Anda di halaman 1dari 16

PENDAHULUAN

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini berubah dan kebanjiran resipi,


restoran makanan segera dan gajet yang memudahkan hidup manusia
menyebabkan pergerakan dan tenaga digunakan pada tahap yang sangat
maksimum. Ini menyebabkan rakyat malaysa sedari umur kanak-kanak
berhadapan dengan risiko kegemukan, yang mana menjadi punca kepada
ratusan penyakit yang boleh membunuh. Kecergasan yang optimum boleh
membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih
dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang
perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan
bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.
Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap
kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan
dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya
hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai

kesejahteraan

diri

serta

memberi

sumbangan

terhadap

keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

a)

INDEKS JISIM BADAN

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan
formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian
seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi
badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat
badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciriciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan
pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam
meter (m):
BMI =
berat(kg)
-----------------------------tinggi(m) x tinggi(m)
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta BMI bagi
menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu
kurus.
PROSEDUR TADBIRAN UJIAN INDEK JISIM BADAN (IJB/BMI)
Sebagai panduan ringkas kepada guru dan juga murid untuk melihat dan
mengkaji indeks jisim badan (IJB) atau body mass index (BMI), saya
cadangkan satu prosedur ringkas dalam mengukur dan mencatat BMI
murid seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang seterusnya supaya
murid yang sihat akan kekal sihat dan mampu merawat permasalahan
murid yang mengalami obesiti.
Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
2

Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan
bermula.
Prosedur:
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan
mengukur ketinggian dalam meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Badan = Berat badan
(kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.
Jadual bagi Lelaki
Umur

Kurang

(Tahun)

berat

<14.0

Normal

14.0 - 18.6

Berisiko

Berat

Berat

berlebihan

Berlebihan
>18.6 -

>21.0

21.0
3

10

<14.2

14.2 - 19.4

>19.4 -

>22.2

11

<14.6

14.6 - 20.2

22.2
>20.2 -

>23.2

12

<15.0

15.0 - 21.0

23.2
>21.0 -

>24.2

15.4 - 21.8

24.2
>21.8 -

>25.2

16.0 - 22.6

25.2
>22.6 -

>26.0

16.6 - 23.4

26.0
>23.4 -

>26.8

17.2 - 24.2

26.8
>24.2 -

>27.6

17.8 - 24.8

27.6
>24.8 -

>28.2

13
14
15
16
17

<15.4
<16.0
<16.6
<17.2
<17.8

28.2

Jadual bagi Perempuan


Umur

Kurang

(Tahun)
9
10
11

Berisiko

Berat

berat

Berat

berlebihan

<14.8

14.8 - 19.2

Berlebihan
>19.2 -

>21.8

14.0 - 19.9

21.8
>19.9 -

>22.9

14.4 - 20.8

22.9
>20.8 -

>24.0
>25.2

<14.0
<14.4

Normal

12

<14.8

14.8 - 21.6

24.0
>21.6 -

13

<15.3

15.3 - 22.5

25.2
>22.5 -

>26.2

14

<15.8

15.8 - 23.2

26.2
>23.2 -

>27.2

15

<16.3

16.3 - 24.0

27.2
>24.0 -

>28.0

28.0
4

16

<16.8

16.8 - 24.5

>24.5 -

>28.8

17

<17.3

17.3 - 25.2

28.8
>25.2 -

>29.6

29.6
Dua jadual di atas adalah panduan untuk melihat skor dan indeks
jisim badan bagi murid lelaki dan murid perempuan. Sebagai contohnya
saya telah melakukan pengukuran untuk 10 orang murid tahun 3 di
sekolah saya. Seramai 3 lelaki dan 7 perempuan yang saya pilih secara
rawak dengan bantuan guru kelas mereka dan keputusan indeks adalah
seperti berikut.
INDEK JISIM BADAN TAHUN 3
BI
L

NAMA MURID

KELAS

UMUR
(TAHUN

BE

1 MAJAD SUFI BIN MOHD SYAHIR

3 BIJAKSANA

2 ADRIANA AMIRAH BINTI SAIFUL AMIR

3 BIJAKSANA

3 TENGKU ALYSSA AMANDA BINTI TG ARIF ZULKAR

3 KREATIF

4 DANIA NUR KHADEEJA BINTI GHAZALI

3 BIJAKSANA

5 NUR ADRIANNA ADLI BINTI JASLI

3 BIJAKSANA

6 MUHAMMAD AMIRUL DANISH BIN AHMAD ZAMRUN

3 JUARA

7 ZOFEA AISYA BINTI MOHD ZAWAWI


MOHAMMAD SHAZZWAN ISMAIL BIN SEHU SIDIQUE

3 JUARA

8 AHAMED

3 JUARA

9 NURAISYAH SUFFIYAH BINTI MOHD AZLEE

3 KREATIF

3 JUARA

10 QASIH NURFARISYA BALQIS BINTI DOSTI

b)

