Anda di halaman 1dari 19

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN 6 RENDAH 2012

942/1 : GEOGRAFI 1 (PENGGAL 1)


BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah]

Soalan 1:
a) b) Gelombang seismik [1M] , i) ii) iii) skala Ritcher [1M]

Muka bumi retak dan terbelah [1M] Muka bumi tergelincir/sesaran dan berlurah [1M] Muka bumi terangkat [1M] (Mana-mana 2 isi x 1markah = MAX 2)

c) Rantau asia pasifik sering mengalami gempa bumi kerana ia berada di sempadan plat tektonik [1m] yang aktif iaitu di lingkaran api pasifik [1m]. d) Dua negara Asia Pasifik yang sering mengalami gempa bumi: i) Jepun [ 1m] ii) Filipina [ 1m] iii) Indonesia [ 1m] iv) New Zealand [ 1m] (Mana-mana 2 isi x 1markah = MAX 2) e) f) Fenomena X adalah Tsunami. [1m]

Kaitan antara gempa bumi dengan tsunami: Gempa bumi dasar laut membebaskan gelombang seismik [1m] Tenaga dari gelombang seismik akan dipindahkan ke air laut menyebabkan terbentuknya gelombang air laut [1m] Gelombang air laut bergerak menuju ke pantai dengan halaju yang tinggi dan semakin membesar dikenali sebagai tsunami. [1m]

g)

Tiga kesan fizikal akibat tsunami di zon pinggir pantai: i) Penenggelaman daratan/zon pinggir pantai [1m]

ii) Kemusnahan infrastruktur fizikal seperti bangunan,jalan raya,jambatan, talian elektrik, telefon dll [1m] iii) Kemusnahan kawasan kediaman/tempat tinggal [1m] iv) Kehilangan nyawa/kematian [1m] v) vi) vii) Kebocoran logi nuklear [1m]

Kerosakan ekosistem pantai paya bakau [1m] kemusnahan kawasan pertanian - sawah padi.[1m] (Mana-mana 3 isi x 1 markah = MAX 3)

Soalan 2:
a) Maksud tenaga suria. Skema Jawapan Tenaga dari bahangan matahari yang dipancarkan ke bumi . Terhasil melalui proses pelakuran gas hidrogen dan helium matahari. Dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek. Mengandungi tenaga haba yang menjadi asas untuk menggerakkan seluruh sistem dan hidupan di bumi. Markah 1 1 1 1 (MAX 3)

b)

Kepentingan tenaga suria terhadap proses-proses fizikal [10 Markah] Kepentingan Huraian dan contoh Sejumlah tenaga suria (haba) yang cukup diperlukan untuk menyejatkan air di permukaan laut, tasik, sungai, kolam dll. Mengikut R.J Chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air ia memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gram air pada suhu 0C dan 540 kalori tenaga haba bagi setiap satu gram air pada suhu 100C. Begitu juga dengan proses sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih. Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap-wap air terbebas menerusi liang stomanya. Semakin tinggi tenaga haba suria maka kadar transpirasi semakin meningkat. Tumbuhan memerlukan tenaga suria untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semulajadi. Tenaga suria akan menghasilkan suhu dan hujan yang cukup untuk pertumbuhan dan tumbesaran pelbagai jenis spesis pokok. Tenaga suria yang cukup diperlukan untuk membolehkan plankton, zooplankton dan terumbu karang hidup dan membesar. Ini kerana tenaga suria menentukan suhu air laut yang menjadi syarat utama tumbesaran terumbu karang. Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria (haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam. Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan seterusnya pecah tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga suria (haba) diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10C dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10C maka kadar tindakbalas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda. Markah

