Anda di halaman 1dari 22

Kemahiran Asas

Seseorang pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti


melontar, menangkap, dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran
lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke
sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa
rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian
permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah
daya tahan, kekuatan, kelembutan, ketangkasan dan pelaziman untuk
membolehkannya mengendalikan bola. Untuk membolehkan seseorang itu
menjadi pemain bola keranjang yang berjaya, dia hendaklah boleh bergerak
dengan cepat, tangkas, pantas, dan mempunyai daya tenaga untuk
melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang
ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil. Dalam
permainan bola keranjang, terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu
diperolehi bagi setiap pemain.

Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran


permulaan, pertengahan, dan kemahirkan lanjutan. Kemahiran tersebut telah
disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya
mengikut fungsi. Kemahiran permulaan, iaitu kemahiran asas amat diperlukan
untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran
pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam
permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain
menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu, kemahiran
permulaan tetap menjadi asa permainan di semua tahap kemahiran.

Oleh itu, dalam buku ini terdapat huraian tentang kegunaan bagi setiap
kemahiran. Kemahiran-kemahiran itu sianalisis dan seterusnya diperkenalkan
butir-butir untuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap kemahiran disusuli
dengan latihan yang sesuai. Semasa menghurai kemahiran tersebut, situasi
permainan ulung dan yang diubahsuai juga disentuh yang menekankan pada
situasi permainan yang dialami oleh pemain di peringkat awal
pengalamannya. Kemahiran yang memang diperlukan oleh seseorang
pemain ialah menghantar, menangkap dan menjaring bola pada jarak dekat
dan jerak sederhana jauh. Di samping itu pemain juga perlu mempunyai
kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola. Walaupun kemahiran
pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang, tetapi permainan
boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain
berkenaan.
Kemahiran Asas Bola Keranjang

Mengelecek

Mengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola


keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain.
Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam
gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau
menjaringkan gol.pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran
mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam
gelanggang dengan berkesan.

Bagaimanapun dalam kebanyakan permainan terdapat kecenderungan


di kalangan pemain terutamanya pemain barun yang asyik mengelecek
menyebabkan permainan bola keranjang solah-olah bersifat perseorangan
dan bukan berpasukan.Jadi adalah perlu bagi pemain menekankan bahawa
walaupun kemahiran mengelecek amat perlu,dia tidak seharusnya lupa
bahawa bola keranjang sebenarnya ialah permainan berpasukan.

Seseorang pemain harus mempelajari cara dan kaedah mengelecek


menggunakan mana-mana tangan,sama ada kanan ataupun kiri sehingga
pemain itu melakukan kelecek tanpa sebarang masalah.jika seseorang
pemain itu tidak dapat melakukan kelecek pada tangan kanan atau tangan kiri
mungkin dia tidak dapat bergerak dengan berkesan kerana pemain lawan
mudah mengawalnya.Jika dia mampu melakukan kelecek dengan mana-
mana tangan , dia bukan sahaja dapat bergerak dengan baik tetapi mampu
pula memperdayakan lawan menerusi pergerakan menggunakan mana-mana
tangan.Bagaimanapun pemain tidak dibenarkan kedua-dua belah tangan
serentak untuk melantun bola.Dia hanya dibenarkan melantun bola
menggunakan salah satu tangan untuk satu lantunan.Bagaimanapun, dengan
meggunakan sebelah tangan, memberikan peluang tangan yang satu lagi
mengawal pergerakan pemain dan mengelakkan diri daripada pemain lawan.
Jika pemain menyentuh bola dengan kedua-dua belah tangan bermakna dia
telah memegang bola, dan ini bererti dia harus melepaskan bola itu sama ada
menghantar bola itu kepada rakannya ataupun terus membuat jaringan gol.
Teknik mengelecek

Sebagai pemain bola keranjang setiap pemain harus tahu bagaimana


hendak melakukan kemahiran ini. Kemahiran ini merupakan satu cara untuk
menggerakkan bola,mengawal bola serta menipu pertahanan lawan. Untuk
mempelajari teknik mengelecek ini, kita harus tahu terlebih dahulu jenis-jenis
atau cara melakukan kelecek. Terdapat beberapa cara mengelecek dalam
bola keranjang. Antaranya ialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek
dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek.