SARANAN UNTUK BERAT BADAN UNGGUL

Hasil ujian dan pengukuran yang dijalankan ke atas 10 orang murid


tersebut. Ia menunjukkan bahawa 1 atau 10 peratus daripadanya tidak
mempunyai berat badan yang ideal, manakala 20 peratus murid
mengalami gejala obesiti dan 30 peratus pula mengalami berat badan
yang berlebihan, hanya 40 peratus dari murid yang diukur mempunyai
berat badan yang normal.
Sehubungan dengan itu, saya lebih suka untuk menumpukan
perhatian kepada murid yang mengalami obesiti dahulu, saya akan cuba
untuk memberikan saranan untuk mengurangkan berat badan murid ini
ke berat badan yang unggul atau ideal.
Saya juga di dalam perbincangan ini akan memberi panduan kepada
murid yang mempunyai berat badan normal supaya mereka dapat
mengekalkan berat badan yang ideal.
Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna
kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti
menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan
tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak
dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang
terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka.
Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah
diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei
menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang
tertinggi di Asia.
Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup
yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan
makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada
masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh
menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk
mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah
makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain
seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak
6

untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus,


membakar atau merebus. Ini mungkin bukan salah murid itu sendiri tetapi
didikan dan masakan daripada ibu bapa yang menyebabkan murid ini
mengalami berat badan yang berlebihan.
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga
menjadi

punca

berlakunya

masalah

obesiti.

Apabila

kita

terlalu

memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan


senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan
kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti
melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30
minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas
atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang,
atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.
Di

samping

itu,

peningkatan

restoran

makanan

segera

dan

penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca
obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan
Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja
kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan
selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran
makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa
pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak
berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.
Kesimpulannya,

masalah

obesiti

hendaklah

diatasi

untuk

mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang


berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat
dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan
lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara
mudah

untuk

dilakukan.

Usaha

ini

memerlukan

kesabaran

dan

kesungguhan.
Seperti yang saya jelaskan di atas iaitu mengenai punca utama
obesiti, maka beberapa langkah pencegahan atau langkah memulakan
gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh murid sama ada yang mengalami

masalah kegemukan atau yang mempunyai berat badan yang ideal


supaya mereka akan terus sihat.
Menjaga berat badan tidak sukar, dengan syarat anda haruslah menunjukkan disiplin
sedikit, keazaman dan penjagaan. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang 10 cara
mudah yang anda boleh anda cuba untuk mengekalkan berat badan anda! :)
1. Kurangkan pengambilan gula
Jika anda peminat makanan manis, nampaknya anda harus berubah. Cuba elakkan mengambil
pemanis mulut selain buah selepas makan. Gula hanya menambah kalori dalam tubuh badan
anda saja.
2. Jangan makan sambil menonton TV
Pada masa ini terutama jika di hari cuti sekolah, banyak rancangan-rancangan yang menarik
yang tentunya menarik minat murid untuk seharian berada di hadapan kaca televisyen.
Elakkan makan popcorn, coklat dan snek lain semasa menonton TV. Anda akan sentiasa
mengambil makanan lebih apabila anda sedap mengunyah sambil menonton program
kegemaran anda / filem.

3. Kekalkan jurnal makanan anda


Ibu bapa perlu mengawal tabiat pemakanan anak mereka, jika perlu ibu bapa mestilah
menyediakan jurnal makanan supaya anak kita akan sentiasa berwaspada dan dapat
mengambil makanan secara seimbang dan menjadi sedar mengenai pengambilan kalori. Oleh
itu, anda boleh mengawal pengambilan anak anda dengan berkesan dengan menulis jurnal
pemakanan.

4. Jangan berlapar terlalu lama


Jika anda suka berlapar dalam tempoh yang panjang ( selain berpuasa ), ia akan memberi
impak yang buruk. Anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak. Jadi makan pada masa
yang betul dan dalam bahagian yang sesuai.

5. Minum banyak air


Air adalah yang alat terbaik apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan. Jadi menjaga
diri daripada terhidrat dengan minum air yang banyak.

6. Kurangkan pengambilan jus dan smoothie.


Jus dan Smoothie adalah sihat, tetapi jangan terlalu kerap minum smoothie dan jus. Ia adalah
makanan mudah yang boleh berikan banyak kalori pada badan anda. Sebaliknya makan buahbuahan biasa.

7. Katakan selamat tinggal kepada makanan ringan


Ucapkan selamat tinggal kepada kentang goreng, burger, pizza dan semua makanan
bergoreng yang sarat dengan lemak dan kalori.

