Anda di halaman 1dari 24

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA M ALAYSIA


SEM ESTER OKTOBER 2013

GM GA 1013
ASAS PENTADBIRAN AW AM

DARI SATU SUDUT BIROKRASI DIKATAKAN BAIK KERANA


BIROKRASI M EW UJUDKAN SATU ASP EK P ENTADBIRAN AW AM
YANG SISTEM ATIK. NAM UN DARI SUDUT LAIN BIROKRASI
DKATAKAN AM AT M ELECEHKAN.

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. M OKHTAFIZAM BIN M OKHTAR

DISEDIAKAN OLEH:
NOR AZHARUDDIN BIN SHAHARUDDIN
229322
20 DISEM BER 2013
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Kandungan

1.0 Pengenalan.................................................................................................1

1.1 Permasalahan Kajian.......................................................................1

1.2 Skop Kajian...................................................................................1-2

2.0 Birokrasi...................................................................................................2-4

2.1 Konsep Asas Birokrasi..................................................................4-6

2.2 Struktur Birokrasi......................................................................7-8

2.3 Cabaran Birokrasi..........................................................................8-9

2.4 Birokrasi di Malaysia....................................................................9-12

3.0 Analisis Kajian...........................................................................................12

3.1 Peranan Birokrasi di Malaysia...................................................13-14

3.2 Permasalahan Birokrasi di Malaysia.........................................15-18

4.0 Kesimpulan...........................................................................................18-19

Rujukan...........................................................................................................20-22

i
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

1.0 Pengenalan

1.1 Permasalahan Kajian

Teori Birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber

dikatakan sebagai satu konsep sosiologi dan sains politik yang

merujuk kepada cara bagaimana sesebuah pentadbiran

dilaksanakan dan dikuatkuasa melalui peraturan-peraturan yang

sah. Antara contoh badan organisasi yang masih

mengimplimentasikan konsep birokrasi adalah kerajaan, angkatan

bersenjata, kementerian, perbadanan, hospital dan mahkamah.

Dari satu sudut birokrasi dikatakan baik oleh kerana birokrasi

berupaya mewujudkan satu aspek pentadbiran awam yang

bersistematik dan berkesan. Namun dari sudut lain, birokrasi dilihat

amat melecehkan dengan peraturan yang terlalu banyak dan

kompleks. Kajian akan melihat kebaikan dan kelemahan dalam

konteks birokrasi di Malaysia.

1.2 Skop Kajian

Birokrasi masih lagi merupakan teori pengurusan masih

kekal digunakan bagi mentadbir sesebuah organisasi yang bersaiz

besar dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi dengan

1
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

sistematik dan berkesan. Namun dalam kecenderungan untuk

mencapai keberkesanan dalam kerja telah menimbulkan kesan-

kesan tingkah laku yang negatif.

Skop kajian merangkumi:

a. Konsep Asas Birokrasi.

b. Struktur Birokrasi.

c. Cabaran Birokrasi.

d. Birokrasi di Malaysia.

e. Peranan Birokrasi di Malaysia

f. Permasalahan Birokrasi di Malaysia

g. Kesimpulan

2.0 Birokrasi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, „Birokrasi‟ bermaksud

sistem pemerintahan atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan

oleh pegawai-pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat) atau cara

pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses

pengurusan dan banyak peraturan.

A. Rahman A. N. (2009) menyatakan bahawa salah satu teori yang

berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah teori

birokrasi. Dari segi pengertiannya, birokrasi boleh didefinisikan sebagai

satu konsep dalam bidang sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada

2
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

satu cara pelaksanaan pentadbiran dan pengukatkuasaan undang-undang

sah yang telah dirangka oleh organisasi. Teori ini telah diasaskan oleh

Max Weber yang merupakan seorang ahli sosiologi dan ekonomi

berpengaruh Jerman.

Definisi birokrasi menurut Max Weber adalah amat berbeza dengan

pandangan berkenaan dengan birokrasi pada masa kini. Max Weber

dalam Robbbins (1987) mendefinisikan organisasi kepada dua aspek

penting iaitu (1) Jentera sosial yang memaksimumkan kecekapan dalam

pentadbiran dan (2) Satu organisasi sosial yang mempunyai sifat-sifat

tertentu. Manakala menurut Etziono (1964) berpendapat organisasi

sebagai satu unit sosial yang sengaja dibentuk (atau pengelompokan

manusia) dan dibentuk kembali untuk mencapai matlamat dan objektif

tertentu.

