Anda di halaman 1dari 16

BAB 5

OBJEKTIF ORGANISASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Mendefinisi dan mengenal pasti objektif organisasi.
2. Membezakan di antara objektif organisasi dan objektif individu.
3. Menyenaraikan jenis-jenis objektif dalam organisasi.
4. Membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pengurus untuk mewujudkan objektif organisasi yang berjaya.
5. Membezakan objektif yang berbentuk operasional dan tidak
operasional.
6. Menyatakaan apa yang dimaksudkan dengan ‘Pengurusan Melalui
Objektif’ (MBO).
7. Mengenal pasti langkah-langkah yang terlibat dalam menjalankan
‘Pengurusan Melalui Objektif’.

5.1 PENGENALAN

Sebelum kita mengikuti bab ini dengan lebih mendalam, apa yang anda
faham tentang maksud objektif? Dalam bahasa yang mudah, objektif
sering kita kaitkan dengan tujuan, matlamat dan sasaran sesuatu aktiviti
yang dijalankan. Dari sudut pengurusan pula, maksud ‘objektif’ tidaklah
begitu menyimpang jauh daripada maksud yang dinyatakan di atas.
Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai dengan objektif
organisasi, marilah kita sama-sama mengikuti bab seterusnya.

5.2 DEFINISI OBJEKTIF ORGANISASI

Kebanyakan penulis buku pengurusan mendefinisikan objektif organisasi


sebagai target atau sasaran yang menjadi arah tujuan dalam sistem
pengurusan. Input organisasi, proses, dan output diwujudkan untuk
mencapai objektif organisasi. Pembentukan objektif organisasi yang
komprehensif akan memberi kesan kepada tujuan organisasi ditubuhkan,
iaitu matlamat sesebuah organisasi.

113
Crosby (1997) pula mendefinisikan objektif sebagai sasaran organisasi
dalam jangka masa pendek, khusus dan boleh diukur, yang mesti dicapai
bagi membolehkan organisasi mencapai matlamatnya. Contohnya, firma
yang bermatlamat untuk menubuhkan cawangan di seluruh bandar di
Malaysia mungkin akan membentuk satu objektif jangka pendek, iaitu
memulakan operasi di bandar-bandar kawasan timur Semenanjung
Malaysia dan membentuk objektif jangka panjangnya iaitu beroperasi di
seluruh bandar di Malaysia. Dari keadaan ini, tentu anda dapat bezakan
objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang secara keseluruhan
dalam sesebuah organisasi.

Rumusannya, matlamat organisasi adalah wujud daripada misi organisasi,


manakala objektif organisasi terhasil daripada matlamat organisasi. Untuk
melihat dengan lebih jelas hubungan antara misi, matlamat, dan objektif,
anda boleh merujuk kepada Rajah 5.1.

Rajah 5.1
Hubungan di antara Misi, Objektif, dan Matlamat

MISI

MATLAMAT

OBJEKTIF

Perlu kita ketahui juga bahawa objektif membolehkan ahli-ahli di dalam


sesebuah organisasi mengetahui apa yang penting dan perlu diberi
tumpuan. Objektif yang baik perlu relevan, mencabar dan memfokuskan
kepada sesuatu perkara (contohnya, objektif sesebuah syarikat untuk
beroperasi di kawasan timur Semenanjung Malaysia adalah untuk
mencapai tahap pengeluaran sebanyak satu juta unit dan keuntungan
sebanyak RM800,000 setahun).

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi adalah merujuk kepada persoalan


kenapa sesebuah organisasi ditubuhkan. Jadual 5.1 menunjukkan dua
contoh objektif organisasi.

114
Jadual 5.1
Contoh Objektif Organisasi

Du Pont: Du Pont adalah syarikat multinasional berteknologi


tinggi yang mengeluar dan memasarkan produk kimia. Ia
memasarkan produknya pada kumpulan pasaran yang luas di mana
dengan adanya teknologi tinggi ini, menjadi satu kelebihan
persaingan bagi Du Pont.

