Anda di halaman 1dari 9

Contoh penulisan kertas 3

Tema 8 : Tamadun Islam dan Perkembangannya

Tajuk 8.2 : Kerajaan Islam Madinah

Contoh soalan :

Huraikan bagaimanakah proses pembentukan Negara Madinah oleh Nabi Muhammad SAW menjadi
contoh kepada proses pembentukan Negara bangsa Malaysia yang merdeka?

1.0 Pengenalan
Jelaskan latar belakang pembentukan Piagam Madinah (5 markah)

Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah bertulis yang berpandukan wahyu
Allah S.W.T. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab
ketua Negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan
Ansar) dengan orang bukan Islam (Yahudi dan Suku Arab Lain). Kandungan piagam ini lengkap,
menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

2.0 Kandungan Piagam Madinah


Huraikan isi kandungan Piagam Madinah (30 markah)

Pembentukan Piagam Madinah telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Piagam
Madinah mengandungi 47 fasal, iaitu 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang
Islam dan tanggungjawab mereka. Manakala 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang
bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap Negara Madinah. Perlembagaan Madinah merupakan
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan menjadi asas kepada sebuah Negara yang
berdaulat. Kandungan piagam ini boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting iaitu politik, social,
agama, perundangan, ekonomi, pertahanan dan kedudukan Yahudi.

a. Politik
Dari aspek politik, NabI Muhammad s.a.w berperanan pemimpin kerajaan Madinah yang
mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Baginda juga adalah sebagai ketua
hakim dan bertindak menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang
bukan Islam berasaskan semangat musyawarah dan keadilan.

b. Agama
Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing. Setiap individu mestilah
menghormatii agama yang dianuti oleh individu yang lain. Sikap buruk sangka dari segi agama
seperti diamalkan sebelumnya dilarang sama sekali. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah
memaksa mereka yang bukan Islam supaya memeluk Islam , contohnya, orang Yahudi bebas
mengamalkan ajaran agama mereka.
c. Sosial
Dari segi social, masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong
menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Perasaan benci membenci dan
mementingkan diri sendiri dielakkan bagi menjaga keharmonian Negara

d. Perundangan
Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan yang
bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan. Undang-undang ini menjadikan peraturan dan
amalan hidup lebih tersusun dan diterima ramai. Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah
bukan bertujuan menzalimi tetapi untuk menginsafkan pesalah dan orang lain. Islam telah
menetapkan syarat bahawa perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah berlaku. Sesuatu
hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang bersalah dapat dilakukan dengan adil dan
diterima dengan senang hati.

e. Ekonomi
Piagam Madinah menetapkan bahawa tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi.
Islam juga melarang riba dan penindasan.

f. Pertahanan
Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah
daripada ancaman musuh luar. Sikap bertanggungjaawab menjaga Negara amat penting demi
kesejahteraan rakyat.

g. Kedudukan Yahudi
Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan Yahudi sebagai rakyat Madinah. Mereka
mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati keselamatan dan
kebebasan. Mereka dibenarkan tinggal di Madinah. Kedudukan mereka terjamin terjamin dan
selamat selagi mereka mematuhi Piagam Madinah. .Mereka juga tidak dibenarkan bertindak
sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru hara. Piagam Madinah yang digubal mengambil
kira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama dalam sebuah Negara. Dengan
itu perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan.

3.0 Kepentingan Piagam Madinah


Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan tamadun Islam (15 markah)

Kerajaan Islam Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan
panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam. Kerajaan ini dilengkapi
perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Unsur-unsur Islam
boleh dipraktikkan dalam sesebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan
agama. Nabi Muhammad s.a.w Berjaya mengatur sebuah pemerintahan lengkap iaitu merangkumi
peraturan yang berkaitan dunia dan akhirat.
Berasaskan Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w Berjaya membentuk masyarakat baru
berasaskan ummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman. Nilai hidup yang ditanam
adalah berasaskan semangat ukhuwah Islamiah. Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama, dengan
itu konsep keadilan telah dipraktikkan di Madinah. Islam telah menekankan persamaan hak dan
persaudaraan Islam. Tiada lagi perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat. Amalan dan sifat positif
yang dipraktikkan oleh Negara Madinah oleh kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w seperti semangat
perpaduan, bantu-membantu, dan rela berkorban tentu boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat
Malaysia pada hari ini.
Masyarakat Madinah terdiri daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami
sebuah Negara yang undang-undang yang lengkap dan sempurna. Syariah Islam yang diperkenalkan
adalah adil. Pembentukan perundangan yang sesuai dalam sebuah Negara boleh diikuti oleh
kesemua masyarakat.
Piagam Madinah juga Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik. Setiap kaum terikat
dengan undang-undang yang digariskan. Orang Yahudi, misalnya, tidak boleh menindas kaum Arab
yang lain. Kesemua bangsa ada hak dalam Negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan
dan cara hidup yang panduan masyarakat. Mereka bertanggungjawab mempertahankan
keselamatan Negara Madinah daripada serangan luar. Kerjasama daripada semua masyarakat,
menyebabkan Madinah menjadi kuat dan disegani Negara luar di sekitarnya dan di Semenanjung
Tanah Arab.