Teori Birokrasi oleh Weber dilihat berupaya membantu sesebuah

organisasi dari segi merangka corak aliran autoriti yang jelas dan

bersistem dalam organisasi. Weber telah mengenalpasti tujuh ciri birokrasi

di dalam organisasi, iaitu:

1. Aktiviti biasa yang perlu dilakukan, dilaksanakan dalam cara

yang telah ditetapkan sebagai sebahagian daripada tugas.

2. Kelayakan dalam bidang-bidang tertentu menjadi asas

pembahagian pekerjaan secara sistematik. Terdapat

3
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

perbezaan nyata antara jenis pekerjaan berdasarkan

kelayakan.

3. Pekerja dikenakan sekatan, peraturan yang sistematik dan

kawalan dalam menguruskan pejabatnya.

4. Semua operasi dilaksanakan dengan sistem yang selaras

dengan peraturan yang ditetapkan.

5. Terdapat ketegasan dalam penggunaan peraturan pada

sesetengah keadaan berdasarkan hierarki organisasi.

Bahagian yang paling bawah dikawal oleh pihak yang di

atas.

6. Pegawai-pegawai diberikan kuasa berdasarkan kepada

tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

7. Sistem naik pangkat dalam birokrasi biasanya dilakukan

dengan mengukur pencapaian dan kekananan seseorang

atau kedua-duanya sekali.

2.1 Konsep Asas Birokrasi

Menurut Rajeshwar Trikha (2009:1), perkataan „birokrasi‟

berasal daripada „biro‟ yang digunakan pada awal abad ke-18 di

Eropah Barat, bukan untuk merujuk kepada meja tulis tetapi ia

untuk pejabat. Dalam bahasa Perancis, perkataan biro ialah baize

yang digunakan meliputi meja-meja. Istilah birokrasi mulai

digunakan tidak lama sebelum Revolusi Perancis pada tahun 1789.

Akhirannya perkataan birokrasi pula diambil dari bahasa Greek iaitu

4
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

kratia atau kratos yang bermaksud kuasa atau pemerintahan. Oleh

itu, birokrasi pada dasarnya bermaksud pemerintahan pejabat iaitu

pemerintahan golongan pegawai.

Konsep birokrasi sering dilihat daripada pelbagai sudut dan

pendekatan, namun ahli-ahli sosial lebih mengaitkan birokrasi

sebagai fenomena yang berkaitan dengan organisasi yang besar

dan kompleks yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Berdasarkan

kepada takrifan yang diberikan oleh Weber, Litwak, Fredrich,

Merton, Udy, Heady, Parsons, dan Berger, Richard H. Hall (1962)

mengenal pasti enam dimensi utama birokrasi iatu:

1. Jawatan yang berhierarki;

2. Pengelasan pekerjaan berdasarkan kemahiran dalam

sesuatu tugas;

3. Sistem peraturan yang meliputi hak, tugas dan

tanggungjawab seseorang pemegang jawatan;

4. Prosedur kerja dalam menghadapi tugas seharian;

5. Tidak ada unsur-unsur berat sebelah dalam hubungan

sesama pekerja dan pelangan; dan

6. Pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat berdasarkan

kebolehan teknikal.

5
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Kecenderungan kedua dalam melihat konsep birokrasi

adalah berdasarkan kepada ciri-ciri tingkah laku. Terdapat pelbagai

ciri tingkah laku yang dikemuka dan digariskan oleh tokoh-tokoh

birokrasi. Namun yang paling dominan ialah ciri-ciri yang

dikemukakan oleh Friedrich (1963) iaitu objektif, tepat, konsisten

dan kebijaksanaan. Ciri-ciri tersebut digambarkan oleh Friedrich

berdasarkan kepada tingkah laku kakitangan kerajaan dalam

melaksanakan tugas dan tanggjungjawab mereka. Tetapi dalam

kecenderungan dalam mencapai keberkesanan, telah menimbulkan

kesan-kesan tingkah laku yang negatif.

