Anda di halaman 1dari 18

I m a n D a n K e h i d u p a n | 43

UNIT PELAJARAN 3
MENTAUHIDKAN ALLAH SWT
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyatakan konsep tauhid dan kedudukannya dalam kerangka beriman kepada Allah SWT.
2. Menjelaskan perbezaan ketauhidan kepada Allah SWT sebagai RABB dan ILAH.
3. Mengenalpasti sifat-sifat khusus yang perlu ada pada diri mukmin yang mentauhidkan Allah
SWT yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna.

PENGENALAN

(a)

(b)
Rajah 3.1

Sila lihat gambar kapal terbang dan helikopter ini. Anda mesti meyakini bahawa setiap
kapal terbang dan helikopter yang sedang terbang diawan ada juruterbangnya atau ada
pengendalinya. Ya, kalau tidak, masakan dia boleh terbang di langit? Dan, anda juga pastinya
meyakini hanya seorang sahaja pemandu atau pengendali kapal terbang dan helikopter ini.
Pernahkah anda menemui atau mengetahui ada dua orang pemandu dalam sesebuah kapal
terbang? Apakah akan berlaku sekiranya terdapat dua orang atau ramai pemandu sesebuah kapal
terbang? Mari teruskan berfikir, apakah yang menyebabkan anda meyakini bahawa setiap kapal
terbang dan helikopter ini ada pemandunya? Dan, apakah lagi keyakinan anda tentang pemandu
tersebut? Sudah tentu terdetik dalam fikiran anda, bahawa pemandu-pemandu ini memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk memandu sehingga mampu membawa kapal
terbang itu dengan selamat.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 44

(a)

(b)
Rajah 3.2

Bagaimana pula dengan gambar di atas ini?


Pernahkah anda terfikir siapakah sebenarnya yang menggerakkan dan mengendali setiap pergerakan
alam cakrawala yang sangat hebat dan luas ini, yang dipenuhi dengan bulan, bintang dan matahari, di
langit, di bumi dan dalam lautan malah dalam perut manusia? Bagaimana mungkin seorang manusia
boleh hidup yang kita salah seorang darinya pernah berada dalam perut ibu yang kemudiannya
dikeluarkan ke dunia ini dengan penuh kesempurnaan dan rezeki yang tidak putus-putus? Anda juga
mendapati adanya hubungan secara rapi antara makhluk di langit, di bumi, di laut dan di dalam perut
ibu sehingga kehidupan ini berjalan dengan penuh sempurna dan indah. .
Kita telah berbincang dengan mendalam pada bab sebelum ini bahawa secara fitrahnya manusia tidak
akan menolak hakikat kewujudan tuhan yang mencipta dan mengendali alam ini. Namun, kita juga
bersetuju fitrah meyakini Tuhan yang Maha Mencipta tidak mampu mencapai penemuan bahawa Tuhan
sebenar yang mencipta alam ini ialah Allah SWT kecuali menerusi pengkhabaran wahyu. Fitrah dan
akal sangat terbatas untuk membongkar hakikat kebenaran dan kehidupan ini.
Pemikiran yang waras juga mampu untuk berfikir bahawa sekiranya kapal terbang tadi diyakini hanya
ada seorang pemandu sahaja, adalah mungkin alam yang luas tidak bertepi ini boleh dikendalikan oleh
Tuhan yang lebih dari satu. Alam yang tersusun indah dan berjalan saling berkaitan antara satu sama
lain mengikut satu peraturan ini sudah pasti dicipta oleh pencipta yang Maha Esa dan Maha Bijaksana
dan Maha Perkasa, Pencipta yang juga Maha Pengatur, Maha Pengawal

Tahukah anda keyakinan itu merupakan sebuah keimanan iaitu keimanan kepada Tuhan
yang Esa yang dituntut dalam mengimani Allah SWT sebagai Tuhan. Tuntutan ini disebut sebagai
Tauhid yang menjadi pusat keimanan kepada Allah SWT dan kemuncak kepada seluruh keimanan
dalam rukun iman. Tauhid merupakan ruh kepada keimanan kepada malaikat, keimanan kepada Rasul
dan Kitab, keimanan kepada hari Akhirat dan keimanan kepada Qada dan Qadar. Sekiranya keimanan
kepada 6 perkara ini tidak diasaskan dengan tauhid, segala keimanan lainnya tidak ada nilainya dan
segala amal kebajikan yang dilakukan oleh umat manusia itu juga tertolak.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 45

ISI KANDUNGAN
3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya?
3.2 Perbezaan Mentaudhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai Ilah.
3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid.
3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-Nama Indah Dan Sifat Kesempurnaan.

