Anda di halaman 1dari 12

Tajuk : Tanggungjawab Majikan dalam Isu Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja

Pendahuluan

Peruntukan mengenai kesihatan dan keselamatan terletak di dalam Akta Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Selaras dengan Akta ini, ia dalah kewajipan
setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan pekerjaan. Kewajipan yang
telah disebut di atas adalah termasuk penyediaan dan penyelenggaraan loji dan sistem
kerja yang selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan; pengurusan untuk
menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko terhadap kesihatan dalam penggunaan
atau pengendalian, penyimpanan loji dan bahan; penyediaan maklumat, arahan dan
penyeliaan; kweujudan cara yang selamat untuk akses masuk dan keluar; dan
pengadaan dan penyenggaraan persekitaran kerja yang selamat dengan kemudahan
yang mencukupi bagi kebajikan pekerja di tempat kerja.

Adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri untuk
menyediakan (dan menyemak semula apabila perlu) polisi keselamatan dan kesihatan
yang wujud dan dasar yang terlibat itu haruslah diwujudkan di dalam organisasi
tersebut. Segala dasar dan apa-apa semakan di dalamnya dikehendaki untuk
disampaikan oleh majikannya kepada semua perkerjanya. Apabila perkara-perkara
yang disebut telah dilanggar,maka pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

Terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan perlindungan peribadi


dan peralatan untuk perlindugan terhadap bahan-bahan berbahaya iaitu Akta Kilang
dan Jentera 1967 ,Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514) dan
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan
Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk gogal, sarung tangan, sarung kaki, topi,
dan losyen pelindung telah disentuh di bawah Akta Jentera 1967. Total kos dan caj
bagi penyediaan PPE tidak boleh dikenakan ke atas pekerja di mana Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah menyatakan bahawa Tiada majikan boleh melevi
atau membenarkan untuk dilevi ke atas mana-mana pekerjanya apaapa caj berkenaan
dengan apa-apa jua yang dilakukan atau diadakan menurut Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya. Tanggungjawab pekerja adalah untuk memakai
(atau menggunakan) PPE yang disediakan oleh majikan dalam mencegah risiko
keselamatan dan kesihatan serta mematuhi arahan berkenaan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan pekerja yang disediakan oleh majikan atau mana-mana orang lain
di bawah Akta 514.

Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan


Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000
mempertimbangkan peruntukan (PPE)kelengkapan pelindung diri yang diluluskan
sebagai langkah kawalan (untuk mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan).

Perbincangan Isu

Ramai pekerja yang tidak menyedari tentang kepentingan aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan sehingga sesuatu kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku.
Terdapat juga di kalangan kakitangan media yang melihat isu keselamatan dan
kesihatan pekerjaan sebagai kurang menarik dan meletakkan keutamaan yang rendah
dari segi liputan akhbar. Hakikatnya, isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
adalah terlalu penting untuk diabaikan. Tidak mengendahkan tentang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan akan mengundang bencana. Pihak media boleh memainkan
peranan yang utama dalam mempromosikan kesedaran tentang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Kesan daripada sumbangan dari pihak media ini bukan sahaja
dapat menjadikan pihak industri, majikan dan pekerja memberikan lebih perhatian
tentang espek ini tetapi juga dapat mengurangkan lagi kemalangan dan kecederaan di
tempat kerja.

Semua jenis industri termasuk industri media perlu bersikap lebih sensitif terhadap
keperluan keselamatan di tempat kerja dan berusaha ke arah kemalangan sifar. Mereka
yang terlibat dalam industri media tidak harus dikecualikan dalam mengenal pasti
potensi hazad-hazad yang terdapat di tempat kerja mereka yang boleh menyebabkan
mereka terdedah kepada kecederaan.

Pada 1 Mei merupakan Hari Pekerja yang di sambut di Malaysia. Ianya juga merupakan
Hari Kelepasan Am. Paling mudah faham hari cuti. Tetapi tak semua dapat merasai cuti
pada hari tersebut samada Sektor Swasta mahupun Awam. Sebagai meraikan pekerja
yang telah banyak berkorban demi kebaikan dan kemudahan serta keselamatan orang
lain. Sempena Hari Pekerja 2017 nak dikongsikan mengenai 5 Sektor Pekerjaan Yang
Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia.

Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia

Setiap sektor pekerjaan mempunyai risiko tersendiri. Dari sekecil-kecil jawatan


hinggalah sebesar-besar jawatan mempunyai risiko tersendiri. Mengenai 5 Sektor
pekerjaan yang mempunyai statistik kemalangan tertinggi Di Malaysia dan ianya di
rujuk kepada data Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia (DOSH) Disember
2016.

Statistik ini bukanlah direka tetapi menurut kes-kes yang disiasat. Jadi ianya sebuah
rujukan yang agak tepat.

1) Sektor Pengilangan

Sektor pengilangan telah direkodkan dengan jumlah kemalangan tertinggi termasuk


kematian, kehilangan upaya kekal dan kehilangan upaya tidak kekal. Mungkin siapa
yang pernah melangkah kaki ke alam pengilangan tahu bertapa risikonya pekerja di
sektor ini. Walaubagaimanapun rekod kematian.

2) Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan pula mempunyai statistik kemalangan


kedua tertinggi. Nampak macam kurang bahaya tetapi sektor ini menduduki statistik
kemalangan kedua tertinggi.

3) Pembinaan

Sektor pembinaan biasanya kita lihat agak berisiko menduduki tempat ketiga. Kalau
dari segi pemikiran logik sektor ini dilihat lebih berisiko. Tetapi jika dilihat dari statistik
kemalangan maut sektor ini mempunyai statistik paling tinggi berbanding dua sektor di
atas.
4) Sektor Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

Sektor Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi berada pada tempat keempat


yang mana terdapat 13 kematian direkodkan serta 2 kehilangan upaya kekal. Kalau
ikutkan sektor ini juga berisiko dimana pengangkutan biasanya melibatkan jalanraya,
udara dan air. Penyimpanan pula mungkin melibatkan jentera-jentera berat.

5) Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Pelanggan

Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan pelanggan juga antara yang
berisiko. Ianya dicatatkan 16 kematian dan 11 kehilangan upaya kekal. Walaupun
secara mata kasar melihat sektor ini agak kurang berisiko. Tetapi dari data statistik
2016 sebenarnya memberikan jawapan yang berbeza.

Walaubagaimanapun ini cuma statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Malaysia berdasarkan kes yang disiasat. Mungkin diluar sana terdapat
banyak lagi kes-kes yang mungkin tidak diketahui. Setiap sektor pekerjaan sudah tentu
mempunyai risikonya yang tersendiri. Samada jawatan profesional ataupun sokongan,
jawatan besar mahupun kecil semuanya mempunyai nilai sumbangan yang tersendiri
untuk masayarakat. Tak kira di bidang mana pun kita sedang bekerja, kita perlu
berbangga kerana kita juga sebahagian yang menyumbang kepada kemajuan Negara.
Langkah harus diambil meningkatkan lagi kesedaran tentang keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja untuk kakitangan media yang terdiri daripada wartawan,
jurugambar, editor dan pereka grafik serta pekerja-pekerja yang terlibat di dalam proses
percetakan dan penyebaran.

Majikan perlu bersedia untuk melabur dalam bidang keselamatan pekerjaan manakala
pekerja perlu mengamalkannya di tempat kerja. Syarikat-syarikat perlu
memperuntukkan perbelanjaan tahunan bagi latihan keselamatan untuk membantu
mencegah kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan. Dalam usaha kakitangan
media mengharungi pelbagai ancaman dan risiko yang melanda dunia masa kini
contohnya kekejaman, perubahan cuaca, peningkatan risiko banjir, ancaman cuaca
panas serta penularan penyakit yang mudah berjangkit, kakitangan media perlu
diberikan latihan dan pendidikan untuk menguruskan risiko, hazad dan bencana ini. Isu-
isu utama tentang pendedahan risiko, potensi hazad dan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang efektif untuk mengurangkan tahap dan keterukan kecederaan
serta penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan harus dititik beratkan. Mana-mana
syarikat yang wujud inginkan keuntungan. Mereka tidak mahu beroperasi dalam
kerugian. Namun begitu, dalam keghairahan pihak majikan untuk mengaut keuntungan
yang tinggi aspek keselamatan pekerja diketepikan. Kita biasa membaca berita pekerja
putus tangan, terjatuh banguan, mengalami sakit mata dan bermacam cerita lagi. Maka
dengan itu, pihak kerajaan telah membentuk sebuah agensi kerajaan yang bertindak
sebagai agensi pelaksana bagi hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Agensi ini ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berada di bawah
Kementerian Sumber Manusia manakala agensi penyelidikan pula ialah Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan. Akta-akta juga dibentuk untuk
memastikan semua individu sama ada yang bekerja atau sesiapa sahaja yang berada
di premis pekerjaan sentiasa dilindungi dari bahaya kecederaan dan kemalangan
industri. Akta-akta tersebut ialah Akta Kilang dan Mesin 1967, Akta Kualiti Persekitaran
1974, dan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994.

