Anda di halaman 1dari 6

PRASYARAT KEPADA

KEMAHIRAN MENULIS
TUTORIAL 3
PENGENALAN
Menulis adalah satu proses atau untuk
menghasilkan bahan yang berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat
dalam bentuk tulisan untuk berhubung
dengan orang lain atau dengan dirinya.
Menulis juga adalah proses penghasilan
simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk
ayat.
ASPEK-ASPEK BERKAITAN DENGAN
KEMAHIRAN MENULIS
2 jenis kemahiran menulis iaitu kemahiran
menulis secara mekanis dan kemahiran untuk
pelahiran (mental)
Kemahiran menulis mekanis dikuasai pada
peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan
tulisan yang kemas dan boleh dibaca.
Kemahiran menulis pelahiran (mental) dijalankan
selepas kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
mekanis.
PERKEMBANGAN OTOT HALUS dan
KOORDINASI MATA DAN TANGAN
Kebolehan menulis memerlukan kematangan
urat saraf yang mengawal jari dan tangan
Kematangan urat saraf menghasilkan
penyelarasan di antara mata dengan tangan,
iaitu penyelarasan yang penting bagi
kebolehan menulis.
KEBOLEHAN MEMEGANG ALAT TULIS
Pada peringkat awal, kanak-kanak akan
menggenggam alat tulis kerana otot halus
mereka masih lagi belum matang.
Setelah otot halus mereka matang kanak-
kanak akan diajar cara memegang alat tulis
dengan betul dan kemudian guru akan
menyuruh mereka menconteng dengan cara
memegang alat tulis dengan betul.
KEBOLEHAN MEMBUAT LAKARAN ASAS (basic
stokes) DAN PERSEPSI ABJAD / NOMBOR
Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah
menggunakan jari dan tangan mereka untuk
menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan
mereka
Contengan adalah merupakan asas kebolehan menulis
Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi
lambang huruf (tulisan) sebagai wakil bunyi (suara),
mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang
digunakan dalam bacaan
Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan
lukisan itu digunakan untuk meniru huruf yang mereka
lihat dalam bacaan mereka

Anda mungkin juga menyukai