Anda di halaman 1dari 15

Teori Kecerdasan Pelbagai

1.      Konsep Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang
diukur melalui ukuran ujia...

 Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah
yang ingin dikaji dalam penyel...

 Pembolehubah

DEFINISI PEMBOLEHUBAH Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ”
(Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yan...

 Peta Pemikiran i-Think:

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam ...

 ICT/TMK dan peranannya dalam pendidikan di Malaysia

Pengenalan   ICT adalah merupakan gabungan kemajuan dalam komunikasi teknologi elektonik mikro dan
telekomunikasi untuk menyalur maklumat...

 Teknik sumbangsaran

Teknik Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.  Ia juga dikenali
sebagai percambahan fikiran di...

 Model Gaya Pembelajaran VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik)

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu  gaya pembelajaran Visual , Auditori  dan  Kinestetik.    Gaya
Pembelajaran  Visual Murid b...

 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung
kepada unsur-unsur yang disukainya di...

Teori Kecerdasan Pelbagai


 Reka Bentuk Pengajaran, Teori Pengajaran  8 comments
1.      Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual
yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ
menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang
mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang
dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi
seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk
melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat
sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan
manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah
sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one
or more cultural setting”
(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan


pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual
(SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan
penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan
proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut
beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical
atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan
manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan
terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan
kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh
diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang
pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi,
antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri
daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam
teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang
dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai
tahap kecerdasan yang  berbeza kecerdasan dan kecerdasan  tersebut boleh ditingkatkan dengan
pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan
penting untuk merancang  aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner.

2.      Pelopor
 Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di
Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan
yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-
kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja
yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun
1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful
Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak
dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner
membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih
memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi
berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya
dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan
diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber
informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-
kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan
bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan
manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan
dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik
dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal
atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh
Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan
manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan
dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan
merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa
bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu
konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan
himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya
The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini
beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan
pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya
mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti.
Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang
dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai
semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai “too narrow a notion of how the human
mind works.” Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua
bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh
kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang
tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang


kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah
diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah
menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana
kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak
semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara
berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu
daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur
adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-
beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan
Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di
Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan
Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan
dengan minda manusia seperti The Mind’s New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind,
Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen
produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat
yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana
manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang
kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka
menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan
beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner,
penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan
pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa
penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah
atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian
yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu
kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan
kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan “Existential Intelligence” yang
berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima “Spiritual
Intelligence” sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan
pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang
Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk
menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan
kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini
berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu
seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

 3.      Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai


3.1.   Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai
kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan
komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang
penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan,
mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk
melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan
keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang
besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-
bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik
dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah
mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2.   Spatial / Visual Ruang


Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan
dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk
artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik
dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam
model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang
berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat
ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa
bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat
tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah
individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak
cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna,
membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga
termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3.   Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan
verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini
biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama
dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca,
mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang
mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing
dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan
untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu
kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.
MS",sans-serif; text-align: justify;"> Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun
mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan
pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting,
penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan
di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4.   Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa
kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama
dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik
dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman
pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.
Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka
baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan
melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal
itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang
mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti
memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang,
penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun
kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran
sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David,
dan Lim Chong Wei.

3.5.   Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang
individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di
persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau
suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun
yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-
suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta
dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali
dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-
bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai
menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara
dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya,
kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan,
Kitaro, dan Kenny G.

3.6.   Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai
petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik
terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami
perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu
yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya
memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah
laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan
seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid
yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama
dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam.
Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
3.7.   Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang
tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang
tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada
mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai
menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta
boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya
kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa
berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih
menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang
mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat
kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang
berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi
konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam
persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat
yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8.   Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi.
Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang
pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan
mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-
bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam
sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis
tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam
perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk
alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang
bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan naturalistik yang tinggi.

3.9.   Spiritual / Eksistensialisme


Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya
mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami
kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah
diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat,
sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk
meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri
sendiri tentang pertanyaan  yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

 4.      Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak
bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan
peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan
kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi
memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas
mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan
pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau
bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh
pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan
juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini,  guru dapat memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh
memperkembangkan potensi  murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam
pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori
kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat
persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui
verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan ,
bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh
memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-
ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi,
warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh
menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik
pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau
aktiviti ‘hands-on’?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah
saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau
simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada
pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya
boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam
semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran
terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh
dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik
menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah
juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan
memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-
masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai 
dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat
mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar,
membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula,
murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid
memahami ritma, harmoni, mengenal pasti  masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi
interpersonal pula, murid  mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara
mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir
sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah
dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar.
Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi
pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik
darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5.      Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .


Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat
adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini
adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada
satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia
mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan
penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada
pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada
potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat
membantu guru untuk memperkembangkan lagi  potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi
kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal
insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara
pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua
bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita
tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga
mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa
kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan
kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara
pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh
guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan
pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan
mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain
itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka
yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana,
sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila
seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar
dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada
diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap
kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka
pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi
keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu
diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi
semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan
secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas
pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh
mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat
penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke
atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan
modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada
manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk
merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan
terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari
ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-
masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang
berada dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang
kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai
satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan
yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka,
semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan
negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga
dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori
kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat
mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri
mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari
dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan
adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan
potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran
sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam
pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak
membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit.
Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar
dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat
untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah
untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian
ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena
dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua
kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi
kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami
dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu,
adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan
logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu
dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan
anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak
meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar
dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia
tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau
individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu
contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa
perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan
potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain
yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan
pelbagai.

 6.      Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai


Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti
kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji
selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu
juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika
guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka
pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri
daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru
hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti
pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih
kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering
memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar
lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru
yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan
salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan
berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu
dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya,
hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini,
seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan
pelajar tidak dapat berkembang. 

 7.      Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh
bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang
sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang
ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara
dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia
dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan
keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang
tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang
menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-
dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih
kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun
kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang
kepada pembangunan negara.

Biblografi
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember
2, 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember
2, 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-KECERDASAN-
PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight
Training and Publishing.
En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/
Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf.
Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah
Zainol. 2011. Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating Learning.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise.
Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011
daripada http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485
R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States of
America: Corwin A Sage Company.
Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain.
2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di sebuah
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru:
Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011
daripada http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teori_kece
rdasan_pelbagai.pdf
Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011
daripada http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf

Anda mungkin juga menyukai