Central Soya: Misi asas Central Soya adalah untuk menjadi


pengeluar utama dan pengilang barangan pertanian dan makanan
utama dunia.

Sumber: Certo. (1997). Modern management, 113.

SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Berdasarkan pemahaman anda, berikan definisi


objektif organisasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Organisasi wujud kerana berbagai tujuan. Sehubungan dengan itu,


berbagai objektif organisasi telah dibentuk. Contohnya, penubuhan
hospital mempunyai objektif utama iaitu untuk memberi kualiti
perkhidmatan perubatan yang baik kepada masyarakat. Objektif sesebuah
universiti pula adalah untuk mendidik masyarakat menjadi warganegara
yang berkualiti dan mampu menyumbang bakti kepada pertumbuhan
negara. Objektif stesen televisyen pula ialah memberi maklumat terkini
dan menyediakan rancangan yang sensasi dan menarik kepada penonton.

Oleh sebab itu, objektif hospital adalah untuk melengkapkan sebaik


mungkin kemudahan kesihatan kepada masyarakat tanpa mengira umur,
kaum, bangsa, dan agama. Kita semua mungkin biasa mendengar bahawa
sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan. Oleh itu, objektif utama organisasi perniagaan adalah untuk
memastikan keuntungan dapat diperoleh seperti yang diramalkan.

115
John F. Mee, iaitu seorang penulis buku dalam bidang pengurusan
berpendapat bahawa objektif organisasi perniagaan boleh diringkaskan
kepada tiga rumusan utama, iaitu

(i) keuntungan adalah faktor motivasi para pengurus;


(ii) perkhidmatan kepada pelanggan melalui barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan;
(iii) merupakan sebab kenapa sesebuah perniagaan
ditubuhkan;
(iv) pengurus mempunyai tanggungjawab sosial yang
berkaitan dengan kod moral; dan
(v) etika dalam masyarakat di mana sesebuah perniagaan
beroperasi.

Membuat keputusan mengenai pembentukan objektif organisasi


merupakan tindakan penting yang perlu dilakukan oleh seseorang
pengurus. Objektif yang terlalu tinggi dan tidak realistik akan
mengecewakan pekerja (kerana ia sukar dicapai), manakala objektif yang
terlalu mudah pula tidak akan mendorong pekerja memaksimumkan
usaha (kerana pekerja tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai objektif). Oleh itu, pengurus perlu membentuk objektif yang
mereka tahu (daripada pengalaman), boleh dicapai oleh para pekerja
tetapi bukanlah terlalu mudah untuk dicapai.

Hakikatnya, pengurus perlu membentuk objektif syarikat berdasarkan


matlamat dan misi penubuhan syarikat dengan mengambil kira kapasiti
sedia ada seperti kewangan, sumber tenaga manusia dan peralatan atau
sumber fizikal dalam organisasi supaya objektif tersebut dapat dicapai
dengan jayanya.

5.3 KEPENTINGAN OBJEKTIF ORGANISASI

Daripada perbincangan sebelum ini, anda semua tentu telah dapat


mengagak mengapa perlu membentuk objektif dalam sesebuah
organisasi. Secara amnya, objektif organisasi membolehkan pengurus dan
ahli-ahli organisasi yang lain mendapat panduan mengenai sesuatu
tindakan seperti membuat keputusan, memastikan kecekapan organisasi,
mengawal konsistensi dalam organisasi dan menilai prestasi. Jika dikaji
secara mendalam, kita dapati bahawa objektif organisasi berperanan
sebagai panduan dalam beberapa aspek seperti berikut:

(a) Panduan untuk Membuat Keputusan

Sebahagian besar daripada tanggungjawab pengurus adalah membuat


keputusan yang boleh mempengaruhi operasi harian dan kewujudan

116
organisasi. Apabila pengurus telah mengenal pasti objektif, mereka akan
mengetahui arah yang hendak dituju. Kemudiannya, adalah menjadi
tanggungjawab pengurus untuk membuat keputusan bagi menolong
organisasi mencapai objektifnya.