Kecenderungan ketiga melalui Blau (1956) melihat birokrasi

dalam bentuk pencapaian matlamat. Blau menjelaskan bahawa

birokrasi merupakan sebuah organisasi yang berusaha

memaksimumkan keberkesanan dalam pentadbiran. Dalam

masyarakat moden, organisasi besar memerlukan ciri-ciri tingkah

laku asas seperti sistem berhierarki, pengkhususan,

profesionalisme, himpunan peraturan dan kebolehan asas untuk

menyesuaikan secara rasional usaha-usaha yang dilaksanakan

bagi mencapai sesuatu objektif dan matlamat. Blau turut mendapati

kecenderungan bagi mencapai hasrat turut akan mewujudkan

tingkah laku yang tidak rasional.

6
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

2.2 Struktur Birokrasi

Struktur birokrasi juga sering disebut sebagai karekteristik

atau ciri-ciri birokrasi. Berdasarkan kepada persamaan penting

yang digariskan oleh tokoh-tokoh birokrasi dalam ciri-ciri birokrasi,

terdapat tiga ciri utama struktur birokrasi iaitu hierarki, perbezaan

atau pengkhususan dan kelayakan atau kebolehan.

Ciri birokrasi yang pertama adalah hierarki yang

mengambarkan keupayaan untu merasionalisasikan kerja-kerja

pentadbiran. Max Weber melihat ia adalah ciri yang utama dalam

permulaan sesebuah organisasi. Weber menrujuk birokrasi sebagai

elemen yang berkaitan dengan prinsip-prinsip dan tahap dalam

autoriti yang menentukan sistem kakitangan pengurusan menyelia

kakitangan bawahan. Sistem hierarki amat penting demi

menentukan hala tuju, kekuatan dan kesinambungan dalam

sesuatu bentuk pentadbiran.

Ciri struktur birokrasi kedua adalah pngkhususan.

Pengkhususan wujud di atas pembahagian tugas dan lihat amat

penting dalam mewujudkan kerjasama bagi mencapai objektif yang

ditetapkan. Pengkhususan akan mewujudkan peranan-peranan

tertentu, namun ianya hendaklah saling berkait antara satu sama

7
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

lain bagi memastikan setiap individu dapat mencapai matlamat

yang sama.

Ciri struktur birokrasi yang ketiga adalah kalayakan dan

kebolehan. Ini penting bagi menjamin setiap peranan yang

dikhususkan mampu dilaksanakan dengan efektif dan efisien oleh

individu yang memegang peranan tersebut dengan kelayakan dan

kebolehan yang dimiliki.

2.3 Cabaran Birokrasi

A. Rahman (2009) menyatakan teori birokasi mempunyai

kekuatannya tersendiri dalam mencapai objektif walaupun sering

dikaitkan dengan streotaip negatif. Namun pada hakikatnya, teori ini

banyak memberikan sumbangan dalam pengurusan sumber

manusia. Menurut Kettner (2002), terdapat tiga pertimbangan yang

diambil dari teori birokrasi iaitu kebertanggungjawapan, hierarki dan

penyediaan atau pengkhususan kerja.

Walau bagaimanapun, satu kelemahan yang sering dikaitkan

dengan birokrasi adalah “red tape” yang merujuk kepada satu

peraturan birokrasi yang sangat berlebihan sehingga menjadi faktor

kepada kelewatan dalam sesuatu proses atau urusan. Antara

contoh bagi mengambarkan masalah “red tape” adalah seseorang

individu yang memohon bantuan khidmat kebajikan daripada

8
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

sesebuah agensi perlu mendapatkan pengesahan daripada

beberapa pihak tertentu dari peringkat bawahan sehinggalah ke

peringkat atasan bertujuan untuk membuktikan individu tersebut

layak untuk menerima bantuan. Terlalu banyak proses dan urusan

yang perlu dilalui bagi mendapatkan pengesahan tersebut

menyebabkan kelulusan bantuan mengambil masa yang agak

panjang.

