Anda di halaman 1dari 12

Konsep insan yang bermoral

Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai sifat sifat moral.


Sehubungan dengan itu, berikut adalah pendapat beberapa tokoh tentang insan
yang bermoral.

Komponen yang perlu ada dalam diri seseorang insan yang bermoral
dikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu perlu
digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong
kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam hal
ini,
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan
persekitarannya, berupaya untuk berinteraksi dengan orang disekelilingnya, dan
bertindak mengikut keputusan yang telah dibuat. ( John Wilson, 1973).

Mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan, dan melakukan kebaikan adalah


sifat sifat yang dimiliki oleh insan yang bermoral. (Lickona, 1991).

Insan moral hanya menerima nilai nilai murni, dan peraturan masyarakat yang
diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. (Abdul Rahman
Aroff, 1986).

Individu yang mempunyai perasaan moral akan bersifat altruistik, bertimbang rasa,
belas kasihan, murah hati, dan juga mempunyai sifat sifat yang berkaitan
dengan sifat kepedulian. (Ewing, 1990).

Insan bermoral merupakan insan yang mempunyai tingkah laku yang baik dan
dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Dalam hal ini, seseorang insan yang
bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang
dengan nilai normal dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. (
http://www.scribd.com/lanita7471/d/40004462-Insan-bermoral)

Melalui pendapat tokoh tokoh di atas, kita boleh mendapat tahu bahawa
model insan bermoral menekanan perwatakan positif dalam diri seseorang individu.
Sehubungan dengan itu, perwatakan positif yang dimiliki oleh seseorang insan yang
bermoral perlu terdiri daripada tiga dimensi moral, iaitu:

PEMIKIRAN MORAL

PERASAAN MORAL

TINDAKAN MORAL

Ketiga tiga dimensi ini adalah penting untuk membolehkan seseorang


individu mencapai tahap kematangan moral. Berikut adalah penerangan secara
ringkas bagi ketiga tiga dimensi tersebut.
Pertamanya adalah pemikiran moral. Pemikiran moral ini juga boleh dikatakan
sebagai penaakulan moral. Mengikut dimensi pemikiran moral ini, seseorang
individu itu dapat mengenali diri sendiri serta sedar tentang baik dan buruk akan

dirinya. Sehubungan dengan itu, secara ringkasnya, dimensi pemikiran moral ini
melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas. Ini bermaksud
seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral ini dapat membuat
pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai nilai moral yang diterima oleh
masyarakat setempat. Dengan adanya pemikiran moral, maka seseorang itu tidak
akan bertindak secara membuta tuli.
Keduanya adalah dimensi perasaan moral. Perasaan moral juga dikatakan
sebagai emosi moral. Dimensi perasaan moral ini mengandungi sentimen, simpati,
empati, murah hati, dan juga motivasi. Selain itu, dimensi perasaan moral ini juga
berupaya menjadikan diri seseorang itu bertindak secara positif. Secara ringkasnya,
dimensi perasaan moral inilah akan membawa kepada tindakan yang bermoral.
Dimensi moral yang akhirnya adalah dimensi tindakan moral. Dimensi ini juga
dikenali sebagai dimensi tingkah laku moral serta dimensi perlakuan moral. Dimensi
ini pula menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan
buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan
emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, membantu orang yang
ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada dimensi perasaan moral.
Konklusinya, ketiga tiga dimensi moral yang dikatakan tadi penting kepada
seseorang individu untuk menampilkan ciri ciri insan yang bermoral. Pendek kata,
perkembangan moral yang meliputi ketiga tiga dimensi ini akan menyubur serta
merangsang lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan individu berkenaan
untuk membuat apa yang patut dan betul.

Sifat sifat insan yang bermoral


Insan yang bermoral harus memiliki sifat sifat moral yang positif serta yang
boleh dicontohi oleh orang lain. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak sifat sifat
yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Berikut adalah sifat sifat
moral yang perlu dimiliki oleh insan yang bermoral.