(b) Panduan bagi Kecekapan Organisasi

Sebarang ketidakcekapan dalam organisasi boleh membawa kepada


pembaziran sumber tenaga. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa
meningkatkan kecekapan syarikat sebaik mungkin. Dalam konteks ini,
kecekapan didefinisikan sebagai jumlah keseluruhan usaha manusia dan
sumber yang digunakan oleh organisasi bagi mencapai matlamatnya.
Oleh sebab itu, sebelum kecekapan organisasi boleh ditingkatkan, para
pengurus perlu mempunyai kefahaman yang jelas mengenai matlamat
organisasinya. Dengan cara itu mereka mampu menggunakan sumber
yang terhad sebaik mungkin.

(c) Panduan bagi Mencapai Konsistensi dalam Organisasi

Ahli-ahli dalam organisasi selalunya bekerja mengikut garis panduan


tertentu. Jika objektif organisasi digunakan sebagai asas garis panduan
kerja, objektif tersebut akan berperanan sebagai panduan yang konsisten
bagi aktiviti pengeluaran, proses membuat keputusan dan perancangan
yang berkesan.

(d) Panduan untuk Menilai Prestasi

Prestasi semua ahli dalam organisasi perlu dinilai bagi melihat


produktiviti individu dan menentukan apa yang patut dilakukan untuk
meningkatkannya.

SOALAN DALAM TEKS 5.2

1. Cuba anda jelaskan kenapa objektif penting bagi


sesebuah organisasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

117
5.4 JENIS-JENIS OBJEKTIF

Objektif dalam organisasi boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu


objektif organisasi dan objektif individu. Mengenal pasti kedua-dua
kategori objektif ini dan bertindak balas secara bersesuaian untuk
mencapainya merupakan suatu cabaran kepada para pengurus.

5.4.1 Objektif Organisasi

Objektif organisasi merupakan sasaran organisasi dan dibentuk untuk


membantu organisasi mencapai objektifnya. Ia merangkumi berbagai
bidang seperti kecekapan, produktiviti, dan memaksimumkan
keuntungan. Antara contoh objektif organisasi adalah seperti meluaskan
pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia, memaksimumkan kapasiti
pengeluaran kepada seratus ribu unit sehari dan mencapai keuntungan
sebanyak RM14 juta setahun.

Y.K. Shetty dalam kajiannya terhadap 193 syarikat bagi menentukan sifat
dan corak objektif yang wujud dalam organisasi, mendapati bahawa
objektif yang biasa dibentuk adalah yang berkait dengan keuntungan,
pertumbuhan dan syer pasaran (Certo, 1997).

Namun begitu, dalam corak pengurusan hari ini, tanggungjawab sosial


dan kebajikan pekerja juga sering dijadikan sebagai salah satu daripada
objektif organisasi dan ia mempengaruhi dalam aktiviti pengurusan
harian organisasi.

5.4.2 Objektif Individu

Objektif individu yang wujud dalam organisasi merupakan matlamat


personal bagi setiap ahli organisasi yang ingin dicapai melalui aktiviti
organisasi. Objektif-objektif ini merangkumi gaji yang tinggi,
perkembangan dan pembangunan diri, penghargaan dari teman-teman
dan majikan.

Adalah menjadi masalah sekiranya objektif organisasi dan objektif


individu tidak seiring. Contohnya, seorang pensyarah mempunyai
matlamat individu, iaitu bekerja di universiti untuk mendapat
penghargaan melalui perkhidmatan penyelidikan yang dijalankan.
Objektif ini perlu secara signifikan menyumbang kepada pencapaian
matlamat universiti jika pensyarah tersebut berada di universiti yang
menekankan penyelidikan. Objektif individu pensyarah tersebut tidak
mempunyai sebarang sumbangan atau hanya sedikit sumbangan kepada

118
pihak universiti sekiranya dia bekerja di universiti yang berorientasikan
pengajaran semata-mata kerana dia lebih berminat untuk membuat
penyelidikan berbanding meningkatkan kualiti pengajaran (objektif
universiti).