8. Baca label sebelum membeli


Pilih makanan rendah lemak dan bukannya lemak penuh. Cari label makanan FAT FREE atau
bebas lemak. Pilih makanan yang dibakar bukannya goreng semasa membeli makanan
ringan.Membaca label akan membuat anda lebih sedar tentang kandungan kalori makanan
yang anda bakal ambil. Ini membantu anda dalam mengekalkan tubuh badan yang ideal.

9. Jangan tinggalkan pengambilan sarapan anda!


Ia adalah hidangan yang paling penting untuk manusia. Kalau boleh, minum air atau makan
biskut kalau anda sudah tiada masa sangat. Pilih sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk
memulakan hari anda.
10. Bersenam
Jika anda tidak mempunyai masa untuk senaman secara rutin, maka pastikan bahawa anda
mengekalkan rutin berjalan kaki 30 minit. Jika anda sedang cuba mengurangkan berat badan,
anda mesti membuat senaman aktif. Ini akan meningkatkan metabolisma badan anda dan
membantu anda menurunkan atau mengekalkan berat badan anda

10

c)

KAUM WANITA KURANG AKTIF BERBANDING KAUM LELAKI

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2011 telah mendapati


bahawa kaum wanita kurang aktif secara fizikal berbanding kaum lelaki.
Melihat kepada kenyataan tersebut saya telah membuat pemerhatian
terhadap pelajar lelaki dan pelajar di IPG, saya telah menjalankan
pemerhatian di beberapa IPG sekitar Lembah Klang. Berikut ialah hasil
pemerhatian saya.
Pelajar IPG termasuk pelajar perempuan seharusnya lebih aktif
dalam aktiviti sukan dan permainan kerana mereka bakal menjadi guru
tetap di sekolah. Kebiasaannya apabila mereka ditempatkan ke sekolah
nanti mereka akan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan
Jasmani walaupun mereka bukan opsyen bidang Pendidikan Jasmani.
Selain daripada itu mereka juga perlu terlibat dalam melaksanakan
program kokurikulum termasuk aktiviti sukan dan permainan di sekolah.
Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar IPG termasuk pelajar perempuan
perlu menunjukkan minat dalam aktiviti bersukan sejak di IPG lagi.
Walaubagaimanpun, di IPG didapati pelajar lelaki lebih aktif
bersukan berbanding pelajar perempuan. Jika dilihat digelangganggelanggang permainan pada waktu petang, didapati bilangan pelajar
lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan. Pelajar perempuan hanya
kelihatan

bermain

pada

waktu

Pendidikan

Jasmani

atau

aktiviti

kokurikulum.
Kebanyakan daripada mereka lebih suka mengulang kaji pelajaran di
bilik asrama ataupun pergi berjalan-jalan sekadar untuk bersiar-siar di
dalam kampus. Baker, Heinrich, and Miller (2000) dalam tinjauan terhadap
108 pelajar universiti, juga mendapati pelajar lelaki lebih ramai meminati
aktiviti olahraga, kecergasan dan aktiviti permainan sukan berbanding
dengan pelajar perempuan. Pelajar perempuan juga didapati tidak terlibat
11

dalam aktiviti sukan walaupun mereka mempunyai tahap kesedaran yang


tinggi tentang faedah bersukan.Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin
menjalankan satu kajian bagi meninjau sejauhmana minat pelajar
perempuan di IPG terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan permainan.Buat
masa ini masih belum ada kajian yang khusus berkaitan dengan minat
sukan dikalangan pelajar-pelajar perempuan di IPG.
Pemerhatian juga melibatkan faktor-faktor yang menarik minat
mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan. Selain
daripada itu untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang mereka
daripada melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan di IPG. Oleh
yang demikian, melalui kajian ini sekurang-kurangnya dapat memberi
maklumat

yang

penting

kepada

pihak

IPG

dalam

usaha

untuk

meningkatkan minat sukan dikalangan pelajar perempuan di IPG.Apabila


tahap minat sukan dapat ditingkatkan dikalangan pelajar perempuan di
IPG diharapkan mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara
aktif.Penglibatan secara aktif dalam aktiviti sukan sekurang-kurangnya
dapat

membantu

mereka

menguasai

kemahiran

dalam

sesuatu

permainan.
Kajian Minat Perempuan Terhadap Sukan
Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi meninjau tentang
minat sukan dikalangan perempuan.Raymond& John (2002) dalam kajian
mereka

di

Manchester

mendapati

bahawa

seramai

65%

pelajar

perempuan meminati sukan, 21% kurang meminati sukan dan 14% tidak
meminati
bilangan

sukan.Berdasarkan
pelajar

perempuan

kepada
yang

peratusan

meminatai

tersebut,

sukan

didapati

masih

ramai

bebanding dengan bilangan pelajar perempuan yang kurang dan tidak


meminati sukan.
Manakala, Baker, Heinrich, & Miller (2000) dalam tinjauannya
terhadap 382 orang pelajar perempuan di universiti mendapati majoriti
pelajar perempuan tidak berminat melibatkan diri dalam sukan di Kolej.Ini
juga menunjukkan ramai daripada pelajar perempuan yang dikaji tidak
berminat kepada aktiviti sukan.Dalam kajian ke atas ibu-ibu yang