3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya?

(a)

(b)

(c)

Rajah 3.3

Tauhid adalah prinsip paling asas dan utama yang ditekankan dalam ilmu Aqidah. Semudah
angka 1 yang dimulakan dalam mempelajari ilmu Matematik sebagaimana rajah di atas. Di dalam
susunan angka, 1 adalah angka pertama dalam senarai angka yang bersifat infiniti. Tanpa angka 1,
formula Matematik tidak akan bermula. Angka sifar hanya sebagai penanda aras bahawa tidak ada
angka lain sebelum 1 dan kekal sedia ada angka 1 untuk menjadi sebab musabab segala proses
pengiraan objek.

usteru, wujudnya alam dan seluruh makhluk ini menjadi indikator kepada kewujudan Allah SWT
yang Maha Esa, Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi
oleh akal yang waras menerusi setiap kejadian makhluk dan peristiwa yang berlaku yang di luar
kudrat dan iradah manusia. Angka 1 mengajar umat Islam bahawa Allah SWT itu Esa. Allah SWT
menjelaskan tentang zat dan sifatnya secara jelas di dalam al-Quran menerusi surah al-Ikhlas ayat 1
hingga 4.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 46



Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia
tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya". (Surah al-Ikhlas: 1-4)

Daripada analogi yang dibentangkan di atas tadi sudah pasti anda sudah dapat memahami maksud
tauhid yang menjadi asas kepada keimanan kepada Allah SWT yang merupakan rukun Iman yang
pertama.

3.2 Perbezaan Mentauhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai
Ilah
Untuk lebih mendalami ilmu ini, mari kita teliti pandangan para ulama berkaitan tauhid.
Perkataan tauhid berasal daripada Bahasa Arab iaitu , , , , (Wahhada, Yuwahhidu
Tauhidan) ertinya mengEsakan. Angka 1 disebut wahid. Maka, tauhid dari sudut bahasanya ialah
menjadikan ia satu sahaja atau menjadikan sesuatu itu Esa. Kemudiannya para ulama menggunakan
istilah Tauhid dalam ilmu aqidah dengan maksud mengesakan Allah SWT sebagai rabb dan ilah,
menjadikan hanya Allah SWT sebagai ilah. Justeru, manusia yang mentauhidkan Allah SWT
melafazkan kalimah La Ilaha illallah yang dinyatakan sebagai kalimah tauhid.

Menurut bahasa Melayu, Tuhan adalah suatu kuasa yang hebat yang menjadi pelindung dan penjaga
seluruh alam ini. Manakala dalam bahasa Arab Tuhan itu
diertikan sebagai RABB dan ILAH dalam pelbagai pengertian
selain bermaksud TUHAN. Perkataan ini disebut oleh Allah
SWT di dalam al-Quran menerusi sekian banyak ayat. AlMaududi telah mengumpulkan ayat-ayat ini untuk kita lebih
memahami maksud Rabb dan ilah yang sebenar berpandukan
kepada wahyu dengan merujuk kepada buku yang bertajuk 4
istilah di dalam al-Quran.
Rajah 3.4

I m a n D a n K e h i d u p a n | 47

Mari kita lihat beberapa ayat yang terkandung perkataan Rabb yang sering kita baca setiap hari.

Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (Surah Al-Fatihah: 2-4)
1. Apakah yang dimaksudkan Tuhan Sekelian Alam di dalam surah al-Fatihah ayat 2 di atas?