1. Proses sejatan dan sejat peluhan.

2. Proses fotosintesis dan rantaian makanan dalam ekosistem hutan.

3. Proses pertumbuhan plankton dan terumbu karang.

4. Proses luluhawa batuan.

5. Proses pencairan dan hakisan glasier.

Litupan ais dan glaser akan mencair apabila menerima sinaran suria yang tinggi. Proses pencairan ini membolehkan tenaga haba diserap. Pencairan glasier yang banyak menyebabkan kadar hakisannya akan berganda terutamanya pada musim panas. Tenaga suria akan mempengaruhi perbezaan suhu dalam atmosfera dan seterusnya kadar tiupan angin. Syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada perbezaan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu atau tenaga haba di antara dua tempat. Mengikut hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini atau semakin besar perbezaan suhu maka angin akan bertukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya. Haba suria mempengaruhi peningkatan dan penurunan suhu permukaan laut (SST) Proses thermoklin/pembuakan arus laut akan berlaku yang akan melemahkan tiupan angin dari laut. Cuaca menjadi lebih panas (El Nino). Apabila suhu jatuh, cuaca menjadi lebih sejuk fenomena La Nina.

6. Proses pergerakan angin.

7. Proses/Fenomena El Nino dan La Nina.

Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = Maksima 10 Markah

MAX 10

c). Pengaruh tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembab [12 Markah] Pengaruh kepada aktiviti manusia 1. Aktiviti pertanian Huraian dan contoh Tenaga suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman proses fotosistesis dengan sempurna. Pengeluaran bunga dan buah yang baik dan berkualiti Membantu aktiviti penuaian hasil seperti penuaian padi, menoreh getah dsb. Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll. Sinaran suria yang tinggi menjadi daya tarikan pelancong asing ke kawasan Tropika lembab untuk aktiviti berjemur, skuba dan snorkling. Sinar suria amat mempengaruhi nilai suhu setempat dan seterusnya nilai suhu yang berbeza akan mempengaruhi aktiviti pelancongan. Contohnya di Malaysia, kawasan seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan Genting Highland menjadi destinasi pelancong kerana suhunya yang sejuk. Tenaga suria amat penting mempengaruhi suhu air dan arus laut. Sinaran tenaga suria yang tidak berlebihan atau berkurangan menyebabkan suhu air laut menjadi sederhana. Kawasan air laut yang bersuhu sederhana di sekitar 20C merupakan kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menjadi kawasan yang produktif dengan aktiviti perikanan. Aktiviti penangkapan ikan banyak dilakukan pada musim panas berbanding dengan musim tengkujuh khususnya di pantai timur semenanjung. Tenaga suria amat penting dalam industri kecil dan sederhana seperti industri pengeringan ikan, pengeringan batik, pembuatan pasu dan lainlain. Produk IKS di atas perlu dikeringkan dalam cuaca panas. Kos pengeringan menjadi murah tenaga percuma. Tenaga suria menjamin tumbesaran pokok balak dengan sempurna sehingga matang. Aktiviti penebangan dan pengangkutan keluar kayu balak dilakukan pada musim panas kerana untuk mengelakkan jalan licin dan becak jika dilakukan pada musim hujan Markah

2. Aktiviti pelancongan

3. Aktiviti perikanan

4. Aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS)

5. Aktiviti pembalakan.

6. Penjanaan tenaga alternatif

Pada masa ini tenaga suria menjadi sumber tenaga alternatif yang utama bagi menggantikan sumber petroleum dan gas asli terutamanya untuk kegunaan isi rumah. Ini kerana sumber tenaga ini boleh dijana dengan mudah, murah, bersih, mesra alam dan tidak akan habis atau berterusan sepanjang masa selagi adanya matahari. Penggunaan tenaga suria telah banyak digunakan oleh negara-negara maju. Di kawasan Khatulistiwa sendiri khususnya Malaysia, tenaga suria amat berpotensi untuk dibangunkan kerana jumlah sinar suria yang diterima adalah begitu banyak dan sentiasa tinggi sepanjang tahun.