4.0 Kandungan Piagam Madinah boleh dipraktikkan dalam Negara kita yang mempunyai
pelbagai kaum. (15 markah)

Kandungan Piagam Madinah boleh dipraktikkan dalam Negara kita untuk menjamin perpaduan
kaum. Ini adalah kerana setiap kaum dalam kerajaan Madinah yang berasaskan Piagam Madinah
adalah sama rata tarafnya. Setiap kaum bertanggungjawab mempertahankan Negara dan menjaga
keamanan Negara. Jika Piagam Madinah diamalkan, keadilan social dapat diwujudkan. Keadaan ini
mewujudkan persefahaman dan perasaan sanggup bantu membantu.
Selain itu, kandungan dari Piagam Madinah juga menekankan pelaksaan undang-undang yang adil.
Perundangan yang lengkap dan adil ini akan membawa kepada kehidupan masyarakat yang lebih
sistematik terutama bagi Negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Selain itu, dalam bidang ekonomi, amalan jujur dalam perniagaan ditekankan. Jika amalan ini
diterapkan akan lahir masyarakat Malaysia yang sentiasa mematuhi peraturan dan bekerjsama
antara satu sama lain. Amalan seperti bersedekah , menjauhi riba dan penindasan akan membantu
meningkatkan ekonomi Negara.
Kandungan Piagam Madinah sesuai dipraktikkan dalam negera kita kerana pelaksanaan nilai-nilai
Islam dalam pentadbiran akan melahirkan kepimpinan yang adil, jujur dan amanah, masyarakat yang
bersatu padu serta meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi. Keadaan ini akan melahirkan
masyarakat yang sentiasa menghormati budaya dan agama bangsa lain. Seterusnya menjamin
keamanan di mana lahir semangat ukhuwah Islamiah serta tidak mementingkan diri sendiri.
Keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam
Piagam Madinah membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan.
Maka akan lahirlah masyarakat Malaysia yang dapat meraikan semua perayaan kaum di Negara ini
dalam suasana yang aman, harmoni, serta saling menghormati antara satu sama lain tanpa
mengenal batas agama dan budaya.

5.0 Manfaat warganegara Malaysia apabila mematuhi perundangan Negara . (10 markah)

Sekiranya warganegara Malaysia mematuhi perundangan Negara, banyak manfaat yang akan
diperoleh. Warganegara yang mematuhi perudangan Negara merupaka warganegara yang setia.
Keadaan ini akan mewujudkan perasaan hormat menghormati dalam kalangan rakyat. Seterusnya akan
mewujudkan perpaduan kaum. Situasi ini akan melahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan
keamanan Negara akan terjamin. Selain itu kejadian jenayah juga dapat dikurangkan. Malahan
pembangunan Negara dan pembangunan ekonomi akan berjalan lancar. Situasi ini akan menyumbang
kepada pengekalan kedaulatan Negara dan pentadbiran Negara akan berjalan lancar

6.0 Langkah-langkah bagi melahirkan warganegara yang setia kepada Negara. (10 markah)

Banyak langkah yang diambil untuk melahirkan warganegara yang setia kepada Negara. Mata
pelajaran Sejarah dan Sivik dan Kewarganegaraan turut menyumbang kepada melahirkan
warganegara yang setia kerana melalui proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan
ditanamkan dengan semangat cintak akan Negara. Selain itu konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan
turut menekan semangat perpaduan dan cinta akan Negara. Semangat setia Negara juga dipupuk
melalui lagu kebangsaan kita iatu ‘Negaraku’ yang dinyanyikan pada setiap kali perhimpunan.
Keadaan ini akan melahirkan rasa cinta terhadap Negara. Media massa memainkan peranan yang
penting menyiarkan kempen-kempen cinta akan Negara dan semangat setia Negara serta
memaparkan drama atau filem tentang pejuang-pejuang kemerdekaan. Pelajar-pelajar juga boleh
dipupuk semangat setia Negara melalui kegiatan kokurikulum seperti aktivti bulan kemerdekaan,
minggu bahasa dan lain=lain lagi. Malahan program Latihan Khidmat Negara juga menyumbang ke
arah memupuk semangat setia Negara melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.0 Penerapan nilai-nilai murni /patriotime/iktibar yang perlu ada pada diri pelajar dalam mendaulatkan
Perlembagaan Malaysia. (10 markah)