Apabila semua ini boleh dilakukan pada kedudukan statik, pemain


boleh belajar mengelecek bola dalam kedudukan berlari pula.

Mengelecek adalah satu perlakuan melantun-lantun bola tanpa henti


iaitu melakukan lantunan secara berterusan untuk menggerak sambil
mengatur serangan ke pihak lawan. Untuk melakukan kelecek dengan
baik,beberapa teknik atau panduan berikut boleh dipatuhi:

1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak


tangan.

2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek.

3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.

4. Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau


membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax.

5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut


kadar kelajuan jarak pemain lawan.

6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah


mengawal lamtunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya
membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.

7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggan.


Jenis –jenis kelecek

Terdapat beberapa jenis mengelecek yang boleh dilakukan oleh


pemain dalam permainan bola keranjang. Pemain harus dapat menguasai
jenis-jenis kelecek ini bagi membantunya bergerak dengan baik dalam
pelbagai situasi terutama apabila diasak oleh pemain lawan. Bagaimanapun
matlamat daripada pelbagai jenis kelecek ini ialah untuk menggerakkan bola.
Kelecek rendah

Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola


terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak oleh
pemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidak
mempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yang
mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal ini
pemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.

Kelecek tinggi

Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauh


daripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakan
apabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya.
Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas dari satu
tempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkan
gol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialah
dalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurus
atau menegak daripada kelecek rendah.

Kelecek sambil menukar tangan

Dalam keadaan tertentu,pemain terpaksa melakukan sesuatu bagi


mengelakkan bola daripada cuba dirampas atau dihalang oleh pemain lawan.
Pemain akan mengambil tindakan menukar tangan semasa mengelecek
supaya dia dapat terus mengelecek walaupun dihalang oleh lawan. Pemain
hendaklah menepuk dan menolak bola dengan tangan supaya bola bergerak
ke kanan atau ke kiri badannya. Jika pemain menolak dengan tangan kanan,
pemain itu hendaklah pastikan supaya bola itu bergerak ke kiri badan dan
melantun dekat kaki kanan pemain. Pemain kemudian meneruskan kelecek
dengan tangan kiri.pemain boleh menukar kembali menggunakan tangan
yang boleh mengelecek dengan baik dan selesa. Mengelecek boleh dilakukan
semasa dalam kedudukan berdiri atau berlari.
Membuat Hantaran

Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat


ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi
hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan
bola ke arah keranjang.Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecek
disebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan
kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masih
dalam penguasaan pasukannya.Perkara penting dan utama yang harus diberi
perhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia
hendaklah membuat hantaran yang selamat.

Apabila pemain mendapat bola, dia harus meneliti situasi yang muncul
selepas itu berdasarkan perkara-perkara berikut :

a) Sejauh mana rakan paling dekat berada, sama ada dalam kedudukan
statik atau berlari ataupun bergerak.Pemain perlu ingat iaitu lebih jauh
jarak di antara penghantar dengan penerima, lebih mudah pemain lawan
cuba memintasnya.

b) Berapa jauhkah pemain lawan berada berbanding dengan pemain yang


memegang bola, adakah dia mempunyai masa untuk menghalang jika
hantaran dibuat?

c) Adakah hantaran boleh dibuat mengikut isyarat yang dilakukan oleh rakan?

d) Adakah membuat hantaran merupakan satu-satunya cara untuk


menggerakkan bola ketika itu?
Teknik membuat hantaran

Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus dimiliki


dan dikuasai oleh setiap pemain.Daripada kemahiran individu inilah
kemahiran pasukan dibentuk.Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat
hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan
dalam satu tindakan. Ini bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar
dan menerima bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.