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = Maksima 12 Markah

MAX 12

Soalan 3:
a) Maksud lembangan saliran: [ 5 Markah] Markah 1 1 1 1 1 MAX 5

Judul isi jawapan lembangan saliran merujuk kepada kawasan tadahan air sungai. Ia terdiri daripada sebuah sungai induk tetapi banyak alur atau cawangannya (order sungai). Kesemua air sungai dari pelbagai peringkat cawangan (order) tadi akan mengalir masuk ke sungai induk. Sungai induk mengalir dari hulu ke hilirnya. Lembangan saliran disempadani oleh garisan legeh yang memisahkannya dengan lembangan sungai yang lain.

b) Kepelbagaian cara dan faktor yang pengangkutan beban di dalam alur sungai. Judul Isi Jawapan 1. Cara seretan(golekan)

mempengaruhi [12 Markah] Markah

Huraian dan Contoh Bagi beban yang kasar, berat dan tumpat seperti batu tongkol, ia akan diangkut secara golekan. Iaitu satu proses menyeret beban tersebut sedikit demi sedikit di dasar alur sungai. Pengangkutan begini memerlukan halaju arus yang tinggi bagi menghasilkan tenaga kinetik yang kuat untuk membolehkan beban itu bergerak. Kadar pergerakan beban ini tidaklah selaju arus sungai. Pada masa banjir beban ini mungkin diseret lebih cepat dan lebih jauh kerana pada masa itu halaju arus sungai dan isipadu arus sungai adalah tinggi. Bagi bahan atau beban yang bersaiz agak kecil serta bersegi-segi seperti pasir dan kerikil ia akan diangkut secara lompatan (saltasi). Setiap bijian pasir dan kerikil yang berada di dasar sungai akan menghalang pergerakan air dan tekanan hidrolik akan bertambah di belakang bijian tersebut, lama kelamaan sifat pegun bijian berkenaan akan diatasi. Bijian ini akan tecungkil ke atas dan dibawa oleh air ke depan. Bagaimanapun bijian ini

2. Cara saltasi (lompatan)

akan jatuh semula tidak jauh dari tempat asalnya akibat tarikan graviti. Proses yang sama akan berulang-ulang yang menyebabkan bijian itu kelihatannya melompat-lompat dalam satu siri saltasi. Proses ini amat bergantung kepada saiz dan berat beban, halaju arus yang tinggi serta sifat pergerakan air yang berpusar. Bagi beban yang ringan yang mempunyai daya apungan seperti daun-daun kayu, sampah sarap, plastik, botol akan diangkut dalam bentuk ampaian. Bahan-bahan yang ringan yang memasuki alur sungai tidak tenggelam disebabkan adanya julangan hidrolik dari dasar sungai. Bahan-bahan ini akan memasuki bahagian sungai dimana pusarannya paling kuat. Pergerakan pusaran inilah yang mengapungkan bahan-bahan berkenaan seterusnya bergerak dalam ampaian ke hilir sungai. Bahan-bahan yang bersifat kimia terlarut akan dibawa oleh air sungai dalam bentuk larutan. Umpamanya kalsium karbonat, gypsum, sillika, Amonia,sulfur,potaysium yang amat mudah terlarut dalam air. Air sungai akan bertindak sebagai pelarut yang akan melarutkan bahan-bahan sungai yang mudah larut yang masuk ke dalam alurnya menjadi hasil larutan. Proses ini menyebabkan air sungai berubah warna dan bau dan akan bergerak bersamasama dengan arus sungai. Seperkara yang nyata halaju arus sungai adalah sama dengan halaju bahan larutan yang di bawa itu. Proses ini amat bergantung kepada isipadu air sungai dan juga halaju arus sungai.