12

mendapat pendapatan bulanan yang rendah di Midlands pula, Bostock


(2001) mendapati merekajuga kurang berminat terhadap sukan.
Menurut Nathalie (2005) pula, minat perempuan terhadap sukan
berkurangan apabila meningkat dewasa iaitu apabila mereka mencapai
umur 26 tahun dan ke atas. Ini disebabkan mereka fokus kepada kerjaya
mereka. Ada diantara mereka juga yang tidak aktif disebabkan memberi
penumpuan kepada anak masing-masing setelah melahirkan anak.
Dalam Kajian Fox& Rickards (2002) juga menunjukkan perempuan
kurang meminati sukan berbanding dengan lelaki.Seterusnya kajian yang
dijalankan oleh Richards, Reeder Anthony & Darling, (2004) mendapati
daripada 1730 perempuan yang dikaji hanya 41% sahaja yang meminati
bola jaring , 47% meminati tarian, 46% lagi meminati bola keranjang, 37%
lagi meminati bola sepak. Hasil daripada kajian tersebut juga didapati
perempuan sangat tidak meminati aktiviti sukan seperti.
Melalui tinjauan oleh Nadhratul Wardah (2000), ke atas perempuan
berkaitan faktor yang menghalang mereka terlibat dalam aktiviti fizikal
ialah di sebabkan oleh faktor kekurangan masa kerana terlalu sibuk
bekerja atau belajar. Sejak kebelakangan ini kebanyakan perempuan
berkerjaya. Selain itu kekurangan pengetahuan bersukan, minat yang
kurang terhadap sukan dan pakaian yang tidak sesuai untuk bersukan
menjadi penghalang wanita untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
tersebut.
Dalam kajian Coakley dan White (1992) menegaskan pengalaman
negatif bersukan ketika alam persekolahan adalah faktor minat remaja
perempuan semakin berkurangan terhadap sukan.Zainun Ishak (1994),
dalam

kajiannya

terhadap

remaja

di

Malaysia

mendapati

bahawa

perempuan kurang aktif dalam aktiviti fizikal yang melibatkan sukan


kerana bimbang susuk tubuh mereka menjadi berotot seperti lelaki. Cox
(1998) pula menegaskan bahawa perempuan berasa malu terlibat dalam
aktiviti sukan yang tidak sesuai dengan mereka. Terdapat beberapa jenis
sukan yang kurang sesuai dengan mereka. Terutamanya aktiviti sukan
lasak seperti ragbi, bolasepak, sepaktakraw, hoki dan lain-lain lagi.
Menurut Orme (1991), mereka merasa kecewa dan tidak selesa dengan
13

sukan seperti bola sepak, ragbi atau hoki. Minat mereka semakin menurun
apabila diarahkan supaya melakukan tunjukcara bagi sesuatu kemahiran
sukan tersebut. Pada masa yang sama ada juga diantara mereka yang
tidak mahu orang lain melihat mereka melakukan aktiviti sukan kerana
malu (Bostock,2001).
Jadi, jelas bahawa pelajar wanita yang bagi saya mewakili gender
wanita kurang aktif berbanding dengan pelajar lelaki yang mewakili
gender lelaki, sesuatu perlu dilakukan supaya perbezaan penglibatan ini
dapat dikurangkan terutamanya di peringkat sekolah supaya setiap murid
dapat mengamalkan gaya hidup sihat di awal usia mereka, sepatutnya
guru-guru atau bakal guru di IPG mengambil langkah yang serius untuk
melibatkan diri dan menjadi contoh kepada bakal murid mereka.

RUJUKAN

14

Complications Of Obesity George A. Bray, M.D. Ann Intern Med.


1985;103(6_Part_2):1052-1062. Doi:10.7326/0003-4819-103-6-1052
Prevalence of Overweight and Obesity in the United States, 1999-2004
Cynthia L. Ogden, PhD; Margaret D. Carroll, MSPH; Lester R. Curtin, PhD;
Margaret A. McDowell, MPH, RD; Carolyn J. Tabak, MD, MPH; Katherine M.
Flegal, PhD. JAMA. 2006;295(13):1549-1555.
doi:10.1001/jama.295.13.1549.
http://thestar.com.my/news/story.asp?
file=/2013/1/18/nation/12591415&sec=nation
http://jerryjournal.com/kesan-kesan-berbahaya-dan-punca-obesiti/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6359-obesiti-danpemakanan.html
http://www.jomdiet.com/tips-cegah-obesiti-kanak-kanak/

15

Anda mungkin juga menyukai