Sehubungan dengan itu, sifat mempercayai tuhan merupakan sifat yang


harus dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dengan adanya sifat ini, maka
seseorang itu akan yakin dan percaya bahawa wujudnya tuhan sebagai pencipta
alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing
masing. Dalam aspek ini, seseorang individu yang bermoral itu akan menyanjung
agamanya di samping menghormati agama agama lain.

Sifat yang seterusnya pula adalah sifat menjaga kebersihan. Sifat ini juga
perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu, melalui
pengamalan sifat ini seseorang itu bukan sahaja akan menjaga kebersihan
fizikalnya, maka akan juga menjaga kebersihan mentalnya. Dalam aspek ini, kita
boleh mendefinisikan kebersihan fizikal sebagai kebersihan diri dan kebersihan
persekitaran. Manakala, kebersihan mental pula didefinisikan sebagai kebersihan
pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Sebagai contohnya, dalam aspek
kebersihan diri, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menjaga
kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Manakala, dalam aspek kebersihan
mental pula, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa bertutur tanpa
melanggar norma masyarakat.
Selain itu, sifat amanah juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan
yang bermoral itu. Sifat amanah boleh dikatakan sebagai sifat bertanggungjawab
yang menimbulkan kepercayaan serta keyakinan orang lain. Melalui sifat ini
seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa menyelesaikan sesuatu tugas
yang diamanahkan itu dengan penuh bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas.
Sebagai contohnya, jika bendahari dalam sesuatu agensi sosial itu adalah seorang
insan yang mempunyai sifat amanah, maka dia tidak akan menyalahgunakan wang
yang dikutip melalui agensi tersebut untuk kegunaan sendiri malah akan sentiasa
menggunakan wang tersebut untuk kegunaan aktiviti aktiviti sosial.
Seterusnya adalah sifat harga diri. Sifat ini juga perlu dimiliki oleh seseorang
insan yang bermoral itu. Sifat harga diri merupakan sifat yang menjaga maruah diri
di samping menjaga maruah orang di sekeliling. Sebagai contohnya, seseorang
insan yang mempunyai sifat harga diri ini, sama sekali tidak akan melakukan
perbuatan perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri serta maruah

keluarga. Perbuatan perbuatan yang boleh mencemarkan nama sendiri adalah


seperti perbuatan tidak beramanah dalam sesuatu tugas yang diberikan. Manakala,
perbuatan perbuatan yang boleh mencemarkan nama keluarga adalah seperti
perbuatan melakukan hubungan sulit sebelum bernikah.
Bukan itu sahaja, rajin berusaha juga salah satu sifat yang seharusnya dimiliki
oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini, seseorang insan yang
bermoral itu akan sentiasa berusaha secara berterusan dengan penuh bersemangat,
cekal, gigih, dedikasi serta berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu, mereka yang memiliki sifat ini sama sekali tidak akan
berputus asa jika mereka gagal daripada melakukan sesuatu. Sebagai contohnya,
insan yang memiliki sifat ini akan berusaha sedaya upaya untuk berjaya dalam
hidup. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral juga akan menunjukkan
sikap berdedikasi.
Seterusnya, seseorang insan yang bermoral juga harus memiliki sifat
bersopan-santun. Seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa beradab sopan
dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Dalam aspek ini, seseorang itu
bukan sahaja akan beradab sopan ketika bergaul dengan orang lain, maka akan
juga beradab sopan dari segi cara pakaiannya. Sebagai contohnya, insan yang
beradab sopan ketika pergaulan akan sentiasa bertutur dengan sopan santun dan
sama sekali tidak akan menggunakan perkataan perkataan yang kotor. Manakala,
insan yang beradab sopan dalam cara pemakaian pula akan sentiasa memakai
pakaian yang menutup aurat mereka di samping tidak memakai pakaian yang
mencolok mata.