Analisis

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri
untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa
bekerja semua pekerjanya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh menyebabkan
majikan didenda RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya. Seterusnya di
bawah seksyen 15(2) memperuntukkan bahawa majikan hendaklah setakat yang
praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja
untuk mereka termasuklah mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, membuat perkiraan tentang langkah-
langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan
pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya, menyelenggara tempat kerja serta
menyediakan keluar dan masuk yang selamat, dan menyediakan persekitaraan tempat
kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya yang tidak diingini seperti bising, habuk dan
sebagainya.

Kewajipan lain majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah menyediakan Polisi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, memastikan orang lain selain daripada
pekerjanya tidak tertedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang
dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya,
dan memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara
pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lain.

Analisis kes

Di dalam kes Mat Jusoh bin Daud v Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn Bhd, plaintif
telah diambil bekerja sebagai seorang penggergaji di kilang papan defenden. Beliau
telah tercedera semasa bekerja dan akibatnya tiga jari kanannya putus. Kemalangan
tersebut berlaku kerana majikannya tidak mengambil pekerja yang mencukupai untuk
melakukan kerja tersebut dan mesin yang digunakan juga tidak mencukupi. Mahkamh
telah memutuskan bahawa defenden cuai kerana tidak menyediakan jumlah pekerja
yang mencukupi untuk melakukan kerja tersebut dan tidak menyediakan sistem kerja
yang betul dan efektif.

Dalam kes Teong Wee Meow v Goh Poh Chan & YL, perayu yang merupakan majikan
telah mengupah beberapa orang pekerja termasuk si mati. Semasa bekerja, si mati
telah terhiu gas beracun dalam perigi. Sebelum insiden ini, telah terdapat pakerja yang
bekerja dalam perigi tersebut yang pengsan dan hal ini adalah di dalam pengetahuan
majikan. Mahkamah telah memutuskan bahawa majikan telah gagal menyediakan
sistem kerja yang selamat kerana gagal bertindak setelah mengetahui tentang
kewujudan gas beracun dalam perigi tersebut. Manakala, di dalam kes Lian Ann Lorry
Transport & Forwarding Sdn Bhd lwn Govindasamy, Mahkamah telah memutuskkan
bahawa menyediakan sistem kerja yang selamat adalah tanggungjawab majikan.
Kegagalan ini melayakkan pekerja membuat tuntutan ganti rugi. Fakta kes ini adalah
pekerja telah mengalami kecederaan serius akibat kemalangan semasa pemunggahan
gulungan permaidani daripada lori majikannya.

Seterusnya di dalam kes Galau Anak Paeng v Lim Phek San & YL, plaintif seorang
pekerja buruh telah diarahkan oleh majikannya untuk mencuci “roller” dengan kayu
semasa enjin masih bergerak. Beliau telah mengalami kecederaan pada tangan.
Berdaskan fakta, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa majikan mempunyai
kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi pekerja
daripada semua risiko.

