Anda di halaman 1dari 3

Isu Pertanian Di Malaysia

a. Produktiviti
Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
– input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir dan
penggunaan tenaga buruh yang tinggi

Daya pengeluaran yang rendah


– permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
– hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu

Saiz ladang terlalu kecil


– keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal
– hasil rendah

Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan


– petani kurang menggunakan teknologi moden
– cara meningkatkan produktiviti
– pekebun kecil menggunakan klon-klon getah baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan
sistem pengairan moden dalam penanaman sayur-sayuran.

Perubahan cuaca dan iklim


– kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:
Ladang kelompok
– ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia
ada.
– Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet
– Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi

Perladangan campuran
– menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
– dapat menambah pendapatan petani
contoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam
kebun kelapa sawit

Penggunaan teknologi
– kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan
tahan penyakit dalam masa singkat.
– guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
b. Ketidakstabilan harga
Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil
pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.
Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.
Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga

Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:


Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos
Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
Menghapuskan penggunaan orang tengah
Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling
Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan

c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru


Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara
fertigasi
Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
mengadakan lawatan ke kebun
memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
penggunaan media massa secara meluas / kempen

d. Pendidikan Dan Latihan


Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam
teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
menggiatkan aktivti latihan untuk petani
memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian

e. Penghijrahan Penduduk
Hijrah dari desa ke bandar kerana faktor:
Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien
Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
membawa industri ke desa / buka kilang di desa
menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan
komersial

f. Pencemaran Alam Sekitar


Punca pencemaran:
sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
sisa toksik dari racun makhluk perosak
asap dari pembakaran
pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
hakisan kawasan penanaman
Cara mengatasi pencemaran:
guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
penguatkuasaan undang-undang
mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak
bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik

g. Kekurangan Buruh
Punca kekurangan buruh:
penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
golongan muda berhijrah ke bandar
pendapatan kurang lumayan
pulangan pertanian rendah
perusahaan pertanian berisiko
perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
Penggunaan teknologi baru
Penggunaan mekanisasi ladang
Aplikasi bioteknologi
Pertanian persis (tepat)
Gunakan tenaga buruh asing
Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan

Anda mungkin juga menyukai