3. Cara ampaian(apungan)

4. Cara larutan

Jawapan perlu menghuraikan cara dan factor secara serentak Jika cara sahaja = MAX 8 Markah Setiap isi (cara dan faktor) = 3 markah. 4 isi x 3 markah = MAX 12 Markah

Max 12

c) Kepentingan bentuk bumi hasil pemendapan sungai kepada manusia. [ 8 Markah] Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Kawasan dataran lanar dan delta menjadi pilihan utama penduduk untuk menjalankan aktiviti penanaman padi sawah. Ini kerana kawasan ini memiliki tanih aluvium yang subur hasil pemendapan sungai terutamanya selepas banjir, Kawasan dataran lanar juga memiliki bekalan air semulajadi yang cukup iaitu dari sungai yang berdekatan Disamping keadaan muka buminya yang pamah, rata dan luas yang memudahkan aktiviti pertanian padi sawah dijalankan disamping memiliki darjah ketersampaian yang tinggi. Di antara contoh kawasan ialah di dataran Kedah, dataran Kelantan dan juga dataran Kerian, Perak. Kawasan tetambak yang wujud di sepanjang tebing sungai pula menjadi tapak bina petempatan penduduk dan jalanraya. Kawasan tetambak menjadi pilihan kerana kedudukannya lebih tinggi dari aras sungai yang mengurangkan risiko banjir, Disamping lokasinya yang berdekatan dengan dataran banjir yang menjadi tapak pertanian padi sawah dan juga berdekatan dengan sungai yang menjadi sumber air dan sumber protin penduduk. Justeru itu kawasan tetambak di sepanjang Sungai Kelantan dan Pahang merupakan kawasan petempatan utama penduduk Melayu yang membentuk perkampungan tradisional. Kawasan tasik ladam dan kawasan likuan terpenggal pula boleh dijadikan sebagai kolam ternakan akuakultur. Pelbagai jenis spesis ikan air tawar boleh diternak secara komersial seperti ikan talapia, baung, patin, lampan dan sebagainya. Selain itu kawasan muara sungai juga menjadi pilihan penduduk untuk menjalankan ternakan marinkultur seperti ikan siakap, udang harimau dan udang galah. Di kawasan muara sungai ternakan ikan dalam sangkar adalah lebih popular berbanding dengan kawasan tasik ladam dan likuan sungai yang dijalankan secara kolam. Markah

1. Kawasan Pertanian.

2. Tapak bina petempatan dan jaringan jalanraya.

3. Ternakan akuakultur

4. Kegiatan pelancongan

Kawasan muara sungai yang mempunyai pulaupulau pasir dan pola saliran yang berselirat pula menjadi daya tarikan untuk aktiviti pelancongan. Antara aktiviti pelancongan yang sering dijalankan ialah aktiviti berasaskan sukan air dan aktiviti memancing. Manakala sesetengah kawasan pulau pasir berkenaan sangat stabil walaupun berada di tengah-tengah sungai. Kawasan ini telah menjadi kawasan penempatan kekal penduduk untuk menjalankan beberapa aktiviti ekonomi yang berkaitan seperti membina dan membaiki bot. Contohnya Pulau Duyong di muara Sungai Terengganu.

Pemarkahan : 4 isi x 2 markah = Maksima 8 Markah

MAX 8

10

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [40 markah]

Soalan 1:
a) Kepadatan penduduk bagi setiap negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010 Negeri Kepadatan Penduduk (orang/ KM) 40.13 285.56 680.24 6,696.18

Pahang Perlis Selangor Kuala Lumpur

(Pemarkahan: 2 negeri = 1 markah. 4 negeri = MAX 2M) b) Dua faktor kepadatan penduduk: i) ii) yang mempengaruhi perbezaan [1m] [1m]

Jumlah penduduk bagi setiap negeri Saiz negeri.

c) Dua kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal akibat tumpuan dan kepadatan penduduk yang tinggi di Kuala Lumpur. i) Pulau haba bandar. [1m] ii) Banjir kilat. [1m] iii) Pencemaran (air,udara,bunyi bau) [1m] iv) Hakisan tanah/tanah runtuh [1m] (Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 1 markah = MAX 2M)

d) Trend pertumbuhan penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2006 hingga tahun 2010.