Dalam kes Chang Fah Lin v United Engineers (M) Sdn Bhd & YL, plaintif yang bekerja
sebagai buruh binaan telah jatuh semasa bekerja memasang kepingan zink pada
bumbung setinggi 25 kaki dan mengalami kecederaan parah. Majikan di dalam kes ini
telah gagal menyediakan tali pinggang keselamatan untuk digunakan plaintif sebagai
langkah keselamatan. Plaintif telah menuntut ganti rugi terhadap defenden
pertama,kedua, dan ketiga atau mana-mana satu daripada mereka. Terdapat penafian
tanggungjawab antara defenden-defenden tersebut. Defenden pertama menghujahkan
bahawa oleh kerana kontrak pembinaan telah dimasuki maka defenden kedua telah
menjadi kontaktor bebas dan implikasinya defenden pertama tidak mempunyai kawalan
terhadap defenden kedua. Defenden pertama juga menghujahkan bahawa oleh kerana
kerja tersebut telah disubkontrakkan secara tidak sah oleh defenden kedua kepada
defenden ketiga, maka sebarang tuntutan ganti rugi hendaklah dibuat terhadap
defenden kedua atau ketiga. Defenden kedua menghujah bahawa plaintif adalah
pekerja kepada defenden pertama atau ketiga. Defenden ketiga walaupun mengakui
bahawa ia menyediakan pekerja tetapi adalah atas permintaan defenden pertama dan
kedua. Mahkamah memutuskan bahawa bukanlah tugas plaintif untuk membuktikan
dengan siapa beliau berkhidmat. Adalah memadai jika ada keterangan yang beliau
telah digajikan untuk menjalankan kerja tersebut oleh mana-mana defenden dan
kemalangan tersebut berlaku semasa dia menjalankan tugas. Telah wujud hubungan
“majikan dan pekerja” dan dibawah Common Law, wujud tugas berhati-hati oleh
defenden pertama, kedua, dan ketiga terhadap plaintif. Defenden kedua dan ketiga
khususnya mempunyai tugas berhati-hati terhadap plaintif yang merupakan pekerja
mereka.

Dalam kes Sim Kim San v Fong Ah Yin & YL, defenden pertama telah mendapat tender
daripada defenden ketiga untuk melakukan sesuatu kerja termasuklah mengganti dan
memasang “bull wheel” pada salah satu jendela kepunyaan defenden ketiga. Defenden
pertama telah menggajikan defenden kedua, seorang “foreman” bersama-sama pekerja
lain, termasuk plaintif. Plaintif telah mengalami kecederaan apabila tali besi yang
menggantung “bull wheal” tersebut putus. Mahkamah memutuskan bahawa defenden
kedua dan plaintif adalah pekerja kepada defenden pertama. Tali besi tersebut yang
digunakan oleh defenden kedua telah dibekalkan oleh “dredge master” dan tali tersebut
tidak cukup kuat untuk menampung barangan yang berat. Defenden kedua bertindak
sebagai “foreman” diputuskan tidak bertanggungan kerana beliau bertindak sebagai
wakil majikan. Lagipun beliau tidak boleh disifatkan mempumyai kemahiran dan
pengetahuan separti seorang jurutera. Defenden ketiga pula tidak bertanggungjawab
kerana dia telah melepaskan semua tanggungjawab kepada kontraktor iaitu defenden
pertama. Harus diingat bahawa tanggungjawab majikan hanyalah kepada pekerjaan
pekerja yang dilakukan dalam bidang kuasanya tanpa apa-apa kecuaian. Sekiranya
pekerjaan yang dilakukan pekerja adalah bukan bidang tugasnya, maka majikan adalah
tidak boleh dipersalahkan sebagaimana diputuskan Mahkamah di dalam kes Govalan v
Kuala Lumpur-Kepong Amalgamated Ltd, di mana pekerja telah menjalankan tugas
bukan sebagaimana yang diarahkan kepadanya.

Pendirian mengenai Isu Tanggungjawab Majikan

Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan
kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan serta isu keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan:

 pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja


 sikap
 komitmen
 harapan
 peruntukan yang dilaburkan

Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan


pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama.
Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Menyediakan dasar
keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara bertulis mengenai dasar am mengenai
keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi
organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih. Menggaji atau melantik
seorang pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan bagi organisasi tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997,
atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.

Selain itu, majikan juga perlulah menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin. Menyedia dan menyelenggara
tempat dan sistem kerja supaya selamat dan sihat. Mengatur perolehan, penggunaan,
pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan secara
selamat. Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti bilik rehat pekerja,
tempat makan yang sesuai dan kemudahan kecemasan. Mengadakan pengawasan
(surveillance) perubatan untuk pekerja yang terdedah kepada hazard tertentu di tempat
kerja.Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan dari masa ke
semasa.Melaporkan kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak yang
berwajib.Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan.Membekalkan
kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai dan berkesan.

Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sangat diperlukan di semua


persekitaran tempat kerja dalam semua industri untuk memastikan standard yang tinggi
bagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pihak industri dan majikan perlu tahu
bahawa empat faktor asas mewajarkan pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dan ia adalah tanggungjawab korporat, tanggungjawab sosial dan moral,
gerak hati perniagaan yang baik dan kewajipan undang-undang. Pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan bukan saja mengurangkan risiko
kepada keselamatan dan kesihatan tetapi juga memastikan pulangan yang tinggi
kepada syarikat serta peningkatan produktiviti. Latihan dan pendidikan juga sebahagian
daripada pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerana ia menyumbang ke
arah peningkatan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Majikan mesti bersedia
untuk melabur dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan manakala pekerja pula
mesti mengamalkannya di tempat kerja.