Teknik umum dalam melakukan hantaran dalam permainan bola


keranjang adalah seperti berikut :

a) Pemain hendaklah membuat hantaran dengan cepat, awal dan tepat


kepada rakan.
b) Pemain hendaklah berusaha menggunakan tipu-helah bagi memudahkan
hantaran dibuat.
c) Pemain hendaklah mengelak daripada tersekat atau terhalang untuk
membuat hantaran bola kepada rakan.
d) Pemain jangan hanya menumpukan padangan mata semata-mata kepada
penerima hantaran itu kerana ini menyebabkan lawan mengetahuinya.
e) Pemain hendaklah membuat hantaran dan bergerak cepat bagi
menyukarkan lawan.
f) Pemain hendaklah mengelak daripada memaksa diri untuk membuat
hantaran, sebaliknya pemain harus sedar bahawa membuat hantaran
bertujuan menghantar bola ke destinasinya.
g) Pemain hendaklah sentiasa bersedia sama ada untuk membuat hantaran
ataupun ketika menerima hantaran daripada rakan sebelumnya.
Jenis Hantaran

Dalam permainan bola keranjang, permainan mempunyai berbagai-


bagai cara untuk membuat hantaran bola.Pemilihan jenis membuat
hantaran bola ini bergantung kepada keadaan, kedudukan pemain yang
memegang bola, kedudukan rakan yang akan menerima hantaran dan
kedudukan lawan.Bagaimanapun, sebarang jenis hantaran yang dipilih
hendaklah memenuhi matlamat utama iaitu supaya dapat diterima dengan
baik dan selamat oleh rakan.Hantaran boleh dilakukan sama ada pada
kedudukan statik ataupun kedudukan berlari.

Secara amnya, terdapat lima jenis hantaran yang biasa dilakukan


dalam permainan bola keranjang.Keberkesanan sesuatu hantaran bukan
bergantung pada jenis hantaran tetapi sebenarnya bergantung pada
ketepatan dan keselesaan bola yang dihantar itu sama ada diterima atau
ditangkap oleh rakan.

Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dan


kelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemain
lawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan
membuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagai
salah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran ini
hendaklah dikuasai oleh setiap pemain.

Hantaran aras dada ini dilakukan dengan menggunakan kedua-dua


belah tangan pemain.Biasanya kedudukan pemain semasa melakukan
hantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat
hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.
Hantaran Aras Bahu

Hantaran aras bahu adalah satu lagi jenis hantaran yang sering
dilakukan pemain dalam membuat hantaran dalam bola keranjang.Untuk
melakukan hantaran ini hanya sebelah tangan digunakan.Hantaran jenis ini
lebih sesuai untuk membuat hantaran jauh yang memerlukan hantaran bola
yang pantas.

Walaubagaimanapun, dalam permainan bola keranjang hantaran ini


tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan kebanyakan hantaran dibuat
adalah hantaran jarak pendek atau hantaran dekat.
Hantaran Ayun Bawah

Hantaran ini disebut juga sebagai hantaran bawah tangan.Hantaran ini


digunakan untuk membuat hantaran dari jarak dekat, iaitu ketika pemain yang
memegang bola cuba dihalang atau diasak oleh pemain lawan.Jika hantaran
ini dilakukan untuk hantaran jarak jauh, besar kemungkinan bola itu akan
dipintas atau dirampas oleh pemain lawan yang sudah tentu bersedia untuk
melakukan hantaran.Biasanya untuk hantaran ini sebelah tangan digunakan,
tetapi ada kalanya pemain menggunakan kedua-dua belah tangan.Hantaran
bawah ini didapati berkesan apabila seseorang rakan pemain menuju ke arah
pemain yang memegang bola, yang berada berhampiran dengannya.