Selain itu, kasih sayang juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan
yang bermoral. Dalam konteks moral, kasih sayang didefinisikan sebagai kepekaan
dan perasaan cinta yang mendalam serta yang berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas. Ini bermakna, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa
menunjukkan kasih sayang yang ikhlas serta yang berkekalan. Dalam aspek ini,
seseorang insan yang bermoral itu bukan sahaja akan menyayangi manusia, maka
akan juga menyayangi binatang. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki
sifat kasih sayang ini akan sentiasa menyayangi manusia di samping menyayangi
semua haiwan ciptaan Tuhan.
Bukan itu sahaja, sifat kesederhanaan juga salah satu sifat yang harus dimiliki
oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini pula, seseorang insan yang
bermoral itu akan sentiasa bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan. Sebagai
contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa berkelakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan juga orang lain. Selain itu, insan yang memiliki
sifat kesederhanaan ini juga akan sentiasa mempunyai pengetahuan dan
pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi.
Seterusnya adalah sifat jujur. Seseorang insan yang bermoral juga harus
memiliki sifat jujur. Sifat jujur boleh dikatakan sebagai sifat yang ikhlas. Selain itu,
sifat kejujuran juga boleh dikatakan sebagai sifat yang menjadikan seseorang itu
untuk bercakap benar dan tidak menipu. Dalam hal ini, bercakap benar ialah
menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan
berselindung. Manakala, ikhlas adalah kesucian hati tanpa mengharapkan sebarang
balasan apabila melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, melalui pengamalan sifat
ini seseorang insan yang bermoral itu sentiasa tidak akan melakukan sebarang

perbuatan yang mampu mengkhianati orang lain. Dalam aspek ini, seseorang itu
berupaya untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain terhadap
dirinya.
Bukan itu sahaja, sifat baik hati juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang
insan yang bermoral. Dalam konteks moral, baik hati didefinisikan sebagai kepekaan
terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri serta orang lain dengan memberi
bantuan dan sokongan moral secara tulus dan ikhlas. Dalam aspek ini, insan yang
memiliki sifat baik hati akan sentiasa membuat perbuatan baik tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran. Sebagai contohnya, insan yang mempunyai sifat ini akan
sentiasa menolong orang dalam kesusahan secara sukarela tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran daripada mereka ataupun tanpa sebarang niat di sebalik
pertolongan tersebut.
Seterusnya

adalah

sifat

bertanggungjawab.

Sifat

bertanggungjawab

merupakan sifat yang menjadikan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu tugas
yang diberikan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, seseorang insan
bermoral juga harus memiliki sifat bertanggungjawab ini. Sebagai contohnya, insan
bermoral yang memiliki sifat ini akan sentiasa memikul dan melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya secara penuh bersemangat.
Bukan itu sahaja, sifat toleransi juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh
seseorang insan yang bermoral itu. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa
bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisihan
faham antara satu sama lain. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan
sentiasa dapat mengawal perasaan marahnya. Selain itu, insan yang memiliki sifat
ini juga akan sentiasa dapat bertolak ansur dengan semua kaum yang terdapat di

negara kita, Malaysia. Sebagai contohnya, seorang rakan kelas yang memiliki sifat
ini akan sentiasa bertolak ansur dengan karenah rakannya yang satu lagi.
Berdasarkan contoh di atas, rakan yang bertolak-ansur merupakan rakan yang
tergolong dalam insan bermoral.
Seterusnya,

sifat berdikari juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh

seseorang insan yang bermoral. Sifat berdikari pula didefinisikan sebagai keupayaan
atau kebolehan seseorang individu untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa
bergantung kepada orang lain. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan
segala galanya tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Sebagai contohnya,
seorang anak yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan kerja kerja
sekolahnya seperti membasuh kasut dan pakaian sekolah tanpa mengharapkan
bantuan ibunya. Di sini, anak yang berdikari juga dikategorikan sebagai insan yang
bermoral.
Selain itu, sifat keadilan juga sifat yang harus dimiliki oleh seseorang insan
yang bermoral. Dalam konteks moral, sifat keadilan didefinisikan sebagai sifat yang
mementingkan tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Sebagai contohnya, seseorang insan moral yang memiliki sifat ini akan bersikap adil
dalam segala perbuatannya; dia sama sekali tidak akan bersikap pilih kasih dalam
perlakunya. Sehubungan dengan itu, dalam aspek sikap tidak berpilih kasih ini,
seseorang guru yang memiliki ciri ciri insan bermoral juga akan menghukum
pelajar yang tidak membuat kerja rumah walaupun pelajar tersebut merupakan
pelajar harapan sekolah.
Seterusnya adalah sifat rasional. Sifat ini juga merupakan sifat yang perlu
dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Sehubungan dengan itu, seseorang