Dalam menghadapi situasi objektif individu dan organisasi yang tidak


seiring, perkara yang boleh dilakukan oleh pengurus ialah dengan
menstrukturkan semula organisasi dengan cara tertentu supaya individu
mempunyai peluang untuk mencapai objektif dan pada masa yang sama
juga boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

SOALAN DALAM TEKS 5.3

1. Cuba anda bezakan di antara objektif organisasi dan


objektif individu.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.5 BIDANG-BIDANG OBJEKTIF ORGANISASI

Penulis terkenal dalam bidang pengurusan, Peter F. Drucker percaya


bahawa sistem pengurusan organisasi akan tergugat sekiranya pengurus
hanya menekankan objektif keuntungan semata-mata, kerana objektif ini
hanya akan menggalakkan pengurus membuat suatu tindakan yang hanya
mampu untuk menghasilkan keuntungan pada hari ini dan tidak
memikirkan bagaimana keuntungan boleh dihasilkan pada masa akan
datang. Oleh itu, pengurus perlu berusaha untuk membentuk dan
mencapai berbagai objektif dalam semua bidang pengurusan organisasi.
Lapan bidang dalam organisasi yang dicadangkan oleh Peter F. Drucker
yang perlu diberi tumpuan dalam membentuk objektif pengurusan
organisasi, iaitu

(i) Kedudukan pasaran—pengurus perlu membentuk


objektif dengan menetapkan kedudukan pasaran yang
diinginkan berbanding dengan para pesaing.
(ii) Inovasi—pengurus perlu membentuk objektif dengan
menunjukkan sejauh mana komitmennya untuk
membentuk kaedah operasi yang baru.

119
(iii) Produktiviti—set objektif yang dibentuk perlu
mengambil kira anggaran tahap pengeluaran yang ingin
dicapai.
(iv) Sumber-sumber fizikal dan kewangan.
(v) Keuntungan.
(vi) Sikap dan prestasi pekerja.
(vii) Pembangunan dan prestasi pengurusan.
(viii) Tanggungjawab sosial.

SOALAN DALAM TEKS 5.4

1. Menurut Peter F. Drucker, dalam membentuk


objektif terdapat beberapa bidang yang perlu
diberi perhatian oleh pengurus. Senaraikan
bidang-bidang tersebut.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.6 MELAKSANAKAN OBJEKTIF

Pembentukan objektif yang betul menjadi asas kepada kejayaan


organisasi. Theodore Levitt dalam artikelnya telah menyatakan bahawa
terdapat beberapa industri besar di Amerika Syarikat yang terpaksa
menanggung kerugian kerana objektifnya tidak bersesuaian dengan
organisasi (Certo, 1997). Oleh itu pengurus perlu membangun,
mengguna, dan mengubahsuai objektif organisasi sebaik mungkin.

Secara amnya organisasi perlu mempunyai tiga jenis objektif, iaitu

(i) Objektif jangka pendek—sasaran yang hendak dicapai


dalam masa setahun atau kurang dari setahun.
(ii) Objektif pertengahan—sasaran yang hendak dicapai
dalam masa 1-5 tahun.
(iii) Objektif jangka panjang—sasaran yang hendak dicapai
dalam masa 5-7 tahun.

5.6.1 Mewujudkan Objektif Organisasi

Jelas kepada kita bahawa pembentukan objektif telah menjadi sebahagian


daripada tugas pengurus. Pada hari ini adalah menjadi kebiasaan

120
sekiranya pengurus diarah untuk membentuk objektif diri masing-
masing, objektif bahagian dan objektif pekerja.