2.4 Birokrasi di Malaysia

Sistem pentadbiran di Malaysia daripada segi sejarahnya

lebih banyak dipengaruhi oleh konsep pentadbiran yang

berasaskan kepada sistem kolonial Inggeris. Oleh itu sistem

pentadbiran awam di Malaysia merupakan sistem birokrasi yang

diwarisi daripada penjajah British dari segi struktur dan cara bekerja

dalam organisasi. Sebelum penjajahan British, ia wujud dalam

kesamaran, kekeliruan dan kabur. Sebelum kemerdekaan, Tanah

Melayu merupakan cantuman beberapa negeri di Semenanjung

Malaysia. Konflik sering berlaku pada ketika itu dalam merebut

kuasa dan sumber ekonomi.

Kewujudan Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan

Singaura) dan Negeri Melayu Bersekutu menjadi asas kepada

kelahiran pentadbiran awam akibat kemasukan pegawai British

untuk membantu mentadbir negeri. Pembabitan pentadbir British

9
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

adalah secara langsung termasuk di dalam pentadbiran kerajaan

pada ketika itu. Manakala bagi Negeri Melayu Tidak Bersekutu,

penglibatan pegawai British adalah secara tidak langsung.

Perpindahan Pejabat Tanah Jajahan dilihat telah melahirkan

Pentadbiran Awam Tanah Melayu menggunakan model yang

dibawa dari British. Tujuan utama pentadbiran awam pada ketika itu

adalah untuk mengekalkan undang-undang dan keamanan selain

berperanan untuk mengeksploit sumber asli di negara ini. Orientasi

perkhidmatan semasa itu adalah berdasarkan kepada keperluan

dan bukan berdasarkan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Setelah kemerdekaan, perkhidmatan awam masih lagi

mengunapakai model pentadbiran British. Pertimbangan kuasa

tebih banyak tertumpu dan terletak pada Kerajaan Pusat. Wujud

klasifikasi jawatan yang membentuk empat jenis kategori

perkhidmatan iaitu Kategori A, B, C dan D. Bagi di peringkat

Kerajaan Persekutuan (Pusat). Kategori A terdiri daripada

perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran persekutuan yang terdiri

daripada Perkhidmatan Profesional dan Teknikal seperti

kejuruteraan, perubatan, perundangan dan khidmat berasaskan

sains. Bagi Kategori B pula terdiri daripada golongan profesional

dan pentadbiran yang mempunyai dua kumpulan perkhidmatan

iaitu perkhidmatan pentadbiran am dan perkhidmatan eksekutif.

Manakala bagi kategori C dan D pula merupakan jawatan sokongan

yang akan dikongsi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

10
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Negeri. Bagi Kerajaan Negeri tiada Kategori A, pegawai negeri

adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan dan hanya

mempunyai Perkhidmatan Perkeranian Negeri sahaja.

Menurut Abdullah Sanusi Ahmad, Norma Mansor dan Abdul

Kuddus Ahmad (2003), menyatakan sistem pentadbiran yang

diacukan daripada gaya British dahulu telah berlaku perubahan

secara drastik untuk menyesuaikan dengan nilai sosiopolitik dan

peranan perkhidmatan awam yang mempunyai kepelbagaian fungsi

dan tanggungjawab.

Terdapat beberapa dasar dan polisi telah diperkenalkan

dalam memenuhi keperluan dan memberikan perkhidmatan kepada

rakyat secara total bermula daripada polisi utama kerajaan pada

awal tahun 1960-an melalui sistem Buku Merah yang berkaitan

dengan pembangunan luar bandar, kemudian diteruskan dengan

pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an

melihat sektor awam memainkan peranan penting dalam

menggerak dan menjayaannya. Pada ketika negara memasuki fasa

industrialisasi pada tahun 1980-an menyaksikan peningkatan sektor

swasta berganding bahu bersama dengan sektor awam yang

menjadi titik bermulanya polisi penswastaan negara.

11
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Sepanjang lima dekad, perkhidmatan awam telah

memainkan peranan utama dalam menguruskan polisi utama dan

menangani peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh

tersebut.

3.0 Analisis Kajian

Pentadbiran awam di Malaysia telah memainkan peranan penting

dalam pentadbiran negara, pembangunan ekonomi, sosial dan proses

modenisasi negara. Kemajuan yang kita nikmati sejak 56 tahun yang

lepas, tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kebolehan, dedikasi dan

profesionalisme kakitangan kerajaan (birokrasi awam).

