Anda di halaman 1dari 1

Dataran Tinggi

1. Dataran tinggi ialah tanah tinggi yang terangkat dan mempunyai permukaan
yang rata yang luas. Biasanya menurun dengan curam ke kawasan rendah di
sekelilingnya.
2. Dataran tinggi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu;
a. dataran tinggi tektonik – terbentuk akibat pergerakan bumi yang
menyebabkan berlakunya penimbulan.
b. dataran tinggi gunung berapi – terbentuk akibat lava cair melimpah
keluar dari kerak bumi dan mengalir di permukaan bumi lalu membantuk
beberapa lapisan yang dinamakan lava basol. Lava yang membeku ini
dinamakan dataran lava.
c. dataran tinggi berkelar-kelar – merupakan dataran tinggi yang terhakis
akibat luluhawa dan hakisan yang dilakukan oleh air yang mengalir, ais
dan angin secara berterusan.
3. Biasanya dataran tinggi akan mempunyai saiz yang luas dan seragam
tingginya. Contohnya Dataran Tinggi Deccan, India dan Dataran Tinggi
Korat, Thailand.
4. Jika dataran tinggi di kelilingi oleh gunung-gunung lipat, ia akan dikenali
dataran tinggi antara gunung.

Anda mungkin juga menyukai