Dalam hal ini, terdapat tiga langkah utama yang perlu diambil oleh
pengurus untuk mewujudkan objektif organisasi yang berjaya.

(a) Mengkaji Kewujudan Corak Pengurusan

Pengurus dikehendaki menyenaraikan corak pengurusan utama dan


penting dalam persekitaran organisasi dalam tempoh lima tahun lepas
untuk menentukan jika terdapat sebarang impak kepada prestasi
organisasi. Contohnya, perubahan cita rasa pelanggan (memberi impak
terhadap jualan syarikat), perubahan peraturan dan polisi (memberi kesan
terhadap operasi syarikat), kejatuhan ekonomi negara (kesan terhadap
keuntungan syarikat), dan perubahan undang-undang buruh (memberi
kesan terhadap struktur tenaga dalam syarikat). Seterusnya, aliran semasa
dan masa hadapan juga perlu dianalisis yang mana kemungkinan aliran ini
memberi kesan terhadap kejayaan organisasi untuk tempoh lima tahun
akan datang.

(b) Membentuk Himpunan Objektif

Apabila aliran persekitaran telah dianalisis, pengurus perlu membentuk


objektif yang menggunakan hasil daripada analisis ini untuk membentuk
objektif organisasi keseluruhannya.

Sebagai contohnya, analisis persekitaran yang dibuat menunjukkan


bahawa pesaing telah meningkatkan kualiti produknya secara berterusan
sejak lima tahun lepas dan hasilnya pesaing mendapat syer pasaran yang
besar. Sebagai reaksi kepada perubahan ini, pengurus perlu mewujudkan
objektif peningkatan kualiti syarikat, bagi membolehkan syarikat bersaing
di pasaran terbuka. Objektif ini perlu diwujudkan secara langsung hasil
daripada proses mengenal pasti aliran dalam persekitaran organisasi dan
daripada sudut keuntungan syarikat.

Antara bentuk objektif yang terdapat dalam organisasi ialah

(i) Objektif kewangan—Objektif kewangan adalah sasaran


organisasi yang berkaitan dengan isu-isu kewangan. Ia
dipengaruhi sama ada oleh pulangan ke atas pelaburan
atau perbandingan kewangan dengan pesaing-pesaing.

121
(ii) Objektif percampuran pasaran produk—Objektif
campuran pasaran produk ialah objektif yang
menggariskan jenis-jenis produk dan bilangan atau
campuran produk yang organisasi tawarkan kepada
pelanggan.

(iii) Objektif fungsional—Objektif fungsional adalah sasaran


yang ingin dicapai oleh organisasi yang berhubung
dengan fungsi-fungsi pengurusan dalam organisasi yang
penting seperti pemasaran, perakaunan, pengeluaran dan
personel. Objektif fungsional yang konsisten dengan
objektif kewangan dan campuran pemasaran produk
perlu diwujudkan dalam bidang-bidang ini. Individu
dalam organisasi perlu melaksanakan fungsi masing-
masing bagi membantu organisasi mencapai objektifnya.

(c) Membentuk Hierarki Objektif

Objektif organisasi perlu dipecahkan kepada sub-objektif supaya individu


pada berbagai tahap yang berbeza dalam organisasi tahu apa yang mesti
mereka lakukan untuk mencapai objektif keseluruhan organisasi. Objektif
organisasi hanya akan dicapai apabila sub-objektif telah dipenuhi.
Hierarki objektif adalah objektif keseluruhan dan sub-objektif ialah
objektif yang diberikan (assign) kepada berbagai individu atau unit dalam
organisasi.

Rajah 5.2 menunjukkan hierarki objektif bagi sesebuah organisasi. Dalam


hierarki ini, mungkin akan berlaku sub-optimization. Sub-optimization adalah
keadaan apabila berlaku konflik atau tidak sealiran antara sub-objektif
organisasi. Sub-optimization boleh diminimumkan melalui kefahaman yang
lengkap bagaimana bahagian dalam organisasi berhubung antara satu
sama lain.