Hantaran Lantun

Hantaran lantun merupakan jenis hantaran ketiga membuat hantaran


dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada
menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan.Hantaran lantun
dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawan
yang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya.Dalam
hantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola
melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untuk
menerima bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba
ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.
Hantaran Di Atas Kepala

Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak


pantas melepasi kepala pemain lawan.Hantaran ini sesuai dilakukan oleh
pemain yang tinggi, khususnya pemain fowad dan pertahanan.Hantaran ini
juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalam
situasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantaran
tinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.
Menangkap Bola

Satu lagi kemahiran asas individu dalam permainan bola keranjang


ialah menangkap bola.Pemain memerlukan kedudukan tangan yang baik dan
mempunyai antisipasi yang tinggi, pergerakan kaki yang pantas serta
kecergasan fikiran yang akan membolehkan seseorang pemain bebas dan
bersedia untuk membuat tangkapan bola yang diarahkan kepadanya.

Teknik Menangkap

Dalam melakukan penangkapan bola, tapak tangan tidak menyentuh


bola, sebaliknya jari-jari memainkan peranan.Pemain hendaklah sentiasa
menggunakan kedua-dua belah tangan menangkap bola.Hanya dalam
keadaan-keadaan tertentu sahaja pemain dibolehkan menggunakan sebelah
tangan. Dalam melakukan tangkapan teknik berikut hendaklah digunakan
oleh setiap pemain :

a) Keluarkan tangan dan hulurkan ke hadapan ke arah bola datang.


b) Gunakan jari-jari tangan untuk menangkap.Jari-jari hendaklah dibuka
dengan ibu jari di belakang bola.
c) Jangan sekali-kali gunakan tapak tangan untuk menangkap.
d) Bawa bola ke badan selepas menangkap bola.
e) Bersedia untuk pergerakan selanjutnya sama ada untuk mengelecek
ataupun menghantar bola itu.

Jenis Tangkapan

Seperti membuat hantaran, cara menangkap bola juga adalah


berbagai-bagai.Cara mana yang akan digunakan oleh seseorang pemain
bergantung kepada cara hantaran yang dibuat oleh rakannya, serta
kedudukan bola itu sendiri, dan kedudukan pemain lawan.Sebarang jenis
tangkapan yang akan digunakan, yang penting ialah bola yang ditangkap itu
adalah tepat, selamat dan tidak boleh dicapai atau dipintas oleh lawan.
Tangkapan Statik

Tangkapan statik dilakukan ketika pemain berada pada kedudukan


berdiri statik.Bagaimanapun ini tidak bermakna seseorang pemain itu sekadar
berdiri tegak tanpa menyediakan dirinya untuk sebarang kemungkinan atau
pergerakan yang akan dilakukan oleh rakannya terhadapnya.Setiap pemain
hendaklah berada pada kedudukan atau gaya berdiri yang sesuai supaya dia
tidak terperangkap sekiranya rakannya menghantar bola kepadanya.
Tangkapan Lompat

Pemain membuat tangkapan lompat daripada dalam kedudukan statik


juga, tetapi apabila bola yang dihantar kepadanya adalah terlalu tinggi untuk
ditangkap tanpa membuat lompatan.Tangkapan lompat bermaksud pemain
menangkap bola semasa kakinya berada di udara tanpa menyentuh
lantai.Untuk melakukan tangkapan cara ini pemain hendaklah memastikan
supaya lompatannya itu tepat mencapai ketinggian mengikut bola.Pemain
juga hendaklah memastikan supaya dia dapat mendarat dengan selamat
bersama bola selepas membuat penangkapan.
Tangkapan Berlari

Dalam permainan bola keranjang, pergerakan bola dan pemain yang


pantas memaksa setiap pemain sentiasa dalam kedudukan sedia.Jika pemain
berlari, walau ke arah mana sekalipun dia berlari, dia hendaklah bersedia
untuk mengalih kedudukan tangkapan, hantaran dan tangkapan dan
hantaran.Sebaik sahaja pemain berlari, dia hendaklah membentukkan
sasaran rakannya dengan jari terbuka dengan baik, tangannya berbentuk
seperti cawan, sama ada di atas ataupun di aras pinggangnya, bergantung
kepada ketinggian bola sebaik sahaja bola sampai kepadanya.Tangkapan
bola semasa berlari akan lebih selamat jika pemain menggunakan kedua-dua
belah tangannya.Tangkapan ini biasanya dibuat dalam kedudukan
pergerakan bola dan pemain yang pantas iaitu dalam situasi menyerang.
Tangkapan Bola Lantun