Menurut Masitah bin Mohd Udin (2012:1) memetik prakata kepada

buku “The Malaysian Bureauracy”, oleh Perdana Menteri Malaysia kelima,

Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menulis,

“...management is subject very relevant to the sosio-economic

development of Malaysia. Public adminstration, in particular, is the

vehicle for the planning and implementation of the Goverment’s

policies and programmes to develop this country. Very few works

have been done this subject in the past forty years since our

Independence, least of which by Malaysian” (Abdullah Sanusi et al.

2003, p.iii)

12
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Sesungguhnya pandangan ini telah memberikan cabaran dan

motivasi untuk membuat kajian berkenaan birokrasi awam di Malaysia.

Kajian ini tertumpu kepada peranan dan permasalahan birokrasi di

Malaysia dalam usaha meningkatkan tadbir urus dalam sektor awam.

3.1 Peranan Birokrasi di Malaysia

Menurut Ahmad Atory Husain dan Malike Brahim (n. d)

menyatakan bahawa setiap dasar, program, rancangan dan aktiviti

yang dirancang dalam bentuk dasar awam oleh pihak kerajaan,

maka birokrasi awamlah bertanggungjawab untuk menjayakannya.

Oleh yang demikian daripada konteks Malaysia, sektor awam

merupakan nadi utama kepada kerajaan dalam memelihara dan

memastikan kepentingan rakyat serta berusaha meningkatkan

kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, budaya mesra rakyat

dilancarkan dengan mengutamakan keperluan dan kehendak

rakyat (pelanggan).

Kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas berpandukan

kepada konsep birokrasi dilihat mampu memberikan impak yang

besar bukan sahaja kepada organisasi, malahan kesan positif

kepada pembangunan dan kemajuan negara. Modal insan yang

senantiasa mengamal budaya kerja yang dinamik, beretika dan

cemerlang adalah satu keperluan yang perlu diterapkan di dalam

13
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

organisasi tidak kira awam mahupun swasta. Pendekatan ini

memerlukan modal insan yang memiliki kelayakan dan kebolehan

atau kemahiran semata-mata tetapi pekerja yang bersedia untuk

memotivasikan diri bagi mencapai kecemerlangan organisasi dalam

mendukung aspirasi rakyat.

Rentetan daripada itu, langkah kerajaan dengan

menerapkan budaya „organisasi yang sentiasa belajar‟ (learning

organization) adalah dianggap sebagai satu langkah bijak bertujuan

untuk memastikan kakitangan kerajaan sentiasa maklum dengan

pengetahuan dan perkembangan terkini dalam pengkhususan kerja

masing-masing.

Walau bagaimanapun, penekanan dan penumpuan ke arah

mencapai keberkesanan dalam pekerjaan akan menyebabkan

timbul kesan-kesan tingkah laku yang negatif berikutan pegangan

secara total kepada peraturan-peraturan di dalam birokrasi akibat

kebergantungan terhadap isu-isu teknikal dan pendekatan yang

lebih konservatif. Di samping itu, ketiadaan kebebasan dalam

hubungan (depersonalization of relationships) telah mewujudkan

konflik antara pejawat awam dan pelanggan-pelanggan (Ahmad

Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi,

Ruslan Zainudin, Saadon Awang, (n.d).

14
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

3.2 Permasalahan Birokrasi di Malaysia

Perdana Menteri keempat, Dr Mahathir Mohamad yang juga

dikenali sebagai „bapa permodenan‟ Malaysia telah melaksanakan

beberapa dasar pembaharuan dan menampilkan gaya kepimpinan

tersendiri dalam memodenkan sistem pentadbiran dan

perkhidmatan awam di Malaysia telah berhasrat untuk

menghapuskan karenah birokrasi yang dikatakan begitu banyak

dalam perkhidmatan awam di Malaysia (Ahmad Atory, 1998: 173-

174). Karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam dilihat boleh

menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan negara

secara holistik.

Ahmad Atory (1998:1) menyatakan bahawa: “Untuk

melaksanakan peranannya secara yang lebih berkesan dan dapat

mewujudkan suatu impak ke atas pertumbuhan ekonomi, maka

peranan birokrasi perlu distruktur semula untuk mendokong sektor

swasta sebagai jentera pertumbuhan (engine of growth). Ini tidak

sahaja memerlukan perubahan-perubahan struktur dan prosedur,

tetapi juga perubahan-perubahan tingkahlaku dalam sistem

sokongan birokrasi negara itu sendiri”.

