Anda di halaman 1dari 6

Penerokaan masalah. Masalah vandalisme semakin menjadi-jadi sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah.

Oleh itu, perbuatan ini telah menimbulkan kegusaran dan kegelisahan yang tidak sedikit pada semua lapisan masyarakat. Oleh hal yang demikian saya telah mula mengkaji masalah vandalisme ini yang melibatkan seorang murid bangsa Cina yang bernama Goh Chee di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Cin Hua. Merujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Online, vandalisme bermaksud suatu perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Masalah vandalism yang dilakukan oleh Goh Chee boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor persekitaran.

Rajah 1: Punca berlakunya masalah vandalisma secara umum Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) dalam buku Siri Pendidikan Guru-Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, punca berlakunya vandalisma dari segi diri murid adalah kerana perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak berlaku pada kadar yang berbeza. Setiap murid mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza, ada murid yang lemah dan

ada yang bijak.

Goh Chee mungkin agak lemah perkembangan kognitifnya

berbanding dengan rakan sebayanya dalam mata pelajaran Matematik oleh itu dia tidak dapat mengikuti sukatan yang telah diajar. Dia tidak mendapat sokongan emosi daripada keluarganya dalam memberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang kesukaran dan kegagalan. Oleh hal yang demikian, dia berputus asa dan cuba menutup kelemahanya dengan cara bela diri. Contohnya dia tidak menghiraukan guru semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Menurut Dr Yen Teck Hoe, Pakar Perunding Psikiatri, kanak-kanak sememangnya berminat untuk belajar perkembangan mereka. Mereka ingin tahu tentang semua yang berlaku di sekeliling mereka. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan bau adalah seperti misteri yang menanti untuk disingkap. Mereka mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar, menjelajah, membuat penemuan dan memahami banyak perkara. Aspek media massa misalnya internet dan televisyen memainkan peranan penting dalam menayangkan videovideo yang berunsur perbuatan vandalisma. Menerusi tayangan yang berkaitan dengan vandalisme ini memberikan Goh Chee imej yang tinggi serta dia anggap sendiri bbegitu hebat atau cool. Oleh itu, dia mengaplikasikan gaya baharu ini di dalam bilik darjah. Dengan perbuatan dia tersebut, banyak murid akan takut pada dia dan tidak berani untuk membulinya. Ini membolehkan dia berasa dirinya hebat dan dipandang tinggi oleh rakannya. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) dalam buku Siri Pendidikan Guru-Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, masalah emosi dalam diri murid turut menyumbang kepada masalah disiplin dan tingkah laku di dalam bilik darjah. Masalah emosi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran. Emosi dalaman iaitu sifat afektif (menangis, perasaan yang kerap berubah, tidak cergas atau malu) tidak ditunjukkan oleh Goh Chee kerana ia akan menunjukkan kelemahan dia. Maka emosi luaran iaitu sifat agresif (vandalisme, membuli, melawan guru dan sebagainya) lebih banyak ditunjukkan untuk menutup kelemahan dirinya. Perkara yang akan dia lakukan adalah seperti

tidak mengedahkan amaran guru, membuli murid, vandalisme, mudah marah, dan kurang perasaan empati atau belas kasih. Salah satu punca diri murid yang mendorong Goh untuk melakukan perbuatan vandalisma adalah keperluan manusia dia tidak tercapai. Oleh itu, dia akan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan perhatian daripada guru atau murid. Menurut teori Abraham Maslow (1943) keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Beliau membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Keperluan kekurangan adalah keperluan yang terpenting dan perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum mencapai keperluan perkembangan. Salah satu unsur penting dalam keperluan kekurangan adalah keperluan kasih sayang (daripada keluarga dan rakan-rakan). Oleh kerana keperluan kekurangan ini tidak diberikan kepada Goh Chee, maka dia melakukan vandalisme seperti menconteng meja, merosakkan papan hitam dan sebagainya untuk menarik perhatian daripada guru dan rakannya supaya keperluan kasih sayang ini tercapai. Dia tidak mengira apakah caranya yang digunakan asalkan keperluan tersebut dicapai walaupun perkara yang dia lakukan itu adalah salah.