Maksudnya: Katakanlah (Wahai


Muhammad): "Aku berlindung kepada
(Allah) Pemulihara sekalian manusia
(Surah an-Nas: 1)

Maksudnya: Katakanlah (Wahai


Muhammad) "Aku berlindung kepada
(Allah) Tuhan Yang menciptakan
sekalian makhluk (Surah al-Falaq: 1)

2. Apakah pula yang boleh anda fahami maksud Rabb di dalan surah al-Nass dan al-Falaq ini?

Maksudnya: Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah


(Kaabah) ini, Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari
kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan (Surah Quraisy: 3-4)
3. Bagaimana pula kefahaman anda tentang perkataan Rabb yang terdapat dalam surah Quraisy ini?

I m a n D a n K e h i d u p a n | 48

Anda diminta merujuk kitab tafsir al-Quran untuk membincangkan makna Rabb yang terkandung di
dalam ayat-ayat di bawah:
1- Al-Naba ayat 37
2- Al-Najm ayat 49
Al-Jathiyah ayat 36
3- Ghafir ayat 64
4- as-Sajdah ayat 22

Sila bincangkan penghayatan mukmin yang menjadikan Allah SWT sebagai Rabb berdasarkan
pengertian yang dijelaskan tentang Rabb sebagaimana rajah di bawah.

PENCIPTA
PENJAGA /
PENGAWAL

PENGUASA

ALLAH
SAHAJA
RABB

PEMBERI
REZEKI

PENGATUR /
PENGENDALI

PELINDUNG

Rajah 3.5

PEMILIHARA

I m a n D a n K e h i d u p a n | 49

Rajah 3.6

Pernahkah anda terfikir atau


bertanya Mengapakah seorang muslim itu
semestinya melafazkan kalimah syahadah
yang mengandungi perkataan Ilah? Pernahkah
anda menggantikan perkataan ilah itu dengan
perkataan rabb sahaja La Rabb IllalLah
kerana pada zahirnya rabb dan ilah itu sama
sahaja maknanya iaitu tuhan. Kita juga selalu
menterjemah makna kalimah tauhid dengan
makna Tidak ada tuhan melainkan Allah.

Untuk mencari jawapan terhadap


persoalan di atas, anda perlu memahami
terlebih dahulu apa pula yang dimaksudkan
dengan ILAH. Walaupun dalam bahasa Melayu ILAH juga diertikan sebagai TUHAN akan tetapi alQuran telah memberikan panduan kepada umat Islam bahawa perkataan ILAH bukan sahaja bererti
TUHAN semata-mata sebagaimana makna RABB. Penggunaan ILAH dalam kalimah tauhid dan
syahadah sudah pasti membezakan makna RABB dan ILAH.

Di dalam buku al-Maududi juga, beliau ada mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang
mengandungi perkataan Ilah. Bolehkah anda meneliti ayat-ayat yang berkaitan untuk dikongsikan di
sini? Ya, antaranya terdapat dalam surah al-Furqan ayat 43:

Maksudnya: Adakah kamu lihat (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan
hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang
menjaganya jangan sesat? (Surah al-Furqan : 43)

Sudah pasti anda merasa terkejut bagaimana adanya manusia yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Ilah. Pada kebiasaannya hawa nafsu manusia mendorong kepada kejahatan dan mengikut
syaitan. Ini bermakna manusia yang diikuti dorongan nafsu syahwatnya telah menjadikan nafsunya
sebagai Ilah dalam erti kata nafsunya menjadi tuhan yang ditaati dan dipuja.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 50

Oleh itu, dapatlah difahami secara mudah bahawa antara maksud ILAH ialah sesuatu yang ditaati dan
dipuja sehingga akhirnya nafsu itu berstatus TUHAN yang diutamakan oleh manusia. Dalam kamus
Arab, Al-Ilah adalah al-Maluh wa Al-Mabud bihaqqin iaitu yang dicintai, ditaati dan berhak diibadati
kerana ia memiliki segala sifat kesempurnaan. Kesimpulannya, Dia berhak mendapat kekhususan
puncak cinta dan puncak ketundukan.
Rajah di bawah adalah himpunan pengertian ILAH yang berpandukan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu,
sudah tentu anda telah menemui jawapan tentang perbezaan antara RABB dan ILAH. Seterusnya
mengakui bahawa golongan yang beriman selayaknya melafazkan ikrar syahadah dan kalimah tauhid
dengan menggunakan perkataan ILAH sahaja bukan RABB.