5.6.2 Panduan Mewujudkan Objektif yang Berkualiti

Oleh kerana pembentukan objektif begitu penting dalam organisasi,


maka adalah mustahak bagi seseorang pengurus mengetahui bagaimana
cara untuk mewujudkan objektif yang berkualiti. Berikut disenaraikan
beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengurus untuk
meningkatkan kualiti objektif yang dibentuk.

122
(i) Pengurus perlu membenarkan orang yang
bertanggungjawab untuk mencapai objektif menyuarakan
pendapat mereka.
(ii) Pengurus perlu menyatakan objektif secara terperinci dan
khusus yang mungkin.
(iii) Pengurus perlu menghubungkan objektif dan tindakan
untuk mencapai objektif dalam bentuk yang khusus
(spesifik).
(iv) Pengurus perlu menentukan keputusan yang dijangkakan
dengan tepat.
(v) Pengurus perlu menetapkan matlamat yang agak tinggi
yang mana kakitangan perlu berusaha untuk
mencapainya, tetapi tidak terlalu tinggi sehingga
kakitangan mengalah (tidak meneruskan) daripada
berusaha untuk mencapainya.
(vi) Pengurus perlu menentukan bila matlamat perlu dicapai.
(vii) Pengurus perlu menetapkan objektif dan hubungan
dengan lain-lain objektif organisasi.
(viii) Pengurus perlu menyatakan objektif dengan ringkas dan
jelas.

5.6.3 Panduan Mengoperasikan Objektif

Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk yang boleh dilaksanakan


(operasional) dan dalam istilah yang boleh diukur dan di lihat. Jika
pengurus telah mewujudkan objektif yang berbentuk operasional,
pengurus tersebut akan mampu untuk menyatakan sama ada objektif
yang dibentuk telah tercapai atau tidak, iaitu dengan cara
membandingkan hasil sebenar dengan penyataan matlamat.

Di bawah ini diberikan beberapa contoh objektif yang berbentuk


operasional dan yang tidak berbentuk operasional.

(a) Objektif yang Tidak Berbentuk Operasional

(i) Meningkatkan kualiti produk.


(ii) Meningkatkan komunikasi.
(iii) Meningkatkan tanggungjawab sosial.

(b) Objektif yang Berbentuk Operasional (Rujuk Contoh)

(i) Mengurangkan jumlah barangan yang dipulangkan


semula oleh pelanggan sebanyak satu peratus
(meningkatkan kualiti produk).

123
(ii) Mengadakan mesyuarat mingguan dan mengadakan
buletin dalaman untuk meningkatkan komunikasi
(meningkatkan komunikasi).
(iii) Melibatkan diri dalam memberi sumbangan derma
kepada rumah kebajikan sebanyak RM10,000 setahun
(meningkatkan tanggungjawab sosial).
Rajah 5.2
Hierarki Objektif

PENGURUSAN ATASAN
1. Mewakili kepentingan pemegang saham
– keuntungan 10% atau lebih.
2. Memberi servis kepada pelanggan
melalui servis yang berkualiti.
3. Mengekalkan pertumbuhan aset dan
jualan – pertumbuhan dua kali ganda.

JABATAN PENGELUARAN JABATAN JUALAN JABATAN PERAKAUNAN


1. Mengekalkan kos pengeluaran 1. Memperkenalkan produk baru 1. Pinjaman tidak melebihi nilai
tidak melebihi 10% jualan. dalam jangka masa 10 tahun. 10% daripada aset.
2. Meningkatkan produktiviti 2. Mengekalkan syer pasaran pada 2. Membayar dividen pada kadar
buruh sebanyak 2%. tahap 10%. 50%.
3. Mengekalkan inventori pada 3. Mengekalkan kos pengiklanan 3. Penyediaan penyata bulanan
tahap 6 bulan jualan. pada 4% jualan. kepada jabatan operasi pada
10. haribulan setiap bulan

PENYELIA PENGURUS JUALAN PENGURUS PEJABAT


1. Mengekalkan sokongan (CAWANGAN) 1. Mengekalkan cycle billing
kepada para pekerja. 1. Memenuhi kuota jualan setiap dalam masa 3 hari
2. Mengekalkan standard minggu. daripada tarikh jangkaan.
pengeluaran. 2. Mengunjungi pelanggan penting 2. Menyediakan laporan
3. Meminimumkan kerosakan setiap bulan. seminggu lebih awal.
produk. 3. Memberi sokongan
kepada jurujual.