yang memiliki sifat ini akan sentiasa melakukan sesuatu perbuatan yang berasaskan
kepada alasan yang munasabah serta bukti yang nyata. Dalam aspek ini, seseorang
insan yang bermoral akan mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan
sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.
Sifat yang seterusnya adalah sifat keterbukaan. Sifat ini juga harus dimiliki
oleh seseorang insan yang bermoral. Seseorang insan yang memiliki sifat ini akan
sanggup dan sedia memberi serta menerima pandangan dan kritikan orang lain.
Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini tidak akan berasa marah apabila
menerima kritikan orang lain terhadap kelemahan dirinya tetapi seseorang itu akan
menerimanya dengan hati yang terbuka dan akan berusaha untuk memperbaiki
kelemahan dirinya. Dalam aspek ini, seseorang insan yang bermoral juga akan
mengakui kesilapannya.
Bukan itu sahaja, sifat memaafkan orang juga salah satu sifat yang perlu
dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Dalam aspek ini, seseorang insan yang
bermoral akan sedar bahawa sifat pemaaf ini mendatangkan banyak kebaikan
kepada diri sendiri dan juga orang lain. Sehubungan dengan itu, insan yang memiliki
sifat ini akan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain demi kehidupan yang aman
dan damai. Sebagai contohnya, seorang sahabat yang memiliki sifat ini akan
sanggup memaafkan sahabatnya yang satu lagi walaupun sahabatnya telah
mengkhianatinya.
Selain itu, sifat hormat menghormati juga sifat yang perlu dimiliki oleh
seseorang insan yang bermoral. Sifat hormat menghormati boleh dikatakan
sebagai sifat menghargai dan memuliakan seseorang dalam sesuatu institusi sosial.
Sehubungan dengan itu, melalui pengamalan sifat ini, seseorang insan yang

bermoral akan sentiasa menghormati ibu bapanya, orang yang lebih tua
daripadanya, serta guru, pemimpin dan budaya kaum lain.
Selain itu, sifat murah hati juga salah satu sifat yang harus dimiliki oleh
seseorang insan yang bermoral. Melalui pengamalan sifat murah hati, seseorang itu
akan sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan samaada
dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral. Sehubungan dengan itu, insan
bermoral yang memiliki sifat ini akan berasa bersalah jika mereka tidak dapat
membantu orang yang memerlukan. Dalam konteks moral, jika seseorang ditimpa
masalah atau musibah dan memerlukan pertolongan, maka ia akan menjadi
tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, seorang rakan
mempunyai sifat murah hati ini perlu menawarkan bantuan kewangan kepada rakan
yang menghadapi masalah kewangan. Berdasarkan contoh di atas, rakan yang
menawarkan bantuan kewangan tergolong dalam insan yang bermoral.
Dan sifat yang akhir sekali adalah sifat mematuhi peraturan. Sifat ini juga sifat
yang perlu dimiliki oleh seseorang insan yang bermoral. Melalui pengamalan sifat ini,
seseorang insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak
bermoral serta yang bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam
sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, boleh dikatakan bahawa insan yang
memiliki sifat ini akan sentiasa mematuhi undang undang dan peraturan
peraturan yang dirangka. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memiliki sifat
mematuhi peraturan ini akan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jalan raya. Dalam aspek ini, ereka
sama sekali tidak akan melanggar peraturan atau undang undang yang telah
digubal oleh kerajaan atau pihak pihak tertentu.

Sebagai kesimpulannya, sifat sifat positif seperti sifat mempercayai tuhan,


menjaga kebersihan, amanah, harga diri, gigih berusaha, sopan-santun, kasihsayang,

kesederhanaan, jujur, baik hati, bertanggungjawab,

bertolak-ansur,

berdikari, adil, rasional, sifat keterbukaan, pemaaf, hormat menghormati, murah


hati dan mematuhi peraturan merupakan sifat sifat yang harus dimiliki oleh
seseorang insan yang bermoral.

Anda mungkin juga menyukai