebih dahulu. Setelah sejuk, basuh
dengan air biasa agar biji cili tertanggal. Ini
bertujuan untuk mempercepatkan proses
mengisar cili. Kisar cili tersebut dengan segelas
air suam sehingga benar-benar hancur. Selepas
itu, masukkan ke dalam bekas bersih dan kedap
udara. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk.
Cara ini dapat memastikan cili kisar anda akan
tahan lama dan tidak berkulat.
 melihat faktor terjadinya sesuatu peristiwa dan
cuba jawab persoalan kenapa
 membuat penulis dan pembaca berfikir
 cara penghujahan induksi boleh digunakan untuk
merumuskan penyebab kepada sesuatu kejadian,
kes atau perkara
 memberikan gambaran atau penjelasan yang
khusus & konkrit tentang sesuatu prinsip atau
gagasan umum
 strategi ini membantu penulis menulis dengan
lebih baik
 maksud penulis diterangkan dengan jelas
 Guna perkataan: misalnya, seperti, contohnya
 Ada dua jenis perenggan contoh dan ilustrasi
◦ Percontohan berganda - mula dengan ayat topik
- ilustrasi - contoh khusus yang pendek
◦ Percontohan mengembang - guna contoh yang
panjang
Buah-buahan tempatan mempunyai prospek yang
baik dengan berkembangnya permintaan dari luar
negara. Pisang emas misalnya telah berjaya
menembusi pasaran Jepun. Begitu juga dengan
durian dan manggis. Buah belimbing besi juga
telah dikenal pasti pasarannya di Eropah. Buah
jambu batu juga semakin popular.
Salah satu perkhidmatan yang membolehkan
hubungan interaksi antara manusia dengan
manusia wujud ialah melalui perkhidmatan Voice
Over Internet Protocol atau VoIP. Perkhidmatan ini
berasaskan penggunaan telefon tetapi melalui
talian internet. Pengguna perlu menyediakan
kemudahan komputer yang mempunyai kad bunyi,
pembesar suara dan mikrofon yang berfungsi
dengan baik.
 pindah pengamatan dan pemerhatian kepada
pembaca sama ada imej/sensasi/mood dan
sebagainya
 wujudkan komunikasi pengalaman
 memeriksa sesuatu tempat, peristiwa, objek
sebagaimana keadaan yang sebenarnya
 membangkitkan imaginasi pembaca tentang
sesuatu peristiwa/objek
Kedudukan strategik di tengah bandaraya
benar-benar memberi makna kepada Hotel
Quality City Centre. Terletak di Jalan Raja Laut
dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi
serta berhampiran dengan pusat konvensyen
dan mesyuarat, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) memberi kelebihan yang tersendiri
kepada hotel ini. Menariknya lagi, Hotel
Quality dikelilingi oleh pusat membeli-belah
popular seperti Jalan Masjid India, Sogo, Maju
Junction dan Pertama Complex yang sentiasa
dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar
negara.
 gambarkan sesuatu cerita dalam satu susunan yang
lojik
 ciri penting - penekanan terhadap sesuatu
peristiwa, susun secara kronologi
 wacana penceritaan cuba menjawap soalan “apa
yang berlaku?” dengan mengaitkan beberapa
peristiwa dalam satu turutan
Pada mulanya, sebagai pengguna, saya sangat
berminat apabila mendengar berita tentang pasar
raya baru yang dibuka di sebuah bandar besar.
Minat tersebut semakin berkembang apakala
namanya diwar-warkan melalui media cetak dan
media elektronik. Tetapi, semasa membaca iklan
yang terpampang di persimpangan jalan menuju
pasar raya tersebut, minda saya terusik oleh
ungkapan Pasar Raya Besar Giant. Seketika
kemudian, minda saya terusik sekali lagi dengan
iklan di corong radio kereta. Kali ini saya sebagai
pengguna bahasa terpanggil oleh kejanggalan
ungkapan tersebut.
 sokongan terhadap hujah, kenyataan atau idea
yang dikemukakan
 perlu bukti wibawa untuk beri keyakinan kepada
pembaca
 petikan langsung dan petikan tidak langsung
◦ Petikan langsung - pengikat kata dan
keseluruhan kata serta ayat tidak berubah
◦ Petikan tidak langsung - tiada pengikat kata, ayat
berubah tetapi makna dikekalkan
Asmah hj.Omar (1988), seorang tokoh linguistik
Melayu telah memberikan pengertian tentang
bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut
beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk
kepada sesuatu kebudayaan.
 buat perbandingan/kiasan untuk membantu
memahami sesuatu
 jelaskan sesuatu yang bukan kebiasaan dalam
kehidupan seharian, kata baru/ asing
 untuk banding sesuatu yang abstrak dengan yang
konkrit

Anda mungkin juga menyukai