Sumber: Certo. (1997). Modern management, 122.

5.6.4 Pencapaian Objektif

Pencapaian objektif organisasi merupakan satu matlamat yang ingin


dicapai oleh pengurus. Ini hanya boleh dicapai melalui tindakan yang
dilakukan dengan betul dalam organisasi atau melalui proses analisis
means end. Analisis means end merupakan satu proses menentukan cara-
cara (means) bagaimana berbagai objektif atau ends (matlamat akhir) dalam
organisasi boleh dicapai.

124
Analisis means end memerlukan beberapa langkah

(i) Mulakan dengan matlamat umum yang hendak dicapai.


(ii) Dapatkan satu set cara-cara (means) untuk mencapai
matlamat itu.
(iii) Ambil setiap cara (means) sebagai sub matlamat dan
dapatkan cara-cara (means) yang lebih terperinci untuk
mencapainya.

Seperti yang telah kita pelajari pada awal bab ini, objektif organisasi
wujud ekoran daripada tujuan organisasi dan ia akan dipengaruhi oleh
elemen-elemen dalam persekitaran organisasi. Pengurus perlu memahami
bahawa pengaruh yang membentuk objektif organisasi kerana apabila
pengaruh ini berubah, objektif yang dibentuk juga akan turut berubah.
Pengurus seharusnya tidak melihat objektif sebagai sesuatu yang tidak
boleh diubah, malah adalah menjadi tanggungjawab pengurus untuk
mengemas kini objektif organisasi apabila diperlukan.

5.7 PENGURUSAN MELALUI OBJEKTIF (MBO)

Kebanyakan pengurus mendapati bahawa objektif organisasi merupakan


sesuatu yang penting dan merupakan sebahagian daripada asas dalam
pengurusan. Ini menyebabkan mereka menggunakan pendekatan yang
khusus bagi objektif. Pendekatan ini dikenali sebagai Pengurusan Melalui
Objektif (MBO) yang telah dipopularkan oleh Peter Drucker. Walaupun
pendekatan ini selalu dibincangkan dalam konteks syarikat yang
berorientasikan keuntungan, namun MBO juga boleh diaplikasikan bagi
organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan.

Strategi MBO ini mempunyai tiga ciri utama, iaitu

(i) semua individu dalam sesebuah organisasi diberikan satu


set objektif khusus yang perlu dicapai dalam suatu jangka
masa yang ditetapkan. Objektif ini kebiasaannya telah
dibentuk dan dipersetujui bersama oleh individu dan
pengurus;
(ii) Penilaian prestasi dibentuk secara berskala untuk
menentukan sejauh mana individu telah mencapai
objektif masing-masing; dan
(iii) Ganjaran akan diberikan kepada individu yang terlibat
atas dasar sejauh mana mereka mencapai matlamat yang
ditetapkan.

125
Proses membentuk Pengurusan Melalui Objektif meliputi lima langkah,
iaitu

(i) Pengurus perlu mengkaji semula objektif organisasi


kerana pengurus perlu memahami dengan jelas objektif
keseluruhan organisasi.
(ii) Menetapkan objektif pekerja—perlu wujud persetujuan
bersama antara pekerja dan majikan mengenai objektif
yang perlu di capai.
(iii) Dalam satu skala masa tertentu, pengurus dan pekerja
akan sama-sama melihat kemajuan yang telah dicapai.
(iv) Pada akhir tempoh yang telah ditetapkan, prestasi pekerja
akan diukur untuk mengetahui sejauh mana objektif telah
dicapai.
(v) Ganjaran diberikan kepada pekerja mengikut sejauh mana
objektif telah dicapai.