YANG
DISEMBAH
YANG DIMINTA
SEGALA REZKI

YANG
DIJADIKAN
SUMBER
PERATURAN
HIDUP

YANG DITAATI

HANYA
ALLAH
SAHAJA
ILAH

YANG
DISERAHKAN
SEGALA
URUSAN

YANG
DICINTAI

YANG DIMINTA
PERTOLONGN
YANG
DIHARAPKAN
PERLINDUNGN

Rajah 3.7

I m a n D a n K e h i d u p a n | 51

Mari kita teruskan penelitian terhadap beberapa lagi ayat al-Quran yang terkandung
makna ILAH agar kefahaman kita tentang maksud ILAH menurut rajah di atas lebih jelas.
1. Apakah yang dimaksudkan ILAH dalam surah al-Nas ayat 3 :

Maksdunya: "Tuhan Yang berhak disembah oleh


sekalian manusia..
2. Apakah pula makna ILAH dalam surah al-Mukminun ayat 32 di bawah ini.

Maksudnya: Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka
(dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak
ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa
kepadaNya?"

3. Di dalam surah Fatir ayat 3 pula, apakah pula maksud ILAH?



Maksudnya: Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah


dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu
selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada
Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?

Setelah meneliti contoh-contoh ayat yang mengandungi perkataan RABB dan ILAH, dapatkan anda
menemui perbezaan antara penggunaan RABB dan ILAH? Sudahkah anda memahami hanya
perkataan ILAH sahaja selayaknya digunapakai dalam kalimah Tauhid dan setiap syahadah? Ya,
secara mudahnya perkataan ILAH bermakna al-Maluh dan al-Mabud iaitu Yang diberikan
pengabdian dan ditaati. Perkataan RABB tidak boleh digunakan dalam kalimah tauhid dan syahadah

I m a n D a n K e h i d u p a n | 52

disebabkan makna RABB hanya menuntut perakuan terhadap tuhan yang mencipta dan berkuasa.
Berbanding pengertian ILAH yang menuntut tindakan di sebalik perakuan iaitu menjadikan Allah SWT
sebagai sembahan dan tumpuan ketaatan dalam seluruh amalan dalam bentuk pengibadatan.
Berdasarkan pengertian dan perbezaan perkataan RABB dan ILAH, setiap muslim dituntut bukan
sahaja menjadikan Allah SWT sebagai Rabb semata-mata. Seorang muslim itu tidak lagi dikira Iman
dan Islamnya hanya mengakui Allah SWT sebagai RABB semata-mata. Ini disebabkan keyakinan Allah
SWT sebagai Rabb merupakan keyakinan universal yang diterima oleh akal manusia yang waras
menerusi penelitian dan kajian-kajian ilmiah yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Namun,
seorang muslim itu digolongkan sebagai muslim dan mukmin hanya setelah memperakui hanya Allah
SWT sebagai Rabb, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berkuasa, Memberi Perlindungan dan Mengatur
seluruh perjalanan alam ini dan menyusul tindakan yang berupa Itiqad, perkataan dan perbuatan
memperakui hanya Allah SWT sebagai ILAH. Muslim mukmin meletakkan hanya Allah SWT Ilah yang
mesti ditaati, dibadati, yang dicintai, yang dijadikan matlamat hidup, yang dijadikan sumber segala
peraturan cara hidup dan pemikiran.

3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid


Bagi menjelaskan lagi secara mendalam tentang erti mengimani Allah SWT dengan mentauhidkan-Nya.
Imam Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab telah memformalisasikan Tauhid kepada 3
bentuk selaras dengan pengertian yang terkandung dalam perkataan Rabb dan Ilah. Anda juga
menemui formula ini diterima oleh para ulama kontemporari seperti Sheikh Yusuf al-Qardhawi , Seikh
Muhammad al-Ghazali, Sheikh Muhammad Naim Yasin dan lain-lain dengan membahagikan Tauhid
kepada 3 bentuk yang saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan iaitu :