Sebagai warganegara Malaysia yang sentiasa mendaulatkan Perlembagaan Malaysia, pelajar perlu
mempunyai sikap hormat menghormati antara satu sama lain terutamanya dengan pelajar yang
berlainan bangsa supaya terjalin keharmonian dan perpaduan bangsa. Sikap seperti ini akan
melahirkan sikap bertolak ansur kerana sikap ini penting dalam menjamin perpaduan kaum. selain
itu pelajar juga perlu mempunyai sikap seperti bekerjasama dan tolong menolong supaya tidak ada
perasaan hasad dengki . Malahan pelajar juga perlu mempunyai semangat cinta akan Negara dan
sanggup berkorban untuk Negara. Nilai-nilai seperti ini perlu ada untuk menjamin kesentosaan
Negara dan seterusnya mendaulatkan perlembagaan Negara. Di samping itu, sikap berdikari juga
perlu ada dalam diri pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan sentiasa berusaha
untuk kejayaan. Malahan pelajar juga perlu mempunyai sikap seperti sabar dan tidak mudah
melenting serta bertindak secara rasional. Dalam usaha mendaulatkan perlembagaan Negara,
pelajar perlu mematuhi undang-undang Negara dan sentiasa menjaga nama Negara agar tidak
tercemar pada mata dunia.

8.0 Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh ialah beberapa cirri Kerajaan Madinah sebenarnya terdapat di Negara
kita terutamanya dari segi rakyat yang berbilang kaum. Keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai
yang terdapat dalam kerajaan Madinah dan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
membolehkan keharmonian dan kesejateraan masyarakat terus berkekalan.
Amalan seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela berkorban boleh dipupuk dalam
masyarakat Malaysia pada hari ini.
Saya berharap pelajar-pelajar juga perlu dipupuk dengan nilai-nilai tersebut sejak di peringkat
sekolah rendah supaya menjadi amalan dan kebiasaan dan seterusnya Negara kita aman dan damai.
Selain itu, diharapkan perlembagaan Malaysia terus dihormati dan dipatuhi oleh semua lapisan
masyarakat untuk melahirkansebuah Negara yang maju, aman dan makmur

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan
serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi. Prinsip dan nilai murni
yang ditunjukkan menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi
kepimpinan negara. Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang
menjadi asas pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan kaitannya dengan
Malaysia hari ini.

1.0 PENGENALAN (5 markah)


Ceritakan latar belakang dan konsep hijrah Nabi Muhammad SAW
 Murid perlu menceritakan latar belakang dan konsep hijrah.
 Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 119

2. MEMAHAMI (30 markah)

Terangkan tentang perkara berikut :


 Sebab-sebab dan tujuan hijrah Nabi Muhammad SAW (15 markah)
 Kepentingan peristiwa hijrah (15 markah)
o Murid perlu menerangkan tentang sebab, tujuan dan kepentingan hijrah.
o Rujuk buku teks SejarahTingkatan 4 halaman 119 – 124

3. MENGANALISIS (15 markah)

Terangkan penubuhan kerajaan Islam di Madinah melalui pembentukan Piagam


Madinah
 Murid perlu menerangkan tentang pembentukan Piagam Madinah daripada
aspek kandungan dan kepentingan.
 Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 124 – 129

4. MENGAPLIKASI (15 markah)


Bagaimanakah semangat hijrah boleh diaplikasikan untuk memajukan masyarakat
Malaysia hari ini ?

Semangat hijrah boleh mendorong kemajuan masyarakat di Malaysia pada hari ini
melalui nilai sanggup berkorban seperti orang Islam Makkah yang berkorban
meninggalkan
kehidupan mereka di Makkah. Murid misalnya perlu berkorban masa dan tenaga
demi mengejar
masa depan lebih baik.
Selain itu , hijrah juga menunjukkan kepada kita pentingnya menyusun strategi
yang betul
untuk mencapai kejayaan. Seorang murid misalnya, perlu berusaha bersungguh-
sungguh untuk belajar dan merancang demi masa depan yang gemilang.
Peristiwa hijrah juga mendidik kita supaya sentiasa berusaha untuk berubah
sentiasa
bersiap-sedia dan bersikap terbuka menerima perubahan supaya kita tidak
ketinggalan dan sesuai dengan perkembangan semasa seperti dalam bidang
teknikal dan teknologi maklumat.
Seterusnya, peristiwa hijrah juga mengajar kita perlu sentiasa bekerjasama dan
bantu
membantu antara satu sama lain. Bagi memajukan ekonomi misalnya, seluruh
masyarakat perlu berganding bahu bagi memastikan kemajuan Malaysia dapat
dicapai.
Kita juga mesti berani menghadapi cabaran. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa
hijrah
yang mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam menghadapi pelbagai cabaran.
Masyarakat Malaysia perlu berani menghadapi cabaran ke arah menjayakan
Wawasan 2020.
Kita juga mesti sentiasa berpegang kepada ajaran agama. Ini membolehkan kita
hidup aman damai walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza. Masyarakat
Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni mampu membentuk keharmonian
negara.
Peristiwa hijrah juga memberi pengajaran kepada kita pentingnya aspek perpaduan.
Dalam
negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, aspek perpaduan amat penting
kerana tanpa
perpaduan, kesejahteraan negara akan hancur. Seterusnya memberi impak kepada
kemajuan negara.
Peristiwa hijrah juga membuktikan kebijaksanaan pemimpin memainkan peranan
penting ke arah kegemilangan negara. Kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin
terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
terbukti telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meningkatkan imej
negara di persada dunia.