SOALAN DALAM TEKS 5.5

1. Berikan maksud Pengurusan Melalui Objektif


(MBO).

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.8 RUMUSAN

Objektif organisasi merupakan sasaran yang menjadi arah tuju sesebuah


organisasi, tidak mengira saiz atau tujuan organisasi diwujudkan. Secara
amnya, objektif boleh di lihat dari dua sudut, iaitu objektif organisasi dan
objektif individu. Kepentingan objektif kepada organisasi tidak perlu
dipertikaikan kerana ianya adalah matlamat penubuhan organisasi.
Objektif boleh menjadi panduan kepada tindakan yang perlu diambil
dalam organisasi, menjadi alat pengukur kecekapan organisasi dan
sebagai alat untuk menilai prestasi individu dalam organisasi.

Seorang pengurus bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan


objektif yang diwujudkan adalah berkualiti tetapi juga perlu memastikan
yang ia mampu dilaksanakan. Dalam aliran pengurusan moden hari ini,
wujud satu bentuk pendekatan yang menggunakan objektif sebagai asas
dalam aktiviti pengurusan yang dikenali sebagai Pengurusan Melalui
Objektif (MBO).
126
Cuba anda cari dalam keratan akhbar atau sumber-
sumber bacaan yang lain mengenai objektif organisasi di
Malaysia. (Contohnya, objektif organisasi seperti MAS,
STM, Perwaja, Hotel Hilton, dan lain-lain).

Cuba anda fikirkan bagaimana MBO boleh dijalankan


dalam sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan
seperti hotel, hospital, perpustakaan, dan lain-lain.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

Jawab betul atau salah bagi penyataan berikut:

1. Objektif organisasi perlu menggambarkan tujuan dan misi


organisasi.
Betul/Salah

2. Sub-optimization adalah keadaan di mana sub-objektif organisasi


dibentuk bagi mencapai objektif organisasi keseluruhannya.
Betul/Salah

3. Objektif jangka panjang adalah sasaran organisasi untuk dicapai


dalam jangka masa satu hingga lima tahun.
Betul/Salah

4. Objektif dibentuk berdasarkan tujuan dan persekitaran


organisasi.
Betul/Salah

5. Salah satu daripada tugas pengurus yang penting adalah membuat


keputusan mengenai objektif organisasi.
Betul/Salah

Soalan Esei

1. Terdapat bentuk objektif dalam sesebuah organisasi. Nyata dan


jelaskan objektif-objektif tersebut.

2. Nyatakan lima langkah proses membentuk Pengurusan Melalui


Objektif.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

127
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1

Objektif organisasi adalah target/sasaran yang menjadi arah tujuan


sesebuah sistem pengurusan.

SDT 5.2

Ia membolehkan pengurus dan ahli-ahli organisasi yang lain mendapat


panduan mengenai sesuatu tindakan.

SDT 5.3

Objektif organisasi adalah sasaran/target organisasi secara keseluruhan


dan merangkumi berbagai bidang, manakala objektif individu adalah
matlamat yang berbentuk personal bagi ahli-ahli dalam organisasi.

SDT 5.4

(i) kedudukan pasaran


(ii) inovasi
(iii) produktiviti
(iv) sumber fizikal dan kewangan
(v) keuntungan
(vi) pembangunan dan prestasi pengurusan
(vii) sikap dan prestasi pekerja
(viii) tanggungjawab sosial

SDT 5.5

Pengurusan Melalui Objektif adalah satu pendekatan pengurusan yang


menggunakan objektif organisasi sebagai satu cara (means) atau kaedah
utama untuk mengurus organisasi.

128

Anda mungkin juga menyukai