Tauhid
.
Rububiyyah

Tauhid. Asma
Wa Sifat
TAUHID

Tauhid
Uluhiyyah
.
Rajah 3.8

I m a n D a n K e h i d u p a n | 53

Sebelum anda meneruskan tugasan anda, mari kita teliti perbincangan para ulama
tentang jenis-jenis tauhid ini secara ringkas.
Keyakinan dalam bentuk Tauhid Rububiyyah ini dimiliki
secara fitrahnya di dalam jiwa manusia dan menjadi
asas kepada jenis-jenis tauhid yang lain.
Manifestasi Tauhid Rububiyyah di dalam al-Quran
dapat dilihat dalam bentuk pujian (surah al-Fatihah ayat
2), penyerahan (surah al-Anam ayat 71) dan perakuan
(al-Araf ayat 54) dan ibadah (surah al-Baqarah ayat
21-22)

1- Tauhid Rububiyyah
Beritiqad bahawa hanya Allah
SWT sahaja sebagai Rabb bersifat
Esa, Pencipta, Pemilik, Penguasa,
Pemelihara dan Tuan sekelian alam
secara mutlak. Beritikad dengan
jelas dan tegas bahawa Allah SWT
adalah Rabb atau Tuanpunya bagi
segala sesuatu tidak ada Rabb
selain-Nya.

Dalam hal mengimani Allah SWT di sudut rububiyyah


ini, terdapat golongan yang mengakui rububiyyah Allah
SWT (mengakui Allah SWT sebagai Rabb) tetapi turut
meyakini adanya tuhan atau makhluk lain yang dikongsi
kuasa dengan Allah SWT sebagai Rabb. Terdapat pula
golongan yang tersasar dalam menghayati Tauhid Rububiyyah Allah SWT ini dengan menjadikan
makhluk-makhluk sebagai perantaraan untuk berhubung dengan Allah SWT. Kedua hal keadaan ini
bertentangan sama sekali dengan hakikat keimanan dan tidak dapat diterima sebagai Tauhid
Rububiyyah Allah SWT tetapi tergolong dalam mensyirikkan Allah SWT sebagai Rabb iaitu keimanan
yang ditolak.
Tauhid Rububiyyah ini pada hakikatnya masih
memerlukan keyakinan yang lebih khusus iaitu
kepada Tauhid Uluhiyyah kerana ramai manusia yang
mengakui rububiyyah Allah SWT tetapi dalam masa
yang sama tidak meyakini Uluhiyyah Allah SWT.
Keyakinan di sudut rububiyyah Allah SWT
sahaja tidak diterima dan tidak menjadikan
seorang itu beriman kepada Allah SWT.

Rajah 3.9

I m a n D a n K e h i d u p a n | 54

2- Tauhid Uluhiyyah
Beriktikad dengan jazam bahawa
hanya Allah SWT sahaja Ilah iaitu
Tuhan yang sebenar, tiada
Tuhan selain-Nya dan Dialah
Tuhan yang mesti diEsakan
dalam beribadah,yang mesti
ditaati, diletakkan sepenuh
kecintaan dan dijadikan matlamat
dalam hidup dan menjadi sumber
peraturan.
Rajah 3.10
Tauhid Uluhiyyah ini merangkumi ikrar (pengakuan) akan Rububiyyah Allah SWT dan beriman kepada Asma
dan Sifat-sifat-Nya.
Unsur utama dalam mengaplikasikan Tauhid Uluhiyyah ini ialah ikhlas kepada Allah SWT pada lahir dan batin,
dalam erti kata segala kegiatan ibadah dan amalan harian tidak dikerjakan untuk selain dari Allah SWT dengan
rasa cinta, takut, harapan doa, tawakkal, taat, patuh, dan tunduk, dan merendah diri hanya kepada Allah SWT
sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 5:

Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah


Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid;
dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah Agama yang benar (Surah al-Bayyinah : 5)

I m a n D a n K e h i d u p a n | 55

Tauhid ini menjadi tujuan Allah SWT menciptakan jin dan manusia iaitu agar jin dan manusia
mengabdikan diri hanya kepada-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah az-Zariyat ayat 56 dan 57:

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali
menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi makan kepadaKu (Surah az-Zariyat : 56-57)

