Anda di halaman 1dari 5

Sumbangan Kegiatan Ekonomi

Terhadap Pembangunan Negara


SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

1. Senaraikan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara dalam rajah di


bawah.

Peluang pekerjaan Proses pembandaran


SUMBANGAN
KEGIATAN
Peningkatan taraf EKONOMI
TERHADAP Pemindahan teknologi
hidup
PEMBANGUNAN
NEGARA
Pendapatan negara Pengurang import

Peningkatan
infrastruktur

ms 161

2. (a) Lengkapkan jadual di bawah bagi menerangkan jenis-jenis pekerjaan di Malaysia.


Sektor Ekonomi Jenis pekerjaan
Perkhidmatan Doktor, peguam, pensyarah, guru, peruncit, eksekutif jualan,
pegurus hotel, agen insurans, pegawai kredit, perunding
kewangan, anggota polis, pegawai bomba, dan posmen
Perindustrian Operator pengeluaran, operator mesin, jurutera kilang,
penjaga jentera, dan inspektor kawalan mutu
Perlombongan Jurutera petroleum, penggerudi, dan pendulang bijih timah
Pertanian Petani, penoreh getah, pekerja ladang, dan pekebun
Pembalakan Pembalak, renjer hutan, dan pengumpul rotan
Perikanan Nelayan, dan anak kapal
ms 161

(b) Nyatakan TIGA kesan positif jika berlaku pertambahan peluang pekerjaan kepada
penduduk dan negara.
i.
Membolehkan penduduk mendapat pendapatan
ii.
Meningkatkan taraf hidup penduduk
iii.
Menjana ekonomi negara

1
ms 161-162

3. (a) Apakah yang digunakan sebagai petunjuk taraf hidup sesebuah negara?

Jumlah pendapatan keluarga, kos hidup, perumahan, pendidikan, kesihatan dan


kemudahan-kemudahan lain.
ms 162

(b) Bagaimanakah kita dapat menilai berlakunya peningkatan taraf hidup penduduk di
sesebuah negara?
Melalui peningkatan pendapatan per kapita yang akan meningkatkan kuasa beli
ms 162

(d) Jelaskan EMPAT kesan kemajuan ekonomi terhadap peningkatan taraf hidup
penduduk.
i.
Dapat menikmati pelbagai kemudahan moden bagi menjamin keselesaan dan
kesejahteraan hidup
ii.
Membolehkan kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat
terutamanya golongan berpendapatan rendah
iii.
Meningkatkan taraf pendidikan penduduk dan dapat mengurangkan kadar
buta huruf di kalangan masyarakat
iv.
Meningkatkan taraf kesihatan penduduk kerana penduduk mampu mendapat
makan berkhasiat dan rawatan perubatan yang sempurna
ms 162-163

4. Lengkapkan jadual di bawah untuk menjelaskan bentuk pendapatan negara yang


diperoleh hasil daripada kemajuan ekonomi.
Bentuk hasil Sumber
Hasil eksport Eksport barangan pengguna, barangan elektrik dan
elektronik, kelapa sawit, getah, petroleum dan gas asli
Tukaran wang asing Kemasukan pelancong asing
Hasil cukai Cukai keuntungan syarikat, cukai pendapatan individu
ms 163

2
5. Lengkapkan jadual di bawah untuk menjelaskan peningkatan infrastruktur akibat
kemajuan ekonomi.
Kemudahan Infrastruktur Peningkatannya
Jalan raya  Jaringan jalan raya dibina di seluruh negara untuk
membolehkan bahan mentah dan barangan siap
dipasarkan dengan segera
 Dapat mempertingkakan darjah ketersampaian
penduduk
Jalan kereta  Pengangkutan kereta api dinaik taraf melalui
api pembinaan landasan berkembar
 Pembinaan sistem rel bersepadu (LRT, ERL dan
Monorel) bagi melicinkan kegiatan ekonomi di
Pengangkutan
bandar
Lapangan  Kemudahan dan keupayaan pengendalian di
terbang lapangan terbang dipertingkatkan untuk
mengendalikan lebih ramai penumpang dan lebih
banyak kargo setahun.
Pelabuhan  Pelabuhan dinaik taraf kerana sebahagian besar
perdagangan Malaysia adalah melalui
pengangkutan laut
Bekalan elektrik  Bagi menjamin bekalannya berterusan, kerajaan
telah meningkatkan dengan membina banyak stesen
hidroelektrik
Bekalan air  Bagi menjamin bekalan mencukupi dan berterusan,
kerajaan telah menubuhkan Majlis Sumber Air
Negara
Sistem perhubungan  Pelbagai kemudahan sistem perhubungan
disediakan untuk tujuan kegiatan ekonomi dan
manfaat penduduk
ms 165

6. (a) Kenapakah kerajaan melaksanakan dasar penggantian import?


Mengembangkan sektor perindustrian bagi mengurangkan pergantungan kepada
import
ms 166

(b) Bagaimanakah dasar ini dilaksanakan?


Negara kita mengeluarkan barangan pengguna sendiri yang dahulunya diimport
dengan menggunakan bahan mentah yang sebelum ini dieksport
ms 166

3
(c) Apakah kesan dasar ini kepada negara?
Negara kita dapat memperbaiki imbangan pembayaran kerana import dapat
dikurangkan dan juga dapat mengurangkan aliran keluar tukaran asing.
ms 166

7. (a) Jelaskan bagaimana pemindahan teknologi dilaksanakan?


Pemindahan kemahiran, kepakaran, dan teknik dari sesebuah negara ke sesebuah
negara yang lain melalui proses pembelajaran, pengalaman, latihan, dan peniruan
ms 166

(b) Nyatakan DUA keuntungan yang diperolehi oleh rakyat negara kita melalui
pemindahan teknologi.
i.
Dapat menyerap kemahiran dan kepakaran melalui program latihan pekerja
dan latihan smbil bekerja
ii.
Dapat meningkatkan daya cipta dan inovasi bagi merekacipta teknologi
sendiri atau meningkatkan teknologi sedia ada.
ms 167

(c) Lengkapkan jadaul di bawah untuk menjelaskan contoh pemindahan teknologi.


Bentuk pemindahan teknologi Kesannya
Pembuatan kereta dari Jepun Membolehkan Malaysia mengeluarkan kereta
sendiri
Industri petroleum dan petrokimia Berjaya meneroka petroleum negara dan
berjaya beroperasi di negara luar
ms 167

8 (a) Lengkapkan jadual di bawah untuk menjelaskan pengaruh kemajuan ekonomi


terhadap proses pembandaran
Kegiatan Ekonomi Contoh Bandar
Perlombongan bijih timah Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, dan
Seremban.
Penanaman getah dan kelapa sawit Segamat, Labis, Setiawan, dan Teluk
Intan
Penerokaan petroleum dan gas asli Kerteh, Miri, dan Bintulu

Perindustrian Petaling Jaya, Sungei Way, Shah Alam,


dan Prai.
ms 167

4
(b) Nyatakan TIGA perkembangan yang dialami oleh bandar-bandar akibat
pengelompokan kegiatan ekonomi.
i.
Meningkatkan keperluan perumahan di sekitar kawasan perindustrian dan
menyebabkan wujudnya bandar-bandar baru.
ii.
Bandar-bandar baru akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti rumah,
pusat membeli-belah, pusat perdagangan, pusat pentadbiran, dan taman.
iii.
Perluasan saiz bandar menyebabkan beberapa bandar di Malaysia
berkembang menjadi bandar raya
ms 167-168

Anda mungkin juga menyukai