i) Umur 15 tahun = pola menurun secara

gradual/perlahan [1 m] ii) Umur 16 hingga 64 tahun = meningkat secara gradual/perlahan. [1m] iii) 65 tahun dan lebih = meningkat secara gradual. [1m]

11

e) Dua sebab mengapa Malaysia semakin menurun

pertumbuhan

penduduk

di

i) Tahap umur perkahwinan semakin meningkat ii)

[1m] Kos hidup tinggi/tidak mampu menyara keluarga yang ramai [1m] [1 m]

iii) Wanita berkerjaya semakin bertambah


(Mana-mana 2 isi x 1 markah = MAX 2m)

f) Dua faktor yang mempengaruhi peningkatan jangka hayat penduduk Malaysia i) Peingkatan kemudahan kesihatan dan perubatan moden. [1m] ii) Amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. [1m] iii) Peningkatan kualiti hidup mampu memperolehi kemudahan rawatan yang lebih baik [1m] iv) Kesedaran penjagaan kesihatan semakin meningkat [1m] (Mana-mana 2 isi x 1 markah = MAX 2m) g) Dua impak sosial akibat proses penuaan penduduk di Malaysia. i) Beban kerajaan bertambah untuk menyediakan rumah kebajikan,bayaran pencen,perubatan percuma dll. [1m] ii) Nisbah bertambah. tanggungan golongan dewasa akan [1m]

iii) Komposisi tenaga kerja tidak seimbang umur persaraan dilanjutkan [1m] iv) Golongan profesional meningkat kepakaran dan pengalaman tinggi. [1m] (Mana-mana 2 isi x 1 markah = MAX 2m)

12

Soalan 2. (a) Maksud daya tampung persekitaran fizikal [5 Markah] Markah 3 1 1 MAX 5 (b) Lima faktor kependudukan yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar fizikal di sesebuah kawasan yang berpenduduk padat [10 Markah] Faktor Kependudukan 1. Pertumbuhan penduduk yang pesat. Huraian dan Contoh Eksploitasi terhadap alam sekitar fizikal terpaksa dilakukan dengan giat bagi menampung keperluan penduduk yang ramai. Tanih terhakis dan tidak subur akibat amalan pertanian intensif dan ragutan berlebihan. Kepupusan kepelbagaian biologi hutan dan marin akibat eksploitasi berlebihan untuk menampung pertumbuhan penduduk yang pesat. Air terjejas apabila permintaan melebihi penawaran. Juga kemusnahan kawasan tadahan air. Lain-lain sumber alam musnah, rosak dan tercemar. Tekanan terhadap tanah saingan guna tanah untuk petempatan, pertanian, kemudahan asas dll. Daya tampung tanah merosot seperti di Pulau Jawa dan bandar-bandar besar. Aktiviti peneresan, perataan dan pemotongan cerun bukit untuk dibina petempatan menyebabkan kemusnahan sumber tanah mengalami hakisan dan tanah runtuh. Kemusnahan ekosistem tanah lembab seperti paya, lembah sungai, dan tasik yang ditebus guna bagi membina petempatan di kawasan yang padat penduduk seperti di bandar-bandar besar. Markah

Maksud Daya Tampung Persekitaran Fizikal


(Keupayaan sumber alam) untuk (menampung aras/jumlah penduduk) dalam (tempoh/masa tertentu). Ia bergantung kepada bekalan/stok sumber yang ada, tahap teknologi yang dimiliki dan jumlah atau saiz penduduk pada satu-satu masa. Contohnya Daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat pada tahun 2013.