Dalam permainan bola keranjang, pemain sering juga melakukan


hantaran lantun dan untuk menangkap bola daripada hantaran ini pemain
hendaklah mampu melakukan hantaran ini.Semasa bola dilantunkan oleh
rakan, pemain hendaklah mencuba melaraskan tangan segera dan berada
pada kedudukan untuk menangkap bola sekiranya bola kembali ke hadapan
pemain itu.Bagi menangkap bola daripada hantaran lantun atau daripada
lantunan, pemain hendaklah menggunakan gaya berdiri yang paling baik
untuk sama ada bola yang laju atau perlahan atau yang tinggi atau rendah.Ini
pemting kerana pemain tidak dapat memastikan dengan tepat bola yang akan
diterimanya daripada rakannya itu.Begitu juga jika lantunan itu pada aras
pinggang, pemain hendaklah menggunakan gaya berdiri atas kepala dan jika
lantunan ke arah kanan atau kiri badan pemain, pemain hendaklah
menggunakan tangkapan gaya berdiri yang paling sesuai tetapi dengan
memastikan lengannya dihulurkan ke arah bola.

Tangkapan Bola Bergolek

Ada kalanya bola terpaksa dileret atau digolekkan oleh rakan atau hasil
daripada pergerakan lawan.Untuk menangkap bola daripada kedudukan
begini, pemain hendaklah membengkokkan lututnya supaya dia hampir-
hampir menyentuh lantai.Kemudian pemain membentukkan tangannya
seperti cawan untuk menangkap atau menerima bola.Tangan pemain sebaik-
baiknya hendaklah menghampiri lantai dengan jari ditegangkan serta
menghala ke bawah.
Membuat Jaringan Gol

Menjaringkan gol merupakan matlamat akhir bagi sebarang kemahiran


sama ada secara individu mahupun secara berpasukan dan taktik dalam
permainan bola keranjang.Mnejaringkan gol merupakan kemahiran asas
paling penting bagi setiap pemain.Tidak ada gunanya jika seseorang pemain
itu mampu melakukan setiap kemahiran lain dengan baik dan penuh dengan
stail, tetapi gaagl dalam membuat jaringan gol.Akhirnya pasukan mengalami
kekalahan.Oleh yang demikian adalah perlu setiap pemain dapat melakukan
kemahiran menjaringkan gol ini dengan baik dan tepat demi menjamin
kejayaan pasukannya.

Teknik Umum

Mungkin ada sesetengah pemain yang mahu mengembangkan atau


menggunakan satu-satu teknik yang dimiliki dalam membuat jaringan
gol.Walaubagaimanapun ini masih belum memadai kerana setiap pemain
mestilah dapat menguasai pelbagai teknik membuat jaringan supaya dia
dapat melakukan dengan berkesan walaupun dalam keadaan
tertekan.Penggunaan teknik yang betul adalah penting.Teknik ini bukan
sahaja mampu membuat jaringan daripada jarak yang lebih jauh tetapi akan
menyukarkan pemain lawan untuk mengawal jaringan itu.

Antara teknik umum membuat jaringan dalam permainan bola


keranjang adalah seperti berikut :

a) Penglihatan pemain hendaklah ditumpukan pada keranjang.


b) Pegang bola dengan betul pada kedua-dua belah tangan dengan jari-jari
terbuka.
c) Gunakan sebelah tangan untuk menolak bola dengan kekuatan daripada
pergelangan tangan, manakala tangan yang tidak menolak pula menekan
bola itu.
d) Lakukan jaringan dengan suatu kuisan pada pergelangan tangan dan jari
dengan pantas.
Jenis Jaringan

Dalam melakukan jaringan gol, pemain mempunyai beberapa pilihan


yang boleh dilakukan.Pemilihan jenis jaringan ini bergantung pada kedudukan
pemain yang membuat jaringan dan kedudukan pemain lawan.

