Apa Itu Koperasi
Apa Itu Koperasi
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya. Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya. Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata. Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut. Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi. Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya. Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegangpemegang saham. Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
Kesengsaraan dan syarat kerja yang terlalu ketat Gaji yang tidak mencukupi Pengangguran yang meluas Pengambilan untung berlebihan yang tidak terkawal Pemalsuan dalam sukatan dan timbangan Kadar kemiskinan yang tinggi Kadar penyakit dan kematian yang kian meningkat Kerahan kerja untuk kanak-kanak seusia 4 tahun Suasana hidup yang menyeksakan Bantahan yang dibuat tidak berkesan
Para pekerja yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Inggeris, Rochdale merasakan bahawa mereka perlu bekerjasama. Pakatan 28 orang ini mulai menabung dan berjaya mengumpulkan sebanyak 28 untuk dijadikan modal. Tanggal 21 Disember 1844 menyaksikan titik permulaan gerakan koperasi dimana mereka membuka sebuah Kedai Koperasi di Toad Lane di Rochdale, Lancashire . Kedai Koperasi itu kian meningkat maju dan peristiwa ini kemudian diiktiraf sebagai tarikh bermulanya Gerakan Kerjasama Sedunia. Para pengasas tersebut kini dikenali sebagai Para Perintis Rochdale (The Rochdale Pioneers).
Tidak hairanlah apabila pelanggan hilang kepercayaan pada pekedai-pekedai runcit yang lain dan bertumpu pada Kedai Koperasi. Pelanggan-pelanggan Kedai Koperasi juga turut menjadi anggota Koperasi tersebut dan mereka juga mempunyai hak dalam perniagaan itu. Prinsip-prinsip yang diamalkan Koperasi itu adalah:
Keanggotaan terbuka dan sukerela Kawalan demokrasi (satu anggota, satu undi) Pembahagian keuntungan terhad Dividen diberi mengikut jumlah pembelian anggotanya Peruntukan pendidikan Kerjasama antara Koperasi Neutral terhadap fahaman politik dan kepercayaan agama masing-masing Belian tunai sahaja Barangan dan layanan yang baik dan berkualiti
Tidak lama kemudian, kedai-kedai koperasi mula muncul dan Para Perintis Rochdale mula mendapat perhatian antarabangsa. Walaupun ada kedai koperasi lain yang ditubuhkan lebih awal, tetapi kedai inilah yang paling berjaya dan menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain. Prinsip-prinsip tersebut masih diterima dan menjadi asas sesebuah pertubuhan koperasi. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan relevansi, prinsip-prinsip tersebut diolah semula, sesuai dengan arus perubahan semasa.