2. Tumpuan penduduk di sesebuah kawasan (kepadatan tinggi)

13

3. Aras teknologi yang dimiliki oleh penduduk.

Tahap teknologi yang rendah tidak mampu untuk memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal selepas digunakan. Sumber alam dibiarkan rosak/pupus atau diguna secara membazir. Teknologi hijau masih terhad -Misalnya teknologi perawatan sumber air dan tanih yang tercemar, teknologi untuk membangunkan sumber tenaga alternatif seperti biomass, solar, angin dan ombak masih rendah. Penduduk terlalu bergantung kepada sumber tenaga konvensional - menyebabkan sumber mineral habis. Kesedaran penduduk terhadap kepentingan dan penjagaan alam sekitar fizikal masih lemah. Sikap penduduk yang tidak menghargai alam sekitar menyebabkan pencemaran air, udara, tanih dll. Melalui pembuangan sisa toksid, kumbahan, sisa pepejal ke dalam sumber air seperti sungai, tasik, paya dan laut. Kerakusan penduduk meneroka sumber untuk mengejar keuntungan semata-mata menyebabkan sumber alam rosak seperti aktiviti perlombongan pasir di Selangor. Penjagaan alam sekitar yang lemah oleh agensi kerajaan kekurangan kakitangan dan kelemahan pengurusan Kuatkuasa undang-undang yang longgar hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan terhadap alam sekitar. Pertindihan fungsi antara agensi kerajaan misalnya antara kuasa negeri dengan persekutuan. Masalah birokrasi dan salahguna kuasa agensi pelaksana rasuah. Langkah pengurusan dan pemuliharaan yang lemah. Lambat bertindak terhadap masalah dan isu alam sekitar.

4. Sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab.

5. Kurangnya kawalan dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar.

Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = Maksima 10 Markah

MAX 10

14

(c) Lima langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemusnahan persekitaran fizikal di kawasan yang berpenduduk padat di sesebuah negara membangun. [10 Markah] Langkah Huraian dan Contoh Akta dan ordinan - Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ordinan dan peraturan penggunaan pelbagai jenis sumber alam. Termasuk penyediaan EIA dan SIA sebelum penerokaan terhadap sesuatu sumber alam sekitar fizikal. Penguatkuasaan oleh agensi pelaksana contohnya JAS, JPS, PBT, Jabatan Laut dll. Melakukan rondaan, pemantauan, penyeliaan, tangkapan dsb. Hukuman - mengenakan hukuman denda/kompaun, menyitar premis dan penjara ke atas mana-mana individu atau syarikat yang merosak dan mencemarkan alam sekitar fizikal. langkah kestrukturan - seperti membina benteng, tetambak, groin, gabion, sistem saliran, sungkupan dll untuk mengelakkan kemusnahan tanah. Amalan pemeliharaan Penjagaan sumber alam sekitar fizikal seperti mewartakan rizab sungai, rizab hutan, kawasan tadahan air, rizab sumber dll yang dijaga rapi dari sebarang bentuk penerokaan. Amalan pemuliharaan Membaik pulih sumber alam sekitar fizikal yang sudah rosak/diteroka seperti penghutanan semula, tanaman tutup bumi, pertanian berkontur, pelupusan sumber toksid/asap secara berjadual, rawatan sisa dsb. Penggunaan teknologi mesra alam (teknologi hijau) seperti penjanaan sumber tenaga alternatif, teknologi insenerator, bioteknologi, teknologi nano dll usaha R & D ke arah perluasan teknologi yang tidak mencemar/merosakkan alam sekitar fizikal. Markah 2

1. Langkah perundangan

2 2 Max 4 2 2

2. Amalan pengurusan yang cekap.

2 Max 4

Kempen - Memperhebatkan kempen kesedaran oleh pelbagai agensi kerajaan, melalui pelbagai saluran. Misalnya media elektronik, media cetak, 3. Kempen kempen/risalah/cogankata Cintailah Hutan Kita, kesedaran Penghijauan Bumi, Hutan Warisan Kita, Cintailah dan Sungai Kita, kempen 3R dll. pendidikan Pendidikan alam sekitar - Memupuk kefahaman yang alam sekitar. meluas kepada masyarakat umum tentang peri pentingnya usaha-usaha menjaga dan memulihara alam sekitar khususnya kepada generasi akan datang secara formal dan tidak formal Seperti melalui matapelajaran Geografi. Peranan NGO SAM, WWF, ENRICH dll yang bergandingan dengan agensi kerajaan dan masyarakat seperti mengadakan gotong royong. Pemarkahan: Langkah 1 + 2 + 3 = (4+4+2) = MAX 10