Tauhid ini juga menjadikan para nabi yang diutuskan dan kitab yang diturunkan adalah sebagai
membimbing manusia mengimani tuhannya yang sebenar dalam bentuk pengabdian yang
bersandarkan syara dan menjadi mesej dakwah para nabi dan disempurnakan oleh Nabi SAW
sehingga mereka dimusuhi dan ada yang dibunuh oleh kaumnya lantaran tauhid ini menggugat
kekuasaan dan kedudukan golongan yang menghambakan diri sesama manusia dan memperalatkan
agama untuk kepentingan diri sendiri. Dan kerana tauhid ini juga Allah SWT menciptakan syurga untuk
mereka yang menganutnya (tauhid uluhiyyah) dan menciptakan neraka bagi mereka yang
meninggalkannya.
Tauhid Uluhuyyah ini menjadi hakikat kepada ajaran Islam itu sendiri yang membezakan dengan
agama-agama yang lain. Tauhid Uluhiyyah pada hakikatnya mengandungi Tauhid Rububiyyah dan
Tauhid Asma dan Sifat. (Dr. Muhammad AW.Al-Aqil: 228), Sebaliknya Tauhid Rububiyyah tidak
mengandungi Tauhid Uluhiyyah kerana kadang-kadang seseorang itu mengaku Rububiyyah Allah SWT
tetapi tidak beribadah kepada Allah SWT sebagaimana yang disyariatkan-Nya.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 56

3- Tauhid Asma wa Sifat


Beritiqad dengan jazam bahawa Allah
SWT sahaja yang memilik nama-nama
yang indah yang disebut di dalam alQuran dan Hadith sebagai al-Asma alHusna i dan hanya Allah sahaja yang
memiliki sifat-sifat yang penuh
kesempurnaaan (sifat kamalat)

Rajah 3.11
Asma ialah al-Asma al-Husna iaitu 99 nama (asma) Allah SWT yang dinyatakan di dalam al-Quran dan
Hadith. Ia adalah nama-nama Allah SWT yang baik dan agung sesuai dengan zat-Nya sebagai Rabb
dan Ilah yang mutlak. Firman Allah SWT dalam surah Thaa-Haa ayat 8:


Maksudnya: Dialah Allah SWT, tidak ada Tuhan/Ilah (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul
husna (nama-nama yang baik). (Surah Thaa-Haa : 8)

Sifat pula bermaksud sifat kamalat yang menjelaskan kesempurnaan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah.
Menurut pegangan ahli sunnah wal Jamaah, Allah SWT bersifat dengan 20 sifat wajib dan 1 sifat harus
yang kamalat yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

Istighna' yang bermaksud Kaya Allah SWT daripada sekalian yang lain daripadaNya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah SWT tidak
mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri
bagi zat-Nya. Sifat wajib Allah SWT yang digolongkan dalam kategori ini ialah Sifat
Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih, Sama', Basar,
Kalam, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mutakalliman.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 57

Iftiqar yang bermaksud Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah SWT iaitu
yang lain berkehendakkan daripada Allah SWT untuk menjadikan dan menentukan
mereka dengan perkara yang harus. Sifat yang tergolong dalam kategori ini ialah Sifat
Wahdaniat, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu
Hayyan.

3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-nama Indah dan Sifat
Kesempurnaan.
3 asas yang menjadi pegangan dalam mentauhidkan Allah SWT yang memiliki asma wa sifat ini ialah :
i. Menyucikan Allah Azza wajalla dari menyerupai makhluk dan dari mana-mana sifat
kekurangan.
ii. Beriman dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang sabit di dalam alQuran al-Karim dan hadith tanpa mengurang, mengubah dan mentaktilkan
(menafikannya makna setengah sifat Allah SWT)
iii. Membuang segala perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat Allah SWT
sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith dengan pelbagai tafsiran
dan gambaran.
Empat perkara yang perlu dijauhi dalam menanamkan tauhid asma wa sifat ini iaitu :
a. Tasbih iaitu menyerupai sifat-sifat Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk seperti orangorang Nasara menyerupakan Isa Bin Maryam dengan Allah SWT, orang-orang Yahudi
menyerupakan Uzair dengan Allah SWT, orang-orang musyrikin menyerupakan
berhala-berhala mereka dengan Allah SWT dan seperti segolongan manusia lain .
b. Tahrif iaitu menukar atau mengganti nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat dengan
sempurna dan menambah atau mengurang atau mengubah baris ikrab seperti
membaca ayat suci Al-Quran dengan menasabkan kalimah Allah yang memberi erti.
c. Takyif iaitu menentukan kaifiyat sifat-sifat Allah SWT dan menetapkan hakikatnya.
Cara mengambil sifat-sifat dan namanama Allah SWT yang tersebut di dalam alQuran dan al-Hadis mengikut maknanya yang zahir tanpa tasbih, taktil dan takyif itu
adalah sebagaimana ulamaulama dahulu seperti dari para sahabat r.hum, tabiin dan
tabi tabiin.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 58

