Anda di halaman 1dari 3

Cara membuat huraian untuk Bahagian A dan B

serta menulis contoh


CARA MENGHURAIKAN IDEA UTAMA SECARA DEDUKTIF DAN INDUKTIF Bahagian A.

ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

CONTOH/

(ISI UTAMA)

(CARA)

(SEBAB)

PERIBAHASA

Ibu bapa hendaklah


mendidik
anak-anak
tentang faedah berjimat
cermat

Ibu
bapa
perlu
memberikan penjelasan
tentang
kebaikan
berjimat cermat dan
keburukan amalan boros

Anak-anak
seharusnya
mendapat kesedaran apabila
mengamalkan amalan yang
selalunya ditegah oleh Allah
s.w.t

Ibarat melentur buluh biarlah


dari rebungnya.

DEDUKTIF : (susunan biasa)

Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang kemaslahatan berjimat cermat dalam menyokong
usaha kerajaan untuk memupuk etos berjimat cermat. Pendek kata, ibu bapa perlu memberikan
penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros. Tambah lagi, anak-anak
akan mendapat kesedaran apabila mengamalkan amalan yang selalunya ditegah oleh Allah
s.w.t. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(isi utama + huraian 1 + huraian 2 + contoh/peribahasa)

INDUKTIF : (susunan terbalik)

Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini menyentuh anak-anak perlu mendapat
kesedaran daripada ibu bapa apabila mengamalkan amalan boros yang selalunya ditegah oleh Allah
s.w.t. Pendek kata, ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan
keburukan amalan boros. Maka, seeloknya, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang faedah
berjimat cermat dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk budaya berjimat cermat.

(contoh/peribahasa + huraian + huraian + isi utama)

CARA MENGHURAIKAN IDEA UTAMA SECARA DEDUKTIF Bahagian B.

TAJUK : KESAN trend mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

PERKARA

HURAIAN

APA (ISI UTAMA)

Seterusnya, gaya hidup yang dipamerkan sekarang banyak mementingkan


budaya bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Menggunakan peribahasa

BAGAIMANA (CARA situasi itu


berlaku)

Budaya hidup masyarakat kompak mula terhakis sedikit demi sedikit apabila
remaja kini tidak lagi gemar melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
berbanding dengan aktiviti hiburan yang sering menjadi tumpuan mereka.

MENGAPA (SEBAB perkara itu


berlaku hingga membawa kesan)

Majoriti remaja lebih suka akan keseronokan dan keghairahan dalam kegelapan
malam tanpa mempedulikan norma-norma ketimuran.

MENGAPA (SEBAB perkara itu


berlaku hingga membawa kesan)

Dalam fikiran mereka, itu adalah trend kehidupan moden sehingga gaya hidup
ini melahirkan masyarakat yang hidung tinggi.

MENGAPA (SEBAB perkara itu


berlaku hingga membawa kesan)

Tambah lagi, etos ini tidak perlu memikirkan masalah orang lain yang
senantiasa mengharapkan simpati, empati dan tanggapan mereka lebih baik
berkurung di dalam rumah sahaja.

PERIBAHASA/

Memetik kata-kata seorang pujangga, janganlah kita mementingkan diri sendiri


kerana kehidupan kita ini ibarat putaran roda, kadangkala itulah yang akan
mendatangkan satu kerugian dalam kehidupan ini.

cogankata/pendapat
kata

tokoh/mutiara

CONTOH

Pendek kata, kepesatan pembinaan pusat-pusat hiburan misalnya KL Disco,


Blue Pub dan sebagainya menjadi faktor pendorong remaja leka dengan nilai
tradisi dan budaya mereka yang sebenarnya.

AYAT PENEGASAN

Tegasnya, sikap mementingkan diri sendiri melahirkan manusia persis haiwan


robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa.

CARA MENGAMBIL CONTOH/BUKTI BAGI SETIAP HURAIAN

BIL

HURAIAN TENTANG ISI UTAMA

SUMBER UNTUK MENDAPATKAN CONTOH

berkaitan dengan masalah rojak

dialog dalam drama televisyen atau filem, dialog juruhebah


radio, tv, papan iklan, bahasa internet, sms, bahasa slanga yang
digunakan oleh remaja.

Mengenal pasti bakat muda yang boleh


diketengahkan supaya dapat ditingkatkan
bakatnya menjadi seorang ahli sukan yang
berjaya.

Pelajar terlibat dalam kejohanan sukan ragbi, bola sepak, bola


tampar di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun
kebangsaan.

Muzik yang berunsur negatif dan ganas haruslah


disingkirkan dan muzik berunsur positif perlu
diserap di dalam jiwa remaja.

Muzik aliran heavy mental, rap, hip hop dan trash


hendaklah diharamkan kerana mampu merosakkan akidah dan
akhlak remaja.

Data, statistik, petikan berita, majalah, pendapat tokoh dan


sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai