Anda di halaman 1dari 18

BMMB1094

KEMAHIRAN BAHASA

KULIAH 1
• 1. Kemahiran Bahasa
• Definisi kemahiran bahasa
• Kepentingan kemahiran bahasa
• Jenis-jenis kemahiran bahasa
Definisi Kemahiran Bahasa
• Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa
ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
• Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam
proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan
dengan lancar dan berkesan.
• Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran
lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar
dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan
saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula
merupakan kemahiran bukan lisan.
• Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam bukunya yang
bertajuk Bahasa Melayu II menyatakan bahawa
kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
sejak dahulu lagi.
• Antara isu yang pernah diperkatakan adalah berkenaan
dengan terdapatnya sebilangan murid sekolah rendah
yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa,
khususnya kemahiran membaca dan kemahiran menulis
walaupun murid-murid tersebut telah menjalani sesi
persekolahan selama enam tahun.
• Murid juga dikatakan kurang mampu untuk bertutur
dan menggunakan bahasa dalam bentuk yang tersusun
dan sempurna.
• Pelajar di sekolah menengah pula kerap melakukan
kesalahan bahasa dalam penulisan dan aktiviti lisan
mereka.
• Oleh yang demikian, bagi mengatasi kelemahan
tersebut, pengajaran kemahiran bahasa telah
distrukturkan semula, dikemas kini dan diperkukuh
dalam Dokumen Standard Pengajaran dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Malaysia bermula pada tahun 2011.
• Menurut Ali Mahmood et al. (2011) menerusi buku yang
bertajuk Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, faktor utama
yang menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai
kemahiran bahasa dengan baik adalah disebabkan oleh murid
tersebut tidak mendapat peluang untuk mendirikan asas
berbahasa yang kukuh sewaktu berada pada peringkat sekolah
rendah.
• Pada peringkat sekolah menengah pula, pelajar lebih
memberikan fokus untuk lulus peperiksaan semata-mata. Dalam
erti kata yang lain, mereka mempelajari kemahiran bahasa
bukan untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa, sebaliknya
untuk membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan.
• Bebanan tugas guru yang terlalu banyak di sekolah
berkemungkinan juga memberi implikasi dan
mempengaruhi prestasi kemahiran bahasa pelajar.
• Hal ini demikian kerana, guru berkemungkinan
menghadapi kesukaran bagi menyediakan bahan
pengajaran yang sesuai dan menepati sesuatu
kemahiran bahasa yang hendak dikuasai oleh pelajar.
• Guru bukan sahaja perlu menilai bahan pengajaran
tersebut terlebih dahulu, tetapi juga perlu memikirkan
cara bahan pengajaran tersebut hendak digunakan
serta mencipta aktiviti dan latihan bagi membolehkan
pelajar menguasai kemahiran bahasa secara efektif
(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, 2011).
Kepentingan Kemahiran Bahasa
• Kepentingan kemahiran bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu disedari
oleh semua pihak.
• Tanggungjawab mengukuhkan kemahiran
bahasa dalam kalangan murid bukan hanya
dipikul oleh guru semata-mata, bahkan ibu
bapa dan masyarakat amnya.
• Murid yang dapat menguasai kemahiran
bahasa dengan baik secara tidak
langsung dapat mempelajari mata pelajaran
yang lain dengan lebih berkesan.
• Oleh yang demikian, guru perlulah
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah
dalam pengajaran kemahiran bahasa agar
pengajaran kemahiran tersebut dapat
dilaksanakan secara efektif.
• Antara kepentingan kemahiran bahasa ialah
1. Meningkatkan keyakinan diri dalam
berkomunikasi
2. Keupayaan mendengar, bertutur, membaca
dan menulis membuktikan murid berada
dalam keadaan normal
3. Membolehkan murid berinteraksi sama ada
secara lisan atau bertulis
5. Membolehkan murid berani mengemukakan
pandangan atau buah fikiran
6. Boleh berhubung dengan orang lain
7. Memperoleh maklumat
8. Memahami maksud sesuatu yang
disampaikan atau yang diterima
Jenis Kemahiran Bahasa

Lisan Membaca Menulis


• Mendengar
• Bertutur
Kemahiran Lisan
• Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling
penting dalam kemahiran berbahasa.
• Murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan lebih baik.
• Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh
dan memproses maklumat dengan tepat.
• Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik
membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan.
• Seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi
kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan
mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses
membaca dan menulis.
Kemahiran Membaca
• Membaca ialah proses yang dinamik dan kompleks
• Membaca melibatkan keupayaan membaca
dengan pantas, memahami dan mengingat fakta,
dan kebolehan membuat interpretasi secara bijak
dan analitis.
• Individu yang dapat menguasai membaca dengan
baik, bermakna dia Berjaya merobohkan tembok
pemisah yang besar antara dirinya dengan lautan
ilmu.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu
Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah al – Alaq: 1-5)
Kemahiran Menulis
• Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik
semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
• Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
• (a) menggunakan pelbagai jenis ayat
• (b) mencatat dan menyusun maklumat
• (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar,
ditonton dan dibaca.
• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
dilalui.
• • Penekanan dalam kemahiran menulis ialah
terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang
jelas, cantik dan kemas.
Soalan Tutorial 1
Secara berkumpulan laksanakan tugasan
berikut:
1. Berdasarkan pengalaman anda di sekolah,
kemukakan aktiviti yang pernah guru anda
laksanakan di kelas berkaitan keempat-empat
kemahiran bahasa
2. Catat aktiviti dalam slaid power point dan
bentang semasa sesi tutorial

Anda mungkin juga menyukai