Rajah 2 : Hierarki Keperluan Abraham Maslow (1943)

Salah satu punca dalaman berlakunya vandalisme adalah membalas dendam. Menurut Mok Soon Sang (2011) dalam buku Pengurusan Bilik Darjah &Tingkah Laku Edisi Ketiga murid yang dikenakan penilaian negatif dan hukuman denda akan melakukan tingkah laku distruktif sebagai melepaskan perasaan marah mereka dan sebagai tindakan membalas dendam. Contoh tingkah laku distruktif adalah seperti merosakkan herta benda sekolah, mengugut atau menumbuk guru atau mencalar kereta guru. Selain itu dalam model akibat logikal Dreikurs yang diperkenalkan oleh Rudolf Dreikurs, salah satu punca berlakunya masalah tingkah laku adalah membalas dendam. Beliau berkata murid bertindak membalas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik. Pada peringkat ini murid banyak dikawal oleh emosi negatif. Guru perlu menenangkan keadaan dan cuba berbincang dengan murid supaya murid dapat melihat kesan daripada matlamat mereka yang salah. Dalam peristiwa yang saya kaji, Goh telah membuat contengan di papan hitam yang baru ditukar bagi menggantikan yang telah dirosakkan olehnya sebelum ini. Semasa guru masuk ke dalam bilik darjah, contengannya jelas di depan mata guru tersebut. Guru berasa marah dan suaranya keluar dengan bunyi yang kasar terhadap Goh dan mendendanya berdiri di belakang kelas sehingga proses pengajaran dan pembelajaran Matematik tamat. Goh berasa marah kerana dendaan tersebut dan dia ingin membalas dendam terhadap guru dengan cara menconteng di atas meja guru dengan perkataan-perkataan yang tidak bermoral seperti guru bodoh , hati busuk dan sebagainya. Selain daripada punca dalaman, punca persekitaran juga salah satu faktor yang penting dalam berlakunya masalah vandalisme dan amat perlu dititik beratkan oleh semua pihak. Salah satu punca persekitaran adalah ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa. Dalam zaman materialisme ini, ibu bapa suka mengejar kemewahan dan sentiasa sibuk dalam profesion mereka sehingga mengabaikan kepentingan dan keperluan anak-anak mereka. Anak watan ini mungkin akan terkapai-kapai untuk mencari jati diri bagi mengorak langkah ke alam dewasa jika kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa tidak mencukupi. Sesetengah ibu bapa sentiasa bekerja keras bagi mencari rezeki untuk menyara

keluarga sehingga tidak

mempunyai masa bagi mengambil berat tentang

keperluan anak mereka. Mereka keluar awal, balik lewat sehingga tiada masa untuk menghiraukan pelajaran dan aktiviti kokurikulum anak mereka di sekolah. Perkara seperti ini telah menyebabkan Goh rasa dirinya tersisih daripada keluarga.Dia yang belum keras ubun-ubun akan lebih agresif dan bertindak liar di luar seperti melakukan vandalisme untuk menarik perhatian ibubapa mereka tentang kehendak mereka. Seperti dalam Rajah 2 teori Abraham Maslow (1943) yang mengatakan kepentingan keperluan manusia dalam perkembangan kanakkanak untuk mencapai kesempurnaan. Oleh kerana kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, maka Goh pun keluar mencari kawan-kawan untuk mendapatkan kasih sayang atau

penghargaan daripada mereka. Pengaruh rakan sebaya ini memberikan kesan yang kuat kepada kanak-kanak seperti Goh. Dalam era ledakan maklumat ini, masa anak-anak tempatan untuk berdamping dengan kawan-kawan mereka di sekolah lebih panjang berbanding dengan masa di rumah. Pada waktu senggan, banyak daripada mereka akan menghabiskan masa dengan rakan kerana

mereka tidak suka duduk di rumah dengan ketiadaan ibu bapa. Maka hal ini akan membuka jendela kepada mereka untuk mengenali kawan-kawan yang jahat ini di tengah masyarakat. Dalam pergaulan dengan rakan-rakan jahat ini mereka akan meniru perbuatan mereka dan menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat seperti melakukan pergaduhan dan vandalisme. Hujah ini dapat diperkukuhkan dengan pandangan Albert Bandura (1925-) dalam teori pembelajaran sosial dan sosial kognitif yang mengatakan manusia semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Selain daripada pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, guru juga salah satu punca berlakunya vandalisme. Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai digunakan oleh guru semasa P&P merupakan punca penting tercetusnya masalah vandalisme ini. Dalam situasi yang dikaji ini mungkin disebabkan pengajaran yang terlalu membosankan telah menyebabkan Goh kehilangan minat dalam mata pelajaran Matematik. Dengan berasa Oleh

itu,dia melakukan perkara-perkara yang tidak elok untuk mengganggu proses P&P seperti melakukan vandalisme.

Diri Murid

Perkembangan kognitif dan emosi, kanakkanak berlaku pada kadar yang berbeza. Sikap ingin tahu Masalah emosi Keperluan Manusia membalas dendam

Persekitaran

Ibu bapa Pengaruh Rakan sebaya Penyampaian P&P

Rajah 3 : Punca-punca berlakunya vandalisme secara mendalam.

Anda mungkin juga menyukai