2 Max 2 MAX 10

15

Soalan 3:
a) Maksud transformasi desa Judul Isi Jawapan Konsep : Proses perubahan/kemajuan sosio ekonomi desa Petunjuk: Dibuktikan melalui indikator/petunjuk seperti: i) Perubahan struktur ekonomi tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian desa (IKS),pendapatan perkapita meningkat dll ii) Perubahan sosial desa gaya hidup lebih moden,keterbukaan minda dll iii) Perubahan kualiti hidup taraf kesihatan dan pendidikan bertambah baik. iv) Perubahan/kemajuan fizikal peningkatan infrastruktur dll. (Pemarkahan: Konsep (wajib) = 1 markah + mana-mana 2 petunjuk = 1 markah = MAX 3 Markah) MAX 3 [3 Markah] Markah 1 1 1 1 1

b) Faktor yang menyumbang sesebuah petempatan desa Faktor 1. Faktor Fizikal Bentuk muka bumi. 2. Potensi sumber alam yang dimiliki

kepada

perkembangan [10 Markah] Markah 2

Huraian dan Contoh Bentuk muka bumi yang pamah, rata beralun,lembah di kawasan tanah tinggi dll. Lokasi strategik tapak bina yang sesuai seperti di tepi sungai atau di pinggir pantai. Selamat dari bencana alam. Sumber tanih yang subur untuk pertanian seperti tanih aluvium untuk tanaman padi sawah dan tanah laterit untuk getah dan kelapa sawit. Adanya sumber mineral emas, pasir/kuartzit dsb. Keindahan alam semulajadi dan kepelbagaian biologi sebagai potensi eko pelancongan. Rancangan pemodenan desa dan pembangunan insitu. Mewujudkan pusat pertumbuhan desa (PPD) Penyelerakan industri ke kawasan desa khususnya IKS Dasar pembangunan wilayah secara khusus.

3. Dasar kerajaan/polisi governan.

16

4. Faktor pengangkutan Ketersampaian tempat. 5. Pengaruh bandar berhampiran. 6. Faktor penduduk.

Wujudnya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik seperti jalan raya dan jalan keretapi. Memudahkan pengangkutan dan pemasaran barangan. Jarak yang dekat dengan bandar cepat sampai. Meningkatkan interaksi desa bandar melalui mobiliti penduduk, barangan dan perkhidmatan. Mempercepatkan proses pembauran inovasi. Jumlah dan kualiti penduduk . Menyediakan tenaga kerja untuk memajukan sumber-sumber ekonomi desa. Meluaskan saiz pasaran dan kuasa beli pengguna. Teknologi moden dalam sektor pertanian seperti penggunaan jentera, teknik dan input moden meningkatkan produktiviti pertanian desa. Penggunaan teknologi dan peralatan moden dalam (Perusahaan Kecil dan Sederhana)/PKS. Keupayaan modal untuk menggerakkan sektor ekonomi desa khususnya PKS. Pinjaman modal yang mudah disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan bank-bank tempatan. Contoh skim kredit mikro di bawah PKS, pinjaman tanpa cagaran dari Bank Pertanian dsb. Bekalan air,elektrik,jalanraya dan sistem telekomunikasi. Kemudahan perkhidmatan sekolah,klinik desa,balai informasi/pusat internet desa dsb. Kemudahan pusat pengumpulan dan pengedaran hasil pertanian. Kewujudan pasar tani dan pasar malam.

7. Faktor Teknologi.

8. Faktor Modal.

9. Faktor kemudahan asas dan pusat perkhidmatan yang disediakan.

Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah.