Jaringan Tegak Gaya Lompat

Jaringan ini juga dikenali sebagai jaringan tegak.Jaringan ini


merupakan sejenis jaringan untuk jarak dekat.Jaringan ini merupakan suatu
kemahiran asas membuat jaringan dalam permainan bola keranjang yang
biasanya dilakukan berikutan daripada hantaran atau kelecek pemain
berkenaan.Pemain hendaklah membuat jaringan dengan melontar bola
supaya menyentuh papan pantulan dan terus melambung dan memasuki
keranjang lawan.

Jaringan Statik Gaya Kaku

Jaringan statik gaya kaku merupakan jaringan dalam permainan bola


keranjang yang dilakukan daripada kedudukan pemain yang tetap, seperti
membuat jaringan daripada lontaran percuma.Jaringan cara ini boleh
dilakukan dari jarak jauh atau sederhana jauh dari keranjang lawan.Untuk
jarak jauh, pemain hendaklah melompat untuk mendapatkan kelajuan dan
kekuatan pada bola.Oleh sebab bola perlu dimasukkan ke dalam keranjang
daripada arah atas, layangan bola hendaklah melengkung tinggi dan berada
di bahagian atas keranjang.Pemain hendaklah mengelak daripada
melayangkan bola pada arah yang lurus.
Jaringan Di Atas Kepala

Dalam permainan bola keranjang, jaringan aras kepala adalah


menyerupai hantaran di atas kepala.Begitu juga dengan cara pemain
memegang bola.Bagi kedua-dua pergerakan ini pemain memegang bola pada
kedua-dua belah tangan iaitu pada sisinya.Bagaimanapun pergerakan bola
antara kedua-dua pergerakan ini berbeza-beza antara satu dengan yang
lain.Dalam hantaran aras kepala bola bergerak agak laju daripada jaringan di
atas kepala.Dalam jaringan di atas kepala bola bergerak melengkung ke arah
keranjang dan tidak sepantas seperti pergerakan dalam membuat hantaran.
Jaringan Larian Lonjak

Jaringan ini yang biasanya disebut jaringan lay-up dan merupakan


jaringan paling diminati dan paling banyak digunakan dalam melakukan
jaringan gol.Bagaimanapun, adalah perlu bagi setiap pemain menguasai
jaringan jenis ini.Malah ada pendapat mengatakan bahawa seseorang
pemain dapat melakukan jaringan lain daripada penguasaannya dalam
jaringan jenis ini.Jaringan ini bleh dilakukan oleh pemain dari jarak dekat dan
jarak sederhana dengan keranjang.

Perkara penting dalam jaringan cara ini ialah keupayaan pemain


melakukan jaringan ini dalam larian dan lompatan dan melakukan jaringan
apabila kedudukan pemain benar-benar berdekatan atau di bawah
keranjang.Pemain boleh dilakukan daripada pergerakan mengelecek yang
dilakukan sendiri atau selepas menerima bola daripada rakan yang hanya
memerlukan pemain melantun bola sekali lalu ditangkap dan terus membuat
jaringan gol.
Jaringan Sentuh Tip-In

Sebenarnya jaringan tip-in ini bukanlah sejanis perlakuan jaringan


sebenar dalam bola keranjang.Jaringan ini adalah perlakuan menjaring
semula bola yang terkeluar atau melantun daripada papan pantulan.Jaringan
ini dilakukan sebelum bola yang melantun itu terjatuh ke lantai atau terjatuh
rendah daripada aras kepala pemain.Untuk melakukan jaringan tip-in ini
pemain hendaklah bersedia untuk bertindak dengan pantas iaitu sebaik
sahaja bola melantun daripada papan pantulan.Dalam hal ini pemain
hendaklah menyesuaikan masa lompatan dengan lantunan bola supaya
pemain itu dapat menyambut bola sejurus sebelum mencapai puncak
lompatannya.

Anda mungkin juga menyukai