Anda di halaman 1dari 5

TEORI -TEORI

PEMBELAJARAN – Dr Liza
Teori Pembelajaran Behaviourisme

Menekankan peranan rangasangan daripada persekitaran


dalam pembelajaran dan berfokuskan kepada tingkahlaku-
kelakuan yang dapat diperhatikan

Menurut Pavlov dalam pelaziman klasik, rangsangan


semulajadi bersama rangsanganakan menghasilkan
tindakbalas berbentuk emosi atau fisiologi. Ini bermakna
ransangan semulajadi telah bertukar menjadi pelaziman
rangsangan.

Contohnya anda mengeluarkan air liur apabila terfikirkan


asam boi, berdebar apabila mendengar bunyi mesin drill
doktor gigi atau gementar apabiala menaiki pentas.

Pelaziman operan, menurut Skinner adalah apabila


manusia belajar melalui kesan terhadap sesuatu
tindakbalas samada peneguhan atau hukuman.

Peneguhan sama ada positif atau negatif akan


menguatkan  tingkahlaku yang diingini manakala hukuman
akan mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku
yang tidak diingini.

Peneguhan negatif contohnya ‘withdrawing’.

Meningkatkan tingkah laku positif


1. Kenal pasti tingkah laku positif sebagaimana murid
mahu dihargai contohnya menawarkan penghargaan
(reward) di atas sesuatu kejayaan dengan memberi
pengecualian membuat kerja rumah atau ujian atau
kredit tambahan untuk kerja projek.
2. Apabila murid baru pertama kali mencuba sesuatu
kemahiran, berikan peneguhan yang banyak.
3. Pelbagaikan peneguhan.
4. Pastikan murid yang selalu membuat masalah, diberi
pujian atau lain-lain bentuk peneguhan apabila
mereka membuat sesuatu dengan baik.
5. Gunakan cue untuk membuat tingkah laku yang baru
contohnya meletakkan papantanda yang
menghiburkan bagi mengingatkan peraturan

Teori pembelajaran konstruktivis


Pembinaan pengetahuan berasaskan
pengetahuan/pengalaman sedia ada kepada
pengetahuan/pengalaman baharu.

Teori kognitif menurut Piaget, pengetahuan dibina melalui


proses asimilasi dan akomodasi untuk mendapatkan
keseimbangan antara skema dan persekitaran
(equilibirium). Apabila keadaan ketidakseimbangan
berlaku, proses mengubahsuai (akomodasi) maklumat
baharu ke dalam struktur kognitif  (skema) akan berlaku. 
Teori konstruktivisme sosial Vygotsky menekankan ZPD,
Scaffolding, pembelajaran koperatif, private speech, think
aloud/inner speech

Teori pembelajaran sosial


Modelling: peniruan, pemerhatian- 2 jenis model:

1. Model langsung/hidup
2. Model simbolik

Proses pembelajaran berlaku dengan melihat dan meniru


tingkah laku seseorang

4 langkah peniruan yang dikemukakan oleh Bandura:

1. Attention
2. Retention
3. Reproduction/production
4. Motivation & reinforcement

Anda mungkin juga menyukai