Cadangan penyelesaian isu dan penambahbaikan

Majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah berkewajipan menyediakan kenyataan
bertulis mengenai dasar amnya berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-
pekerjanya, organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan
dasar itu dan memberitahu pekerja-pekerjanya tentang dasar tersebut. Kegagalan
mematui peruntukan ini jika sabit kesalahan boleh didenda RM 50,000 atau penjara 2
tahun atau kedua-duanya sekali. Majikan dan orang yang bekerja sendiri juga
berkewajipan kepada orang-orang lain selain dari pekerja mereka seperti memastikan
setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja, dan
memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja

Akta ini bukan sahaja meletakkan tanggungjawab kepada majikan dan orang yang
bekerja sendiri tetapi juga terhadap pekerjanya. Tanggungjawab pekerja antara lain
adalah memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitinya, memberi kerjasama samada kepada
majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, memakai peralatan perlindungan diri yang
dibekalkan oleh majikan, dan mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan
kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
1994 dan peraturan-peraturannya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh
mengakibatkan pekerja terbabit didenda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-
duanya sekali.
Kesimpulan

Ali et al. (2009) menyatakan mengenai keselamatan dan kesihatan turut menjadi
agenda yang utama sesebuah organisasi kerana disedari bahawa persekitaran yang
selamat dan tidak mendatangkan risiko adalah hal yang penting kepada semua pekerja.
Pekerjaan yang berisiko berlakunya kemalangan menyebabkan masalah yang serius
terhadap organisasi dan meningkatkan kos terhadap industri serta negara. Selain itu,
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja juga perlu diambil serius dalam memastikan
tiada risiko yang akan mengakibatkan kemalangan dan memberi kesan kepada pekerja
syarikat dan kawasan persekitaran (Syariha, 2013) Oleh itu, kerajaan telah
menubuhkan Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1994 (AKPP 1994) dengan
beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan
kebajikan pekerja di tempat kerja, melindungi keselamatan dan kesihatan orang lain
pekerja yang berada ditempat kerja, mempromosikan persekitaran pekerjaan yang
sesuai dengan kehendak psikologi dan fisiologi serta mewujudkan satu kaedah ke arah
sistem perundangan berdasarkan peraturan dan tata amalan industri.

Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Pengerusi Institut keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan Negara (NIOSH), berkata, isu pembudayaan kerja selamat (safety culture)
memerlukan perhatian dari seluruh pihak samada majikan ataupun pekerja. Baginya,
budaya tidak berupaya dibentuk dalam masa yang singkat kerana menurut beliau,
adalah sukar untuk mencapai sasaran kemalangan kerana budaya keselamatan
bukanlah amalan sedia ada dalam masyarakat di Malaysia.

Kesimpulannya, kesedaran tentang amalan keselamatan merupakan suatu perkara


yang penting kepada majikan dan pekerja bagi memastikan keselamatan di tempat
kerja terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Rujukan

Abdul Rahim Abdul Hamid, Muhd Zaimi Abd Majid, & Bachan Singh (2008). “Causes of
Acciden at Construction Sites.” Universiti Teknologi Malaysia.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Emmanuel I. Akpan (2011). “Effectve Safety and Health Management Policy for Improve
Performance of Organizations in Africa.” Department of Business management, University of
Calabar, Nigeria.

Hapriza Ashari & Roshazlizawati Mohd Nor (2007). “Strategi Perundangan Untuk Mengurus
Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja.” Universiti Teknologi Malaysia.

Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran untuk Sektor Pengangkutan (2007)

Krejcie. Robert V, & Morgan. Daryle W (1970). “Determining Sample for Size Research
Activities, Educational and Psychological Measurement 1970, 30, 607-610.” University of
Minnesto, Duluth and Texas A & M University.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

http://www.dosh.gov.my

Kamal Halili Hassan, Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia, 1st ed, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2001.

Kamal Halili Hassan, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994-Satu Huraian , [1994]
4 CLJ lxxxi (Dec)

Anda mungkin juga menyukai