15
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Noore Alam Siddiquee (2006:1) menyatakan bahawa sektor

awam telah sekian lama dikaitkan dengan kritikan berkenaan

dengan ketidakcekapan, karenah birokrasi, kurang fleksibiliti,

ketidakberkesanan akauntabiliti dan prestasi yang lemah. Kritikan

tersebut telah memberikan tamparan kepada pentadbir kerajaan

untuk merintis jalan ke arah reformasi pentadbiran dan

penstrukturan semula bagi menangani pebagai masalah

pentadbiran dalam meningkatkan kecekapan dan prestasi birokrasi

awam.

Menurut Masitah (2012), birokrasi di era pentadbiran Dato‟

Seri Abdullah adalah terlalu besar dan tidak dapat menangani

cabaran-cabaran pembangunan dan karenah para pelanggan

secara efektif. Birokrasi awam sering dikaitkan dengan pelbagai

kelemahan, antaranya amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan

pilih kasih di kalangan para pejawat awam. Karenah birokrasi yang

berleluasa dan sistem penyampaian menyebabkan kerajaan

menjadi tidak efektif dan efisien dalam memenuhi citarasa dan

keperluan pelanggan sehingga dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dalam Rancangan Malaysia kesembilan (2005: vi), Dato‟

Seri Abdullah menegaskan bahawa: “Bagi memperbaiki mutu

penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan akan terus

mengurangkan karenah birokrasi dan menambah baik

16
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

perkhidmatan agensi barisan hadapan”. Sejajar dengan hasrat

tersebut, matlamat reformasi pentadbiran semasa pentadbiran

Dato‟ Seri Abdullah adalah untuk menangani dan menyelesaikan

masalah-masalah berikut:

1. Masalah membina minda dan sikap yang mengejar

kecemerlangan dalam perkhidmatan dan kehidupan.

2. Masalah untuk menyemai integriti dan etika kerja

yang luhur.

3. Masalah untuk membangunkan budaya kerja yang

berasaskan prestasi.

4. Masalah untuk membangunkan daya kepimpinan

yang kukuh.

(INTAN, 2007)

Usaha ini diteruskan oleh Perdana Menteri Kelima, Dato‟

Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di dalam Rancangan

Malaysia Kesepuluh (2010:357) melalui Program Transformasi

Kerajaan (Goverment Transformation Programme – GTP) yang

bertujuan untuk menyelaras proses birokrasi dan memperkemas

prosedur bertujuan meningkatkan hubungan kerajaan dan rakyat,

serta kerajaan dan perniagaan (sektor swasta). Usaha tersebut

tertumpu kepada empat bidang iaitu:

17
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

1. Merasionalisasi organisasi dan struktur kerajaan sedia

ada;

2. Membangun kapasiti dalam organisasi yang

memfokus kepada keutamaan negara;

3. Mewujudkan unit pemantauan berprestasi tinggi; dan

4. Menarik, membina dan mengekalkan modal insan

cemerlang dalam perkhidmatan awam.

(RMK 10, 2010)

Jelas sama sekali, bahawa semua reformasi dan anjakan

pradigma ini memerlukan komitmen dan penglibatan semua pihak

dari peringkat kepimpinan dan pentadbiran negara. Dengan pelan

tindakan dan komitmen yang dipamerkan pada masa sekarang

telah menjadi tanda bahawa kerajaan Malaysia telah bersedia

untuk mengatasi masalah yang melibatkan birokrasi awam bagi

mendukung pembangunan dan kemajuan negara ini.

4.0 Kesimpulan

Birokrasi awam Malaysia mempunyai latar belakang sejarah

kecemerlangan tersendiri yang berjaya membawa pembangunan dan

kemajuan kepada seluruh rakyat Malaysia semenjak tahun 1957 lagi.

Dengan perkembangan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah sistem,

sebuah birokrasi berskala besar dan dinamik mempunyai pelbagai

18
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

kementerian, jabatan serta unit-unit yang mempunyai kepelbagaian

budaya tersendiri, menjadikan ianya semakin kompleks dan rumit.

Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (2005-2010) dan

Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), mengariskan beberapa

usaha dan pendekatan yang telah dirangka untuk memastikan organisasi

yang mempunyai lebih 1.4 juta kakitangan awam untuk mentadbir dan

menguruskan pelbagai aset dan sumber awam, mempertahankan

kedaulatan negara serta keamanan negara perlu mendukung dan

merealisasikan usaha dan pendekatan yang telah digariskan.

Birokrasi awam dewasa ini, terdedah kepada pelbagai faktor

dalaman dan luaran yang dinamik dan mencabar memerlukan usaha-

usaha penambahbaikan yang berterusan dalam keberkesanan sistem

pentadbiran oleh unit-unit yang berorentasikan prestasi bagi memantau

dan menjejaki penyampaian bidang keutamaan seperti Unit Penyelarasan

pelaksanaan (ICU), Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi

(PEMANDU), Unit Pengurusan Projek (PMU) dan Economi Delivery Unit

(EDU). Teori Birokrasi juga perlu disesuaikan peredaran semasa untuk

memperkukuhkan budaya prestasi dengan mengurangkan karenah

birokrasi bagi meningkatkan keberkesanan sebagai kerajaan bersepadu,

budaya, set minda dan amalan perkhidmatan yang menjurus ke arah

penyampaian serta kerjasama yang tinggi dan lancar, menjangkau

sempadan kuasa dan fungsi merentasi setiap peringkat hierarki kerajaan

(Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2010:361).

19
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Rujukan

A. Rahman A. N. (September, 2009). Teori Birokrasi Max Weber; Pengenalan,

Struktur, Objektif, Kekuatan dan Kelemahan. Diambil pada November 29,

2013, daripada http://nikalila.wordpress.com/2012/03/24/teori-birokrasi-

max-weber-pengenalan-struktur-objektif-kekuatan-dan-kelemahan-3/

Abdullah Sanusi Ahmad, Norma Mansor & Abdul Kuddus Ahmad. (2003). The

Malaysian Bureaucracy: four decades of development. Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia; New York: Pearson Prentice Hall, Inc

Ahmad Atory Husain. (1998). Reformasi Pentadbiran di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Atory Husain & Malike Brahim. (n. d). Politik pentadbiran di Malaysia:

Penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional.

Universiti Utara Malaysia: Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang

Ahmad Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan

Zainuddin & Saadon Awang (n.d). Asas Pentadbiran Awam. Universiti

Utara Malaysia:Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Etzioni, A. (1964). Modern Organization. United States: Prentice Hall, Inc

20
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

INTAN. (2007). Amanat Perdana: Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia. Kuala

Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Diambil pada November 27, 2013, daripada

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=birokrasi

Kettner, P. M. (2002). Achieving Excellence in the Management of Human

Service Organization. United States: Pearson Education, Inc.

Mashitah binti Mohd Udin. (2012). Reformasi Pentadbiran di Malaysia semasa

Kerajaan Abdullah Badawi. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Utara

Malaysia.

Malaysia. (2005). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010. Putrajaya: Unit

Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 – 2015. Putrajaya: Unit

Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Noore Alam Siddiquee. (2006). Public management reform in Malaysia.

International Journal of Public Sector Management, 19 (4), 339 – 358.

DOI: 10.1108/09513550610669185

21
GMGA 1013 Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)

Pengurangan Karenah Birokrasi Tingkatkan Produktiviti Negara. (2007). Diambil

pada November 29, 2013, daripada

http://bobex.wordpress.com/2007/05/28/pengurangan-karenah-birokrasi-

tingkatkan-produktiviti-negara/

Trikha, Rajeshwar. (2009). Bureaucracy and Public Adminstration, Jaipur: Global

India. Diambil pada November 28, 2013, daripada

http://site.ebrary.com.eserv.uum.edu.my/lib/uum/docDetail.action?docID=1

0416141&adv.x=1&p00=public+management+in+malaysia&f00=all&p01=

Malaysia+OR+%22Public+Administration%22+OR+Management&f01=sub

ject&p02=Bureaucracy&f02=subject.

22

Anda mungkin juga menyukai