d. Taktil iaitu menafikan sifat-sifat Uluhiyyah Allah SWT dan mengingkari adanya sifat itu
pada Allah SWT seperti menafikan sifat-sifat sempurna dari Allah SWT, dalalm erti kata
mengingkari nama-namanya dan sifat-sifatnya, menafikan hubungan manusia dengan
Allah SWT dalam erti kata mengingkari beribadat kepadanya dan menafikan sesuatu
yang dibuat dari pembuat-Nya seperti orang berkata : segala makhluk ini qadim, Allah
SWT tidak mengada dan menciptanya.
Kedudukan tauhid Asma wa Sifat dalam tauhid sebagai pelengkap dan sangat penting untuk
mengelakkan seseorang muslim itu tidak menyeleweng dan tersesat dalam mentauhidkan Allah SWT
sebagai Rabb dan Ilah..

Mari bincangkan salah faham yang berlaku dikalangan umat Islam dalam mentauhidkan Allah
SWT sebagai Rabb dan Ilah dan tuhan yang memiliki Asma wa Sifat.

RUMUSAN
Keseluruhan ajaran Islam adalah berasaskan kepada tauhid dan keseluruhan kandungan al-Quran juga
hanya berkisar tentang tauhid. Setiap orang yang mengakui dirinya sebagai muslim yang mengaku
beriman kepada Allah SWT wajib beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid ini serentak tanpa
mengasingkan di antara satu sama lain. Keimanan kepada rubbubiyyah Allah SWT semata tidak akan
menjadikan seseorang itu mentaati perintah Allah SWT iaitu dalam erti kata hanya mengakui Allah SWT
sebagai Rabb tetapi menolak kedudukan Allah SWT sebagai matlamatmnya dalam kehidupan.
Manakala Tauhid Uluhiyyah pula merangkumi Tauhid Rabubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat kerana
Allah SWT yang diyakini sebagai Ilah semestinya Rabb dan turut mengandungi makna kesempurnaan
pada nama-Nya dan Sifat-Nya.

I m a n D a n K e h i d u p a n | 59

PETA KONSEP TAUHID


Pengakuan
Pujian
Penyerahan

Rububiyyah
Uluhiyyah

Ibadah
Ikhlas
badah

Asma wa Sifat

Raja
Khauf
Tidak Tasybih
Tidak Tahrif
Tidak Takyif
Tidak Tatil

KATA KUNCI
1.Tauhid

6. Kauniyyah

2. Syirik

7. Rububiyyah

3. Rabb

8. Uluhiyyah

4. Ilah

9. Khauf dan Raja

5. Asma wa Sifat

10.Tasybih

I m a n D a n K e h i d u p a n | 60

PENILAIAN KENDIRI
1. Bagaimankan kedudukan tauhid dalam mengimani Allah SWT?
2. Mengapakah keimanan kepada Allah SWT sebagai rabb atau tauhid rububiyyah masih belum
menyebabkan seorang itu diterima sebagai muslim dan mukmin?
3. Nyatakan 3 contoh amalan mukmin yang mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb, Ilah dan
memiliki nama-nama indah dan sifat-sifat sempurna.
4. Apakah keistimewaan Tauhid Uluhiyyah?
5. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang disebut sebagai mutasyabihat dalam menyatakan sifat-sifat
Allah SWT. Kemukakan 3 contoh ayat tersebut dan bagaimana anda mengimani ayat tersebut
dalam kerangka tauhid asma wa sifat.

Anda mungkin juga menyukai