MAX 10

17

c) Impak terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia akibat proses transformasi desa. [10 Markah] a) Impak Ke atas Alam Sekitar Fizikal : Pembuangan/penyaliran sisa kumbahan dan najis 1. Pencemaran ternakan ke dalam sungai, tasik dan paya air tercemar dengan bakteria e-coli. Pembuangan sisa domestik/isi rumah ke dalam longkang, parit atau sungai berdekatan tercemar dengan sisa pepejal Pembuangan sisa industri IKS seperti sisa pemprosesan dan pembuatan tercemar dengan bahan toksid, kandungan BOD meningkat. Penyaliran baja kimia dan racun serangga dalam pertanian nilai keasidan (pH) sumber air meningkat. 2. Pencemaran udara 3. Pencemaran bau dan bunyi Akibat pembakaran terbuka kawasan pertanian. Asap kilang memproses kelapa sawit/getah. Juga asap dari kawasan pelupusan sampah. Bau busuk dari sisa longgokan sampah dan air sampah (Leachate), sisa makanan dari gerai/warung/restoran/pasar malam/pasar tani yang ada di kawasan pusat pertumbuhan desa. Bau busuk dari ladang ternakan ayam, ladang khinzir dll. Bunyi bising dari janakuasa kilang yang beroperasi. Akibat aktiviti pertanian di kawasan cerun, tanpa teres, tanpa tanamam tutup bumi/sungkupan. Hakisan larian air permukaan. Cerun tidak stabil mengalami gerakan jisim, kesotan tanih. Penebangan hutan sekitar mengurangkan susupan dan simpanan air tanah. Larian air permukaan meningkat. Sejat peluhan berkurangan. Meningkatkan kejadian banjir lumpur. Hutan sekitar ditebang untuk pertanian dan paya ditimbus untuk petempatan. Ekosistem hutan terjejas kepelbagaian spesis flora dan fauna. Habitat musnah. Markah

4. Hakisan tanih dan gerakan jisim.

5. Gangguan hidrologi setempat.

6. Gangguan ekologi setempat.

18

b) Impak Ke Atas Alam Sekitar Manusia: Sektor ekonomi desa berkembang mewujudkan 7. banyak peluang pekerjaan pengganguran Mengurangkan berkurangan. kemiskinan Pendapatan perkapita bertambah. taraf hidup Kemiskinan berkurangan taraf hidup meningkat. meningkat. 8. Saiz pasaran dan kuasa beli. 9. Taraf kesihatan meningkat. 10. Taraf pendidikan meningkat. 11. Berlaku pembauran inovasi 12. Ketersampaian bertambah. Jumlah penduduk desa bertambah saiz pasaran bertambah besar. Tabungan dan kuasa beli bertambah ekoran daripada pertambahan pendapatan. Wujudnya kemudahan klinik desa/poliklinik dan kemudahan perubatan moden. Wabak penyakit boleh dibendung.. Kelahiran bertambah kematian menurun. Akses kepada pendidikan seperti sekolah dan pusat-pusat kemahiran. Kadar keciciran dan kadar buta huruf berkurangan. Kadar celik ICT bertambah. Penembusan jalur lebar semakin luas melalui projek internet desa dan pemberian net book 1 Malaysia. Inovasi dan idea baru berkembang lebih cepat. Mewujudkan masyarakat desa bermaklumat. Jaringan pengangkutan yang lebih cekap jalanraya dan jalan keretapi. Pergerakan penduduk,barangan dan perkhidmatan ke bandar-bandar berhampiran menjadi lebih mudah dan cepat. Kemampuan memiliki barangan dan perkhidmatan moden bertambah. Penduduk lebih sihat dan persekitaran lebih kondusif dengan adanya taman permainan,kemudahan sukan,reakreasi dll.

Markah 2

13. Kualiti hidup bertambah.

Pemarkahan: Fizikal + Manusia = (3 isi + 2 isi @ 2 isi + 3 isi) = 5 isi x 2 markah = MAX 10

MAX 10

Skema Jawapan Tamat

19

Anda mungkin juga menyukai