5. MENILAI (10 markah)


Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara menjadi agenda penting
pemimpin
negara. Buktikan.

Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pentadbiran negara ialah Amanah ,
Tanggungjawab , Ikhlas, Dedikasi Sederhana, Tekun, Bersih, Berdisiplin,
Bekerjasama, Berbudi, dan Mulia Bersyukur

Bukti :
Nilai-nilai Islam tersebut diterapkan dalam agensi dan slogan :
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
 Piagam Pelanggan jabatan kerajaan
 Mahkamah Syariah
 Perbankan Islam
 Kepimpinan Melalui Teladan Bersih, Cekap dan Amanah
 Wawasan 2020
 Dasar Pembangunan Modal Insan
 Dasar Pandang ke Timur

6. MENJANA IDEA (10 markah)

Perpaduan merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan


2020.
Cadangkan langkah-langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia.

Antara langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia ialah melalui aktiviti


kokurikulum. Sukan contohnya dapat memantapkan perpaduan melalui
penglibatan semua kaum dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti dalam
Kejohanan Peringkat MSSM atau pun Sukan Malaysia (SUKMA).
Selain itu, pendidikan juga berperanan sebagai medium memantapkan perpaduan.
sekolah kebangsaan dan Sekolah Wawasan perlu diperkasakan kerana sekolah–
sekolah ini menjadi tumpuan semua kaum. Penggunaan kurikulum yang sama di
peringkat sekolah dapat
menyatukan pelbagai kaum di negara kita.
Masyarakat juga berperanan dalam mengukuhkan perpaduan negara. Aktiviti-
aktiviti
kemasyarakatan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan jaya. Program-program
seperti
gotong-royong perdana, ziarah-menziarahi, rumah terbuka dan rukun
tetangga akan
dapat meningkatkan rasa saling memerlukan dan hormat-menghormati dalam
kalangan masyarakat.
Kerajaan juga perlu melaksanakan pelbagai dasar yang menjurus ke arah
memantapkan
perpaduan rakyat. Kempen-kempen melalui media massa, pelaksanaan konsep
1Malaysia dan pengamalan prinsip Rukun Negara yang mantap perlu dilaksanakan
demi mengukuhkan perpaduan.

7. IKTIBAR (10 markah)

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah penuh dengan nilai-nilai murni, iktibar dan
unsur patriotismenya. Nyatakan unsur-unsur tersebut yang dapat membawa
masyarakat dan negara kita ke mercu kegemilangan.

Antara nilai yang boleh dicontohi ialah


 Semangat setia kawan
 Kepatuhan kepada pemimpin
 Sedia berkorban
 Sikap tidak putus asa
 Bersikap terbuka/rasional
 Kebijaksanaan pemimpin/pemimpin berwibawa
 Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara
 Bersatu padu Berusaha dan
 bertawakal kepada Allah SWT.

8. MERUMUS (5 markah)
Rumuskan tentang pembentukan kerajaan Islam di Madinah daripada aspek
pengetahuan
yang diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa
depan
Malaysia yang lebih cemerlang.

Antara rumusan yang boleh dibuat ialah pembentukan kerajaan Islam di Madinah
membuktikan bahawa corak pentadbiran berlandaskan Islam mampu
membawa negara
ke mercu kegemilangan.
Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa tiada sesuatu yang boleh diperoleh
dengan
mudah. Setiap kejayaan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan.
Kecemerlangan
dalam pendidikan misalnya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa
mengenal erti
putus asa.
Masyarakat perlu menunjukkan komitmen dan meningkatkan perpaduan untuk
menjamin kejayaan Malaysia. Adalah menjadi harapan, kemajuan negara dapat
terus dipacu terutamanya untuk merealisasikan Wawasan 2020. Kejayaan negara
juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan berwibawa.

(sumber: bulletin sejarah kpm)

Anda mungkin juga menyukai